Selasa, 21 Jun 2011

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Menunggu bulan menjadi jingga

Posted:

Menunggu bulan menjadi jingga

Menunggu bulan menjadi jingga

Oleh ADLAN JAAFAR



SUASANA di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur pada pagi Khamis, 16 Jun lalu sedikit berbeza berbanding hari-hari lain. Tepat pukul 1 pagi, orang ramai yang terdiri daripada berbilang kaum mula berkumpul dengan satu tujuan iaitu untuk melihat sendiri fenomena gerhana bulan penuh berlaku.

Aktiviti mencerap gerhana bulan anjuran Planetarium Negara dengan kerjasama Masjid Negara buat kali kedua itu bertujuan menggalakkan budaya ilmu dalam kalangan warga kota.

Kira-kira 10 buah teleskop disediakan oleh pihak Planetarium, Persatuan Astronomi Starfinder dan orang perseorangan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat dengan jelas fenomena itu berlaku.

Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan dan Sains Angkasa, Azreena Ahmad, makmal sebenar bagi ilmu astronomi adalah di kawasan luar dan bukan di bilik darjah.

"Cuma, saintis boleh menjangkakan sesuatu fenomena itu berlaku kerana ia satu putaran tetapi, masih bergantung kepada keadaan cuaca," ujarnya

Bayang warna jingga


TIGA fasa gerhana bulan penuh iaitu ketika fasa bulan memasuki Penumbra, fasa bulan memasuki Umbra dan fasa gerhana penuh.


Katanya, program-program seperti itu disasarkan kepada pelajar sekolah dan kolej supaya mereka dapat merasa sendiri pengalaman tersebut.

"Kebanyakan pelajar kita akan membuat ulang kaji dengan menggunakan teknologi internet bagi mendapatkan maklumat tambahan. Ia bukan 100 peratus salah, tetapi kurang tepat kerana apa yang dilihat dan dicerap di Amerika Syarikat dan Australia pasti berbeza kerana kedua-dua negara tersebut berada dalam hemisfera yang berlainan.

"Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa beruntung kerana dapat melihat sedikit kedudukan bintang di hemisfera selatan dan sedikit lagi di utara," ujar Azreena yang ditemui di Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh.

Gerhana bulan penuh terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari dalam garisan lurus. Selain Malaysia, kawasan barat Australia, tengah Asia dan Afrika turut dapat menyaksikan fenomena itu kali ini.


SEBANYAK sepuluh buah teleskop disediakan untuk memberi peluang kepada orang ramai mencerap gerhana bulan.


Ia juga merupakan gerhana bulan terpanjang sejak tahun 2000 iaitu selama 100 minit bermula tepat pada pukul 1.25 pagi apabila bulan mula memasuki kawasan Penumbra.

Penumbra merujuk kepada bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah.

Ketika itu, bulan akan mula membentuk seperti sabit kerana sedang memasuki bayang bumi sehingga kedudukannya berubah sepenuhnya apabila memasuki Umbra.

Umbra merujuk kepada bahagian bayang yang sangat gelap.

Bayang warna merah kejinggaan akan mula kelihatan di permukaan bulan di antara pukul 2.23 pagi hingga 3.23 pagi dan mencapai fasa gerhana penuh tepat pukul 4.13 pagi.

Warna permukaan bulan ketika gerhana bulan penuh adalah berbentuk seperti gegelang merah kejinggaan.

Fenomena tersebut berlaku kerana cahaya matahari yang terpancar akan diserakkan oleh atmosfera bumi dan hanya cahaya merah dan jingga terpantul dari permukaan bulan.

Fenomena dikaji saintis

Ketika sesi taklimat kepada orang ramai, Pegawai Penyelidik Planetarium Negara, Lau Chen Chen berkata, proses cerapan ketika gerhana bulan amat berguna kepada para penyelidik.

"Mereka dapat mengkaji kandungan debu dalam atmosfera bumi melalui warna yang dipantul oleh bulan ketika gerhana berlaku," ujar ketika ditemui.

Warna pantulan adalah berbeza daripada coklat tua, merah, oren cerah dan kuning bergantung kepada kehadiran debu dan awan yang hadir dalam atmosfera.

Sebagai contoh, semasa kejadian gerhana bulan penuh pada tahun 1992, abu dari gunung berapi Pinatubo, Filipina telah menyebabkan bulan hampir tidak kelihatan.

Tambah Chen Chen lagi, ketika gerhana bulan juga saintis dapat mengkaji fenomena air pasang surut serta dapat mengesahkan teori-teori seperti cahaya bergerak lurus.

"Bagi para penyelidik, gerhana bulan juga adalah masa untuk mengkaji diameter bumi dan bulan," kata Chen Chen lagi.

Selain itu, Azreena pula menambah, gerhana bulan juga menjadi salah satu cara orang zaman dahulu kala menentukan kedudukan dan arah kerana ketika itu masih lagi tiada teknologi moden seperti Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Bukan petanda buruk


SEMBAHYANG sunat gerhana juga dilakukan secara berjemaah di Masjid Negara baru-baru ini.


Ketika waktu bulan mula memasuki kawasan Umbra, umat Islam turut disunatkan untuk melakukan solat sunat gerhana. Ini adalah sebagai satu lagi kebesaran Maha Pencipta yang wajib setiap umat Nabi Muhammad SAW mengambil ikhtibar.

Malah, tiada hubung kait antara kejadian gerhana dengan perkara berlaku yang berlaku dalam Islam. Ia hanya menunjukkan kebesaran Allah sahaja.

Penolong Pegawai Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber Masjid Negara, Azhar Tuarno berkata, terdapat hadis nabi bermaksud: Tiada kaitan gerhana dengan kematian seseorang.

"Hadis itu keluar ketika anak nabi yang masih kecil, Ibrahim meninggal dunia dan kebetulan berlaku gerhana matahari.

"Jadi, orang ramai berkata alam turut berduka dengan kematian anak nabi lalu keluar hadis tersebut," ujar Azhar yang turut menyertai solat sunat gerhana pada 16 Jun lalu.

Ia jelas menunjukkan fenomena gerhana adalah salah satu daripada kebesaran Allah dan kita sebagai umatnya harus memperbanyakkan ibadat seperti sembahyang, sedekah dan beristighfar.

"Selain itu, ia juga menggalakkan budaya ilmu terutama astronomi atau lebih dikenali sebagai ilmu falak," ulasnya lagi.

Mengulas mengenai program kerjasama dengan planetarium yang diadakan di perkarangan Masjid Negara, Azhar berkata, ia amat baik sekali kerana menambahkan fungsi masjid.

"Ia juga dapat merapatkan hubungan antara kaum apabila semua bangsa dapat berkumpul bagi melihat fenomena tersebut," katanya lagi.

Gerhana bulan mula bergerak keluar dari Umbra pada pukul 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari Penumbra pada pukul 7.01 pagi.

Selain cerapan gerhana bulan, aktiviti-aktiviti lain yang diadakan adalah mencerap planet Zuhrah, Musytari dan Marikh. Kuiz gerhana, taklimat dan tayangan dokumentari turut diadakan.

Untuk tidak mengecewakan pengunjung pada hari cerapan jika tidak nampak fenomena tersebut, sebuah tayangan secara langsung dari tempat-tempat seluruh negara seperti di Pejabat Sains dan Teknologi Ranau, Sabah diadakan.

Di Masjid Negara pula, sembahyang sunat gerhana secara berjemaah turut diadakan bermula tepat pukul 3 pagi disusuli dengan khutbah gerhana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penghuni Arizona dikejar api

Posted:

Penghuni Arizona dikejar api

Penghuni Arizona dikejar api


ANGGOTA bomba menggunakan peralatan canggih termasuk bom air daripada helikopter untuk memadamkan kebakaran.


HAMPIR 2,000 orang penduduk di bandar Eager yang terletak di timur Arizona, Amerika Syarikat (AS) diperintah supaya mengosongkan kawasan tersebut minggu lalu selepas kebakaran besar hutan mula merebak ke kawasan bandar dan kejiranan Springville.

Dijangka lebih banyak lagi perintah pengosongan akan dibuat. Pegawai bomba berhempas-pulas untuk menyediakan benteng pertahanan bagi dua buah bandar tersebut.

Pihak berkuasa sherif mengeluarkan arahan tersebut pada pukul 4 petang, manakala pegawai polis kelihatan berada di jalan sekitar bandar bagi melancarkan operasi pemindahan sebaik sahaja orang ramai mula keluar dari Eager.

Kebakaran mula dikesan pada rabung gunung di tenggara Springerville selepas beberapa kepulan asap jingga menjulang naik dari celah bukit-bukau.

Bandar Eager mempunyai kepadatan penduduk kira-kira 4,000 orang, manakala Springerville pula mempunyai 2,000 orang penduduk.

Itu menjadikan sejumlah 7,000 orang telah diperintah supaya keluar dari kawasan berbahaya itu.

Api yang marak telah membakar kawasan hutan pain seluas 1,258 kilometer persegi sejak ia mula dikesan terbakar pada 29 Mei lalu. Kebakaran berkenaan merupakan kedua terbesar dalam sejarah Arizona.


LALANG di kawasan lebuh raya dibakar lebih awal bagi mengelakkan api merebak ke kawasan bandar.


Beberapa bandar resort berdekatan Hutan Simpan Apache-Sitgreaves telah diarah supaya mengosongkan tempat tersebut lebih awal.

Terbaru, kelihatan beberapa buah jentolak menolak semak dan pokok-pokok bagi membentuk penghadang bagi menghalang api yang sedang marak menghampiri bandar-bandar.

Krew-krew lain pula dilihat sedang mengalih belukar dari sekeliling rumah dan ahli bomba turut dihantar bagi melindungi bangunan daripada dijilat api.

Kebanyakan penduduk di sana telah bersedia untuk menerima arahan supaya keluar pada bila-bila masa sahaja.

"Saya hanya akan keluar jika ada arahan supaya berbuat sedemikian. Kami sudah pun berkemas sejak semalam," kata salah seorang penduduk Eager, Gerald McCardle.

Pusat pemindahan

Menurut jurucakap Palang Merah AS, Mark Weldon, mereka mempunyai sebuah pusat pemindahan yang mampu menampung beberapa ribu orang. Pusat itu terletak di sebuah sekolah tinggi, 24 kilometer dari barat Lakeside, Arizona.

Pusat tersebut dibuka selepas operasi evakuasi minggu lalu apabila 2,700 orang dari komuniti yang tinggal di kawasan bukit berhampiran ke Blue Ridge.

Sejumlah kain selimut dan katil lipat dikejarkan ke sekolah tersebut pada Selasa lalu selepas ancaman bahaya semakin meningkat.

Ketika itu, nyalaan api yang marak sudah berada 16 kilometer dari kawasan bandar.

Keadaan menjadi semakin parah apabila tiupan angin telah membawa api mendekati kawasan khemah pusat pemindahan dan bandar.

Pada petang Selasa lalu, angin kencang sekali lagi bertiup, tetapi nasib menyebelahi petugas keselamatan apabila ia kurang mengundang bahaya seperti apa yang dijangkakan.

Beribu-ribu ahli bomba dari bahagian barat Amerika seperti New York diarah ke tempat bencana dengan harapan dapat mengawal kebakaran yang sedang berada di pinggir hutan daripada menyambar bandar berdekatan.

Bakar lalang


SEORANG warga emas tidak dapat menahan kesedihan selepas rumahnya dijilat api.


Para petugas hanya boleh mengalihkan laluan api supaya tidak merebak ke penempatan penduduk dengan menggunakan sumber semula jadi.

Mereka membakar semua bahan semula jadi seperti lalang yang mudah terbakar secara terkawal daripada disambar api sedia ada yang boleh memburuk lagi keadaan.

Selain itu anggota bomba juga menimba air bagi menghalang api mara ke rumah-rumah dan kabin.

Di lebuh raya berdekatan Springerville sepanjang 3.2 kilometer, berpuluh-puluh ahli bomba sedang berusaha membakar bahan-bahan yang mudah terbakar seperti tumbuh-tumbuhan di sepanjang jalan sebagai usaha mengelakkan api dari merebak ke seberang seterusnya menghala ke bandar.

Hujan abu dengan ruang udara yang dipenuhi asap tebal memenuhi Springerville, manakala cahaya matahari sukar dilihat serta kelihatan seperti warna merah darah.

Sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi setakat ini, lima buah bangunan dilaporkan hangus terbakar.

Nasib bandar-bandar tersebut juga sukar diramal kerana tiada tanda-tanda angin akan berhenti bertiup dan hujan akan turun dalam masa beberapa hari. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kuasa komputer dalam poket

Posted:

Kuasa komputer dalam poket

Kuasa komputer dalam poket


MOTOROLA Atrix mempunyai kelajuan pemprosesan sehingga 1 gigahertz Dual Core.


KEUPAYAAN dan kecanggihan teknologi banyak mengubah gaya hidup manusia dalam memberi kemudahan a untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih pantas serta sempurna.

Segmen telefon pintar tidak terkecuali dalam merasai tempias arus pembangunan teknologi apabila pembikin peranti tersebut berlumba-lumba membangunkan telefon pintar terbaik untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berdaya maju.

Terbaharu, Motorola Mobility menawarkan telefon pintar Atrix yang mempunyai kuasa sebuah komputer.

Dengan menggunakan telefon pintar itu, pengguna bagaikan membawa komputer di dalam poket mereka kerana ia mempunyai kelajuan pemproses sehingga 1 gigahertz (GHz) Dual Core.

Kelajuan pemproses tersebut dapat memudahkan lagi pengguna dalam melayari alam siber dengan lebih mudah dan pantas.

Ia sangat berguna kepada mereka yang gemar menggembara atau pun sentiasa melakukan tugasan di luar pejabat.


ATRIX kini dijual di pasaran pada harga RM1,999.


Bahkan, Atrix dapat memenuhi kehendak pengguna yang sentiasa berhubung dengan rakan atau keluarga melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan banyak lagi.

Bagi mereka yang gemar bermain permainan video, kelajuan pemproses sehingga 1 gigahertz (GHz) Dual Core tersebut dapat mempercepat proses paparan permainan dan grafik dengan lebih pantas.

Dengan penggunaan paparan skrin 10.16 sentimeter Quarter High Definition (qHD) pertama dalam segmen telefon pintar, ia dapat memberi paparan lebih jelas dan semula jadi.

Dalam pada itu, kelebihan menggunakan peranti terbaharu itu adalah pengguna dapat melayari pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan ia menyokong Adobe Flash Player untuk memberi keselesaan serta kepuasan pengguna.

Peranti terbaharu yang menggunakan sistem operasi Android 2.2 Froyo dibangunkan untuk menjadi hab digital dalam memberi kebebasan kepada pengguna mencipta, menyunting dan menikmati pelbagai kandungan dokumen digital di hujung jari mereka.

Atrix yang diedarkan Brightstar Distribution Sdn. Bhd. sudah berada di pasaran pada harga RM1,999.

Untuk keterangan lanjut mengenai peranti terbaharu itu boleh melayari laman web www.brightstarcorp.com.my atau motorola.com/ mobility.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved