Khamis, 2 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Badaian maut puting beliung

Posted:

Badaian maut puting beliung

Badaian maut puting beliung

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


SAMBIL menitiskan air mata, wanita ini mencari barangan yang boleh diselamatkan di sebalik timbunan runtuhan rumahnya.


PUSAT Perubatan Daerah St. John, Joplin, Missouri, Amerika Syarikat (AS) pada malam 21 Mei lalu seperti biasa dipenuhi dengan petugas dan pesakit. Namun, loceng amaran sistem bencana yang berbunyi tanpa henti membuatkan isi hospital berkenaan terkesima.

Mereka saling berpandangan. Meskipun ditegah oleh petugas hospital, seorang pesakit lelaki bersungguh-sungguh menjenguk ke luar jendela untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.

Sejenak jendela dibuka, desiran angin kuat telah melibasnya hingga membuatkan lelaki itu terpelanting. Melihat keadaan itu, jeritan ketakutan semakin kuat didengari di setiap sudut bangunan sembilan tingkat itu.

Tingkap hospital satu persatu pecah. Pukulan langsung angin ribut itu juga telah menyebabkan hampir keseluruhan pintu tercabut. Bukan itu saja, semua kelengkapan seperti katil, kerusi mahu pun alatan perubatan melayang entah ke mana.

Doktor dan jururawat tidak berdaya berbuat apa-apa. Mereka juga terperangkap. Rantaian manusia yang cuba diusahakan terputus dek kerana angin puting beliung menderu dengan kadar yang sangat luar biasa.

Saksi kejadian yang juga seorang jururawat, Misty Hicks berkata, ketika itu keseluruhan bangunan bergegar.


SAMBIL menitiskan air mata, wanita ini mencari barangan yang boleh diselamatkan di sebalik timbunan runtuhan rumahnya.


"Secara tiba-tiba, bangunan menjadi gelap, semua berselerak di atas lantai, alatan kaca pecah dan menusuk tubuh kami," ujarnya.

Seorang lagi pekerja hospital, Robert Kuhn mengisahkan cerita yang begitu menyayat hati. Sambil menangis dia berkata kepada The New York Times: "Saya melihat seorang pesakit mati apabila jururawat gagal menyambung alat pernafasan kerana wayar itu sudah terputus."

Difahamkan, terdapat 183 pesakit kritikal sedang dirawat di pusat perubatan itu dengan enam daripadanya maut dek bencana itu.

Dalam situasi yang masih tidak keruan itu, pusat perubatan itu sesak dipenuhi waris keluarga.

"Adakah pihak hospital punya senarai pesakit yang terkorban?" jerit Kimberly Chain yang sedang mencari suaminya yang ditempatkan di tingkat lima hospital itu.

Kepada AFP, presiden dan ketua pegawai eksekutif pusat perubatan tersebut, Gary Pulsipher dengan sayu berkata: "Kami telah membuat latihan untuk menghadapi puting beliung sebelum ini. Tetapi kali ini, ia hadir dalam satu skala yang sememangnya sangat dahsyat, maafkan kami."

Terburuk dalam sejarah


SEORANG wanita mendukung bayinya di sebalik rumah mereka yang musnah.


Pukulan badai yang melanda Joplin yang diduduki hampir 50,000 penghuni disifatkan bencana puting beliung yang kelapan paling bahaya dicatatkan di negara Uncle Sam itu. Masakan tidak, ketika artikel ini ditulis, 142 nyawa dilaporkan terkorban.

Menurut laporan AFP, angka korban dijangka akan meningkat. Puting beliung yang telah mewujudkan laluan hampir 10 kilometer (km) panjang dan 1.2 meter (m) lebar, dianggap satu yang di luar jangkauan pakar.

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Wilayah Tengah AS, Thomas Schwein berkata, puting beliung di bandar itu adalah fenomena yang dikenali sebagai 'kepelbagaian putaran'.

"Puting beliung itu jarang berlaku, ia mengandungi dua atau lebih angin taufan dengan bukaan angin yang luas," terangnya.

Meskipun amaran dikeluarkan 24 minit sebelum puting beliung berlaku, itu dianggap lewat. Penduduk juga tidak cukup masa apatah lagi, untuk penyelamat melakukan sesuatu.

Dengan sekelip mata, lebih 8,000 infrastruktur termasuk pasar raya besar Walmart, pusat perniagaan, gereja, pusat perubatan, sekolah termasuk ratusan rumah kediaman musnah diterbangkan oleh angin selaju 316 km per jam.

Bandar Joplin umpama padang jarak, padang tekukur. Sesetengah berpendapat, keadaan di sana seperti mengulangi pemandangan sewaktu Perang Dunia kedua.

Reuters melaporkan, impak daripada itu, tiga perempat bandar Joplin lumpuh. Ribuan kediaman terputus bekalan elektrik selain saluran gas pecah sehingga memicu kebakaran. Lebih parah, talian komunikasi bermasalah apabila 17 menara telefon tumbang.

Para penyelamat termasuk 2,000 tentera mengerah kudrat selama 24 jam menghulurkan bantuan. Namun, mereka sendiri dilanda trauma tidak terhingga apabila seringkali menemui mayat dalam keadaan mengerikan.

Ada mayat yang putus beberapa anggota badan, ada yang berada di dalam kereta yang terbalik, di bawah timbunan besi dan tidak kurang dihempap dengan tin.

Sebenarnya, sejak April lalu, AS bermuram durja apabila negara itu teruk dipukul puting beliung. Sebelum Joplin menjadi sasaran, rangkaian angin kencang ribut petir terlebih dulu membinasakan Alabama, Louisiana, Kentucky, Georgia, Arkansas, Virginia, Tennessee dan Mississippi.

Dalam laporan The Guardian UK, lebih 450 nyawa rakyat di tujuh buah negari di AS melayang. Amukan alam itu disimpulkan sebagai yang paling bahaya direkodkan sejak tahun 1953 dan terburuk sejak tahun 1974.

AS rugi besar


BANDAR Joplin diisytihar darurat berikutan ribuan kediaman musnah akibat dibadai pusaran puting beliung.


Analisis firma penilaian risiko EQECAT yang berpangkalan di California mendedahkan, serangan puting beliung AS akan menyebabkan anggaran kerugian berinsurans sebanyak RM15 bilion.

EQECAT juga menyifatkan bencana itu merupakan kerosakan terbesar yang pernah dialami dalam sejarah AS. Kerajaan pimpinan Obama sendiri juga menganggarkan rantaian bencana itu menelan kerugian kira-kira RM18 bilion.

Buat pertama kalinya juga, Bandar Joplis diisytiharkan darurat oleh Gabenor Missouri, Jay Nixon.

Bagaimanapun Nixon menegaskan, ancaman puting beliung belum berakhir. Beliau menasihatkan agar semua penduduk sentiasa mengikuti laporan kaji cuaca terbaru serta mematuhi arahan pasukan kecemasan.

Malapetaka yang berlaku di AS sesungguhnya telah menghidupkan himpunan persepsi. Ada yang menginsafi tetapi, lebih ramai meluahkan kata-kata sindiran.

Sebuah akhbar di Timur Tengah secara terang-terangan berkata: "Kerajaan Amerika sibuk menyerang kami di Afghanistan, Libya dan Mesir, sekarang anda lihat mereka gelisah apabila diserang teruk oleh angin puting beliung."

Mengikut rekod Agensi Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan Amerika (NOAA), sebanyak 1,200 puting beliung telah melanda Amerika Syarikat (AS) setiap tahun.

Satu keganjilan berlaku apabila 875 daripadanya telah berlaku hanya pada bulan April lalu. Amukan pada kali ini juga dianggap pelik kerana ia tidak merosakkan ladang atau kebun sebaliknya membadai kawasan bandar.

Pengarah Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Wilayah Tengah, Thomas Schwein berkata, amaran bencana yang dikeluarkan berdasarkan radar, bukan penglihatan.

Kenyataannya tidak jelas. Schwein hanya menyatakan : "Dalam kes ini, amaran dikeluarkan berdasarkan radar. Tiada laporan puting beliung berlaku."

Sememangnya, amarah alam adakalanya tidak terduga oleh manusia. Namun masyarakat dunia kini musykil dengan AS. Bagaimana sebuah negara yang maju ke depan tidak mampu mencegah bencana itu? Apa sudah jadi dengan sistem amaran bencana yang dikatakan paling canggih di dunia?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hari Gawai dengan air bersih

Posted:

Hari Gawai dengan air bersih

Hari Gawai dengan air bersih


HARI Gawai tahun ini terasa lebih bermakna kepada penghuni rumah panjang di kawasan pedalaman Sarawak kerana mereka telah mendapat bekalan air bersih.


SAMBUTAN Hari Gawai tahun ini bagi penghuni Rumah Sumping dan Rumah Meramat di Sri Aman, Sarawak pasti lebih meriah kerana hadiah istimewa yang mereka terima iaitu bekalan air bersih dan terjamin di penempatan mereka yang terletak di pedalaman.

Sehingga dua bulan lepas, lebih 150 penduduk kedua-dua rumah panjang itu terpaksa bergantung kepada air hujan bagi melakukan aktiviti harian seperti minum, mandi dan membasuh. Keadaan mereka pasti sukar apabila tiba musim kemarau.

Sumping Pagon, 43, tuai rumah bagi Rumah Sumping di Ran Ulu Batu dan 50 penduduknya kini mempunyai alasan untuk berasa gembira kerana dengan adanya bekalan air bersih, persiapan menyambut Hari Gawai dapat dimulakan lebih awal.

Di Rumah Meramat pula yang terletak kira-kira satu kilometer dari Rumah Sumping, penduduknya juga berkongsi sumber bekalan air graviti yang sama.

Sementara itu, bagi 250 penduduk Rumah Murphy, sebuah lagi rumah panjang di Kampung Selanjan Sebemban Asal di Sri Aman, masalah air yang mereka hadapi sebelum ini kini menjadi sejarah.

Tuai rumahnya Murphy Jaritan, 60, berkata ia adalah hadiah terbaik bagi penduduk kampung itu malahan ia datang tepat pada masa iaitu semasa Hari Gawai tahun ini.

"Saya sangat gembira kerana projek bekalan air graviti banyak membawa manfaat kepada penduduk di sini. Saya yakin penduduk akan menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik," katanya.

Bagaimanapun, Hari Gawai tahun ini sudah pun membawa harapan baru bukan sahaja kepada penduduk tiga buah rumah panjang ini malahan kepada 2,000 orang lagi penduduk luar bandar di Sarawak.

Hadiah istimewa itu adalah hasil usaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKKLW), yang berganding dengan Jabatan Kesihatan Sarawak dan Angkatan Tentera Malaysia dalam melaksanakan Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (Bakas).


PENDUDUK Rumah Sumping membasuh pinggang mangkuk menggunakan air yang dipam daripada empangan.


Bakas adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru yang menggunakan sumber serta kepakaran pelbagai jabatan atau agensi dalam membekalkan air bersih kepada penduduk luar bandar.

Memandangkan apa yang dapat ditawarkan oleh Bakas, pada Mei 2010, Sumping memohon bekalan air graviti.

Sejak itu, detik perubahan bermula bagi Sumping serta penduduk rumah panjangnya dengan kesemua 14 kediaman di Rumah Sumping kini menikmati bekalan air bersih.

Luar bandar

Projek bekalan air graviti yang bernilai kira-kira RM112,000 itu terdiri daripada empangan mini, sistem penapisan, sistem saluran paip dan tangki tadahan air dengan kerja-kerja pemasangan bermula pada Mac lalu.

"Sambutan Hari Gawai bermula lebih awal memandangkan kerja-kerja pemasangan bekalan air pam graviti siap pada April.

"Saya berasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan peruntukan dan sumber untuk melaksanakan projek ini.

"Sekarang kita tidak perlu bimbang akan bekalan air walaupun pada musim panas," kata beliau kepada Bernama.

Penduduk ketiga-tiga rumah panjang itu menjayakan sendiri kemudahan sumber air graviti ini. Merekalah yang mengangkut bahan binaan merentasi bukit dan lembah yang dilitupi hutan.

Mereka juga yang memasang seluruh sistem itu dengan tunjuk ajar dan bantuan pakar.

"Kami berusaha gigih untuk menyiapkan empangan mini, memasang tangki dan saluran paip. Akhirnya kami menikmati ganjarannya," kata beliau.

Menurut Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW, Zaniah Ahmad, Kementerian itu telah memperuntukkan sebanyak RM5.2 juta untuk melaksanakan kesemua projek air graviti itu.

Ketiga-tiga rumah panjang ini adalah antara 37 rumah panjang yang mendapat manfaat pada tahun ini.


BARU dua bulan penghuni beberapa rumah panjang di Sri Aman, Sarawak mendapat bekalan air bersih.


"Sebanyak lapan projek sedang dan akan dilaksanakan di Sri Aman, Samarahan (tujuh), Sarikei (enam), Betong (lima), Kapit (tiga) dan masing-masing dua di Kuching, Miri, Bintulu serta Limbang.

"Kini, sembilan daripada 37 projek bekalan air graviti telah siap," katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan projek bekalan air graviti itu menelan kos di antara RM50,000 dan RM250,000, bergantung kepada jarak sumber air, dan bilangan rumah atau pintu (rumah panjang).

"Bukan seperti sistem bekalan air konvensional, projek bekalan air graviti adalah sistem yang mudah dan murah untuk dikendalikan.

"Ia juga dapat mencegah kejadian penyakit bawaan air. Ia cara yang murah untuk membawa manfaat kepada penduduk luar bandar," katanya.

Dengan bekalan air bersih, penduduk luar bandar Sarawak boleh saling mendoakan 'gayu-guru, gerai nyamai' (usia panjang, kesihatan baik dan kemakmuran) semasa Hari Gawai dengan penuh kesyukuran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved