Sabtu, 21 Mei 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Monumen warisan 79 tahun

Posted:

Monumen warisan 79 tahun

Monumen warisan 79 tahun


LEMBAGA Pemuliharaan Monumen mewartakan Stesen Keretapi Tanjung Pagar sebagai salah satu daripada 64 monumen negara itu.


STESEN Keretapi Tanjung Pagar yang juga dikenali sebagai Stesen Keretapi Keppel Road mempunyai nilai yang sungguh berharga dari segi sejarah bukan sahaja kepada Singapura malah, Malaysia.

Apa pun berkuat kuasa 1 Julai ini, perkhidmatan kereta api ke stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah akan ditamatkan dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mengakhiri perkhidmatan kereta api ke republik itu di Woodlands Train Checkpoint (WTCP).

Stesen Tanjung Pagar yang dibuka pada tahun 1932 dan stesen Bukit Timah pula pada tahun 1903 dijangka menyaksikan peranan baru. Tetapi struktur dan warisannya akan terus dikekalkan.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Md. Hussin Nayan, langkah mewartakan kedua-dua stesen itu sebagai tapak warisan adalah antara Perkara Perjanjian Malaysia-Singapura (POA) yang dicapai pada 1990.

Beliau memberitahu, Stesen Tanjung Pagar khasnya mempunyai nilai sentimental bagi rakyat Malaysia selain melambangkan hubungan sosial dan budaya antara kedua-dua belah tambak.

Md. Hussin berkata, persiapan bagi perkhidmatan KTMB berakhir di WTCP sedang berjalan lancar dan mengikut jadual.

Bagi generasi masa depan

Memandangkan nilai sejarah kedua-dua stesen itu selain sebagai melindungi peninggalan fizikal warisan sejarah, kerajaan Singapura baru-baru ini mengumumkan komitmen untuk memulihara kedua-dua stesen itu.


SENI bina stesen keretapi yang mempunyai pengaruh neo-classical dan art-decoe.


Lembaga Pemuliharaan Monumen (PMB) mewartakan Stesen Keretapi Tanjung Pagar sebagai monumen negara, sementara Lembaga Pembangunan Bandar (URA) mewartakan Stesen Keretapi Bukit Timah Railway sebagai bangunan terpelihara.

Pada 24 Mei tahun lalu Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan rakan sejawatan dari Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan bersama mengumumkan bahawa khidmat KTMB akan berakhir di WTCP dan bukan lagi di Tanjung Pagar.

Kedua-dua pemimpin juga bersetuju bahawa struktur Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan Stesen Keretapi Bukit Timah di Blackmore akan dikekalkan kerana nilai sejarahnya.

Ciri-ciri seni bina

Stesen Tanjung Pagar khasnya, dianggap sebagai tanda tempat yang jelas kerana bentuk seni bina muka hadapannya yang menampilkan ciri-ciri neo-classical dan art-decoe.

Ciri seni bina lain yang dianggap menarik di stesen itu ialah bumbung barrel-vault setinggi 22 meter di atas balai menunggu serta lukisan mural yang menampilkan pemandangan dari Malaya.

Pada zaman di mana perjalanan dengan kereta api dikaitkan dengan kemewahan, stesen itu menampilkan keanggunan dan kemewahan.

Menurut Jean Wee, Pengarah PMB, stesen tersebut akan terus kekal sebagai tanda tempat walaupun selepas ia mengambil peranan baru iaitu lambang ciri dan kekuatan hubungan antara kedua-dua negara.

Dengan Stesen Keretapi Tanjung Pagar diwartakan sebagai struktur warisan, bilangan monumen negara di Singapura berjumlah kepada 64.

Stesen keretapi Bukit Timah

Stesen Keretapi Bukit Timah berhampiran King Albert Park adalah antara stesen kecil yang dibina untuk menghubungkan kawasan luar bandar Singapura.

Bangunan ringkas diperbuat daripada batu-bata itu bersama dewan menunggu terbuka dilihat sebagai satu lagi tanda tempat yang menarik.


STESEN Keretapi Tanjung Pagar mula beroperasi sejak tahun 1932 lagi.


Bangunan satu tingkat tersebut mengikut gaya tradisional yang lazim boleh ditemui di stesen bandar-bandar kecil di United Kingdom dan Malaya pada tahun 1930-an.

Ler Seng Ann, Pengarah Kumpulan Khidmat Pemuliharaan dan Pembangunan di URA berkata, bangunan serta struktur berkaitan dengan perkhidmatan kereta api di Singapura mewakili memori sosial kolektif Singapura.

"Program pemuliharaan URA diwujudkan untuk mengekalkan warisan binaan kita.

"Di bawah program yang memenangi anugerah ini, kami berjaya mengekalkan Clifford Pier dan bekas lapangan terbang Kallang yang menjadi gerbang keluar masuk Singapura semasa zaman kegemilangannya.

"Apabila struktur-struktur utama perjalanan kereta api dipulihara, maka secara sendiri lengkaplah warisan sejarah pengangkutan Singapura," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved