Ahad, 13 Oktober 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


3,520 graduan UTHM terima ijazah konvokesyen

Posted:

3,520 graduan UTHM terima ijazah konvokesyen

3,520 graduan UTHM terima ijazah konvokesyen

SEBAHAGIAN daripada graduan gembira sambil melambungkan topi selepas majlis konvokesyen UTHM ke-13 di UTHM, Batu Pahat, Johor baru-baru ini.


KONVOKESYEN. Seramai 3,520 graduan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor menerima ijazah peringkat doktor falsafah, ijazah sarjana, ijazah sarjana muda, diploma dan diploma lepasan ijazah pada majlis konvokesyen universiti itu baru-baru ini.

Pada majlis konvokesyen kali ke-13 itu, Gabenor Yogyakarta, Indonesia, Sri Sultan Hamengku Buwono menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti) atas sumbangannya terhadap rakyat di negerinya dalam menangani gempa bumi dan letupan Gunung Merapi.

Bekas Naib Canselor UTHM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ismail Bakar pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ijazah Profesor Emeritus.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang juga Canselor UTHM hadir pada majlis konvokesyen itu.

294 pelajar Intec sertai kursus persediaan ke luar negara

Posted:

294 pelajar Intec sertai kursus persediaan ke luar negara

294 pelajar Intec sertai kursus persediaan ke luar negara


PARA pelajar yang mengikuti kursus persediaan menyambung pengajian ke luar negara di Intec bergambar selepas majlis penyampaian sijil tamat pengajian di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


PERSEDIAAN. Seramai 294 pelajar International Education Centre (Intec) mengikuti kursus persediaan menyambung pengajian ke luar negara di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Mereka yang juga pelajar program American Credit Transfer, Australian Matriculation dan A Level German menerima sijil tamat pengajian masing-masing daripada pemangku Pengarah Intec, Prof. Madya Yamin Yasin.

Salah seorang pelajar, Muhammad Naim Khalid, 19, yang bakal melanjutkan pengajian di Indiana State University, Amerika Syarikat (AS) dalam bidang ekonomi mengakui teruja untuk melanjutkan pengajian di negara itu.

"Saya ada melakukan carian untuk mengetahui selok-belok belajar di AS supaya tidak kekok dan terkejut. Saya juga berharap berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di sana nanti," katanya.

Media P. Pinang uji kemahiran menembak

Posted:

Media P. Pinang uji kemahiran menembak

Media P. Pinang uji kemahiran menembak


KOK KWEE (kiri) beramah mesra dengan wakil-wakil media yang menyertai Pertandingan Menembak Bersama Media anjuran Maritim Malaysia di Lapang Sasar Kelab Menembak Pulau Pinang, Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang baru-baru ini.


MENEMBAK. Seramai 40 wartawan, jurugambar dan jurukamera menyertai Pertandingan Menembak Media Bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Lapang Sasar Kelab Menembak Pulau Pinang, Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang baru-baru ini.

Para pengamal media diberi peluang menggunakan pistol automatik jenis Glock 17 untuk menembak sasaran pada jarak 10 meter dan 25 meter diikuti acara menembak piring berpasukan.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata, acara itu bertujuan merapatkan lagi hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara Maritim Malaysia dengan media di negeri ini.

Menurut beliau, berita-berita yang disiarkan pihak media berhubung Maritim Malaysia terutama tugas-tugas penguatkuasaan dapat memberi gambaran kepada masyarakat cabaran-cabaran yang dihadapi pasukan itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Jualan emas di Mekah merudum

Posted:

Jualan emas di Mekah merudum

Jualan emas di Mekah merudum

JUALAN emas pada musim haji di Mekah mengalami kemerosotan teruk tahun ini akibat krisis politik yang berlaku ekoran gelombang kebangkitan Arab Spring.


MEKAH - Jualan emas di kota suci ini menurun lebih separuh berbanding tempoh sama tahun lalu berikutan kejatuhan ekonomi yang melanda dunia Arab selepas gelombang kebangkitan Arab Spring pada 2011.

Walaupun restoran dan gerai makanan di Masjidil Haram kekal sibuk, kedai yang menjual barangan kemas di lokasi berkenaan kelihatan sepi dan tidak dikunjungi.

"Jualan emas sudah terkena tempias. Saya boleh katakan pasaran emas merosot lebih 50 peratus berbanding musim haji tahun lalu," kata pengurus kedai emas MS, Mohammed al-Himms kepada agensi berita Reuters.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua juta jemaah haji mula bergerak ke Padang Arafah

Posted:

Dua juta jemaah haji mula bergerak ke Padang Arafah

Dua juta jemaah haji mula bergerak ke Padang Arafah


PEMANDANGAN ribuan khemah yang menempatkan jemaah haji di Mina berdekatan kota suci Mekah kelmarin.


MEKAH - Kira-kira dua juta jemaah haji mula bergerak ke Padang Arafah di Mina semalam menjelang hari wukuf esok walaupun bilangan mereka pada tahun ini berkurangan ekoran kebimbangan penularan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Pergerakan jemaah haji Malaysia yang diketuai Ketua Rombongan Haji Tabung Haji (TH), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman pula diatur secara berperingkat bermula pukul 11 pagi waktu tempatan sehingga malam tadi dengan menaiki bas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kejatuhan jualan emas tidak jejaskan pasaran barang kemas dunia

Posted:

Kejatuhan jualan emas tidak jejaskan pasaran barang kemas dunia

Kejatuhan jualan emas tidak jejaskan pasaran barang kemas dunia

KUALA LUMPUR - Kejatuhan jualan emas di Mekah yang berlaku pada musim haji tahun ini tidak akan memberikan impak besar terhadap pasaran emas dunia kerana ia hanya melibatkan pasaran domestik.

Pegawai Pemasaran Power Gold, Rosli Abd. Rahman berkata, jualan emas sedikit sebanyak akan mempengaruhi kejatuhan harga barangan tersebut di pasaran, namun ia akan meningkat semula dalam masa yang singkat.

"Jika harga emas jatuh disebabkan oleh kemerosotan jualan di Mekah, ia dijangka naik semula dalam masa yang singkat.

"Kemungkinan selepas musim haji, harga emas akan naik semula dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Terpaksa tarik diri saat akhir

Posted:

Terpaksa tarik diri saat akhir

Terpaksa tarik diri saat akhir

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

ZULFAHMI (tengah) memberi kata-kata semangat kepada rakan sepasukannya selepas dia tidak dapat beraksi di Litar Sepang semalam ekoran kesakitan yang dialami di bahagian pergelangan tangan.


HASRAT peminat tempatan untuk menyaksikan Muhammad Zulfahmi Khairuddin menggegar Kejuaraan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2013 tidak kesampaian.

Ini kerana Zulfahmi tidak turun bersaing dalam kelas Moto3 semalam ekoran kecederaan pergelangan tangan kanannya yang semakin serius.

Zulfahmi, 22, mengalami kecederaan itu selain dibelenggu kesakitan di bahagian belakang badan setelah terbabit dalam kemalangan ketika beraksi pada GP Aragon, Sepanyol bulan lalu.

Pada mulanya, pelumba Red Bull KTM Ajo itu dibenarkan beraksi oleh doktor perubatan MotoGP, namun dia bergelut dengan kesakitan pada latihan bebas pada Jumaat lalu dan sesi kelayakan masa kelmarin.

Meskipun bertekad mahu melawan kesakitan yang dialami, Zulfahmi bagaimanapun terpaksa melupakan hajatnya itu selepas mendapati kecederaan tangan kanannya semakin bengkak, sekali gus menyukarkannya mengawal jentera.

"Sehari sebelum perlumbaan, saya ada menjalani fisioterapi dan menggunakan ubat yang diberikan oleh doktor, namun apabila bangun pagi tadi (semalam) saya berasa tangan saya semakin sakit.

"Saya memutuskan untuk mengambil ubat penahan sakit bagi mengurangkan kesakitan tetapi ketika sesi memanaskan badan sebelum perlumbaan, saya dapati tangan berasa kebas dan sukar untuk mengawal jentera.

"Saya juga sukar untuk menekan brek menggunakan tangan, mungkin kerana skru yang dimasukkan ketika pembedahan di Barcelona tempoh hari mengganggu pergerakan tulang tangan saya," jelas Zulfahmi yang sepatutnya bermula di petak ke-14 semalam.

Sambil meminta maaf kepada peminat Malaysia yang hadir untuk memberi sokongan kepadanya, Zulfahmi menjelaskan, dia terpaksa akur kepada keputusan doktor perubatan yang tidak membenarkan dia beraksi semalam.

"Walaupun telah menerima tujuh suntikan ubat penahan sakit, namun kesakitan itu masih tidak berkurangan.

"Jadi, atas nasihat doktor perubatan dan pasukan, saya memutuskan untuk tidak meneruskan perlumbaan kerana bagi saya agak sukar untuk mengutip mata dalam keadaan sebegini.

"Keadaan ini juga boleh membahayakan diri saya dan juga pelumba lain. Jadi, lebih baik saya tidak berlumba," kata pelumba kelahiran Banting, Selangor itu.

Dua pelumba wildcard negara bagi kelas Moto3, Amirul Hafiq Mohd. Azmi dan Husni Aizat Abdul Malek dari pasukan Touchline SIC Ajo gagal menamatkan perlumbaan setelah masing-masing terjatuh pada pusingan kedua dan ketiga.

Perlumbaan Moto3 dimenangi oleh rakan sepasukan Zulfahmi, Luis Salom dengan catatan masa 40 minit 42.441 saat (s) diikuti Alex Rins (40:42.510s) dan Miguel Oliveira (40:42.849s).

Benteng sedia kekang Bahrain

Posted:

Benteng sedia kekang Bahrain

Benteng sedia kekang Bahrain

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
sukan@kosmo.com.my


AIDIL (kanan) menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukannya di Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini.


TONGGAK pertahanan kental, Aidil Zafuan Abdul Radzak menganggap kecederaan yang dialami Mahalli Jasuli sedikit sebanyak memberi kesan kepada benteng pertahanan Harimau Malaya.

Bagaimanapun, Aidil berkata, situasi itu tidak bermakna barisan pertahanan akan mudah untuk dibolosi dalam pertemuan menentang Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam malam esok.

Menurut Aidil, jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagopal sudah pasti mempunyai pilihan pemain yang akan sedia menggalas tugas sekiranya Mahalli terpaksa diketepikan.

"Untuk latihan hari ini (semalam) saya digandingkan dengan Amirizdwan Taj, K. Reuben, Asraruddin (Putra Omar) serta beberapa pemain pertahanan yang lain.

"Bagi saya, jika Mahalli terpaksa diketepikan saya rasa jurulatih masih mempunyai pilihan yang boleh menggantikan posisinya seperti K. Reuben," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Aidil menambah, setiap pemain Harimau Malaya harus fokus dan memberikan komitmen 100 peratus pada pertemuan penting itu nanti.

"Kami telah banyak menimba pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga ketika bertemu UAE (Emiriyah Arab Bersatu) walaupun kalah 1-3.

"Daripada situ kami dapat pelajari serta meneliti kelemahan yang mungkin boleh kami kurangkan ketika bertemu Bahrain nanti," ujar anak jati kelahiran Negeri Sembilan itu.

Aidil berkata, dia dan rakan-rakan sepasukannya akan memberi persembahan yang terbaik dan cuba untuk meraih tiga mata penuh di Stadium Shah Alam.

"Walaupun masing-masing dalam mood berhari raya tetapi kami akan berkorban demi pasukan negara dan memastikan kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya.

"Oleh itu, saya berharap penyokong dapat meluangkan masa untuk hadir beramai-ramai untuk memberi semangat kepada pemain-pemain Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan menentang Bahrain nanti," kata pemain Johor Darul Takzim itu.

'Mungkin silap saya'

Posted:

'Mungkin silap saya'

'Mungkin silap saya'

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

"IA kemahuan para pemain dan kami perlu menghormati kemahuan mereka."

Itu reaksi jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan ketika diminta mengulas isu pertukaran venue aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan pada 18 Oktober ini.

Kelmarin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima rayuan Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) yang pada mulanya meminta aksi tersebut diadakan di Stadium Shah Alam.

Namun, disebabkan banyak rungutan daripada barisan pemain ATM, PBAT meminta aksi itu kembali diadakan di gelanggang asal mereka - Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Sathianathan mengakui kesilapannya sebelum ini yang terburu-buru mahu mengadakan perlawanan itu di stadium lebih besar dan selesa serta memiliki aspek kawalan keselamatan lebih bagus.

"Mungkin silap saya kerana sebaik sahaja kami melangkah ke separuh akhir, saya ada berbincang dengan pengurusan tertinggi pasukan dan mereka mencadangkan untuk mencari venue yang lebih besar dan selamat untuk aksi separuh akhir pertama itu.

"Saya tanpa berfikir panjang terus mengemukakan permohonan kepada FAM untuk kami bermain di Shah Alam.

"Namun, pemain-pemain meluahkan kepada saya mereka tidak mahu bermain di Shah Alam kerana lebih selesa di Selayang.

"Saya terus mengemukakan perkara itu kepada pihak pengurusan dan mereka minta saya memohon untuk kami bermain di Selayang," kata Sathianathan kelmarin.

Sathianathan berkata, beliau telah menuruti segala kemahuan para pemainnya dan berharap mereka dapat memberikan aksi terbaik ketika melayan kunjungan Kelantan di Selayang nanti.

"Kami akan menjalani latihan seperti biasa dan saya hanya memberi para pemain pelepasan sehari untuk Hari Raya Aidiladha dan selepas itu, kami akan kembali berlatih sebelum menentang Kelantan Jumaat ini.

"Saya lihat motivasi para pemain sangat baik dan saya harap ia dikekalkan sehingga sepak mula separuh akhir nanti," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Penyakit jantung pembunuh wanita

Posted:

Penyakit jantung pembunuh wanita

Penyakit jantung pembunuh wanita

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

WAN AZMAN (kiri) bersama Pengarah PPUM, Datuk Dr. Ikram Shah Ismail menunjukkan kaedah pemasangan sten ke dalam saluran arteri pesakit CHD.


MALANG tidak berbau. Itulah pepatah Melayu yang sesuai dikaitkan dengan penyakit jantung apabila ia menyerang tanpa sebarang amaran atau petanda.

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor mendedahkan 73 peratus daripada 414 responden tidak pernah menjalani ujian kesihatan jantung secara berskala sebelum didiagnosis menghidapi penyakit jantung koronari (CHD).

CHD berlaku apabila lebihan lemak yang dipanggil plak bergumpal pada dinding arteri lalu menyebabkan saluran tersebut semakin sempit. Apabila ia berlaku, jantung tidak mendapat darah dan oksigen yang mencukupi, lalu berlakunya episod CHD.

Lebih mengejutkan, wanita merupakan penyumbang peningkatan jumlah kematian akibat serangan jantung dengan hanya 18 peratus penghidap CHD mendapatkan rawatan di hospital berbanding lelaki.

Laporan tersebut merupakan hasil kajian berhubung pengetahuan rawatan penyakit jantung dalam kalangan pesakit PPUM yang dilaksanakan pusat perubatan itu sempena Hari Jantung Sedunia pada 29 September lalu.

Menurut Ketua Unit Kardiologi PPUM, Prof. Dr. Wan Azman Wan Ahmad, ramai penghidap CHD mengetahui keperluan mendapatkan rawatan, bagaimanapun enggan mendapatkan rawatan terlibat terutamanya dalam kalangan wanita.

"Ia mungkin disebabkan oleh kekangan masa atau masalah kewangan yang dialami pesakit," katanya pada satu taklimat media yang diadakan di PPUM baru-baru ini.

Tambahnya, pesakit CHD lebih cenderung memilih pil-pil oral yang dibeli di farmasi seperti asprin.

Sten

Wan Azman memaklumkan, kaji selidik itu turut mendedahkan hampir 80 peratus penghidap CHD di PPUM tidak mengetahui tentang sten iaitu sejenis jaringan besi tahan karat yang biasanya digunakan dalam prosedur angioplasti koronari.

Prosedur angioplasti koronari adalah teknik pembedahan yang dilakukan untuk membaiki atau memulihkan saluran darah yang rosak.

Teknologi canggih pada hari ini menawarkan lima jenis sten iaitu sten logam terdedah, sten ubatan pelarut, sten biokejuruteraan, bioresorbable vascular scaffold dan sten dwiterapi.

Bagaimanapun, Wan Azman memberitahu, kesemua sten mempunyai kebaikan dan kekurangannya tersendiri.

Jelasnya, pemilihan sten dibuat oleh pakar-pakar kardiologi berdasarkan tahap kesihatan jantung dan mengambil kira faktor kewangan pesakit.

"Kita harus berdepan dengan realiti bahawa rawatan penyakit jantung merupakan antara yang menelan belanja paling besar berbanding rawatan-rawatan penyakit lain. Namun, itu hanya berlaku sekiranya keadaan jantung pesakit menjadi sangat lemah dan tersumbat.

"Perkara ini boleh dielak jika pesakit mengamalkan pengambilan pemakanan yang sihat dan melakukan aktiviti senaman seperti yang disarankan pengamal perubatan," katanya.

Harga terendah untuk setiap sten ialah RM2,000 dan keperluan jumlah sten bergantung kepada keadaan jantung pesakit.

Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi penyakit diabetes ataupun tekanan darah tinggi, sarankan mereka untuk membuat pemeriksaan jantung atau elektrokardiogram (ECG) untuk mencegah CDH.

Ini kerana CHD yang berpunca daripada masalah diabetes yang menyebabkan lapisan lemak menyekat saluran arteri, sementara tekanan darah tinggi adalah pemangkin pembinaan lemak tersebut.

Menurut Wan Azman, dengan membayar RM25 untuk satu ujian ECG di PPUM contohnya, rakyat Malaysia boleh menghindari CHD yang menelan belanja ribuan ringgit.

"Orang ramai seharusnya peka dan mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan keadaan jantung yang sihat," katanya.

Tidak perlu takut berkongsi karya

Posted:

Tidak perlu takut berkongsi karya

Tidak perlu takut berkongsi karya

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

NORASYIKIN gemar menulis karya-karya berkaitan cinta dengan menyelitkan elemen jenaka.


LEBIH baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah. Peribahasa Inggeris itu menjadi pembakar semangat novelis, Norasyikin Zainal, 36, untuk terus menuntut ilmu dan mempersembahkannya dalam sebuah aksara indah.

Norasyikin mula mencabar kebolehan diri dalam penulisan sastera sejak di bangku sekolah lagi, namun bakat itu dipendam untuk tatapan sendiri dan hanya dikongsikan bersama rakan-rakan rapat.

"Saya berminat untuk menulis ketika di tingkatan enam lagi, tetapi saya malu untuk mengetengahkan bakat yang ada," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Tamat persekolahan, Norasyikin menyambungkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Komunikasi. Di situ, bakatnya mula diasah dengan pelbagai pendedahan mengenai cara penulisan drama dan skrip.

Bagaimanapun, Norasyikin lebih selesa menggayakan penulisannya dalam bentuk novel dan mula menulis secara berperingkat.

Nekad mengetepikan perasaan malu dan takut dikritik, akhirnya Norasyikin menghantar karya pertamanya kepada Buku Prima Sdn. Bhd. (Buku Prima).

Novel pertamanya yang berjudul Indahnya Takdir telah diterima oleh pihak penerbit dan diterbitkan pada tahun 2010.

"Pada mulanya saya malu untuk menghantar karya saya, tetapi saya memberanikan diri dan alhamdulillah penulisan saya diterima," katanya.

Tidak pernah berpuas hati dengan kejayaan pertama, Norasyikin terus mencabar daya kematangan dan kreativiti diri dengan menulis novel kedua berjudul Demi Cinta, diekori Suamiku Encik Sotong.

Setiap orang mempunyai cara sendiri untuk mencari idea bagi dicoretkan dalam nukilan masing-masing.

Tempat awam

Bagi Norasyikin yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki dan isteri sepenuh masa, dia berjaya memintal idea apabila berada di tempat-tempat awam seperti di pusat-pusat beli-belah.

"Saya lebih suka mencari idea di tempat awam sambil melihat gelagat orang ramai yang lalu-lalang. Dengan cara ini, saya dapat menyalurkan gambaran sebenar kehidupan ke dalam karya-karya saya," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai genre buku yang dipilih, Norasyikin memberitahu, dia lebih ligat dan kreatif dalam menyampaikan sebuah kisah cinta.

"Novel pertama saya, Indahnya Takdir membawa genre yang agak berat dan penuh dengan konflik, namun masih mengalunkan kisah-kisah kasih-sayang di dalamnya.

"Begitu juga dengan Demi Cinta, tetapi untuk Suamiku Encik Sotong saya cuba menyelitkan unsur-unsur jenaka di dalamnya," ujarnya.

Di sebalik keindahan kisah percintaan yang diceritakan dalam novel-novelnya, Norasyikin turut berdepan masalah untuk menyajikan yang terbaik buat pembaca.

"Antara cabaran lain ialah mencari nama watak yang sesuai. Saya sering berdepan dengan masalah ini dan untuk menanganinya saya selalu meminta pertolongan dari teman-teman menerusi laman sosial Facebook," katanya.

Novel terbaharunya, Suamiku Encik Sotong telah diterbitkan pada Jun lalu dengan harga pasaran RM25.90. Novel genre cinta komedi itu mengisahkan perkahwinan paksa antara Erica Soffea dan Farish.

Farish merupkan seorang lelaki yang bersifat lembut dan ciri-ciri itu telah menyebabkan Erica merasa marah kerana dijodohkan dengan jejaka itu demi menunaikan wasiat neneknya.

Bagaimanapun, Erica mencintai sepupunya, Izhan dan Farish menyintai Dhia Adirra, seorang gadis yang menerima dia seadanya.

Tambah Norasyikin, jika berkesempatan, dia akan cuba melahirkan karya dengan genre seram dan khusus untuk remaja.

Masakan desa di Hotel Intercontinental

Posted:

Masakan desa di Hotel Intercontinental

Masakan desa di Hotel Intercontinental


CHEF ZAM bergambar dengan pelbagai hidangan Melayu desa yang ditawarkan sempena promosi Cita rasa Perak dan Pulau Pinang di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.


MENGETENGAHKAN masakan Melayu desa, Hotel Intercontinental di Kuala Lumpur bakal memperkenalkan promosi hidangan terbaharu, Cita rasa Perak dan Pulau Pinang bermula 15 Oktober ini.

Sebanyak 30 menu hidangan Melayu asli ditawarkan kepada pelanggan yang ingin merasai masakan tradisi hasil air tangan oleh Chef Mohd. Zalizam Mohd. Rasidi. atau lebih mesra dengan panggilan Chef Zam.

Menurut Chef Zam, dia memilih untuk menyediakan menu masakan Perak dan Pulau Pinang adalah kerana beliau sendiri telah dilahirkan di Taiping, Perak.

"Saya telah mempelajari semua resipi hidangan tradisi daripada arwah nenek. Semua hidangan dimasak dengan cara tradisional seperti menggunakan batu giling dan bahan-bahan segar.

"Bagaimanapun, saya telah mengolah resipi itu kepada sesuatu yang lebih kreatif dan bersesuaian dengan permintaan pelanggan pada hari ini," katanya.

Memberi contoh, beliau berkata, masyarakat Perak suka menggunakan santan yang pekat dan banyak dalam masakan mereka. Namun, dari aspek penjagaan kesihatan, ia bukan satu amalan gaya hidup yang sihat.

"Oleh demikian, saya mengurangkan jumlah penggunaan santan dan menggantikannya dengan bahan-bahan alternatif yang lebih sihat tanpa mengabaikan cita rasa asli masakan Melayu," katanya.

Tambahnya lagi, dalam menu masakan Pulau Pinang, beliau menggunakan gaya masakan India Muslim atau 'mamak' yang suka bermain dengan rempah. Antara menu istimewa yang disediakan ialah kari kepala ikan.

Sempena promosi ini, hidangan-hidangan yang disediakan Chef Zam termasuk juadah popular masyarakat Perak iaitu rendang tok, pajeri nanas, kerabu pucuk paku bersama kerabu mangga muda dan ikan haruan masak tempoyak.

Bagi masakan Pulau Pinang pula adalah sup kambing berempah dengan kentang, beriani kambing, sotong masak kunyit, pasembor dan ayam goreng berempah.

Promosi Cita rasa Perak dan Pulau Pinang ditawarkan pada harga permulaan RM82 untuk makan tengah hari dan RM98 bagi hidangan malam untuk seorang dewasa. Promosi ini akan berlangsung sehingga 15 November ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Fasa pertama pembinaan Masjidil Haram dibuka

Posted:

Fasa pertama pembinaan Masjidil Haram dibuka

Fasa pertama pembinaan Masjidil Haram dibuka

SEKUMPULAN bakal jemaah memegang Kaabah di dalam Masjidilharam kelmarin.


MEKAH - Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah semalam mengarahkan pembukaan fasa pertama peluasan Masjidilharam di sini bagi menghadapi musim haji, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Fasa itu turut meliputi pelebaran tingkat pertama dan ruang mezanin di bangunan tersebut.

Projek peluasan itu bertujuan untuk menempatkan kira-kira 450,000 jemaah haji di Masjidilharam.

Sejurus projek itu disiapkan sepenuhnya dalam tempoh 10 bulan, kapasiti Masjidilharam akan dapat ditingkatkan kepada 1.6 juta jemaah.

Fasa yang telah disiap itu akan dilengkapi dengan kemudahan tangga bergerak untuk kemudahan para jemaah haji.

BEBERAPA jemaah duduk di atas kerusi roda di laluan khas yang baru dibina untuk mengelilingi Kaabah di Masjidilharam, Mekah semalam.


Tangga bergerak itu juga akan menyediakan akses untuk jemaah pergi ke kawasan air zam-zam.

Kemudahan penyaman udara, lampu, sistem kebakaran dan audio juga disediakan di kawasan tersebut.

Projek peluasan sepenuhnya Masjidilharam itu melibatkan kawasan seluas 1,300,000 meter persegi.

Ia turut melibatkan kemudahan perkhidmatan terowong dan sistem pengangkutan awam.

Pihak berkuasa Arab Saudi menjangkakan sejumlah dua juta jemaah akan melakukan ibadah haji pada tahun ini.

Angka tersebut jauh menurun berbanding jumlah 3.2 juta jemaah pada tahun lalu.

Pengurangan itu antara lain berpunca daripada kerja pembesaran di kawasan sekitar Masjidilharam. - Agensi

Serangan mortar dekat hotel di Damsyik

Posted:

Serangan mortar dekat hotel di Damsyik

Serangan mortar dekat hotel di Damsyik


BEBERAPA orang menyaksikan sebuah kereta yang musnah akibat serangan mortar di dataran Al-Nijmah, Damsyik semalam.


DAMSYIK - Dua serangan mortar berlaku dekat sebuah hotel yang menjadi tempat penginapan kumpulan pemeriksa senjata kimia dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Seorang budak lelaki berusia lapan tahun terbunuh dan 11 lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di kawasan Abu Roumaneh, Damsyik.

Letupan tersebut berlaku kira-kira 300 meter dari Hotel Four Seasons yang menjadi tempat tinggal kumpulan yang memeriksa senjata kimia milik rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad selain kakitangan PBB.

Hotel tersebut masih dibuka selepas kejadian itu.

Kumpulan penentang Bashar kerap melancarkan serangan mortar dari pinggir Damsyik ke kawasan yang dikuasai tentera Bashar.

Pada minggu lalu, serangan yang sama telah menyebabkan lapan orang terbunuh.

Para pemeriksa senjata kimia dari Organisasi Larangan Senjata Kimia dan sejumlah kakitangan PBB berada di Syria sejak dua minggu lalu.

Kumpulan tersebut berada di negara ini untuk memusnahkan senjata kimia milik rejim Bashar.

Syria dilanda peperangan saudara sejak Mac 2011 apabila sebahagian penduduk bangkit menentang kepimpinan Bashar yang dianggap korup dan gagal membawa pembaharuan dalam demokrasi.

Lebih 100,000 orang dilaporkan terbunuh dalam peperangan yang berlanjutan sehingga kini. - Agensi

13 terbunuh taufan landa Filipina

Posted:

13 terbunuh taufan landa Filipina

13 terbunuh taufan landa Filipina


SEBUAH bas melalui sebatang jalan raya yang dilanda banjir akibat taufan Nari yang melanda San Ildefonso, wilayah Bulacan, utara Manila semalam.


MANILA - Seramai 13 orang terbunuh apabila taufan Nari melanda bahagian utara Filipina, kata beberapa pegawai semalam.

Taufan tersebut menyebabkan banyak pokok tumbang, bekalan elektrik terputus dan banjir melanda kebanyakan kawasan di negara berkenaan.

Ribut kencang bertiup selaju 120 kilometer sejam (km/j) dan meningkat sehingga 150km/j itu berlaku di wilayah utara Aurora pada lewat petang kelmarin, kata sebuah pejabat biro kaji cuaca.

Hujan lebat dan angin kencang itu menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh, banjir dan gangguan bekalan elektrik yang berlaku di lebih 30 pekan dan bandar, kata Pejabat Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan.

Jurucakap pejabat itu, Rey Balido berkata, lima daripada 13 mangsa itu terbunuh apabila beberapa batang pokok tumbang ke arah rumah dan sebuah kenderaan.

Menurut Pertubuhan Palang Merah Filipina, di beberapa kawasan, air banjir yang melanda mula naik sehingga ke paras dua meter.

Seorang saksi, Glenn Diwa, 34, berkata, dia dan suaminya tidak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana taufan tersebut mula melanda pekan Capas yang terletak 90km di utara Manila sebelum tengah malam.

"Angin bertiup terlalu kuat dan kedengaran seperti bunyi wisel. Selepas itu, kami terdengar kepingan bumbung rumah tertanggal," katanya kepada AFP.

Jurucakap Majlis Bencana Filipin, Ray Balido berkata dalam satu sidang media, sebanyak 8,414 rumah musnah manakala pejabat pertahanan sivil ibu kota Luzon mendakwa sebanyak 37 buah bandar dan pekan yang diduduki 2.1 juta penduduk terputus bekalan elektrik. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


TEKUN diminta pertingkat pembabitan Orang Asli dalam bidang keusahawanan

Posted:

TEKUN diminta pertingkat pembabitan Orang Asli dalam bidang keusahawanan

TEKUN diminta pertingkat pembabitan Orang Asli dalam bidang keusahawanan

13/10/2013 9:57pm

BERA - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) diminta lebih mendekati masyarakat Orang Asli dalam usaha mempertingkat pembabitan mereka dalam bidang keusahawanan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak ditubuhkan pada 1994, lebih 237,000 usahawan meminjam daripada TEKUN, namun daripada jumlah itu, hanya 195 Orang Asli terlibat.

"Sehubungan itu, saya berharap TEKUN turun padang sekerap mungkin bagi memberi penerangan kepada Orang Asli supaya mereka lebih faham serta membuat pinjaman TEKUN dan melibatkan diri dalam bidang keusahawanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan Usahawan dan Keusahawanan Parlimen Bera dan Pembangunan Ekonomi Orang Asli di Bera.

Menurut Ismail Sabri, sejak ditubuhkan, TEKUN mengeluarkan pinjaman sebanyak RM2.8 bilion kepada usahawan kecil Bumiputera.

TEKUN yang diletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sejak 2009, bertujuan menyediakan pembiayaan usaha niaga secara mudah dan cepat, menyediakan maklumat keusahawanan serta peluang perniagaan selain bimbingan kepada Bumiputera. - Bernama

Tiga ditahan, polis rampas lebih 2,000 biji pil dipercayai pil kuda di Dungun

Posted:

Tiga ditahan, polis rampas lebih 2,000 biji pil dipercayai pil kuda di Dungun

Tiga ditahan, polis rampas lebih 2,000 biji pil dipercayai pil kuda di Dungun

13/10/2013 9:09pm

DUNGUN - Pasangan kekasih adalah antara tiga yang ditahan bersama lebih 2,000 pil dipercayai pil kuda dalam serbuan di sebuah rumah di bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata, serbuan oleh sepasukan tujuh anggota Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun pada pukul 8.30 pagi itu dibuat hasil maklumat orang ramai.

"Pil-pil yang ditemui dalam 10 paket di dalam sebuah bilik di rumah itu dianggar bernilai RM25,000.

"Pasangan kekasih yang kedua-duanya berumur 28 tahun itu dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar bandar itu sejak sebulan lepas," katanya.

Turut dirampas wang tunai RM605 dipercayai hasil jualan dadah, buku akaun dan lesen memandu.

Menurut Ahmad Zailani, polis turut menemui 10 biji pil, dipercayai dadah bersama lelaki berusia 20-an yang ditahan bersama pasangan kekasih itu.

Ahmad Zailani menyatakan ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Sementara itu, Ahmad Zailani berkata, polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki memecah masuk sebuah tadika di Kampung Ketengah Jaya, di sini pada 28 Sept lepas.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di rumah keluarganya di Kampung Felda Kerteh 4, di sini pada pukul 8.15 pagi, Khamis lepas. - Bernama

Wanita digesa rebut peluang dalam industri kraftangan

Posted:

Wanita digesa rebut peluang dalam industri kraftangan

Wanita digesa rebut peluang dalam industri kraftangan

13/10/2013 7:11pm

KUCHING - Kemahiran untuk menghasilkan kraftangan berkualiti tinggi boleh mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mencapai sekurang-kurangnya 55 peratus penyertaan wanita dalam guna tenaga menjelang 2015.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, terdapat banyak peluang dalam bidang ekonomi termasuk sektor tak formal seperti pembabitan wanita dalam kraf manik dan industri berkaitan yang boleh diterokai.

"Menurut Laporan Penyiasatan Guna Tenaga Sektor Tak Formal Malaysia 2012, bilangan tenaga kerja di sektor formal mencatatkan 1.0 juta (8.2 peratus) daripada keseluruhan pekerja dalam ekonomi pada 2012.

"Majoriti pekerja sektor tak formal di Malaysia didapati di kawasan bandar berjumlah 656,800 orang, daripada jumlah itu wanita mencatatkan 274,800 orang (41.8 peratus)," katanya pada majlis makan malam gala Persidangan Manik Antarabangsa Borneo 2013, di sini.

Rohani berkata, dalam konteks pekerjaan, dua kategori pekerjaan mencatatkan lebih 35 peratus pekerja dalam sektor tak formal pada 2012, iaitu kraf dan pekerja pertukangan berkaitan (36.3 peratus) serta perkhidmatan dan pekerja jualan (35.6 peratus).

"Jumlah pekerja kraf wanita dan pekerja pertukangan berkaitan adalah 115,300 dan ini lebih kurang 30.45 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja dalam industri kraf dan industri berkaitan dalam sektor tak formal.

"Saya tahu sebahagian daripada anda yang terlibat dalam industri manik hanya sebagai hobi, sesuatu yang anda lakukan pada masa lapang, bagi yang lain ia merupakan pilihan kerjaya. Ramai usahawan wanita kita boleh menikmati pendapatan lumayan hasil daripada pembuatan manik,"katanya.

Tambahan pula, ganjaran yang diperoleh daripada hobi itu tidak ternilai, wanita boleh bekerja di rumah dan pada masa yang sama menjaga keluarga mereka. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Sedu setiap dua saat

Posted:

Sedu setiap dua saat

Sedu setiap dua saat

EMILY turut mengamalkan memakan cuka untuk menahan pernafasannya.


MUNGKIN biasa bagi seseorang untuk mengalami sedu dalam beberapa saat sebelum ia hilang dengan sendirinya tetapi apa yang dialami oleh seorang pelajar, Emily Marsh, 13, agak aneh kerana dia pasti tersedu setiap kali hendak ke sekolah.

Akibat sedu, hidup Emily mula berubah malah keadaan semakin kronik apabila sedu itu tidak berhenti sehingga kini walaupun ketika dia sedang tidur.

Pakar perubatan yang merawatnya juga masih belum menemui cara untuk menyembuhkan penyakit itu.

Gadis itu juga sudah melalui beberapa siri imbasan, X-ray dada, pemeriksaan endoskopi, ujian pernafasan serta kajian gastrik.

Malah, doktor juga memberikan Emily pelbagai jenis ubat bagi mengubati sedu itu tetapi semuanya tidak berhasil. Emily juga mencuba kaedah osteopati dan hipnosis, keputusannya juga gagal.

Dia mencuba pelbagai kaedah tradisional seperti memakan cuka untuk menahan pernafasan selain mencuba rawatan akupuntur tetapi prosedur itu amat memenatkan.

Menurut ibunya, Cathy Barrett, 45, mereka sanggup mencuba segala kaedah perubatan bagi membolehkan anaknya itu kembali normal.

"Keadaannya itu membuatkan tekaknya menjadi sakit tetapi dia berjaya mengawalnya.

"Setiap kali dia mengalami sedu, dia akan diberikan segelas air dan mujurlah pihak sekolah sangat memahami keadaannya itu dan dia sering diberi perlepasan setiap tengah hari di sekolahnya untuk membolehkan dia berehat sebelum menyambung semula pembelajaran," ujar ibunya yang bekerja sebagai pekerja kebajikan.

Emily berkata, dia sudah melakukan pelbagai cara untuk menghilangkan sedunya termasuk meminum cuka.

"Sudah tentu rasa cuka masam dan tak sedap. Saya tidak akan mencubanya lagi," jelasnya.

Sedu kronik

Dia kini sedang dirawat dengan bantuan dua ubat iaitu domperidone, sejenis ubat antiloya dan omeprazole yang digunakan untuk merawat penyakit refluks gastro.

Tambah ibunya, kesemua cara untuk mengubati penyakit sedu kronik anaknya itu tidak menjadi.

"Kami sudah ketandusan idea tentang cara untuk mengubatinya dan dia juga sudah bosan dengan penyakitnya itu.

"Saya faham sekiranya seseorang itu mengalami sedu dalam tempoh beberapa saat sahaja tetapi ia sangat menyusahkan apabila mengalami sedu untuk tempoh yang lama," katanya sambil memberitahu anaknya itu tiada sebarang masalah kesihatan.

Jelasnya, ubat-ubatan yang sering digunakan untuk merawat sedu memberi kesan kepada orang dewasa tetapi ia tidak bersesuaian untuk digunakan kepada kanak-kanak.

"Anak saya sudah mencuba ubat haloperidol tetapi ubat itu membuatkannya terpaksa dimasukkan ke hospital hampir seminggu.

"Ada seorang gadis Amerika yang mencipta 'hiccupop' dan saya percaya produk itu mampu memberi kesan kepada anak saya kerana gadis itu telah mencubanya terlebih dulu tetapi malangnya ia belum berada di pasaran," beritahu beliau.

Penyakit yang dideritai Emily turut dialami oleh seorang pemuzik, Charles Osborne, yang mengalami penyakit itu selama 68 tahun tetapi hilang dengan sendirinya seperti yang tercatat di dalam Guinness Book of World Records.

Pada tahun 2010, pemuzik itu terpaksa menjalani pembedahan otak akibat masalah itu.

Sementara itu, pakar perunding perubatan Pusat Perubatan Kajang Plaza di Kajang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, sedu berpunca apabila otot diafragma mengecut secara tidak terkawal dan diikuti penutupan peti suara.

"Ini menyebabkan berlakunya rangsangan dan radang pada saraf vagus serta saraf phrenic.

"Sebab terjadinya sedu berdasarkan faktor minuman bergas, alkohol, jangkitan kuman atau ketumbuhan pada tekak dan reflux asid (gastrik).

"Simptomnya juga bergantung kepada sebab berlakunya sedu dan jika ia berlaku disebabkan jangkitan kuman, simptom seperti demam, batuk dan sakit tekak akan terjadi," jelasnya.

Tambahnya, cara untuk mengurangkan sedu ialah dengan menjaga pemakanan serta mengurangkan pengambilan minuman bergas atau alkohol.

"Normal bagi seseorang mengalami sedu dalam tempoh 24 jam, tetapi perlu merujuk kepada pakar sekiranya ia melebihi tempoh tersebut bagi memastikan punca berlakunya penyakit itu," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved