Khamis, 2 Jun 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pesawat amaran awal udara perkuatkan TUDM

Posted:

Pesawat amaran awal udara perkuatkan TUDM

Pesawat amaran awal udara perkuatkan TUDM

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my


PESAWAT EMB 145 Erieye.


KUALA LUMPUR – Setelah hampir 15 tahun menanti, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka memiliki skuadron Pesawat Amaran Awal Udara (AEW) tidak lama lagi bagi mengukuhkan lagi sistem pertahanan negara.

Perolehan aset bernilai berbilion ringgit itu penting kerana ia bakal melengkapkan keupayaan pesawat superioriti TUDM iaitu Sukhoi SU-30MKM serta pesawat pejuang MiG-29N dan F/A 18D Hornet.

Kosmo! difahamkan, sistem radar jenis AEW jenis Erieye buatan Sweden dijangka menjadi pilihan TUDM untuk dipasang sama ada pada pesawat EMB 145 buatan Brazil atau Saab 2000 dari Sweden.

"Ia dijangka menelan peruntukan besar kira-kira RM11 bilion menerusi belanjawan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan RMK-11 tetapi cukup penting untuk TUDM.

"Perolehan ini adalah kesinambungan kepada proses memodenkan TUDM melalui program Perolehan Aset Baru yang termoden dan berteknologi tinggi," ujar sumber daripada industri pertahanan.

Pesawat AEW yang terbang pada ketinggian tertentu itu direka untuk mengesan pesawat lain (musuh) menggunakan sistem radarnya sehingga pada jarak sejauh kira-kira 600 kilometer atau lebih.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Doktor hilang dikesan keluarkan wang di tiga lokasi berasingan

Posted:

Doktor hilang dikesan keluarkan wang di tiga lokasi berasingan

Doktor hilang dikesan keluarkan wang di tiga lokasi berasingan



JITRA - Kehilangan seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dekat sini yang masuk hari ke-17 dipercayai akibat dipukau mendapat petunjuk baharu apabila dia dikesan membuat empat transaksi pengeluaran wang melalui mesin pengeluaran automatik (ATM) baru-baru ini.

Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, (gambar) dikesan mengeluarkan wang di ATM sebuah bank di Alor Malai, Alor Setar pada 19 Mei lalu diikuti 22 Mei di Kota Bharu, Kelantan dan seterusnya 27 dan 31 Mei di Kuala Terengganu.

Ibunya, Natrah Shaari, 52, memberitahu, keempat-empat transaksi yang dilakukan dengan pengeluaran wang berjumlah RM2,100 itu menunjukkan anak sulungnya masih berada di negara ini dan selamat.

"Saya hairan bagaimana dia (Mohd. Noor Azam) boleh sampai ke Kuala Terengganu sedangkan dia tidak ada kawan di sana dan mungkin dia dalam keadaan separuh sedar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya di sini semalam.

Menurut Natrah, dia dan keluarga amat merindui Mohd. Noor Azam yang hilang tanpa khabar berita sejak 16 Mei lalu dan berharap agar anaknya pulang bagi meneruskan karier sebagai seorang doktor.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Diesel subsidi lori komersial mansuh

Posted:

Diesel subsidi lori komersial mansuh

Diesel subsidi lori komersial mansuh


ISMAIL SABRI (kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima Anugerah Perkhimatan Cemerlang Jabatan Perbadanan Harta Intelek di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kerajaan telah memansuhkan diesel super subsidi yang dinikmati pemilik lori komersial berkuat kuasa kelmarin kerana beranggapan hanya kenderaan individu dan kenderaan berkepentingan orang ramai yang wajar menikmati kemudahan tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bermakna lori komersial perlu membayar RM1.80 seliter diesel berbanding RM1.48 semasa menikmati diesel super subsidi.

"Pemberian super subsidi dikekalkan kepada kenderaan yang melibatkan kepentingan orang ramai seperti bas sekolah, teksi, individu yang membeli enjin bot sangkut dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perbadanan Harta Intelek Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata, keputusan itu tidak bermakna kerajaan menarik balik subsidi diesel kerana pengusaha lori komersial masih menikmati bahan bakar itu pada harga subsidi RM1.80 seliter.

Katanya, harga diesel RM1.80 seliter yang dijual di pam masih disubsidikan oleh kerajaan sebanyak RM1.00 seliter kerana jika tiada subsidi, harga sebenar diesel adalah RM2.80 seliter.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved