Jumaat, 3 Jun 2011

Kosmo Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Enjin enam silinder sebaris diperkenalkan

Posted:

Enjin enam silinder sebaris diperkenalkan

Enjin enam silinder sebaris diperkenalkan

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my



PENGENAAN enjin enam silinder sebaris pada motosikal bermula sejak era 1970-an. Dengan teknologi pada zaman tersebut, binaan enjin sebaris memiliki ciri sama ada amat panjang atau amat lebar. Malah pada ketika itu, konsep mengguna pakai enjin tersebut dianggap sebagai sesuatu yang tidak praktikal pada sesebuah motosikal.

Biarpun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga enjin enam silinder sebaris yang dihasilkan pada zaman itu yang bagus. Namun, apabila dinilai pada soal nisbah kuasa-berat, keputusannya kurang memuaskan.

Mungkin disebabkan faktor enjin enam silinder sebaris yang besar dan berat, sekali gus menjadi beban pada motosikal. Kuasa tambahan diperlukan untuk menyelesaikan kedua-dua faktor tersebut.

Benelli, syarikat pengeluar jentera Itali merupakan perintis industri apabila memperkenalkan motosikal pertama dengan enjin enam silinder sebaris menerusi model Benelli 750 Sei pada tahun 1972. Tidak lama kemudiannya, dua pemain Jepun mengikuti rentak sama. Bermula dengan Honda CBX1000 pada tahun 1978 dan kemudiannya model Kawasaki KZ1300 tahun 1979.

Selepas itu, motosikal dengan enjin panjang tidak menjadi pilihan utama pengeluar kenderaan. Senario mula berubah apabila Suzuki menayangkan motosikal konsep Stratosphere di Tokyo Motor Show enam tahun lalu. Ia dilengkapi enjin enam silinder sebaris 1,100cc. Namun sehingga kini, tiada khabar berita mengenainya.

Tahun 2009, BMW pula mengetengahkan model konsepnya, BMW Concept 6 di Pameran Motor Antarabangsa Milan di Itali. Tiada siapa sangka pengeluar kenderaan Jerman itu menunjukkan usaha seolah-olah mahu menghidupkan semula penggunaan enjin enam silinder sebaris pada motosikal. Mereka benar-benar merealisasikannya!

Dua varian iaitu K 1600 GT dan K 1600 GTL diperkenalkan pada Pameran Antarabangsa Intermot 2010 di Cologne, Jerman. Jualannya pula bermula pada Mac 2011.

Untuk pasaran tempatan, kedua-dua model tourer tersebut baru sahaja ditawarkan oleh BMW Group Malaysia (BMW Malaysia).

Pengarah Urusan BMW Malaysia, Geoffrey Briscoe berkata, buat masa ini, sebanyak 20 tempahan untuk kedua-dua varian tersebut sudah diterima dengan nisbah K 1600 GTL dan K 1600 GT ialah 60:40.

Sasaran jualan bagi semua model motosikal BMW tahun ini adalah sekurang-kurangnya 300 unit. Tahun lalu, BMW merekodkan jualan sebanyak 281 unit motosikalnya.


BRISCOE (kanan) bersama Pengurus Motorrad BMW Malaysia, Fazli Shukor pada majlis pelancaran motosikal terbaru BMW di Shah Alam.


"Jentera K 1600 GT dan K 1600 GTL merupakan satu lagi bukti kepakaran BMW dalam industri motosikal. Kedua-dua model ini membuka laluan untuk kami meneruskan usaha memperluas rangkaian pilihan BMW Motorrad, selain menetapkan penanda aras baru dalam industri," katanya sewaktu majlis pelancaran motosikal itu.

Enjin sebaris kompak

Kedua-dua model varian BMW dilengkapi enjin berkapasiti 1,649cc dengan berat cuma 102.6 kilogram (kg). Ia merupakan enjin enam silinder sebaris paling ringan pernah dihasilkan untuk motosikal berseseran lebih 1,000cc.

Lebar enjin itu dikatakan sepanjang 56 sentimeter. Rangkaian kuasa jentera tersebut berupaya menjana 160 kuasa kuda pada 7,750 rpm (putaran per minit). Tork maksimum ialah 175Nm pada 5,250rpm. Lebih 70 peratus tork maksimum dapat diperoleh pada takat 1,500rpm.

Enjin berkuasa itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Model K 1600 GT dan K 1600 GTL masing-masing berupaya mencapai kelajuan maksimum 250 kilometer sejam (km/j) dan 220km/j.

Berhubung penggunaan bahan api, pada kelajuan dikekalkan 90km/j, K 1600 GT menggunakan 4.5 liter untuk setiap 100km. Jika kelajuan mencecah 120km/j, ia menggunakan 5.7 liter bagi setiap 100km.

Model K 1600 GTL pula menggunakan 4.6 liter bagi setiap 100km pada kelajuan 90km/j dan 5.9 liter untuk kelajuan 120km/j.

Kombinasi binaan yang ringan dan teknik terbaru membolehkan berat kedua-dua jentera berjaya dikurangkan. Berat K 1600 GT ialah 319kg manakala K 1600 GTL seberat 348kg.

Posisi casis dan enjin termasuk tempat duduk penunggang turut menurunkan pusat graviti motosikal, sekali gus memberikan imbangan pembahagian beban roda untuk tunggangan terbaik. Tujuannya menawarkan ciri pengembaraan lebih baik, berkuasa dan mengekalkan kelancaran jentera.

Kedua-dua model itu memiliki kedua-dua posisi tempat duduk ergonomik tanpa menjejaskan keupayaan tunggangan yang dinamik, selain aplikasi lampu hadapan jenis xenon, kawalan jelajah (cruise control) dan komputer binaan dalam.

Bagi varian K 1600 GTL, ia menawarkan pengembaraan gaya mewah menerusi beberapa kelainan. Antaranya termasuk dua tahap tempat duduk, tempat letak kaki penunggang lebih luas, adunan warna krom, lampu kabus, kotak utiliti dan hendal yang agak ke belakang untuk postur lebih santai sewaktu menunggang.

Tiga mode dan Infotainment


SKRIN berwarna TFT 5.7 inci pertama dalam industri motosikal.


Tiga mod enjin disediakan untuk kedua-dua varian iaitu Rain, Road dan Dynamic. Masing-masing untuk perjalanan atas jalan basah, pengembaraan biasa dan prestasi sport.

Jentera itu dilengkapi teknologi sistem Electronic Suspension Adjustment II (ESA II) yang menyelaras kekerasan atau kelembutan keseluruhan sistem suspensi motosikal. Bagi pemanduan malam, lampu depan mudah suai disediakan untuk pencahayaan tambahan dan ia amat berkesan sewaktu mengambil selekoh.

Panel instrumen merangkumi meter kelajuan, takometer dan skrin paparan berwarna TFT bersaiz 5.7 inci. Skrin berwarna pertama pada motosikal dalam industri.

Selain itu, kedua-dua model itu dilengkapi multi kawalan elektronik pada bahagian hendal kiri untuk mengubah atau mengendalikan fungsi-fungsi sedia ada termasuklah sistem audio, komputer binaan dalam, ESA II, sistem navigasi dan pemanasan kerusi.

Harga atas jalan tanpa insurans bagi K 1600 GT ialah RM158,000 seunit. Sementara K 1600 GTL ditawarkan pada harga M168,000 sebuah. Untuk ketenangan minda, jaminan dua tahun tanpa had perbatuan diberikan.

Jentera tourer ini ternyata membuka dimensi baru keseronokan tunggangan menerusi adaptasi teknologi terkini dan inovasi yang lazimnya dimiliki kenderaan empat roda BMW.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nissan Navara 4x4 King Cab

Posted:

Nissan Navara 4x4 King Cab

Nissan Navara 4x4 King Cab

Gaya badan Navara King Cab merupakan yang pertama dalam segmen trak pikap di Malaysia.


BUKAAN pintu yang cukup unik.


EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini mengumumkan ketibaan Nissan Navara King Cab 4X4 edisi terhad. Ia bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahukan lebih ruang penyimpanan di dalam kabin dan kargo belakang.

Demi membuktikan kemampuan ruang storan di dalam kabin yang mendahului kelasnya, Nissan Navara King Cab mempunyai pintu akses belakang yang membolehkan barang-barang dimasukkan dari mana-mana arah. Pintu-pintu akses belakang yang unik itu juga boleh dibuka luas sehingga 90 darjah.

Dengan bukaan pintu tanpa tiang, akses ke dalam kabin menjadi sangat mudah. Jika dibandingkan dengan model Navara Double Cab, King Cab yang baru itu juga memiliki kargo belakang lebih besar.

Sama seperti mana-mana model Navara 4X4 M/T yang lain, King Cab turut menampilkan ciri sistem 4WD Shift-on-the-Fly yang dikawal secara elektronik. Sistem tersebut membolehkan penukaran antara mode 2WD dan 4WD dibuat tanpa perlu memberhentikan kenderaan. Model itu dipasang dengan transmisi manual enam kelajuan.

"Kami memperkenalkan model Nissan Navara King Cab untuk mencabar persepsi bahawa trak pikap dua tempat duduk merupakan jentera untuk melakukan kerja yang bersifat utilitarian. Menerusi kombinasi ruang penyimpanan selamat, penampilan menarik, kuasa mendahului kelas dan kabin yang selesa, kami menjangkakan King Cab mampu menetapkan satu penanda aras yang baru dalam segmen trak pikap," kata Pengarah Auto Dunia Sdn. Bhd. yang bertindak selaku pengedar sah Navara King Cab, Azman Badrillah.

"Tahun 2010 menandakan satu perkembangan signifikan buat jenama Nissan di Malaysia kerana kami berjaya mencapai rekod jualan tertinggi dalam tempoh 25 tahun. Sebanyak 32,998 unit kenderan telah diserahkan kepada para pelanggan," kata Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng.

Beliau juga menjangkakan bahawa angka jualan syarikat terus meningkat melalui pengenalan lebih banyak model baharu pada tahun ini.

Nissan Navara cukup dikenali seluruh dunia kerana ketahanan, kemampuan di laluan off-road dan keselesaannya. Sejak dilancarkan di Malaysia pada November 2008, trak yang dikenali sebagai Mother Trucker itu telah memperoleh banyak anugerah berprestij, antaranya:

* Best Value for Money Pickup Truck, Asian Auto - VCA Auto Industry Awards 2009 and 2010.

* Winner - Pickup Category, Autocar ASEAN Car of The Year Awards 2009.

* The Best Speed Bump Killer - NewMan RPM Awards 2009.

Nissan Navara King Cab boleh didapati dalam empat warna iaitu perak, kelabu, putih dan hitam. Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia bermula daripada RM82,800 seunit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kereta penumpang versatil

Posted:

Kereta penumpang versatil

Kereta penumpang versatil

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN
geartinggimedia@gmail.com


ENJIN VVT bersesaran 1.6 liter yang ekonomikal dan jarang sekali terasa kekurangan kuasa.


CROSSOVER ialah kenderaan yang agak asing untuk pasaran tempatan. Hakikatnya, kenderaan itu bersifat versatil. Dengan jarak kelegaan bumi yang bagus serta rekaan rugged, ia sesuai untuk pelbagai kegunaan.

Jika diamati lama, SX4 mempunyai persamaan yang hampir dengan kereta paling popular di Malaysia, Perodua Myvi dan model konsep Proton Emas. Kereta dengan bumbung tinggi, ruang kabin luas, butang kawalan yang ergonomik dan but belakang leper atau hatch. Signatur itu adalah milik Italdesign yang bertanggungjawab mereka bentuk SX4.

Perasaan pertama sewaktu memandu SX4, terasa suspensinya lembut untuk sebuah kereta sederhana tinggi kegunaan keluarga. Karekter sebegitu boleh dimaafkan kerana suspensi yang keras dan melantun-lantun adalah perkara terakhir yang patut anda fikirkan apabila membawa penumpang.

Walau bagaimanapun, jurutera kereta itu faham bahawa sifat lembut tidak boleh diaplikasikan pada semua keadaan. Saya tersenyum dengan respon stereng sewaktu mengambil selekoh. SX4 tidak gelabah, tenang dan tepat ke arah mana dituju. Bahagian belakang kereta tidak membuang, manakala olengan juga tidaklah ekstrem.

Mengeksloitasi graviti

Saya perlu membuat liputan pusingan pembukaan Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) di Johor Bahru, Johor. Jadi, SX4 dilihat sesuai dengan format tugasan yang berkejar-kejar untuk merakam gambar di kedudukan terbaik, meredah ladang kelapa sawit, melalui jalan kampung, sebelum kembali ke kawasan bandar sementara menunggu para mekanik melakukan servis kereta-kereta pelumba.

Semasa memandu jauh, antara perkara yang saya suka ialah ialah kerusinya. Selain daripada fungsi standard seperti larasan ke depan, belakang, tegak dan baring, kerusi SX4 boleh direndahkan.

Walaupun ciri tersebut bukan ilmu sains roket, tetapi ia penting untuk mengimbangi ketinggian crossover ini. Maksudnya, anda boleh duduk rendah, seterusnya membolehkan pemandu merasa yakin semasa mengambil selekoh dan pada kelajuan tinggi. Sama seperti kereta lumba yang mengeksploitasi graviti.

Di atas jalan raya dan lebuh raya prestasi kereta ini memuaskan hati dan selesa dipandu. Transmisi yang dipasangkan ialah automatik empat kelajuan. Saya sudah terbiasa dengan transmisi CVT yang mempunyai karakter berbeza. Kuasa tarikan enjin SX4 agak terasa sewaktu mula memecut selepas pegun dan akan kembali normal selepas gear dialihkan oleh komputer dari satu seleksi ke satu seleksi.

12.9km setiap liter

Keghairahan kotak gear juga berasa kasar apabila pedal minyak ditekan kuat sewaktu hendak memotong. Sedangkan rasa CVT pula sangat kontra, pecutan selepas pegun agak perlahan dan kemudian kereta akan meluru pergi. Bagi mereka yang sukakan pecutan tambahan, gear boleh digunakan pada kadar optimum tanpa menambah penggunaan bahan api.

Enjin 1.6 VVT SX4 tidak haus bahan api. Statistik penggunaan minyak yang diperoleh ialah 12.9 km untuk seliter dan 11.9 km untuk seliter petrol masing-masing dari Kuala Lumpur ke Johor dan berulang-alik dari bandar JB ke Kota Tinggi.

Ketika pedal minyak ditekan, jarum rpm hanya sekitar 3,000rpm dan meter kelajuan pula menunjukkan bacaan 120 kilometer sejam (km/j). Meter terasa ringan, sukatan melalui GPS telefon bimbit pula menunjukkan kelajuannya ialah 115 km/j. Memandu pada takat 3,000rpm mampu menjimatkan minyak dengan gabungan kelajuan sederhana sekitar 110 km/j hingga 115 km/j. Hasilnya, tangki petrol tidak terlalu cepat kosong dan masih selamat di bawah radar kamera polis.

Sepanjang tiga hari di JB, format crossover teruji apabila ia dipandu di ladang kelapa sawit. Dengan laluan tanah merah, bonggolan serta lekuk-lekuk laluan air, ketinggian lantai dan ketangkasan enjin SX4 benar-benar membantu. SX4 berjaya meredah laluan tanpa sebarang masalah.

Pemandu dan penumpang tidak rasa terumbang-ambing yang kronik ketika jentera itu dipecut. Sistem brek juga cekap untuk membantu pemandu mengemudi SX4 dengan baik. Cermin depannya yang luas banyak membantu untuk melihat jauh di hadapan kalau-kalau ada lopak besar dan haiwan melintas.

Asyik menguji SX4, saya lebih banyak menghabiskan masa di tempat duduk pemandu dan penumpang depan, bukannya duduk di belakang. Dua orang rakan di belakang nampak selesa. Ruang kaki juga tidak sempit.

Span kerusinya tidak keras, manakala sandaran belakang pula tidak tegak. Pendek kata, ia selesa. Sifir keselesaan penumpang bukan suatu yang sukar, namun hairannya masih ada pengeluar kereta yang gagal dalam bab ini. Masih ada kereta tidak kira harga murah atau mahal dipasang dengan kerusi keras, seolah-olah papan yang dibalut fabrik atau kulit.

CBU dari Jepun

Untuk sebuah crossover dengan objektif gaya hidup aktif, ruang mengisi barang cukup penting. Kabin SX4 menyediakan banyak poket kecil untuk meletak botol air, cermin mata dan majalah.

Cuma ruang but belakang mudah penuh. Begitulah gayaan hatch, anda harus berkorban dengan ruang. Namun, kerusi belakangnya boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40. Jika ada basikal dan kargo besar lipatkan sahaja kerusi untuk penggunaan ruang maksimum.

Jika anda berminat, harganya sekitar RM90,000. Selain diimport terus (CBU) dari Jepun, spesifikasi standard SX4 juga agak lengkap seperti dua beg udara depan (SRS), brek cakera pada keempat-empat roda dengan Anti Lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA).

Sementara sistem audio yang boleh memainkan muzik format cakera padat dan MP3 dipadankan bersama lapan pembesar suara dengan suis kawalan di stereng. Di samping cermin sisi boleh lipat bersama lampu isyarat, roda aloi 16 inci dan penggera dengan immobilizer.

Dengan persekitaran harga kenderaan di Malaysia, nilai SX4 boleh dikatakan berbaloi dan sesuai dengan fungsi sebuah crossover. Tambahan pula SX4 merupakan kereta global yang turut dipasarkan di benua Asia, Amerika dan Eropah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved