Selasa, 31 Mei 2011

Kosmo Online - Kesihatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Alergi bukan cuma di kulit

Posted:

Alergi bukan cuma di kulit

Alergi bukan cuma di kulit


ALAHAN kepada habuk dan kulapuk menyebabkan mangsa bersin sepanjang hari.


ADAKAH anda sering mengalami hidung berair, episod bersin berulang kali, berasa gatal di hidung dan mata, serta hidung tersumbat?

Jika jawapan anda ialah 'ya' bagi semua atau mana-mana soalan, ia mungkin simptom alergi rinitis dan perkara terbaik untuk dilakukan ialah berjumpa doktor dengan segera.

"Kemungkinan satu daripada setiap tiga warga Malaysia menghidap satu bentuk alergi dengan kebanyakannya berlaku kepada kumpulan umur lebih muda," kata Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Presiden Pertubuhan Malaysia bagi Alergi dan Imunologi (MSAI).

Lazimnya ramai yang masih belum jelas akan masalah alergi. Secara ringkas, ia sejenis gangguan hipersensitif pada sistem imun.

Dalam kebanyakan kes, simptom dapat dilihat di tiga bahagian tubuh iaitu gastrousus, respiratori dan kulit.

Simptom

Kanak-kanak berusia sehingga lima tahun lebih cenderung untuk mengalami simptom di bahagian gastrousus dan kulit.

Sementara itu, simptom alergi respiratori akan bermula apabila seorang kanak-kanak mencapai usia tiga tahun dan selepas usia lima tahun ia secara perlahan-lahan berkembang sebagai simptom alergi paling lazim.

Reaksi alergi bermula apabila seseorang dengan sistem imun hipersensitif terdedah kepada alergen yang boleh jadi hama debu yang ditemui di rumah, rumput, pokok, debunga, haiwan kesayangan, lipas, kulapuk, habuk dan yang lain.

Sebagai tindak balas, tubuh akan mengaktifkan sejenis sel darah putih yang dikenali sebagai sel masta yang kemudian mencetuskan respons inflamasi.

Secara fizikal, kesan ini dapat dilihat apabila mereka yang terbabit mula bersin berulang kali, mengalami hidung berair dan berasa gatal di hidung dan mata.

Simptom ini boleh bertambah buruk jika tiada tindakan diambil. Selepas beberapa jam, mereka yang terbabit mungkin mengalami hidung tersumbat, mata membengkak, rasa letih, tidak dapat mengawal perasaan atau mengalami gangguan tidur.

"Ramai rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa terdapat pencetus spesifik bagi alergi, atau impak yang disebabkan oleh alergi pada aktiviti harian dan prestasi mereka," tambah Amir Hamzah.

Para penyelidik dari Universiti Malaya yang menjalankan saringan rambang ke atas 136 responden di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur pada tahun 2010 menemui satu data penting iaitu walaupun 79 peratus responden mencatatkan episod alergi rinitis, hanya 28 peratus daripada mereka mendapatkan rawatan.

Debu

Keputusan saringan itu juga menunjukkan bahawa pencetus utama adalah debu, cuaca dan makanan. Sejumlah 80 peratus daripada responden menyalahkan debu bagi masalah itu diikuti oleh faktor cuaca dan alergen berkaitan makanan.

Kualiti kehidupan mereka yang terbabit juga terjejas teruk. Hampir 53 peratus daripada mereka mengalami gangguan tidur, 41 peratus menyaksikan masalah ini menjejaskan produktiviti mereka dan 31 peratus mendapati gaya hidup sosial mereka terjejas.

Bagi orang seperti Pook Mei Foong, 30, semasa usia lima tahun beliau mengalami masalah hidung berair dan mata gatal apabila pergi ke tempat yang sejuk seperti Cameron Highlands.

"Selain daripada simptom ini, saya mula merengus dan mood saya tidak baik.

"Saya tidak dapat menikmati kehidupan seperti mereka yang lain sehingga saya menemui penawar dan saya kini berasa hebat," katanya.

Pada usia 28 tahun, Mei Foong memutuskan untuk berjumpa doktor berhubung masalah itu yang akhirnya menemui jalan penyelesaian - ubat pil harian dan penyembur nasal.

"Alergi tidak boleh hilang tetapi dengan bantuan doktor ia boleh diuruskan.

"Mereka yang mengenali diri saya berkata saya kini nampak lebih ceria," tambah beliau.

"Sementara alergi tidak memudaratkan, impak terhadap kehidupan mereka yang menghidapnya dapat dilihat daripada simptom fizikal hinggalah tekanan emosi yang banyak menyukarkan kehidupan mereka," kata Dr. Jeevanan Jahendran, Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Pertubuhan Malaysia bagi Pakar-pakar Otorinolaringologi - Pakar-pakar Bedah Kepala dan Leher (MSO-HNS).

Kurangnya kesedaran akan keadaan ini menjadi punca mengapa banyak kes tidak dapat didiagnosis dan dirawat.

Hari ini, Mei Foong boleh ke mana-mana dan dapat menjalankan tugas dengan baik sebagai pengatur cara komputer, yang memerlukan beliau bertugas di pejabat-pejabat yang sejuk. Beliau juga mula belajar berenang yang menjadi sukan pilihannya.

– Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Manusia cenderung bergosip

Posted:

Manusia cenderung bergosip

Manusia cenderung bergosip


BERBUAL hal negatif tentang individu lain sudah dianggap lumrah oleh sesetengah orang.


BERGOSIP bukan amalan yang sihat namun masih ramai yang berdepan kesukaran untuk menghindarinya. Walaupun minda mengarahkan kita supaya tidak mendengar perbualan tentang orang lain, arahan itu seperti tidak dipedulikan, malah kita menjadi semakin teruja untuk mendengar gosip tersebut, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan orang yang kita kenali.

Hanyut dalam lingkaran gosip memang susah untuk dibuang. Salah satu penyebabnya adalah sistem visual manusia yang telah diprogram untuk fokus kepada gosip negatif yang kita dengar.

Selain itu, minda manusia lebih mudah untuk mengingati gosip yang negatif berbanding perkara baik.

"Secara semula jadi, manusia lebih sensitif kepada informasi yang mungkin berpotensi mengancam kehidupan kita," beritahu pakar sains neuro dari California, Amerika Syarikat, Irving Biederman.

Tambahnya lagi, walaupun topik dalam gosip itu mengenai orang lain, misalnya pertelingkahan antara rakan sepejabat, kita akan menjadi semakin teruja untuk mendengarnya.

Kajian sebelum ini menunjukkan manusia cenderung untuk menghakimi dan senang bercakap tentang orang lain.

Walaupun gosip telah lama berada dalam lingkungan sosial, tetapi manusia tidak lahir untuk bergosip. Walaupun kecenderungan itu ada, sebagai ibu bapa, kita perlu menjahi gosip dengan cara menjaga pertuturan dan mengelak daripada bercakap hal negatif orang lain.

Berfikiran terbuka lebih bahagia

MANUSIA yang memiliki keperibadian terbuka atau ekstrovert sebenarnya adalah orang yang bahagia.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh perunding psikologi dari Universiti San Francisco, Ryan Howell, mendapati, golongan ekstrovert biasanya lebih mengingat hal-hal positif daripada masa lampaunya.

"Kami mendapati orang yang berfikiran terbuka sangat bahagia dengan hidupnya kerana mereka lebih menyimpan kenangan positif. Mereka juga menyimpan kenangan pahit dan penyesalan, namun jumlahnya sedikit," katanya.

Sementara itu, orang berkeperibadian sempit atau nerotik berpandangan kontra dengan ekstrovert.

"Kerap mengingati perkara yang menyakitkan hati akan menjadikan emosi anda kurang stabil. Setiap perkara yang hadir dalam hidup anda akan cuba dikaitkan dengan penyesalan atau memori pahit tersebut. Ia boleh menjadikan anda sentiasa berasa kurang bahagia dan malang.

"Mengimbau masa lalu dengan positif berkait rapat dengan kualiti serta kepuasan hidup seseorang.

"Lupakan perkara negatif dalam hidup anda dan gantikannya dengan hal yang positif. Lakukannya sekarang kerana ia dapat meningkatkan kepuasan hidup," kata Howell.

Berjemur baiki kualiti sperma

JIKA ingin segera menjadi seorang bapa, terdapat satu rahsia mudah yang boleh diikuti sekali gus merealisasikan impian anda untuk menimang cahaya mata dalam tempoh singkat.

Jadikan berjemur pada waktu pagi sebagai rutin harian anda. Sinaran mentari yang kaya dengan vitamin D itu dikatakan bagus untuk meningkatkan kualiti kesuburan kaum Adam.

Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar di Universiti Copenhagen, Denmark, yang melibatkan 340 lelaki mendapati bahawa vitamin D—mikronutrien yang dihasilkan tubuh ketika berjemur waktu pagi dapat meningkatkan kualiti sperma.

Ini kerana sel sperma yang mempunyai kadar vitamin D yang mencukupi akan lebih aktif berenang menuju sel telur.

"Selain mampu bergerak lebih pantas, sel sperma tersebut juga didapati mempunyai kadar penetrasi yang lebih tinggi," ungkap Dr. Martin Blomberg Jensen.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved