Khamis, 28 Julai 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


1Malaysia Cita Rasa Kampung

Posted:

1Malaysia Cita Rasa Kampung

1Malaysia Cita Rasa Kampung

Oleh NURUL IZZA ROSLY


HASMADI bersama sebahagian daripada menu yang akan dihidangkan sepanjang Ramadan.


SETIAP kali Ramadan menjengah pasti anda sibuk memilih lokasi berbuka puasa untuk menjamu selera bersama rakan dan keluarga.

Banyak tempat makan baik restoran dan hotel menawarkan pelbagai promosi yang mampu menambat selera anda, namun faktor harga yang kadangkala terlampau mahal membuatkan hasrat terbantut.

Menawarkan harga yang berpatutan dengan rangkaian hidangan bufet bertemakan 1Malaysia Cita Rasa Kampung, Seri Cempaka Service Suites mengalu-alukan kedatangan anda menjamu selera di The Junction Bistro sepanjang Ramadan ini.

Pelbagai hidangan masakan kampung ditawarkan di Seri Cempaka Service Suites dengan 75 jenis hidangan dari bahagian utara, selatan dan timur tanah air.

Dengan menghidangkan kombinasi masakan Melayu, mamak dan Cina, anda pasti akan teruja dengan hidangan bufet dan gerai makanan yang disediakan.

Hadiah percuma

Istimewanya, promosi 1Malaysia Cita Rasa Kampung ini digandingkan bersama buah durian dan pencuci mulut durian. Dijual pada harga RM48++, ia pasti berbaloi.

Jika anda membayar untuk sembilan orang, individu yang ke-10 adalah percuma. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang mendapat tiga hadiah berupa tempat letak kereta percuma, baucar tunai makanan dan minuman serta baucar diskaun 50 peratus untuk penginapan.

Chef Malay Kitchen, Hasmadi Razali memberitahu, antara hidangan istimewa yang dihidangkan ialah masak lemak ketam nanas iaitu resepi dari Pahang yang diwarisi daripada ibunya.


AYAM percik Balik Pulau antara menu istimewa yang dihidangkan di Seri Cempaka Service Suites, Kuala Lumpur.


Dalam pada itu, Hasmadi turut menawarkan hidangan signatur iaitu gulai asam keladi dari Balik Pulau, Pulau Pinang.

Antara hidangan lain ialah ayam percik Balik Pulau, rusuk kambing panggang berempah, kuzi kambing, pucuk paku goreng belacan, sotong gulai Padang, semua jenis kerabu, ketam goreng cili berempah, bubur lambuk dan banyak lagi.

"Lima set menu berbeza yang merangkumi 75 jenis hidangan berlainan akan dihidangkan mengikut giliran.

"Selain itu, pengunjung juga akan dihidangkan dengan pelbagai hidangan pencuci mulut dan empat jenis air setiap hari seperti air rambutan, longan, air tembikai, bandung cincau, tebu dan sebagainya," katanya.

Pelbagai pilihan nasi akan disediakan seperti nasi putih, nasi minyak, nasi ulam, nasi beriani gam, nasi pelangi dan nasi tomato mengikut hari-hari yang ditetapkan.

Mereka yang gemarkan sate, ketupat palas, dodol dan lemang, anda tidak perlu menunggu ketibaan Syawal untuk menjamahnya kerana hidangan tersebut akan disediakan.

Kini, bagi mereka yang mahu membuat tempahan awal untuk berbuka puasa, Seri Cempaka mengadakan promosi istimewa. Mereka yang membuat tempahan sepanjang bulan ini, anda hanya perlu membayar RM38++ seorang untuk bufet. Jadi apa tunggu lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Berpeluh cari umbut bayas

Posted:

Berpeluh cari umbut bayas

Berpeluh cari umbut bayas

Oleh ADZRIEFAIZ ADZLAN


INILAH air terjun yang ditemui penulis semasa masuk ke hutan di Kulim.


ALHAMDULILLAH rancangan Makan Angin diteruskan untuk musim kedua. Saya gembira sebab masih lagi bersama rancangan ini sebagai hos. Banyak pengalaman yang dapat dikongsi dengan semua tapi, kali ini rasanya tanggungjawab semakin berat dan semakin mencabar.

Apa tidaknya! Musim kedua ini, saya didera untuk pergi mencari dan menyediakan sendiri bahan-bahan yang hendak digunakan dalam masakan eksotik mengikut negeri yang kami pergi dari mula hinggalah makanan itu siap untuk dimakan.

Tetapi sebelum bercerita dengan pembaca semua, saya memang terkenal dengan kaki tidur. Hendak pula 'call time' yang kami terima pada awal pagi.

Jadi sepanjang perjalanan ke Kampung Sedim, Kulim, Kedah, memang saya tidur. Hari semakin gelap dan van kami pula semakin jauh melintasi hutan.

Ngeri juga dibuatnya dan akhirnya kami tiba di tempat penginapan kami. Alamak, rupanya kami duduk dalam hutan tempat mereka selalu jalankan kem bina semangat.

Saya dapat sebuah bilik yang dikongsi dengan kawan tetapi memandangkan keadaan sekeliling yang agak menggerunkan, kami kemudian menumpang bilik kawan-kawan teknikal yang duduk dalam satu dorm ramai-ramai. Kurang sedikit gementar atau kata pendek kami ini sebenarnya penakut!

Episod kehidupan saya dengan rancangan Makan Angin musim kedua bermula keesokan pagi.

Ah! Tak mungkin. Tugasan pertama, aku kena kopek buah kelapa yang baru dipetik dengan parang sampai tinggal tempurung saja. Lepas itu belah kelapa itu dan kukur kelapa mengikut cara tradisional.


DEMI penonton Makan Angin 2, penulis mengopek sendiri kelapa.


Memang kekok betul sebab kena duduk dan kukur sampai lenguhlah kaki dan tangan. Dekat satu jam jugalah buat semua itu. Selesai tugasan mengopek kelapa, sudah tentulah tugas seterusnya adalah memerahnya untuk mendapatkan santan. Dugaan sungguh. Ini semua sebab hendak sediakan kuih istimewa negeri Kedah yang diberi nama kuih bunga pudak. Pertama kali dengar nama kuih ini.

Bahan-bahan hanya tepung pulut, garam, gula, pewarna dan santan. Cuma yang susahnya penerbit menyeksa saya untuk mengukur kelapa.

Pengalaman memang menarik, hendak pula makcik-makcik yang mengajar saya semuanya kelakar.

Masuk hutan 30 minit

Resipi kedua lagi hebat dan sangat menduga kesabaran. Kena meredah hutan belantara untuk mencari umbut bayas untuk dibuat kerabu. Tak pernah saya dengar nama bahan itu.

Sudahlah segala jenis sayuran memang susah sikit saya nak telan sebab tak suka. Tapi demi penonton semua, saya gagahi jua. Umbut itu datangnya daripada pokok bayas. Kata orang, pokok itu tumbuh di dalam hutan saja. Dah lah tu, bukan senang hendak cari pokok bayas sebab tumbuh di tengah hutan.

Hampir 30 minit jugaklah kami meredah hutan dan akhirnya jumpalah pokok bayas itu. Baru saya tahu macam mana rupanya pokok itu. Agak besar juga dan kalau hendak ditumbangkan pokok itu pun kena guna gergaji.

Dah tumbang pokok, akhirnya pakcik-pakcik dan abang-abang itu pun ambillah umbut yang terletak di tengah batang pokok bayas. Sah-sah saya tidak boleh telan semua jenis sayuran, pakcik itu pulak hiris umbut tu suruh saya rasa. Telan je lah sambil tutup hidung.


PENULIS sedang membelah batang pokok bayas untuk mendapatkan umbutnya.


Masa masuk hutan tu memang saya ingat lagi 30 minit tapi bila nak keluar itu lima minit pun tak sampai. Cheh! Memang saya kena kelentong, saja mereka nak 'menyeksa' saya. Tapi ok jugak sebab saya berpeluang lepak dan mandi air terjun kat dalam hutan tu. Memang cantik air terjun itu.

Dah sampai di kampung tu semula, saya dikerah pula untuk merebus umbut yang dah dihiris nipis. Lepas tu sediakan cili padi, belacan, bawang dan hiris semuanya.

Kerabu ini lain sikit sebab letak belacan. Selalunya kerabu tak perlu belacan. Sesudah merebus 30 minit, gaulkan dengan bahan-bahan tadi. Lepas itu apa lagi, masa untuk makan.

Itulah pengalaman pertama saya mengukur kelapa dan pergi hutan mencari umbut bayas. Walaupun susah tapi memang menyeronokkan. Nak tengok secara visual itu, jangan lupa saksikan Makan Angin musim kedua pada setiap Jumaat, jam 8.30 malam mulai malam esok 29 Julai 2011 di TV9.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved