Rabu, 8 Jun 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Perhubungan matang Yusry, Lisa

Posted:

Perhubungan matang Yusry, Lisa

Perhubungan matang Yusry, Lisa



CINTA antara Yusry KRU dan Lisa Surihani bukan lagi rahsia, malah mereka juga enggan menyembunyikan rasa hati dan bunga cinta yang sedang mekar di hati masing-masing daripada pandangan orang ramai.

Kini, di mana ada Yusry pastinya kelibat Lisa akan kelihatan, sama juga halnya yang berlaku ketika tayangan perdana filem Karak dan juga terbaru sambutan ulang tahun KRU yang ke-19 yang berlangsung di ibu pejabat KRU di Cyberjaya pada Isnin lalu.

Mereka duduk semeja bersama ibu Lisa Surihani dan juga keluarga Yusry yang lain. Sinar mata bahagia yang terpancar menjelaskan mereka dalam lamunan cinta meskipun usia percintaan baru menjangkau angka tiga bulan.

Yusry dan Lisa yang ditemui sejurus majlis tamat tidak langsung melarikan diri, malah turut sudi memenuhi permintaan pihak media untuk bergambar berdua buat pertama kalinya dalam satu sesi fotografi segera.

Bagaimanapun, Yusry enggan hubungannya dengan Lisa dilabelkan sebagai pasangan kekasih kerana menganggap perhubungan mereka perhubungan yang matang. Ia bukan lagi umpama cinta monyet ketika zaman remaja.

"Memang kami berkawan lebih daripada biasa, tetapi saya tidak mahu kami digelar pasangan kekasih kerana perhubungan kami adalah matang. Kalau sebut kekasih, saya rasa seperti cinta monyet atau zaman muda-muda dulu yang pernah saya alami. Lainlah kalau sudah bertunang atau berkahwin.

"Apa yang boleh saya cakapkan, saya serius dengan hubungan ini dan kami bercinta cara orang dewasa, bukan lagi seperti orang yang ingin mencuba nasib dalam perhubungan. Kami memang serius," jawab Yusry.

Lisa pula yang duduk disebelah Yusry yang sebelum ini sering memberi jawapan selamat mengenai hubungannya dengan Yusry turut mengakui, perhubungannya dengan Yusry adalah lebih daripada kawan biasa dan dia senang ketika bersama Yusry.

"Status hubungan itu tidak perlulah nak jelaskan, harap berikan kami ruang sebelum kami boleh berikan jawapan yang konkrit. Sebenarnya bila saya disoal mengenai Yusry sebelum ini, bukan saya tidak mahu menjawab tetapi tidak manis untuk seorang perempuan yang mula bercakap mengenai hubungan, biarlah lelaki yang memulakannya dulu," ujar Lisa.

Celah Yusry, apa sahaja kenyataan yang terluncur daripada mulutnya sebelum ini, semuanya telah dibincang terlebih dahulu bersama Lisa.

"Sebelum saya keluarkan kenyataan, kami berbincang terlebih dahulu dan apa sahaja yang saya katakan sebelum ini hasil perbincangan saya dengannya," kata Yusry.

Apabila disoal sejauh mana hubungan mereka kini, jawab Yusry, mereka berdua telah mengenali keluarga masing-masing, sungguhpun begitu masih terlalu awal untuk menjangkakan pengakhiran pada hubungan mereka.

"Kami berdua umpama hidup di bawah mikroskop, ke mana sahaja kami pergi dan lakukan, akan menjadi bahan perhatian bualan, kami terima kerana itu jalan hidup yang kami pilih. Sebagai manusia saya sendiri tidak tahu sejauh mana, hubungan kami boleh pergi.


YUSRY dan Lisa tidak menyorokkan rasa hati mereka kepada umum.


"Kami dalam proses mengenal hati budi, tetapi orang sudah bertanya bila nak bertunang dan berkahwin. Mana saya boleh jawab kerana saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami boleh pergi.

"Saya pun tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana biasanya tiga bulan pertama dalam hubungan semuanya indah-indah belaka, jika hubungan kami tidak menjadi, yang jadi mangsanya adalah kami berdua. Sebab itu saya perlu berjaga-jaga dengan apa yang saya perkatakan," luah Yusry lagi.

Lisa juga bersetuju dengan pendapat Yusry. Dia juga enggan menghebohkan hubungan mereka kerana sedar mereka baru sahaja dalam peringkat awal hubungan. Malah, jika terlalu banyak cerita cinta mereka disiarkan di media, Lisa bimbang akan wujud persepsi orang ramai kepadanya.

"Saya kalau boleh tidak mahu heboh-heboh, nanti orang cakap apa pula sedangkan kamu baru sahaja berkawan. Tetapi saya hormati pihak media yang bertanya, jadi saya hanya jawab yang termampu. Kami tidak mahu jadi hipokrit," kata Lisa.

Jika tiada apa-apa yang pasti, masakan Lisa sering berdampingan dengan adik bongsu trio KRU itu ke mana sahaja dia pergi terutamanya di majlis yang melibatkan syarikat KRU.

Tersipu-sipu untuk menjawab, Lisa diselamatkan oleh Yusry yang berkata: "Kehadiran Lisa umpama dia seorang kakitangan MIG yang menyokong kerja saya, seorang kakitangan KRU."

Tarikan Yusry buat Lisa

Mula berkomunikasi menerusi BBM (BlackBerry Messenger) selama setahun sebelum bersua muka kerana satu perjumpaan untuk filem Ular yang turut melibatkan Lisa mendekatkan lagi mereka berdua.

Kata Lisa malu-malu, pada mulanya dia menyangka, Yusry seorang lelaki yang sombong. Bagaimanapun setelah mengenai Yusry dengan lebih dekat ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali.

"Dia seorang yang merendah diri dan senang berbincang. Sebab itu usia bukanlah menjadi penghalang buat kami. Kami selesa menjadi diri sendiri ketika bertemu, dia tidak perlu menjadi muda untuk saya, dan saya tidak perlu berlagak seperti wanita yang lebih berusia ketika bersama dia," tutur Lisa yang kini berusia 25 tahun, manakala Yusry berusia 37 tahun.

Yusry juga menyenangi sikap Lisa yang tidak hipokrit dan bijak membawa diri dalam apa jua keadaan sekali pun. Kata Yusry, ketika mula-mula keluar, mereka keluar bertiga iaitu bersama ibu Lisa, tetapi kini mereka sudah selesa untuk keluar berdua sahaja.


LISA dan Yusry baru tiga bulan bercinta. Mereka enggan meletak sasaran untuk berkahwin, sebaliknya membiarkan hubungan mereka berjalan secara semula jadi.


"Ya, kami macam pasangan yang lain juga, kami suka menonton wayang dan habiskan waktu yang terluang bersama. Mula-mula dulu, ibu Lisa akan teman dia tetapi sekarang kami sudah mula keluar berdua," jawab Yusry dengan jujur.

Sambung Lisa dan Yusry lagi, buat masa ini biarlah hubungan mereka berjalan seperti pasangan yang lain, tiada sebarang paksaan untuk mempercepatkan segala perancangan.

"Biarlah hubungan kami ini terjadi dan terikat secara semula jadi," kata Yusry.

Ular

Pasti ada banyak mulut yang mempertikaikan penglibatan Lisa dalam filem terbaru terbitan KRU yang berjudul Ular. Mungkin ada yang berkata kerana hubungan Lisa dan Yusry, dia dipilih untuk terlibat dalam projek terbitan KRU.

Lisa yang turut menyedari situasi itu menjawab, segala perjanjian untuk filem arahan Johan Lucas itu terjadi sebelum timbulnya gosip cinta antara mereka.

"Perjanjian untuk berlakon dalam filem Ular terjadi sebelum kami rapat, jadi tidak ada kena mengena hubungan kami dengan kerja saya. Apabila tiba bab kerja, semuanya profesional.

"Walaupun saya berkawan dengan Yusry, tidak bermakna saya akan diberikan banyak tawaran lakonan daripada KRU. Tawaran lakonan dibuat menerusi pihak KRU dan pihak pengurusan saya iaitu MIG, saya langsung tidak campur tangan," jawab Lisa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Stepholic tersingkir kerana tidak sihat

Posted:

Stepholic tersingkir kerana tidak sihat

Stepholic tersingkir kerana tidak sihat

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


TERSINGKIR... Stepholic sudah memasang impian untuk kembali mencuba nasib dalam Showdown 2011 tahun hadapan.


TIDAK menyangka akan sampai sehingga minggu kelima dalam pertandingan tarian popular Showdown 2011, kumpulan Stepholic yang berasal dari Kuching, Sarawak terpaksa akur dengan penyingkiran mereka pada Rabu lalu.

Stepholic yang dianggotai oleh tujuh anak muda berusia antara 16 hingga 20 tahun iaitu Ariff Mohd. Dawi, Gilbert Joel Gimbom, Ameer Mohd. Dawi, Mohd. Aiqal Mohd. Saifullah, Mohammad Syaiffuddin Za'aba, Wan Mohd. Nazrin Wan Saadie dan Mohd. Azree Haidir mengakui faktor kurang sihat menyebabkan persembahan mereka kurang memberansangkan.

"Ada tiga orang yang demam, jadi kami kurang tenaga ketika menari. Ketika nama kami disebut antara empat kumpulan yang berada di tangga terbawah bersama Force 136, Blazin Squad dan Rokusteps, kami sudah dapat agak akan tersingkir.

"Tambahan bila dalam sesi battle dengan Blazin Squad, memang kami lemah dan gagal memberikan persembahan yang terbaik," ujar anggota paling tua Stepholic, Wan Mohd. Nazrin.

Meskipun kecewa apabila disingkirkan, perkara paling menyedihkan buat mereka adalah berpisah dengan tujuh kumpulan tarian yang lain.

"Walaupun di atas pentas kami merupakan lawan, tetapi di belakang pentas kami umpama sebuah keluarga yang besar. Kami sangat rapat dan saling membantu antara satu sama lain.

"Selepas ini kami akan pulang ke Sarawak dan tidak akan bertemu dengan mereka lagi, itu perkara paling sedih. Saya harapkan mereka akan memberi persembahan yang terbaik," kata Ariff.

Tersingkir tidak bermakna perjuangan mereka sebagai penari akan berakhir. Kata mereka, kumpulan Stepholic akan terus kekal sebagai sebuah kumpulan dan aktif di negeri kelahiran mereka sendiri.

"Kami akan terus aktif dan terus menari. Kalau ada peluang, mungkin kami akan cuba teruskan perjuangan dalam Showdown tahun depan," ujar Ariff lagi.

Menyuarakan hasrat hati, kata Wan Mohd. Nazrin, mereka ralat kerana tidak sempat bertanding di atas pentas dengan kumpulan HMC Phlow kerana Stepholic cukup meminati kumpulan tarian itu.

"Ramai yang mengatakan kumpulan kami seperti HMC Phlow, sebab itu kami ingin bertanding dengan mereka. Apa pun, jika kata kumpulan yang terbaik bagi kami ia adalah Elecoldxhot kerana koreografi mereka memang menarik," ujar Nazrin.

Minggu lalu, kesemua peserta Showdown 2011 diadili oleh dua juri tetap iaitu Maple Loo dan Joe Flizow serta penampilan salah seorang anggota VE, Damien selaku juri undangan.

Penyingkiran Stepholic memberi peluang kepada tujuh kumpulan yang lain iaitu Panic, Bounce Stepperz , HMC Phlow , Elecoldxhot, Blazin Squad, Force 136 dan Rokusteps untuk bergelar Juara Showdown 2011 musim kedua yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000.

Malam ini, ketujuh-tujuh kumpulan akan menari mengikut genre muzik yang telah ditetapkan iaitu rock. Program Showdown 2011 dikendalikan oleh Hafiz Hatim selaku pengacara dan berlangsung di ruang terbuka i-City, Shah Alam, Selangor pada setiap Rabu pukul 9.30 malam dan turut disiarkan secara langsung menerusi saluran 8TV.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Evan enggan hakimi Veda

Posted:

Evan enggan hakimi Veda

Evan enggan hakimi Veda


EVAN RACHEL WOOD membawa watak Veda, seorang gadis nakal yang kuat memberontak dalam drama mini Mildred Pierce.


NAMA pelakon Evan Rachel Wood mungkin agak asing bagi peminat hiburan di negara ini. Namun di Amerika Syarikat, dia merupakan antara pelakon yang sedang mencipta nama untuk berdiri sebaris dengan pelakon Hollywood yang terkenal.

Dilahirkan pada 7 September 1987, pelakon yang kini berusia 24 tahun itu berkecimpung dalam dunia lakonan sejak kanak-kanak lagi menerusi beberapa drama televisyen.

Pembabitannya sebagai pelakon bermula ketika berumur lapan tahun apabila memegang watak kecil dalam sebuah drama seram berjudul American Gothic.

Kariernya dalam lakonan semakin berkembang tiga tahun kemudian apabila ditawarkan berlakon dalam sebuah filem fantasi berjudul Practical Magic yang turut dibintangi Sandra Bullock dan Nicole Kidman.

Hanya pada tahun 2002, barulah Evan mendapat tawaran untuk berlakon dengan memegang watak utama iaitu menerusi Little Secret, sebuah filem indie yang diarahkan oleh Blaire Treu.

Kemudian setahun selepas itu, dia sekali lagi diberikan peranan utama dalam filem yang berjudul Thirteen. Menariknya, filem berkenaan telah memberi impak yang cukup besar buat dirinya.

Meskipun filem itu mencetuskan kontroversi kerana memaparkan adegan seks bawah umur, ketagihan dadah dan arak, namun dia telah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk banyak anugerah, termasuklah pencalonan di Golden Globe Award.

Terbaharu, dia akan tampil dalam sebuah drama mini bersiri terbitan HBO berjudul Mildred Pierce yang akan ditayangkan bermula 9 Jun ini di saluran HBO (Astro 411) dan HBO HD (Astro 431).

Ditayangkan selama dua jam sebanyak lima siri, drama berkenaan adalah berdasarkan kepada novel hasil nukilan penulis James M. Cain pada tahun 1941. Malah, ia juga pernah diangkat sebagai sebuah filem dengan judul yang sama pada tahun 1945.

Ia mengisahkan mengenai seorang wanita, Mildred Pierce yang terpaksa menyara kedua-dua orang anak, ketika suaminya sibuk berfoya-foya dengan wanita lain.

Pada masa yang sama, Mildred juga dicemuh oleh anak perempuannya sendiri iaitu Veda, hanya kerana pekerjaannya sebagai seorang pelayan. Namun, dia juga mempunyai impian untuk membuka sebuah restoran sendiri suatu hari nanti.

Berikut adalah transkrip interviu dengan Evan:

Boleh jelaskan dengan lebih lanjut watak anda dalam drama Mildred Pierce?

Evan: Saya membawakan watak sebagai Veda Pierce, anak kepada Mildred Pierce yang dilakonkan oleh Kate Winslet. Drama ini mengisahkan mengenai permasalahan dalam hubungan antara ibu dan anak. Mengenai watak Veda, saya digambarkan sebagai seorang anak yang hidup dalam keadaan dikongkong oleh ibunya sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja agar dapat hidup bebas.

Adakah anda dan Kate berbincang agar masing-masing dapat menjiwai watak ini dengan lebih berkesan?

Walaupun watak yang saya bawakan ini agak menakutkan, namun bekerja dengan aktres yang hebat seperti Kate menjadikan kerja saya mudah. Memang ada perbincangan yang dilakukan, tetapi untuk membawakan watak yang diberikan kami merujuk kepada pengalaman peribadi masing-masing. Pada kami setiap orang akan mempunyai konflik dengan ibu terutamanya anak perempuan.

Bagaimana pandangan anda sendiri tentang watak Veda?

Tidak dinafikan Veda adalah seorang gadis yang jahat dan sangat menjengkelkan. Namun dia menjadi sebegitu adalah disebabkan faktor-faktor tertentu, terutamanya kehidupan pada masa tersebut yang mementingkan kasta. Jadi saya sendiri tidak pasti sama ada sesuai atau tidak untuk menilai tentang diri Veda itu sendiri.

Apakah yang mendorong Veda menjadi sebegitu rupa?

Segala permasalahan mula timbul apabila dia dan ibunya berhijrah dari tempat tinggal mereka di Glendale, manakala ibunya pula berasal daripada golongan kelas bawahan. Sebenarnya dia mempunyai impian untuk menjadi seorang pemain piano yang terkenal dan telah berlatih sepanjang masa, tetapi peluang yang ada telah diragut dalam sekelip mata.

Tentunya anda merujuk kepada adegan di mana seorang guru muzik, Treviso yang merosakkan persembahan Veda. Jadi peluang yang telah diragut itu merupakan satu kejadian yang dahsyat buat dirinya?

Saya rasa dia memang sangat mencintai dunia muzik dan tentunya kejadian itu sangat meremukkan hatinya. Muzik adalah satu-satunya cara untuk dia melupakan segala masalah. Jadi, apa yang saya lihat dia mula berubah selepas kejadian itu. Dia menjadi seorang gadis yang liar, suka berparti dan keluar dengan ramai lelaki.

Namun selepas Treviso mengkritik persembahannya, Veda telah memarahi Mildred kerana seolah-olah kekurangan bakat yang ada pada dirinya itu adalah kesalahan ibunya. Boleh anda jelaskan?

Sebagai seorang ibu, Mildred melakukan suatu perkara yang cukup sinonim seperti ibu-ibu yang lain dengan memberi kata-kata semangat dan mengatakan anaknya itu adalah seorang yang paling berbakat di dunia. Sedangkan bukan itu yang Veda ingin kerana sememangnya ia tidak benar. Itu yang membuatnya betul-betul kecewa.

Adakah Veda menyayangi ibunya?

Mungkin di dalam hati Veda sangat menyayangi ibunya, tetapi dia tidak mahu nasibnya itu menjadi sama seperti ibunya. Saya rasa tindakan meninggalkan ibunya adalah kerana dia sangat menyayangi ibunya dan dengan cara tersebut tentu dia tidak perlu bimbang untuk menyakiti hati ibunya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved