Rabu, 31 Julai 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pengakap Perak masak 16 periuk bubur lambuk

Posted:

Pengakap Perak masak 16 periuk bubur lambuk

Pengakap Perak masak 16 periuk bubur lambuk

SHAMSUDIN (tengah) menyampaikan bubur lambuk dan akhbar Kosmo! kepada orang ramai sempena Karnival Bubur Lambuk anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia cawangan Perak di Bidor baru-baru ini.


AGIH. Persekutuan Pengakap Malaysia cawangan Perak menganjurkan Karnival Bubur Lambuk yang diadakan di pekarangan Surau Kampung Simpang Tiga, Bidor, Perak baru-baru ini.

Pesuruhjaya Pengakap Perak, Ahmad Azam Shah Abd. Majid berkata, seramai 160 sukarelawan terdiri daripada anggota pengakap pelbagai kaum di seluruh negeri tersebut telah bergotong-royong memasak sebanyak 16 periuk bubur lambuk.

Karnival kali ketiga anjuran badan beruniform berkenaan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil Negeri Perak, Datuk Shamsudin Abu Hassan.

"Sebanyak 3,000 bungkus bubur lambuk yang dimasak mengikut resipi istimewa daripada Persatuan Chef Perak itu kemudiannya diagihkan secara percuma kepada penduduk yang berada di sekitar kawasan Bidor, Tapah, Sungkai dan Slim River," katanya.

Mara beri khidmat gunting rambut secara percuma

Posted:

Mara beri khidmat gunting rambut secara percuma

Mara beri khidmat gunting rambut secara percuma


MOHD. ZAIN (tiga dari kanan) turut menunjukkan kemahiran menggunting rambut sambil diperhatikan pelatih GiatMara di Penaga baru-baru ini.


PERSIAPAN. Seramai 50 penduduk daripada pelbagai peringkat umur menyertai program gunting rambut secara percuma anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) Pulau Pinang di Penaga baru-baru ini.

Program 'Dekat Di hati Bersama Mara' itu dikendalikan oleh tenaga pengajar dan pelatih GiatMara Tasek Gelugor.

Program yang bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang itu bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah mempersiapkan diri untuk menyambut ketibaan hari lebaran.

Turut serta memeriahkan program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd. Zain Ahmad; Pengarah Mara negeri, Yahaya Sani dan isteri Ahli Parlimen Kepala Batas, Datin Ismalina Ismail.

Selain itu setiap peserta turut menerima sumbangan bubur lambuk yang disediakan oleh Mara negeri.

ASAS kumpul 120 bekas pelajar untuk berbuka puasa

Posted:

ASAS kumpul 120 bekas pelajar untuk berbuka puasa

ASAS kumpul 120 bekas pelajar untuk berbuka puasa


ABU BAKAR (duduk tiga dari kiri) dan Zainuddin (berdiri dua dari kiri) beramah mesra dengan pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah pada majlis berbuka puasa di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.


BERKUMPUL. Sempena 50 tahun penubuhan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS), sebanyak 120 bekas pelajar sekolah berkenaan hadir untuk berbuka puasa beramai-ramai.

Menurut Presiden ASAS, Profesor Datuk Zainuddin Md. Wazir, majlis berbuka puasa kali ini amat istimewa kerana ahli ASAS berkumpul di bangunan lama sekolah tersebut yang kini menempatkan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur.

Sekolah Alam Shah kini berlokasi di Putrajaya selepas berpindah pada tahun 2003.

"ASAS mempunyai kira-kira 3,000 orang ahli terdiri daripada pelbagai jawatan," katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah yang juga ahli ASAS.

Selain berbuka dan mengerjakan solat bersama, majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Si Empat Mata jadi buruan

Posted:

Si Empat Mata jadi buruan

Si Empat Mata jadi buruan

SI EMPAT MATA kini jadi buruan polis.


KUALA LUMPUR - Siasatan lanjut kes pembunuhan tokoh perbankan, Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak di kawasan letak kereta sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon dekat Bukit Bintang di sini pada Isnin lalu menemui dua perkembangan penting yang diharap dapat merungkai dalang di sebalik kejadian itu.

Pertama, polis telah menangkap pemandu teksi yang membawa lelaki disyaki pembunuh upahan dan kedua, gambar lelaki dipercayai terlibat dalam pembunuhan yang diambil daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) diedarkan kepada orang ramai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan agresif pihaknya dapat menahan seorang pemandu teksi berketurunan Cina di sebuah restoran di Sri Petaling di sini pada pukul 9 malam kelmarin. Dia kini direman selama tujuh hari bermula semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ahli Parlimen, polis diminta berganding bahu

Posted:

Ahli Parlimen, polis diminta berganding bahu

Ahli Parlimen, polis diminta berganding bahu

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta semua Ahli Parlimen berganding bahu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani isu jenayah berat di negara ini.

Beliau berkata, siri pembunuhan menggunakan senjata api akhir-akhir ini dilihat seperti mencabar PDRM.

"Oleh itu, satu kempen perlu dijalankan dalam menangani jenayah berat agar penjenayah sedar semua pihak bencikan mereka.

"Jenayah perlu diperangi bersama-sama seberapa segera. Jangan tunggu sampai jenayah itu sampai depan pintu rumah kita," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini semalam.

Menurutnya, semua pihak tanpa mengira latar belakang politik perlu memainkan peranan masing-masing kerana penjenayah dilihat tidak gentar dengan undang-undang sedia ada.

"Esok (hari ini), saya akan adakan kempen perangi jenayah bermula dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara supaya mereka turut memainkan peranan. Mereka perlu jalankan kempen di kawasan mereka agar kempen itu tidak terhenti," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Filem The New Village perlu ditentang

Posted:

Filem The New Village perlu ditentang

Filem The New Village perlu ditentang

SUNGAI PETANI - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir sependapat dengan pelbagai pihak bahawa filem The New Village tidak wajar ditayangkan jika ia mengagung-agungkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Menurutnya, filem itu perlu disekat dan ditentang, sebaliknya filem seperti Tanda Putera yang merupakan sejarah sebenar patut dipertontonkan.

"Filem itu (Tanda Putera) perlu dihayati khususnya dalam kalangan golongan muda sebagai menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan tanah air," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Kem Lapangan Terbang dekat sini malam kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Azmi galas tanggungjawab Fandi

Posted:

Azmi galas tanggungjawab Fandi

Azmi galas tanggungjawab Fandi

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

AZMI (kiri) memulakan sesi latihan bersama skuad Johor DT di Stadium UTM, Skudai, Johor Bahru malam tadi.


BELUM sampai sebulan nama Cesar Ferrando Jiminez disebut-sebut menjadi ketua jurulatih baharu Johor Darul Takzim (Johor DT) bagi saingan musim depan, skuad Harimau Selatan sekali lagi menerima kejutan.

Kali ini, jurulatih kelahiran Singapura, Fandi Ahmad (gambar kecil) dilapor tidak lagi menjadi 'pilihan' Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) membimbing Johor DT.

Sebaliknya, PBNJ memberi kepercayaan kepada anak tempatan yang juga jurulatih Johor, Azmi Mohamed bagi meneruskan tugas Fandi pada Piala Malaysia yang bermula 20 Ogos ini.

Bagaimanapun, Fandi dilapor masih kekal menjawat jawatan sebagai pengurus skuad Harimau Selatan itu.

Terdahulu, timbul spekulasi di beberapa media sosial yang mengatakan PBNJ telah memecat Fandi sebagai ketua jurulatih Johor DT.

Khabar angin itu bagaikan benar apabila Azmi memberitahu bahawa beliau telah menerima surat rasmi untuk menggantikan Fandi buat sementara.

Menurut Azmi, beliau menerima surat lantikan tersebut kira-kira pukul 1 petang kelmarin dengan arahan jelas untuk melatih Johor DT bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.

"Saya tidak tahu mengenai Fandi tetapi saya sudah menerima surat rasmi untuk melatih Johor DT berkuat kuasa serta merta semalam (kelmarin)," kata Azmi ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Difahamkan, kegagalan Johor DT menjuarai Piala FA dan Liga Super musim ini meskipun mempunyai barisan pemain bintang termasuk beberapa pemain kebangsaan, menjadi antara faktor Fandi 'digugurkan' daripada membimbing pasukan itu.

Mengulas lanjut tugasnya sebagai jurulatih baharu Johor DT, Azmi mengakui ia bukanlah satu tugas mudah.

Namun menurut Azmi, dia tetap akan berusaha untuk merealisasikan impian Johor DT meraih satu daripada tiga piala musim ini.

"Memang ini tugas yang cukup mencabar tetapi saya akan cuba lakukan sesuatu yang terbaik untuk cita-cita menjuarai Piala Malaysia. Apa yang penting, saya harap semua pemain dapat memberi kerjasama

"Ini merupakan peluang terakhir untuk Johor DT menjulang salah satu piala musim ini selepas gagal menjuarai Piala FA dan Liga Super," katanya.

Azmi memulakan tugasnya dengan mengendalikan sesi latihan Johor DT di Stadium Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru malam tadi manakala Fandi pula hanya dilihat berada di tempat duduk penonton.

Jangan hanya jadi temasya sarkas

Posted:

Jangan hanya jadi temasya sarkas

Jangan hanya jadi temasya sarkas

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


ZOLKPLES (tengah) beramah mesra dengan atlet-atlet negara pada majlis berbuka puasa di MSN, Bukit Jalil malam tadi.


TIDAK lagi perlu menjadi 'jaguh kampung'.

Demikian saranan Majlis Sukan Negara (MSN) sekiranya Malaysia berhasrat menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2017.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi mengenal pasti acara sukan yang dipertandingkan pada temasya itu nanti.

Menurut beliau, sebagai tuan rumah, acara-acara sukan yang tidak dipertandingkan pada peringkat tertinggi seperti temasya Sukan Asia, Komanwel mahupun Olimpik sewajarnya digugurkan hanya kerana mahu merangkul gelaran juara keseluruhan.

"Acara-acara mengarut seperti renang sirip, sepak bulu ayam, kempo dan vovinam seperti yang dipertandingkan pada temasya sebelum ini perlu digugurkan. Jangan jadikannya seperti temasya sarkas semata-mata mahu menjadi juara keseluruhan.

"Saya yakin MOM memiliki pendirian yang sama dan kami akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekiranya hasrat menjadi tuan rumah benar-benar mahu direalisasikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Atlet di MSN, Bukit Jalil malam tadi.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin melahirkan hasrat supaya negara muncul tuan rumah Sukan SEA 2017 selepas kali terakhir menganjurkan temasya dwi-tahunan itu pada 2001.

Ia ekoran tuan rumah asal, Brunei hanya bersedia menganjurkan temasya itu pada 2019, tahun yang sepatutnya menjadi giliran Malaysia sebagai tuan rumah.

Bagaimanapun jelas Zolkples, sukan tradisi seperti silat olahraga dan sepak takraw wajar diteruskan kerana ia masih dipertandingkan pada temasya Sukan Asia.

Mengenai bajet yang dikatakan mencecah RM116 juta, Zolkples memberitahu, anggaran awal itu dilihat masih berpatutan dan jauh lebih rendah berbanding perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan ketika menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma).

"Penganjuran temasya Sukan SEA kali ini juga tidak memerlukan pembinaan gelanggang sukan baharu, sebaliknya penambahbaikan mana-mana venue sedia ada," jelasnya.

Dalam pada itu, kontinjen negara dijangka 'terlepas' sekurang-kurangnya 30 pingat emas pada temasya Sukan SEA di Myanmar yang bakal membuka tirainya Disember depan.

Ini kerana menurut Zolkples, beberapa acara yang sebelum ini menjadi 'lubuk emas' kontinjen negara digugurkan penganjur kali ini.

"Acara seperti trek berbasikal (10 emas), boling (lima emas) dan renang seirama (lima emas) yang dipertandingkan pada temasya dua tahun lalu merupakan antara acara yang digugurkan oleh Myanmar kali ini," katanya.

Pada 2011, kontinjen negara melabuhkan tirai Sukan SEA di Indonesia di tempat keempat keseluruhan carta pungutan pingat selepas meraih 59 emas, 50 perak dan 81 gangsa.

Ketika itu, penembak wanita, Nur Suryani Mohamed Taibi berjaya 'membidik' emas sulung kontinjen negara apabila mengungguli acara 50 meter 3 posisi Pistol Wanita manakala kilauan emas terakhir pula disumbangkan skuad Harimau Muda yang mengecewakan tuan rumah, Indonesia pada aksi final di Gelora Bung Karno, Jakarta.

'Beri Rajagobal peluang'

Posted:

'Beri Rajagobal peluang'

'Beri Rajagobal peluang'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

BEKAS Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Ibrahim Saad berpendapat Datuk K. Rajagobal harus diberi peluang membimbing skuad Harimau Malaya sehingga berakhirya kempen kelayakan Piala Asia 2015 tahun depan.

Ibrahim berkata, tindakan untuk memecat Rajagobal, 57, bukan jalan terbaik bagi menyelesaikan prestasi merudum skuad kendaliannya sejak kebelakangan ini.

Sebaliknya, Ibrahim menjelaskan bahawa Rajagobal dan anak-anak buahnya harus mengembalikan semula keyakinan serta kepercayaan peminat tempatan.

"Caranya ialah meraih kemenangan dalam setiap perlawanan yang dilalui termasuk aksi persahabatan.

"Saya fikir Rajagobal masih belum terlambat tetapi kali ini, beliau harus mendengar pendapat dan pandangan daripada 'orang-orang lama' serta bekas pemain kebangsaan.

"Saya lihat pendekatan itu tidak akan merugikan Rajagobal, malah beliau akan mendapat input tambahan dan berguna bagi membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap.

"Secara peribadi, saya berasakan bahawa Rajagobal harus diberi peluang, sekurang-kurangnya hingga tamat kelayakan Piala Asia nanti," jelas Ibrahim ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sejak beberapa bulan lalu, pemerhati dan peminat bola sepak tempatan seakan-akan sudah hilang sabar dengan prestasi hambar skuad Harimau Malaya sehingga ada dalam kalangan mereka mahukan Rajagobal dipecat.

Semuanya gara-gara keputusan buruk yang dilakar oleh anak-anak buah Rajagobal yang menyaksikan mereka sekadar meraih dua kemenangan sepanjang 12 perlawanan yang diharungi tahun ini.

Selain meraih kemenangan 2-1 ke atas Yemen dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada 22 Mac lalu, Harimau Malaya menang 4-0 ketika menentang kelab Australia, Sydney Olympic pada perlawanan persahabatan bulan lalu.

Mengulas lanjut, Ibrahim menegaskan, Rajagobal tidak perlu 'berdendam' dengan setiap kritikan yang dilemparkan terhadapnya dan skuad Harimau Malaya.

"Rajagobal tidak boleh berkecil hati, sudah menjadi perkara biasa seseorang jurulatih dihentam atau dikritik.

"Kita beri peluang dahulu kepada Rajagobal untuk meneruskan perancangannya bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015.

"Harap peminat dapat bersabar kerana pertukaran jurulatih belum tentu dapat memperbaiki prestasi skuad negara dalam masa terdekat," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Durian runtuh penjual air tebu

Posted:

Durian runtuh penjual air tebu

Durian runtuh penjual air tebu

AZIZUL MAT IRA memerah tebu menggunakan mesin di gerainya yang terletak berdekatan jeti Pulau Perhentian, Terengganu.


DI Malaysia, seolah-olah sudah menjadi satu tradisi pada bulan Ramadan, ratusan bazar akan muncul di seluruh negara.

Bazar-bazar Ramadan ini menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa termasuk berjenis-jenis kuih dan makanan tradisional serta lauk-pauk.

Selain itu, terdapat gerai yang menjual pelbagai minuman seperti cendol, cincau dan bandung.

Antara gerai minuman yang laris di bazar Ramadan di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor ialah gerai air tebu yang diurus oleh Amran Hamid.

Menurut Amran, 32, pendapatan hariannya hasil jualan air tebu meningkat empat kali ganda pada bulan puasa berbanding bulan-bulan lain.

Amran hanya menjual air tebu di bazar Ramadan itu.

"Pada hari-hari bulan lain, saya cuma dapat dalam RM100 sehari. Gerai saya terletak berhampiran sebuah sekolah di Batu Arang. Saya mula berniaga dari tengah hari hingga petang,'' jelas Amran.

Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada pelajar sekolah. Ramadan membawa 1,001 keberkatan. Pada bulan puasa, dia memperoleh sehingga RM400 sehari walaupun menjual air tebu selama dua jam iaitu dari pukul 5 petang hingga 7 petang.

"Ramai daripada pelanggan saya merupakan kakitangan awam dan swasta yang mahu pulang berbuka puasa di rumah," katanya.

Amran mendapat bekalan tebunya dari Kuala Selangor. Bagaimanapun pendapatannya merudum jika hari hujan.

Walaupun hari hujan pada bulan puasa, dia masih memperoleh lebih kurang RM300 sehari.

Kenapa ramai yang meminati jus tebu? Seorang guru, Samsul Aziz Baharuddin menjelaskan, air tebu selain menghilangkan dahaga juga menyejukkan badan mereka yang berpuasa sehari suntuk.

"Saya diberitahu jus itu bagus untuk mereka yang mempunyai kandungan kolesterol tinggi dalam badan," terang guru itu.


HAMPAS tebu dibuang selepas diperah airnya.


Alternatif sihat

Menurut Samsul, beliau ada terbaca tentang satu kajian saintifik yang dilakukan Pusat Nasional di Havana, Cuba yang mendedahkan, jus tebu mengandungi oktakosanol iaitu faktor yang merencat pembentukan kolesterol dalam darah.

Menurut Organic Lifestyle Magazine, jus tebu merupakan satu alternatif sihat berbanding gula pasir.

Majalah itu menjelaskan, air tebu mengandungi fruktos dan glukos yang tidak memerlukan tindak balas insulin untuk metabolisme jika dibandingkan dengan gula yang berasaskan sukros.

"Sebabnya, tubuh manusia menjalankan proses metabolisme berasaskan gula tumbuhan ini dalam hati dan bukan dalam usus kecil. Fruktos dan glukos daripada jus tebu akan diserap lebih perlahan berbandingkan sukros dan tidak menyebabkan perubahan mendadak dalam paras gula darah," menurut majalah itu.

Pakar kesihatan percaya, walaupun jus tebu tidak mengandungi kumpulan vitamin seperti A, C atau E, ia masih mengandungi antioksidan daripada bahan flavonoid dan fenol.

Flavonoid adalah penentang virus, alergi, keradangan, tumor serta membawa kesan antioksidan dalam tubuh manusia.

Jus tebu diperoleh dengan memerah batang tebu yang telah dikupas kulitnya menggunakan mesin pemerah yang diputar dengan tangan atau mesin. Jus itu lebih enak jika diminum sejuk.

Ia sememangnya popular dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana jus itu mudah didapati di banyak lokasi.

Di Malaysia, air tebu boleh didapati di seluruh negara terutama di gerai tepi jalan dan di medan selera. Ia juga dibotolkan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Jus tebu juga mempunyai kalori tinggi untuk membekalkan tenaga kerana kandungan gulanya. - Bernama

Bak balik kampung di Paya Serai

Posted:

Bak balik kampung di Paya Serai

Bak balik kampung di Paya Serai

IKAN terubuk panggang antara ratusan hidangan yang disediakan di Paya Serai, Hotel Hilton Petaling Jaya.


BERBUKA puasa di Paya Serai, Hotel Hilton Petaling Jaya sememangnya tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Manakan tidak, tahun ini, restoran yang diiktiraf halal sepenuhnya itu mengimbau kembali gaya masakan kampung yang menyelitkan sajian Melayu klasik bersama masakan pengenalan baharu hasil karya chef Melayu hotel tersebut, Chef Noor Hisham Ismail.

Bufet ekstensif itu merangkumi sajian tempatan kegemaran ramai dari negeri-negeri di Malaysia di samping sajian Ramadan Hilton Petaling Jaya yang diminati ramai.

"Sajian ini diinspirasikan oleh makanan kegemaran saya sewaktu membesar dan saya amat berbesar hati untuk berkongsi kesemuanya bersama tetamu kami sepanjang Ramadan ini.

"Sudah pasti kami akan menawarkan sajian kegemaran ramai yang sentiasa menggamit tetamu untuk kembali ke sini pada setiap bulan Ramadan, tahun demi tahun," kata Chef Noor Hisham, yang bakal menyediakan sajian yang diinspirasikan dari kampung halamannya di Perak.

Seiring dengan suasana serba baharu hotel tersebut, Chef Noor Hisham turut memperkenalkan sajian-sajian baharu yang diinspirasikan oleh masakan kampung halaman setiap chef di situ.

Mulakan pengalaman berbuka puasa dengan menikmati sajian pengenalan baharu tahun ini yang terdiri daripada sup gear box, mi rebus tulang, nasi beriani kambing, udang goreng daun kari dan ikan patin bakar tempoyak.

Nikmati juga sajian terkenal seperti daging rendang tok, bubur lambuk, ayam percik, ikan terubuk panggang dan nasi bokhari ayam.

Warung Nasi Padang Hotel Concorde

Posted:

Warung Nasi Padang Hotel Concorde

Warung Nasi Padang Hotel Concorde

Makanan tempatan disediakan bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang pelbagai.


HOTEL Concorde Kuala Lumpur menyajikan hidangan istimewa yang didatangkan khas dari Indonesia melalui promosi Warung Nasi Padang Ibunda di Kafe Melting Pot dan Concorde Ballroom sehingga 7 Ogos ini.

Makanan Padang bukan sahaja terkenal di Indonesia malah di Malaysia dan Singapura kerana rasanya yang pedas dan berlemak.

Antara hidangan yang disediakan ialah soto Padang, rendang, ayam goreng rempah, daging dendeng balado, paru dendeng, ikan goreng lado hijau, kelio ayam nangka dan urat kaki lembu.

Pencuci mulut asli dari Padang seperti godok batinta, serabi, sala lauak dan cenil menjadi pelengkap kepada selera Minangkabau yang menyelerakan.

Tidak ketinggalan, makanan tempatan dan hidangan antarabangsa dipersembahkan bagi memenuhi cita rasa semua pengunjung.

Jika masih belum puas, nikmati makanan seperti kambing panggang, mi rebus Johor, ikan panggang berempah dan masakan Cina yang tersedia menanti anda.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tidak mustahil perbualan Susilo diintip

Posted:

Tidak mustahil perbualan Susilo diintip

Tidak mustahil perbualan Susilo diintip

SUSILO (kanan) berjalan bersama Rudd ketika mereka tiba di Istana presiden di Bogor, Jawa Barat pada 5 Julai lalu.


JAKARTA - Dakwaan berlakunya pengintipan terhadap perbualan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono oleh perisik Britain pada persidangan G20 di London 2009 adalah tidak mustahil kerana ia mampu memberi sinergi kepada negara-negara Komanwel.

"Sekiranya pihak yang terlibat dalam pengintipan itu adalah Britain, Australia atau Amerika Syarikat, ia sememangnya memberi manfaat terhadap kepentingan mereka," kata penganalisis politik, Mejar Jeneral (B) Glenny Kairupan kepada akhbar Antara semalam.

Glenny yang merupakan bekas pengarah perhubungan luar negara tentera Indonesia memberitahu, secara prinsipnya perbualan boleh dipantau.

Tambahan pula kemajuan teknologi membolehkan perisik untuk memintas perbualan seseorang.

Kenyataan tersebut dibuat ketika beliau mengulas laporan akhbar The Sydney Morning Herald pada minggu lalu yang menyatakan Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd merupakan individu yang mendapat manfaat daripada intipan perbualan Susilo pada mesyuarat tersebut.

Jurucakap presiden, Teuku Faizasyah menyifatkan tindakan itu sebagai tidak beretika kerana maklumat boleh diperoleh menerusi diplomasi.

Sedar bahawa aktiviti pengintipan sangat bahaya dan melanggar hubungan antarabangsa, Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa menyatakan pihaknya telah meminta pengesahan laporan tersebut dari Britain memandangkan dakwaan itu datangnya dari pihak ketiga. - Bernama

Warden Penjara Kerobokan nafi warga Britain didera dalam tahanan

Posted:

Warden Penjara Kerobokan nafi warga Britain didera dalam tahanan

Warden Penjara Kerobokan nafi warga Britain didera dalam tahanan


BEBERAPA banduan berjalan masuk ke Penjara Kerobokan selepas menghadiri perbicaraan di sebuah mahkamah di Denpasar, Bali.


DENPASAR - Warden sebuah penjara di Indonesia semalam menafikan dakwaan bekas banduan Britain, Rachel Dougall bahawa dia didera dan penjara berkenaan dipenuhi penyalahgunaan dadah.

Dougall, 40, memberitahu akhbar Britain, Daily Mail pada minggu ini bahawa dia dipukul, dibuli dan terpaksa menangkis gangguan seksual daripada kalangan banduan wanita dan pengawal penjara lelaki.

Kenyataan tersebut dibuat selepas dia dihantar pulang ke Britain pada Mei setelah selesai menjalani hukuman penjara 12 bulan berkaitan kes dadah.

"Dakwaan wanita itu bercanggah dengan fakta," kata warden Penjara Kerobokan, Gusti Ngurah Wiratna kepada agensi berita AFP.

Penjara itu terletak di pulau peranginan Bali di sini.

"Kami menyoal 16 banduan asing di blok Dougall dan mereka memberitahu, kenyataan wanita itu tidak munasabah," tambahnya.

Ujar Gusti, komen tersebut boleh merosakkan imej penjara Indonesia.

Dougall yang dipenjarakan kerana tidak melaporkan teman lelakinya memiliki kokain turut mendakwa dia berulang kali dipukul oleh tahanan lain.

"Saya akan menutup muka dan membiarkan mereka menumbuk dan menendang saya," katanya.

Jelas bekas banduan tersebut, penghuni-penghuni lain cuba memaksanya supaya mengambil dadah.

Dia juga turut menjadi mangsa gangguan seksual seorang banduan lesbian di penjara itu.

Dougall ditahan dalam satu operasi polis pada 2012 selepas pihak berkuasa menemui kokain seberat lima kilogram dalam bagasi seorang lagi warga Britain, Lindsay Jun Sandiford, 56, di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sini.

Dia merupakan antara empat rakyat Britain dan seorang warga India yang disyaki terlibat dalam satu sindiket penyeludupan dadah tetapi hanya disabitkan kesalahan gagal melaporkan bahawa teman lelakinya, Julian Ponder memiliki dadah.

Media tempatan dan asing pernah melaporkan bahawa Penjara Kerobokan yang menempatkan banduan asing, terkenal dengan penyalahgunaan dadah, rasuah dan penderaan. - AFP

Pengantin dari Thailand sedang berbulan madu mati dipanah petir

Posted:

Pengantin dari Thailand sedang berbulan madu mati dipanah petir

Pengantin dari Thailand sedang berbulan madu mati dipanah petir


IMEJ menunjukkan gambar perkahwinan Ratchaya Tantranon (kiri) dan Aram Kawewong yang maut semasa berbulan madu di ngarai Grand Canyon, Arizona.


ARIZONA, Amerika Syarikat - Sepasang kekasih dari Thailand yang baharu berkahwin menemui ajal akibat dipanah petir semasa mereka berbulan madu di ngarai Grand Canyon, kata sepupu pengantin lelaki.

Aram Kawewong dan isterinya, Ratchaya Tantranon terkorban pada 23 Julai lalu dekat lokasi meninjau LeFevre Scenic Overlook di sini.

Jeralynn Kozak dari Florida yang merupakan sepupu kepada Kawewong berkata, pasangan itu melangsungkan perkahwinan mereka pada 10 Julai lalu.

Menurutnya, pasangan pengantin baharu itu sedang melawat ngarai Grand Canyon apabila dipanah petir semasa cuaca cerah dan langit biru.

Satu kenyataan daripada Pejabat Sheriff Daerah Coconino memberitahu bahawa pasangan itu berusia 20 tahun dan berasal dari Chiang Mai, utara Thailand.

"Kami berasa sangat sedih dan tertekan," kata Kozak yang menjelaskan bahawa mayat kedua-dua mangsa akan dihantar pulang ke Thailand untuk disemadikan.

Panahan petir itu turut mencederakan seorang remaja berusia 16 tahun bernama John Wade Young yang berasal dari Tyler, Texas. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ops Selamat 3: Had laju jalan persekutuan, jalan negeri dikurangkan 10km/j

Posted:

Ops Selamat 3: Had laju jalan persekutuan, jalan negeri dikurangkan 10km/j

Ops Selamat 3: Had laju jalan persekutuan, jalan negeri dikurangkan 10km/j

31/07/2013 9:48pm

KUALA LUMPUR - Pengurangan had laju 10 kilometer sejam (km/j) di jalan persekutuan dan negeri di seluruh negara akan dilaksanakan sepanjang Ops Selamat 3 yang bermula esok hingga 18 Ogos ini sempena Aidilfitri.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sepanjang tempoh itu, kelajuan di jalan persekutuan akan diturunkan kepada 80km/j berbanding 90km/j manakala had laju di jalan negeri ialah 70km/j berbanding 80km/j sebelum ini.

"Pengurangan had laju ini adalah bagi memastikan keselamatan pengguna semasa pulang ke kampung dan kami berharap pengguna dapat mematuhi had laju yang ditetapkan itu," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama mahasiswa Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Selain itu Fadillah juga memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan kerja-kerja membaiki jalan raya termasuk yang dilakukan syarikat konsesi lebuh raya turut dihentikan sepanjang Ops Selamat 3 bagi memastikan keselesaan pengguna dan kelancaran trafik. - Bernama

Shafie sambut baik cadangan perkenal semula ISA

Posted:

Shafie sambut baik cadangan perkenal semula ISA

Shafie sambut baik cadangan perkenal semula ISA

31/07/2013 9:19pm

PUTRAJAYA - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan mendapatkan pandangan semua pihak.

Beliau berkata, kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.

Katanya cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian dan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan. - Bernama

CIQ bakal dilengkapi alat pengimbas termoden - Wan Junaidi

Posted:

CIQ bakal dilengkapi alat pengimbas termoden - Wan Junaidi

CIQ bakal dilengkapi alat pengimbas termoden - Wan Junaidi

31/07/2013 9:11pm

MIRI - Kerajaan bercadang memasang alat pengimbas termoden di semua Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) untuk memantapkan kawalan sempadan negara terutama bagi mencegah penyeludupan senjata.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, walaupun CIQ kini dilengkapi alat pengimbas namun masih tidak memadai kerana ada CIQ mencatat kadar kemasukan kenderaan yang tinggi seperti di Sungai Golok Kelantan.

"CIQ Sungai Golok mencatat lebih 1,800 kemasukan lori sehari namun alat pengimbas di sana mengambil masa dua jam untuk mengimbas sebuah lori.

"Buat masa ini Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Pelabuhan Klang mempunyai sistem alat imbasan termoden di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek saguhati khas kepada 32 pesara polis yang bertugas masa darurat komunis di Sarawak, di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata, keperluan memasang alat pengimbas termoden adalah antara maklum balas yang diterimanya semasa melawat CIQ di Semenanjung Tanah Melayu baru-baru ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nelydia gembira dengan pengakuan Qi

Posted:

Nelydia gembira dengan pengakuan Qi

Nelydia gembira dengan pengakuan Qi

SEBELUM ini pasangan pelakon Qi Razali dan Nelydia Senrose selalu berteka-teki mengenai status hubungan mereka, biarpun ramai yang sudah tahu tentang keakraban kedua-duanya.

Apabila ditanya tentang sejauh mana hubungan yang terjalin antara mereka, baik Qi mahupun Nelydia lebih suka memberi jawapan selamat dengan mengatakan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar teman rapat.

Bagaimanapun, akhirnya Qi yang terkenal dengan program Jalan-Jalan Cari Makan itu telah mendedahkan bahawa dia kini merupakan kekasih kepada Nelydia.

Ia sekali gus menepati tanggapan ramai yang menganggap mereka sememangnya menjalinkan hubungan cinta.

Nelydia yang ditemui semasa penggambaran telemovie khas Setia Hujung Nyawa Raya terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. baru-baru ini berkata, pada mulanya dia agak terkejut dengan pendedahan tersebut, tetapi tidak kisah apabila hubungan mereka kini diketahui ramai.

"Saya cuma dapat tahu tentang pengakuan Qi menerusi laporan media, jadi pastinya ia satu kejutan.

"Namun begitu, saya tidak menyalahkan dia kerana hakikatnya kami kini pasangan kekasih.

"Qi tidak pernah berbincang dengan saya sebelum dia membuat kenyataan itu, tetapi saya lega kerana akhirnya dia yang membuka mulut.

"Lagipun saya rasa sudah tiba masanya untuk kami bersikap lebih terbuka dan peminat perlu tahu tentang hubungan kami sekarang," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai tindakan mereka yang berahsia tentang hubungan yang terjalin sebelum ini, Nelydia menjelaskan, dia dan Qi tidak berniat untuk merahsiakannya.


KARYAWAN produksi telemovie Setia Hujung Nyawa Raya sempat bergambar merakam kenangan.


Pelakon itu turut menyangkal dakwaan yang mengatakan populariti mereka yang sedang meningkat akan merudum sekiranya perkara itu diketahui oleh peminat.

"Saya akui sebelum ini kami belum bersedia untuk memberikan jawapan sebenar mengenai hubungan kami. Sebenarnya perasaan risau pun ada jika hubungan kami ini tidak menjadi.

"Mengenai populariti pula saya percaya peminat sekarang lebih bijak menilai seseorang artis itu. Malah saya gembira kerana mereka juga banyak memberikan sokongan terhadap hubungan kami," ujar pelakon yang baru mencecah usia 19 tahun itu.

Sementara itu, memandangkan kedua-duanya kini sudah mengaku sebagai pasangan kekasih, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Spa Q itu turut ditanya kalau dia dan Qi pernah berbincang tentang perkahwinan mereka.

Berjauhan

Menurut Nelydia, setakat ini mereka belum berbincang mengenainya meskipun Nelydia sedar usia kekasihnya itu sudah menjangkau 35 tahun.

Ujarnya, buat masa ini dia lebih selesa untuk menjalinkan hubungan cinta dengan Qi sebelum merancang untuk berkahwin.

"Ketika ini saya dan Qi sibuk dengan kerjaya masing-masing dengan tawaran yang semakin mencurah-curah.

"Mungkin itu salah satu faktor yang membuatkan kami tidak sempat untuk membawa hubungan ini ke fasa yang lebih serius.

"Pada masa yang sama, dengan usia saya sekarang perkahwinan bukanlah keutamaan kerana fokus saya sudah tentu kepada bidang lakonan dan pelajaran," jelas penuntut dalam bidang Psikologi di Kolej SEGi, Subang Jaya, Selangor itu.

Bagaimanapun, pelakon itu mendedahkan, dia tidak mampu menolak sekiranya ditakdirkan mendirikan rumah tangga pada usia muda.

Setelah hampir sebulan menjalani ibadah puasa, umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 8 Ogos ini.

Namun begitu, Nelydia menyatakan sambutan Aidilfitri tahun ini kurang berseri kerana dia tidak dapat meraikannya bersama kekasih hatinya yang kini berada jauh di perantauan.

"Ketika ini Qi sedang berada di Buenos Aires, Argentina untuk menjalani program kanak-kanak Art Attack. Dia berada di sana selama dua bulan dan dijangka pulang pada bulan September ini.

"Sepanjang tempoh tersebut kami terpaksa berjauhan dan tidak dapat beraya buat kali pertama sebagai pasangan kekasih.

"Apa yang mampu saya lakukan sekadar berdoa agar dia selamat dan sihat sepanjang berada di sana," ujarnya yang mengakui sedikit sedih kerana hasrat untuk beraya bersama-sama tidak tercapai.

NELYDIA bercuti sempena Aidilfitri selama seminggu di kampung halamannya di Bachok, Kelantan.


Cuti seminggu

Mengakui memendam perasaan rindu yang mendalam terhadap kekasihnya itu, Nelydia berkata, kerinduannya itu dapat diisi dengan memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjaya lakonannya.

"Secara kebetulan jadual lakonan saya sekarang agak padat, jadi tidaklah terasa terlalu rindu. Kalau ada masa terluang kami akan saling berhubung antara satu sama lain menerusi panggilan telefon," ujarnya.

Bercerita tentang aktivitinya sepanjang bulan puasa, Nelydia memberitahu pada tahun ini dia lebih sibuk berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana terbabit dengan penggambaran dua telemovie iaitu Setia Hujung Nyawa Raya dan Syurga Tanpa Bidadari.

"Tahun ini memberikan cabaran yang cukup besar kerana saya banyak terbabit dengan penggambaran di kawasan terbuka pada waktu siang sehingga membuatkan badan cepat letih.

"Bagaimanapun, saya mengharungi segala cabaran itu dengan kudrat yang ada. Pernah juga terfikir untuk tolak berlakon pada bulan puasa, tetapi rasa sayang pula kerana tawaran yang diterima memang menarik," ujarnya.

Ujarnya, kesibukan di lokasi penggambaran membuatkan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak dapat dilakukan.

"Sehingga kini baju raya pun saya tak sempat nak beli, malah jadual lakonan saya hanya akan tamat pada hari terakhir umat Islam berpuasa.

"Selepas itu barulah saya akan pulang menyambut hari raya ke kampung halaman di Bachok, Kelantan selama seminggu sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk kembali menjalani penggambaran," ujarnya.

Pertempuran 'jantan' De Niro, Travolta

Posted:

Pertempuran 'jantan' De Niro, Travolta

Pertempuran 'jantan' De Niro, Travolta


JOHN TRAVOLTA merealisasikan watak bekas tentera Serbia, Emil Kovac.


BERKONGSI layar perak buat kali pertama kali dalam sejarah perfileman, pemenang anugerah Oscar, Robert De Niro dan penerima dua kali pencalonan Oscar, John Travolta merupakan daya tarikan utama Killing Season yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula esok, 1 Ogos.

Ia mengisahkan tentang dua orang tentera veteran Perang Bosnia iaitu seorang rakyat Amerika Syarikat (AS), Benjamin Ford (lakonan De Niro) dan seorang bekas tentera Serbia, Emil Kovac (Travolta).

Kedua-dua karakter itu bergabung dalam satu filem yang padat dengan aksi hebat berlatarbelakangkan landskap terpencil AS di hutan belantara pergunungan Appalachian.

Mereka sebenarnya dua orang musuh lama yang berhasrat melunaskan dendam yang terpendam sekian lama. Mereka bertarung secara fizikal dan psikologi dalam bentuk pertempuran paling 'jantan' - seorang lawan seorang!

Pertempuran mereka berlanjutan sehingga ke perut Appalachian, membuatkan parut lama berdarah kembali.

Mark Steven Johnson diberi tanggungjawab sebagai pengarah filem ini dengan garapan bijak menerusi lakon layar oleh Evan Daugherty (Snow White and the Huntsmen).

"Saya jatuh hati dengan projek ini sejak pertama kali membaca skrip hebat hasil tulisan Evan Daugherty," ujar penerbit, Paul Breuls.

John McTiernan

"Ia mendebarkan, bermain dengan imaginasi, luar jangkaan dan layar didominasi oleh pertembungan dua watak utama yang cukup luar biasa.


KILLING SEASON merupakan filem pertama yang menggandingkan tenaga lakonan De Niro dan Travolta.


"Satu penghormatan kepada saya kerana dapat bekerjasama dengan Robert De Niro dan John Travolta, mendapat pengajaran tentang betapa signifikannya sifat merendah diri, pertemuan dengan bakat yang cukup mengagumkan dan keseronokan buat semua yang terlibat," ujarnya lagi.

Johnson mencelah: "Seumur hidup, anda mengimpikan untuk bekerjasama dengan Robert De Niro dan John Travolta. Mereka berdua merupakan antara aktor paling berpengaruh dalam sejarah perfileman.

"Namun, belum pernah sekali pun kita dapat menyaksikan kedua-duanya digandingkan bersama. Jadi, sudah tentu mengujakan memikirkan betapa bertuahnya dapat menjadi dalam kalangan mereka yang berjaya menyatukan De Niro dan Travolta dalam filem yang sama."

Sementara itu, ujar Travolta, dia terpanggil untuk membintangi Killing Season disebabkan pengarah John McTiernan.

"Saya pernah bekerjasama dengan McTiernan sebelum ini menerusi filem Basic (2003). Pada suatu hari, dia menemui saya lalu menyuarakan hasratnya untuk berkolaborasi dalam Killing Season. Saya lantas membaca skripnya dan terus terpaut," katanya.

Malangnya, visi McTiernan terhadap projek Killing Season tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab tertentu, lantas dia dengan rela hati mengundurkan diri daripada projek filem ini.

De Niro dan Travolta sudah menyatakan persetujuan, maka penerbit filem ini memerlukan seorang pengarah yang mampu menyajikan hasil kerja terbaik dengan mengekalkan nada daripada lakon layar asalnya.

Ujar De Niro: "Tanpa disangka-sangka kerusi pengarah Killing Season beralih kepada Johnson, yang membuatkan Travolta dan saya cukup gembira. Filem yang kami lakonkan ini hampir seratus peratus menepati skrip asal yang ditulis."

Kata Travolta pula: "Visi Johnson terhadap projek filem ini benar-benar seiring dengan apa yang dibayangkan oleh saya dan De Niro. Jadi, kami berdua terus bersetuju memilihnya selaku pengarah untuk filem ini."

Realiti dan penyelidikan

De Niro dan Travolta sememangnya terkenal dengan kesediaan mereka melabur menerusi penyelidikan mendalam terhadap watak yang diberikan kepada mereka sebelum memulakan penggambaran, sama seperti projek Killing Season.

Menurut Johnson: "Setiap kali anda melihat De Niro memainkan watak yang diberikan kepadanya, anda tahu yang dia sudah pun terlebih dahulu bersedia dengan melakukan kajian.


ROBERT DE NIRO melakukan kajian terperinci terhadap karakter lakonannya sebagai bekas tentera Amerika, Benjamin Ford.


Komen De Niro pula: "Situasi perang yang berlaku Yugoslavia sebelum ini cukup sukar. Johnson melakukan kajian mendalam yang mana sedikit sebanyak ia membantu saya untuk lebih memahaminya.

"Perang tersebut dijadikan latar belakang serta apa yang berlaku semasa peperangan."

Travolta menceritakan mengenai pengalamannya terbang ke Bosnia untuk menyediakan bahan bagi watak yang dibawakannya iaitu Emil Kovac.

"Saya melakukan lebih banyak kajian untuk filem ini berbanding filem-filem lain sebelum ini kerana saya perlukan lebih banyak pendedahan mengenai peperangan tersebut.

"Jadi saya terbang ke Bosnia dan Croatia untuk menemu bual orang ramai yang berbangsa Serbia, Croatia dan juga Bosnia demi memahami perang itu daripada perspektif mereka," jelasnya.

Tambah Travolta: "Saya mula faham bahawa setiap orang sebenarnya menyalahkan antara satu sama lain atas peperangan yang berkemungkinan dicetuskan oleh faktor luaran yang tidak begitu jelas.

"Akhirnya, sekembali dari Bosnia, saya dapat juga maklumat yang diperlukan dan rasa gembira selain berasa pentingnya untuk tidak menghukum dan berpihak kepada sesiapa.

"Saya hanya mahu jadi neutral tanpa melibatkan politik dan berbangga mengatakan, 'Tengoklah, inilah fakta-fakta yang telah berjaya saya kumpulkan'."

Dia mendedahkan: "Saya mempunyai rakan Serbia dan juga rakan Bosnia yang cukup baik hati. Mereka membantu saya memahami konsep keagamaan, politik dan etnik di sebalik watak-watak ini.

"Menerusi perbincangan dan perbualan yang mendalam bersama mereka, saya mula sedar dan memahami aspek kebarangkalian watak ini.

"Saya rasa kedua-dua watak yang dibawakan oleh De Niro dan juga saya merupakan mangsa keadaan yang akhirnya mencetuskan perlakuan setiap daripada watak tersebut."

Nubhan tempat Siti Nordiana meluah perasaan

Posted:

Nubhan tempat Siti Nordiana meluah perasaan

Nubhan tempat Siti Nordiana meluah perasaan

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

SELEPAS bergelar ibu tunggal selama empat tahun, Siti Nordiana mengakui dia kini sudah bersedia untuk kembali bergelar isteri.


SETELAH bercerai dengan pelakon drama Allahyarham Mohd. Faizal Yusop pada tahun 2009, sehingga kini penyanyi Siti Nordiana atau Nana belum menemui pengganti.

Sepanjang tempoh empat tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Hanya Sandaran itu agak jarang dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

Bagaimanapun, baru-baru ini Nana, 29, digosipkan dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 6, Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubahan Ahamad, 27.

Hubungan mereka dikatakan agak rapat sekarang. Gosip berkenaan tercetus apabila kedua-duanya dikatakan bercuti bersama-sama di Pulau Perhentian, Terengganu bulan lalu bersama lapan orang rakan yang lain.

Ibu kepada Muhamad Rayyan Nakhaie, 5, yang ditemui pada majlis bersempena program Melodi Raya anjuran TV3 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini, menjawab spekulasi tersebut secara terbuka.

Kosmo!: Sepanjang bergelar janda, anda jarang dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Boleh jelaskan hubungan anda dengan Nubhan yang kini hangat diperkatakan?

SITI NORDIANA: Apa yang boleh saya katakan, memang kami berkawan rapat sejak setahun yang lalu. Antara punca saya dan Nubhan rapat kerana masing-masing berasal dari Negeri Sembilan dan status kami sebagai artis.

Sepanjang berkenalan dan berkawan rapat, saya lihat dia seorang lelaki yang baik dan selalu mengambil berat. Sejujurnya dia menjadi tempat untuk saya meluahkan perasaan sekiranya ada sebarang masalah.

Kenyataan anda ini seolah-olah menandakan ada satu ikatan istimewa antara anda dan Nubhan. Apa status sebenar hubungan kalian berdua sekarang?

Seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini hubungan kami tidak lebih daripada sekadar teman rapat, malah saya menganggap dia seperti seorang adik memandangkan usianya yang lebih muda dua tahun daripada saya.

Misalnya, kalau dia ada melakukan sebarang kesalahan yang kecil saya akan terus tegur dia, seolah-olah teguran daripada seorang kakak kepada adiknya. Jika ada yang kata kami bercinta, ia tidak benar sama sekali.

Adakah anda dan Nubhan selalu keluar bersama-sama?

Tidaklah selalu sangat kerana masing-masing ada kerja dan komitmen sendiri. Lagipun kini kami agak jarang berjumpa kerana Nubhan sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri.

Anda sudah bergelar ibu tunggal selama empat tahun. Adakah anda telah bersedia untuk mencari pengganti?

Kalau bercerita tentang jodoh, wanita mana yang tidak mahu berkahwin. Malah, saya sendiri sudah bersedia untuk kembali bergelar isteri. Cuma sehingga kini saya belum bertemu dengan lelaki yang sesuai.

Apakah ciri-ciri lelaki calon suami anda itu nanti?

Tentang pemilihan calon suami pula saya bukanlah jenis yang terlalu memilih. Namun sudah tentu saya mahu mencari lelaki yang kuat pegangan agama serta boleh menerima dan menyayangi anak saya dengan sepenuh hati.

Sebenarnya bukan mudah untuk mencari lelaki yang boleh dijadikan calon suami. Saya akui pernah didekati beberapa orang lelaki, namun mereka seperti tidak betul-betul serius. Kini soal jodoh saya serahkan kepada Allah.

Ceritakan sedikit tentang perkembangan kerjaya nyanyian anda?

Saya masih aktif menyanyi dan banyak buat persembahan di merata-rata tempat.

Tak lama lagi, saya akan keluar dengan single terbaharu dan berduet bersama Syura setelah kali terakhir berkolaborasi dengannya pada tahun 2003 menerusi lagu Bakawali.

Proses rakaman untuk lagu baharu kami itu masih lagi pada peringkat pemilihan lagu yang sesuai. Kami mengekalkan genre etnik kreatif, tetapi ada sedikit elemen rap dalam lagu tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved