Kosmo Online |
- Liga Juara-juara: Pemuda BN anjur fiesta
- Pelajar perempuan maut kejar peragut
- Imigresen Kedah tahan pendatang
Liga Juara-juara: Pemuda BN anjur fiesta Posted: Liga Juara-juara: Pemuda BN anjur fiesta20/05/2011 7:19pm IPOH – Peminat bola sepak di sini dijemput menyertai program "Street Fiesta" di Dataran Majlis Bandar Raya Ipoh di sini pada 28 Mei ini sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Liga Juara-juara Eropah antara Barcelona dan Manchester United yang akan berlangsung di Stadium Wembley di London. Program anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak itu bermula pada 4 petang sementara menunggu siaran langsung perlawanan itu pada 2.45 pagi. "Kita akan mengadakan perlawanan bola sepak jalanan, bola keranjang, pertandingan tarian shuffle dan pertandingan permainan siber," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata portal berita Peraknews.com telah dilantik sebagai media rasmi program itu dan mana-mana pasukan yang ingin menyertai pertandingan yang diadakan boleh mendaftar di laman atau menghubungi Annas Hafiz Kamaluddin atau Mazlinna Othman melalui talian 05–2557745. Khairul Azwan juga berkata, Pemuda BN bercadang menganjurkan program dikenali town hall meeting iaitu perjumpaan kumpulan belia dengan pemimpin sektor awam dan swasta bagi membolehkan golongan itu melahirkan secara langsung masalah-masalah yang dihadapi. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pelajar perempuan maut kejar peragut Posted: Pelajar perempuan maut kejar peragut20/05/2011 8:08pm KANGAR – Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini maut dalam usahanya mengejar peragut yang dikatakan cuba meragut rantai leher perak milik adiknya di Km 10, Jalan Kaki Bukit di Beseri dekat sini malam tadi. Nur Syaza Yasmin Ruslan, 17, yang mengejar peragut dengan motosikal meninggal di tempat kejadian apabila motosikalnya dikatakan bergesel dengan motosikal peragut sebelum mangsa terpelanting di atas jalan raya dan dilanggar pula oleh sebuah kereta dalam kejadian kira-kira 8 malam itu. Adiknya, Nur Syaza Naurah, 15, yang membonceng motosikal itu menceritakan kejadian tersebut bermula ketika mereka baru sahaja mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Balai Baru apabila dihampiri oleh seorang penunggang motosikal yang bertanyakan sesuatu tetapi mereka tidak mengendahkanya. "Pada masa yang sama lelaki itu cuba meragut rantai leher saya tetapi gagal kerana saya sempat menepis tangannya," katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Keteri. Dia berkata kakaknya yang naik berang telah mengejar motosikal peragut itu bagi mendapatkan nombor pendaftaran motosikal tersebut. Namun motosikal yang mereka naiki hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya selepas berselisih dengan sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Menurutnya, selepas terjatuh dia sempat bangun menyelamatkan diri tetapi kakaknya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan dilanggar pula oleh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah belakang menyebabkan dia meninggal serta merta di tempat kejadian. Mayat Nur Syaza Yasmin dibawa ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Keteri sebelum solat Jumaat. Pegawai Turus Trafik Perlis, ASP Rosli Yahaya berkata pihaknya telah menahan dua pemandu kenderaan terbabit. "Kedua-dua pemandu berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun. Salah seorangnya adalah pemandu yang kenderaannya berselisih dengan motosikal mangsa manakala sorang lagi yang melanggar mangsa," katanya. Beliau juga berkata polis masih belum pasti sama ada kes tersebut membabitkan kes ragut tetapi masa masa ini kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Lelaki yang dikatakan peragut itu belum dapat dikesan. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Imigresen Kedah tahan pendatang Posted: Imigresen Kedah tahan pendatang20/05/2011 5:13pm ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan empat lelaki dan seorang wanita pendatang tanpa izin warga Myanmar, dipercayai baru memasuki negara ini melalui Thailand, di plaza tol Hutan Kampung dekat sini pukul 7.30 pagi ini. Timbalan Pengarah Imigresen Negeri, Hasrina Hashim berkata, semua pendatang berumur 18 hingga 30 tahun itu dipercayai masuk ke negara ini secara tidak sah melalui "laluan tikus" di hutan kawasan sempadan Kedah-Thailand. "Ketika ditahan semua pendatang yang menaiki sebuah kereta termasuk pemandunya gagal mengemukakan sebarang pas atau permit sah untuk tinggal di negara ini. "Siasatan awal mendapati kereta berkenaan dipercayai dipinjam daripada orang tempatan untuk tujuan berkenaan dan mereka dipercayai masuk untuk bekerja di sini," katanya kepada pemberita di Pejabat Imigresen di sini. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan