Kosmo Online - Negara |
- Barbican mahu mohon sijil halal
- Ramai ustaz tawar diri mahu bantu jejak Dr. Azam
- Pengusaha lori naikkan upah sewa
Barbican mahu mohon sijil halal Posted: Barbican mahu mohon sijil halalOleh JUNHAIRI ALYASA AHMAD mahu mengadakan pertemuan dengan Jakim, Isnin ini bagi memohon sijil halal untuk minuman Barbican. KUALA LUMPUR - Kontroversi berhubung minuman jenama Bar- bican yang sebelum ini didakwa sebagai 'bir halal' bakal terlerai apabila syarikat pengedarnya dijangka bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Isnin ini. Menurut Pengarah Urusan Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Alyateem, pertemuan tersebut bertujuan untuk menjelaskan mengenai status minuman berkenaan yang sebenarnya merupakan minuman malta berperisa buah-buahan selain memohon pengesahan halal. "Sebenarnya usaha untuk mendapatkan pengesahan halal daripada Jakim sudah kita lakukan tetapi malangnya Jakim tidak mahu terima, sebab itu saya ingin membuat penjelasan kepada mereka Isnin ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Ramai ustaz tawar diri mahu bantu jejak Dr. Azam Posted: Ramai ustaz tawar diri mahu bantu jejak Dr. AzamALOR SETAR - Berita kehilangan seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sejak 18 hari lalu yang didakwa akibat dipukau mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk beberapa orang ustaz yang menawarkan perkhidmatan bagi membawa balik doktor tersebut ke pangkuan keluarganya. Natrah Shaari, 52, ibu kepada Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri memberitahu, ramai ustaz yang menghubunginya dan datang ke rumah untuk menawarkan bantuan bagi menyedarkan kembali anak sulungnya yang dipercayai dipukau. "Ada beberapa ustaz yang datang ke rumah dan minta maklumat dan gambar anak saya. Mereka kata akan cuba bantu buang sihir yang menyebabkan anak saya itu tidak pulang ke rumah sehingga hari ini. "Selain itu, ada juga ustaz yang menghubungi saya untuk menawarkan bantuan sama dan mereka menggunakan perubatan cara Islam dengan cara berdoa dan bacaan ayat al-Quran bagi menyedarkan kembali anak saya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pengusaha lori naikkan upah sewa Posted: Pengusaha lori naikkan upah sewa Oleh JUNHAIRI ALYASA PENGUSAHA lori bercadang menaikkan kadar upah sewa pengangkutan selepas kerajaan memansuhkan diesel super subsidi baru-baru ini. KUALA LUMPUR - Pengusaha lori komersial dijangka menaikkan kadar upah sewa pengangkutan sebanyak 18 peratus ekoran pemansuhan diesel super subsidi oleh kerajaan. Menurut Naib Presiden Persatuan Pengusaha Lori Tangki Bumiputra Malaysia Berhad, Samiron Safar, kenaikan itu wajar memandangkan kadar upah RM13.50 satu tan bagi setiap perjalanan ketika ini tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lalu. "Kalau tidak naik memang kami akan gulung tikar sebab selama ini kadar yang dikenakan paling minimum dan pengusaha terpaksa tanggung kos diesel sebanyak RM200 sehari tidak termasuk kos tayar dan upah pemandu. "Justeru, kami akan berbincang dengan pelanggan untuk menaikkan kadar upah yang baru tidak kurang RM3 satu tan," katanya ketika dihubungi semalam. Kosmo! semalam melaporkan kerajaan telah memansuhkan diesel super subsidi yang dinikmati pemilik lori komersial kerana hanya kenderaan individu dan berkepentingan awam layak mendapat kemudahan itu. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan