Sabtu, 21 Mei 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


SO7 takut karam

Posted:

SO7 takut karam

SO7 takut karam



TEMU BUAL yang diatur oleh pihak Sony Music Malaysia dengan grup terkenal dari Indonesia, Sheila On 7 atau mesra digelar SO7 berlangsung selama setengah jam.

Ini temu bual terbaharu bersama grup yang digawangi Duta (vokalis), Eross (gitar), Adam (bass) dan Brian (drum) selepas kali terakhir pada tahun 2008 sewaktu mereka muncul dengan album Menentukan Arah.

Kali ini, untuk album ketujuh, SO7 menamakan album terbaharu mereka dengan nama Berlayar. Ada signifikan tersendiri yang dituangkan di dalam album yang menjalani pembikinan selama lebih kurang dua bulan itu.

Lebih bermakna, kata Eross, Berlayar adalah album yang dianggap sebagai terbaik oleh mereka. "Ini kerana ia memuatkan karya semua orang, bukan hasil karya saya sahaja," katanya.

Ia dipersetujui oleh Duta yang menganggap Berlayar adalah sisi lain SO7 yang sebelum ini cukup terkenal dengan identiti Eross yang menggarap hampir semua karya mereka sejak album pertama pada tahun 1996. Berlayar mendapat sentuhan Duta, Adam dan Eross serta bercampur dengan dua buah lagu bahasa Inggeris.

Berlayar yang mengandungi sembilan buah lagu, kata Eross adalah signifikan daripada pelayaran 15 tahun SO7 sebagai sebuah grup muzik.


SHEILA ON 7. Dari depan: Duta, Brian, Eross dan Adam.


"Kami telah menaiki sebuah kapal besar dengan harapan agar ia terus berlayar terus. Ia juga adalah signifikan selepas album yang lalu, Menentukan Arah, kini kami berlayar selepas mendapat arah itu. Semoga pelayaran kami akan terus mampu dikemudi dengan baik oleh kelompok SO7," ujarnya.

Ditanya adakah maksud di sebalik harapan terhadap pelayaran tersebut yang ditebak kerana mereka pernah hampir karam atau bubar sepanjang 15 tahun bermuzik, Eross tidak menafikan hal tersebut. Dia mengaku, SO7 hampir karam atau bubar beberapa tahun lalu.

Katanya serius: "Empat tahun lalu, kami pernah punya perasaan untuk bubar. Namun kami bertahan dan kami cuba meloloskan diri daripada hal-hal tersebut yang membolehkan kami terus bangkit dan bermuzik lagi. Syukur, selepas kami berjaya melewati masa sulit itu, kini kami telah menjadi orang-orang yang lebih kuat lagi. Sebab itu saya katakan Berlayar adalah album terbaik kami kerana semua hal turun dan naik SO7 ada di dalam album ini."

Hal bubar SO7 kemudian dipanjangkan oleh Duta. Kata Duta, soal SO7 bubar adalah hal terakhir yang akan difikirkannya. Malah tidak pernah terfikir di fikirannya untuk membubarkan grup yang telah 'merasuk' peminat tempatan terhadap muzik Indonesia lebih 10 tahun lalu ini.

Kata Duta, sebagai seorang yang optimistik, dia hanya mahu melihat SO7 terus maju di sebalik lambakan grup-grup baru. "Saya takut memikirkan hal itu. Mungkin kalau bubar pun bila usia saya sudah mencecah 80 tahun," ungkapnya sedikit ketawa namun terkesan dia begitu menyayangi grup tersebut.


SHEILA ON 7 merupakan grup Indonesia pertama yang telah membuka pintu muzik republik itu diterima baik peminat di Malaysia.


Bercakap mengenai 15 tahun usia mereka, Eross memberitahu, rahsia mereka bertahan adalah kerana mempunyai sokongan padu daripada peminat mereka yang dikenali sebagai SheilaGank, selain terus memberi fokus terhadap pekerjaan yang mereka sedang jalani.

Biar ada yang menganggap magis SO7 semakin surut, Eross pula berpendapat SO7 hari ini lebih mantap berbanding tahun-tahun terdahulu. Dia menganggap SO7 tidak bermain muzik kerana ia adalah satu trend, sebaliknya mereka terus mengekalkan jenama yang telah dibina sejak tahun 1996.

"Dengan segala hal yang telah kami lewati, SO7 hari ini telah lebih mantap daripada sebelumnya. Kami telah menjalin hubungan yang sangat akrab dengan peminat kami dan muzik kami bukan satu trend, tetapi satu jenama yang sudah terkenal," katanya memilih untuk lebih memberi fokus untuk bermain dan mempamer skil bermain gitar berbanding membuat lagu di dalam album terbaharu itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semi final Mentor sengit

Posted:

Semi final Mentor sengit

Semi final Mentor sengit

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my


SHIHA dan mentornya, Datuk Sharifah Aini memberi saingan sengit pada pusingan semi final pertama minggu lalu.


KONSERT Separuh Akhir Pertama Mentor Kelima baru-baru ini menyaksikan pertarungan sengit empat wanita.

Tekanan yang dirasai bagi merebut tempat ke peringkat akhir jelas kelihatan dalam persembahan kesemua peserta itu di mana masing-masing cuba menyampaikan yang terbaik.

Peserta pilihan ramai, Salma terus unggul memikat hati juri awam yang tanpa ragu-ragu memberikan markah penuh sebanyak 20 markah.

Protege kepada Erra Fazira itu memukau audiens di auditorium dengan kelantangan vokalnya tatkala mendendangkan lagu Sedalam Mana Cintamu, nyanyian asal Safura.

Namun, konsep kabaret dalam persembahan duet bersama mentornya nyata menjerat diri apabila juri profesional mengkritik pemilihan lagu Penipu (Rini) yang tidak bersesuaian dengan Salma.

"Kedua-dua lagu yang dipersembahkan Salma tidak meletakkan dirinya di tahap di mana dia sepatutnya berada," jelas ketua juri, Ramli MS pada sidang akhbar sejurus selepas konsert berakhir.

Memikat hati ramai orang pada malam itu ialah protege kepada Datuk Sharifah Aini (Kak Pah), Shiha yang kelihatan selesa dan yakin ketika beraksi di pentas.

Membuka tirai konsert malam itu dengan menyampaikan lagu Memori Tercipta oleh Shila Amzah, peserta dari Kuala Lumpur itu tampil hanya dengan mempertaruhkan vokalnya.

Gandingan dengan mentornya menyampaikan medley lagu Sabar Menanti (Broery Marantika) dan Hapuslah Air Matamu (Datuk Sharifah Aini), Shiha konsisten cemerlang.

Sedondon berbaju ungu, kolaborasi Shiha dan mentornya membuatkan penonton terpegun dan ibarat memberi amaran kepada peserta lain bahawa Shiha bukan calang-calang pencabar.


SALMA dan Erra Fazira yang tampil dengan konsep kabaret kurang mencuri hati juri.


Juri jemputan, Marcell mengakui bakat dimiliki Shiha dan memuji penghayatan yang dibawa wanita berumur 24 tahun itu.

"Anda kelihatan selesa di atas pentas dan anda tahu apa yang anda ingin sampaikan kepada penonton dan mesej itu dapat dirasai oleh semua orang," ujar penyanyi tanah seberang itu.

Selain Salma dan Shiha, dua lagi pesaing terdekat mereka iaitu Iqa dan Ratnah tetap menyinar dengan persembahan yang diserikan dengan gimik yang menghiburkan hati.

Walaupun persembahan pertama Iqa ketika menyampaikan lagu Khatimah Cinta (Sixth Sense) kelihatan hambar lantaran vokalnya yang mendatar, ia dapat diselamatkan dengan persembahan keduanya.

Tenaga 'Edriqa' (Edry dan Iqa) menyampaikan lagu Kitalah Bintang yang dipopularkan Ratu Rock tanah air, Ella itu membuatkan penonton turut sama berdiri menari dan bersorak tanda berpuas hati dengan gabungan ideal itu.

Sementara itu protege kepada Afdlin Shauki, Ratnah kekal menyajikan kelebihan bakat tarian miliknya ketika mempersembahkan rangkaian lagu Bukannya Aku Takut (Mulan Jameela) dan Seksis (Anita Sarawak).

Bagaimanapun markah keseluruhan peserta-peserta itu hanya akan diumumkan pada malam Konsert Separuh Akhir Kedua esok malam yang akan menyaksikan penyingkiran sebelum Konsert Akhir Mentor pada 29 Mei ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kasih Jamal buat kaum ibu

Posted:

Kasih Jamal buat kaum ibu

Kasih Jamal buat kaum ibu


JAMAL begitu syahdu saat menyanyi sambil ditemani seorang peminatnya yang merupakan seorang ibu.


SEJAK awal pembabitannya di dalam dunia seni tanah air, Jamal Abdillah sememangnya dikenali sebagai seorang penyanyi yang agak pemalu dan kurang berkomunikasi dengan penonton.

Namun, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali tampil dengan personaliti berbeza seramai hampir 660 orang ibu hadir menontonnya semasa mengadakan persembahan sempena sambutan hari ibu yang diadakan oleh Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ini merupakan kali yang kedua Jamal meraikan para ibu bersama PWTC, dan jika tahun lepas Jamal berpasangan bersama Aishah, tahun ini Jamal tampil solo di dalam sambutan yang dinamakan Kasihnya Ibu itu.

"Kali ini saya banyak berceloteh kerana saya tahu ibu-ibu yang hadir kesemuanya pasti ingin melihat persembahan dan berjumpa dengan saya.

"Jadi, saya ingin hiburkan para ibu semua yang telah banyak berkorban. Kerana ini, saya ingin beri yang terbaik buat mereka," ujar Jamal yang telah menyampaikan sebanyak 11 buah lagu termasuk lagu baru dari album Raja Pop 2, Secupak Dua Cupak.


BERGANDING. Jamal menyanyi dengan iringan tiupan saksafon oleh Alif Nasir.


Antara lagu lain yang dinyanyikan ialah Takdir Penentu Segala, Kau Lupa Janji, Padamu Kekasih, Azura, Kasihnya Ibu, Jeritan Batinku, Sandarkan Pada Kenangan, Di Sudut Kamar Hatiku dan Gadis Melayu.

Jamal juga turut menyanyikan sebuah lagu yang belum pernah dinyanyikan dan sebenarnya lagu itu ditujukan khas kepada arwah ibunya yang telah meninggal dunia lebih 10 tahun lalu.

Lagu yang berjudul Penawar Kasih itu digubah oleh Fauzi Marzuki dan lirik oleh Habsah Hassan.

Tambah Jamal, pemilihan lagu-lagu tersebut dipilih untuk meruntun dan mencuit hati para ibu dan tetamu yang hadir untuk sama-sama menghargai jasa ibu.

Apa yang pasti, setelah 32 tahun bergelar anak seni, vokal Jamal masih lagi mantap dan berjaya memukau para tetamu yang hadir pada petang itu.

Menambah kegembiraan dan keterujaan para ibu yang hadir, 10 orang yang bertuah telah dipilih untuk menikmati makan malam secara eksklusif bersamanya di PWTC.

Suasana petang tersebut turut digamatkan oleh pelawak terkenal, Syed Muradzi Syed Shamsul atau lebih dikenali sebagai Dee sebagai pengacara majlis.

Telatah selamba Dee berjaya memeriahkan majlis dan sepanjang tiga jam berlangsung, tetamu yang hadir tidak kering gusi dengan lawak yang disampaikan.

Majlis tersebut juga turut dihiburkan dengan alunan merdu saksofon dari seorang saksofonis muda yang bernama Alif Nasir yang mana dia juga turut mengiringi lagu Jeritan Batinku bersama nyanyian Jamal.


JAMAL ABDILLAH dikerumuni peminat yang begitu mengagumi bakat luar biasanya.


Sebagai pembuka tirai, PWTC juga turut menjemput seorang penyanyi muda, Zuliana.

Menurut Pengarah Komunikasi Pemasaran PWTC, Fadzilah Said, sambutan Kasihnya Ibu dan aura Jamal Abdillah sangat hebat hingga kesemua 66 meja yang memuatkan 10 orang sebuah habis dijual dan perlu lagi menambah sebuah meja kerana tempahan minit terakhir.

"Pada acara tahun hadapan kami akan mengambil Jamal semula dan mungkin kali ini kami akan gandingkan Jamal dengan seorang artis lain," ujar Fadzilah tentang perancangan sambutan hari ibu PWTC pada tahun hadapan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved