Ahad, 8 Disember 2013

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Siapkan novel tiga bulan

Posted:

Siapkan novel tiga bulan

Siapkan novel tiga bulan

NURUL HUSNA (kanan) bergambar bersama barisan penulis novel dari syarikat Love Novel Publication.


MINAT membaca cerita-cerita cinta ketika di bangku sekolah menjadi pendorong utama kepada Nurul Husna Razali, 20, untuk menulis novel berkaitan genre tersebut.

Ia juga ekoran pengaruh rakan-rakan yang gemar membaca buku seumpama itu ketika mereka remaja.

Novel pertama yang dibaca Nurul Husna ialah Ombak Rindu karya Fauziah Ashari pada tahun 2006. Novel itu berjaya menyuntik minatnya untuk meneruskan hobi membaca.

Ketika di bangku sekolah, Nurul Husna menulis cerita-ceritanya di dalam sebuah buku nota ketika waktu lapang.

"Penulisan saya bermula dengan menulis di atas kertas dan dibaca oleh rakan-rakan yang rapat dengan saya. Mereka memberikan komen-komen yang membina terhadap cerita-cerita tersebut.

"Rentetan itu, minat saya terhadap bidang penulisan semakin meningkat dan saya mula mencari idea-idea dan cerita-cerita yang menarik untuk ditulis," katanya.

Menurut penuntut Diploma Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu, hobi menulisnya menjadi serius selepas dia mula mempunyai komputer riba sendiri.

Kata Nurul Husna, daripada menulis di atas kertas, karya-karyanya kemudian dipaparkan dalam medium yang lebih terkini dan senang untuk dibaca iaitu blog.

"Kehidupan saya sebagai mahasiswi yang agak sibuk membuatkan saya terpaksa membahagikan masa dengan bijak antara pelajaran dan hobi," ujarnya.

Gadis bertubuh genit ini turut memberitahu, novel sulungnya yang berjudul Hantu Punya Bos! mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.

"Syukur kerana novel ini berjaya disiapkan dalam waktu yang singkat tanpa sebarang masalah yang besar," katanya.

Novel tersebut menerima sambutan yang memberangsangkan dengan memasuki cetakan keempat dan terjual lebih daripada 12,000 buah naskhah sejak diterbitkan pada Ogos lalu.

Ia merupakan satu-satunya karya Nurul Husna yang diterbitkan, manakala selebihnya boleh dibaca menerusi dalam blog http://deknalee.blogspot.com.

Menurut Nurul Husna atau nama penanya Dekna Lee, novel Hantu Punya Bos! tidak hanya berkisar tentang cinta tetapi turut menyelitkan unsur-unsur komedi untuk terus menarik minat pembaca.

Novel itu menceritakan kisah seorang lelaki bernama Arrayyan Zainuddin yang merupakan ketua di sebuah syarikat.

Perwatakannya yang garang dan suka mencari kesalahan orang lain menyebabkan dia kurang disukai oleh masyarakat sekeliling, terutamanya kakitangan syarikat itu sendiri.

Keadaan berubah apabila satu hari dia bertemu dengan seorang gadis bernama Abby yang gemar melatah.

Ini menyebabkan berlakunya beberapa kejadian lucu yang melahirkan bibit-bibit cinta antara kedua-dua watak yang berbeza itu.

Menurut Nurul Husna, karakter-karakter dalam novel berkenaan dipengaruhi oleh individu yang rapat dengannya.

"Watak Arrayyan sebagai seorang majikan yang garang diinspirasikan oleh perwatakan abang ipar saya, manakala nama Abby diilhamkan daripada adik sendiri," katanya.

Kini, gadis ini sedang giat menyiapkan beberapa manuskrip untuk dihantar kepada penerbit.

Sambut Krismas dalam air

Posted:

Sambut Krismas dalam air

Sambut Krismas dalam air

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my


GOLONGAN cilik begitu teruja sewaktu melihat seorang penyelam skuba yang lengkap berpakaian Santa Claus turut sama berenang dengan ribuan hidupan laut di Aquatheatre.


SUASANA di hadapan akuarium gergasi yang menempatkan ratusan jenis ikan dan hidupan laut itu sunyi sepi walaupun hakikatnya ruang tersebut sesak dengan kehadiran pengunjung.

Kesemua pengunjung seolah-olah terpukau melihat keindahan akuarium berkenaan yang direka mirip dasar laut sebenar. Akuarium tersebut menjadi habitat pelbagai jenis ikan yang berbeza saiz, bentuk dan warna.

Bagaimanapun, suasana tenang itu bertukar riuh-rendah dengan sorakan pengunjung, terutamanya kanak-kanak, apabila seorang penyelam skuba berpakaian lengkap seperti Santa Claus tiba-tiba muncul dalam akuarium berkenaan.

"Lazimnya, setiap kali Santa Claus muncul, dia akan dikerumuni kanak-kanak yang inginkan hadiah. Tetapi di sini kita dapat melihat Santa Claus itu dikejar oleh ikan-ikan yang turut inginkan 'hadiah' daripadanya.

"Bukan sahaja kanak-kanak, malah kami yang dewasa ini pun terhibur melihat persembahan tersebut," ujar Amy, 23, seorang pengunjung dari Kanada yang teruja dengan keunikan aktiviti program A Sensetional Christmas di Aquaria KLCC.

Selain melihat si Santa Claus memberi makan kepada ribuan spesies ikan di Aquatheatre, para pengunjung Aquaria KLCC berpeluang untuk mencuba beberapa lagi aktiviti menarik bertemakan perayaan Hari Krismas sehingga 31 Disember ini.


IKAN pari gergasi yang kelihatan begitu jinak sewaktu diberi makan.


Menurut Pengarah Urusan Aquaria KLCC, Datuk Simon Foong, segala aktiviti yang disusun sepanjang tempoh sebulan itu direka bagi menerapkan semangat saling memberi dalam kalangan pengunjung, terutamanya kanak-kanak.

"Sebagai contoh, kanak-kanak akan diberi peluang untuk memberikan makanan kepada empat ekor memerang yang kita dipelihara di sini.

"Bagaimanapun, apa yang berbeza daripada biasa ialah makanan tersebut akan diletakkan di dalam bekas unik yang berbentuk seakan-akan 'kotak hadiah' yang sering digunakan sewaktu sambutan Hari Krismas," ujarnya memberitahu segala aktiviti yang dijalankan bertemakan perayaan tersebut.

Keceriaan perayaan

Bagi menyemarakkan lagi tema sambutan Hari Krismas, dekorasi dalaman Aquaria turut mendapat sentuhan baharu dengan warna hijau dan merah yang sinonim dengan perayaan tersebut.

Jika kena pada waktunya, para pengunjung juga bakal disajikan dengan persembahan tarian selamat datang oleh para petugas di Aquaria yang pasti memberikan keceriaan kepada para pengunjung tanpa mengira peringkat usia.


PENGUNJUNG berpeluang untuk menyentuh beberapa spesies hidupan laut di kolam-kolam khas yang disediakan.


Seorang pengunjung cilik, Mohd. Danish Hakim Mohd. Faisal, 10, berkata, dia berasa teruja untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan memandangkan dia tidak berpeluang untuk merasainya pada pada dua lawatan yang lalu.

"Kali ini merupakan kali ketiga keluarga saya melawat Aquaria. Setiap kali tiba cuti sekolah, kami akan ke sini memandangkan setiap tahun, ada sahaja aktiviti baharu yang disediakan.

"Saya juga berasa gembira kerana dapat melihat dua maskot Aquaria iaitu ikan jerung yang dikenali sebagai Rocky dan memerang, Okie yang begitu mesra melayan saya dan adik-beradik saya yang lain," ujarnya.

Kepada pengunjung yang datang berkeluarga, Aquaria KLCC turut menyediakan pakej khas bernilai RM108 untuk empat individu iaitu dua tiket dewasa dan dua kanak-kanak.

Aquaria KLCC dibuka setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga 8 malam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Skuad wusyu negara terus garang

Posted:

Skuad wusyu negara terus garang

Skuad wusyu negara terus garang

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

TAI Cheau Xuen tampil dengan aksi memberangsangkan dalam acara nandao wanita semalam untuk menghadiahkan pingat emas kedua negara pada Sukan SEA 2013.


NAY PYI TAW, Myanmar – Skuad wusyu negara menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia selepas Tai Cheau Xuen menjuarai acara nandao wanita pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Wunna Theikdi semalam.

Selain sebutir pingat emas, skuad wusyu turut memenangi empat pingat gangsa, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan dua pingat emas, empat perak dan lapan gangsa.

Kini, Malaysia hanya memerlukan sebutir lagi pingat emas bagi merekodkan bilangan ke-1,000 sejak membuat penampilan pertama pada temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu pada tahun 1959.

Pingat emas yang dicari-cari dijangka hadir menerusi acara wusyu kerana hari ini beberapa lagi atlet harapan negara akan memasuki gelanggang.

Sudah pasti, sasaran pingat emas tersebut terarah kepada juara dunia, Ho Mun Hua dalam acara nandao lelaki, Tai Cheau Xuen, Diana Bong Siong Lin dalam acara nangun wanita.

Pada aksi semalam, Cheau Xuen, 23, dari Negeri Sembilan mengutip 9.69 mata untuk menewaskan atlet tuan rumah, Aint Mi Mi yang mengumpul 9.67 mata, manakala Juwita Niza Wasni Wasni dari Indonesia membawa pulang pingat gangsa (9.65 mata).

Ini adalah pingat kedua yang dimenangi Cheau Xuen selepas merangkul pingat gangsa dalam acara nanquan wanita kelmarin.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Diana Bong.

Diana Bong, 28, yang menghadiahkan pingat emas pertama kontinjen Malaysia dalam acara nanquan wanita kelmarin, sekadar di tempat ketujuh selepas mengumpul 9.23 mata.

"Saya rasa sangat gembira. Kemenangan ini adalah hasil kerja keras yang saya lakukan selama ini. Saya telah berusaha bersungguh-sungguh dan segala usaha saya ini sangat berbaloi dengan kejayaan ini.

"Esok (hari ini) cuba untuk melakukan aksi yang lebih baik untuk menambah koleksi pingat dalam acara nangun sebelum beraksi dalam acara terakhir iaitu duilian," kata Cheau Xuen.

Sementara itu, Mun Hua menghadiahkan pingat perak pertama negara dalam acara nanquan lelaki sebelum mengutip pingat perak kedua ketika bergandingan dengan Wong Weng Son dan Lee Yang dalam acara duilian lelaki.

Dua lagi pingat perak diperoleh menerusi Ng Yoke Say dalam acara gunshu lelaki, manakala Shin Yii Ng yang mengutip 9.59 mata dalam acara taijiquan wanita kelmarin berjaya menambah 9.69 mata dalam acara taijijian wanita semalam, sekali gus mengumpul keseluruhan 19.42 mata.

Dalam satu acara wusyu sanshou wanita (48kg), atlet negara, Lim Chi Leng tewas 2-0 kepada Wally Divine dari Filipina pada aksi separuh akhir.

Dalam acara lain, skuad polo air lelaki negara merekodkan kekalahan ketiga berturut-turut selepas dibelasah Indonesia 16-2 di Kolam Renang Zayyat Thiri semalam.

Skuad bimbingan Fan Kow Jan itu tewas 7-18 kepada Singapura sebelum tumpas 3-9 kepada Thailand.

Kini, satu-satunya peluang skuad negara untuk melakar kemenangan adalah dengan menewaskan Myanmar hari ini.

Skuad bola keranjang lelaki negara menang 61-53 pada perlawanan pembukaan menentang Indonesia di Stadium Tertutup Zayar Thiri A.

Selain wusyu, beberapa lagi acara akan berlangsung hari ini iaitu silat, tinju dan futsal lelaki antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Tertutup Nay Pyi Taw.

Laluan ke suku akhir cerah

Posted:

Laluan ke suku akhir cerah

Laluan ke suku akhir cerah


SKUAD negara (jersi kuning) menewaskan Afrika Selatan 2-1 semalam bagi mencerahkan peluang melangkah ke pusingan suku akhir.


SKUAD hoki negara terus mempamerkan rentak cemerlang pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 apabila mencatatkan kemenangan kedua dengan menewaskan Afrika Selatan 2-1 semalam.

Kemenangan pada aksi di Stadium Hoki Dhyan Chand, New Delhi itu menyaksikan Malaysia kini menghuni tangga teratas Kumpulan D dengan kelebihan enam mata sekali gus menempah laluan selesa untuk layak ke peringkat suku akhir.

Pada aksi tersebut, Skuad Projek 2013 itu bagaimanapun ketinggalan 0-1 seawal minit ke-13 menerusi pukulan sudut penalti Matthew Brown.

Begitupun, usaha skuad negara mencari gol penyamaan terhasil pada minit ke-27 setelah penjaga gol Afrika Selatan, Rene De La Peyre tertampan masuk hantaran Muhammad Rashid Baharom ke dalam gawang sendiri.

Selepas itu, anak-anak buah Muhd. Dhaarma Raj Abdullah itu terus mempamerkan aksi garang dengan menggandakan serangan ke arah kubu lawan bagi mendapatkan gol kemenangan.

Hasil daripada serangan tersebut, Muhammad Firhan Ashaari sekali lagi menjadi pemusnah pasukan lawan apabila bijak meloloskan diri sebelum memperdayakan De La Peyre untuk menjaringkan gol kedua negara menerusi jaringan padang pada minit ke-43.

Lebih menarik pada perlawanan tersebut apabila penjaga gol skuad negara, Muhammad Hafizuddin Othman berjaya menyelamatkan gawangnya dengan menepis pukulan sudut penalti yang dianugerahkan kepada Afrika Selatan.

Tersentak dengan tempoh perlawanan yang hampir tamat, skuad kendalian Darryn Galagher itu terus mengasak kubu skuad negara namun keputusan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Sebagai rekod, Firhan yang sebelum ini menjadi wira skuad negara setelah menjaringkan gol kemenangan ke atas New Zealand, Jumaat lalu diiktiraf sebagai pemain terbaik perlawanan semalam.

Malaysia akan berdepan cabaran England pada saingan terakhir Kumpulan D hari ini dalam misi melangkah dalam keadaan selesa ke peringkat seterusnya sekali gus menepati sasaran berada dalam kelompok enam teratas.

Josiah kemalangan

Posted:

Josiah kemalangan

Josiah kemalangan


JOSIAH (terbaring) menerima bantuan segera selepas terlibat dalam pelanggaran ketika beraksi dalam acara keirin di Mexico semalam.


PELUMBA trek berbasikal negara, Josiah Ng Onn Lam terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan serius dalam satu pelanggaran ketika beraksi dalam acara keirin pada Kejohanan Trek Piala Dunia Klasik di Aguascalientes, Mexico, awal pagi semalam.

Dalam kemalangan tersebut, Josiah mengalami patah tulang rusuk dan tulang selangka serta paru-parunya turut terjejas.

Pelumba yang beraksi dalam tiga edisi Sukan Olimpik itu bagaimanapun kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital CMQ MAC di Aguascalientes.

Menurut isteri Josiah, Kim Ong, suaminya sudah sedar daripada koma dan sempat bercakap dengannya setelah dikeluarkan daripada unit rawatan rapi (ICU).

"Josiah telah keluar daripada ICU dan berada dalam keadaan stabil," jelas Kim semalam.

"Dia mengalami patah beberapa tulang rusuk dan tulang selangka yang pernah dialaminya ketika di Sepanyol pada 2007.

"Saya juga telah bercakap secara ringkas dengannya dan dia masih lagi dalam keadaan pening akibat suntikan ubat bius.

"Saya amat berterima kasih kepada Gillian (Pakar terapi Institut Sukan Negara) dan jurulatih John Beasley kerana menjaga Josiah. Terima kasih juga buat rakan-rakan yang mendoakan kesihatan Josiah," ujarnya lagi.

Josiah terbabit dalam pelanggaran dengan dua lagi pelumba pada saringan kedua pusingan pertama acara keirin ketika beraksi bersama-sama seorang lagi pelumba negara, Mohd. Azizulhasni Awang.

Azizulhasni bagaimanapun tidak tidak terbabit dalam pelanggaran tersebut dan berjaya mara ke final setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Menerusi laman sosial Facebook, Josiah sempat memberi komen: "Hello semua, saya kini berada di sebuah hospital di Mexico. Berasa agak pening sedikit, tetapi masih dalam keadaan baik.

"Hanya beberapa tulang rusuk dan tulang selangka sahaja yang patah. Syukurlah saya masih hidup," katanya.

Kejohanan Piala Dunia Klasik di Aguascalientes merupakan pusingan kedua daripada tiga pusingan yang bermula di Manchester bulan lepas.

Kecederaan yang dialami Josiah ini bakal menyaksikan pelumba berusia 33 tahun itu terlepas pusingan seterusnya yang dijadualkan berlangsung di Guadalajara, Mexico pada 17 hingga 19 Januari depan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ribut musim sejuk di Eropah ragut 10 nyawa

Posted:

Ribut musim sejuk di Eropah ragut 10 nyawa

Ribut musim sejuk di Eropah ragut 10 nyawa

ORANG RAMAI berjalan dalam salji tebal yang dibawa Ribut Xaver di bandar Gdansk di utara Poland semalam.


BERLIN - Ribut ais musim sejuk membadai utara Eropah kelmarin dengan angka kematian meningkat kepada 10 orang manakala beratus ribu penduduk terputus bekalan elektrik.

Bencana alam itu turut menyebabkan keadaan di jalan raya, landasan kereta api dan pengangkutan udara di rantau berkenaan menjadi huru-hara.

Mangsa terbaharu merupakan seorang wanita warga emas di utara Sweden yang ditemui mati dalam timbunan salji di luar flatnya dengan hanya memakai pakaian dalam.

Seorang lelaki maut dihempap sebatang pokok tumbang di Sweden kelmarin manakala dua kelasi Filipina yang dihanyutkan dari kapal mereka pada Khamis lalu masih hilang.

Ribut Atlantik, Xaver yang membawa angin selaju 158 kilometer sejam melanda Jerman, Belanda, Poland dan Sweden kelmarin selepas membadai Britain pada hari sebelumnya.

Di utara Eropah, pasukan kecemasan bergelut untuk mengosongkan kawasan pelabuhan yang dilanda banjir, membina tembok pasir dan membaiki kerosakan landasan, lebuh raya serta mendirikan semula tiang elektrik yang tumbang.

Sebanyak 400,000 isi rumah di Poland terputus bekalan elektrik dengan situasi serupa dialami oleh 50,000 penduduk di Sweden dan 4,000 kediaman di Jerman.

Beribu-ribu penumpang pula terkandas selepas banyak penerbangan dibatalkan melibatkan lapangan terbang di Amsterdam, Berlin, Hamburg Gdansk dan beberapa lokasi lain.

Sementara itu, tiga orang terbunuh apabila sebatang pokok tumbang menghempap kereta yang dinaiki mereka dekat bandar Lembork, utara Poland kelmarin.

"Tiga orang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa dibawa ke hospital," kata jurucakap jabatan bomba, Bogdan Madej.

Pada hari sebelumnya di Britain, seorang pemandu lori maut apabila kenderaannya merempuh beberapa kereta lain manakala seorang lelaki warga emas terbunuh akibat dihempap sebatang pokok di Nottinghamshire, tengah England.

Pada hari yang sama, seorang wanita berumur 72 tahun meninggal dunia di Denmark selepas kenderaan yang dipandunya terbalik akibat ditiup angin kencang. - AFP

Penyerang kompleks kerajaan warga Arab Saudi

Posted:

Penyerang kompleks kerajaan warga Arab Saudi

Penyerang kompleks kerajaan warga Arab Saudi


ANGGOTA keselamatan memeriksa kenderaan di sebuah pos pemeriksaan dekat pekarangan bangunan Kementerian Pertahanan di Sanaa, Yemen semalam.


SANAA - Kumpulan militan yang melancarkan serangan ke atas Kementerian Pertahanan Yemen kebanyakannya terdiri daripada warga Arab Saudi, kata beberapa penyiasat semalam.

Sebanyak 56 orang terbunuh dalam serangan pada Khamis lalu itu.

Penemuan yang didedahkan dalam laporan awal siasatan semalam mengukuhkan lagi dakwaan bahawa serangan itu didalangi oleh kumpulan militan Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP).

Pihak berkuasa berkata, penyerang-penyerang berseragam tentera itu menceroboh masuk ketika situasi menjadi kelam-kabut apabila kenderaan yang dipandu seorang pengebom berani mati merempuh pintu pagar kompleks kerajaan di sini.

"Mayat 12 penyerang ditemui selepas pasukan keselamatan menguasai semula kompleks berkenaan," kata mereka.

Sebuah hospital di dalam kompleks tersebut menjadi sasaran utama serangan dahsyat itu.

Pihak berkuasa memberitahu, mangsa yang maut termasuk pegawai perubatan dari Filipina, Jerman, Vietnam dan India selain sejumlah pesakit dan beberapa askar.

Pergerakan Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu kelmarin.

Al-Qaeda mendakwa, kompleks berkenaan menempatkan kakitangan Amerika Syarikat yang mendalangi beberapa serangan dron ke atas anggotanya.

Dalam pada itu, seorang penganalisis Al-Qaeda di Yemen, Saeed al-Jamhi memberitahu, serangan itu membayangkan bahawa Al-Qaeda berupaya menembusi kawalan keselamatan Yemen selain mempunyai akses maklumat peringkat tinggi. - AFP

Apple mahu Samsung bayar kos guaman AS$22 juta

Posted:

Apple mahu Samsung bayar kos guaman AS$22 juta

Apple mahu Samsung bayar kos guaman AS$22 juta

SAN JOSE, California - Apple menuntut Samsung Electronics membayar AS$22 juta (RM71.1 juta) daripada kos guaman berhubung saman hak cipta oleh pengeluar iPhone dan iPad berkenaan ke atas pesaingnya itu.

Jumlah itu yang difailkan di sebuah mahkamah pada Khamis lalu merupakan tambahan kepada ganti rugi AS$930 juta yang dimenangi oleh Apple dalam dua perbicaraan berasingan di Mahkamah Persekutuan di sini, dalam negeri California.

Dalam saman itu, Apple mendakwa Samsung meniru reka bentuk dan aplikasinya untuk digunakan dalam telefon pintar keluaran gergasi elektronik Korea Selatan berkenaan.

Apple terpaksa membayar yuran guaman melebihi AS$60 juta (RM194 juta) kepada peguam-peguam belanya dalam kes saman paten tersebut

Firma Amerika Syarikat tersebut juga mahu Samsung membayar pasukan peguamnya sebanyak AS$6.2 juta (RM60 juta) sebagai kos tambahan lain. - AGENSI

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mangsa banjir boleh tangguh bayar balik pinjaman Tekun

Posted:

Mangsa banjir boleh tangguh bayar balik pinjaman Tekun

Mangsa banjir boleh tangguh bayar balik pinjaman Tekun

08/12/2013 10:38pm

BERA - Kerajaan bersetuju membenarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) bagi peminjam yang terjejas akibat bencana banjir.

Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penangguhan itu bagi mengurangkan beban peminjam yang perniagaan mereka terjejas akibat banjir.

"Tekun bersedia menambah dana dan pinjaman tambahan kepada usahawan yang menjadi mangsa banjir sekiranya mereka mahu berbuat demikian bagi membolehkan mereka mengurus dan menjalankan perniagaan selepas ini.

"Saya percaya, mereka menghadapi masalah kewangan untuk pembayaran semula dan kita perlu membantu mereka bagi meneruskan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di lapan buah pusat penempatan banjir di sini, hari ini. - Bernama

Malaysia kalahkan Afrika Selatan dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja

Posted:

Malaysia kalahkan Afrika Selatan dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja

Malaysia kalahkan Afrika Selatan dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja

08/12/2013 10:36pm

NEW DELHI - Malaysia mengalahkan Afrika Selatan 2-1 untuk kekal mendahului Kumpulan D kejohanan hoki Piala Dunia Remaja di Major Dhyan Chand National Stadium di sini pada Ahad.

Pada Jumaat lalu, Malaysia mengalahkan New Zealand 3-2 dan akan menentang England esok. - Bernama

Banjir di Johor semakin pulih, hanya 635 mangsa berada di pusat pemindahan

Posted:

Banjir di Johor semakin pulih, hanya 635 mangsa berada di pusat pemindahan

Banjir di Johor semakin pulih, hanya 635 mangsa berada di pusat pemindahan

08/12/2013 10:19pm

JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di negeri Johor kini semakin pulih berikutan keadaan cuaca yang baik hampir di semua tempat, hari ini.

Sehingga pukul 9 malam ini, hanya terdapat 635 mangsa daripada 157 keluarga masih berada di sembilan pusat pemindahan berbanding 1,024 mangsa daripada 274 keluarga, petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata, Segamat mempunyai jumlah mangsa tertinggi iaitu 489 orang dan ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Di Pontian seramai 83 mangsa masih berada di sebuah pusat pemindahan dan di Batu Pahat terdapat seramai 63 mangsa ditempatkan di sebuah pusat pemindahan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Mohon dipercepatkan jodoh

Posted:

Mohon dipercepatkan jodoh

Mohon dipercepatkan jodoh

MENGGULUNG tahun 2013 yang menghampiri garis penamat, Tasha Shilla mendesis seperti ada keluhan. Namun, ada satu sikapnya yang amat disenangi, dia seorang yang cukup optimistik.

Bicaranya teratur manakala pegangan diri menjadi pertahanan ampuh. Diselar atau dikritik, dihambur gosip atau cerita sensasi yang bisa menikam hingga ke jantung, wanita berumur 27 tahun itu tetap bersahaja. Sepertinya selok-belok permainan dunia hiburan sudah masak dihafal.

Matang bersama empat tahun pengalaman dalam sinar glamor lakonan, tetapi pada waktu yang sama hidup wanita kelahiran Ampang, Selangor itu tidak betah tanpa letusan kisah yang berapi-api.

"Saya cuma mahu menjadi seorang wanita biasa yang hidup sederhana tetapi kerja saya sebagai pelakon menjadikan saya dikenali. Saya juga punya sisi hidup lain selain menjadi pelakon. Jika itu yang menjadi perhatian, saya kena bersikap positif kerana tiada apa yang hendak disembunyikan," luahnya spontan menjurus kepada kisah keintimannya bersama petinju Muay Thai yang hanya dikenali dengan panggilan Hans.

Tanpa perlu dicanang, minggu lalu gambar-gambar kemesraan Tasha bersama Hans mudah sahaja menjelaskan persahabatan mereka. Kata Shila, usia perkenalan yang baru mencecah tiga bulan tidak membuahkan kenyataan yang pasti bahawa mereka sah berpacaran.

"Perasaan selesa dan suka itu ada. Tapi masa masih terlalu awal. Selagi saya tiada ikatan yang tetap dengan sesiapa, saya terbuka soal berkawan tapi tidaklah semudah itu meluahkan atau mengakui soal cinta terhadap seseorang yang belum pasti lagi menjadi jodoh saya. Bagi saya, berkawan itu normal tetapi cinta itu terlalu mahal untuk diungkapkan apatah lagi ketika hubungan belum pasti hujung pangkalnya," kata Shila sambil mengakui senang didekati dan meluangkan waktu bersama jejaka berketurunan Cina itu.

Melihat kelibat lelaki mengisi diarinya, kategori ahli sukan mempunyai ruang istimewa di mata Tasha.

"Saya boleh berkawan dengan sesiapa pun. Kawan saya bukan hanya pelakon, saya masih berkawan dengan kawan-kawan sekerja sebelum ini. Saya kenal Hans pun melalui seorang kawan. Kebetulan pula dia seorang petinju Muay Thai dan dia bukannya ambil tahu sangat pasal lakonan saya. Dengan (pemain bola sepak ) Mahali Jasuli pula, kami tiada apa-apa hubungan kecuali kawan, sampai sekarang kami masih berhubung sebagai kawan.

"Saya hargai setiap perasaan orang terhadap saya tetapi untuk membalasnya dengan harapan menggunung, belum lagi," ujar Tasha sambil tertawa kecil.

Lebat tawaran lakonan

SEPANJANG mengecap nikmat popular, Tasha Shilla tidak pernah sepi daripada dihambat kisah sensasi. Tahun 2013 dianggapnya sebagai tahun yang sangat mencabar kerana terpaksa berdepan tuduhan bahawa dia pernah ditangkap khalwat dan menjalani pembedahan plastik untuk mencantikkan hidung.


Lingkar keberadaan Natashasheila Abd. Razak sebagai bunga di pentas hiburan sudah menampakkan penerimaan. Namanya menjadi pilihan penerbit dan pengarah untuk mengisi bermacam slot di kaca televisyen. Dalam waktu yang sama, saat namanya mula hendak mekar, saat itu juga hinggap bermacam cerita negatif yang adakalanya mencalar imej dan keperibadian yang dibawa.

"Tapi saya bersyukur sebab rezeki saya tidak putus-putus. Tahun ini sahaja, saya sudah selesaikan beberapa drama bersiri seperti Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Epiloq Cinta Kirana dan sekarang sedang muncul dengan Terukir Di Bintang. Tahun ini, saya banyak drama bersiri, tak macam tahun lepas, saya banyak buat telemovie.

"Tahun ini juga, saya berdepan macam-macam kontroversi. Kisah cinta tak payah cakaplah, tak habis dengan Mahali, timbul pula isu fitnah kena tangkap khalwat dengan dia. Kemudian, buat pembedahan plastik cantikkan hidung. Kiranya, teruk juga kontroversi berkenaan, tapi sampai ke hari ini, saya okey. Saya faham, apabila sudah jadi selebriti, mahu atau tidak, saya kena berdepan situasi begitu," katanya lancar sambil berkira-kira tentang jadual kariernya yang padat sehingga awal tahun depan.

Masih berada di lokasi drama bersiri Dingin Sahara untuk siaran RTM, Tasha akan berangkat ke Bandung, Indonesia untuk penggambaran drama berkenaan selama tiga minggu. Sekembali dari Bandung kelak, dia akan ke Korea Selatan bersama pelakon Nazim Othman untuk menjalani penggambaran drama berjudul Gerimis Salju.

"Sebuah lagi drama lakonan saya, Ariana Rose akan disiarkan di televisyen. Itu pun sebuah karya yang menarik," katanya yang mengakui sedang mengalami zaman peralihan, daripada pendatang baharu kepada pelakon yang lebih senior.

Tambah Tasha: "Banyak lagi yang harus saya pelajari tetapi banyak juga pengalaman yang telah saya kutip. Saya selesa dengan penerimaan dan pencapaian saya setakat ini."

Azam 2014

HARAPAN Tasha Shilla untuk tahun 2014, dia mahu membeli sebuah rumah baharu untuk keluarganya selain mohon jodohnya dipercepatkan. Dia sudah sedia bergelar isteri.


Mengajak Tasha menoleh ke belakang, mengamati perjalanan semalam dan masa yang sama sebagai cerminan hari esok, pelakon bermata bundar itu tersenyum sambil meluahkan pegangan diri. Katanya, dia bukan tergolong dalam dalam kategori individu yang gemar menghitung titik pencapaian.

"Saya tidak terlalu memikirkan tahap prestasi diri, saya juga tidak menaruh banyak mimpi. Saya mahu memberikan yang terbaik atas setiap kepercayaan kerja yang diberikan, saya mahu kerja yang berikan kesenangan kepada keluarga saya.

"Kalau ditanya tentang harapan untuk tahun 2014, saya harap jodoh yang telah ditentukan Tuhan kepada saya dipercepatkan. Saya tak mahu sekadar berharap atau menanti, saya kena berkawan dan mencari lelaki yang dirasakan terbaik untuk saya," ujar Tasha serius dalam soal hati.

Bercerita dalam nada mesra dan ceria, jauh dari dalam matanya ada kebahagiaan sedang bertapa. Soal cita dan cinta ialah dua segmen kehidupan yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan setiap wanita. Tasha juga masih seorang wanita yang sedang melalui fasa itu.

Dafi sudah hilang 'wow'

Posted:

Dafi sudah hilang 'wow'

Dafi sudah hilang 'wow'


DAFI menunjukkan alat tulis jenama S Liner ketika majlis pelantikannya sebagai jurucakap jenama itu.


BUKAN dahagakan kontroversi tetapi Dafi mengakui perjalanan karier seninya sepi daripada cerita panas. Dia sedia maklum bahawa kontroversi adakalanya menyakitkan namun pada masa yang sama boleh mencetuskan perhatian khalayak terhadap seseorang artis.

Kontroversi boleh hadir dalam pelbagai acuan. Tidak mustahil, ada juga kontroversi tercipta atas kepentingan satu-satu pihak.

Lain pula kisahnya dengan Gadaffi Ismail Sabri atau selesa disapa Dafi. Sewaktu di Akademi Fantasia, dia salah seorang peserta yang popular, mungkin kerana memiliki wajah jambu serta penampilan yang bergaya. Namun sejak kebelakangan ini, Dafi seperti tidak menonjol. Kelibatnya ada namun tiada faktor 'wow.'

Tiada kontroversi kisah cinta atau latar belakang sebagai anak orang kenamaan barangkali penyebab kepada populariti Dafi yang sekadar mendatar. Kini, Dafi yang berumur 25 tahun menyifatkan perjalanan seninya sebagai membosankan.

"Selama enam tahun dalam industri, saya merasakan karier nyanyian saya agak membosankan namun tetap bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang.

"Dahulu saya seorang yang sering berasa takut-takut dan pemalu untuk berhadapan dengan wartawan dan peminat tetapi kini saya lebih kepada menjadi diri sendiri dan matang.

"Saya tidak suka berselindung kerana setiap pergerakan akan sentiasa diperhatikan dan lambat-laun masyarakat akan mengetahuinya," kata Dafi ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta alat tulis S Liner dan pradengar single terbaharunya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tidak mudah berputus asa demi mengejar cita-cita untuk menjadi penyanyi berjaya, Dafi mengakui dia telah sedaya upaya cuba menambat hati peminat menerusi bakat tanpa bersandarkan kontroversi.

"Rasanya saya dikenali tanpa kontroversi, lagi pun saya selesa menjadi diri sendiri yang lebih rileks," katanya.

Dafi kini tampil dengan single kedua bertajuk Dalam Hati Ini lebih mempamerkan sisi kematangannya seiring dengan usia. Lagu nyanyiannya Bila Terasa Rindu pernah menjadi hit di radio.

"Jika dahulu lagu yang saya bawakan sesuai dengan umur saya 19 tahun tetapi kini saya mahukan sesuatu yang lebih mencabar dan memilih genre lagu yang matang.

"Peminat saya membesar dengan muzik saya dan harap mereka akan menyokong konsep lagu yang saya tampilkan kali ini," ujar yang baru-baru ini mencipta nama di Indonesia sebagai pengacara dan pelakon.

Dafi kini dalam rangka strategi untuk mengembangkan sayap yang lebih di Indonesia khususnya dalam bidang nyanyian.

Pemenang tempat ketiga di Festival Muzik Iasi di Romania itu bercadang untuk meneroka negara berkenaan pada tahun hadapan sebagai satu jalan mencari peluang dan menapak di sana.

"Tahun ini saya banyak menghabiskan masa untuk merakamkan album baharu saya di sini. Saya juga mahu terbang semula ke Indonesia pada tahun hadapan untuk mencari lagu baharu dan mengembangkan karier di sana.

"Setakat ini sudah ada beberapa syarikat rakaman yang mempelawa untuk menjadi artis naungan mereka serta menawarkan lagu baharu.

"Kenalan sewaktu menjadi pengacara dan teman duet, Gita Gutawa juga bersedia menawarkan peluang untuk saya ke sana lagi," ujarnya.

Dalam usia yang menjangkau 25 tahun, Dafi mahu terus menjadi anak seni yang berjaya. Dia sentiasa mencabar dirinya dan mengikut perkembangan muzik semasa. Percubaan demi percubaan dilakukan demi mengikut selera pendengar agar terus bertahan dalam arena muzik.

Lawak realiti uji kecerdikan pelakon

Posted:

Lawak realiti uji kecerdikan pelakon

Lawak realiti uji kecerdikan pelakon

TANPA Fizz Fairuz, Kamal Adli (kanan) kini berkolaborasi dengan Shafiq Kyle dan Didie Alias (tiada dalam gambar) untuk ke malam penentuan LLS.


DIKRITIK dan disamakan dengan sebuah lagi program realiti yang hampir serupa iaitu Super Spontan, Liga Lawak Superstar (LLS) akhirnya tiba juga ke pertandingan akhir.

Program yang dikatakan menguji minda dan kecerdikan pelakon itu diilhamkan daripada rancangan Actorlmpics. Malam ini kumpulan OMG dan Apa Kasih Toq akan melalui malam penentuan untuk mencari siapakah yang layak bergelar juara.

Kumpulan OMG yang dianggotai oleh Anas Ridzuan, Akim Ahmad dan pelawak senior Sathiya akan berhadapan dengan pasukan Apa Kasih Toq gandingan Kamal Adli, Shafiq Kyle dan Didie Alias.

Kedua-dua kumpulan tersebut mengakui, rujukan dan pengalaman menjadi dua aspek penting untuk menentukan persembahan komedi mereka mencapai standard yang dimahukan juri. Sudah tentu, skeptikal umum bahawa program komedi hanya menyajikan lawak bodoh mahu dihindari.

"Saya sebenarnya telah melalui pengalaman yang hampir sama sewaktu berlakon drama Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang tidak bergantung kepada skrip sepenuhnya. Corak sitcom itu lebih kepada idea yang spontan. Sama juga dengan LLS ini.

"Kerjasama bersama dua pelakon dan penyanyi muda (Akim dan Anas) ini akan beri persembahan terbaik dan saya berjanji tidak menghampakan penonton," ujar Sathiya.

Akim yang selama ini tiada asas dalam bidang komedi menjelaskan dia banyak menimba ilmu lawak pentas hasil bantuan Sathiya.

"Tugas yang paling sukar apabila menggalas cabaran babak atas lantai di mana saya harus berbaring dan memerlukan saya untuk berfikir mengikut situasi yang diberikan," ujar Akim. "Permainan yang memerlukan ketajaman minda untuk berfikir secara spontan dan memastikan penonton terhibur adalah cabaran yang sukar bagi kumpulan kami.

"Saya dan Shafiq Kyle tidak pernah terfikir untuk menjadi pelawak, biarlah kami hanya berlakon tetapi secara tidak langsung sketsa spontan ini dapat menimba pengalaman yang berharga," celah Kamal Adli yang menunjukkan prestasi membanggakan setakat ini.

Kumpulan Apa Kasih Toq baru-baru mencipta kejutan apabila bekas anggota kumpulan itu, Fizz Fairuz tiba-tiba mengeluarkan kenyataan disingkirkan daripada kumpulan tersebut. Kenyataan Fizz bagaimanapun disangkal sebaliknya Fizz sendiri yang mengundur diri daripada meneruskan pertandingan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Sabtu, 7 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kopi herba tanpa gula

Posted:

Kopi herba tanpa gula

Kopi herba tanpa gula

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR dan NOR IDAYU BOSRO
ahad@kosmo.com.my

AROMA serbuk kopi yang diimport khas dari Brazil menerpa ke dalam rongga hidung kru Jurnal tatkala kami melangkah ke sebuah kilang pemprosesan kopi di Damansara Damai, Selangor.

Cuaca dingin pada petang Khamis lalu seakan-akan tepat pada masanya apabila kru Jurnal dihidangkan dengan secawan kopi kesihatan jenama Superbest Power.

Baunya sahaja sudah cukup membangkitkan rasa. Peluang merasai sendiri keenakan rasa kopi yang baru sahaja diadun di kilang tersebut tidak dilepaskan.

Segala-galanya dirasakan mencukupi baik dari segi rasa, warna dan teksturnya kerana kopi itu tidak perlu lagi ditambah susu atau gula.

Menurut Pengarah Urusan Superbest Power Health Food & Beverages Sdn. Bhd. (Superbest Power), Kamal Mohd. Nor, idea untuk menjadikan kopi sebagai produk utama syarikatnya diperoleh pada tahun 2007 ketika beliau berkhidmat di sebuah syarikat jualan langsung yang menawarkan barangan runcit.

"Sebelum ini, saya berkhidmat sebagai guru selama 11 tahun di sekitar Pahang. Bermula tahun 1998, saya berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menjadi pembekal makanan sejuk beku di beberapa bandar di Pahang.

"Melihatkan perniagaan yang semakin meningkat, saya berhenti kerja sebagai guru bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan.

"Tetapi disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Perniagaan itu tidak menjadi selepas lima tahun beroperasi berikutan kemunculan beberapa pasar raya di sekitar Bandar Pusat Jengka, Pahang yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan," ujarnya yang berasal dari Temerloh, Pahang.

Jelas Kamal, beliau dulunya bukanlah seorang penggemar kopi kerana beliau akan mengalami sakit perut serta pening kepala sekiranya minum minuman kafein tersebut.

"Ketika berkhidmat di syarikat jualan langsung, salah satu produk yang perlu dijual ialah kopi tetapi minuman itu gagal menepati cita rasa masyarakat.

Kopi Brazil

"Saya juga tidak boleh meminum kopi tersebut disebabkan rasanya yang pahit sehinggalah pemilik syarikat tersebut menawarkan peluang kepada saya untuk mendapatkan sebuah syarikat pengeluar kopi lain.

"Dari situ, saya mula melakukan kajian pasaran dan ternyata minuman kopi mempunyai penggemar yang ramai.

"Saya berazam untuk mengeluarkan kopi yang benar-benar menepati cita rasa setiap individu bagi syarikat jualan langsung terbabit dan menempah sebanyak 2,000 kotak kopi melalui sebuah syarikat pengeluar kopi.

"Tetapi pemilik syarikat jualan langsung itu mampu menampung kos bagi 1,000 kotak sahaja menyebabkan saya terpaksa menukar pembungkusan kopi itu menggunakan jenama sendiri," tambahnya yang sudah enam tahun berkecimpung dalam industri pembuatan kopi.


KAMAL kini boleh tersenyum bangga dengan pelbagai produk minuman kesihatan keluaran syarikatnya.


Menurut Kamal, kopi Arabika dari Brazil dipilih sebagai bahan utama di dalam produknya memandangkan kandungan asidnya yang rendah selain ditanam pada ketinggian 1,500 meter dari aras laut.

"Saya pernah terputus bekalan kopi dari Brazil selama sebulan disebabkan pembekal tiada stok tetapi saya tetap tidak mengambil kopi dari negara lain kerana mahu menjaga kualiti produk yang dihasilkan.

"Kualiti sangat diutamakan malah saya juga akan memastikan keenakan dan rasa kopi Superbest Power tidak berubah.

"Malah, setiap bancuhan kopi Superbest Power yang menjalani proses selama satu jam akan dicuba terlebih dulu bagi mengekalkan rasa kopi ini sebelum melalui proses seterusnya," jelasnya yang dibantu seramai 30 orang kakitangan.

Menurut Kamal, tidak seperti kebanyakan jenama kopi pracampuran lain di pasaran, kopi pracampuran Superbest Power menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) menggunakan kepakaran Taman Teknologi Malaysia (TPM), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Larut air

"Kami menjalankan kajian secara saintifik bagi menghasilkan kopi yang boleh dinikmati sebagai minuman harian dan sesuai untuk semua peringkat umur.

"Produk minuman kopi ini turut diformulasi dengan kombinasi campuran pelbagai herba tradisional termasuk ekstrak tongkat ali, ubi jaga dan cendawan ganoderma yang diimport dari China," katanya.

Kamal memberitahu, kandungan herba tersebut akan diekstrak terlebih dulu secara kimia dan ditulenkan kerana proses berkenaan merupakan cara yang betul untuk memastikan khasiatnya dapat dikekalkan.

"Sebagai contoh, secara tradisional, tongkat ali perlu direbus terlebih dulu dan air rebusannya disimpan manakala hampasnya dibuang.

"Air rebusan tadi akan dibekukan sebelum diproses menjadi serbuk larut air.

"Selain dapat memberi rasa yang lebih berperisa, kaedah ini juga mampu mengekalkan kandungan bioaktif dalam herba tersebut," ujarnya.

Bagaimanapun, Kamal mendakwa, ada sesetengah syarikat pengeluar kopi mengekstrak tongkat ali dengan cara salah iaitu mengisar herba itu sehingga menjadi serbuk untuk dijadikan minuman bertenaga.

"Jika dikisar sehingga halus sekalipun, ia ibarat memasukkan habuk kayu ke dalam minuman. Hal ini boleh membahayakan kesihatan pengguna untuk jangka masa panjang," jelasnya panjang lebar.

Bertutur lanjut, Kamal memberitahu, herba larut air tersebut seterusnya akan diadun bersama serbuk kopi dan krimer bukan tenusu bagi menghasilkan minuman kopi bermutu tinggi.

"Krimer itu berasaskan minyak sawit. Minyak isirung sawit digunakan bagi menggantikan lemak susu agar pengguna yang alah kepada produk tenusu turut dapat menikmati keenakan kopi ini," katanya.

Sebati

Jelas Kamal, kopi keluaran syarikatnya itu diperkayakan dengan kandungan yang tidak memudaratkan kesihatan jika diminum dalam kuantiti yang banyak.

"Kebiasaannya, penggemar kopi agak takut untuk meminum kopi segera disebabkan kandungan gula yang tinggi.

"Namun, mereka tidak perlu bimbang jika meminum produk Superbest Power kerana ia tidak mengandungi gula.

"Seelok-eloknya ia diambil sebanyak tiga kali sehari iaitu waktu pagi, petang dan malam," katanya sambil memberitahu, kopi itu sesuai diambil oleh golongan lelaki dan wanita termasuk ibu mengandung.

Kamal memberitahu, berdasarkan pengalaman beberapa pengguna wanita, menikmati secawan kopi Superbest Power pada waktu pagi akan memberi tenaga berpanjangan dan melancarkan peredaran darah haid.

"Secara tradisi, air rebusantongkat ali dijadikan tonik bagi wanita selepas bersalin. Ia juga baik untuk melegakan sakit senggugut semasa datang bulan.


CAMPURAN kopi yang telah siap dicuba terlebih dulu bagi menjaga kualiti produk.


"Malah, ia amat mudah untuk disediakan sama ada menggunakan air panas atau sejuk," jelasnya sambil menambah peluang masih terbuka kepada mereka yang mahu menjadi pengedar kopi tersebut.

Katanya, pihaknya memperuntukkan jumlah pengeluaran kira-kira 60,000 kotak sebulan bagi memenuhi permintaan pengedaran di seluruh negara.

"Dalam sehari sahaja, kami berjaya memproses kira-kira 15,000 hingga 20,000 peket kopi pracampuran ini dengan menjalani proses adunan selama 10 kali dalam sehari menggunakan sebuah mesin pengadun yang diimport dari China.

"Sebanyak 300 kilogram bahan boleh diadun dalam sehari membabitkan proses selama sejam bagi memastikan campuran kopi dan bahan-bahan lain menjadi sebati," ujarnya yang mendapat bekalan kopi dari Brazil sebulan sekali dengan kualiti kopi yang boleh bertahan selama dua tahun.

Selain kopi Superbest Power, pihaknya turut mengeluarkan lima jenis produk lain iaitu Susu Kambing Goat Power, Queen Fatimah Plus Collagen, kopi pracampuran Cintaku dan yang terbaharu Jus Qisya.

Tambahnya, pihaknya merancang untuk mengeksport produk tersebut ke China dan Asia Barat serta menembusi pasaran Asia sebagai perancangan masa depan.

Rela membujang demi ibu

Posted:

Rela membujang demi ibu

Rela membujang demi ibu

Oleh ZULHILMI JALIL

TATKALA rakan seusia yang lain ghairah berpacaran dan memikirkan soal kahwin, Ahmad pula seperti tidak kisah langsung mengenainya.

Biarpun sudah menginjak usia 26 tahun, jejaka kelahiran Muar, Johor ini enggan menjadikan perkahwinan sebagai matlamat utama, sekurang-kurangnya pada masa ini.

Bukan tidak pernah terlintas di fikiran untuk memiliki kekasih sementelah itulah fitrah kaum Adam yang memerlukan seorang Hawa di sisi, tetapi ada perkara lain yang perlu dipatuhi sebagai seorang anak.

"Ini permintaan ibu saya. Ibu minta saya supaya jangan berkahwin lagi sekarang.

"Dia mahu saya temankan dia menghabiskan sisa-sisa usianya dulu. Kalau nak kahwin pun, ibu suruh tunggu lepas dia meninggal dunia,"ujar anak ke-12 daripada 13 adik-beradik ini.

Ahmad mengakui dia merupakan satu-satunya anak lelaki bujang yang menjadi tempat ibunya berkongsi cerita.

Jika dilihat dari segi bilangan adik-beradik, Ahmad sebenarnya datang daripada sebuah keluarga yang besar, iaitu sembilan lelaki dan empat perempuan. Namun, Ahmad anak lelaki yang paling rapat dengan ibunya.

"Ibu beritahu, dia berasa sunyi apabila seorang demi seorang anaknya berumah tangga.

"Lebih menyedihkan apabila ibu merasakan abang-abang saya yang lain kurang mengambil berat tentang ibu selepas mereka berumah tangga,"ujar pelajar tahun akhir Sarjana Sains Petroleum di sebuah universiti di negeri Perak ini.

Katanya, adik-beradik lelakinya semua sudah berkahwin. Seorang kakak dan adik perempuannya pula bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Namun, si ibu yang kini berusia 65 tahun tidak pernah mengharapkan anak-anak perempuan untuk menjaganya.

Tanggungjawab

"Maklumlah, perempuan kalau sudah berkahwin, tanggungjawab mereka lebih kepada suami. Tapi, kalau anak lelaki, ibu bapa menjadi keutamaan selama-lamanya. Bukankah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu?

"Sebab itu ibu perlukan saya untuk tengok-tengokkan dirinya yang sudah tua dan mula kurang sihat,"katanya yang memberitahu, abang-abangnya tinggal berjauhan dan jarang pulang ke rumah kampung.

Menurut Ahmad, ibunya kesunyian selepas kematian arwah ayahnya tujuh tahun lalu akibat sakit tua.

Namun, selepas pemergian si suami, ibunya tekad untuk meneruskan hidup bersendirian.

"Bukan tidak ada orang yang cuba menjodohkan ibu dengan lelaki lain, tetapi ibu yang mempunyai 16 orang cucu itu seperti mahu memorinya bersama arwah ayah terus hidup. Cintanya hanya untuk ayah,"cerita Ahmad.

Apatah lagi apabila memikirkan faktor usia, katanya, ibunya berasa memadai mengharap perhatian dan belaian kasih sayang daripada anak-anak.

"Dulu sewaktu arwah ayah masih ada, dialah yang menjadi peneman ibu. Kalau pergi ke mana-mana, arwah ayahlah kawannya.

"Jadi, ibu tak terasa keseorangan. Ada orang tempat ibu meluahkan perasaan, cuma sekarang dia semakin jauh dengan anak-anak,"katanya yang mempunyai abang sulung berusia 40 tahun.

Menurut Ahmad, abang-abangnya mempunyai komitmen dengan keluarga masing-masing.

Malah, dia sendiri sedih dan terkilan apabila ibunya pernah meluahkan rasa hati mengenai sikap abang-abangnya itu.

"Ibu beritahu, abang-abang saya sebelum berkahwin selalu tanya khabar dan balik kampung.

Berkahwin

"Tetapi selepas berkahwin, nak telefon dan tanya khabar seminggu sekali pun susah. Masing-masing sibuk dengan keluarga sendiri,"ujarnya.

Atas faktor itulah, si ibu bimbang kalau-kalau Ahmad mengikut perangai semua abangnya apabila dia berkahwin nanti.

"Dia takut kalau saya kahwin, saya akan jadi macam abang-abang saya yang tak ada masa untuk ibu.

"Sebelum kahwin mungkin kita akan ingat ada masa untuk ibu, tapi semua itu akan hilang sedikit demi sedikit,"katanya.

Ahmad tahu saat ibunya berada pada usia emas ini, wanita itu hanya perlukan perhatian daripada anak-anak.

Lantaran itu, biarpun tinggal berjauhan, Ahmad akan menelefon ibunya sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan pulang ke kampung seminggu sekali.

Ujar Ahmad, atas permintaan ibunya itu jugalah, dia enggan menjalin hubungan rapat dengan mana-mana wanita.

"Saya tak nak mereka tertunggu-tunggu atau menaruh harapan kepada saya untuk menjadikan mereka isteri,"ujarnya.

Sungguhpun begitu, Ahmad tidak kisah jika itu yang mampu membuatkan ibunya gembira.

"Jodoh di tangan Tuhan. Saya pun tak tahu bila akan berkahwin. Tapi, kalau tak kahwin pun tak mengapa. Kalau itu yang ibu minta, saya tak kisah.

"Buat masa ini memang ibulah segala-galanya. Sayalah tempat dia berkongsi cerita. Bahkan dia takut kehilangan saya.

"Sebagai anak lelaki kadang-kadang kita terlupa apabila sudah berkahwin, ibu tetap perlu diberi keutamaan berbanding dengan isteri.

"Isteri bila-bila boleh cari, tapi, ibu kita hanya ada satu di dunia,"ujarnya mengakhiri perbualan.

Sijil MyGAP, SOM penanda aras kemajuan

Posted:

Sijil MyGAP, SOM penanda aras kemajuan

Sijil MyGAP, SOM penanda aras kemajuan

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN penerima sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia dan Skim Organik Malaysia bergambar kenangan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


MAJU atau mundurnya sesebuah ladang yang terbentang luas di Malaysia bergantung kepada sama ada ia memperoleh sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (MyGAP) dan Skim Organik Malaysia (SOM) atau tidak.

Ia merupakan satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang yang melaksanakan amalan pertanian baik dan berkonsepkan mesra alam sekitar.

Pengusaha ladang bukan sahaja mampu menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan, malah ia boleh menembusi pasaran luar.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap semua ladang di negara ini mampu memiliki sijil tersebut pada masa depan.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 826 ladang yang melaksanakan pertanian konvensional telah memperoleh MyGAP manakala 119 ladang organik memperoleh sijil SOM.

Menurutnya, meskipun jumlah mereka yang mendapat sijil MyGAP sejak tahun lalu telah meningkat hampir 200 peratus, namun masih ramai pengusaha ladang tidak mempunyai sijil tersebut.

"Kerajaan tidak boleh memaksa peladang memohon sijil berkenaan kerana ia tidak termaktub dalam akta.

"Bagaimanapun, pengeluar tanaman yang memiliki sijil MyGAP akan diberi insentif cukai, bantuan kewangan dan buruh asing," katanya pada majlis penyampaian sijil MyGAP dan SOM kepada 336 pengusaha ladang di Wisma Tani, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ismail Sabri menambah, pemilik kedua-dua sijil itu juga akan lebih mudah untuk memasarkan barangan mereka ke negara luar.

Katanya, di Eropah, piawaian terhadap kualiti produk pertanian adalah sangat tinggi tetapi dengan adanya MyGAP, produk tersebut akan lebih mudah menembusi pasaran di benua tersebut.

"Kedua-dua skim pensijilan itu dapat meyakinkan pengguna bahawa hasil pertanian yang dikeluarkan dari ladang tersebut benar-benar segar, selamat dan berkualiti untuk dimakan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, Datuk Mustafa Kamal Baharuddin berkata, salah satu elemen yang ditekankan menerusi skim tersebut adalah traceability iaitu keupayaan mengesan.

Katanya, menerusi skim tersebut, setiap masalah berkaitan hasil pertanian yang dikeluarkan seboleh-bolehnya dikesan di peringkat ladang. Mengenai pensijilan berkenaan, beliau berkata, pemeriksaan dibuat ke ladang pengusaha dengan mengambil kira amalan agronomi, menjaga kebajikan, keselamatan, kesihatan pekerjaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Katanya, semua produk yang sedia dipasarkan juga perlu dianalisis bagi menentukan kandungan residu racun perosak dan logam beratnya.

"Sijil akan dikeluarkan setelah semua syarat tersebut dipatuhi," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tangguh pembayaran balik pinjaman

Posted:

Tangguh pembayaran balik pinjaman

Tangguh pembayaran balik pinjaman


PRIHATIN... Najib ketika membuat ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mengarahkan semua bank di negara ini supaya menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman melibatkan mangsa-mangsa banjir di lima buah negeri yang terjejas ekoran bencana itu.

Datuk Seri Najib Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu perlu dilaksanakan bagi meringankan beban mereka yang terpaksa berdepan dengan kesulitan selepas kediaman masing-masing ditenggelami air.

"Saya mengalu-alukan cadangan, malah langkah pertama dibuat oleh Malayan Banking (Maybank) supaya (bayaran balik) hutang bank bagi mangsa banjir ditangguhkan sementara.

"Saya sebagai Menteri Kewangan meminta semua bank mengikut langkah menangguhkan pembayaran balik untuk sementara waktu," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

Ketika ini, seramai 17,183 keluarga terlibat dengan banjir di lima buah negeri di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Melaka.

Semua keluarga terbabit terpaksa ditempatkan buat sementara di pusat-pusat pemindahan banjir setelah rumah-rumah mereka ditenggelami air.

Serentak dengan itu, Presiden UMNO itu turut mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam bencana banjir itu.

"Sebagai tanda keprihatinan kerajaan, saya faham bila kena banjir sebab saya Ahli Parlimen (Pekan) kawasan yang selalu kena banjir. Saya tahu susah payah, penderitaan mereka," jelas beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Prinsip keadilan sosial diutamakan

Posted:

Prinsip keadilan sosial diutamakan

Prinsip keadilan sosial diutamakan


NAJIB dan Muhyiddin mengangkat tangan tanda bersatu selepas sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan, Ahmad Zahid (lima dari kanan), Mohd. Shafie (tiga dari kanan), Shahrizat (empat dari kanan), Khairy (dua dari kiri) dan Mas Ermieyati (kanan).


KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO kali ini yang banyak menekankan tentang usaha memperkasakan ekonomi bumiputera disifatkan melakukan perkara yang betul dan adil kerana mengetengahkan isu itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penekanan UMNO terhadap usaha itu juga selaras dengan prinsip keadilan sosial negara.

"Ia adalah satu perkara yang adil. Kita tidak boleh meminggirkan majoriti penduduk dalam negara. Saya sebut bumiputera termasuk Sabah dan Sarawak.

"Pelaksanaan dasar ini tidak menafikan hak kaum lain, malah banyak yang kita lakukan, semua kaum menerima manfaat daripada dasar yang diperjuangkan UMNO dan Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mati selepas ditembak kali kedua

Posted:

Mati selepas ditembak kali kedua

Mati selepas ditembak kali kedua

Oleh RIZAM ZAKARIYA
rizam.zakariya@kosmo.com.my


POLIS memeriksa mayat Partiban yang mati ditembak oleh dua lelaki di Simpang Ampat dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang kelmarin.


SIMPANG AMPAT – Seorang pemuda yang terselamat dalam satu kejadian tembak enam bulan lalu menemui ajal dengan cara sama selepas terkena tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat oleh dua lelaki di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, M. Partiban, 29, yang berjalan kaki maut di lokasi kejadian di kawasan taman permainan Taman Puteri Gunung di sini akibat parah pada rusuk.

Kedua-dua kejadian itu berlaku di lokasi yang sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh dua suspek yang menaiki sebuah kereta Perodua MyVi.

"Polis menemui enam kelongsong peluru di lokasi kejadian yang dilepaskan daripada pistol jenis semi automatik.

"Kita percaya suspek yang menembak si mati merupakan individu sama yang mencederakannya dalam kejadian tembak enam bulan lalu," katanya di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved