Rabu, 13 Julai 2011

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Vendor surat khabar disamun RM97,000

Posted:

Vendor surat khabar disamun RM97,000

Vendor surat khabar disamun RM97,000

13/07/2011 6:40pm

IPOH - Seorang vendor surat khabar kerugian hampir RM100,000 apabila dirompak tiga lelaki masing-masing bersenjatakan sebilah pisau di rumahnya di Taman Pangkalan Jaya, Pasir Puteh di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, semasa hendak keluar dari rumah pukul 5 pagi, mangsa dihampiri tiga lelaki yang berpura-pura bertanyakan alamat dan jalan di kawasan perumahan itu.

Bagaimanapun, tiba-tiba ketiga-tiga suspek berkenaan terus menangkap dan mengikat kedua-dua kaki dan tangan mangsa sebelum masuk ke rumah dan melarikan wang tunai RM10,000, barang kemas RM15,000 dan sebuah kereta jenis BMW, yang kesemuanya bernilai RM97,000, katanya ketika dihubungi. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rampasan balak, kapal terbesar

Posted:

Rampasan balak, kapal terbesar

Rampasan balak, kapal terbesar

13/07/2011 5:10pm

KUCHING – Pasukan Gerakan Marin membuat rampasan terbesar setakat ini di Sarawak dengan nilai keseluruhan RM458,000 setelah berjaya mematahkan cubaan menyeludup balak haram di Sungai Sarikei petang semalam.

Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah 5 ACP Mohamad Saleh Mat Jani berkata jumlah rampasan itu ialah bagi 200 batang balak haram yang cuba diseludup bernilai RM108,000 serta balak, enjin dan pelbagai peralatan bernilai RM350,000.

"Enam orang kesemua lelaki termasuk seorang kapten dan dua warga India ditahan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Saleh berkata kesemua suspek berumur 25 hingga 53 tahun dan siasatan lanjut mendapati warga India itu mempunyai permit kerja yang sah.

"Operasi dijalankan pada pukul 7.30 petang semalam dan siasatan awal mendapati kapal tersebut sedang dalam perjalanan ke Tanjung Manis," katanya.

Mohamad Saleh berkata kapal itu dikenal pasti dimiliki warga tempatan namun butirannya tidak dapat didedahkan kerana masih dalam siasatan.

"Kesemua balak dan barangan dirampas itu telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak dan kes ini disiasat di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak," katanya.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak lima kes rampasan membabitkan balak haram, enjin dan pelbagai peralatan bernilai RM1.4 juta berlaku di Sarawak.

"Empat kes berlaku di Sungai Sarikei dan satu di Bintulu dengan jumlah balak haram dirampas sebanyak 1,548 batang," katanya.

Mohamad Saleh berkata perairan Bintulu dan Sarikei dikenal pasti menjadi laluan kegemaran penyeludup balak haram kerana wujudnya industri pembalakan di kawasan berhampiran. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Soosai: Malaysia masih membisu

Posted:

Soosai: Malaysia masih membisu

Soosai: Malaysia masih membisu

13/07/2011 4:50pm

CHENNAI – Sikap membisu oleh polis Malaysia berhubung ekstradisi penjenayah lick dari Malaysia, Michael Soosai, yang dalam tahanan di India, telah menimbulkan banyak persoalan.

Sejak ditangkap pada Ogos tahun lepas, pihak berkuasa Malaysia masih belum memohon perintah ekstradisi Soosai, 53, yang dikehendaki di Malaysia kerana beberapa siri penipuan yang membabitkan hampir RM1 juta.

Dia juga didakwa menculik dan membunuh seorang pemandu lori berasal dari Malaysia, N. Subramaniam, di Cheyyur, daerah Kancipuram, di selatan India, pada 2002 berikutan perbalahan keluarga.

Konsul Besar Malaysia di sini, Anuar Kasman, berkata bahawa pihaknya telah beberapa kali menulis surat kepada pihak berkuasa di Malaysia berhubung suspek itu, yang dipercayai Michael Soosai, yang ditangkap di sini.

"Namun kami belum menerima sebarang arahan dari Malaysia bagi tindakan susulan dalam kes ini. Polis India dan peguam suspek juga berjumpa dengan kami dalam hal ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sikap mendiamkan diri oleh polis Malaysia agak membingungkan walaupun Soosai tersenarai dalam orang dikehendaki oleh polis antarabangsa (Interpol) sejak beberapa tahun.

Soosai amat dikehendaki polis Malaysia sejak awal 2000 kerana terbabit dalam sekurang-kurangnya 17 kes jenayah kolar putih, kebanyakannya melibatkan pemalsuan cek bernilai lebih RM1 juta. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


ECX mohon izin menapak

Posted:

ECX mohon izin menapak

ECX mohon izin menapak



SEPULUH minggu bertarung bersama 12 pasukan lain selepas sukses melepasi sesi uji bakat, hasil yang diperoleh benar-benar mampu memasyhurkan nama kumpulan yang menggelarkan diri mereka Elecoldxhot atau ECX.

Lebih serasi dengan jenama ECX berbanding panggilan sebenar yang agak merumitkan dari segi sebutannya, perjalanan kumpulan itu berakhir pada hari Rabu minggu lalu pada final Showdown 2011.

Berdepan dengan tiga lawan lain yang mempunyai kekuatan masing-masing iaitu HMC Phlow, Bounce Stepperz dan Rokusteps , ECX nyata membuktikan undian peminat masih berpihak kepada mereka.

Maka, hadiah wang tunai RM50,000 menjadi hak mutlak kumpulan tarian itu, sekali gus mengikut jejak langkah Wakaka Crew selaku penyandang trofi juara Showdown tahun lalu.

Walaupun sudah menempatkan diri mereka antara kumpulan tarian terbaik di Malaysia, ECX memendam hasrat hati yang mendalam untuk meletakkan kedudukan sebenar mereka dalam industri tarian.

Ujar Dennis Yin atau pemilik nama sebenar Yin Zheng Huang yang mengepalai kumpulan itu, perjuangan mereka pada hakikatnya baru bermula dan kejohanan dunia menjadi sasaran mustahak.

"Sasaran kami untuk menyertai kejohanan peringkat dunia yang lebih besar dan lebih ramai pesaingnya, mudah-mudahan gelaran juara Showdown menjadi batu loncatan untuk kami menggapai hasrat itu," akui ahli kepada kumpulan yang ditubuhkan empat tahun lalu itu.

Tambahnya yang pernah memasuki pertandingan tarian So You Think You Can Dance Malaysia musim pertama, pelbagai agenda telah dirancang untuk kumpulannya itu selepas meluangkan masa bersama keluarga sejurus tamatnya pertandingan itu.


PERTARUNGAN dua penjuru antara HMC Phlow dan Elecoldxhot.


"Kami ingin 'membalas dendam' setelah hampir sepuluh minggu berhempas pulas bertarung sehinggakan masa bersama keluarga amat terbatas.

"Peluang selepas memenangi kejayaan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk berehat sebelum kembali beraksi di pentas tari," bicaranya yang ditemui selepas pertandingan akhir Showdown di i-City Shah Alam baru-baru ini.

Popping & locking

Bermula pada minggu pertama lagi, ECX sudah berani menunjukkan taringnya menerusi pergerakan popping dan locking dalam setiap persembahan mereka.

Buktinya, ECX mampu mendominasi kedudukan kumpulan terbaik pada minggu pertama, minggu ketiga hingga kelima dan minggu kelapan sekali gus terselamat daripada pusingan battle sepanjang pertandingan.

Tertunggu-tunggu untuk berentap bersama pasukan lain dalam pusingan battle dan teruja untuk menunjukkan kehebatan tersendiri, kesudahannya ECX berjaya ke pusingan battle akhir.

"Mujurlah sepanjang pertandingan kami berjaya mengekalkan kedudukan daripada tersenarai sebagai empat pasukan tercorot dan akhirnya berjaya mempamerkan skil battle kami ketika pusingan akhir melawan HMC Phlow.


HEBAT. Pergerakan popping & locking antara faktor kelebihan Elecoldxhot.


"Apapun, jutaan terima kasih kepada semua peminat yang mengundi kami dan izinkan kami meneruskan perjuangan seni tari ini dalam industri," tuturnya yang ditemani air mata kegembiraan.

Locking iaitu menghentikan pergerakan serentak dan menyambung jurus yang sama pada momentum terdahulu sudah sebati dengan diri kumpulan yang dianggotai oleh Yin Zheng Huang, Yap Jin Hou, Ang Joo Yee dan Lin Yit Zhou.

Selain itu, teknik merehatkan otot yang akan menyebabkan anggota badan tersentak-sentak umpama robot atau dipanggil popping menjadi pertaruhan kumpulan itu sejak awal pertandingan.

Memang layak

Menurut juri tetap Joe Flizzow yang menjadikan ECX sebagai pasukan kegemarannya pada Showdown 2011, keupayaan ECX menghidangkan sesuatu yang berbeza setiap kali beraksi merupakan faktor utama kemenangan pasukan itu.

"Corak persembahan mereka pasti berbeza setiap kali mereka muncul di pentas dan penonton akan tertunggu-tunggu kejutan yang bakal mereka cetuskan," ujarnya yang mengagumi kehebatan skil tarian ECX.

Sementara itu, koreografer terkenal Maple Loo yang turut berkongsi tempat dengan Joe berbangga dengan prestasi pasukan itu yang tidak pernah menghampakan.

"Kualiti yang ditampilkan ECX berbeza dengan kumpulan lain dan mereka layak untuk mendapat apa yang sepatutnya," katanya yang optimis dengan peluang ECX pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Emma Stone biseksual?

Posted:

Emma Stone biseksual?

Emma Stone biseksual?


EMMA STONE


BIARPUN ketika ini aktres Emma Stone dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Andrew Garfield yang juga hero dalam filem The Amazing Spider Man yang akan ditayangkan pada tahun hadapan, namun terdapat cerita negatif yang membabitkan aktres tersebut.

Ketika ditanya mengenai individu istimewa yang sedang bertakhta di hatinya kini, Emma menjelaskan individu berkenaan ialah aktres Christina Hendrick yang terkenal dengan watak Joan Holloway dalam drama bersiri Mad Men.

"Memang ini adalah satu perkara yang langsung tidak masuk akal. Namun, dia adalah seorang wanita yang begitu menawan dan saya sangat tertarik dengan ciri-ciri yang ada pada dirinya," jelas Emma yang sekali gus membayangkan dirinya seorang biseksual.

Sebelum ini, aktres berkenaan juga pernah dilabel sebagai seorang lesbian apabila sering kali mengelak apabila ditanya mengenai teman lelaki dan mengakui bahawa dia tidak kisah menjalinkan hubungan cinta sesama jantina.

"Sehingga kini saya tidak ada sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana wanita, tetapi perkara tersebut tidak mustahil berlaku sekiranya dapat bertemu dengan pasangan yang mampu buat saya jatuh cinta dengannya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konsert RM1 juta Ning

Posted:

Konsert RM1 juta Ning

Konsert RM1 juta Ning

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


NING bakal menimba pengalaman dengan mengadakan konsert amal di UK pada tahun depan.


120buah lagu, 11 buah filem dan 11 buah album dalam tempoh 18 tahun, itulah bukti betapa figura yang terkenal dengan vokal soprano, Ning Baizura bukan calang-calang bintang.

Selepas menyepikan diri sekian lama, Ning kini muncul semula berdepan peminatnya bersama album yang ke-12 diberi judul Dewa hasil kolaborasi syarikat miliknya Happenings dan Satu Entertainment milik komposer Audi Mok.

Merujuk kepada interpretasi cahaya dalam bahasa Sanskrit selari dengan perubahan baharu hidupnya bergelar seorang isteri dan ibu, Dewa memuatkan lapan buah lagu baharu berkonsepkan balada, pop, elektro dan dance.

Mama Papa, Raksasa dan Bila antara lagu yang makin kerap diputarkan di corong radio. Termasuklah juga beberapa lagu lain yakni Propaganda yang liriknya ditulis sendiri oleh Ning, selain Alhamdulillah, Sampai, Pencarian dan Aku Bukan Dewa.

Sebulan berlalu setelah album yang dibikin dalam tempoh tujuh tahun dikeluarkan di pasaran tempatan dan hasilnya cukup memuaskan hatinya.

"Album ini ibarat seorang anak yang sepatutnya telah lama dilahirkan, tapi kesabaran menunggu itu sebenarnya kepuasan sebenar bagi saya.

"Ini komitmen saya dan tidak adil bagi seorang artis yang lama bertapak tidak keluarkan album. Alhamdulillah, setakat ini respons yang diterima sangat bagus namun saya akan tetap menerima hakikat jika album ini tidak mencapai sasaran seperti yang saya impikan," bicaranya yang ditemui selepas majlis pelancaran album Dewa di Zouk, Kuala Lumpur baru-baru ini.


NING bakal membuat kejutan menerusi konsert meganya di KL Life Centre yang dijadual berlangsung pada bulan Disember nanti.


UK dan AS

Dalam pada itu, Ning yang kini dalam proses persediaan menjelang konsertnya pada 2 dan 3 Disember, di KL Life Centre, Kuala Lumpur mencuba pendekatan baharu untuk menimba lebih banyak ilmu demi kejutan buat peminatnya.

Justeru, Ning sanggup merantau ke United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) untuk menonton konsert artis-artis antarabangsa yang berskala tinggi demi mencari idea baharu.

"Insya-Allah pada 21 Julai ini saya bersama suami (Omar Sharif) akan menyaksikan konsert Celine Dion di Scissor Palace, Las Vegas," ujarnya teruja.

Tambah pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu juga, tiket untuk menyaksikan persembahan itu sebenarnya satu kejutan yang diberikan suaminya sempena hari jadinya yang ke-36 pada 28 Jun lalu.

Menurut Ning, untuk konsertnya yang dijangka memakan kos sehingga RM1 juta itu juga, dia akan menekankan kualiti teknikal seperti bunyi dan pencahayaan demi menjamin kepuasan kepada peminatnya.

Oleh itu, Ning juga akan menyaksikan beberapa persembahan akrobatik untuk melihat dan mengenal pasti aksi lagak ngeri yang mungkin boleh digunakannya dalam konsertnya itu kelak.

Ning Live In Concert merupakan sebuah persembahan berskala penuh yang bakal menggunakan khidmat penyanyi latar, penari dan 12 orang pemuzik.

Sambutan Aidilfitri

Sementara itu, Ning turut meluahkan keterujaannya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga suaminya sepanjang satu setengah bulan berada di sana.


GIMIK hebat pada majlis pelancaran album terbaharu Ning yang berjudul, Dewa.


"Tahun lepas saya ke sana pada bulan puasa saja, tapi tahun ini merupakan pertama kali saya akan beraya di rantau orang," katanya yang turut merancang untuk mengadakan konsert amal di UK pada bulan Mac tahun depan.

Ujarnya, konsert amal untuk mengumpul dana pertubuhan Make A Wish itu akan dilaksanakan di lokasi yang mempunyai ramai penduduk Malaysia antaranya di London, Manchester dan Nottingham.

"Hasil sumbangan daripada konsert itu akan disalurkan terus ke pertubuhan Make A Wish khusus membantu kanak-kanak yang kurang upaya dan mempunyai peluang tipis untuk hidup.

"Dalam konsert itu saya akan menyanyi beberapa buah lagu dan pada masa yang sama dapat juga beramah mesra dengan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana," tuturnya penuh bersemangat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Selasa, 12 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Disiplin senaman, diet dan suplemen

Posted:

Disiplin senaman, diet dan suplemen

Disiplin senaman, diet dan suplemen

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my



KATA orang, bahasa badan menjadi cermin personaliti seseorang. Ini kerana tubuh badan ditakrif sebagai bayangan penjagaan kesihatan seseorang.

Jika wanita mahukan tubuh badan langsing untuk cantik, kaum Adam pula memasang angan-angan memiliki tubuh badan berotot untuk kelihatan lebih maskulin.

Namun, mendapatkan bentuk tubuh badan yang kekar bukanlah satu perkara yang mudah. Bagaimanapun, bagi sesetengah lelaki, obses mereka lebih daripada membina badan sasa apabila ada yang berusaha memiliki otot six pack pada bahagian perut.

Selain menambahkan lagi kecantikan susuk tubuh badan, membentuk enam otot di bahagian perut juga menjadi lambang kesungguhan mereka saat berpenat lelah di pusat kecergasan.

Seorang jejaka, Mohd. Zafir Abdul Karim tidak menolak kebenaran tergolong dalam individu yang obses terhadap six pack. Bagaimanapun akuinya, dengan mengikuti disiplin yang ketat dan betul, impiannya itu tercapai dalam tempoh tiga bulan sahaja.

"Saya mempunyai bentuk badan yang amat kurus. Walaupun saya makan dalam kuantiti yang banyak tetapi, berat badan saya tetap tidak naik.

"Setelah saya menyertai Muay Thai dua tahun lalu, saya mula memandang serius untuk mendapatkan tubuh badan yang berotot.

"Ahli Muay Thai memerlukan perut yang kuat kerana ia merupakan kawasan serangan lawan. Jadi secara tidak langsung ia memaksa saya fokus membina otot pada bahagian perut," jelas lelaki berusia 26 tahun itu.


KUALITI senaman perlu diutamakan untuk membolehkan lebih banyak lemak dapat dibakar.


Formula six pack

Mungkin ramai beranggapan senaman menjadi taruhan utama akan tetapi, formula asas bagi mendapatkan six pack adalah menitikberatkan kepada cara pemakanan.

Menurut anak kelahiran Perak itu, seseorang individu boleh makan apa sahaja dengan syarat mereka tahu jumlah kalori yang diambil serta mengambil inisiatif membakar kalori tersebut bagi mengelakkan lebihan lemak dalam badan.

"Tidak salah bagi seseorang itu bersarapan dengan nasi lemak tetapi, mereka perlu mengira jumlah kalori yang ada dalam kandungan menu tersebut. Sepinggan nasi lemak kebiasaannya mempunyai 300 hingga 400 kalori, jadi mereka perlu melakukan aktiviti yang mampu membakar jumlah kalori tersebut.

"Misalnya, berjoging selama dua jam mampu membakar jumlah kalori yang sama banyak dengan sepinggan nasi lemak tetapi, ia terpulang kepada individu itu bagaimana memilih untuk membakar kalori," katanya.

Bagi mendapatkan six pack dalam tempoh singkat, Zafir menyediakan jadual pemakanan khusus dengan hidangan sebanyak enam kali sehari dalam kuantiti kecil bagi setiap hidangan.

Rahsia air

Pengambilan air yang diminum juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan otot perut yang pejal serta mengekalkan six pack yang dimiliki.

Setiap kali bangun daripada tidur, Zafir akan meminum air masak secukupnya (beberapa gelas mengikut keadaan). Selain itu, dia juga hanya akan minum selepas 45 minit pengambilan makanan berat.


PEMAKANAN merupakan faktor utama mencapai bentuk badan ideal.


Secara purata, lelaki yang kini bertugas sebagai jurulatih kecergasan bagi Persatuan Muay Thai Malaysia itu akan minum sekurang-kurangnya dua botol besar air mineral setiap hari.

Menerjah dimensi senaman, Zafir memberitahu pada awal proses membina six pack, dia melakukan minimum 100 kali bangkit tubi hampir setiap hari.

Rutin senamannya merangkumi aktiviti joging sejauh lima kilometer yang dilakukan dua kali seminggu bermula pukul 6.30 pagi.

Pada sesi petang, Zafir akan menjalani latihan Muay Thai, manakala pada sebelah malam dia akan meluangkan masa selama dua jam di gim melakukan aktiviti seperti angkat berat dan lain-lain.

Suplemen

Tidak lengkap jika seorang lelaki yang memiliki six pack tidak mengambil sebarang suplemen bagi membantu mengekalkan otot-otot tersebut dalam keadaan baik.

Bagi Zafir, suplemen penting walaupun ada segelintir menyifatkan bahan tersebut tidak diperlukan sekiranya telah mengikuti diet serta senaman yang betul.

Suplemen seperti serbuk minuman protein berguna buat individu yang mahu mengekalkan six pack kerana kandungan dalam bahan itu lengkap dengan kesemua protein mengikut kuantiti yang diperlukan badan.

Selain itu, pengambilan sebiji pil multivitamin setiap pagi dikatakan dapat membekalkan nutrisi serta tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.

Tambah Zafir, mereka yang banyak melakukan aktiviti senaman berat di gim perlu mengambil pil asid amino sebelum dan selepas senaman bagi memulihkan kembali tisu otot yang koyak ketika bersenam.

"Secara keseluruhan, saya menghabiskan RM300 hingga RM500 sebulan bagi perbelanjaan suplemen," katanya yang menjadikan Kevin Zahri sebagai idola.

Sementara itu, jurulatih persendirian Elements Gym, G Tower Kuala Lumpur, Abdul Razak Jalil memberitahu, kandungan suplemen terdiri daripada 100 peratus makanan harian cuma keistimewaannya ia lengkap dengan nutrisi yang diperlukan badan.


KALORI defisit langkah terbaik membentuk six pack.


Razak atau lebih mesra disapa sebagai Jack menyatakan suplemen mampu membantu individu yang mahukan kesan pantas membina six pack.

Jika tidak, seseorang itu hanya perlu mengurangkan pengambilan makanan berminyak serta mengelakkan makanan dengan kandungan gula yang tinggi.

Sama seperti Zafir, sebagai individu yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang bina badan, Jack meletakkan 60 peratus pada pemakanan dan 40 peratus pada senaman sebagai faktor utama mendapatkan six pack.

Jelasnya, badan seorang dewasa hanya boleh menerima sebanyak 1,200 hingga 1,600 kalori sahaja sehari tetapi, dalam konteks masyarakat Malaysia, ia telah melebihi paras normal.

"Masyarakat Malaysia sukar menjaga pemakanan mereka, jadi bukan sesuatu yang mengejutkan apabila mendapat tahu kandungan kalori mereka mencecah 2,500 hingga 3,000 kalori.

"Menambah kepada masalah tersebut, mereka tidak bersenam bagi membakar kalori tersebut yang akhirnya menyebabkan lemak terkumpul dalam badan," ujar anak kelahiran Johor itu.

Mitos bangkit tubi

Menyentuh soal senaman, Jack berpesan kepada mereka yang ingin memiliki six pack agar tidak percaya kepada mitos bangkit tubi yang perlu dilakukan sebanyak 2,000 hingga 3,000 sehari.

Menurut Jack, bagi mendapatkan six pack, seseorang itu hanya perlu melakukan 200 hingga 300 bangkit tubi sehari dan mengulangi aktiviti tersebut selama tiga kali seminggu.

"Otot kita perlu rehat, jangan lakukan senaman secara melampau, biar berpada-pada dan lakukan secara perlahan-lahan serta hasilnya akan menjadi lebih baik.

"Jumlah 200 bangkit tubi yang dimaksudkan di sini juga bukanlah dilakukan sekali gus, anda boleh lakukan sebanyak 25 kali dan berhenti untuk 30 saat sebelum menyambung semula.

"Aktiviti ini juga perlu dilakukan setiap pagi sebelum sarapan dan selepas santapan terakhir pada waktu malam," tambahnya lagi.

Sementara itu, aktor popular tanah air yang terkenal sebagai individu yang memiliki tubuh badan kekar, Jehan Miskin pula menyifatkan dirinya beruntung kerana tidak banyak berpantang soal makanan.

Memiliki bentuk badan ektomorf iaitu kerangka badan yang kecil dan panjang, Jehan memberitahu keseimbangan pemakanan serta senaman penting bagi pembentukan otot.

"Setiap individu mempunyai bentuk badan berbeza jadi mereka perlu melakukan senaman serta amalan diet mengikut kesesuaian badan mereka.

"Disiplin dan tidur yang cukup juga penting bagi mendapatkan tubuh badan yang mantap," kata pelakon berusia 32 tahun itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mesej sihat kempen Do Life

Posted:

Mesej sihat kempen Do Life

Mesej sihat kempen Do Life


DAVIS pernah hidup tertekan dan kemurungan akibat obesiti.


SATU ujian telah diadakan pada 22 Jun lalu dengan mengumpulkan 75 peserta yang tidak mengenali antara satu sama lain di Washington, Amerika Syarikat (AS) dan menghabiskan larian sejauh lima kilometer (km) di mercu tanda taman National Mall.

Semangat luar biasa peserta-peserta yang mengikuti kempen berkenaan adalah untuk menghilangkan 612.3 kilogram (kg) secara kolektif, berhenti merokok, berubah kerjaya, menghindari hutang, menamatkan ketagihan alkohol dan dadah.

Ia hanya permulaan awal jelajah mengelilingi 31 buah negeri pada musim panas bagi mewujudkan satu rangkaian sokongan untuk orang yang sedang mencuba mengubah semula kehidupan mereka dalam negara berdepan masalah ketagihan dan berat badan.

Selepas empat jam, menghabiskan larian dan menikmati hidangan makan malam dengan ikatan kasih sayang, peserta-peserta kemudian meninggalkan majlis tersebut sebagai kawan.

Bermula dengan blog kesihatan

Mereka merupakan ahli pergerakan Do Life diasaskan Ben Davis yang menggunakan kesihatan sebagai platform mencari kebahagiaan, berhubung bersama keluarga dan rakan-rakan serta memulakan perhubungan seumur hidup.

Davis, 25, telah membangunkan blog Ben Does Life pada Disember 2008 untuk mendokumenkan perjalanan pengurangan berat badan yang dilakukannya.

Menariknya, dia telah melalui transformasi daripada seorang mempunyai berat badan 162 kg yang tertekan dan memiliki sikap memendam rasa kepada pelari maraton dan atlet Ironman.

Tidak ketinggalan dengan kehilangan 104 kg dia juga mampu menjadi pemidato di depan khalayak sekali gus menjadi inspirasi kepada ribuan orang di seluruh dunia.

Aktiviti positif atasi masalah

Bagaimanapun, Davis dan peserta lain yang mengambil bahagian dalam larian tersebut menekankan, Do Life merupakan konsep universal.

"Bukan semua orang yang ingin mengurangkan berat sehingga 58 kg. Sesetengah orang mempunyai ketagihan lain malah, bergelut dengan pelbagai masalah lain dalam kehidupan.

"Anda perlu mengetahui cara untuk menggantikan pelbagai masalah dibelenggu kehidupan dengan sesuatu yang positif," katanya.

Pelajar Universiti George Washington, Estee Gabel, yang mengikuti kempen berkenaan selepas menonton video YouTube Davis telah mengaplikasikan moto tersebut dalam kehidupannya.


GAYA hidup Davis kini menjadi inspirasi kepada jutaan individu lain.


"Melakukan Do Life seperti mendayung, latihan yang biasa saya lakukan untuk menenangkan fikiran dan fokus dalam kehidupan," katanya.

Dalam pada itu, individu lain, seperti Avi Kempler, telah menyertai Weight Watchers pada tahun 2007 selepas bapanya didiagnos menghidapi kanser.

"Saya berasa malu untuk bersama keluarga kerana tidak mahu mereka mengetahui saya sangat besar.

"Saya sangat merindui memori indah bersama ayah dan nenek yang meninggal dunia selang lima bulan antara mereka," ujarnya sambil menyeru agar orang ramai melakukan aktiviti yang menggembirakan diri sambil menghargai kehidupan.

Bagi Kempler, menjalankan Do Life adalah memikul tanggungjawab untuk membuat keputusan dan melakukan perubahan dalam pelbagai aspek dalam kehidupan.

"Ia tidak penting kalau anda ingin menurunkan berat badan seperti kata Davis atau cuba menghindari ketagihan dadah dan alkohol.

"Semuanya bermula dengan langkah pertama. Sebelum ini, saya mempunyai berat badan mencecah 180 kg. Saya juga berhutang sebanyak AS$20,000 (RM60,110). Saya merupakan seorang perokok tegar.

Kini saya tidak mempunyai hutang kad kredit, berat telah turun kepada 104 kg dan tidak merokok sejak tiga tahun lalu," katanya.

Bagi menyebarkan gerakan tersebut, Davis bersama bapa, John dan adiknya, Jed telah menubuhkan Do Life Inc. pada Januari lalu.

"Sesiapa sahaja boleh memperoleh mesej yang cuba disampaikan dan menggunakan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kami telah menukar Ben Does Life kepada Do Life.

"Ia telah menjadi mesej dan moto digunakan dalam kehidupan seharian mereka dengan mengatakan ini merupakan cara kehidupan saya. Mungkin saya tidak akan berlari dalam maraton tetapi saya berada di luar sana setiap hari bersama anak-anak sambil berjalan dan berjoging," ujar Davis.

Pada musim panas ini, tiga beranak itu akan mengembara sejauh 19,312 km merentasi AS dan Kanada bagi menganjurkan Jelajah Do Life pertama bermula 18 Jun hingga 27 Julai ini.

Jelajah tersebut merupakan siri percuma, larian atau berjalan sejauh lima km di 31 bandar untuk menarik orang ramai bersua dan bersenam. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Tidak hadir sekolah, ibu bapa terima SMS

Posted:

Tidak hadir sekolah, ibu bapa terima SMS

Tidak hadir sekolah, ibu bapa terima SMS

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my



IBU bapa sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Mereka merupakan insan yang memerlukan bimbingan agar menjadi orang berguna kepada negara dan bangsa pada masa hadapan.

Melalui pendidikan awal, keperibadian anak-anak ini dapat dibentuk untuk memastikan mereka menjadi seorang insan yang dapat membanggakan kedua ibu bapa sekaligus menyumbang kepada negara.

Bagaimanapun, di sebalik tugasan harian yang dibebani ibu bapa, kadang kala menyukarkan pemantauan terhadap gerak geri anak-anak terutamanya apabila melangkah ke alam persekolahan sehingga mereka terdedah kepada gejala ponteng sekolah yang seterusnya menyumbang kepada masalah sosial.

Menyedari kepentingan pendidikan dapat membantu pembentukan keperibadian anak-anak, syarikat bumiputera Mobile Biz Network Sdn. Bhd. telah membangunkan aplikasi kehadiran m-Attendance yang dapat memudahkan ibu bapa memantau dan berkomunikasi bersama guru mereka.

Pengarah Urusan Mobile Biz Network Sdn. Bhd., Latif Kachong, berkata, sistem aplikasi kehadiran m-Attendance dibangunkan atas dasar kesedaran tentang pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutamanya sistem aplikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) serta e-mel dalam trasformasi pendidikan.

"Aplikasi yang mesra pengguna dan menggunakan platform komputer tablet Apple iPad ini dapat mengurus kehadiran pelajar dengan cepat, cekap dan sistematik.

"Ia juga tidak membebankan guru-guru malah memudahkan dan mengurangkan tugasan guru dalam mengurus kehadiran pelajar-pelajar mereka dengan lebih efisien," katanya ketika ditemui Kosmo!.


LATIF turut turun padang untuk memberi pendedahan mengenai aplikasi m-Attendance kepada guru-guru SMK Kijal, Kemaman, Terengganu.


Selain daripada itu, Latif memberitahu, penggunaan sistem aplikasi berkenaan juga dapat memupuk hubungan dua hala antara guru dan ibu bapa dengan lebih mudah serta berkesan.

Katanya, sistem aplikasi tersebut bertindak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibu bapa memaklumkan status kehadiran anak mereka ke sekolah sebaik sahaja guru menanda kedatangan pelajar-pelajar.

"Dengan cara ini, ibu bapa akan mengetahui sama ada anak mereka berada di sekolah atau sebaliknya. Ia sekali gus dapat membantu ibu bapa dalam memantau anak dengan lebih cepat terutamanya apabila mereka bertindak ponteng sekolah dan sebagainya.

"Sistem ini juga dapat membantu memantau keselamatan anak-anak kerana terdapat ibu bapa yang terpaksa memulakan tugasan mereka pada awal pagi.

"Apabila menerima SMS daripada guru, ibu bapa ini boleh mengetahui sama ada anak mereka selamat sampai di sekolah dan memulakan pembelajaran," terangnya.

Konsep m-Attendance

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Produknya, Hazwan Abu Hassan, memberitahu, ibu bapa akan menerima SMS setiap hari sekitar 7.35 pagi bagi memaklumkan jika anak-anak mereka tidak hadir ke sekolah.

"Penggunaan aplikasi ini sangat mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja. Sebaik memasuki kelas, guru hanya perlu membuka aplikasi tersebut di iPad dan menandakan kehadiran pelajarnya, secara automatik senarai pelajar yang tidak hadir ke sekolah akan dihantar menerusi SMS dan e-mel kepada ibu bapa.

"Bagi memudahkan lagi ibu bapa, mereka juga boleh membalas SMS berkenaan untuk memaklumkan sebab ketidakhadiran anak mereka jika pelajar sakit atau ada sebab lain. Malah, ia boleh dibaca pengetua melalui e-mel untuk tindakan selanjutnya. Melalui teknologi push e-mail, mesej tersebut juga boleh dibaca di telefon pintar," jelas Hazwan.

Tambahnya, rekod kehadiran pelajar dalam kelas berkenaan turut akan dikemas kini dan disalurkan ke pejabat sekolah untuk melancarkan lagi tugasan harian guru-guru dalam memberi pembelajaran kepada pelajar.

Lebih terperinci, aplikasi mesra pengguna itu turut dilengkapi maklumat pelajar seperti profil pelajar, rekod akademi, laporan disiplin, rekod ujian termasuklah berat dan tinggi pelajar.

Kelebihan aplikasi

"Dengan aplikasi ini, ibu bapa akan merasa selamat kerana mengetahui bahawa anak-anak mereka telah pergi ke sekolah dan bukannya berada di luar kawasan sekolah.

"Ia sekali gus dapat mengawal gejala ponteng sekolah malah dapat mengeratkan hubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa.


GURU-GURU SMK Kijal asyik menggunakan iPad untuk membiasakan diri dengan aplikasi m-Attendance.


"Kelebihan lain yang dapat diperoleh melalui sistem aplikasi ini adalah ibu bapa dapat mengetahui markah dan keputusan ujian anak-anak mereka menerusi SMS dan e-mel yang dihantar selepas ujian," katanya.

Aplikasi m-Attendance yang mengambil masa kira-kira satu tahun untuk dibangunkan itu turut menyalurkan maklumat mengenai aktiviti dan program sekolah kepada ibu bapa atau penjaga dengan cepat, mudah dan kos efektif.

Ia juga dapat memberikan kemudahan kepada guru ketika hari menandatangani kad laporan pelajar kerana guru kelas tidak perlu lagi membawa buku rekod pelajaran dan ko-kurikulum.

Ini kerana semua butiran pelajar sudah terdapat di dalam iPad apabila membuka aplikasi tersebut.

"Dalam pada itu, aplikasi ini turut didatangkan dengan sistem HomeWorkAlert. Guru akan menghantar SMS kepada ibu bapa untuk memaklumkan tentang kerja sekolah yang telah diberikan kepada pelajar agar dapat dipantau dengan mudah.

"Selain sistem kehadiran m-Attendance, pihak sekolah juga dibekalkan dengan sistem SMS Aduan m-Center yang membolehkan ibu bapa dan orang ramai membuat sebarang aduan atau memberi cadangan dan pandangan kepada pihak sekolah dengan menghantar SMS," katanya.

Hazwan menambah, pihak sekolah juga mempunyai sistem SMS hebahan sendiri bagi memaklumkan aktiviti dan program sekolah seperti hari sukan, peringatan tarikh peperiksaan, makluman tunggakan yuran, mesyuarat dan sebagainya.

Itu adalah salah satu langkah pengintegrasian ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran selaras dengan tuntutan transformasi pendidikan dalam memartabatkan pendidikan negara.

Projek perintis

"Sebagai permulaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal, Kemaman, Terengganu telah menjadi perintis dalam penggunaan aplikasi ini.

"Kita telah membekalkan sebanyak 41 iPad untuk guru-guru kelas di sekolah berkenaan," katanya.

Selain daripada Apple, dia memberitahu, pihaknya juga mendapat sokongan kerajaan negeri Terengganu yang sememangnya memberi penekanan terhadap pendidikan.

"Selepas tiga bulan tempoh percubaan, jika mendapat maklum balas baik daripada guru dan ibu bapa, kami akan meneruskan usaha ke sekolah seterusnya iaitu SMK Kompleks Seberang Takir, Terengganu dengan menggunakan iPad2," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Loji nuklear diserang ubur-ubur

Posted:

Loji nuklear diserang ubur-ubur

Loji nuklear diserang ubur-ubur


SEORANG pekerja di loji janakuasa elektrik Orot Rabin di Tel Aviv memeriksa ubur-ubur yang ditempatkan ke dalam sebuah bekas.


SEBUAH loji kuasa nuklear yang terletak di pantai Israel terpaksa ditutup apabila sistem pendingin air lautnya tersumbat akibat dipenuhi dengan ubur-ubur.

Insiden yang membabitkan ubur-ubur turut berlaku di stesen janakuasa Torness di laut Scotland baru-baru ini hingga melumpuhkan dua reaktor loji berkenaan.

Pada minggu lalu, sebuah reaktor di Shimane, Jepun pula mengalami nasib yang sama apabila dilumpuhkan akibat serangan ubur-ubur.

Semua insiden itu berlaku ketika spekulasi bahawa arus suam dan pengaksidan lautan, kedua-dua disebabkan perubahan cuaca, menyebabkan populasi ubur-ubur meningkat dengan mendadak.

Persoalannya sekarang, adakah insiden seperti itu akan berlarutan?

"Kejadian melibatkan beberapa loji kuasa nuklear baru-baru ini tidak cukup kuat untuk membuktikan wujudnya satu corak global.

"Kesemua insiden terbabit mungkin berlaku secara kebetulan," kata Ahli Biologi Ubur-ubur dan Saintis Marin Makmal Laut Pulau Dauphin, Perairan Teluk Alabama, Amerika Syarikat (AS), Monty Graham.

Dia berkata, terdapat puluhan kes ubur-ubur menyebabkan penutupan sebahagian atau sepenuhnya loji tenaga di kawasan pantai sejak beberapa dekad lalu termasuk penutupan loji memproses air laut.

Seorang saintis Institut Penyelidikan Akuarium Teluk Monterrey, Steve Haddock, berkata, sebuah loji tenaga di Australia ditutup akibat serangan ubur-ubur lama dahulu iaitu pada tahun 1937.

Semua kejadian itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana semua loji tenaga berkenaan menyedut air dari lautan dan ia telah dilengkapi peralatan penapisan berfungsi untuk menyingkirkan ubur-ubur dan serpihan lain.


UBUR-UBUR yang penuh dalam tong pengumpul dipindahkan ke dalam tangki yang lebih besar untuk tujuan pelupusan.


"Cuma apabila terdapat bilangan besar ubur-ubur disedut ia akan menyebabkan alat penapisan itu tersumbat," kata Graham pada laman berita sains, Life's Little Mysteries.

Musim membiak

Peningkatan mendadak bilangan ubur-ubur berlaku dalam musim bunga dan panas menjawab persoalan mengenai insiden penutupan tiga loji tenaga baru-baru ini berlaku dalam jangka masa yang singkat.

Perubahan iklim global juga mungkin menyumbang kepada peningkatan bilangan ubur-ubur di berbanding sebelumnya sekali gus menyebabkan letusan populasi ubur-ubur di seluruh dunia.

Bagaimanapun, para saintis masih belum dapat mengesahkan fenomena tersebut kerana kajian untuk mengesan populasi ubur-ubur masih baharu.

"Di beberapa tempat, terdapat berlaku peningkatan populasi secara dramatik sejak beberapa dekad lalu tetapi secara keseluruhan ia masih belum cukup untuk diklasifikasikan sebagai satu trend.

"Kami masih belum mempunyai data mencukupi kerana kajian melibatkan ubur-ubur ini memerlukan masa yang panjang," kata Graham.

Seorang ahli biologi ubur-ubur Universiti Washington, Claudia Mills, bagaimanapun mengatakan terdapat beberapa kes tempatan yang direkodkan mengenai peningkatan ubur-ubur.

Sebagai contoh, satu spesies ubur-ubur penceroboh tersebar di Laut Mediterranean sejak beberapa dekad lalu dan mungkin menjadi penyebab kepada insiden di Israel.

Bagaimanapun, Mills memberitahu, kebimbangan mengenai peningkatan bilangan ubur-ubur pada skala besar mungkin telah diperbesar-besarkan.


SEORANg pekerja mengangkat ubur-ubur yang tersumbat pada sistem pendingin air laut menggunakan alat khas.


"Kami tidak tahu apa yang berlaku kepada populasi ubur-ubur di kebanyakan kawasan di dunia," katanya dalam satu e-mel.

Arus panas

Sebahagian penyelidik mengesyaki bahawa populasi ubur-ubur meningkat kerana ia mudah hidup di laut bersuhu panas.

"Populasi ubur-ubur meningkat dan menurun bersama perubahan iklim. Justeru tidak sukar untuk merumuskan secara munasabah bahawa jika iklim berubah dalam jangka masa panjang kita akan melihat perubahan dalam bilangan ubur-ubur," kata Graham.

Dia sedang melakukan kajian untuk menyiasat tentang bilangan ubur-ubur yang meningkat secara global dan punca ia terjadi.

Terdapat juga kemungkinan bilangan insiden ubur-ubur merosakkan loji kuasa nuklear disebabkan peningkatan bilangan loji berkenaan.

Namun begitu, tidak sukar untuk membaiki kerosakan yang dialami loji-loji tersebut.

"Loji-loji kuasa mengalami masalah besar cuma sekali-sekala dan apabila pihak pengurusan mendapati kos membaiki tinggi mereka akan memperkenalkan langkah-langkah pencegahan," ujarnya.

Antaranya termasuk pemasangan alat penapis tambahan dan sistem buih jet yang boleh mengapungkan ubur-ubur ke permukaan sebelum ia dibuang.

"Dalam sesetengah kes, pengendali loji-loji itu akan cuma memantau kehadiran ubur-ubur dan menutup loji mereka jika mengesan terdapat populasi yang banyak," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Generasi ketiga Olympus PEN

Posted:

Generasi ketiga Olympus PEN

Generasi ketiga Olympus PEN


MODEL PEN E-P3 yang didatangkan sistem FAST AF mampu meningkatkan kelajuan semasa fokus imej.


MASIH tercari-cari sebuah kamera yang mempunyai sistem autofokus (AF) terpantas tetapi cerewet dalam pemilihan badan kamera? Generasi ketiga Olympus PEN adalah pilihan yang tepat. Dengan berat seringan 215 gram dengan rekaan klasik, siri PEN E-P3 mudah berfungsi sebaik semua kamera yang berada di rak-rak jualan.

Selepas dua buah model kamera generasi terdahulu, PEN E-P2 dan PEN-P1, Olympus telah menaik taraf beberapa ciri-ciri yang sebelum ini tidak ada.

Ciri paling jelas adalah PEN E-P3 mempunyai sistem FAST AF terbaharu yang digabungkan dengan mekanisme MSC (Movie & Still Compatible), ia akan meningkat kelajuan ketika memfokus.


PAPARAN Hyper Crystal memberi gambaran lebih jelas kepada pengguna.


Pada masa yang sama ia dapat mengurangkan bunyi fokus lensa, jadi pengguna kamera boleh menghasilkan komposisi gambar dengan lebih kreatif.

Kualiti imej pula tidak perlu disangkal lagi dengan Live MOS Sensor yang berkelajuan tinggi 12.3 megapiksel selain paparan berdefinasi tinggi sepenuhnya dengan 1080i dan imej pemprosesan baru, TruePic VI.

Selain itu, antara ciri baharu yang menarik perhatian peminat kamera adalah panel paparan skrin sentuh bersaiz kira-kira 7 sentimeter.

Paparan imej OLED 610,000 dot akan memberi pengalaman mengambil komposisi foto yang lebih kreatif dan boleh beroperasi secara mudah.

Siri model ketiga PEN E-P3 ini akan mula berada di pasaran tempatan pertengahan bulan Julai ini dan penggemar kamera boleh mendapatkannya pada harga RM3,199.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Anak petani jadi peserta kursus Kor Tani MADA

Posted:

Anak petani jadi peserta kursus Kor Tani MADA

Anak petani jadi peserta kursus Kor Tani MADA


MAHDZIR (tengah) bersama para peserta kursus pada majlis pelancaran kursus bina pasukan dan majlis pelancaran Kor Tani Mada di Paya Pahlawan, Jitra baru-baru ini.


ILMU. Seramai 110 peserta yang terdiri daripada pesawah, peniaga dan anak-anak para petani telah menyertai program bina pasukan dan pelancaran Kor Tani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di Pusat Rekreasi Paya Pahlawan, Jitra baru-baru ini.

Program tiga hari itu bertujuan meningkatkan kerjasama dan memberi kefahaman kepada peserta mengenai konsep serta tujuan Kor Tani Mada.

Kumpulan itu merupakan perintis kepada projek berkaitan dengan pertanian serta keusahawanan dan ilmu yang mereka peroleh sepanjang program boleh disalurkan kepada usahawan Mada yang lain.

Penutup program itu disempurnakan Pengerusi Mada, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amanah Pendidikan Punjabi terima geran

Posted:

Amanah Pendidikan Punjabi terima geran

Amanah Pendidikan Punjabi terima geran


MUHYIDDIN disambut oleh masyarakat Sikh sebaik tiba pada majlis perasmian bangunan baru Guru Nanak Institution di Ipoh baru-baru ini.


DANA. Amanah Pendidikan Punjabi Malaysia menerima geran tahunan berjumlah RM500,000 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Institut Guru Nanak, Ipoh baru-baru ini.

Muhyiddin berkata, geran itu bertujuan membantu Persatuan Khalsa Diwan Malaysia mengembangkan bahasa Punjabi di kalangan generasi muda komuniti tersebut di negara ini.

"Tuntutan kaum Sikh agar bahasa Punjabi dibantu untuk berkembang di kalangan mereka adalah munasabah kerana generasi muda perlu fasih bahasa ibunda masing-masing agar tidak lupa sejarah dan budaya sendiri," katanya.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Presiden Khalsa Diwan Malaysia, Santokh Singh Randhana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas bintang bola terima trofi Rev Cup

Posted:

Bekas bintang bola terima trofi Rev Cup

Bekas bintang bola terima trofi Rev Cup


PARA pemenang peraduan Rev'd Up bergambar bersama Santokh (dua dari kanan) dan Hemalatha (empat dari kanan) di Petaling Jaya, baru-baru ini.


MERIAH. Peraduan Rev-Cup Battle of the States anjuran Permanis Sdn. Bhd. (Permanis) yang juga pengedar minuman Revive Isotonic menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM40,000 kepada pemenang peraduan mencipta aktiviti sendiri berasaskan tema mingguan Rev'd Up di Euphoria di Subang Jaya baru-baru ini.

Peraduan yang memerlukan peserta memuat naik aksi masing-masing dalam bentuk gambar atau rakaman video ke Facebook itu telah dimenangi peserta yang mewakili negeri Selangor.

Naib Presiden Bahagian Pemasaran Permanis., R. Hemalatha berkata, selain itu, majlis yang sama juga telah mengumumkan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan negeri Selangor, Datuk Santokh Singh, Datuk M. Chandran, Wong Choon Wah dan Azlan Johar menerima trofi Rev Cup.

Pada majlis tersebut, beberapa pemenang lain telah menerima hadiah mengikut kategori masing-masing membawa pulang wang antara RM3,000 sehingga RM5,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


‘Tiada duit, jangan datang’

Posted:

'Tiada duit, jangan datang'

'Tiada duit, jangan datang'


MAZLINA membuat karipap untuk menyara hidup mereka sekeluarga sambil dilihat oleh Nur Athirah di rumah mereka di Sungai Buloh semalam.


KUALA LUMPUR – Nasib seorang rakyat Malaysia, Mohd. Nazaruddin Saidin, 38, yang diculik oleh kumpulan Abu Sayaf di selatan Filipina untuk diselamatkan kian tipis apabila penculiknya sudah menutup pintu rundingan.

Keputusan tersebut dibuat oleh kumpulan itu kerana tuntutan wang tebusan sebanyak 80 juta peso atau RM5.6 juta tidak dapat dipenuhi.

Pengerusi Biro Aduan Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, orang tengah yang digunakan untuk berhubung dengan kumpulan terbabit telah memaklumkan mesej mereka minggu lepas.

"Kumpulan penculik ini beritahu jika tidak ada duit jangan datang ke sana dan tidak perlu lagi hubungi mereka, malah mereka juga telah menutup terus pintu rundingan." katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Nazaruddin yang merupakan seorang ahli perniagaan dan bapa kepada enam orang anak diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika di selatan Filipina pada 8 Mei lalu.

Muhammad Khairun menjelaskan, mesej itu menandakan usaha untuk menyelamatkan ahli perniagaan dari Sungai Buloh, Selangor itu semakin sukar.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fail permohonan penjara bonda

Posted:

Fail permohonan penjara bonda

Fail permohonan penjara bonda

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada Putera Azamuddin Shah Abdul Shah, anak saudara Sultan Selangor memfailkan permohonan komital (permohonan menghina mahkamah) untuk memenjarakan bondanya kerana didakwa mengingkari perintah mahkamah.

Kebenaran itu diberikan pada 23 Jun lalu dan permohonan itu sepatutnya didengar semalam di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah.

Peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah memberitahu pemberita, hakim menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes itu disebabkan peguam yang mewakili, Tengku Putri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz, 57, yang merupakan adinda Sultan Selangor, tidak hadir ke mahkamah.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jalan penyelesaian RM500 sebulan

Posted:

Jalan penyelesaian RM500 sebulan

Jalan penyelesaian RM500 sebulan

Oleh JUNHAIRI ALYASA
dan NOR IDAYU BOSRO
berita@kosmo.com.my


KESERONOKAN pelatih menamatkan latihan PLKN bagi siri kelapan pada Mac lalu. Bagi sesi 2012, seramai 140,000 lagi pelatih akan terlibat. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak sepatutnya menjadikan faktor kos yang tinggi sebagai alasan enggan menaik taraf pelayan Internet mereka memandangkan pelaburan sebenar yang diperlukan untuk tujuan itu adalah sangat kecil.

Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP), Azli Paat menjelaskan, kos untuk mendapatkan pelayan berkapasiti tinggi boleh diperoleh dengan bayaran serendah RM500 hingga RM1,500 sebulan.

"JLKN boleh menggunakan khidmat server farm atau penyedia perkhidmatan pelayan dengan kapasiti lebih besar.

"Jika data itu sekadar nama peserta PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) yang layak, kosnya tidak besar dan mudah diuruskan," katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! semalam melaporkan tentang kekecewaan lebih 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ibu bapa mereka apabila gagal menyemak status kumpulan pelatih baharu sesi 2012 PLKN gara-gara pelayan laman web itu tergendala sejak kelmarin.

Masalah itu berlarutan sehingga semalam apabila masih ada pihak mendakwa gagal mengakses laman web itu bagi menyemak status pelatih.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Dapur Chef Liza bersama Ramly

Posted:

Dapur Chef Liza bersama Ramly

Dapur Chef Liza bersama Ramly

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


CHEF LIZA (kiri), Jumat dan Ramly menunjukkan produk-produk terbaharu yang digunakan dalam program masakan yang akan bersiaran di TV2 bermula pada 16 Julai ini.


CHEF LIZA ZAINOL sekali lagi memanaskan dapur pada Ramadan ini apabila tampil dengan rancangan masakan Enak Bersama Ramly Daripada Chef Liza. Program itu akan menemui penonton pada setiap Sabtu bermula 16 Julai hingga 4 September ini pada pukul 11.30 pagi di saluran TV2.

Siaran ulangannya pula akan ke udara pada setiap hari Ahad, pada pukul 4.30 petang.

Buat kali keduanya, Chef Liza berkolaborasi bersama Kumpulan Ramly yang terkenal dengan pengeluaran daging burger dengan mempelbagaikan resipi menggunakan produk jenama itu.

"Rancangan masakan 16 episod ini bakal menyaksikan beberapa produk keluaran Ramly termasuk lapan produk terkini digunakan untuk 32 resipi hasil cetusan saya sendiri.

"Lebih menarik, program ini akan dimeriahkan lagi dengan kerenah dapur 15 orang peminat masak-memasak yang sebahagiannya adalah tokoh-tokoh terkemuka negara," kata Chef Liza pada majlis pelancaran program tersebut di Angkasapuri baru-baru ini.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Datuk Ramly Mokni dan Pengarah Berita Hal Ehwal Semasa RTM, Datuk Jumat Engson.

Antara tokoh yang bakal menjadi tetamu Chef Liza dalam program itu ialah Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, pemain boling negara, Shalin Zulkifli dan dramatis, Kenchana Devi.

Dalam pada itu, pada program kali ini, Chef Liza turut membawa penonton menjelajah beberapa destinasi menarik di Cameron Highlands serta sekitar Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau yang turut bertindak sebagai penerbit rancangan itu turut memberi ulasan tentang masakan-masakan yang bakal menemui penontonnya. Chef Liza memberitahu, sebenarnya terdapat banyak produk keluaran Ramly berpotensi untuk diubah suai menjadi resipi yang istimewa.

Lebih-lebih lagi dengan lapan produk yang baru dipasarkan itu antaranya Burger Ayam Oblong Klasik, Burger Lembu Oblong Klasik, Burger Kambing Oblong Klasik, Burger Ayam Rasa Panggang, Burger Lembu Rasa Pang gang, Bebola Sotong, Tasty Chili dan Tasty Black Pepper.

Misalnya, untuk episod pertama, beliau akan menampilkan masakan Ikan Pollock Asam Pedas menggunakan produk Filet Ikan Tempura. Sementara resipi Sayur Seczhuen Bebola Sotong pula menggunakan Burger Daging Rasa Panggang.

Chef Liza juga menjadikan resipi yang dinamakan Pai Telur Puyuh tampak unik. Beliau dilihat mempelbagaikan produk Burger Lembu dan Burger Ayam Rasa Panggang untuk masakannya. Hasil masakan itu boleh dilihat pada episod keenam rancangan ini.

"Jika dilihat kembali pada menu-menu saya yang menggunakan produk keluaran Ramly, saya sebenarnya telah menyuntik semangat 1Malaysia pada masakan saya.

"Ia tidak bertumpu pada makanan Melayu saja malah ada masakan Cina dan India," ujar beliau.


GAYA ceria Chef Liza sempena pelancaran rancangan terbarunya, Enak Bersama Ramly Daripada Chef Liza.


Satu juta penonton

Kata Chef Liza, jenama Ramly yang diasaskan pada tahun 1984 sangat dekat dengan beliau.

"Saya kenal (Ramly) sejak kecil terutama burgernya. Selepas tujuh hingga lapan tahun berkecimpung dalam bidang masakan, saya fikir mengapa tidak saya berganding bahu dengan Kumpulan Ramly untuk menerbitkan rancangan masakan dan akhirnya impian itu tercapai," imbasnya.

Ditanya mengenai keyakinannya untuk menarik lebih ramai penonton pada rancangan kali ini, beliau optimis mampu mencapai rating sebanyak satu juta penonton.

"Rancangan ini bukan saja sesuai buat golongan suri rumah malah pada wanita yang berkerjaya dan tidak lupa juga kepada peniaga-peniaga jualan masakan yang menggunakan produk keluaran Kumpulan Ramly," katanya.

Dalam pada itu, Ramly yang mewakili jenamanya percaya semua resipi yang dihasilkan daripada air tangan Chef Liza tidak akan mengecewakan para penonton.

"Semua sentuhannya (masakan) dapat disediakan dengan mudah dan sangat sesuai untuk penonton yang berkarier yang selalunya kesuntukan masa menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa nanti," ujarnya.

Melalui rancangan itu juga, Ramly berharap dapat memperkenal secara meluas lapan produk baharunya kepada para pengguna di seluruh negara.

Berhubung dengan perkembangan bisnesnya pula, beliau memberitahu, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. menyasarkan peningkatan jualan sebanyak sekali ganda menjelang 2015 kepada RM2 bilion berbanding jualan tahunan sebelum ini yang berjumlah RM1 bilion.

Jenama Ramly kini telah menembusi pasaran beberapa negara Asia seperti Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved