Khamis, 28 Julai 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Perjuangan berakhir

Posted:

Perjuangan berakhir

Perjuangan berakhir

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


PEMAIN-PEMAIN Harimau Malaya kecewa selepas sekadar seri 1-1 dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Safee Sali (kanan) sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring.


PERJUANG Malaysia pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 sudah berakhir. Hasrat untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan zon Asia sudah berkecai apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Singapura pada aksi kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Malaysia yang memerlukan kemenangan dua gol pada perlawanan tersebut terpaksa akur dan membiarkan Singapura mara dengan agregat 6-4.

Pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar (Sabtu lepas), Singa- pura menang 5-3.

Jaringan Safee Sali pada minit ke-57 pada aksi malam tadi berjaya disama- kan oleh pemain sayap kanan 'import' dari China, Shi Jiayi pada minit ke-71.

Beraksi di hadapan kira-kira 90,000 penyokong sendiri, Malaysia memperoleh peluang awal tetapi percubaan pemain sayap kiri, S. Kunanlan dari dalam kotak penalti berjaya dihadang penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud.

Singapura kemudian mula mendapat rentak tetapi dua percubaan menerusi penyerang 'import' dari China, Qiu Li pada minit ke-10 dan ke-15 ber- jaya diselamatkan dengan baik penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Pada minit ke-22, pemain pertaha- nan Malaysia, Aidil Zafuan Radzak terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan oleh Muslim Ahmad untuk bergandingan dengan Fadhli Shas.

Amirulhadi Zainal yang banyak menggerakkan bahagian sayap kanan Malaysia turut memperoleh peluang tetapi rembatannya dari luar kotak penalti pada minit ke-26 tepat ke daka- pan Izwan.

Khairul Fahmi terus cemerlang dengan melayangkan badan untuk menepis sepakan percuma Shaiful Esah pada minit ke-38 dan menangkis percubaan Mustafic Fahrudin pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-57 apabila Safee merembat kencang dari sudut kanan kotak penalti Singapura setelah menerima lorongan Kunanlan.

Namun kelekaan barisan pertahanan Malaysia sekali lagi dihukum dengan Singapura berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-71 mene- rusi penyudah kemas Jiayi.

Usaha Malaysia yang melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol Singapura bagi mencari tambahan dua gol terus menemui kebuntuan.

Lebih malang, penyerang gantian, Ahmad Fakri Saarani gagal mengawal tekanan apabila dilayangkan kad merah pada masa kecederaan.

Dengan kegagalan itu, Malaysia mengekalkan rekod lampau yang belum pernah berjaya melangkah ke pusingan ketiga sejak percubaan sulung pada Kelayakan Piala Dunia 1974.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bukit Jalil jadi bandar sukan

Posted:

Bukit Jalil jadi bandar sukan

Bukit Jalil jadi bandar sukan


AHMAD Shabery (dua dari kiri) meluangkan masa melawat pameran pada Program Tahun Industri Sukan 2011/2012 di Kuala Lumpur semalam.


KAWASAN Kompleks Sukan Negara (KSN) di Bukit Jalil akan dibangunkan sebagai sebuah bandar sukan.

Demikian tegas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.

Katanya, pihaknya telah mengemukakan kertas cadangan bagi tujuan itu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) sejajar dengan usaha menjadikan sukan sebagai satu industri.

Menurutnya, sekiranya cadangan itu dapat direalisasikan, maka peminat sukan bukan sahaja datang ke Bukit Jalil untuk menyaksikan pertandingan, sebaliknya dapat juga membeli pelbagai produk sukan.

"Kita mahu KSN dilihat bukan sekadar penyedia kemuda- han stadium tetapi juga sebagai pusat setempat untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan berkaitan sukan," katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian pada majlis pelancaran Program Tahun Industri Sukan 2011/2012 dan Persidangan Perniagaan Sukan di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square, Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, apabila kawasan KSN dibangunkan sebagai Bandar Sukan, ia akan membuka peluang perniagaan kepada pengusaha tempatan memasarkan produk sukan masing-masing.


AHMAD SHABERY (tiga dari kanan) menekan butang bagi menandakan pelancaran Program Tahun Industri Sukan 2011/2012 semalam.


Selain itu katanya, kawasan itu akan dilengkapi dengan kemudahan hotel bagi menarik lebih ramai kunjungan pelancong asing.

"Di Malaysia, orang melihat stadium sebagai satu kompleks kerajaan dan tidak memberikan sebarang keuntungan.

"Jika dilihat di negara lain, stadium itu adalah sesuatu yang boleh menjana keuntungan. Misalnya, Stadium Old Trafford di London di mana ia mempunyai sebuah pusat beli- belah di bahagian bawah stadium," katanya.

Mengambil contoh perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia antara Malaysia dan Singapura dan tiga perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana England (EPL) di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini, katanya, ia bukan sekadar perlawanan tetapi turut memberi kesan kepada industri sukan negara.

Katanya, sejumlah 234,000 tiket dijual untuk kesemua perlawanan tersebut.

"Sekiranya setiap penonton membelanjakan kira-kira RM200 seorang untuk tiket, makanan, pengangkutan dan membeli cenderamata, ia telah menyumbang kira-kira RM50 juta kepada ekonomi negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Harun belum jumpa atlet 'hilang'

Posted:

Harun belum jumpa atlet 'hilang'

Harun belum jumpa atlet 'hilang'

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


FATIMAH antara atlet yang didakwa 'melarikan diri' ke Bulgaria.


KETUA jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed Othman masih belum ber- temu dengan tiga atlet pecut wanita yang sebelum ini berada di bawah kendaliannya - Siti Fatimah Mohammad, Siti Zubaidah Adabi dan Yee Yi Ling.

Selepas pulang ke Malaysia dari Bulgaria bagi mengendalikan program latihan di sana dua minggu lalu, masih belum ada sebarang pertemuan yang dibuat oleh Harun dengan tiga atlet terbabit.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Fatimah yang turut mewakili Zubaidah dan Yi Ling.

"Harun ada datang ke tempat latihan tetapi tidak ada pula bertemu dengan kami.

"Ketika ini, kami semua hanya fokus dalam acara individu di bawah kenda- lian Tan Kok Lim. Tidak ada lagi fokus dalam acara 4x100 meter kerana sebe- lum ini Harun yang menjadi jurulatih kami," kata Fatimah ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebelum ini, Harun yang bertanggungjawab melatih kuartet 4x100 meter wanita negara didakwa menjadi dalang terhadap tindakan enam atlet pecut termasuk Fatimah, Zubaidah dan Yi Ling melarikan diri daripada menjalani ujian antidoping di Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil pada 24 Mei lalu.

Tiga lagi atlet yang terlibat ialah Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Nurul Sarah Abdul Kadir dan Mohd. Noor Imran Hadi.

Ekoran daripada peristiwa tersebut, Harun bersama tiga atlet iaitu Norjan- nah, Sarah dan Imran terus diterbang- kan ke Bulgaria bagi menjalani latihan di sana atas tanggungan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tanpa pengetahuan Majlis Sukan Negara (MSN).

Fatimah, Zubaidah Yi Ling pula hanya menjalani latihan di dalam negara selepas mereka mematuhi arahan MSN untuk menjalani ujian antidoping pada hari berikutnya.

Meskipun kecewa dengan situasi yang dialami mereka itu, Fatimah, Zubaidah dan Yi Ling tetap bersemangat untuk terus mewakili negara di pentas antarabangsa.

"Selepas ini berkemungkinan kami akan menyertai kejohanan olahraga di Sri Lanka dan diikuti temasya Sukan Universiti Dunia di Shenzen, China bulan depan.

"Memang semangat untuk mewakili negara tetapi hanya dalam acara indi- vidu kerana dalam acara 4x100 meter, kami kini tidak ada jurulatih dan itu membuatkan kami berada dalam dilema," jelas Fatimah.

Pada Sabtu lalu, Fatimah tampil cemerlang apabila meraih pingat emas dalam acara 100 meter wanita dengan catatan 10 saat pada Kejohanan Tertutup KOAM di Kangar, Perlis.

Zubaidah pula mengungguli acara 200 meter dengan catatan 24.3 saat yang mana dia turut memperbaharui catatan peribadinya yang sebelum ini sekadar mencatatkan 24.6 saat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved