Ahad, 26 Ogos 2012

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


15 tahun San Francisco Coffee

Posted:

15 tahun San Francisco Coffee

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

RAHIM Zin (dua dari kiri) dan warga SFCC meniup lilin pada kek ulang tahun San Francisco Coffee yang ke-15.


MENGHIDANGKAN kopi premium segar buatan tangan yang dipanggang, San Francisco Coffee ternyata berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan rasa kopi yang unik.

Menariknya kini, syarikat yang dimiliki oleh San Francisco Coffee Company (SFCC) itu, tidak hanya memberi penekanan untuk menghasilkan rasa kopi yang hebat semata-mata.

Hal ini kerana, sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab korporat sosial (CSR) , syarikat tersebut turut prihatin dalam pembangunan industri seni tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Sempena sambutan ulang tahun ke-15 di Malaysia, San Francisco Coffee menjalinkan kolaborasi dengan 15 buah kumpulan muzik bebas (indie) dan 15 jurugambar bebas untuk mempromosikan golongn seni itu dengan acara kemuncaknya di White Box, Map, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur Julai lalu.

Pengerusi SFCC, Datuk Rahim Zin memberitahu, kolaborasi tersebut merupakan salah satu langkah syarikatnya untuk mempromosikan kumpulan muzik indie dan karya-karya jurugambar bebas yang sinonim dengan golongan belia remaja.

"Penglibatan mereka bermula pada bulan Jun lalu, apabila kumpulan muzik ini mengadakan persembahan di beberapa rangkaian San Francisco Coffee sekitar Lembah Klang yang turut dimeriahkan dengan pameran hasil karya jurugambar bebas.

"Ini juga merupakan salah satu cara pihak kami menyatakan penghargaan kepada pelanggan setia yang menyokong rangkaian kami sejak 15 tahun lalu," katanya.

Malam kemuncak acara sambutan ulang tahun itu dihadiri oleh 300 tetamu jemputan dengan diserikan persembahan dua orang penyanyi tempatan iaitu Atilia dan Reza Salleh.

"Ini merupakan batu loncatan kepada perkembangan muzik tanah air dan juga satu landasan kepada kami selaku pejuang muzik indie untuk meluaskan pengaruh muzik kami," kata Syarul Reza Abd. Aziz, 33, selaku vokalis kumpulan muzik aliran pop alternatif, Lab The Rat.

Menurut Reza, kumpulannya mempunyai pertambahan peminat di laman sosial, Facebook selepas pihak SFCC mengundang Lab The Rat untuk mengadakan persembahan di salah satu rangkaian San Francisco Coffee, Ampang pada bulan lalu.

Seorang jurugambar bebas, Suchen SK pula berbangga apabila hasil karyanya dipilih oleh pihak SFCC untuk dipamerkan sempena acara kemuncak sambutan ulang tahun ke-15 San Francisco Coffee.

"Tema yang ditonjolkan ialah perubahan dan pembangunan Malaysia dalam jangka masa 15 tahun lalu. Saya tidak menyangka karya fotografi saya dengan menggunakan tokoh pemimpin negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai subjek utama, menepati tema yang ditetapkan. Ini merupakan satu penghargaan kepada saya," katanya.

Menerusi acara tersebut, pihak SFCC juga telah mengumumkan Jousia Siani, 40, sebagai pemenang peraduan menulis slogan, 'When I Was 15 ... 'yang telah dijalankan sepanjang bulan Jun lalu.

Pemenang menerusi acara tersebut menerima hadiah utama berupa tiket penerbangan seramai dua orang ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS) dan mendapat bekalan kopi percuma selama setahun.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chong Wei masih ada peluang

Posted:

Chong Wei masih ada peluang

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

CHONG WEI masih berpeluang untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2016.


ATAS kertas, Datuk Lee Chong Wei masih berpeluang beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Bagaimanapun, semua itu hanya akan menjadi kenyataan jika perancangan yang teratur dilakukan mulai sekarang bagi membolehkan Chong Wei beraksi sekali lagi di pentas Olimpik.

Hakikat itu diakui sendiri oleh ketua jurulatih badminton perseorangan negara, Rashid Sidek.

Menurut Rashid, Chong Wei masih boleh beraksi pada Olimpik 2016 jika pemain No. 2 dunia itu bersikap selektif dengan menyertai kejohanan utama di peringkat antarabangsa.

"Prestasi Chong Wei sebenarnya sangat bagus pada tahun ini tetapi setelah dihimpit beberapa masalah kecederaan, sesi latihannya terus terganggu.

"Jadi kita perlu pilih kejohanan-kejohanan utama yang menyumbang merit (ke Sukan Olimpik) dan yang tidak penting, mungkin boleh dielakkan bagi mengurangkan risiko kecederaan yang tinggi terhadapnya.

"Chong Wei sudah berusia 30 tahun, jadi kadar proses pemulihan mungkin lambat berbanding sebelum ini.

"Jika dia berumur 20 atau 22 tahun, kita boleh asak dia lagi untuk mengikuti latihan yang lebih keras," kata Rashid kepada Kosmo! baru-baru ini.

Rashid berkata, tumpuan Chong Wei kini tidak harus tertumpu kepada misi menyumbang pingat emas Olimpik, sebaliknya lebih kepada aspek kecergasan.

"Buat masa ini, hanya (bintang China) Lin Dan dan Chong Wei sahaja yang berada di tahap yang tertinggi, (prestas) pemain-pemain yang lain masih jauh di belakang mereka.

"Selagi kita boleh mengekalkan prestasi Chong Wei dalam tempoh beberapa tahun lagi saya rasa ia sudah cukup baik.

"Apa yang paling penting sekarang, kita cuba mengelakkan Chong Wei daripada mengalami kecederaan yang serius lagi," ujar Rashid.

Sebelum beraksi pada Sukan Olimpik 2012, Chong Wei ditimpa beberapa siri kecederaan sehingga menjejaskan persiapannya bagi menghadapi temasya di London.

Ketika aksi final Seluruh England menentang Lin Dan pada Mac lalu, Chong Wei terpaksa menarik diri akibat mengalami kecederaan di bahagian bahu.

Dua bulan kemudian, Chong Wei sekali lagi dirundung malang apabila mengalami kecederaan di bahagian buku lali kanan ketika beraksi pada kempen Piala Thomas di Wuhan, China.

Kelantan di landasan tepat

Posted:

Kelantan di landasan tepat

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

MOHD. AFIQ (tengah) diasak penjaga gol Kedah, Helmi Eliza pada aksi Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.


LALUAN Kelantan kembali cerah selepas mencatat kemenangan sulung 2-1 ke atas Kedah pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Kemenangan tersebut cukup bermakna selepas skuad The Red Warriors tewas mengejut 0-2 kepada Terengganu pada aksi pertama di Kuala Terengganu, Rabu lalu.

Pengendali Kelantan, Bojan Hodak berkata, keputusan positif yang dicatat pasukan itu cukup menggembirakan terutama ketika beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang.

Menurutnya, Kelantan nyata menguasai permaianan tersebut dengan melakukan asakan serta mencipta banyak peluang biarpun pasukan itu dilihat agak tempang tanpa beberapa tonggak utama.

"Saya gembira dengan keputusan ini terutamanya dalam tempoh 60 minit pertama kecuali kelalaian kita menyebabkan Kedah berjaya mencipta gol seawal minit kelima. Sepatutnya ia tidak berlaku kerana ini adalah perlawanan kedua.

"Kita melakukan asakan awal dan situasi itu menyebabkan kami agak keletihan pada penghujung perlawanan. Selain itu, kami juga membenarkan lawan menguasai permainan pada 20 minit terakhir tetapi kami mampu menyerap asakan dengan baik," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Tambahnya, selepas berjaya mendahului Kedah pada babak pertama, Kelantan bermain lebih santai dan mengawal perlawanan kecuali beberapa serangan balas pantas untuk memerangkap pemain Kedah.

"Dua perlawanan dalam tempoh tiga hari cukup memenatkan, pemain tidak boleh berlari sepanjang masa, turun dan naik. Selepas ini kita berdepan perlawanan yang cukup penting.

"Kita beraksi tanpa beberapa tonggak, Indra (Putra Mahayuddin) menghadiri perkahwinan adiknya dan ia memang dirancang sejak sekian lama dan saya tidak mempunyai pilihan kecuali memberinya pelepasan.

"Khairul Fahmi juga ada masalah kecederaan termasuk Muhammad Ghaddar dan saya tidak mahu mengambil risiko. Saya memberi mereka rehat untuk pulih sepenuhnya. Namun, keputusan ini cukup baik dan saya gembira menerimanya," ujarnya.

Mengulas mengenai pertembungan dengan ATM, Selasa ini, Hodak cukup optimis pasukannya mampu melakukan sesuatu untuk berada pada kedudukan lebih selepas melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

"Kami akan cuba menang, mereka mempunyai beberapa pemain kebangsaan tetapi kami pasukan yang baik. Mungkin sukar untuk memenangi perlawanan di tempat lawan tetapi kami mampu melakukannya di gelanggang sendiri.

"Saya perlu jujur, sebelum menentang Terengganu kita berdepan masalah besar. Enam atau tujuh pemain tidak beraksi pada perlawanan persahabatan, empat pemain baru kembali dari skuad kebangsaan dan sebahagiannya cedera.

"Saya rasa malam ini (kelmarin) kami beraksi dengan lebih baik berbanding ketika menentang Terengganu dan saya harap aksi kami akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa," jelasnya.

Selangor belum panik

Posted:

Selangor belum panik

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


BALABAN (kanan) cuba mengekang pergerakan pemain Pahang, Mohd. Fauzi pada aksi Kumpulan D kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam kelmarin.


PENGENDALI Selangor, Irfan Bakti Abu Salim masih belum mahu menekan 'butang' panik biarpun 'misi 33' tampak semakin samar selepas seri 2-2 dengan Pahang pada aksi Kumpulan D kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Menurut beliau, masih terlalu awal untuk 'mengibar bendera putih' kerana aksi peringkat kumpulan baharu sahaja memasuki perlawanan kedua.

"Masih terlalu awal untuk mengaku kalah, saya percaya pemain akan bangkit dalam baki perlawanan selepas ini.

"Tahun lepas (semasa mengendalikan Terengganu), saya lihat Selangor juga 'lambat panas' dalam aksi awal kempen Piala Malaysia.

"Justeru, saya harap kami dapat memenangi kedua-dua perlawanan menentang T-Team sama ada di tempat lawan ataupun di gelanggang sendiri selepas ini bagi mengelak terlalu jauh ketinggalan di belakang Pahang dan Sarawak," katanya selepas tamat perlawanan.

Dalam perlawanan kelmarin, skuad Gergasi Merah ketinggalan menerusi jaringan penyerang pelawat, Maycon Calvalho seawal minit ke-14.

Begitupun, kelebihan skuad Tok Gajah tidak bertahan lama selepas arkitek Selangor, Safiq Rahim berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma menarik dua minit kemudian.

Pahang kembali di depan apabila Mohd. Fauzi Roslan bijak memanfaatkan hantaran Maycon pada minit ke-24 sebelum Bosko Balaban menyelamatkan maruah Merah Kuning apabila bijak menyamakan kedudukan kira-kira 20 minit sebelum perlawanan tamat.

Untuk rekod, Selangor sebelum ini dikejutkan Sarawak dengan keputusan 1-2 dalam aksi pembuka tirai kumpulan di Stadium Kuching, Rabu minggu lalu.

Pahang pula berkongsi empat mata dengan Sarawak yang sekadar seri tanpa jaringan dengan T-Team dalam satu lagi aksi kumpulan kelmarin.

Mengulas lanjut, Irfan Bakti yang sedikit kecewa dengan kegagalan pasukannya menguasai jentera tengah kelmarin turut mengakui penyerang pinjaman, Rozaimi Abdul Rahman masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan corak taktikal Gergasi Merah.

"Saya percaya Rozaimi akan kembali bangkit dalam beberapa perlawanan lagi, jadi berikannya sedikit masa," katanya yang turut memuji persembahan seorang lagi pemain pinjaman dari USM FC, S. Veenod.

Malam esok, Selangor akan berkunjung ke Kuala Terengganu menentang T-Team sementara Pahang akan melayan kunjungan Bujang Senang di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


APMM gagalkan cubaan seludup 200 tong gas

Posted:

APMM gagalkan cubaan seludup 200 tong gas

25/08/2012 8:10pm

TAWAU — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini menggagalkan cubaan menyeludup 200 tong gas memasak dari Tawau menggunakan bot, petang semalam.

Pengarah Operasi APMM Tawau, Komander Maritim Azman Samsudin berkata, tong gas berkenaan dirampas dari sebuah bot panjang yang dalam perjalanan ke Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik pada 5.30 petang selepas diperiksa di kawasan perairan Tawau.

"Semasa pemeriksaan dilakukan, terdapat seorang juragan warga tempatan dan seorang penumpang wanita warga Indonesia berumur lingkungan 20-an dan 30-an dalam bot tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.— BERNAMA

Pelajar dikhuatiri lemas ketika bermain rakit

Posted:

Pelajar dikhuatiri lemas ketika bermain rakit

25/08/2012 7:35pm

KOTA BHARU — Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika bermain rakit bersama empat rakannya di Sungai Lebir, dekat Kampung Tualang di Kuala Krai, hari ini.

Mangsa, Mohd. Ikram Zainuddin, 12, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra I, Kuala Krai, gagal menyelamatkan diri apabila rakit yang dinaiki dikatakan terbalik dan dibawa arus sungai itu, kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt. Abd. Rahman Jaafar berkata, empat rakan mangsa yang berumur sebaya dengannya dapat menyelamatkan diri.

Sehingga pukul 6 petang ini, gerakan mencari yang dilakukan oleh agensi penyelamat dan penduduk kampung masih gagal menemui mangsa, katanya ketika dihubungi dari sini, hari ini.— BERNAMA

Mangsa culik lanun Nigeria, George tiba di M’sia

Posted:

Mangsa culik lanun Nigeria, George tiba di M'sia

25/08/2012 7:08pm

SEPANG — George Lipih Ambo, rakyat Malaysia yang diculik sekumpulan lanun di Teluk Guinea, Nigeria selama 20 hari tidak pernah terfikir boleh kembali ke tanah air dan bersatu dengan keluarga.

Anak kelahiran Sri Aman, Sarawak yang masih dalam keadaan trauma ketakutan berikutan berhadapan dengan senjata api M16 sepanjang 20 hari itu, tidak dapat mengawal perasaan apabila bertemu ahli keluarga setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.45 petang tadi.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuhan yang menyelamatkan saya, juga pada rakyat Malaysia yang banyak mendoakan keselamatan saya termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas sokongan beliau dalam usaha menyelamatkan saya.

"Fikiran saya masih terganggu... saya tidak tahu apa nak cakap," katanya kepada pemberita sebaik tiba di KLIA di sini, hari ini.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Apple menang kes saman paten

Posted:

Apple menang kes saman paten

SEORANG pengurus Korea Selatan menunjukkan telefon pintar Galaxy S (kanan) dan iPhone (kiri) di sebuah kedai di Seoul pada 27 Julai lalu.


SAN JOSE, California - Selepas setahun pertikaian di mahkamah membabitkan Samsung dan Apple, seorang juri di Amerika Syarikat (AS) kelmarin memutuskan pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan itu didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone dan iPad.

Susulan keputusan tersebut, panel juri sebuah mahkamah di sini memerintahkan syarikat Samsung untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) kepada Apple.

Bagaimanapun, Samsung yang popular dengan telefon pintar Galaxy S dan komputer tablet Galaxy Tab akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.

Perkembangan itu berlaku selepas sebuah mahkamah Korea Selatan kelmarin mendapati Samsung tidak meniru telefon bimbit keluaran Apple.

Pertikaian kedua-dua gergasi elektronik tersebut bermula apabila firma Apple Inc. memfailkan saman melibatkan pelanggaran paten oleh Samsung pada April 2011.

Apple telah melantik pasukan peguam terhandal di AS bagi menuntut gantirugi AS$2.5 bilion (RM7.75 bilion) daripada pesaing terhebatnya, Samsung.

Dalam saman tersebut, firma yang diasaskan bersama oleh mendiang Steve Jobs itu mendakwa Samsung Electronics Co. meniru teknologi dan inovasinya.

Namun, Samsung melakukan saman balas dengan menuntut gantirugi AS$399 juta (RM1.24 bilion) daripada Apple Inc.

Dalam hujah penggulungannya, peguam Apple, Harold McElhinny mendakwa Samsung mengalami 'kebuntuan reka bentuk' selepas pelancaran iPhone pada tahun 2007.

Samsung, katanya, mengambil kesempatan di atas kejayaan gajet berkenaan apabila memperkenalkan jenama telefon pintar Galaxy S dengan ciri-ciri serupa.

Terdahulu, pasukan peguam Apple menyatakan, hampir tiada perbezaan pada telefon pintar iPhone dan Galaxy.

Peguam-peguam Samsung bagaimanapun berkata, beberapa inovasi seperti skrin besar pada siri telefon Galaxy yang sebelum ini terdapat pada iPhone, diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pengguna telefon pintar.

Panel juri berkenaan yang dianggotai oleh tujuh lelaki dan dua wanita mula bersidang Rabu lepas.

Samsung setakat ini telah menjual 22.7 juta buah telefon pintar dan tablet yang didakwa Apple meniru teknologinya.

McElhinny seterusnya berkata, jualan gajet-gajet berkenaan mencecah AS$8.16 bilion (RM25.55 bilion) sejak Jun 2010.

Sehingga kini, Apple dan Samsung menguasai lebih separuh jualan telefon pintar di dunia.

Namun, Samsung muncul sebagai pesaing terbesar Apple dan mengatasi firma AS berkenaan sebagai pengeluar terbesar telefon pintar di peringkat global.

Model telefon pintar Galaxy dijana perisian Android yang diberikan percuma oleh Google Inc. kepada Samsung dan beberapa pengeluar telefon pintar lain.

Dalam samannya, Apple turut menuntut Samsung menarik kedua-dua jenama telefon dan komputer tabletnya daripada pasaran AS.

Saman serupa telah dikemukakan di beberapa negara lain termasuk Australia, Britain dan Jerman.

Pasaran telefon pintar dan komputer tablet global masa kini dianggarkan bernilai AS$219 bilion (RM685.79 bilion). - Agensi

Insiden tembakan di New York bukan angkara pengganas

Posted:

Insiden tembakan di New York bukan angkara pengganas


BEBERAPA anggota polis menghampiri mayat penembak, Jeffrey Johnson (gambar kecil) yang terbaring di kaki lima dekat Bangunan Empire State di New York kelmarin.


NEW YORK - Seorang bekas pekerja kedai pakaian wanita menembak mati bekas rakan sekerjanya di luar Bangunan Empire State di sini kerana dibelenggu perasaan tidak puas hati sebelum dia ditembak mati pihak polis kelmarin.

Seorang pegawai polis, Komisioner Ray Kelly berkata, dua orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian itu.

Mengulas serangan tersebut, Biro Siasatan Persekutuan menafikan (FBI) menafikan insiden memiliki kaitan dengan pengganas.

Menurut Kelly, penembak dikenal pasti sebagai seorang bekas pekerja yang "tidak berpuas hati", Jeffrey Johnson, 53, manakala mangsanya Steve Ercolino pula berusia 41 tahun.

Ujarnya, penyerang menggunakan sepucuk pistol kaliber .45 dengan kapasiti lapan butir peluru.

Dia menembak lelaki berkenaan sebanyak tiga kali di kepala di kedai pakaian Hazad Imports di sini.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg memberitahu, penembak kemudian cuba melarikan diri tetapi bertembung dengan dua anggota polis yang menerima aduan tentang insiden tersebut.

"Penyerang mengacukan pistol ke arah anggota polis dan cuba menembak mereka," kata Bloomberg.

"Polis membalas tembakan dan membunuh lelaki tersebut," tambahnya.

Menurut Bloomberg, sebahagian kecederaan orang awam dalam kejadian itu mungkin berpunca daripada peluru sesat yang ditembak oleh kedua-dua anggota polis itu.

Senator Negeri New York, Malcolm Smith pula memberitahu sebuah stesen televisyen tempatan bahawa Johnson telah menembak bekas pengurusnya.

Beberapa jiran Johnson memberitahu, mereka mengenali lelaki itu sebagai seorang yang sopan tetapi pendiam.

Selain bandar raya ini, sebuah lagi kota metropolitan AS, Chicago turut mengalami peristiwa berdarah apabila 19 orang cedera dalam lapan insiden tembakan, kata polis kelmarin. - Agensi

19 maut loji penapis minyak meletup di Venezuela

Posted:

19 maut loji penapis minyak meletup di Venezuela

KEADAAN loji penapis minyak di bandar Amuay yang terbakar semalam.


CARACAS - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera apabila loji penapis minyak terbesar di Venezuela meletup awal semalam.

Negara berkenaan merupakan pengeluar minyak terbesar di Amerika Selatan.

Letupan berlaku di fasiliti penapis minyak di bandar Amuay dalam negeri Falcon di barat daya Venezuela.

"Antara mangsa yang maut termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun," kata Gabenor Falcon, Stella Lugo.

Menurutnya, sebanyak 53 yang lain cedera dalam kejadian tersebut dengan angka korban dan kecederaan dijangka terus meningkat.

Menteri Tenaga Rafael Ramirez berkata, letupan dipercayai akibat kebocoran gas dengan punca sebenar kejadian masih disiasat.

Jelas Ramirez, letupan itu amat kuat menyebabkan kerosakan besar bukan hanya ke atas loji berkenaan tetapi beberapa kedai dan kediaman di sekitar lokasi kejadian.

Kebakaran berjaya dikawal pada pagi semalam. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Merdeka karya

Posted:

Merdeka karya

SATU hal yang jelas apabila berbicara dengan tiga rangkaian jiwa besar ini terletak pada susunan bahasanya. Jujur dalam melemparkan buah fikiran, tambah selesa apabila setiap ayat menjadi penjelas bait-bait yang ikhlas dan membina.

Mereka bukan sekadar berkongsi tetapi turut memberi pengamatan dan pengajaran tentang apa yang pernah mereka lalui. Itu satu hal yang sewajarnya dipelajari oleh anak-anak muda dalam berkomunikasi - bagaimana Pyan Habib, Ramli Sarip dan Khalid Salleh melontar kata dan memerdekakan jiwa yang mendengar ceritera mereka.

Masjid India di Kuala Lumpur menjadi saksi gaya santai tiga seniman ini disatukan.

Mereka berkongsi cerita dan waktu, walaupun bukan berjanji tetapi jodoh sering membawa mereka ke situ.

Kata Pyan Habib: "Selangor Mansion ialah tempat kutu. Dari tempat minum teh tarik di sini, kita boleh nampak KLCC," guraunya tentang keintiman berada di sebuah restoran mamak di Selangor Mansion.

Bebas intelek

Ditilik kronologi dan titik temu, Pyan Habib pernah berkolaborasi dengan Ramli Sarip dalam filem Kembara Seniman Jalanan. Khalid dan Pyan pula bergabung bawah satu payung bernama Anak Alam sejak awal tahun 1970-an lagi.

"Saya kenal Khalid tak lama, tapi rasa macam dah lama," tutur Ramli.

Mencelah sebelum lelaki dari Singapura itu bertutur lebih lebar, Khalid yang mesra digelar Wak itu mencelah: "Benda ini misteri. Kadang-kadang kita rasa kita kenal padahal hanya kenal dari jauh."

Disambung semula oleh Ramli: "Ada kerinduan dan kemesraan dan bila duduk bersama, kita ada penghormatan sesama sendiri. Itu yang paling best."

Tersenyum sebelum bahagiannya tiba untuk mula menyusun ayat, suara 'mahal' daripada kerongkong penyair luar biasa, Pyan pula menoleh saat mula mereka boleh bersatu jadi kawan.

"Wak pernah jadi teman serumah saya, masa itu kami sama-sama dalam Anak Alam. Tapak Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan sekarang itu dahulu rumah kami.

"Dia juga pernah berlakon bawa karakter saya dalam drama Gelisah Seorang Seniman. Pertama kali jumpa Ramli dalam filem Kembara Seniman Jalanan," berbutir dan jelas kedengaran suara Pyan seperti terkenang kisah lama.

SEDAR ruang, sedar diri dan sedar Tuhan, itu antara lain kata mutiara yang dikongsi Wak Khalid.


Mukadimah kepada 'perikatan' Pyan, Ramli dan Khalid itu hanyalah persahabatan namun di sebalik pertemuan terancang itu juga, nawaitu kami adalah untuk menelaah erti kemerdekaan yang ada dalam alir darah seniman masing-masing.

Mendahului rakan-rakan lain, sebutir demi sebutir falsafahnya yang ampuh di dadanya mula keluar daripada mulut Wak Khalid.

Hukum alam

"Tidak semua orang boleh berkarya, sebaliknya orang yang diberikan anugerah dan kelebihan sahaja. Kelebihan itu pula harus difikirkan untuk hal yang bagaimana. Kalau buat filem, filem yang bagaimana, yang mendaulatkan agama, bangsa dan negara.

"Saya percaya setiap orang ada tanggungjawab untuk angkat sesebuah isu jadi bahan pemikiran, untuk dilihat dengan pandangan berilmu dan bukan sekadar 'pak turut'," katanya sarat memberi contoh perfileman Hollywood sebagai propaganda yang berjaya membentuk kuasa Amerika Syarikat sebagai negara terkuat dunia.

Menjawab persoalan terhadap rungutan bahawa anak Malaysia tidak cukup merdeka dalam berkarya dek kekangan kenegaraan, agama dan budaya, Wak tersenyum sinis.

"Setiap manusia bebas mengeluarkan pandangannya tapi sejauh mana erti kemerdekaan itu difahami dengan jelas, ia masih satu persoalan yang bersilang tindih. Bebaskah diri dan negara itu untuk beraja sebagai sebuah negara merdeka?

"Adakah amalan-amalannya itu merdeka dari segi agama, bangsa dan negara? Merdekakah orang yang melaung-laungkan ungkapan merdeka itu?" lontar Wak kembali kepada soalan asal.

Percaya aliran yang ada dalam jiwanya, sebagai pelakon, penyair bahkan juga penulis yang menghasilkan buku Melayu Hilang Di Dunia, Wak berasa dia seorang yang merdeka dan bebas membentuk acuan karyanya.

"Lepas buku itu diterbitkan, saya kena belasah balik oleh pemimpin ataupun ahli ulama. Saya terbuka untuk dikritik," katanya.

Mendengar dan kemudian mengangguk setuju dengan penyataan daripada Wak Khalid, giliran Ramli untuk berwacana.

'MENANGKAP' kata-kata mutiara mereka bertiga ini merupakan sebuah makanan jiwa buat yang mendengar.


"Kalau tujuan penulisan itu dilihat untuk menderhaka, saya percaya dia sudah kena tangkap. Maknanya tulisan dia ada logiknya dan dia ada kebebasan di situ.

"Bercakap soal bebas atau merdeka, di mana pun kita berada kita tidak bebas sepenuhnya. Apa yang boleh kita lakukan ialah menghormati kemerdekaan itu dengan cara terbaik. Ikut hukum alam. Di hutan atau di laut sekali pun, manusia masih kena ikut peraturan.

"Di pentas persembahan juga, kita kenal pentas, kenal masyarakat. Walau sehebat mana pun kita, tapi apabila kita ke Mekah misalnya, kita kena sujud di tempat yang sama," kata Ramli yang kemudiannya dipintas oleh Wak Khalid.

"Saya lihat perkara itu lebih kepada disiplin dan peraturan hidup. Peribahasa Melayu sendiri menyebut, masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Kita kena ikut tema. Macam hari ini, saya suka santai, tapi diminta pakai baju Melayu, saya kena akur," celah Wak.

Faham sisi diskusi dengan membaca gerak bibir dua sahabat, mahu lebih jelas, Pyan minta soalan yang sama ditulis atas buku catatan yang dikeluarkan dari beg sandangnya.

Ruang bercakap

Sebaik membuka mulut, lelaki berusia 54 tahun punya aura yang cukup besar. Seperti kata Ramli, daripada seorang kutu jalanan, dia baca puisi dengan keadaannya yang luar biasa. Pyan kemudian dikenali sebagai Osman Tikus, sebuah sejarah dan simbol.

Dia kemudian menjadi penyunting surat khabar sebelum berhenti demi meneruskan ruang berkarya ikut cara yang disukai. Insan-insan seni seperti Wak Khalid dan Pyan juga disifatkan Ramli sebagai spesies-spesies terakhir kerana lebih banyak mengalami kesusahan dalam hidup.

"Minta sikit ruang untuk bercakap, bila merdeka kena ruang untuk mengkritik. Saya cuma berkarya dan baca puisi tanpa dilihat sebagai pembangkang.

"Sejak dahulu lagi saya baca puisi, mengkritik apa sahaja tapi okey. Sekarang sahaja, kritik sikit, terus orang lihat kita sebagai pembangkang, tak semestinya.

"Saya boleh pergi kanan atau kiri, dahulu atau sekarang, saya masih orang yang sama. Tapi kalau orang tidak mahu panggil dan dengar puisi saya bagaimana mereka hendak tahu saya jenis yang hentam kerajaan atau tidak?

BUKAN hanya untuk sesi ini, tetapi restoran mamak di Selangor Mansion ini sering menjadi lokasi pertemuan jiwa dan bahasa ketiga-tiga seniman terkenal ini.


"Generasi baharu, budak-budak indie sebaliknya yang ada inisiatif hulur jemputan untuk saya. Dengar dulu, baru tahu. Lain-lain, saya setuju dengan pendapat Wak dan Ramli," lontar Pyan Habib.

Gema daripada lubuk jiwa Pyan banyak yang cuba diluahkan. Beroleh ruang sebegini juga satu penghormatan buatnya untuk masih dilihat relevan dengan arus damai dan kesejahteraan negara. Seorang penyair sepertinya ialah pemerhati yang tidak terikat oleh mana-mana kepentingan pihak lain.

"Saya berkarya dan baca puisi untuk beli beras," letusnya.

Menutup kembara dan keseniman daripada tiga jiwa ini, Wak Khalid sekali lagi membuat penyataan: "Kesenimanan dari kesedaran kemanusiaan itu perkara. Sempadannya ialah sedar ruang, sedar diri dan sedar Tuhan. Ada semua elemen yang saling berkait itu, selamatlah hidup tak kira dalam pengkaryaan apa pun."

Gambit hendak bersih nama

Posted:

Gambit hendak bersih nama

LAGAK Gambit (kanan) dan Safee Sali serta Khairul Fahmi dalam program Nusantara Jaya Safee Sali.


GAMBIT SAIFULLAH tidak malu mengakui bahawa namanya dikenali melalui cerita yang kurang enak.

Bermula daripada cerita sikap keras kepalanya hinggalah kontroversi klip video Prema Yin arahannya bertajuk Menarilah, semua itu memberi imej negatif terhadap Gambit.

Ralatnya dia, semua cerita itu tersebar daripada mulut ke mulut. Walhal menurutnya, ada penyampai cerita yang tidak mengenalinya sama sekali. Malah gelaran poyo secara semberono dipalitkan kepada dirinya.

Bertemu Gambit, dia berkata, dia seorang yang peramah namun bukan dengan semua orang. Gambit turut menyatakan dia seorang yang gemar bercakap, malah bertegas bahawa dia bukan manusia hipokrit.

"Banyak orang yang tidak memahami saya tetapi senang-senang melemparkan tuduhan. Saya harap orang dapat melihat sisi positif saya.

"Saya peramah tapi pada masa yang sama memiliki sifat pemalu. Sifat itulah yang dianggap sombong selama ini. Apa yang penting bagi saya ialah sikap jujur, itu yang sentiasa saya pamerkan," hujahnya.

Pada satu sisi, dia melihat skil komunikasinya perlu diperbaiki. Malah lebih daripada itu, dia memilih Lina Merican yang merupakan pengurus Awal Ashaari untuk mengendalikan kerjayanya yang sememangnya memerlukan komunikasi berterusan dengan pelbagai pihak.

"Perjalanan kerjaya saya bagus cuma saya inginkan sebuah pasukan yang boleh melancarkan lagi pergerakan saya.

"Saya juga hendak membersihkan diri daripada segala kata-kata orang terhadap saya.

"Saya tidak pernah berhenti berlakon tetapi sekarang lebih menumpukan kepada kerja-kerja produksi," katanya yang muncul dengan program Nusantara Raya Safee Sali yang ditayangkan pada hari raya kedua lalu.

Menerajui produksi Eightball Productions, selepas muncul dengan projek terbaharu berbentuk travel log yang mempamerkan sisi lain Safee Sali bersama kelab bola sepak Pelita Jaya dari Indonesia, Gambit merancang untuk menghasilkan lebih banyak program sebegitu.

"Saya banyak mengembara, jadi saya mahu fokus terhadap program yang berbentuk kembara.

"Selepas ini, produksi saya akan muncul dengan program yang berbentuk sama namun belum ditentukan siapakah selebriti atau tokoh sukan yang terlibat," ujarnya.

Sebagai penerbit, kata Gambit, dia ingin produknya berbentuk mentah dan real tetapi ada nilai komersial.

"Sebagai seorang hos pula, saya mahu khalayak melihat saya sebagai pengembara dan merasai penjelajahan saya," ujar Gambit jujur.

"Tujuan utama saya keluar dengan program sebegini adalah untuk membuahkan inspirasi sebagaimana saya mendapat inspirasi dengan menonton program sebegitu.

"Ia juga sebuah pencarian jiwa untuk saya. Penonton juga dapat mengenali diri saya yang sebenar.

"Paling penting, saya dapat memberikan sesuatu kepada masyarakat. Saya juga mencari kepuasan sebagai pelakon, pengacara, produser dan melalui apa yang saya lakukan," luahnya.

"Tanggapan umum tidak menjatuhkan saya. Ia pernah membuatkan saya lebih kuat secara negatif. Sekarang saya mahu bangkit," akhiri ceritanya.

Si cilik Haris Alif

Posted:

Si cilik Haris Alif


HARRIS ALIF muncul dengan single perdananya, Kisah Yang Terindah.


SEGAK berbaju Melayu dan bersamping, juara Idola Kecil musim ketiga dan Juara Bintang Kecil RTM ini sememangnya berada dalam mood raya.

Harris Alif yang berasal dari Pulau Pinang rancak bercerita tentang perjalanan kariernya selepas melalui pentas pertandingan yang merupakan platform terbaik untuk kerjaya nyanyiannya kelak.

Mungkin belum ramai yang dapat mendekati wajah ini, namun dengan buah tangan pertama yang berjudul Kisah Yang Terindah, mungkin ia permulaan yang indah untuk penyanyi cilik ini.

"Lagu itu ditulis oleh Pepep, pemain dram grup dari Indonesia iaitu ST12. Saya merakamkan lagu ini di Studio King, Petaling Jaya," ujarnya yang gembira dengan kehadiran single ini.

"Lirik lagu Kisah Yang Terindah bukanlah lirik tentang kisah cinta. Melodi lagu ini rancak, jadi ia sesuai dengan trend sekarang," kata Harris Alif.

Anak ketiga daripada empat beradik itu bukan sahaja menyerlah dalam bidang nyanyian bahkan melibatkan diri dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Harris muncul sebagai pengacara program Berita Adik di TV9 dan The VSquad di ntv7. Malah, penyanyi yang lahir pada 2 September 1999 ini turut mempamerkan bakat lakonan melalui drama Sunat 21 dan Maafkan Kami.

Selain itu, Harris yang kini bernaung bawah label Universal Music Malaysia membintangi filem Aku, Kau dan Dia terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Tidak hanya itu, Harris menyumbangkan suaranya untuk filem animasi, Bola Kampung The Movie bergandingan dengan Aznil Nawawi, Ezlynn, Harun Salim Bachik dan Afdlin Shauki.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Harris kini bertambah apabila dia dipilih menjadi duta untuk Body Glove, D&D Beauty, Staedler Malaysia untuk Erra Art Club dan Exabytes.

Kredit: www.kosmo.com.my

Sabtu, 25 Ogos 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Masak juadah lapan jam

Posted:

Masak juadah lapan jam

MALAYSIA memang kaya dengan kepelbagaian budaya masyarakatnya yang berbilang kaum. Lantaran itu, tidak hairanlah, ramai pelancong malah rakyat tempatan sendiri yang menyifatkan negara kita ini sebagai syurga makan.

Jika ada yang berhajat menikmati keunikan masakan tradisi, Barat, oriental atau Mediterranean, baik yang masih mengekalkan cita rasa asli mahupun telah diubah mengikut rencah rasa tempatan, semuanya boleh didapati di Malaysia.

Antara yang menjadi kegemaran ramai dan dikenali umum ialah roti canai, nasi lemak, nasi kandar, nasi dagang, nasi kerabu dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional.

Namun, jika disebut beberapa nama hidangan warisan etnik Bugis seperti burasak, lepat lueh, nasu metti dan bejabok, pastinya ramai yang terpinga-terpinga, malahan ada tidak pernah mendengar dan menikmatinya.

Lain pula keadaannya di pekan Benut yang terletak di daerah Pontian, Johor. Di sini, majoriti masyarakatnya berketurunan Bugis yang berasal daripada Kepulauan Sulawesi, Indonesia.

"Burasak bukanlah makanan yang pelik di sini malah ia boleh dibeli di pasar minggu.

Bagi seorang peniaga burasak yang mahu dikenali sebagai Remeng, 50-an, setiap kali minggu akhir Ramadan, dia dan keluarganya tidak menang tangan menerima tempahan daripada penduduk tempatan, malah ada yang juga peminat burasak yang sanggup datang dari Johor Bahru dan Singapura menempah burasak dengannya.

"Setiap minggu saya menjual burasak di pekan Tampok. Pada bulan puasa pula, saya menjualnya pada setiap petang.

"Seminggu sebelum raya, perniagaan menjadi semakin sibuk kerana ramai pelanggan yang menempah burasak untuk dijadikan hidangan di pagi Syawal," katanya yang mengusahakan perniagaan tersebut sambil dibantu isteri dan anak-anaknya.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha burasak di Benut, Bachok Ambok Lelang, 63, memberitahu, rupa burasak seakan-akan ketupat nasi yang dicampur dengan sedikit santan. Bentuknya pula leper seakan lepat pisang namun lebih tebal dan saiznya sedikit besar dan lebar.

"Kalau ramuannya seperti memasak nasi lemak, cuma tidak perlu ditambah bawang, halia ataupun serai hanya beras wangi, santan dan sedikit garam.

"Memasak burasak tidaklah rumit tetapi mengambil masa yang cukup lama. Mana tidaknya, ia perlu direbus antara tujuh hingga lapan jam untuk menghasilkan burasak yang teksturnya lembut dan tahan lebih lama," ujar Bachok ketika dihubungi Jurnal baru-baru ini.

Burasak yang rasanya sedikit lemak enak dimakan panas-panas bersama nasu metti atau asam pedas ikan parang.

SEBONGKAH burasak biasanya mempunyai lima atau 10 keping burasak yang dibungkus secara berasingan.


"Tradisinya, orang Bugis akan makan burasak dengan ikan parang, sama ada yang dimasak asam pedas ataupun masak kicap," katanya.

Selain burasak, satu lagi makanan tradisional masyarakat Bugis yang biasa dihidang ketika musim perayaan ialah lepat lueh.

Seperkara yang unik tentang makanan ini, ia sejenis hidangan berasaskan pulut yang berbentuk tiga segi seperti atap rumah.

"Memasak pulut lueh sama seperti burasak. Pulut perlu ditanak separuh masak dan kemudiannya disejukkan sebelum dibungkus menggunakan acuan berbentuk tiga segi. Ia juga perlu direbus selama lapan jam.

"Jika burasak enak dimakan dengan asam pedas ikan parang, lepat lueh pula sedap dijamah dengan nasu likkuk atau rendang ayam lengkuas.

"Bagi yang tidak biasa memasak, tempoh merebus yang cukup lama memang jadi satu cabaran kerana api dan air perlu sentiasa dipantau, apatah lagi jika memasak menggunakan dapur kayu.

"Namun, hasilnya memang memuaskan. Burasak dan lepat lueh boleh bertahan sehingga seminggu tanpa perlu disimpan di dalam peti ais.

"Begitupun, ada petuanya. Pulut atau nasi yang telah ditanak perlu disejukkan kira-kira sejam atau dua jam sebelum dibungkus bagi mengelakkan ia daripada cepat basi," ujar Bachok.

Jelasnya lagi, memandangkan kedua-dua juadah ini boleh bertahan lama, ia biasanya dimasak dua hari sebelum raya bagi mengelakkan kesibukan di dapur menjelang malam raya.

Daun pisang nipah

Jangan tidak tahu, bukan sebarang daun pisang boleh digunakan untuk membungkus burasak dan lepat lueh.

"Hanya daun pisang nipah sahaja yang boleh digunakan untuk membungkus burasak dan lepat lueh. Bukan tidak boleh guna daun pisang lain tetapi dikhuatiri pulut atau nasi akan menjadi pahit.

"Daun pisang pula harus dipilih di bahagian pucuknya atau paling muda. Daun pisang yang tua tidak boleh digunakan kerana keras dan mudah koyak," ujarnya.

Menurut sejarahnya, makanan tahan lama yang berasal dari Kepulauan Sulawesi ini sering menjadi pilihan pedagang Bugis sebagai bekalan pelayaran.

Meninjau cara memasak hidangan wajib bagi masyarakat Bugis ini, apa yang boleh disimpulkan, hampir ke semua juadah utamanya mengambil masa yang lama untuk dimasak!

BURASAK yang direbus lapan jam boleh bertahan sehingga seminggu.


Menurut pakar masakan warisan daripada Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Shahrim Karim, juadah raya masyarakat Bugis memang unik berbanding masakan masyrakat lain.

"Jika masyarakat Melayu, Minang mahupun Jawa banyak menggunakan ayam, daging lembu ataupun daging kerbau dalam masakan, lain pula halnya dengan masyarakat Bugis.

"Selain ayam, mereka turut menggunakan hasil laut dalam menu lebaran. Contoh paling mudah, masak asam pedas ikan parang dan bejabok atau serunding udang kering," katanya.

Jurnal yang diberi kesempatan melihat proses penyediaan burasak, nasu metti atau asam pedas ikan parang, nasu likkuk atau rendang ayam lengkuas dan bejabok atau serunding udang kering.

Sebagai pelengkap juadah manisan berasaskan telur dan pisang seperti baulu pecak yang rupanya seakan nekbak di Kelantan dan lepat pisang tanpa tepung atau barongko turut disediakan.

"Burasak perlu disediakan terlebih dahulu kerana ia memerlukan masa yang lama untuk direbus. Cara membuatnya mudah sahaja.

"Dengan menggunakan beras wangi yang ditanak separuh masak dengan santan dan sedikit garam untuk penambah lemak.

"Setelah nasi masak, ketepikan dan sejukkan lebih kurang dua jam. Selepas itu, ambil tiga sudu beras dan letakkan di atas pucuk daun pisang nipah yang telah dibersihkan. Ratakan nasi dalam bentuk empat segi tepat.

"Selepas siap lima bungkus, satukan burasak dan balut dengan daun pisang nipah tua yang telah dilayurkan.

"Bungkus sebanyak dua kali dan ikat kemas bongkah burasak dengan tali rafia. Sekarang, burasak siap untuk direbus," ujar Shahrim.

Belajar dua minggu

Menyediakan nasu likkuk atau rendang ayam lengkuas pula tidak banyak bezanya dengan rendang biasa cuma masakan ini menggunakan jumlah lengkuas yang banyak.

"Untuk seekor ayam yang beratnya 1.5 kilogram (kg), setengah kg lengkuas diperlukan.

"Selain lengkuas, bawang putih, bawang merah dan serai, masakan ini juga menggunakan cili api dan rempah-rempah seperti ketumbar, jintan putih dan jintan manis.

JUADAH nasu likkuk dimasak seperti rendang tetapi menggunakan lengkuas dalam jumlah yang banyak.


"Semua bahan perlu dikisar halus sebelum dimasak dengan sempurna kira-kira 45 minit.

"Selepas itu, barulah ayam dimasukkan. Apabila daging sudah kecut, masukkan pula santan pekat. Masak sehingga ayam lembut dan kuah mengering," jelas Shahrim.

Tambahnya, masakan nasu likkuk ini amat digemari oleh masyarakat Bugis mahupun masyarakat di Nusantara.

"Bagi yang pertama kali menikmatinya, jangan risau, saya jamin anda pasti akan menyukainya," ujarnya.

Biarpun bukan daripada keturunan Bugis, lelaki ini mengambil inisiatif menulis sebuah buku masakan bertajuk Sajian Eksotik Warisan Bugis bagi memastikan keunikan kulinari Bugis terus terpelihara.

"Masakan Bugis mempunyai keunikan yang tersendiri namun ia jarang ditemui di restoran dan kurang popular dalam kalangan masyarakat di negara ini.

"Bagi saya, keistimewaan masakannya terletak pada bahan-bahan yang digunakan, cara penyediaan dan namanya yang unik.

"Rasanya juga enak dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat," katanya.

Rendang kepala lembu

Posted:

Rendang kepala lembu

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

PERMINTAAN daging lembu meningkat lebih 30 peratus menjelang Aidilfitri.


SELALUNYA hidangan ketupat dan lemang dinikmati bersama rendang daging atau ayam namun kini, kepala lembu mula digemari sebagai juadah Hari Raya Aidilfitri.

Ia kedengaran agak pelik tetapi itulah cerita seorang penjual daging Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan.

Menurut pemilik Wahidannie Livestock (M) Sdn. Bhd., Abdul Wahid Ramlan, sebelum ini orang ramai gemar membeli gear box iaitu tulang lutut lembu untuk dimasak sup tetapi selera itu nampaknya beralih kepada kepala lembu yang dikatakan enak dimasak rendang, kari atau lemak.

Abdul Wahid yang berumur 38 tahun telah lebih 20 tahun menguruskan perniagaan keluarganya menternak dan menjual lembu.

"Sebenarnya, hampir kesemua bahagian lembu boleh dimakan termasuk kepala dan lemaknya.

"Kepala lembu itu akan dilapah terlebih dahulu dengan mengasingkan daging dan otak manakala tulangnya dipotong kecil-kecil. Daging kepala lembu lebih lembut teksturnya dan manis.

"Bagi satu kepala, kira-kira 2 kilogram daging boleh didapati, bergantung pada saiz kepala lembu berkenaan," katanya kepada Jurnal.

Kebanyakan pembeli kepala lembu Abdul Wahid berasal dari Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.

"Sebaik sahaja lembu disembelih, kepala lembu itu sudah ada pembelinya. Harganya antara RM80 hingga RM200," ujarnya.

Bakar kulit

Tutur Abdul Wahid, dia dapat menjual lebih 100 kepala lembu setiap kali menjelang Aidilfitri. Kebanyakan pelanggan meminta Abdul Wahid membuang kulit, gigi serta bahagian mulut lembu itu terlebih dahulu.

"Ada juga pelanggan yang membelinya terus tanpa perlu dibuang bahagian tertentu. Kebanyakan mereka berasal dari benua Afrika.

"Khabarnya, mereka akan terus membakar kepala lembu itu sebelum memakan semua isinya termasuk biji mata. Saya tidak tahu pula apa rasanya," katanya.

Bercerita mengenai bekalan, Abdul Wahid memberitahu, kebanyakan stok haiwan itu diperoleh daripada tiga buah ladang lembu di Negeri Sembilan dan Selangor.

"Kedua-dua ladang itu mampu menampung permintaan semasa perayaan kerana mereka memiliki bilangan ternakan matang yang melebihi 1,000 ekor," ujarnya sambil memberitahu, permintaan menjelang Aidilfitri biasanya bertambah sekitar 35 peratus.

Secara perbandingan, sekiranya bekalan pada bulan biasa sekitar 300 ekor lembu, menjelang Aidilfitri jumlahnya meningkat kepada 400 ekor.

"Daging lembu merupakan hidangan utama rakyat negara ini khususnya kaum Melayu," katanya.

Dia menambah, ramai pelanggan yang membeli pada saat akhir terutamanya pada malam raya menyebabkan dia tidak menang tangan untuk melayan mereka.

"Kadangkala sampai pukul 3 pagi pun masih ada pelanggan yang datang untuk membeli daging. Sebagai peniaga, kami harus memastikan stok sentiasa ada," jelasnya.

Lemak

Seorang pekerja Wahidannie Livestock, Azman Mohammad Adman, 23, yang berasal dari Yangoon, Myanmar, berkata, dia telah tiga tahun beraya di negara ini. Menurutnya, daging lembu dimasak dengan cara yang agak berbeza di negaranya.

"Di Myanmar, semua bahagian lembu termasuk lemak dan kulit akan dimasak bersama. Kebanyakan dimasak kari.

"Semasa Hari Raya Aidilfitri, ia akan dimakan bersama nasi sama seperti hari biasa," katanya.

Rakannya, Saad Nurullah pula mengatakan rakyat negara ini perlu bersyukur kerana dapat menikmati makanan lazat setiap hari.

"Saya sendiri berasa tenang dan hidup agak selesa di sini berbanding negara asal. Segala keperluan boleh diperoleh dengan mudah," katanya.

Ratu coklat 80 sen

Posted:

Ratu coklat 80 sen

Oleh AQMA MOHD. NOOR

SELAIN menguruskan perniagaan sendiri, Mazliana (kiri) turut berkongsi pengalaman dengan mengajar di Kolej Kominiti Kuala Langat, Banting, Selangor.


BERBEKALKAN prinsip rajin kenyang malas berlapar, Mazliana Mohien, 34, berazam untuk memiliki kilang menghasilkan produk coklat dalam tempoh lima tahun mendatang.

Figura yang merupakan ibu kepada dua orang anak ini memberitahu, walaupun persaingan dalam bidang pembuatan coklat kini semakin meningkat, pengetahuan baharu berkenaan coklat perlu dimiliki pengusahanya dalam memastikan keunikan produk yang dihasilkan.

"Sebut sahaja coklat, pasti semua orang terbayang kelazatan dan keenakan manisan yang diperbuat daripada koko itu. Ia kini bukan saja digilai kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

"Saya mula mengusahakan coklat buatan tangan menerusi jenama Brilliant Chocolate di rumah sekitar tahun 2008. Idea membuat coklat timbul sewaktu menghadiri kursus pembuatan kek dan coklat buatan tangan anjuran Kolej Komuniti Mara di Kuala Langat, Selangor.

"Bertitik tolak daripada kursus itu, saya mula mengorak langkah dan berusaha memperkenalkan jenama coklat sendiri dengan memasarkannya dari rumah ke rumah. Tidak sangka coklat yang dihasilkan itu semakin mendapat tempat dalam hati pelanggan," jelasnya.

Kreatif

Berkat galakan yang diberikan pelanggannya, beliau kemudian membuka kedai coklat di Lapang Niaga Sabarlatif, Kampung Sungai Lang, Banting. Pelbagai reka bentuk coklat yang dihasilkannya amat menarik dan mengagumkan sehingga ada yang tidak percaya ia coklat semula jadi yang boleh dimakan.

"Pada mulanya, saya sangka proses pembuatan coklat ini rumit, tetapi selepas mempelajari tekniknya, ia tidaklah susah mana. Kita hanya perlu menghancurkan kepingan coklat dan bentuk mengikut kreativiti sendiri.

"Antara reka bentuk coklat yang diilhamkan ialah gubahan coklat, lolichoc, coklat berbentuk hati, bunga, jambangan bunga dan watak kartun. Saya lebih menekankan kepada gubahan kreatif menggunakan coklat untuk tampil unik dan berbeza daripada pengusaha coklat yang lain," ujarnya.

Khasiat coklat

Menurut Mazliana yang juga mempunyai kepakaran dalam membuat kek cawan bagi memberi variasi kepada pelanggannya, dia akan memastikan coklat buatannya berkualiti dan cuba menyuntik kreativiti segi reka bentuk dan adunan.

Selain itu, Mazliana turut memperkenalkan coklat gubahan untuk pelbagai acara seperti majlis perkahwinan dan pertunangan bagi pelanggan yang inginkan kelainan pada acara bersejarah masing-masing.

Coklat berkenaan boleh didapati dengan harga RM50 hingga ratusan ringgit dan ia bergantung kepada reka bentuk, bahan dan saiz. Ada juga coklat lain yang boleh didapati dengan harga serendah 80 sen.

Bagi penggemar coklat, ada sesetengah yang beranggapan makanan itu boleh meredakan tekanan dan menerbitkan perasaan gembira. Mungkin ia ada kebenarannya kerana coklat itu manis dan cantik sehingga ia dapat meredakan kekusutan seseorang.

Bukan itu saja, mengikut kajian, coklat sebenarnya makanan berkhasiat yang menyumbang kepada pemakanan seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan.

"Coklat ialah makanan ringkas yang boleh dibawa ke mana saja dan dimakan pada bila-bila masa, selain mengandungi nilai tenaga yang tinggi. Oleh itu, coklat amat sesuai dijadikan makanan gantian ketika seseorang sibuk bekerja," jelasnya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Mazliana menambah, coklat kini boleh diperoleh dalam bentuk bar dan pelbagai rekaan kreatif yang pastinya memikat sesiapa yang melihatnya. Disebabkan rekaan yang kreatif dan cantik itu jugalah mungkin ada yang berasa sayang untuk memakannya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Apek terlibat kemalangan di Bachok

Posted:

Apek terlibat kemalangan di Bachok

KERETA Audi yang dipandu Apek rosak akibat kemalangan di Kampung Badak, Bachok malam kelmarin.


KOTA BHARU - Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Khairul Fahmi yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan.

Khairul Fahmi ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam memberitahu, kemalangan tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang beraya di rumah saudaranya di Bachok.

"Kemalangan tersebut berlaku ketika saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan ia tidak melibatkan kecederaan serius kepada diri saya," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wanita Malaysia paling ramai curang

Posted:

Wanita Malaysia paling ramai curang

WANITA Malaysia dikatakan yang ketiga paling curang di dunia. - Gambar hiasan


ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.

Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.

Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.

Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.

Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hanya teringat mati ketika ditahan lanun

Posted:

Hanya teringat mati ketika ditahan lanun

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my

GEORGE (tengah) dicium oleh isterinya, Bibik sambil diperhatikan anak-anaknya, (dari kiri) Natheniel Japang, Bill Easter dan Aaron Jay di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - "Rundingan ini gagal. Keluarga kamu hanya akan menerima mayat sahaja."

Demikian kata-kata daripada ketua kumpulan lanun yang masih terngiang-ngiang di telinga juruteknik petroleum, George Lipih Ambo, 42, serta tiga rakannya ketika diculik oleh lanun tersebut sehingga dia sudah terbayang saat kematian.

George yang berasal dari Sri Aman, Sarawak berkata, ketika itu dia terpaksa melupakan seketika perihal keluarganya kerana berada dalam ketakutan dan trauma.

"Hari-hari yang berlalu, saya hanya memikirkan soal hidup dan mati sahaja di samping berdoa dapat diselamatkan dengan segera," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Bagaimanapun, atas usaha Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dengan kerjasama Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nigeria, George berjaya dibebaskan kelmarin setelah 20 hari menjadi mangsa culik lanun terbabit dan tiba di KLIA pada pada pukul 2.15 petang semalam.

Kepulangannya disambut isteri, Bibik Suntek, 42, serta tiga anaknya iaitu Natheniel Japang, 18; Bill Easter, 15, dan Aaron Jay, 11.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved