Jumaat, 22 Julai 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion

Posted:

Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion

Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion


BAHAGIAN atas dek History Supreme yang kemas untuk bersantai.


LONDON - Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok.

Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia.

Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kotak rokok imej lebih ngeri

Posted:

Kotak rokok imej lebih ngeri

Kotak rokok imej lebih ngeri

Oleh HISHAM IDRIS
hisham.idris@kosmo.com.my


ANTARA imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini.


PUTRAJAYA - Semua enam imej penyakit kronik pada kotak rokok sedia ada akan digantikan kepada yang baharu dan lebih ngeri mulai Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, ia bertujuan mengingatkan kira-kira tiga juta perokok di negara ini terhadap bahaya tabiat merokok dengan lebih berkesan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai imej baharu yang bakal diperkenalkan itu.

Imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini ialah kelahiran bayi pramatang, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser leher, gangren dan keguguran janin.

"Kami belum memutuskan imej yang bakal digunakan tetapi ia tetap diganti setiap dua tahun sekali sebagaimana perancangan asal,'' katanya pada sidang akhbar selepas hadir ke Seminar Pendidikan Fatwa-Merokok Adalah Haram di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Kerajaan memperkenalkan imej penyakit kronik akibat merokok yang meliputi 40 peratus di bahagian depan dan 60 peratus di bahagian belakang berkuat kuasa 1 Jun 2009.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hormati agama antara satu sama lain - PM

Posted:

Hormati agama antara satu sama lain - PM

Hormati agama antara satu sama lain - PM


NAJIB bersalaman dengan rakyat yang menyambut ketibaan beliau dari lawatan kerja ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali di Kompleks Bunga Raya KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penganut satu-satu agama di negara ini harus terlebih dahulu menghormati agama lain sebelum ingin juga dihormati.

Mesej itu disampaikan Perdana Menteri ketika berucap di hadapan hampir 3,000 orang semalam yang menyambut kepulangan beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah melakukan lawatan ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali.

"Kita mahu beritahu rakan-rakan kita, penganut Kristian di Malaysia, kalau mereka menghormati kita, kita juga menghormati mereka. Inilah kerajaan kita, kerajaan Barisan Nasional.

"Inilah mesej kita. Islam adalah agama yang adil pada semua. Islam itu cantik. Islam itu tinggi. Islam itu murni. Islam itu mulia. Ini adalah mesej yang kita perjuangkan," katanya.

Dalam lawatannya ke luar negara itu, Najib juga telah mengunjungi Pope Benedict XVI di kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di pinggir Rom.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved