Ahad, 1 Disember 2013

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Sushi tidak baik untuk kesihatan jantung

Posted:

Sushi tidak baik untuk kesihatan jantung

Sushi tidak baik untuk kesihatan jantung


RUTIN pengambilan sushi membuatkan tubuh terdedah kepada lebih banyak merkuri yang meningkatkan risiko penyakit jantung.


SUSHI selama ini dikenali sebagai makanan sihat kerana ia mengandungi rendah kalori tetapi kaya dengan omega-3.

Tetapi kajian mendapati, rutin pengambilan sushi akan membuatkan tubuh terdedah kepada lebih banyak logam, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.

Menurut kajian tersebut, ikan mentah berpotensi membahayakan kesihatan kerana tinggi kandungan logam berat.

Raksa boleh menyebabkan sistem saraf terjejas jika diambil dalam jumlah yang banyak manakala raksa dalam makanan cepat diserap oleh tubuh.

Ikan seperti tuna gergasi, todak, yu atau sardin memiliki kandungan raksa yang tinggi kerana ia memakan ikan lebih kecil.

Kajian sekumpulan penyelidik Majlis Pertahanan Sumber Alam Semula Jadi (NRDC) di New York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan ikan dicemari raksa boleh memberi menyebabkan kemandulan dan tekanan darah.

Selain itu, ia juga menyebabkan lupa ingatan, menggeletar dan buta manakala peningkatan kadar raksa meningkatkan risiko penyakit jantung.

Keputusan analisis penyelidik daripada Universiti Rutgers di New Jersey itu membabitkan pengambilan raksa oleh lebih 1,200 orang responden.

Peserta yang mencatat bacaan tinggi kebanyakannya merupakan peserta yang gemar memakan sushi.

Mereka turut disoal lebih lanjut berkenaan jumlah dan jenis sushi yang dimakan setiap bulan.

Penyelidik mendapati, kebanyakan peserta percaya sushi akan memanjangkan umur mereka tetapi meragui bahawa kandungan raksa pada sushi cukup tinggi untuk membahayakan kesihatan mereka.

Menurut kajian Pusat Perubatan Wexner Universiti Ohio, AS, kadar raksa yang tinggi dikaitkan dengan penyakit jantung melalui aktiviti enzim pada dinding pembuluh darah.

"Selain memberikan kesan positif daripada omega-3, cemaran raksa pada ikan sushi memberikan kesan negatif seperti rendahnya kadar kolesterol baik, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok serta kelahiran pramatang," jelas para penyelidik.

Lembaga Pemantau Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) menyarankan pengambilan hanya dua sajian ikan yang mengandungi omega-3 pada setiap minggu.

Wanita tanpa faraj

Posted:

Wanita tanpa faraj

Wanita tanpa faraj


BECK tetap positif menempuh kehidupan.


IMPIAN Jacqui Beck untuk menjalani kehidupan seperti kebanyakan gadis normal lain tidak kesampaian apabila dia disahkan menghidap sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH) iaitu penyakit berkenaan sistem reproduksi wanita.

Sindrom itu menyebabkan gadis berusia 19 tahun itu tidak akan didatangi haid sepanjang hayatnya selain tidak boleh melakukan hubungan seksual apatah lagi memiliki zuriat sendiri.

Keadaan tersebut berlaku disebabkan organ peranakannya itu tidak lengkap kerana tidak mempunyai rahim, serviks dan bukaan faraj.

Cerita Beck, ketika umurnya mencecah 17 tahun, dia masih belum didatangi haid, berbeza dengan rakan-rakan seusia lain yang sudah mengalami menstruasi seawal umur 14 tahun.

Bagaimanapun, dia tidak pernah berasa curiga dan menganggap kelewatan itu adalah normal bagi remaja yang mempunyai tubuh kurus serta tinggi seperti dirinya.

Namun, pada musim panas tahun lalu, dia mengalami kesakitan pada bahagian leher dan mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang doktor.

Cerita Beck, ketika sesi rawatan itu, dia turut memaklumkan mengenai kelewatan haidnya kepada doktor kerana berasa agak risau dengan keadaan tersebut.

"Doktor berasa agak hairan ketika diberitahu mengenai perkara itu lalu dia menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti masalah yang mungkin timbul tetapi tiada apa-apa yang dikesan.

"Saya kemudian dirujuk kepada pakar sakit puan dan alangkah terkejutnya apabila diberitahu saya menghidap MRKH," lapor portal berita Daily Mail.

Bertutur lanjut, gadis yang berasal dari Isle of Wight, England ini berkata, dia tidak mempercayai berita itu kerana secara zahir, kemaluannya kelihatan normal.

Namun, selepas mendapat penerangan daripada doktor dan melihat sendiri keputusan ujian, dia menerima takdir itu dengan hati terbuka.

Optimis

"Pada mulanya, saya fikir doktor salah diagnosis, namun apabila mengenangkan saya masih belum haid pada usia yang sepatutnya, saya mula merasakan hal tersebut masuk akal.

BECK tidak mengalami sebarang gejala sindrom MRKH sewaktu dia masih kecil.


"Saya berasa sangat sedih dan takut namun saya pasrah dengan ketentuan takdir," katanya.

Meskipun 'cacat', Beck tetap optimis menjalani kehidupan malah, dia berharap dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai khususnya wanita yang senasib dengannya.

"Saya mahu sentiasa berfikiran positif dan merasakan hal ini bukan satu penghalang lebih-lebih lagi dalam mencari pasangan," katanya yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di sebuah kolej muzik di Guildford, London.

Beck juga kini berusaha mendapatkan rawatan pakar di Hospital Queen Charlotte dan Hospital Chelsea di London, England.

Menurutnya, buat masa ini, dia menjalani rawatan dilation atau pengembangan bagi membentuk serta meregangkan bukaan lubang faraj.

"Doktor memaklumkan jika cara tersebut tidak berhasil, saya terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian itu," katanya.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), Amerika Syarikat, punca sindrom MRKH masih belum dapat dipastikan namun kebanyakan pakar obstetrik dan ginekologi percaya faktor genetik menyumbang kepada penyakit itu.

Bagi Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Premitha Damodaran, ada juga sesetengah pakar mendakwa sindrom itu disebabkan oleh kecacatan atau keabnormalan perkembangan organ reproduksi yang berlaku di peringkat janin.

"Hal itu menyebabkan rahim dan bahagian atas saluran faraj tidak terbentuk," katanya.

Tambahnya, kaedah dilation dan pembedahan neovagina untuk mewujudkan saluran faraj merupakan antara cara rawatan yang boleh dilakukan bagi merawat penyakit tersebut.

"Ia dilakukan apabila tisu lembut di bahagian luar faraj didalamkan lagi menggunakan alat vaginal dilator yang mempunyai pelbagai saiz dan direka khusus untuk pesakit.

"Pesakit akan diajar menggunakan alat itu supaya mereka dapat melakukannya sendiri di rumah," jelasnya.

Sementara itu, kajian yang dijalankan Yayasan Magic pada tahun 2009 mendapati, wanita yang mula-mula didiagnosis menghidap sindrom itu mengalami trauma kerana beranggapan diri mereka tidak sempurna.

"Keadaan sedemikian memberikan tekanan dan menjejaskan emosi pesakit sehingga menyebabkan mereka berasa murung, keliru dan sedih," katanya.

Teknologi tangani polio di Nigeria

Posted:

Teknologi tangani polio di Nigeria

Teknologi tangani polio di Nigeria

Penggunaan teknologi komunikasi memudahkan pemantauan kerja-kerja menyuntik vaksin dalam kalangan penduduk di Nigeria.


KEGAGALAN mendapatkan suntikan vaksin polio boleh menyebabkan kecacatan kekal dan kematian.


MAHMUD Zubairu menumpukan sepenuh perhatian terhadap skrin komputer di hadapannya.

Dia meneliti situasi terkini pekerja-pekerja kesihatan yang bertugas di Kano, Utara Nigeria iaitu antara lokasi penyebaran wabak polio tertinggi di negara itu.

Dalam usaha membanteras polio, sekumpulan pekerja kesihatan menjelajah setiap kediaman di bandar tersebut bagi menyuntik vaksin khususnya dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Bagaimanapun, Mahmud yang merupakan doktor dan penyelaras kempen vaksinasi itu menyifatkan program tersebut berbeza berbanding yang lalu kerana beliau boleh memantau para pekerjanya di mana sahaja mereka berada menerusi penggunaan teknologi komunikasi.

"Penggunaan teknologi memudahkan saya memantau pergerakan pasukan vaksinasi menerusi telefon penjejak yang dibawa mereka. Telefon penjejak akan memberikan maklumat lokasi mereka berada terus ke laman web kami.

"Sepanjang kempen ini berjalan, kami dapat menghimpunkan data secara tepat terutama melibatkan jumlah kediaman yang sudah menerima vaksin setiap hari," katanya.

Tahap kesedaran

Mahmud bertugas di sebuah pejabat di bandar Kano yang turut dikongsi bersama Yayasan Bill dan Melinda. Yayasan itu berjanji untuk membantu mengatasi penularan wabak tersebut.

Walaupun penggunaan telefon penjejak itu sangat membantu Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) tetapi Gates yang merupakan pengasas Microsoft dan yayasan milik isterinya itu turut menghulurkan dana bagi membantu kempen tersebut yang memakan masa selama empat tahun.

Kano menjadi lokasi utama kempen vaksinasi memandangkan peningkatan wabak polio yang serius di negari itu.

Tahap kesedaran kepentingan suntikan vaksin di Kano berada pada tahap minimum, malah diburukkan lagi apabila ibu bapa turut meragui keperluan mengambil suntikan tersebut.

"Mereka menolak untuk disuntik vaksin dan bermakna jumlah keseluruhan kediaman yang dilawati serta individu yang menerima suntikan adalah pada tahap minimum.

"Kami mengesan setiap individu dan penduduk di sini, dalam usaha meningkatkan liputan vaksinasi kami di samping memberikan pengawasan yang terbaik," jelas Mahmud.

Setiap kali kumpulan vaksinasi berada di sesebuah lokasi melebihi masa dua minit, tompokan elektronik kuning muncul pada peta satelit menandakan enam daerah tumpuan di Kona.

Garisan grid mendatar dan garisan grid menegak berwarna hijau membahagikan kawasan tersebut kepada segi empat sama dengan setiap kotak mewakili sebuah premis kediaman.

"Jika tiada kesan jejak ditemui pada mana-mana kotak, ia bermaksud rumah itu belum pernah dilawati.

"Justeru, berdasarkan data tersebut, kita dapat mengenal pasti jumlah rumah dan berapa peratus kawasan yang sudah dilawati pasukan vaksinasi," jelasnya.

Dalam satu seksyen, skrin memaparkan pasukan berkenaan hanya melawat separuh daripada rumah yang ada di sesebuah daerah. Data yang diperoleh menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan berdasarkan jumlah tompokan kuning yang terdapat pada peta Google.

Terhenti

Nigeria, Pakistan dan Afghanistan adalah tiga buah negara yang masih dibelenggu wabak polio dan usaha giat dilakukan untuk memerangi wabak berkenaan.

Negara-negara seperti Somalia dan Syria menyaksikan peningkatan mendadak penghidap polio berikutan keadaan politik dan infrastruktur di negara itu yang tidak stabil.

Antara 2003 dan 2004, suntikan vaksinasi di Kano terhenti selama 13 bulan selepas beberapa ulama dan doktor Muslim mendakwa vaksin berkenaan dicampur bahan yang memberi kesan terhadap tahap kesuburan kanak-kanak perempuan, sekali gus boleh mengakibatkan mereka mandul.

Selain itu, mereka mendakwa, program imunisasi itu adalah sebahagian daripada propaganda Barat yang diketuai Amerika Syarikat dalam usaha menghapuskan rakyat Afrika. Dakwaan sama dibuat oleh golongan Muslim di Afghanistan dan Pakistan.

Kesannya, Kano terdedah terhadap penularan virus polio yang boleh menyebabkan penghidapnya lumpuh, cacat seumur hidup atau kematian.

Keadaan itu membimbangkan WHO yang selama ini bertungkus lumus memerangi wabak berkenaan.

Laporan analisis makmal dalam dan luar negara Nigeria mengesahkan vaksin itu selamat untuk digunakan.

Bagaimanapun, rakyat tempatan tetap menolak untuk disuntik. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Sabtu, 30 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Lauk 'haram jadah' menu istimewa

Posted:

Lauk 'haram jadah' menu istimewa

Lauk 'haram jadah' menu istimewa

Oleh NOR IDAYU BOSRO

HUJAN lebat yang turun membasahi Kampung Budaya Chetti di Jalan Gajah Berang, Melaka itu tidak menghalang buat kru Jurnal daripada menyelami keunikan cara hidup komuniti minoriti Chetti di Bandar Raya Bersejarah itu.

Jalan masuk ke perkampungan yang didiami hampir 60 keluarga itu dihias dengan tembok ukiran gajah yang terletak bersebelahan Kuil Mutamariman.

Setibanya di sebuah rumah kayu di penghujung jalan tersebut, kami disambut mesra oleh pemiliknya, K. Nadarajan Raja.

Di sisinya, berdiri seorang wanita yang begitu sopan mengenakan kain batik serta kebaya singkat berona hijau pucuk pisang.

"Perkenalkan, ini isteri saya, Wenila," ujar Nadarajan ringkas.

Sekali pandang, raut wajah pasangan suami isteri itu kelihatan seperti orang Melayu kerana mereka memiliki warna kulit sawo matang dan mata yang lebih bundar berbanding orang India yang berkulit gelap dan bermata galak.

Apatah lagi, mereka tidak kekok memperagakan pakaian dan aksesori tradisional yang biasanya dipakai orang Melayu.

Cuma, lantaran pegangan agama Hindu yang kuat dalam kalangan komuniti Chetti, mereka memakai 'pottu' di dahi bagi membezakan mereka daripada orang Melayu.

"Kebanyakan rumah di kampung India Peranakan ini tidak ubah seperti kediaman orang Melayu di kampung.

"Bezanya, kami tidak menganut agama Islam walaupun mengamalkan budaya orang Melayu," katanya ketika memulakan bicara mengenai keunikan komuniti yang berusia lebih 500 tahun itu.

Menariknya, ujar lelaki berusia 49 tahun itu, hampir setiap rumah India Peranakan di kampung tersebut mempunyai sebatang pokok mangga di halaman rumah mereka.

SEBAHAGIAN bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan juadah 'haram jadah'.


Daun mangga

Ini kerana susunan daun mangga yang telah siap dijahit dengan rotan dan digantung di atas pintu rumah sebenarnya menjadi simbol utama untuk mengenali rumah masyarakat Chetti Melaka.

Bagaimanapun, kata Nadarajan, susunan itu mestilah dalam jumlah ganjil bagi membezakan antara rumah Tamil Chetti dengan masyarakat India lain.

"Kita selalu guna 21 helai daun manakala orang India guna hanya sembilan daun mangga.

"Meskipun dalam angka ganjil, bilangan yang dibolehkan harus berakhir dengan nombor 1 seperti 21 dan 31. Jumlah daun yang lebih banyak seperti 51 dan 101 pula digunakan untuk upacara sembahyang," jelasnya panjang lebar.

Menurutnya, ia sebagai simbolik untuk menggantikan Tuhan Ganesha yang dikatakan gemar makan buah tersebut.

"Daun mangga akan digantung selama setahun dan ditukar setiap kali tiba tahun baharu India iaitu pada setiap 14 April.

"Namun, jika ada kematian, ia perlu diturunkan dan digantung semula dengan yang baharu selepas tempoh 16 hari," katanya.

Tanpa berlengah, Nadarajan menjemput kami ke dapur bagi menikmati hidangan makan tengah hari.

"Ahli keluarga saya sedang menyiapkan menu istimewa masyarakat Chetti iaitu lauk 'haram jadah'.

"Kalau mahu lihat dengan lebih dekat, mari ikut saya," katanya.

KOMUNITI India Peranakan wujud daripada perkahwinan pedagang India dengan wanita tempatan di Melaka.


Di ruang dapur, kelihatan dua orang sepupunya, S. Rajahtan dan S. Sitapillai sibuk menyediakan bahan-bahan untuk juadah tradisional masyarakat Chetti itu.

Sambil tangannya leka menggaul bahan tumis, Rajahtan memberitahu, 'haram jadah' sebenarnya merupakan hidangan yang mengandungi campuran beberapa jenis sayur-sayuran seperti lobak putih, terung, peria dan kacang panjang.

"Dahulu semasa zaman nenek moyang kami, mereka tidak mempunyai resipi khusus untuk memasak hidangan ini dan menggunakan apa jua bahan-bahan yang mudah didapati.

"Jadi, apabila ditanya, lauk haram jadah apa yang kau masak ni?, mereka pun tidak tahu nak jawab apa.

"Lalu, apabila mahu makan lauk yang sama, mereka kata masak lauk haram jadah yang dibuat hari itulah dan lama-kelamaan nama tersebut kekal sehingga sekarang," kata lelaki berusia 60 tahun itu sambil ketawa kecil.

Menurutnya, mengikut resipi turun-temurun, lauk 'haram jadah' juga tidak menggunakan sebarang jenis daging sebaliknya digantikan dengan sayur-sayuran sebagai bahan utama.

"Sayur-sayuran ini perlu dicelur dalam air panas terlebih dulu supaya tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak.

"Selain murah dan lebih mudah didapati, sayur-sayuran juga ternyata lebih berkhasiat," katanya yang mempelajari masakan itu daripada arwah ibunya, Tevani Raja.

Berbeza dengan masakan kari dan dalca yang terkenal dalam kalangan masyarakat India, lauk itu tidak menggunakan daun atau rempah kari serta kacang dal sebagai bahan asas.

Cita rasa Melayu

"Ia hanya menggunakan santan kelapa dan air asam jawa untuk menghasilkan kuah yang pekat dan berperisa.

"Bagi bahan tumis pula, kita guna udang kering, ikan bilis, bawang merah, bawang putih, cili, lengkuas, buah keras dan belacan melaka," katanya.

Jelas lelaki yang begitu fasih berbahasa Melayu itu, menu tradisi berkenaan masih dipelihara hingga sekarang dan biasa dihidangkan ketika kenduri, musim perayaan dan hari kebesaran masyarakat India seperti Pesta Ponggal serta Deepavali.

GOLONGAN wanita Chetti lebih selesa mengenakan kain batik dan baju kebaya.


"Hidangan ini enak dimakan bersama nasi panas, ikan sinting goreng, sambal belacan serta sambal cuka timun," ujarnya.

Juadah bercita rasa Melayu begitu sinonim dalam masakan masyarakat Chetti.

Apa tidaknya, selain masakan 'haram jadah', mereka juga terkenal dengan hidangan lauk masak pindang ikan tenggiri, pindang daun gerimis, sambal telur ikan parang dengan belimbing, terung masak ikan kering dan acar cili.

"Kami juga lebih gemar makan nasi lemak sebagai sarapan berbanding makanan India seperti tose, idli dan utthapam," ujarnya.

Tambahnya, rata-rata komuniti Chetti yang menganut agama Hindu hanya mengambil ikan, daging ayam dan kambing sebagai sumber protein dalam diet seharian mereka.

Katanya, masyarakat India Peranakan itu tidak mengambil daging lembu dan babi atas faktor agama Hindu dan budaya Melayu yang dipraktikkan sejak zaman-berzaman lagi.

"Dalam kebanyakan keluarga masyarakat Chetti, ayah tidak makan daging lembu manakala ibu tidak makan daging babi.

"Oleh itu, ia menjadi ikutan daripada satu generasi ke satu generasi lain," katanya.

Wanita asli MPAJ

Posted:

Wanita asli MPAJ

Wanita asli MPAJ

Oleh ZULHILMI JALIL

ERNIEY buktikan kaum Orang Asli mampu hidup bersaing sama seperti masyarakat lain.


KETIKA menyambut kedatangan kru Jurnal baru-baru ini, Erniey Jasut kelihatan sedikit gelisah. Dia seperti tidak senang duduk.

Baju kurung biru yang dipakai pada pertemuan petang itu asyik cuba 'dibetulkan'.

Sangkaan penulis yang wanita berusia 35 tahun ini barangkali berdarah gemuruh terbukti betul.

"Dia dari tadi tak senang duduk, risau betul dia sebab nak kena interviu wartawan," seloroh Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Rosliza Mohd. yang turut menemani Erniey sepanjang sesi temu ramah berkenaan.

Biarpun begitu, Erniey yang memiliki rambut ikal paras bahu bijak bertutur ketika diminta menceritakan mengenai dirinya.

"Bapa saya daripada suku kaum Jakun, ibu pula suku Temuan, tapi apabila orang tanya saya suku apa, saya akan jawab saya suku Temuan," ujarnya yang berasal dari Perkampungan Orang Asli Batu 12, Gombak, Selangor.

Berkhidmat

Erniey merupakan satu-satunya anak Orang Asli yang bekerja bersama pihak berkuasa tempatan itu. Pada tahun ini, genaplah 13 tahun Erniey mencurahkan khidmatnya di MPAJ.

Tempoh itu sudah menggambarkan pengalaman yang ditimbanya di situ. Namun, apa yang diperoleh sekarang merupakan hasil usaha gigihnya untuk mengangkat martabat suku kaumnya sendiri.

"Sewaktu mula-mula bekerja di sini pada tahun 2001, saya hanyalah seorang pembantu tadbir di Unit Penjaja.

"Saya kemudian nekad menyambung pelajaran secara sambilan di Universiti Teknologi Mara pada tahun 2010 bagi memperoleh taraf pendidikan yang lebih baik," kata pemegang Diploma Pentadbiran Awam ini.

Bertitik tolak daripada situlah, Erniey kemudian memangku jawatan sebagai Penolong Pegawai Undang-Undang MPAJ.

Dia yang baru menjawat jawatan tersebut sejak Ogos lalu mengakui banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya.

"Kalau dahulu saya banyak berdepan dengan penjaja tapi kini fokus lebih kepada kerja-kerja yang berkaitan dengan undang-undang," ujar wanita yang masih bujang itu.


BANYAK pengalaman yang diperoleh Erniey sepanjang 13 tahun bersama MPAJ.


Perspektif lapuk

Kongsi Erniey, dia tidak menolak andaian masih terdapat segelintir individu yang mempunyai perspektif lapuk mengenai masyarakat Orang Asli.

Ujarnya, kehidupan masyarakat Orang Asli tidak seperti dahulu.

"Apabila sebut mengenai Orang Asli, orang ramai selalu terbayangkan pekerjaan pergi ke hutan, menyumpit. Tapi itu zaman dahulu, sekarang semua dah berkerjaya elok-elok," katanya yang pernah menjadi tenaga pengajar komputer di sebuah pusat latihan komputer di Kuala Lumpur.

Sekalipun begitu, Erniey mengakui ramai yang tidak mengetahui dirinya merupakan Orang Asli.

"Biasanya kalau orang tanya saya orang mana, saya akan cakap saya orang Gombak sahaja.

"Belum pernah lagi orang tanya saya secara terperinci sangat. Kawan-kawan yang rapat sahaja yang tahu," ujarnya yang juga memiliki Diploma Multimedia dan Animasi daripada salah sebuah kolej swasta di ibu kota.

Namun, itu tidak bermaksud anak kedua daripada tiga beradik ini cuba menyembunyikan identitinya.

Malah, dia sebenarnya bangga apabila kini boleh dijadikan contoh oleh anak Orang Asli lain.

"Ayah saya seorang yang tegas. Dia selalu nasihatkan kami adik-beradik supaya majukan diri.

"Sebab itulah saya mahu buktikan yang kami (Orang Asli) tidak seperti yang digambarkan," ujarnya yang memeluk Islam bersama keluarganya pada tahun 2008.

Segala yang digapai kini bukanlah menjadi titik noktah dalam perkembangan kerjayanya.

Apa yang pasti, Erniey teguh memasang impian untuk berada pada satu tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.

"Mungkin saya nak ganti tempat bos saya suatu hari nanti," katanya yang menjadikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tokoh yang disanjungi.

Mastura belajar kait secara online

Posted:

Mastura belajar kait secara online

Mastura belajar kait secara online

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR


UJAR Mastura, dia mempelajari cara mengait pelbagai produk bayi seperti kasut dan topi serta karakter-karakter popular melalui internet.


MENGAMBIL keputusan untuk berhenti daripada menjalankan perniagaan menjual barangan bayi di bazar larut malam sedikit sebanyak memberi kesan kepada pendapatan Mastura Abdul Ghani, 40.

Tetapi demi memikirkan kedua-dua anaknya yang semakin membesar, Mastura tiada pilihan lain selain meninggalkan perniagaan yang sudah enam tahun dikendalikannya itu.

"Saya berhenti berniaga di bazar larut malam kerana tiada siapa yang menjaga kedua-dua anak saya.

"Apatah lagi waktu perniagaan tamat sekitar pukul 2 atau 3 pagi dan pada keesokannya mereka perlu bersekolah. Adakalanya mereka terpaksa ponteng sekolah sebab penat," ujarnya yang menggemari makanan pedas.

Jelasnya, cintanya terhadap barangan bayi tidak pernah pudar. Dia mendapat idea untuk mengetengahkan produk kait berasaskan barangan bayi itu pada Disember tahun lalu.

Ujar Mastura, kemahiran asas mengait sudah dipelajari melalui ibunya sejak di bangku sekolah lagi. Malah, dia juga pernah membantu menjualkan produk kait barangan bayi milik seorang rakan ketika dia masih aktif berniaga.

"Saya meminati seni mengait tetapi menghadapi kesukaran untuk mengikut paten seperti yang diterangkan dalam buku panduan mengait yang saya beli.

Contoh gambar

"Saya juga pernah meminta tunjuk ajar daripada rakan tetapi dia enggan berkongsi ilmu. Ketika itu, saya terfikir apa gunanya internet kalau tidak dapat membantu saya.

"Sejak itu, saya mempelajari cara mengait pelbagai barangan bayi seperti kasut dan topi serta karakter-karakter popular melalui tutorial internet," beritahu Mastura yang serius menjadikan produk kait khusus untuk bayi dan kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah sebagai sumber pendapatan.


PENGGUNAAN warna yang sesuai bagi kanak-kanak memainkan peranan penting.


Tuturnya, untuk menghasilkan satu produk kait menuntut ketelitian yang tinggi.

"Jika tiada mood, tidak menjadi juga apa yang ingin dihasilkan kerana produk ini mengambil masa untuk disiapkan. Pelanggan juga perlu sanggup menunggu," katanya yang tidak meletakkan sebarang had minimum untuk tempahan.

Mastura berkata, jika benar-benar fokus, dia boleh menyiapkan satu dozen produk kait dalam masa tiga hari sahaja.

"Saya hanya akan menghasilkan produk kait ini apabila menerima tempahan pelanggan.

"Selalunya pelanggan akan memberikan gambar karakter atau barangan yang ingin dihasilkan. Dari situ, saya kaji cara membuatnya sehinggalah menjadi produk yang diinginkan. Tetapi sudah tentu ia tidak sama 100 peratus dengan contoh dalam gambar.

"Ini kerana cara memegang jarum kait itu sendiri berbeza-beza mengikut individu. Jadi, hasilnya juga berbeza.

"Tetapi alhamdulillah, setakat ini kebanyakan pelanggan menyukai hasil kerja kreatif saya," ujarnya yang menjadikan Facebook sebagai medium promosi.

Jelasnya, benang yang diimport dari Indonesia, Thailand, China, Amerika Syarikat dan Turki selain benang keluaran tempatan digunakan untuk menghasilkan produk tersebut.

"Benang paling mahal setakat ini ialah dari Turki. Kesemua stok benang import ini dibeli secara online.

"Kebanyakan pelanggan juga menempah melalui internet. Ada juga pelanggan dari Sabah dan Sarawak," tambahnya sambil memberitahu, cekak rambut merupakan produk terlarisnya setakat ini.


SELAIN mengait, Mastura turut menjual produk barut bayi.


Mengantuk

Bagi menambah pengetahuan tentang seni mengait, Mastura bergiat aktif dalam kumpulan mengait yang membolehkannya bertukar-tukar pendapat dan ilmu.

"Saya aktif menyertai kumpulan mengait Yarn Lovers Malaysia dan Jarum Kait 1Malaysia di Facebook. Malah, mereka tidak lokek berkongsi ilmu dan tunjuk ajar dalam menghasilkan produk kait ini.

"Sekiranya saya tidak berkesempatan, saya akan meminta bantuan daripada rakan-rakan dalam kalangan kumpulan mengait ini untuk membekalkan stok produk kait," jelasnya.

Ujarnya, setiap dua bulan dia akan menyiapkan tempahan produk kait itu untuk dihantar kepada ibu saudaranya yang membantu memasarkan produk berkenaan di Melbourne, Australia.

"Selalunya saya akan mula mengait pada waktu siang kerana jika mengait pada waktu malam, saya mudah mengantuk.

"Selain menjual produk kait ini, saya juga menjahit sendiri barut bayi pelbagai corak bersaiz daripada S hingga XL," tambahnya yang bercita-cita mahu mempelbagaikan lagi produk kait bayi keluarannya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Golongan OKU pelajari ilmu astronomi

Posted:

Golongan OKU pelajari ilmu astronomi

Golongan OKU pelajari ilmu astronomi

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH

SUARANYA berbisik menyebut setiap satu patah perkataan, matanya tertutup rapat seperti menggambarkan sesuatu dalam kepalanya manakala tangannya pula meraba-raba tulisan Braille di atas sebuah plak pameran.

Lantas senyuman terukir di raut wajah Khoo Song Yin, 10, selepas memahami tulisan di plak pameran khas yang memaparkan replika sebuah gunung di planet Marikh tersebut, lengkap dengan informasi dalam tulisan Braille.

"Sekarang baru saya tahu di planet Marikh pun ada gunung, malah gunungnya tiga kali lebih tinggi berbanding Everest.

"Selama ini, saya tidak tahu tentang sistem suria atau planet-planet kita.

"Kali ini, walaupun saya tidak dapat melihatnya, saya rasa seperti dapat menggambarkannya dalam fikiran saya," kata Song Yin ketika ditanya apa yang dibacanya itu.

Song Yin merupakan antara pelajar sekolah khas daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan yang mempunyai keinginan mengetahui bidang sains astronomi.

Hasratnya untuk mengetahui kedudukan planet dan sistem cakerawala akhirnya berjaya direalisasikannya setelah menghadiri pameran khas Touch The Sky di Planetarium Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) baru-baru ini.

Pada pameran khusus buat golongan OKU tersebut, Angkasa turut mengadakan satu program istimewa iaitu Program Matahati Angkasa yang diadakan sempena Program Gerakan Inovasi Nasional 2013 - Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).


DUA pelajar OKU penglihatan, Khairizul Najmi (tengah) dan Muhd. Firdaus Mohd. Rizan membaca buku Braille sambil dibantu kakitangan Planetarium Negara, Asmidar Zainol.


Pertandingan

Dalam program yang berbentuk pertandingan ini, seramai 32 pelatih guru dari Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur diberi peluang berfikir secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan alat bantu mengajar yang lebih berkesan dan mampu memberi gambaran serta pemahaman lebih jelas kepada golongan OKU ini.

Kesemua bakal guru tersebut diberi pilihan menghasilkan alat bantu mengajar dalam lima skop pertandingan iaitu Sistem Suria, Buruj, Cirian Matahati, Jujukan Bintang (panas dan sejuk) dan Cirian Astroid serta Komet.

"Program Matahati Angkasa ini adalah program baharu yang dijalankan oleh Angkasa tahun ini," jelas Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad.

"Tujuannya ialah mengukur tahap kreativiti bakal-bakal guru ini dalam mencipta alat bantu mengajar bagi membudayakan sains dan teknologi buat golongan OKU (penglihatan).

"Selain pertandingan Program Matahati Angkasa, satu pameran khas untuk golongan OKU penglihatan juga telah diadakan serentak dan merupakan satu pameran yang unik.

"Keunikan pameran Touch The Sky ini ialah ia menggunakan elemen sentuhan dan idea tersebut tercetus selepas kami menerima banyak pertanyaan serta permohonan daripada Sekolah-Sekolah Khas Penglihatan yang mahu mengadakan lawatan ke Planetarium Negara," ujarnya lagi.

Dalam pameran berkenaan, lebih 50 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu (B) dan Sekolah Kebangsaan Klang merasai sendiri pengalaman dan pendedahan mengenai bidang astronomi.

Rata-rata mereka berjaya mendapat jawapan terhadap persoalan berkaitan sains dan astronomi yang kerap kali berlegar di kepala masing-masing.


DUA guru pelatih memberi tunjuk ajar kepada Lee Wei Quan, 11, dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (B) Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.


Buku Braille angkasawan

Selain pameran Touch The Sky dan program Matahati Angkasa, pihak Planetarium Negara juga melancarkan buku bertulisan Braille mengenai angkasawan pertama negara.

Buku yang berjudul Malaysia First Step In Space ini berkisar kepada Program Penerokaan Malaysia ke Angkasa dan pengalaman angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha ketika berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Buku-buku tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah Pendidikan Khas Penglihatan di seluruh Malaysia.

"Ada yang bertanya kepada saya mengapa kami tidak mengeluarkan buku Braille berkonsepkan astronomi?

"Sebenarnya di pasaran dalam dan luar negara, banyak buku tulisan Braille, tetapi belum pernah ada buku program Angkasawan Negara yang diterbitkan dalam format tulisan ini.

"Saya pasti dengan adanya buku ini, kita dapat berkongsi perasan gembira dan bangga dengan golongan OKU tentang penerokaan Sheikh Muszaphar di angkasa," kata Azreena lagi.

Hak kesetaraan

Usaha Planetarium Negara yang mahu memberi pengetahuan kepada golongan OKU penglihatan menerusi program Matahati Angkasa turut menerima pujian daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI, Datuk Dr. Mohd. Azhar Yahya ketika hadir pada program tersebut baru-baru ini.


PARA pelajar OKU penglihatan teruja mencuba tulisan Braille yang dipamerkan.


Beliau percaya program yang dijalankan oleh Planetarium Negara dapat membantu golongan OKU memahami konsep-konsep astronomi dan sains angkasa, sekali gus memberi peluang kepada mereka merasai dan mempelajari pengalaman baharu.

"Menurut Undang-Undang Malaysia 658, Akta Orang Kurang Upaya 2008 Bahagian IV, golongan OKU sebenarnya mempunyai hak akses kepada kehidupan berbudaya atas asas kesetaraan dengan golongan orang upaya.

"Mereka (OKU) juga mempunyai hak menikmati akses bahan kebudayaan tersebut dalam format yang boleh diakses oleh mereka seperti persembahan kebudayaan, teater, muzium, panggung wayang, perpustakaan mahu pun pelancongan serta tapak yang memiliki kepentingan kebudayaan kebangsaan.

"Penyataan ini jelas bahawa golongan OKU seharusnya tidak dipinggirkan dalam sosial masyarakat dan usaha Planetarium Negara menganjurkan program Matahati ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memberi hak sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia," kata beliau.

Hutan Amazon makin ternoda

Posted:

Hutan Amazon makin ternoda

Hutan Amazon makin ternoda


SEORANG lelaki bekerja di sebuah lombong emas haram di hutan hujan Amazon.


HUTAN hujan Amazon di Brazil kini mengalami kemusnahan yang dahsyat. Hanya mereka yang menyaksikan sendiri dapat menggambarkan kemusnahan yang mengancam kehidupan di situ.

Kemusnahan dahsyat di hutan yang dikenali sebagai paru-paru dunia itu menyebabkan lebih banyak gas karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera.

Menurut sekumpulan penyelidik yang diketuai Nacho dari Jabatan Ekologi Global di California, satu-satunya jalan untuk melihat sendiri kemusnahan tersebut adalah menerusi hubungan dengan penduduk tempatan.

Nacho telah berjumpa dengan penduduk tempatan iaitu Juan Doblas semasa melawat sebuah empangan hidroelektrik di Sungai Tapajós.

Melalui Doblas, dia diperkenalkan dengan seorang ahli sosiologi, Cirino sebelum dipertemukan pula dengan seorang petani bernama Derivaldo.

Cirino dan Derivaldo meminta nama mereka dirahsiakan kerana bimbang dengan ancaman pihak yang melakukan pembalakan secara haram.

Derivaldo memberitahu, mereka telah ditawarkan oleh pembalak haram itu wang berjumlah $20,000 (RM64,520).

Sekiranya mereka mendedahkan kegiatan haram tersebut kepada pihak berkuasa , Cirino dan Derivaldo mungkin berdepan dengan maut.

Lebih berharga

Derivaldo menyifatkan wang yang diterima itu sememangnya lumayan, namun memikirkan khazanah di hutan berkenaan lebih berharga, dia sanggup mendedahkan maklumat berkaitan perkara itu.

Jelasnya, pembalak tersebut akan membayar ribeirinho (penghuni hutan) sejumlah wang untuk mencari dan menebang pokok. Setelah ditebang dan dipunggah menggunakan lori ke kilang, pokok tersebut akan dijual dan seterusnya dieksport ke luar negara.


MATA gergaji ini dirampas pihak berkuasa di Hutan Hujan Amazon.


Derivaldo turut membawa Nacho menaiki sebuah motosikal melalui Lebuhraya Trans-Amazonian sejauh 20 kilometer sebelum memasuki hutan untuk melihat sendiri lori-lori besar yang dipenuhi balak.

"Pembalakan tersebut telah memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar seperti hakisan tanah dan kebakaran hutan.

"Selain itu, kandungan gas karbon dioksida yang dibebaskan ke atmosfera juga meningkat sehingga 25 peratus setiap tahun," ujarnya.

Walaupun ketika itu hujan lebat, mereka tetap meneruskan pemerhatian tersebut.

Nacho membawa sebuah kamera dan lensa 24 milimeter. Tidak lama kemudian kelihatan dua trak memasuki kawasan hutan berkenaan. Malangnya, ketika asyik mengambil gambar, tayar motosikal mereka terbenam dalam lumpur menyebabkan kamera yang dibawa Nacho jatuh dan rosak.

Derivaldo sebelum itu, sempat mengarahkan Nacho untuk menyembunyikan kamera dari pandangan pemandu lori.

Setelah seharian berada di hutan itu, Derivaldo mencadangkan Nacho pulang ke rumahnya untuk berehat.

Bagaimapun, Nacho masih mahu mencari bahan bukti termasuk merakam lebih banyak gambar

"Mari kita pergi mendapatkan sesuatu. Apa yang saya tahu, pemandu lori hanya bekerja pada waktu malam dan pada siang hari mereka keluar dari kawasan hutan," kata Derivaldo.

Serbuan

Dalam pada itu, rakan pasukan Nacho, Ricardo Moraes dan Ibama telah menyertai satu serbuan bersama pihak berkuasa alam sekitar di hutan tersebut tetapi di lokasi yang berbeza.

Modus operandi serbuan itu mencari pembalak dan pelombong haram yang memusnahkan hutan atas kepentingan masing-masing.

Juan Doblas berkata, "Tiada undang-undang atau pihak berkuasa yang mampu menyelamatkan hutan ini sekiranya tiada perubahan radikal dalam pentadbiran pemerintah di Brazil.


PEMBERIAN geran kepada penduduk setempat mampu menghalangkan kemusnahan hutan di kawasan berkenaan.


Cirino menambah, "Pihak pemerintah perlu menguatkuasakan undang-undang selain menjalankan pemantauan secara berterusan bagi menangani pembalakan hutan secara haram. Selain itu, pemberian hak milik tanah kepada penduduk di kawasan berhampiran hutan juga dapat menangani perkara tersebut. Ia bukan sahaja menjadi ukuran keadilan sosial tetapi dapat menangani kemusnahan yang besar."

Keluasan hutan hujan Amazon merangkumi lebih 50 peratus daripada hutan tropika di dunia. Walaupun hanya 20 peratus daripada hutan itu telah dimusnahkan, ia masih menghasilkan kira-kira satu per lima daripada oksigen di dunia.

Kemusnahan hutan menyebabkan perubahan pada cuaca dunia. Suhu sekitar akan meningkat kerana ketiadaan pelindung yang menghalang pancaran matahari terus ke muka bumi.

Penghasilan gas karbon dioksida secara berlebihan juga menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim.

Fenomena itu dikenali sebagai kesan rumah hijau. Keadaan itu jika tidak dibendung akan mengurangkan jumlah taburan hujan atau mengubah corak hujan sehingga mewujudkan fenomena kemarau.

Justeru, sebelum keadaan tersebut semakin buruk, semua pihak perlu memainkan peranan dengan menyelamatkan hutan-hutan daripada pihak yang rakus.

Teknologi pengimejan terkini

Posted:

Teknologi pengimejan terkini

Teknologi pengimejan terkini


CANON EOS 100D berprestasi tinggi dengan binaan kompak.


SYARIKAT pengeluar kamera terkemuka, Canon Inc (Canon) hadir dengan teknologi pengimejan terkini, EOS 100D, EOS 700D dan PowerShot N. Kesemuanya dilengkapi dengan pelbagai ciri baharu untuk pengalaman pengimejan menakjubkan.

Kamera EOS 100D berprestasi tinggi dengan binaan kompak dan bersaiz ringan. Sensor CMOS 18MP hingar rendah dan pemproses imej DIGIC5, keseimbangan resolusi dan sensitiviti. Setiap perincian gambar dapat dikekalkan walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah.

Paparan sentuh elektrostatik LCDII, memudahkan fungsi navigasi. Ia boleh merakam sepantas empat gambar per saat sesuai untuk gambar bergerak. Terdapat beberapa fungsi lain antaranya merakam video definisi tinggi (HD).

EOS 700D ialah DSLR untuk amatur dengan paparan LCDII Clear View yang boleh diputarkan. Fungsi sensor dan pemprosesan yang sama dengan EOS 100D dan mempunyai julat ISO yang lebih besar iaitu dari 100 ke 12,800.

EOS 700D berkeupayaan merakam pergerakan pantas dalam cahaya suram serta sesuai untuk acara sukan dan aksi. Lebih menarik, ia mempunyai sembilan titik Auto Focus dan mempunyai ciri menyunting video dalam kamera dengan iringan muzik latar yang dapat dimainkan semula.

PowerShot N mempunyai dua butang pengatup di atas dan bawah, sekali gus memudahkan kerja membidik gambar daripada pelbagai sudut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Menjenguk kepelbagaian taman di Putrajaya

Posted:

Menjenguk kepelbagaian taman di Putrajaya

Menjenguk kepelbagaian taman di Putrajaya

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


NURUL Hidayat mengambil gambar rakan-rakannya berlatarbelakangkan kehijauan alam flora di Taman Saujana Hijau.


PERASAAN Pamella Lim, 27, amat teruja apabila melihat sekawan burung berterbangan di sekitar kawasan Wetland Upper Bisa, Presint 16, Putrajaya. Matanya fokus memerhatikan pergerakan burung-burung itu.

Apabila burung-burung itu hinggap pada dahan sebatang pokok di sebuah pulau buatan di tasik Putrajaya, dia ternyata terkejut apabila melihat spesies burung lain yang turut mendiami kawasan tersebut.

"Kehidupan burung-burung ini seumpama di habitat asalnya. Ia berterbangan dan hinggap di satu kawasan yang jarang diketahui umum. Dari belakang kawasan kejiranan Presint 16 ini, saya dapat melihat dengan jelas habitat mereka di situ," ujar pegawai di sebuah syarikat swasta itu.

Dia dan rakan-rakannya yang mewakili syarikatnya sewaktu mengadakan lawatan di Putrajaya bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) tidak menyangka terdapat kawasan pemerhati burung di situ.

Walaupun bukan seorang pemerhati burung, dia berpendapat Wetland Upper Bisa merupakan salah satu tarikan pelancongan yang wajib dikunjungi pengunjung di Putrajaya.

Wetland Upper Bisa merupakan kawasan terbaik untuk aktiviti pemerhatian burung. Bagi mereka yang menggemari subjek burung dalam karya fotografi, pengunjung boleh mengambil gambar dari pelbagai sudut dari seberang pulau buatan itu.

Walaupun dikelilingi bangunan kerajaan dan komersial seperti pusat beli-belah Alamanda dan Hotel Everly, pulau buatan itu merupakan kawasan terbaik untuk pembiakan burung spesies bangau dan pucung yang boleh hidup di tepi kawasan berair.

Selain itu, Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland, PPj, telah merekodkan lebih 50 spesies burung yang dijumpai di kawasan tersebut.

Antara spesies burung yang dikenal pasti mendiami kawasan itu ialah pucung seriap, pucung serandau, bangau kendi, bangau kecil, pucung kuak dan botak padi.


BURUNG Botak Padi ini merupakan antara spesies yang bersarang pada dahan-dahan pokok di Wetland Upper Bisa.


Musim pembiakan

Penolong Pengarah Kanan, Unit Pengurusan Ekologi, Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland PPj, Normaliza Noordin memberitahu, dari Jun hingga Disember setiap tahun merupakan musim pembiakan bagi burung spesies air di pulau buatan itu termasuk burung yang bermigrasi dari luar negara.

Menurutnya, faktor utama burung-burung dari luar negara membuat habitat di Wetland Upper Bisa kerana ekosistem di kawasan tersebut sesuai untuk pembiakan.

"Pulau buatan itu merupakan kawasan kegemaran bagi spesies burung air untuk membuat sarang dan bertelur. Dengan persekitaran pulau yang sedikit jauh dari kawasan daratan, burung-burung selamat daripada ancaman pemangsa dan gangguan orang ramai.

"Pengunjung dapat melihat burung botak padi secara jelas. Spesies itu disenaraikan sebagai spesies terancam secara global oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Antarabangsa (IUCN) dan telah menjadikan kawasan tersebut sebagai habitat sejak empat tahun lalu," ujarnya.

Tambahnya, burung-burung yang sedang bersarang di pulau buatan itu aktif sepanjang hari. Kebanyakan burung spesies air akan berehat di kawasan cetek sekeliling Wetland Upper Bisa.

Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan. Dengan keluasan empat hektar, jarak Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu kira-kira 25 kilometer dari Kuala Lumpur.

Putrajaya merupakan destinasi pelancongan yang paling hampir bagi warga ibu kota untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan.

Sesuai dengan slogan Bandar Di Dalam Taman, Putrajaya kini mempunyai 12 buah taman yang menjadi tumpuan pelancong.

Antara taman tersebut ialah Taman Saujana Hijau di Presint 11. Taman ini merupakan sebuah kawasan yang sesuai bagi mereka yang gemarkan tumbuhan jenis gimnosperma tropika dan subtropika. Kawasan taman yang berbukit memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat panorama keseluruhan Putrajaya dengan lebih jelas.


LALUAN pejalan kaki memudahkan pengunjung menikmati kehijauan alam di Taman Saujana Hijau.


Suasana Eropah

Taman tersebut juga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Saujana Utara, Saujana Tengah dan Saujana Selatan dalam kawasan seluas 47 hektar.

Pengunjung Taman Saujana Hijau, Nurul Hidayat Ismail, 25, memberitahu, tiga konsep dalam taman Saujana Tengah iaitu Bustan Inggeris, Bustan Oriental dan Bustan Eropah merupakan antara tarikan unik di taman tersebut.

"Suasana di Bustan Eropah dan Inggeris seperti seolah-olah berada di luar negara. Pemandangan seperti ini jarang dapat dilihat di Malaysia. Saya membawa rakan-rakan yang baru menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara untuk mengadakan sesi fotografi konvokesyen berlatarbelakangkan di kawasan tersebut.

"Saya juga sering berkunjung ke sini untuk bersantai dan beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Wakaf-wakaf di sekitar taman sudah tentu menjadi pilihan untuk pengunjung beristirehat setelah penat mendaki kawasan berbukit," ujarnya yang berasal dari Bangi, Selangor.

Taman Saujana Hijau menyediakan pelbagai kemudahan awam seperti laluan pejalan kaki, pelantar pemandangan, tempat teduhan, prasarana dan pusat pelawat bagi memenuhi keperluan pengunjung di situ.

Pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis bunga yang ditanam di setiap bahagian bagi membangkitkan mood seperti berada di luar negara.

Taman itu juga berpotensi untuk menarik para pelancong dari dalam dan luar negara yang berminat dengan keunikan seleksi hidupan flora dari seluruh dunia di negara ini.

Selain itu, laluan pejalan kaki juga merupakan trek yang sesuai bagi mereka yang ingin berjoging dan beriadah. Namun, laluan yang berbukit ternyata mencabar ketahanan fizikal pengunjung.

Bagi mereka yang berminat dengan tumbuhan unik, Black Boy atau nama saintifiknya, Macrozamia Moorei merupakan pokok yang harus anda lihat di taman itu.

Pokok yang berasal dari Queensland dan Carnarvon Range, Australia itu kebiasaannya ditanam di kawasan berbukit rendah, kering dan jurang berbatu. Namun, dua batang pokok berdaun melengkung yang boleh mencecah ketinggian sehingga lapan meter itu hidup subur di Taman Saujana Hijau.

Jabal Musa catat sejarah kitab Taurat

Posted:

Jabal Musa catat sejarah kitab Taurat

Jabal Musa catat sejarah kitab Taurat


MAKAM Nabi Soleh as yang terdapat di pinggir jalan di Tursina.


PELUANG mengembara ke bumi anbiya selama sembilan hari pada penghujung bulan Februari lalu di Mesir dan Palestin bersama 27 rakan Usrah Fitrah meninggalkan satu pengalaman yang cukup berbekas di hati. Usrah Fitrah merupakan sebuah kumpulan usrah penggiat seni dan media tanah air. Berkelana sejauh 8,000 kilometer (km) menempuh perjalanan udara selama 10 jam sedikit pun tidak melunturkan semangat kami.

Dikenali sebagai Kembara Sufi di Bumi Kinanah, program di bawah kendalian murabbi seperti Ustaz Zul Ramli dan Ustaz Rusydi Aljauhari itu banyak mendedahkan peserta rombongan berhubung perkembangan tamadun Islam di Mesir dan Gaza.

Ketika berada di ibu negara Mesir, Kaherah monumen zaman Firaun, Piramid Giza di Al Ahram menjadi destinasi yang wajib dikunjungi.

"Sejak tercetusnya revolusi Arab, kadar peratusan pelancong merudum, kini sekitar 15 peratus sahaja yang datang ke sini," luah pemandu pelancong Kembara Barakah, Ustaz Majdi.

Menurut beliau, kemerosotan ini menyebabkan ramai dalam kalangan peniaga terdesak. Bahkan ada laporan yang mendakwa pelancong terpaksa membayar pada harga yang terlalu mahal hanya untuk menyewa unta.

Revolusi pada tahun 2011 dan rampasan kuasa yang menggulingkan Presiden Morsi telah banyak mengubah landskap kehidupan penduduk Mesir baik dari segi politik dan ekonomi. Kesempatan berada di Kaherah memberi peluang untuk menziarahi universiti tertua di dunia, Universiti Al-Azhar, Sungai Nil dan beberapa destinasi pelancongan yang lain.

Rombongan yang disertai sekumpulan doktor pakar, sukarelawan Aman Palestin dan media massa dari Malaysia bergerak ke Rafah, Gaza dari Kaherah. Jarak perjalanannya ialah sekitar 375km. Perjalanan dengan bas itu mengambil masa selama tujuh jam ekoran beberapa cek poin yang dikendalikan oleh tentera Mesir


PENDAKIAN menuju ke puncak Jabal Musa mengambil masa empat jam.


Terusan Suez

Perjalanan merentasi padang pasir ke Gaza disajikan dengan pemandangan indah kawasan pedalaman di Bir Qantia.

Begitu juga dengan Terusan Suez. Terusan yang dibina pada tahun 1869 dengan kepanjangan 193.30km ini telah berjaya mengubah pola laluan pedagang sekali gus menjana ekonomi Mesir dan negara jiran lain seperti Arab Saudi.

Perjalanan menerusi Arish diserikan dengan pemandangan Tasik Bardawil dengan kepanjangan 70km dan lebar 22km.

Merentasi kawasan subur Arish, North Sinai dan Rafah menerusi Al Kantara Shark Al Arish, mata dijamu dengan keindahan ladang zaitun dan tamar yang subur.

Di cek poin terakhir kami berdepan dengan kerenah birokrasi tentera Mesir. Sikap kakitangan imigresen yang acuh tidak acuh antara punca dua daripada ahli rombongan tidak dibenarkan masuk ke Gaza. Namun, lain pula layanan yang diterima di imigresen Gaza. Kami disambut mesra oleh wakil kerajaan Palestin, media massa dan Aman Palestin Gaza. Memandangkan kos yang tinggi, kami hanya berada 24 jam di bumi Gaza. Dengan masa yang terlalu singkat ini, Aman Palestin yang diketuai oleh Ustaz Anas Abdul Wahab telah membawa kami ke kawasan tapak serangan di sekitar bandar Gaza.

Meskipun keadaan rumah ranap akibat teruk dibedil tetapi ia kelihatan bersih dan harum. Kami berpeluang menziarahi kediaman srikandi perang, Allahyarhamah Maryam Farhaat @Ummi Nidhal. Beliau dan tiga daripada enam anaknya syahid menentang Zionis. Ummu Nidhal merupakan Ahli Parlimen Dewan Legislatif Perang turut mengangkat senjata bersama-sama menentang Zionis.

Di Gaza, kami menginap di Achmed Hotel iaitu sebuah hotel lima bintang yang menghadap Laut Mediteranean. Hotel ini merupakan hotel termewah di Gaza dan hanya beroperasi jika ada kunjungan rakyat Malaysia.

Meskipun Gaza sebuah bandar yang sudah ranap dibedil, namun wilayah itu mempunyai sebuah hotel lima bintang yang lengkap prasarananya.

Gaza merupakan tanah yang subur kerana terdapat banyak kebun buah-buahan di sini seperti buah tembikai, epal, limau, zaitun dan sebagainya.

Menjelang tengah hari penulis dan ahli rombongan sudah berada di sempadan Gaza untuk memasuki semula Mesir. Kesukaran proses keluar dari Gaza di pintu Imigresen Mesir rupa-rupanya menyimpan hikmah tersendiri. Peluang berpatah balik ke Gaza ekoran kerenah birokrasi di pintu masuk Mesir memberi peluang kepada kami meneroka keindahan Gaza.

Geografi Gaza yang menghadap Laut Mediteranean memberikan satu landskap yang cukup istimewa. Kelihatan para nelayan teroleng-oleng di atas sampan usang mencari rezeki meskipun hanya sejauh enam radius kilometer persegi.

Dari Gaza kami meneruskan perjalanan ke Tursina. Mengikut perancangan awal kami boleh sampai menggunakan jalan pintas iaitu sekitar tujuh jam sahaja, bagaimanapun ekoran keadaan politik yang tidak menentu kami terpaksa menggunakan jalan lama yang mengambil masa 14 jam.


AHLI rombongan menunaikan solat Zuhur di telaga Nabi Musa as.


Magis Tursina

Penulis dan ahli rombongan, sempat menunaikan solat Subuh di sebuah tempat pemeriksaan berhampiran Tursina. El Wadel Mougudus Hotel merupakan hotel kecil yang terletak di kaki Gunung Sinai. Kira-kira dua kilometer dari hotel, terdapat beberapa gereja yang menempatkan beberapa peninggalan sejarah seperti St Catherine Church. Namun, untuk ke sana kami perlu mendaki.

Gunung yang mencecah ketinggian sekitar 2,133 meter dan struktur yang curam menyebabkan kami lebih berhati-hati.

Penulis menyusuri kaki gunung selama 30 minit sebelum menaiki unta untuk sampai ke puncak Jabal Musa. Menuju ke puncak Jabal Musa tidak semudah yang disangka. Sebanyak 720 anak tangga perlu didaki selain berdepan dengan batu-batu besar yang mencabar kudrat.

Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan penulis apabila berjaya berada di atas puncak yang dicatatkan sejarahnya di dalam al-Quran. Di puncak inilah Allah SWT menurunkan kitab Taurat setelah Nabi Musa as bermunajat selama 40 hari. Kami turut dibawa melihat ukiran lembu Sahmiri yang melakar sejarah usaha seorang pemuda Bani Israel dalam memesongkan akidah kaum Nabi Musa.

Di Padang Pasir Sinai, kami berpeluang menziarahi telaga Nabi Musa as. Menurut kisahnya, baginda telah melarikan diri daripada Firaun. Apabila sampai di sebuah kawasan, baginda mendapati ia agak tandus. Atas rahmat Allah yang mengurniakan baginda tongkat mukzijat, selepas Nabi Musa mengetuk tanah, maka sebuah telaga yang deras telah mengeluarkan air.

Maskot bantal kejutan orang ramai

Posted:

Maskot bantal kejutan orang ramai

Maskot bantal kejutan orang ramai


KETIGA-TIGA maskot Ibis yang ceria berjaya menarik perhatian pengunjung di ibu kota.


KELIBAT bantal yang sinonim dengan katil dan tempat menghilangkan penat di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur, sudah tentu membangkitkan pelbagai soalan dan reaksi. Apatah lagi, ketiga- tiga buah bantal itu petah menyapa orang ramai dengan pelbagai panggilan mesra.

Begitulah yang berlaku kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur terutama pusat beli-belah Pavilion, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Bukit Bintang apabila melihat ketiga-tiga buah bantal berwarna hijau, biru dan merah berlegar-legar berdekatan mereka.

Kesemua bantal yang menggelarkan diri mereka sebagai Keluarga Ibis itu merupakan maskot bagi mewakili tiga hotel di bawah seliaan Kumpulan Accor Malaysia iaitu Hotel Ibis (merah), Hotel Ibis Bajet (biru) dan Hotel Ibis Styles (hijau).

Kewujudan tiga maskot itu bukanlah untuk dipeluk apatah lagi peneman tidur setia, sebaliknya maskot berkenaan yang berjalan sejauh empat kilometer (km) bermula dari Hotel Novotel, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur bertujuan mempromosikan Hotel Ibis yang mempunyai cawangan di Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Momen indah

Lebih menarik, orang ramai yang tidak melepaskan peluang merakamkan momen indah bersama semua maskot itu berpeluang memenangi hadiah berupa penginapan selama sehari di mana-mana Hotel Ibis yang terdapat di Indonesia, Singapura dan Malaysia melalui pertandingan Memburu Bantal Ibis 2013.

Pertandingan yang kali pertama dianjurkan itu mudah disertai iaitu dengan memuat naik foto yang dirakam itu di laman sosial Facebook, Facebook/Accorhotels.com.

Memulakan perjalanan pada pukul 11 pagi, diiringi tujuh kakitangan kumpulan Accor, tiga maskot yang sentiasa tersenyum itu mula menyapa orang ramai di setiap lokasi perhentian.


ORANG ramai tidak melepaskan peluang merakamkan momen indah bersama tiga maskot Keluarga Ibis.


Ada yang lari bertempiaran, kanak- kanak menangis kerana ketakutan, malah tidak kurang mereka yang memeluk erat kesemua maskot tersebut.

Dalam pada itu, seorang pelancong Filipina kelihatan tergamam saat melihat tiga maskot yang muncul secara mengejut dan menyapanya.

Anaknya yang berusia setahun pula hampir menangis tetapi berjaya ditenangkan dengan keletah lucu tiga maskot itu.

Hairan

Dulce Dasilva, 26, mengakui pada mulanya hairan dengan kewujudan kesemua maskot itu dalam kesibukan orang ramai, apatah lagi ketika keadaan panas terik matahari.

"Apa mereka buat di sini pada waktu tengah hari yang sangat panas. Kasihan saya melihat mereka berpeluh tetapi pelik mereka masih mampu tersenyum riang. Oleh kerana mereka sangat comel, saya tidak melepaskan peluang bergambar bersama mereka," katanya.

Ketika diberitahu anggota Accor bahawa dia berpeluang memenangi hadiah penginapan di salah sebuah Hotel Ibis, keterujaannya memuncak dan memberikan pelbagai gaya persis supermodel yang ternama untuk memenangi hadiah itu.

Sementara itu, Pengurus Kawasan, Jualan Langsung dan Loyalti Malaysia, Kumpulan Accor Malaysia, Aida Azlina Ahmad berkata, pihaknya yakin dengan menggunakan maskot Keluarga Ibis, ia kelihatan lebih mesra dan mudah didekati pengguna.

"Kami yakin pendekatan ini adalah tepat bagi mendekati orang ramai sama ada pengguna setia perkhidmatan kami atau mereka yang baru sahaja mengenali Ibis," jelasnya yang memberi- tahu setiap lokasi maskot akan dikemas kini pada laman Facbook/Accorhotels.- com.

Peraduan Memburu Bantal Ibis 2013 bertemakan Gayakan, Rakamkan dan Muat turun itu bermula pada 20 hingga 22 November lalu.

Pemenang dipilih berdasarkan jumlah butang 'Like' yang diterima pengunjung laman rasmi Accorhotels.com.

Laman rasmi Facebook/Accorhotels.com kini mempunyai lebih 300,000 pengikut di seluruh dunia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Satu minggu jual satu pistol

Posted:

Satu minggu jual satu pistol

Satu minggu jual satu pistol

Oleh TEON EG dan NUR AISHAH AMIN
berita@kosmo.com.my

PISTOL boleh diseludup keluar dari pekan Sungai Golok, Thailand ke Malaysia dengan menunggang motosikal melalui Kompleks Imigresen Rantau Panjang, Kelantan.


MEMBELI pistol di pekan Sungai Golok, Thailand tidak sesukar yang disangka malah selepas membayar harga senjata api antara RM4,500 hingga RM10,000 sepucuk, ia dengan mudah boleh dibawa masuk ke Malaysia.

Bagaimanapun, individu yang mahu membeli pistol perlu melalui beberapa orang tengah yang sudah biasa dengan ejen menjual senjata api itu.

Di pekan Sungai Golok sahaja dikatakan terdapat kira-kira 10 ejen menjual senjata api dan ada sebanyak 111 jalan tikus yang pada bila-bila masa boleh dibolosi dengan pelbagai barang seludup.

Pembeli senjata api di pekan Sungai Golok itu pula kebiasaannya membabitkan samseng dan penjenayah dari Malaysia. Menurut sumber, misi membeli dan membawa keluar senjata api yang sudah dibeli jarang gagal.

Ikuti temu bual wartawan Kosmo! dengan seorang ejen penjual senjata api di pekan Sungai Golok yang aktif menjual senjata sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Lelaki itu mahu dikenali sebagai Abang Sham. Wawancara dengannya dijalankan menggunakan Bahasa Melayu loghat Siam-Kelantan.

Wartawan Kosmo!: Sejak bila anda mula berkecimpung dalam kerja ini?

Abang Sham: Sudah lama, mungkin lebih 10 tahun. Bagaimanapun, ini bukan kerja tetap saya. Saya ada kerja tetap lain tetapi tidak perlulah saya dedahkan.

Kenapa anda pilih kerja sampingan yang salah dan bahaya?

Saya lakukan kerja ini untuk dapat duit tambahan selain gaji tetap. Saya juga bukan satu-satunya orang yang jual senjata api di pekan Sungai Golok, malah rasanya ada lebih 10 orang lain yang buat kerja sama seperti saya.

Siapa yang datang beli senjata?

Sejak jual senjata api, pelanggan saya banyak orang berketurunan Cina dari Malaysia. Alasan mereka beli senjata, katanya, untuk disimpan. Saya pula tidak tanya lebih kerana itu urusan mereka dan bagi saya, saya hanya mahu duit hasil jual senjata.

Apa jenis senjata yang dijual dan berapakah harganya?

Kebiasaannya pelanggan akan beli senjata api ikut harga dan jarang dalam kalangan mereka yang pilih senjata api ikut jenis. Harga senjata api yang saya jual bermacam-macam bergantung kepada jenis dan sama ada senjata itu barang lama atau baharu.

Sebagai contoh, jika senjata api jenis 9mm harganya RM6,500 tetapi jenis sama bagi senjata sudah terpakai harganya sekitar RM4,500 hingga RM5,000. Pistol Glock pula ialah senjata moden yang lebih mahal dan harga senjata baharu Glock ialah RM10,000. Bagi Glock lama, harganya antara RM7,000 hingga RM7,500.

Senjata api jenis Smith & Wesson semi automatik merupakan senjata api terlaris. Turut dibeli senjata jenis Walther.

Berapa keuntungan jual senjata api dan di mana anda dapat bekalan?

Saya akan jual sekiranya untung dalam RM400 hingga RM500 sepucuk. Bekalan senjata api yang saya jual biasanya saya beli daripada rakan-rakan yang mahu jual senjata api mereka. Rakan-rakan saya pula ada yang beli dari kedai senjata api berlesen atau mereka beli dari Vietnam.

Macam mana dengan peluru?

Saya tidak jual peluru tetapi pembeli boleh beli sendiri di kedai-kedai jual senjata api berlesen di pekan ini. Beli pistol dan peluru adalah satu perbuatan salah di Thailand tetapi kita boleh beli secara curi-curi. Beli peluru lebih senang berbanding beli pistol. Harga sekotak peluru mengandungi 50 butir peluru ialah kira-kira RM190.

Bagaimana pelanggan cari anda?

Perkara itu memang sulit. Orang yang mahu beli senjata api akan risik mengenai ejen penjual senjata api di pekan Sungai Golok sebelum dia jumpa saya. Urusan jual beli pula akan berlaku di bilik-bilik hotel besar. Hotel-hotel adalah tempat selamat untuk urusan seperti ini.

Siapa tempah hotel?

Hotel tempat pertemuan diuruskan oleh pelanggan dan selepas diberi nombor bilik, saya kebiasaannya dengan seorang lagi rakan terus ke bilik hotel dan selesaikan urusan jual beli senjata.

Kadang-kadang saya akan bawa lebih daripada sepucuk senjata api untuk dipilih pelanggan. Sejak bergerak menjual senjata api kira-kira 10 tahun lalu, belum pernah saya ditimpa masalah. Semua urusan saya berjalan lancar.

Tanggungjawab siapa yang bawa keluar senjata itu dari pekan Sungai Golok?

Senjata api yang dijual adalah atas risiko dan urusan pembeli. Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan dengan senjata itu. Namun apa yang diberitahu pelanggan yang beli senjata api di pekan Sungai Golok boleh bawa keluar senjata itu dengan cara menunggang motosikal keluar dari sini.

Setakat ini, belum saya dengar ada pelanggan saya kena tangkap selepas beli senjata api daripada saya.

Adakah pembelian senjata api sejak dua tahun kebelakangan ini meningkat?

Jualan saya dalam tempoh itu sama saja. Dalam seminggu secara purata saya jual sepucuk pistol, dalam setahun kira-kira 50 pucuk.

Selain melalui sempadan Rantau Panjang, di lokasi mana senjata api kerap dibawa ke Malaysia?

Pangkalan Asan Merah di Rantau Panjang dan Pangkalan Kubur di Tumpat. Melalui kedua-dua buah pangkalan haram itu, pelanggan boleh naik bot dan balik ke Malaysia bersama pistol yang telah dibeli.

Anggota, kuasa UPP akan ditambah

Posted:

Anggota, kuasa UPP akan ditambah

Anggota, kuasa UPP akan ditambah

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

KOTA BHARU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan satu memorandum untuk penilaian Jemaah Menteri bertujuan menambah kuasa dan kekuatan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) bagi meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam jangka pendek penguatkuasaan dilakukan oleh beberapa agensi seperti polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetapi bagi membendung kegiatan penyeludupan senjata api dari negara jiran, KDN perlukan pelan jangka panjang.

"KDN sedang menyediakan satu memorandum untuk meningkatkan jumlah kekuatan UPP yang dianggotai pelbagai jabatan seperti polis, kastam dan imigresen," kata beliau semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kazim mahu jumpa Najib

Posted:

Kazim mahu jumpa Najib

Kazim mahu jumpa Najib

KUALA LUMPUR - Pelantikan pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) kelmarin menimbulkan kontroversi baharu selepas beliau mengesahkan masih lagi seorang ahli parti Pas.

Kazim pada sidang media sebelum mengadakan ceramah agama di kejiranan Jalan Kolam Ayer Panas di Setapak di sini semalam turut mengakui tidak pernah keluar daripada parti berkenaan walaupun terdapat ura-ura mengatakan beliau pernah dipecat.

Rentetan daripada situasi tersebut, Kazim memberitahu beliau bakal berjumpa secara peribadi dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan berkenaan tawaran pelantikan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved