Selasa, 21 Jun 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Sukma: RM800,000 untuk atlet Terengganu

Posted:

Sukma: RM800,000 untuk atlet Terengganu

Sukma: RM800,000 untuk atlet Terengganu

21/06/2011 7:33pm

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan memberikan insentif berupa wang tunai hampir RM800,000 kepada semua atlet negeri yang memenangi pingat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 di Kuala Lumpur, awal bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat berkata, atlet yang memenangi pingat emas akan menerima ganjaran RM5,000, manakala perak dan gangsa masing-masing RM3,000 dan RM2,000.

Katanya, insentif tersebut adalah untuk semua atlet yang memenangi pingat tanpa mengira sama ada dalam acara individu atau berpasukan.

Misalnya, sekiranya sesuatu pasukan itu meraih pingat emas, maka ganjaran RM5,000 akan diberikan kepada setiap anggota pasukan tersebut.

"Insya-Allah kita akan selesaikan bayaran secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pengurus pasukan dan jurulatih Sukan Malaysia (Sukma) XV Pahang 2012, di sini, hari ini.

Pada temasya edisi ke-14 dari 2 hingga 12 Jun lalu, kontinjen Terengganu muncul juara keseluruhan kali ketiga dengan mengumpul 30 pingat emas, lapan perak dan 12 butir gangsa. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rasuah: SPRM PP tahan 5 penjawat awam

Posted:

Rasuah: SPRM PP tahan 5 penjawat awam

Rasuah: SPRM PP tahan 5 penjawat awam

21/06/2011 7:26pm

GEORGETOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima penjawat awam, termasuk seorang pegawai kanan, dari beberapa buah agensi kerajaan bagi membantu siasatan kes penyelewengan gas memasak bersubsidi.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Latifah Md Yatim berkata, kesemua mereka berusia 20 hingga 50 tahun itu ditahan secara berasingan sejak 14 Jun lepas sehingga hari ini.

Katanya, penjawat awam terbabit ditahan susulan penahanan tiga orang awam iaitu seorang wanita dan dua lelaki yang dipercayai anggota sindiket penjualan gas memasak bersubsidi kepada syarikat perindustrian baru-baru ini.

"Tiga orang awam berusia antara 20 dan 30 tahun itu ditahan dalam tiga operasi berasingan di sekitar Nibong Tebal di sini," katanya kepada pemberita selepas Bengkel Sistem dan Prosedur Penguatkuasaan Pemerdagangan Manusia di sini hari ini.

Latifah berkata, hasil siasatan mendapati sindiket berkenaan telah lama beroperasi dan memperoleh keuntungan lumayan hasil jualan gas memasak bersubsidi ke dalam tong industri. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keputusan tambah tempoh penjara kekal

Posted:

Keputusan tambah tempoh penjara kekal

Keputusan tambah tempoh penjara kekal

21/06/2011 7:10pm

PUTRAJAYA – Tiga lelaki gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menambah tempoh hukuman penjara dan jumlah sebatan masing-masing bagi kesalahan merogol remaja perempuan berumur 17 tahun kira-kira lapan tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka.

Kamarulariffin Abdullah, 31, perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan. Adiknya Mohd Nordin, 27, dihukum penjara 15 tahun dan enam sebatan.

Kedua-dua mereka akan mula menjalani hukuman itu dari 28 September tahun lepas iaitu pada tarikh Mahkamah Tinggi menolak rayuan mereka dan membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah tempoh hukuman penjara.

Sementara itu, Abdul Samad Din, 30, dihukum penjara 16 tahun dan 10 sebatan.

Hukuman penjaranya bermula 31 Mei, 2006, iaitu pada hari dia didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen.

Ketiga-tiga mereka dihadapkan ke mahkamah secara berasingan tetapi dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen.

Mereka didapati bersalah merogol gadis berumur 17 tahun di tepi kawasan lombong di Puchong Utama, Puchong antara 2.30 pagi hingga 4 pagi pada 16 Ogos, 2002. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved