Ahad, 13 Oktober 2013

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Antara jiwa dan teknikal

Posted:

Antara jiwa dan teknikal

Antara jiwa dan teknikal

DARI KIRI: Tam Spider, Nomad, Andy Flop Poppy dan Daniel Loka berkongsi harapan dan pengalaman dalam lapang sasar yang sama.


MENGHIMPUNKAN dua generasi dalam satu pemidang gambar untuk kali ini ada tujuannya. Bila dua waktu bertemu, mereka berkata-kata tentang perbezaan dan persamaan yang dirasai pada zaman masing-masing. Tam vokalis Spider manakala Andy orang depan Flop Poppy dan The Malayan bercakap dari zaman generasi kedua.

Begitu juga Nomad dan Daniel vokalis Loka yang menuntut bicara menurut perspektif mereka, generasi keempat dalam sejarah hirarki grup muzik Malaysia.

Bukan setakat itu sahaja, Tam merupakan produser bagi lagu hits Nomad kini Tetap Menantimu manakala Andy bukan sahaja ayah namun juga mentor kepada anaknya Daniel yang baru melangkahkah kaki sendiri ke industri muzik.

Meletakkan mereka dalam satu sidang temu, topik kualiti, kuantiti, perjalanan karier malah perbezaan zaman diangkat sebagai bahan percakapan. Melalui sembang-sembang petang beralas kopi dan pisang panas, mereka bertukar pendapat yang melibatkan industri muzik tempatan, tentang zaman analog dan digital.

Merujuk masuk ke dalam permasalahan yang menempa industri, di mana sekarang anak-anak muda terutama grup susah mendapat penawaran panggung apatah lagi dengan jumlah ramai yang pernah dikutip grup-grup besar seperti Search, Wings, Sweet Charity atau di zaman-zaman Spider atau Flop Poppy. Makin lama makin kedengaran keluhan tiada tawaran pentas mahu pun penonton yang cukup membanggakan untuk sebuah persembahan.

Jangan perasan

"Grup baharu jangan perasan rugged," satu pernyataan yang tampak keras tetapi jujur keluar lembut daripada mulut Andy yang merupakan vokalis beberapa grup serta pemain bass.

"Kalau melihat pergerakan pasaran sekarang, grup generasi kami masih mendapat permintaan untuk membuat persembahan, malah tidak berhenti," ulas Andy merujuk kepada grup seperti Flop Poppy, Subculture, Spider sebagai grup generasi kedua.

"Jujur cakap, grup baharu memang banyak keluarkan produk tetapi kurang menyengat. Tetapi jangan berhenti untuk mengeluarkan produk," nasihat Andy umpama seorang abang dalam famili muzik.

Apa yang penting kata Andy, pengeluaran perlu mengikut akar muzik Malaysia. Walau diasak modenisasi dan mengikut aliran sezaman namun jangan dilupakan akar yang mencengkam bumi.

"Sebenarnya tidak ada jurang yang besar antara generasi terdahulu dan baharu. Kami boleh main lagu-lagu seperti The Killers namun dalam masa yang sama peminat baharu melihat perjalanan kami. Untungnya generasi kami ialah kami dapat memainkan lagu-lagu 1980-an dan dalam masa yang sama bergerak ke hadapan," ulasnya.

"Generasi kami dan sebelumnya punya peminat setia yang membeli produk fizikal serta merchandise. Variasi grup dahulu membuatkan masing-masing ada kekuatan tersendiri. Grup atau penyanyi baharu kena cari identiti sebenar," tambah Andy.

"Budak sekarang banyak teknikal daripada jiwa," tambahnya.

"Pemuzik atau penyanyi kena tanya apa yang mereka mahukan. Perkara yang penting ialah cari orang yang betul untuk dirujuk. Cari orang yang berada dalam arena. Penting untuk ada idea dan semangat," kata Andy.

"Cuba ingat balik, dahulu satu grup boleh main 45 minit dalam satu gig. Cuma lima grup tetapi kini lambakan sampai 20 grup dalam satu persembahan. Lagu pun boleh bawa beberapa, tak sempat nak 'panas' panggung," katanya.

Rasa pengalaman studio

Tegas Tam di awal bicaranya, segala yang dikongsi bukan bermaksud untuk memberi komentar keras kepada generasi digital tetapi sekadar berkongsi.

"Saya rasa anak muda sekarang perlu rasa pengalaman bekerja di studio sebenar. Merasai suasana rakaman dan lihat perjalanan itu. Kalau kita lihat sekarang, banyak yang buat studio di rumah dan bekerja sendiri, suasana itu lain," ulasnya yang membesar di Studio Ronggeng, Luncai Emas.

"Penyanyi baharu perlu cemerlang untuk bersaing. Kadangkala faham sahaja tidak mencukupi kalau tidak ada ilmu yang cukup serta rasa. Kena tahu asal usul muzik serta budaya sendiri. Bagi saya, pemuzik atau penyanyi baharu kena banyak mentelaah. Sedih juga ada yang tidak mahu bercampur dengan senior. Mungkin mereka malu, itu saya faham. Tetapi kalau dapat bercampur maka dapatlah berkongsi informasi dan pengalaman. Tanya apa yang perlu dan kalau boleh sentiasa minta pendapat kedua atau ketiga daripada pakar-pakar," pendapat Tam diberikan satu persatu.

Melihat kepada bakat baharu yang banyak muncul di persada seni tanah air, Tam melihat dari mata produser dan peneliti bahawa mereka ini ada bakat yang bagus. Cuma kadangkala cara mereka tersasar dan bagi vokalis Spider ini yang penting jangan salah guna kelebihan yang ada.

"Harus diingat bahawa suka dan mampu adalah dua perkara yang berbeza. Jangan ingat bila kita ada komputer riba, sudah cukup untuk buat lagu. Itu kesilapan besar. Kena tahu bahawa tugas produser sangat penting tetapi sekarang ramai yang tak tahu malah tak rasa satu keperluan. Grup antarabangsa pun masih guna produser," tegas Tam.

Sambung Tam penuh nasihat, jangan hanya dengan satu klik di depan komputer ramai yang sudah berasa pandai.

"Pengetahuan penting, juga pengalaman. Kita kena tukar persepsi yang menyatakan muzik tidak menjanjikan masa hadapan. Walhal di belakang dunia muzik terdapat banyak pekerjaan yang serius dan profesional," tegasnya .

Budak baru belajar

Bercerita tentang pengalaman studio, Nomad mendakwa, dia masih cuba menguasai ilmu studio. Awalnya dia menyangkakan semuanya berjalan mudah namun masuk dalam suasana realiti ketika merakamkan lagu Tetap Menantimu dan menatap Tam sebagai penerbit, dia tahu untuk berpijak di dunia nyata.

"Dunia rakaman sangat susah tetapi Tam banyak mengajar saya. Begitu juga bila berada di pentas, saya dipukul dengan panik yang hebat. Ini kerana penonton mahu dengar lagu tersebut sama seperti yang mereka dengar di radio. Itu menghantui saya secara psikologi," cerita Nomad.

Masuk ke jalur sebenar dunia muzik, Nomad melahirkan rasa sedih melihat kepada kurangnya sokongan terhadap pembelian album secara fizikal. Luahnya dia bangga melihat penjualan yang ditempa grup generasi lama.

"Melangkah masuk ke dalam industri, baru saya tahu permainannya. Baru saya tahu arah tuju sebagai penyanyi. Bagi saya, khidmat seorang produser itu sangat penting dalam pembikinan muzik. Mereka ini golongan profesional. Bila saya jumpa Tam, dia banyak melakukan eksplorasi terhadap bakat saya dan baru saya tahu saya berkemampuan menyanyikan lagu balada," luah jejaka berumur 25 tahun ini.

"Saya juga belajar daripada para senior bahawa jangan hanya target mahu jadi penyanyi tetapi penghibur dan insan yang cemerlang dalam industri. Kita kena jadi diri sendiri dan jujur," senyum pemilik nama Nur Mohd. Alieef Ayub ini.

Sudah muncul dengan klip video single perdananya yang kini dapat disaksikan di laman YouTube, Nomad menanam satu lagi pelajaran dalam dirinya. Tentang kepentingan para pemuzik yang banyak membantu dalam proses rakaman sesebuah lagu.

"Kadangkala orang lepas pandang pada para pemuzik yang berada di belakang sesebuah lagu. Mereka ini banyak membantu dan sebenarnya yang menghasilkan warna dalam sesebuah lagu," usai Nomad berbicara.

Daniel tonton dari kecil

Sementara itu, anak sulung Andy, Megat Daniel mengaku dihimpit rasa cemburu apabila melihat perjalanan dan laluan grup generasi 'babah'nya.

"Grup dahulu bersatu tapi zaman sekarang sudah kurang. Saya cemburu melihat keakraban kumpulan dahulu. Mereka tidak malu dan kekok berkongsi cerita. Saya melihat ini dari kecil sewaktu mengikut babah ke studio atau persembahan. Budak sekarang lebih banyak hujah daripada bersatu," luahnya dalam nada kecewa.

Melihat daripada aspek kreativiti, Daniel menyanjungi pemuzik dahulu yang sentiasa menyokong pergerakan masing-masing dan punya identiti yang kuat dalam bermuzik.

"Saya mahu belajar daripada senior-senior ini tentang penulisan lagu. Bagaimana mereka menghasilkan lagu yang berkualiti. Ada rasa," luahnya yang kagum dengan lagu-lagu para pemuzik dan komposer terdahulu.

Memegang status penyanyi Loka dan gitaris The Malayan, Daniel mengaku melakukan pemerhatian terhadap proses rakaman pemuzik senior. Semua ini kemudian disatukan dengan percubaan dirinya belajar dan memahami muzik mengikut naluri dan minatnya.

"Jangan ingat kerana saya anak Andy jadi jalan saya senang. Tidak. Babah tidak bagi muka, dia mahu saya belajar dan melihat sendiri segalanya untuk jadi pengalaman berharga. Untungnya kerana saya dikelilingi oleh pemuzik senior, kawan-kawan babah yang profesional dan serius dalam bidang muzik," senyum vokalis Loka yang kini terkenal dengan lagu Jangan Pergi.

"Saya memang mahu belajar tentang pembikinan profesional sesebuah produk lagu. Daripada aspek kreatif sehingga penyusunan dan bunyian. Semua ini saya perolehi daripada studio. Kena banyak bertanya kepada yang pakar dan bukan hanya belajar sendiri," ucap jejaka berumur 21 tahun itu.

Tambahnya lagi dia merasakan bahawa grup sekarang memerlukan banyak bimbingan daripada pakar dan senior terutamanya dalam meletakkan jiwa ke dalam lagu hingga menumbuhkan identiti sesebuah grup atau penyanyi itu.

Pengorbanan saya tidak sebesar mana - Alyah

Posted:

Pengorbanan saya tidak sebesar mana - Alyah

Pengorbanan saya tidak sebesar mana - Alyah


DALAM proses hendak melebarkan sayap bisnes, Alyah akan mengedarkan jenama fesyen muslimah Gaya Alyah menerusi Eiliya Boutique secara online.


SESIAPAPUN tidak dapat menandingi ketaatan Nabi Ibrahim AS terhadap perintah Allah SWT walaupun anaknya menjadi korban. Sejarah ibadah korban itu sehingga kini diingati oleh seluruh umat Islam sebaik masuk tarikh 10 Zulhijjah. Sedar ibadah itu bukan sekadar perayaan yang disambut meriah, selebriti Alyah mempunyai definisi tersendiri.

Jauh lagi untuk sampai ke tahap muslimah sempurna, hari-hari yang dilalui dengan berhijab sejak April lalu itu sebenarnya membawa impak besar kepada seluruh corak hidupnya.

"Jika hendak dikaitkan dengan pengorbanan, soal hijab ini soal pengorbanan antara saya dengan-Nya yang maha Esa. Saya tidak mahu bercakap lebih soal itu. Saya bercita-cita mahu menjadi orang yang lebih baik dan biarlah proses itu tidak datang sekali gus," ujarnya yang mengerti makna korban dalam konteks lebih luas.

"Sebagai seorang wanita yang dikenali sebagai Alyah, saya juga juga mempunyai acuan sendiri, sebagai hamba Allah, kita lakukan yang terbaik namun jika tidak kesampaian juga, kita kena reda. Begitu juga dalam soal hati, perhubungan dan bisnes yang dilakukan. Saya terima ketentuan hidup yang tekah ditentukan dan tertulis untuk saya, apa yang saya lalui ini tidak seteruk sebagaimana pengorbanan yang dilalui orang-orang terdahulu," katanya yang lebih banyak berhati-hati mengutuskan soal hati dan perasaan sejak akhir-akhir ini.

Menjelang Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut Selasa nanti, hatinya diusik tentang kerinduan dan penyerahan diri buat Ilahi.

"Saya terdetik rasa rindu untuk ke Mekah lagi. Selama ini, sudah dua kali saya berpuasa Ramadan di Mekah. Sekarang saya menanam impian untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di Mekah, saya mahu tunai haji. Itu doa saya dan harap memperoleh kesempatan dan dipermudahkan jalan," katanya yang hanya bercuti dua hari untuk menjenguk ibu di Johor Bahru, Johor menjelang hari raya nanti.

Bercakap tentang perkembangan terbaharunya, Alyah yang meminjamkan sedikit pengaruhnya ke dalam lagu Pengakuan yang menjadi single sulung kumpulan Tiga, menyifatkan hal itu sebagai satu kejutan dalam kariernya. Sebagai penyanyi, Alyah tidak pernah terfikir lagu yang pernah dicipta 13 tahun lalu akan digubah semula dan menjadi salam pengenalan kepada Tiga, sebuah kumpulan vokal harmoni itu.

"Saya cipta lagu Pengakuan itu semasa mula-mula bersama dengan kumpulan Recall. Dahulu kami punya semangat yang berkobar-kobar untuk jadi penyanyi berkumpulan, tapi tiada rezeki dan Recall terpaksa berpecah. Ketika itu saya masih tercari-cari arah. Tiba-tiba Arween, rakan seangkatan saya semasa bersama Recall hubungi saya untuk dapat keizinan guna lagu berkenaan.

"Mereka sangat bersungguh-sungguh dan saya sangat terharu dengan keyakinan dan kesungguhan mereka itu. Bagi saya, lagu itu tidak sampai piawaian sebagai lagu yang bagus, tetapi setelah diberi nafas dan susunan muzik yang baharu ia jadi segar. Ia menarik dan sesuai dengan konsep kumpulan dan muzik Tiga," katanya yang baru-baru ini menyaksikan majlis pelancaran single berkenaan di samping memperkenalkan Tiga sebagai kumpulan baharu dalam industri muzik.

Lega berkongsi inspirasi bersama Tiga yang dianggotai oleh Arween, Alfie, Maya dan Zack, Alyah sendiri sedang menantikan kehadiran cinta baharu yang ditunggu-tunggu sejak dua tahun lalu.

"Judulnya Ada Cinta, ia sebuah lagu ciptaan Manusia Putih dan lirik oleh Budi Hekayat dan rasanya lagu itu memang sangat kena dengan situasi saya. Rasanya, single itu boleh pergi sejauh Kisah Hati dan Tak Mungkin Kerana Sayang. Sekarang kami masih menentukan konsep dan lokasi untuk penggambaran klip video dan pelancarannya akan dilakukan awal tahun depan. Tak sabar pula rasanya sebab sudah lama saya tiada sebuah single yang betul-betul dipromosikan," beritahu Alyah yang dalam proses merealisasikan sebuah showcase pertamanya di Johor Bahru pada awal tahun depan.

"Buat masa ini kami bergerak sendiri untuk memastikan rancangan itu berjaya, jika ada sokongan mana-mana pihak, saya berhasrat untuk mengadakan sebuah showcase ke Kuala Lumpur. Tiga belas tahun dalam industri dan hanya enam tahun kebelakangan ini saja dikenali, rasanya saya sudah punya kekuatan dan cukup material untuk tampil dengan sebuah mini konsert," Alyah.

Sorok nikah takutkan David Teo

Posted:

Sorok nikah takutkan David Teo

Sorok nikah takutkan David Teo


SIDANG media pada jumaat lalu turut dihadiri pengurus Aeril, Shahriman Wahab (kiri), peguam Aeril, Zulhasmi Zakaria (tiga dari kiri) dam bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong (kanan).


SEMUA penafian tentang pernikahan membabitkan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafril akhirnya terjawab pada Jumaat lalu. Mereka mendakwa sandiwara itu gara-gara mahu menjaga kedudukan Wawa yang terikat bawah kontrak sebagai artis MIG milik David Teo.

Bukan sahaja mengakui tentang pernikahan mereka malah Aeril dan Wawa membuat kejutan dengan mendakwa mereka sebenarnya telah bernikah dua kali dalam tempoh setahun.

Pelakon yang mengadakan sidang media di Neo Damansara, Damansara, Selangor itu menjelaskan bahawa tindakan mereka menyorokkan pernikahan tersebut adalah atas alasan mahukan privasi.

Aeril menegaskan bahawa dia tidak berbohong dan menyorokkan perkahwinan tersebut, namun melakukan hal sedemikian atas menjaga karier masa depan isterinya, Nur Hawa Zainal Abidin dalam dunia lakonan.

"Saya tidak berbohong kepada media dan peminat. Cuma saya menafikan apabila ditanya tentang perkahwinan kerana saya ada sebab.

"Ia terpaksa dirahsiakan demi Wawa kerana dia masih mengikat kontrak dengan syarikat MIG (Metrowealth) serta tentang undang-undang syarikat itu yang melarang pelakonnya bercinta," kata pemilik nama penuh Suhairil Suhari itu.

Bagaimanapun perkahwinan sorok-sorok tersebut mula diketahui umum apabila apabila sebuah akhbar pada Ahad lalu mengesahkan pasangan itu telah bernikah pada Februari lepas dan memperolehi cahaya mata bernama Ahmad Fakharuddin Attar pada Ogos baru-baru ini.

Merungkai 'penipuan' yang dilakukan demi merahsiakan perkahwinan itu, Aeril, 26, menjelaskan bahawa mereka sebenarnya telah bernikah sejak Februari 2012 lagi.

"Kami bernikah pada 25 Februari 2012, tetapi tidak didaftarkan. Kami bernikah di kediaman pengurus (Shahriman Wahab) yang terletak di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya (Selangor). Kami dinikahkan seorang imam dari Sabah dan turut disaksikan ayah Wawa. Kami juga ada bukti tentang pernikahan itu.

"Pernikahan pertama tidak didaftarkan kerana Wawa meminta izin untuk tidak berbuat demikian kerana tidak mahu pihak pengurusannya tahu tentang hal itu.

"Namun, setelah saya dapat tahun bahawa Wawa sudah hamil dua bulan pada Februari lepas kami membuat keputusan untuk mendaftarkan pernikahan agar tidak menimbulkan tanda tanya mengenai status anak kami. Seterusnya kami bernikah kali kedua mengikut undang-undang pada 4 Februari 2013.


PEGUAM Aeril, Zulhasmi Zakaria (tengah).


"Tujuannya adalah agar anak kami itu akan dibinkan atas nama saya berbanding Abdullah," jawab Aeril mengenai anak lelakinya yang lahir pada tanggal 24 Ogos lalu di sebuah hospital di ibu kota.

Pelakon filem Aku Tak Bodoh itu mengaku telah bernikah kali kedua pula di Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya oleh imam masjid terbabit.

Aeril turut diasak media tentang kesangsian pernikahan dua kali yang dilakukannya sedangkan kedua-dua majlis itu diadakan dalam negara iaitu di Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya, pernikahan pertama mereka itu sah di sisi syarak kerana telah menepati rukun nikah.

"Tiada masalah dalam pernikahan pertama itu dari sisi syarak walaupun tidak dapat didaftarkan. Saya tidak kisah jika anda menyatakan bahawa ia tidak mengikut undang-undang negara apabila tidak mendaftar kerana perkahwinan itu halal di sisi Allah.

"Namun, ia terpaksa dirahsiakan dan dianggap dalam keadaan darurat kerana mahu menjaga kedudukan Wawa bersama kontraknya itu," kata Aeril yang membintangi filem 7 Petala Cinta, Budak Pailang dan 99 Kali Rindu ketika di bawah pengurusan MIG.

Menjelaskan bagaimana dia mengenali Wawa, menurut Aeril, hubungan cinta mereka berputik sejak 2010 ketika sama-sama membintangi sebuah drama.

"Saya berkenalan dengan Wawa ketika sama-sama terlibat dalam drama Klik (siaran Astro). Seterusnya kami mula bercinta, namun dihalang pihak pengurusan (ketika itu Aeril dan Wawa di bawah MIG) dan dimarahi.

"Percintaan kami pada 2011 semakin banyak halangan apatah lagi saya telah kehilangan ibu dan mendapat penyakit keturunan. Ketika itu saya mula dekatkan diri dengan Tuhan.

"Selepas mendalami ilmu agama, saya bertemu bapa Wawa pada tahun 2012 untuk bertanyakan tentang hubungan kami dan bapanya menerima saya," ujar pelakon yang berasal dari Kluang, Johor itu.

Aeril dan Wawa pernah sama-sama mengikat kontrak di bawah MIG sebelum Aeril membuat keputusan keluar daripada syarikat terbabit pada Mei lalu atas alasan mahu mendalami bidang agama dan mahu mengatur jadual karier sendiri.

Kredit: www.kosmo.com.my

Sabtu, 12 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Enaknya Kaw Kaw Burger Bakar

Posted:

Enaknya Kaw Kaw Burger Bakar

Enaknya Kaw Kaw Burger Bakar


KAW'D merupakan restoran khusus menjual burger pertama di negara ini.


SESIAPAPUN yang melintas di kedai Kaw Kaw Burger Bakar pasti berasa bagai tergoda dengan aroma patti burger yang sedang dimasak.

Maka tidak hairanlah restoran lot hujung itu sentiasa dipenuhi pelanggan.

Menurut cakap-cakap di laman sosial, patti burger Kaw Kaw Burger lembut dan berjus. Di sebalik semua itu, burger yang dicipta oleh Nini Haznita Muhammad dan Mohd. Faizul Baharudin itu sebenarnya tidak terhasil dengan mudah.


SETAKAT ini mereka menjual patti daging ayam, lembu dan kambing.


Realitinya, mereka sendiri tidak menyangka perniagaan yang diusahakan bersama kurang dua tahun itu kini mampu menjana pendapatan jutaan ringgit.

Selain itu, ibarat kata pepatah ada hikmah di sebalik kejadian 'kena' pada kedua-dua mereka yang gagal menamatkan pengajian peringkat diploma masing-masing.

Kesempatan bertemu dengan Nita dan Zu pada Rabu minggu ini di Kaw'D, Jalan Ampang, Selangor menjadi saksi mereka bercerita kejayaan mereka.

"Saya sebenarnya tidak menamatkan pengajian peringkat Diploma Instrumen Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

"Semasa itu, ayah sudah meninggal dunia manakala ibu sedang sakit. Jadi, saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar untuk menjaga ibu," terang Nita.

Mohd. Faizul pula tidak berminat untuk menyambung pengajian Diploma Elektronik di universiti yang sama.

"Kami kemudian bertemu di sebuah syarikat pusat panggilan di Kuala Lumpur. Oleh kerana sama-sama minat berniaga kami menjual burger secara sambilan di tempat kerja.

"Empat tahun selepas itu inilah hasilnya Kaw Kaw Burger," cerita Nita.

DAGING dan keju dibakar menggunakan alat pemanas khas supaya adunan sebati serta sedap.


Sepuluh tingkat

Nita bercerita, perniagaan mereka bermula pada April 2011 dengan gerai kecil yang dibuka di Kafe Arena, Wangsa Maju, Selangor.

"Syukur sambutan yang diterima agak baik kerana kami yang memperkenalkan kaedah burger dimasak secara bakar.

"Malah, ada pelanggan yang sanggup beratur lebih tiga jam hanya untuk membeli burger kami," katanya.

Tambahnya, perniagaan mereka meningkat maju sehingga kini mempunyai enam cawangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Mengapa nama 'kaw kaw,' menurut Nita kerana jika dalam budaya negara ini, kaw kaw bermaksud satu benda atau makanan yang baik dan sedap.

"Itu yang cuba saya terjemahkan dalam produk yang kami hasilkan," katanya.

SOS-SOS Kaw Kaw Burger dicipta oleh cef profesional mereka.


Wanita ini juga tidak dapat melupakan pengalaman seorang pelanggan yang menikmati burger sebanyak 10 lapisan daging dalam tempoh masa sejam.

"Berat burger itu lebih kurang tiga kilogram termasuk roti, sayur-sayuran dan keju. Lelaki itu sendiri terkejut dia boleh memakan burger sebanyak itu.

"Pelanggan itu membayar lebih RM100 untuk burger itu tetapi selepas itu dia hanya bersandar di kerusi kerana terlalu kenyang," ujarnya sambil ketawa.

Tutur Nita, setakat ini mereka memproses sendiri daging patti ayam, lembu dan kambing di kilang yang terletak di Gombak, Selangor.

"Tidak lama lagi kami akan memperkenalkan patti ikan salmon," katanya.

Harga Kaw Kaw Burger Bakar bermula RM8.


PATTI daging yang dihasilkan sendiri lebih segar dan sedap berbanding yang dibeli di pasar raya.


Lembut

Menurut seorang pelanggan Eliza Ajis, dia teruja menikmati Kaw Kaw Burger kerana daging patti yang lembut selain limpahan keju yang membuatkan air liur memercik keluar.

"Menikmati burger ini sudah cukup untuk makanan pagi dan tengah hari," katanya.

Pendapat itu turut dipersetujui oleh seorang lagi pelanggan, Somsak yang mengakui daging dimasak sempurna dan tidak hanyir.

"Ada masanya daging burger yang kita nikmati berbau hanyir tetapi mungkin diproses sendiri membuatkan daging Kaw Kaw Burger tidak sedemikian," ujarnya.

Seorang guru, Norhafizah Salehuddin pula menyukai roti burger yang lembut sebaik sahaja dikunyah di dalam mulut.

"Malah, sekiranya dibungkus dan dibiarkan selama berjam-jam ia masih lembut dan tidak keras," katanya.

Mohd. Hairy Mat Usop pula berpendapat keju yang segar menjadi keutamaannya.

"Mereka menawarkan pelbagai jenis keju selain sayur-sayuran yang segar," katanya.

Angka 13 bawa malang?

Posted:

Angka 13 bawa malang?

Angka 13 bawa malang?

Oleh NOR IDAYU BOSRO


WALAUPUN hidup dalam era serba moden, kebanyakan bangunan di Amerika Syarikat masih percaya tingkat 13 sebagai nombor pembawa nasib malang.


APABILA kerja-kerja pembinaan di 56 Leonard Street di Manhattan, New York, Amerika Syarikat (AS) siap sepenuhnya dua tahun lagi, bangunan pencakar langit itu bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang berkeluasan kira-kira 22.8 meter persegi dan ruang perpustakaan.

Bagaimanapun, menurut portal berita The Wall Street Journal, apa yang tidak dimiliki oleh bangunan mewah setinggi 60 tingkat itu ialah tingkat 13.

Situasi tersebut amat menghairankan tetapi itulah satu fenomena pelik yang terdapat di kebanyakan bangunan khususnya di negara-negara Eropah.

Satu kajian mendapati hanya lima peratus daripada 1,500 buah kondominium di Manhattan dan Brooklyn mempunyai tingkat 13.

Selebihnya menggelarkan tingkat dengan nombor 'berhantu' itu sebagai tingkat 14 supaya tiada penduduk yang terbeban kerana beralamatkan nombor malang itu.

Kajian mengenai fobia terhadap angka 13 itu digelar 'Triskaidekaphobia' manakala fobia terhadap tarikh 13 hari bulan yang jatuh pada hari Jumaat pula dikenali sebagai 'paraskavedekatriaphobia' atau 'friggatriskaidekaphobia'.

Satu penyelidikan dalam Jurnal Perubatan British yang diterbitkan pada 1993, mendapati kadar kemalangan jalan raya meningkat pada hari Jumaat bertarikh 13 hari bulan berbanding hari Jumaat lain.

Menerusi jurnal tersebut, penulisnya membandingkan nisbah jumlah trafik kepada bilangan kemalangan kereta pada dua hari yang berbeza iaitu Jumaat keenam dan Jumaat ke-13 sepanjang tahun itu.

Salah seorang penulisnya, Scanlon TJ mendakwa kadar kemasukan ke hospital meningkat sebanyak 52 peratus pada hari Jumaat ke-13 berbanding hari-hari Jumaat lain.

"Jumaat ke-13 ialah hari malang bagi sesetengah individu. Risiko kemasukan ke hospital akibat kemalangan juga meningkat. Kami mengesyorkan adalah lebih baik untuk tinggal di rumah sahaja," katanya.


LUKISAN pasukan The Knight Templars (dua kiri) bertemu Raja Baitulmuqaddis.


Mitos Norse

Kepercayaan masyarakat Barat kononnya angka 13 sebagai nombor malang dikatakan berasal daripada mitos Norse yang bercerita tentang kisah 13 dewa menghadiri majlis santapan di Valhalla – sebuah tempat di mana roh pahlawan berani 'pergi' selepas mereka meninggal dunia.

Dikisahkan bahawa ketika 12 dewa lain sedang makan, datang Loki iaitu dewa yang tidak diundang ke majlis berkenaan.

Loki dianggap tetamu ke-13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan Balder iaitu dewa kegembiraan.

Kematian Balder dipercayai menyebabkan seluruh dunia menjadi gelap dan terjadinya musim sejuk pertama di dunia.

Fobia itu turut diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku membabitkan hari Jumaat yang jatuh pada tarikh hari tersebut.

Antaranya ialah penahanan dan pembunuhan pasukan Knights Templar dalam Perang Salib yang berlaku pada hari Jumaat, 13 Oktober 1307 dan pemerintahan King Saxon Harold II berakhir selepas dia dibunuh oleh Duke of Normandy, William pada Jumaat, 13 Oktober 1066.

Selain itu, ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 dianggap gagal kerana ia menggunakan nombor 13 selain diterbangkan pada pukul 1.13 petang pada 11 April 1970.

Malah, fobia terhadap angka berkenaan turut melanda golongan profesional dan intelektual.

Akibatnya, ada pengusaha syarikat penerbangan yang tidak menyediakan kerusi penumpang bernombor 13, syarikat pembinaan yang tidak membina bangunan yang memiliki tingkat 13, pintu ke-13 atau premis bernombor 13.

Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara Carolina menyatakan bahawa pelbagai industri di negara itu kerugian antara AS$800 hingga AS$900 juta pada hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan berikutan ramai penduduk enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari itu.

Bertudung sembunyi janggut

Posted:

Bertudung sembunyi janggut

Bertudung sembunyi janggut

AGUSTINA tidak ingin anak-anaknya dibuli di sekolah.


SEORANG wanita menghabiskan sebahagian besar masanya di rumah selama 13 tahun gara-gara dia berjanggut lebat.

Namun Agustina Dorman yang berumur 38 tahun bertegas tidak akan bersikap menyembunyikan diri seperti itu lagi.

Cerita Agustina, dagunya mula ditumbuhi rerambut kasar sejak melahirkan anak sulung pada tahun 2000.

Wanita malang yang menetap di Kampung Penaga, Kepulauan Riau, Indonesia, mula mempunyai janggut semasa berusia berumur 25 tahun.

"Dahulu, saya menyembunyikan diri kerana takut anak-anak akan diperli dan dibuli rakan-rakan di sekolah mereka tetapi kini tidak lagi.

"Saya kerap mencukur janggut berkenaan tetapi ia menjadi bertambah lebat dan kasar, akhirnya saya biarkan sahaja," ujarnya.

Tambahnya, proses mencukur janggut dan jambang itu agak menyakitkan.

Katanya, dia berharap melalui penerangan kesihatan penduduk kampung akan memahami situasinya dan menerima dia seadanya.

Dia mempunyai dua orang anak berumur 19 dan tiga tahun.

Awal tahun ini, seorang wanita Jerman juga mengalami nasib yang sama seperti Agustina tampil dalam satu rancangan televisyen Britain, This Morning.

Hanya dikenali Mariam, wanita ini berasa seksi dengan janggut serta misai yang dimilikinya.

Dia kini bekerja sebagai seorang ahli sarkas selain sering mengadakan program motivasi berkenaan fizikalnya itu.

"Saya memberi peluang untuk orang ramai berbual dengan wanita berjanggut kerana kebiasaannya mereka akan takut untuk melakukannya," kata Mariam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Hospital HUSM Kelantan banyak tikus

Posted:

Hospital HUSM Kelantan banyak tikus

Hospital HUSM Kelantan banyak tikus

HUSM di Kota Bharu, Kelantan yang dilanda masalah populasi tikus banyak.


KOTA BHARU - Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian sedang mempergiatkan tindakan menangkap tikus bagi mengelak ia daripada terus membiak di hospital itu.

Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dr. Zulkefli A. Hassan berkata, agenda membasmi tikus itu bukan merupakan perkara baharu kerana ia telah dilaksanakan selama tiga tahun lalu.

"Cuma kita ambil langkah tambahan yang lebih progresif dengan menubuhkan Jawatankuasa Kebersihan Persekitaran yang akan dipengerusikan Pemangku Naib Canselor USM Ahmad Shukri Mustapa Kamal bagi tujuan tersebut," katanya kepada pemberita di hospital itu di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelakon Maznah Zulkifli nafi kahwin bekas suami Noniswara

Posted:

Pelakon Maznah Zulkifli nafi kahwin bekas suami Noniswara

Pelakon Maznah Zulkifli nafi kahwin bekas suami Noniswara

MAZNAH


KUALA LUMPUR - Pelakon Maznah Zulkifli, 39, menafikan dia sudah mengahwini bekas suami pelakon Noniswara Baharudin iaitu Datuk Rosman Ridzwan.

Sebelum ini, Maznah pernah digosipkan sebagai menjadi punca perceraian kepada pelakon Noniswara, 44, dan Rosman, 56, yang sah bercerai pada 18 Julai lalu.

"Gosip perkahwinan itu merupakan satu fitnah semata-mata malah saya dan Rosman kini sudah ada pasangan masing-masing," kata selebriti itu pada majlis pembukaan acara pelancaran motosikal berkuasa besar, S4M Motorsports di sini semalam.

Mengenai gosip yang mendakwa dirinya menjadi punca perceraian Noniswara dan Rosman pula, Rosnah turut menafikan perkara itu dan menyifatkan dakwaan tersebut merupakan isu lampau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jualan roti benggali merosot teruk

Posted:

Jualan roti benggali merosot teruk

Jualan roti benggali merosot teruk


Roti benggali merupakan makanan popular di Pulau Pinang. - Gambar hiasan


GEORGE TOWN - Pengusaha roti benggali di Pulau Pinang mendakwa jualan mereka terjejas teruk gara-gara tersebarnya berita bahawa terdapat sebuah kilang roti benggali di Bayan Baru di sini menguli tepung menggunakan kaki.

Presiden Persatuan Penjual-Penjual Roti Benggali Pulau Pinang, P. Manogaran berkata, hanya terdapat dua kilang dan sebuah kedai yang menghasilkan roti jenis itu di negeri ini.

Kilang tersebut ialah Maliia Bakery di Jalan Transfer, Uni Bakery di Air Itam dan Patchee Bakery di Jalan Dato Keramat.

Beliau berkata, terdapat 150 vendor berdaftar dengan persatuan ini di Pulau Pinang dan kesemua mereka hanya mengambil roti dari tiga pembekal itu selama lebih 35 tahun lepas.

"Pembuat roti berkenaan guna cara moden dan mereka telah lama dalam bidang itu.

"Kebersihan dan kualiti roti keluaran mereka berada pada tahap terbaik. Kalau tidak percaya, saya jemput orang ramai datang lihat sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar semalam.

Rabu lepas, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengadakan sidang akhbar berkaitan penutupan 12 premis makanan termasuk sebuah premis membuat roti kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan.

Ia berikutan tindakan jijik pekerja sebuah kilang roti benggali yang popular di Bayan Baru menguli tepung menggunakan kaki sekali gus mengejutkan sepasukan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN) yang menjalankan pemeriksaan dalam Ops Food Court kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Perlawanan ATM-Kelantan kembali ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Posted:

Perlawanan ATM-Kelantan kembali ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Perlawanan ATM-Kelantan kembali ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang

12/10/2013 10:13pm

KOTA BHARU - Lokasi perlawanan separuh akhir pertama kejohanan Piala Malaysia antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Kelantan pada 18 Oktober ini ditukar kembali ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah berkata, pertukaran daripada Stadium Shah Alam ke Stadium MPS adalah atas rayuan Panglima ATM, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin yang juga Pengerusi Persatuan Bola Sepak ATM.

"Setelah mengadakan perbincangan mengenai rayuan tersebut, pihak ATM memberikan komitmen untuk pastikan kelancaran perjalanan perlawanan tersebut dan meningkatkan tahap keselamatan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan pertukaran lokasi perlawanan di sini hari ini. - Bernama

Serangan mortar disasar ke kawasan kejiranan Damsyik

Posted:

Serangan mortar disasar ke kawasan kejiranan Damsyik

Serangan mortar disasar ke kawasan kejiranan Damsyik

12/10/2013 10:08pm

DAMSYIK - Dua serangan mortar telah berlaku di tengah-tengah kejiranan Abu Rummaneh di sini hari ini dan dipercayai menyebabkan kecederaan, kematian dan memusnahkan harta benda, menurut agensi berita SANA.

"Dua peluru mortar telah dilancarkan oleh pengganas di hadapan sekolah Dar Al-Salaam dalam kawasan Dataran Nejma di Damsyik", kata agensi itu.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa berlakunya kecederaan dan kerosakan harta benda dalam kejadian itu tetapi tiada butiran lanjut diberikan.

Media kerajaan telah menggunakan istilah 'pengganas' bagi merujuk kepada kumpulan penentang yang ingin menggulingkan kerajaan Presiden Bashar al-Assad.

Kumpulan penentang itu meningkatkan sasaran serangan mortar ke kawasan-kawasan kejiranan Damsyik dari pangkalan mereka di pinggir ibu negara tersebut.

Pada Rabu lalu, dua serangan mortar telah berlaku di bank pusat di Dataran Sabaa Bahrat dan seminggu sebelum itu bedilan mortar turut disasarkan di kedutaan luar Iraq sehingga meragut nyawa seorang wanita. - AFP

HUSM ambil tindakan elak pembiakan tikus

Posted:

HUSM ambil tindakan elak pembiakan tikus

HUSM ambil tindakan elak pembiakan tikus

12/10/2013 9:37pm

KOTA BHARU - Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian sedang mempergiatkan tindakan menangkap tikus bagi mengelak ia daripada terus membiak di hospital itu.

Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dr. Zulkefli A. Hassan berkata, agenda membasmi tikus itu bukan merupakan perkara baharu kerana ia telah dilaksanakan selama tiga tahun.

"Cuma kita ambil langkah tambahan yang lebih progresif dengan menubuhkan Jawatankuasa Kebersihan Persekitaran yang akan dipengerusikan Pemangku Naib Canselor USM, Ahmad Shukri Mustapa Kamal bagi tujuan tersebut," katanya kepada pemberita di hospital itu di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar bahawa tikus didapati berkeliaran di hospital tersebut termasuk di bilik bedah.

Dr. Zulkefli berkata, kerjasama daripada semua pihak terutama Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Jabatan Kesihatan Negeri amat perlu untuk mengatasi masalah berhubung populasi tikus di hospital itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Starbucks bantah penutupan kerajaan AS

Posted:

Starbucks bantah penutupan kerajaan AS

Starbucks bantah penutupan kerajaan AS

SCHULTZ


NEW YORK - Syarikat Starbucks Corp merancang mengedar petisyen kepada para pelanggannya di seluruh Amerika Syarikat (AS) untuk mendesak para wakil rakyat membuka semula operasi agensi persekutuan kerajaan sekali gus mengelak kegagalan negara membayar hutang, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) rangkaian kedai kopi berkenaan, Howard Schultz kelmarin.

Schultz berkata, beliau mengambil tindakan tersebut kerana menyedari rakyat AS tiada platform untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka berhubung penutupan sebahagian agensi kerajaan kerajaan pada minggu lalu.

Penutupan itu berlaku apabila anggota-anggota Parti Republikan di Dewan Perwakilan yang enggan meluluskan bajet baharu untuk pentabiran Presiden AS, Barack Obama yang menganggotai Parti Demokrat.

Perbalahan antara wakil rakyat kedua-dua pihak itu juga melibatkan had hutang untuk kerajaan AS.

Ketika ini had hutang AS ialah AS$16.7 trilion (RM53.08 trilion).

Salinan petisyen itu boleh didapati di kedai Starbucks, secara dalam talian dan iklan yang boleh dikoyak dalam akhbar New York Times, Wall Street Journal, USA Today dan Washington Post bermula semalam.

Orang ramai juga boleh membawa petisyen yang telah ditandatangani ke kedai Starbucks atau menandatanganinya di rangkaian kedai kopi itu sepanjang hujung minggu ini.

Schultz turut menghantar beberapa pucuk surat kepada ahli-ahli perniagaan bagi menggalakkan mereka menandatangani inisiatif tersebut.

"Saya sudah bercakap dengan separuh daripada 30 ketua syarikat yang tersenarai di bursa Industri Dow Jones," kata Schultz.

"Setiap CEO yang saya hubungi berkongsi kebimbangan dan kemarahan saya berhubung situasi di Washington," tambahnya.

Pentadbiran Obama telah memberi jaminan untuk memberi maklum balas terhadap petisyen itu yang mempunyai 100,000 tandatangan itu dalam tempoh 30 hari. - Agensi

Shah Rukh dedah punca filem Bollywood laris

Posted:

Shah Rukh dedah punca filem Bollywood laris

Shah Rukh dedah punca filem Bollywood laris


GAMBAR fail menunjukkan beberapa orang berdiri di tepi poster filem Chennai Express di sebuah pawagam di Kaherah pada 3 Oktober lalu.


SYDNEY - Bintang filem terkenal India, Shah Rukh Khan menganggap filem-filem Bolyywood menjadi popular disebabkan terdapat semangat kekeluargaan yang ditampilkan di dalam filem tersebut, lapor agensi berita AFP semalam.

Shah Rukh turut menyatakan selain semangat kekeluargaan itu, tarian dan lakonan yang serius telah menyebabkan filem-filem Bollywood menjadi popular dalam kalangan penonton.

"India mempunyai kepelbagaian penduduk yang berjumlah 1.2 bilion dan terdapat golongan yang tidak terlalu kaya di beberapa tempat.

"Apabila seseorang itu menonton televisyen, mereka akan berfikir ia merupakan satu majlis untuk seisi keluarga untuk sepanjang tahun.

"Justeru, nenek dan cicit juga menonton filem di pawagam," katanya kepada Perbadanan Penyiaran Australia di sini.

Dia menyatakan demikian sebelum menamatkan lawatannya ke Sydney untuk menghadiri festival seni Parramasala.

Menurut Shah Rukh, ekoran tabiat menonton penduduk India itu, seseorang itu perlu menghasilkan filem yang menampilkan aksi-aksi menarik untuk setiap orang.

Antara aksi itu adalah seperti terdapat adegan pergaduhan, menyanyi, menangis, kegembiraan, lagak ngeri dan kemuncak kepada jalan cerita yang dipertontonkan kepada orang ramai.

Shah Rukh pernah berlakon dalam filem Chennai Express yang mencipta kutipan pecah panggung di India.

Menurutnya, semangat kekeluargaan dalam filem-filem Bollywood itu telah menjadi daya tarikan untuk penonton dari negara lain menonton filem-filem Bollywood.

"Beberapa peminat di Jerman menyatakan, filem-filem India menyediakan elemen itu yang menyebabkan anda berasa tersentuh (dengan unsur-unsur kekeluargaan)," katanya.

"Ia menyebabkan anda terasa kembali kepada budaya dan tempat asal anda. Orang ramai mahu mengimbas kenangan lama dan semua perkara yang baik-baik," katanya. - Agensi

Bakal jemaah banjiri kota Mekah

Posted:

Bakal jemaah banjiri kota Mekah

Bakal jemaah banjiri kota Mekah

SEJUMLAH bakal haji keluar selepas mereka mengerjakan solat Jumaat di Masjidilharam di Mekah semalam.


MEKAH - Beratus-ratus ribu orang Islam mula membanjiri kota suci ini sebelum ibadah haji bermula selepas kerajaan Arab Saudi mengeluarkan amaran keras supaya perhimpunan terbesar di dunia itu tidak dipolitikkan.

Dua hari sebelum musim haji bermula, sekitar sejuta penganut Islam mengerjakan solat Jumaat di Masjidilharam.

Imam solat Jumaat berkenaan, Sheikh Saleh bin Mohammed Al-Taleb meminta ibadah haji kali ini berjalan dengan aman dan tenteram.

Beliau turut meminta umat Islam supaya bersatu dan berhenti daripada bertelingkah sesama sendiri.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa meningkatkan persediaan dengan pihak polis menutup sebahagian besar pintu masuk ke Masjidilharam daripada dilalui kenderaan awam.

Ibadah haji termasuk dalam Rukun Islam dan wajib dikerjakan sekali dalam seumur hidup orang Islam yang berkemampuan.

"Saya amat teruja dan amat gembira. Saya berasa diri saya amat bertuah kerana dapat mengerjakan haji," kata seorang kakitangan kerajaan berusia 56 tahun dari Malaysia, Hamza Suleiman.

"Saya mendaftar untuk mengerjakan haji 10 tahun lalu dan tahun ini giliran saya telah tiba. Saya sebenarnya mahu melawat tempat suci ini pada setiap tahun," ujarnya kepada agensi berita AFP di pekarangan Masjidilharam.

Seorang ahli perniagaan Mesir, Ahmad al-Bahrawi pula memberitahu: "Ia merupakan satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan apabila saya memasuki Masjidilharam dan melihat Kaabah.

Ahmad yang ditemani oleh isterinya mengerjakan ibadah haji untuk kali keenam pada tahun ini.

Berikutan kebimbangan berhubung virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) yang telah menyebabkan 51 kematian di Arab Saudi dan pencemaran asap kenderaan, sejumlah jemaah dan pengawal keselamatan memakai penutup muka.

Mereka turut menutup kepala untuk berlindung daripada cuaca panas.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Abdullah Al-Rabaia dipetik sebagai memberitahu kelmarin bahawa tiada kes MERS yang dilaporkan dalam kalangan jemaah.

Beberapa pegawai berkata, sekitar 1.4 juta jemaah telah tiba dari luar negara.

Pihak berkuasa menjangka sejumlah dua juta jemaah akan melakukan ibadah haji pada tahun ini.

Angka tersebut jauh menurun berbanding jumlah 3.2 juta jemaah pada tahun lalu.

Pengurangan itu antara lain berpunca daripada kerja pembesaran di kawasan sekitar Masjidilharam dan kebimbangan tentang wabak SARS.

Sekatan jalan raya diadakan di semua laluan menuju ke tempat suci itu oleh pihak berkuasa bagi memastikan jemaah yang tidak mempunyai permit haji diarah supaya berpatah balik.

Ketika pergolakan terus melanda dunia Arab, Menteri Dalam Negeri, Putera Mohamed bin Nayef memberi amaran kepada para jemaah agar tidak mengeksploitasi ibadah haji untuk kepentingan politik.

"Negara ini mengambil serius semua kemungkinan terutamanya apabila Arab Saudi dijadikan sasaran kempen pengganas sejak kebelakangan ini termasuk kota suci ini," katanya.

"Haji bukan tempat untuk pertelingkahan politik dan perbezaan mazhab," tambah menteri berkenaan.

Ibadah haji tahun ini bermula esok dan berakhir pada 18 Oktober ini.

Pihak berkuasa Arab Saudi mengerahkan seramai 95,000 anggota pasukan keselamatan untuk membantu Kementerian Pertahanan dan perisikan bagi memastikan musim haji kali ini berjalan lancar.

"Pemerintah Arab Saudi juga meluluskan kewujudan 40,000 anggota pasukan khas untuk mengawal keselamatan pada musim haji," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Aeril, Wawa menipu kerana darurat

Posted:

Aeril, Wawa menipu kerana darurat

Aeril, Wawa menipu kerana darurat

SUASANA seawal pukul 4 petang seperti yang dijanjikan pihak pengurusan Aeril Zafrel di Restoran Western 114, Neo Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam tegang!

Lebih 30 orang petugas media yang sudah siap sedia berkumpul semakin hilang sabar apabila lebih sejam menunggu ketibaan pasangan sensasi Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang akhirnya membuat kemunculan pertama kali bersama-sama tepat pukul 5.10 petang.

Baik Aeril mahupun Wawa, kedua-duanya nampak tenang sehingga soalan bertubi-tubi diajukan untuk menjelaskan spekulasi yang timbul berhubung status pernikahan mereka sebelum ini.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 25, menafikan dakwaan media sebelum ini yang mendakwa dia telah berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 21.

Wawa kepada Kosmo! sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan dia telah berkahwin dan melahirkan seorang bayi lelaki tidak tepat.

Semalam, tanpa segan-silu Aeril dan Wawa membuka mulut mengesahkan dakwaan mereka telah bernikah. Kata Aeril penafian yang dibuat sebelum ini tidak berniat untuk memutar belitkan cerita atau menipu peminat sebaliknya kerana 'darurat'.

Ikuti temu bual bersama Kosmo!.

Kosmo!: Benarkah Aeril dan Wawa telah bernikah?

AERIL (A): Ya, kami telah bernikah dua kali. Pertama pada 25 Februari 2012 dan kali kedua pada 4 Februari 2013. Hasil pernikahan ini kami dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ahmad Fakhruddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013.

WAWA (W): Saya minta maaf sebab merahsiakan pernikahan kami, ini bukan penipuan tapi penafian.


AERIL dan Wawa diasak oleh pihak media dengan pelbagai persoalan tentang tindakan mereka menyembunyikan fakta tentang perkahwinan yang telah lama berlaku.


Kenapa perlu bernikah dua kali?

A: Kali pertama bernikah untuk menghalalkan hubungan, tapi merahsiakan perkara ini kerana menghormati permintaan Wawa kerana masih terikat dengan kontrak bersama sebuah syarikat pengurusan. Kami bernikah kerana Allah. Kali kedua bernikah mengikut proses dan prosedur undang-undang Malaysia kerana Wawa telah hamil dan kami perlu mendapatkan dokumen sah untuk mem'bin'kan anak saya kelak atas nama saya.

Bermakna pernikahan pertama kalian tidak sah?

Pernikahan kali pertama sah di sisi syariah kerana menepati rukun nikah iaitu perlukan pasangan lelaki dan perempuan, wali, saksi dan ijab kabul, tapi tidak sah di sisi undang-undang Malaysia. Perkahwinan pertama berlangsung di kediaman pengurus saya, Shariman Wahab di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor dan tidak didaftarkan. Kami mempunyai bukti bahawa pernikahan ini sah.

Bagaimanakah prosedur nikah kali pertama dan kedua?

Kali pertama bernikah mengikut rukun nikah dan mencukupi syarak. Kali kedua bernikah di Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor dan dinikahkan oleh imam masjid itu.

Kenapa perlu menafikan pernikahan anda sebelum ini dan mengambil masa yang lama untuk memberitahu kepada orang ramai?

Kami sudah merancang untuk membuat sidang akhbar selepas bernikah kali pertama, tapi apabila perkara ini telah bocor kepada pihak umum, kami terpaksa mengadakan sidang media sebegini untuk memberitahu kedudukan sebenar. Sebelum ini kami menafikan kerana saya menghormati permintaan Wawa yang masih terikat dengan kontrak yang menghalang artis daripada bercinta. Dia takut dimarahi oleh bosnya, (David Teo) kerana itu saya mengambil keputusan untuk berahsia. Saya anggap diri berada di medan perang dan sekarang tengah darurat, muslihat dihalalkan untuk mengaburi musuh.


AERIL dan Wawa dikawal ketat sewaktu hadir ke sidang akhbar mengenai pengesahan status perkahwinan mereka di Petaling Jaya, Selangor.


Apakah impak yang paling teruk Aeril terima akibat spekulasi ini?

Saya tidak kisah dihina, tapi disebabkan orang membuat pendedahan identiti anak saya tanpa pengetahuan saya, saya tertanya-tanya apa motif mereka sebenarnya? Apa yang terjadi pada saya ada hikmahnya. Saya minta maaf kerana merahsiakan perkara tertentu.

Bilakah sepatutnya anda merancang untuk memaklumkan pernikahan kalian?

W: Selepas tamat kontrak saya pada tahun 2015 dan ketika itu anak saya pun sudah besar. Saya tidak kisah sorok anak saya demi kontrak.

Sibuk sangatkah sampai lambat benar untuk memaklumkan perkara ini?

A: Saya memang sibuk dan sedang mendalami ilmu agama selain memulihkan diri daripada sakit.

W: Bos melarang saya bercinta dan dia menasihatkan saya supaya fokus terhadap karier kerana saya masih lagi muda. Itu sebabnya saya merahsiakan pernikahan ini.

Adakah cerita Wawa terkena penyakit misteri dan pulang ke Sabah untuk berubat semata-mata untuk menutup kisah bahawa anda sedang mengandung?

W: Saya memang terkena penyakit misteri dan penyakit sama turut menyerang kelima-lima orang kakak dan adik saya yang lain. Derita dan sakit saya hanya Allah dan keluarga saya yang tahu. Alhamdulillah saya sudah pulih sepenuhnya dan Insya-Allah saya akan kembali bekerja seperti biasa selepas ini. Allah lebih mengetahui perkara yang berlaku.

Wawa menafikan kerana diancam pihak pengurusan dan takutkan tindakan yang bakal dikenakan terhadap anda? Bagaimanakah sifat ancaman itu sehingga menyebabkan Wawa membuat penafian sekian lama?

W: Sepanjang mengenali Aeril saya pernah maklumkan kepada bos saya tapi dia menghalang saya daripada meneruskan hubungan itu. Dia tidak suka saya menjalinkan hubungan dengan Aeril, jadi saya hormati keputusan itu. Sedangkan bercinta pun dihalang, inikan pula berkahwin. Atas sebab itu juga saya mengambil keputusan untuk merahsiakan perkahwinan saya. Saya pernah dikuarantin selama sebulan di Ijok, Selangor ketika penggambaran filem Sumpahan Kum Kum dan sepatutnya saya berlakon empat babak saja. Saya diharamkan untuk berhubung dengan Aeril sepanjang tempoh itu.


AERIL bertegas dia mendahulukan undang-undang Allah berbanding undang-undang manusia yang menyebabkan mereka terus menafikan fakta tentang perkahwinan mereka.


Adakah anda terfikir untuk keluar daripada syarikat pengurusan itu?

Tidak tahu lagi. Sebenarnya pengurusan saya telah sedia maklum akan berita pernikahan kami dan saya sudah ada anak. Malah bos saya telah mengucapkan tahniah menerusi laman sosial rasmi syarikat seminggu sebelum berita ini tersebar dan menjadi kecoh. Saya tidak tahu tindakan lanjut daripada pihaknya. Sampai sekarang dia tidak menghubungi saya, tapi melalui beberapa rancangan televisyen dia ada mengeluarkan kenyataan pura-pura terkejut.

Pandangan Wawa apabila berkahwin dalam usia muda dan adakah anda masih menetap di kediaman yang pihak pengurusan sediakan?

Saya tak mahu mendekati zina. Daripada melakukan dosa lebih baik saya bernikah dan mendapat pahala. Sekarang saya menetap bersama Aeril di rumahnya.

Bagaimanakah kehidupan bergelar seorang ibu sekarang?

Pada mulanya saya fikir akan kembali bekerja selepas bersalin, tapi apabila setiap kali memandang wajah anak saya hati jadi hiba dan tidak sanggup meninggalkannya. Tapi buat masa sekarang saya akan berehat dulu sehingga anak saya berusia tiga bulan.

Wawa kini sudah berhijab?

Saya masih belajar untuk berhijab tapi ini bukan imej kekal saya. Doa-doakan agar kekal. Saya mula berhijab perlahan-lahan sejak selepas saya berkahwin.

Fauzi niat tolong Noni, malu didakwa skandal

Posted:

Fauzi niat tolong Noni, malu didakwa skandal

Fauzi niat tolong Noni, malu didakwa skandal

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

FAUZI NAWAWI sudah tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi mempunyai skandal bersama perempuan lain.


HAMPIR tiga tahun 'bersih' daripada sebarang gosip mempunyai hubungan sulit dengan wanita, pelakon sensasi Fauzi Nawawi, 40, sekali lagi dikaitkan mempunyai hubungan sulit. Kali ini, pelakon itu dikaitkan dengan bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima, Nonny Nadirah Zainuddin atau Noni.

Fauzi dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan Noni selepas pelakon dan penyanyi berusia 28 tahun itu berlakon dan bekerja di bawah syarikat milik Fauzi dan isterinya, Lisdawati iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn. Bhd.

Sebelum ini, Fauzi sering kali dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita.

Jika Noni sudah menafikan hubungan tersebut, bagaimana pula dengan Fauzi?

Ikuti luahan Fauzi ketika ditemui pada sesi penggambaran drama Dia Suamiku siaran Astro Prima (saluran 105) di Bukit Jelutong, Shah Alam.

KOSMO!: Anda sekali lagi dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Kali ini dengan Noni pula. Sila komen?

FAUZI: Saya terkejut bila orang sekali lagi mengaitkan saya dengan wanita. Setelah hampir tiga tahun tanpa sebarang cerita panas dengan wanita, tiba-tiba saya dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan Noni. Ini semua salah faham. Saya dengan dia sekadar rakan sekerja, tidak lebih daripada itu. Kami tidak pernah ada hubungan peribadi.

Bagaimanakah boleh timbul salah faham itu?

Noni banyak bekerjasama dengan saya. Dia juga sudah membintangi dua drama di bawah arahan saya iaitu Aiman Tempe dan Kiambang. Kami juga sama-sama terlibat dalam jentera pilihan raya malah, Noni sendiri merupakan model kepada produk Aqua Therapy milik syarikat saya dan isteri, Lisdawati, Perfect Illusion Corporation Sdn. Bhd.

Ibarat perumpaan, 'jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang?'

Saya juga pelik dalam ramai-ramai artis yang pernah bekerjasama dan menimba ilmu lakonan dengan saya seperti Reen Rahim, Ika Nabella dan Agnes Wong, kenapa Noni yang dikaitkan. Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia (Noni). Kami juga tidak pernah bergambar berdua kecuali dalam majlis-majlis yang meminta kami untuk bergambar bersama.

Jika begitu kenapa anda dituduh mempunyai hubungan sulit dengan Noni?

Mungkin mereka anggap perkara itu (mempunyai hubungan sulit) sudah sinonim dengan saya. Pantang nampak saya rapat dengan wanita, terus dituduh mempunyai hubungan.

UJAR Fauzi, orang suka menyalah anggap hubungan baiknya dengan wanita.


Dalam ramai-ramai artis yang pernah bekerja dengan anda, tetapi Noni nampaknya sering kali bekerjasama dengan anda. Komen?

Saya nampak Noni ada bakat. Dia juga seorang diri di sini kerana keluarganya semua di Sabah. Sebagai salah seorang kawan, tidak salah sekiranya saya menolongnya. Lagipun saya banyak pengalaman dalam bidang lakonan. Pengalaman yang saya ada ini lebih baik dikongsikan. Bukannya boleh dibawa mati.

Apakah perasaan anda bila sekali lagi dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan wanita?

Saya sebenarnya malu. Bila sudah berumur 40 tahun, saya sudah serik dan tidak mahu terbabit dengan kontroversi yang macam ini. Saya sangat malu dengan anak sulung saya, Nurul Hainil Fatihah, 18. Dia yang merupakan pelajar tahfiz pernah menegur dan bertanya mengenai gosip-gosip saya dengan artis wanita sebelum ini. Saya juga takut gosip sebegini boleh jejaskan hubungan baik saya dengan rakan-rakan perniagaan kerana kini saya sudah berkecimpung dalam bidang tersebut.

Bagaimanakah pula dengan penerimaan Lisdawati berhubung perkara ini?

Walaupun dia tidak pernah marah dan melenting bila suaminya sering kali dikaitkan dengan wanita, tetapi saya tahu perasaan dia. Sudah tentu dia berasa risau dengan semua gosip itu lebih-lebih lagi kesemua artis wanita yang dikaitkan dengan saya lebih muda daripada dia.

Apa yang dia cakap setiap kali perkara ini timbul?

Dia nasihatkan saya supaya kurang rapat atau baik dengan wanita. Dia kata orang akan ambil kesempatan.

Beralih pada soalan lain, boleh kongsikan mengenai perkembangan dunia seni anda sekarang?

Saya masih menunggu filem pertama arahan saya keluar iaitu Pak Pong terbitan 9 Country Creativitiy Sdn Bhd. Filem genre komedi, aksi dan fiksyen itu dibintangi oleh Datuk Eizlan Yusof, Saiful Apek, Lisdawati, Marsha, Siti Saleha, Amber Chia, Syawal AF, Joey dan saya sendiri.

Shah Iskandar cerewet pilih isteri

Posted:

Shah Iskandar cerewet pilih isteri

Shah Iskandar cerewet pilih isteri

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

PELAKON tampan ini kini berada di Afrika Selatan untuk program Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua.


MEMILIKI wajah tampan serta cukup popular dan dikenali ramai, pastinya bukan sesuatu yang sukar buat pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar untuk mencari pasangan hidup.

Apatah lagi dengan usianya yang sudah mencecah 31 tahun, sudah tentu ia merupakan tempoh yang paling sesuai buat dirinya untuk mendirikan rumah tangga, meskipun sedang menempa populariti.

"Sebenarnya, saya memang seorang yang sangat cerewet dalam memilih gadis untuk dijadikan kekasih dan isteri. Agak sukar untuk mencari wanita yang memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon.

"Selain itu, selalu timbul perasaan ragu-ragu dalam diri saya apabila berkawan dengan seseorang, sama ada mereka mahu rapat dan bersedia menerima diri saya seadanya atau disebabkan kerjaya yang diceburi ini," ujarnya yang ditemui sehari sebelum berlepas ke Afrika Selatan kerana menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua.

Mengakui masih lagi berstatus solo dan tidak mempunyai teman wanita buat masa sekarang, Shah menyatakan, kesibukannya sebagai pelakon menjadi faktor utama dia belum bersedia untuk mencari teman hidup.

Ditanya mengenai ciri-ciri gadis pilihannya, Shah berharap agar dapat bertemu dengan seseorang yang tidak terlalu kuat cemburu, memandangkan sebagai pelakon dia perlu berhadapan dan melayan peminat.

"Menjalani kehidupan sebagai seorang pelakon sudah tentu kehidupan sosial saya tidak seperti orang biasa. Saya perlu banyak bergaul dengan rakan-rakan artis dan melayan peminat.

"Lagipun kerjaya saya juga tidak tentu masa dan risau sekiranya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian. Jadi, saya perlu selektif mencari teman hidup yang memahami keadaan diri saya sepenuhnya," ujarnya yang pernah digosipkan dengan pelakon Rozita Che Wan.

Bagaimanapun, pelakon berkenaan tidak menafikan bahawa ahli keluarganya memang selalu bertanya tentang perkahwinan, tetapi dia sekadar memberi alasan masih belum lagi bersedia buat masa ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai gosip terbaharunya apabila dikatakan bercinta dengan pelakon Cha cha Maembong baru-baru ini, Shah lantas tertawa dan menjelaskan mereka berdua tiada sebarang hubungan istimewa.

SHAH ISKANDAR tidak berselindung tentang gosip hubungan cintanya dengan Cha Cha Maembong.


"Hubungan kami sekadar rakan sesama artis sahaja memandangkan kami pernah berlakon bersama-sama dalam telemovie Pengantin Lari. Biasanya selepas selesai penggambaran, kami akan lepak di kedai makan dengan rakan artis yang lain.

"Tidak mustahil telah timbul salah faham apabila ada yang melihat kemesraan yang terjalin antara saya dan Cha cha ketika lepak minum bersama, sedangkan tiada wujudnya perasaan cinta antara kami berdua," jelasnya.

Shah menjelaskan, dengan usia Cha cha yang baru sahaja mencecah 17 tahun, dia beranggapan bahawa pelakon berkenaan masih terlalu muda dan jarak usia mereka juga terlalu jauh.

Cabar diri

Bercerita mengenai karier lakonannya pula, Shah Iskandar memberitahu dia kini berada di Afrika Selatan dari 9 hingga 25 Oktober ini untuk menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua.

Ujarnya, program berkenaan agak berbeza dengan musim yang pertama kerana selebriti yang bertanding kali ini akan bergabung dengan orang biasa.

"Saya tahu setiap peserta perlu menjalani pelbagai cabaran yang agak sukar, tetapi saya ingin menyertai program ini kerana mahu mencabar kekuatan diri sendiri.

"Namun begitu, saya tidak dapat membuat persediaan yang mencukupi kerana jadual lakonan yang sangat padat. Seboleh-bolehnya dapatlah saya bertahan sehingga ke peringkat akhir," ujarnya yang bakal bersaing dengan beberapa selebriti lain seperti Zain Saidin, Izzue Islam, Shuib Sepahtu dan Yana Samsudin.

Selain itu, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Gerak Khas itu menyatakan, dia bakal tampil dengan sebuah drama bersiri berjudul Seindah Sabarmu.

Ujarnya, drama berkenaan akan mula disiarkan pada 15 Oktober ini di TV9 sebanyak 14 episod serta dibintangi beberapa pelakon lain seperti Nad Zainal dan Ika Nabella.

"Dalam drama berkenaan saya memegang watak sebagai Ustaz Firman, anak kepada seorang pemilik rumah anak-anak yatim yang jatuh cinta dengan Fiqa lakonan Nad Zainal," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved