Ahad, 13 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


TEKUN diminta pertingkat pembabitan Orang Asli dalam bidang keusahawanan

Posted:

TEKUN diminta pertingkat pembabitan Orang Asli dalam bidang keusahawanan

TEKUN diminta pertingkat pembabitan Orang Asli dalam bidang keusahawanan

13/10/2013 9:57pm

BERA - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) diminta lebih mendekati masyarakat Orang Asli dalam usaha mempertingkat pembabitan mereka dalam bidang keusahawanan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak ditubuhkan pada 1994, lebih 237,000 usahawan meminjam daripada TEKUN, namun daripada jumlah itu, hanya 195 Orang Asli terlibat.

"Sehubungan itu, saya berharap TEKUN turun padang sekerap mungkin bagi memberi penerangan kepada Orang Asli supaya mereka lebih faham serta membuat pinjaman TEKUN dan melibatkan diri dalam bidang keusahawanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan Usahawan dan Keusahawanan Parlimen Bera dan Pembangunan Ekonomi Orang Asli di Bera.

Menurut Ismail Sabri, sejak ditubuhkan, TEKUN mengeluarkan pinjaman sebanyak RM2.8 bilion kepada usahawan kecil Bumiputera.

TEKUN yang diletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sejak 2009, bertujuan menyediakan pembiayaan usaha niaga secara mudah dan cepat, menyediakan maklumat keusahawanan serta peluang perniagaan selain bimbingan kepada Bumiputera. - Bernama

Tiga ditahan, polis rampas lebih 2,000 biji pil dipercayai pil kuda di Dungun

Posted:

Tiga ditahan, polis rampas lebih 2,000 biji pil dipercayai pil kuda di Dungun

Tiga ditahan, polis rampas lebih 2,000 biji pil dipercayai pil kuda di Dungun

13/10/2013 9:09pm

DUNGUN - Pasangan kekasih adalah antara tiga yang ditahan bersama lebih 2,000 pil dipercayai pil kuda dalam serbuan di sebuah rumah di bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata, serbuan oleh sepasukan tujuh anggota Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun pada pukul 8.30 pagi itu dibuat hasil maklumat orang ramai.

"Pil-pil yang ditemui dalam 10 paket di dalam sebuah bilik di rumah itu dianggar bernilai RM25,000.

"Pasangan kekasih yang kedua-duanya berumur 28 tahun itu dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar bandar itu sejak sebulan lepas," katanya.

Turut dirampas wang tunai RM605 dipercayai hasil jualan dadah, buku akaun dan lesen memandu.

Menurut Ahmad Zailani, polis turut menemui 10 biji pil, dipercayai dadah bersama lelaki berusia 20-an yang ditahan bersama pasangan kekasih itu.

Ahmad Zailani menyatakan ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Sementara itu, Ahmad Zailani berkata, polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki memecah masuk sebuah tadika di Kampung Ketengah Jaya, di sini pada 28 Sept lepas.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di rumah keluarganya di Kampung Felda Kerteh 4, di sini pada pukul 8.15 pagi, Khamis lepas. - Bernama

Wanita digesa rebut peluang dalam industri kraftangan

Posted:

Wanita digesa rebut peluang dalam industri kraftangan

Wanita digesa rebut peluang dalam industri kraftangan

13/10/2013 7:11pm

KUCHING - Kemahiran untuk menghasilkan kraftangan berkualiti tinggi boleh mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mencapai sekurang-kurangnya 55 peratus penyertaan wanita dalam guna tenaga menjelang 2015.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, terdapat banyak peluang dalam bidang ekonomi termasuk sektor tak formal seperti pembabitan wanita dalam kraf manik dan industri berkaitan yang boleh diterokai.

"Menurut Laporan Penyiasatan Guna Tenaga Sektor Tak Formal Malaysia 2012, bilangan tenaga kerja di sektor formal mencatatkan 1.0 juta (8.2 peratus) daripada keseluruhan pekerja dalam ekonomi pada 2012.

"Majoriti pekerja sektor tak formal di Malaysia didapati di kawasan bandar berjumlah 656,800 orang, daripada jumlah itu wanita mencatatkan 274,800 orang (41.8 peratus)," katanya pada majlis makan malam gala Persidangan Manik Antarabangsa Borneo 2013, di sini.

Rohani berkata, dalam konteks pekerjaan, dua kategori pekerjaan mencatatkan lebih 35 peratus pekerja dalam sektor tak formal pada 2012, iaitu kraf dan pekerja pertukangan berkaitan (36.3 peratus) serta perkhidmatan dan pekerja jualan (35.6 peratus).

"Jumlah pekerja kraf wanita dan pekerja pertukangan berkaitan adalah 115,300 dan ini lebih kurang 30.45 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja dalam industri kraf dan industri berkaitan dalam sektor tak formal.

"Saya tahu sebahagian daripada anda yang terlibat dalam industri manik hanya sebagai hobi, sesuatu yang anda lakukan pada masa lapang, bagi yang lain ia merupakan pilihan kerjaya. Ramai usahawan wanita kita boleh menikmati pendapatan lumayan hasil daripada pembuatan manik,"katanya.

Tambahan pula, ganjaran yang diperoleh daripada hobi itu tidak ternilai, wanita boleh bekerja di rumah dan pada masa yang sama menjaga keluarga mereka. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved