Sabtu, 3 Disember 2011

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Korek pasir haram punca banjir kilat

Posted:

Korek pasir haram punca banjir kilat

Korek pasir haram punca banjir kilat

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM dan LILY LEAN
berita@kosmo.com.my

BEBERAPA pekerja terpaksa membuang barangan yang rosak akibat banjir kilat luar biasa di Kajang semalam.


KAJANG - Kegiatan sindiket mengorek pasir secara haram dan pembangunan tidak terancang dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada banjir kilat luar biasa yang berlaku di bandar Kajang kelmarin.

Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara, Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, kedua-dua faktor itu mempercepatkan berlakunya banjir selain faktor hujan lebat.

"Pembangunan dan aktiviti manusia (korek pasir) boleh menjejaskan sistem pengaliran air dan bahan-bahan konkrit seperti jalan dan bangunan akan menyebabkan berlaku gangguan aliran sungai seterusnya mempercepatkan banjir," ujarnya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Terkejut lidah kuda hampir putus

Posted:

Terkejut lidah kuda hampir putus

Terkejut lidah kuda hampir putus

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


ASLIZAN (kiri) menunjukkan lidah kudanya (dalam bulatan) yang hampir putus dan dijahit semula di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang usahawan hiasan dalaman, Aslizan Zabidin, 38, mendakwa lidah seekor kuda miliknya hampir putus semasa diletakkan di sebuah pusat jagaan haiwan di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kira-kira 75 peratus daripada lidah kuda berusia 18 tahun bernama Paloma itu terpotong menyebabkannya sering sakit.

Ujarnya, lidah kuda daripada baka Argentina itu kemudian didapati telah dijahit oleh kakitangan pusat tersebut.

"Melalui pemerhatian terhadap lidah kuda yang putus itu, seolah-olah ia seperti sengaja dipotong dan ada tujuan khianat.

"Kecuaian pihak pengurusan menjaga Paloma sangat dikesali kerana kuda yang sepatutnya dijaga oleh tenaga pekerja terlatih telah diuruskan oleh seorang sukarelawan sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Elak bangsa Melayu terbangsat

Posted:

Elak bangsa Melayu terbangsat

Elak bangsa Melayu terbangsat


PARA perwakilan UMNO khusyuk mendengar ucapan penangguhan Najib di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR - Orang Melayu perlu memastikan negara ini tidak jatuh ke tangan parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana jika ia berlaku maka bermulalah zaman keruntuhan Melayu dan lebih buruk lagi Islam akan dihina manakala Melayu menjadi bangsa bangsat yang merempat di tanah air sendiri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masa depan yang hitam dan menakutkan itu hanya akan dapat dielakkan jika ahli-ahli UMNO dan orang Melayu mendakap perjuangan parti itu serta menggempur habis-habisan pembangkang menjelang pilihan raya umum itu bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dalam ucapan penangguhan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011 selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang semalam, Najib yang juga Perdana Menteri meminta orang Melayu yang berhadapan dengan gelora politik yang mencemaskan sejak pilihan raya umum 2008 supaya segera insaf tentang nasib buruk yang bakal menimpa mereka.

"Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan akan tiba di muka pintu. Tunggulah kehancuran, akan terbangsatlah Melayu, merempat di tanah sendiri," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Capello puas hati

Posted:

Capello puas hati

Capello puas hati

LONDON - Pengurus England, Fabio Capello berpuas hati dengan hasil undian pusingan akhir Euro 2012 dengan menganggapnya sebagai selesa.

England diundi dalam Kumpulan D bersama-sama dengan Perancis, Sweden dan tuan rumah bersama, Ukraine.

Menurutnya, semua pasukan dalam kumpulan tersebut memiliki kekuatan yang seimbang.

Majlis undian itu berlangsung di National Palace of Arts di Kiev, Ukraine kelmarin.

Euro 2012 dihoskan bersama oleh Ukraine dan Poland pada Jun depan.

"Saya rasa, Kumpulan B boleh dianggap sebagai kumpulan maut," jelas Capello.

Kumpulan B terdiri daripada Belanda, Denmark, Jerman dan Portugal sementara Kumpulan A diwakili Poland, Greece, Rusia dan Republik Czech.

"Saya anggap kumpulan kami adalah seimbang. Kami perlu berdepan tuan rumah bersama, Ukraine.

Kami pernah menentang mereka sebanyak dua kali pada kelayakan Piala Dunia sebelum ini," jelas Capello.

Pada aksi kelayakan itu, England menewaskan Ukraine 2-1 di Wembley, tetapi tewas 0-1 pada perlawanan timbal balik di Dnipropetrovsk ketika penjaga gol utama England, Rob Green dilayangkan kad merah pada perlawanan tersebut.

Pada pusingan akhir Euro 2012 kelak, England akan memulakan kempen mereka menentang Perancis, pasukan yang telah menewaskan mereka sebanyak empat kali dalam lima pertemuan terakhir sebelum ini.

"Aksi menentang Perancis pasti sukar. Perlawanan pertama selalunya begitu dan saya juga yakin ia juga sukar buat Perancis," tambah Capello.

Capello juga melahirkan kegembiraannya kerana akan berada di Krakow, Poland pada kempen peringkat kumpulan itu kelak.

"Kami beraksi di Krakow dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan. Saya puas hati kerana kemudahan di situ sungguh memuaskan," katanya. - dpa

Full content generated by Get Full RSS.

Jerman tidak gentar Portugal

Posted:

Jerman tidak gentar Portugal

Jerman tidak gentar Portugal


LOEW (dua dari kanan) tidak gentar berdepan tiga pesaing mereka dalam Kumpulan B, namun tetap waspada dengan ancaman pasukan underdog, Denmark berbanding Portugal dan Belanda.


KIEV - Jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata, pasukannya tidak pernah gentar menentang Portugal pada aksi pembukaan Euro 2012 termasuk Belanda dan Denmark dalam saingan peringkat Kumpulan B.

Jerman merupakan pasukan pertama layak ke pusingan akhir Euro 2012 apabila mencapai 10 kemenangan di dalam aksi kelayakan.

Jerman telah menetapkan untuk berlatih di Selatan Poland sebelum bertandang ke Ukraine bagi mengharungi tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Jerman akan bertemu Portugal pada aksi pembukaan 9 Jun depan di Lviv.

Portugal pernah menewaskan Jerman 3-2 pada peringkat suku akhir Euro 2008.

Selepas itu, mereka akan berdepan dengan Belanda (13 Jun di Kharvic) sebelum kembali ke Lviv bagi menghadapi Denmark pada 17 Jun.

Jerman berjaya menewaskan Belanda 3-0 pada perlawanan persahabatan di Hamburg pada bulan lalu namun Loew berkata, meskipun tidak gentar bertemu Portugal namun beliau mengakui semua pasukan yang diundi dalam kumpulan tersebut sebagai sukar untuk dihadapi.

"Kami akan tetap berjuang dan tidak akan berasa gentar," kata Loew

"Sebelum undian, saya berkata kepada semua pemain bahawa kita tidak perlu bimbang siapa yang akan diundi bersama kami. Apa yang penting, semua pemain perlu bekerja keras.

"Suasana kejohanan Eropah ini sama seperti Piala Dunia, mana-mana pasukan mampu mencipta kejutan." ujarnya.

Pengendali berusia 51 tahun itu bagaimanapun menganggap Denmark sebagai lawan yang perlu diawasi.

"Saya percaya bahawa ini adalah kumpulan yang paling sukar dan seimbang kerana semua pasukan memiliki kelebihan tersendiri," kata Loew.

"Belanda dan Portugal memiliki pemain bertaraf dunia dan kita dapat melihat satu aksi menarik ketika menentang mereka.

"Namun, Denmark akan menjadi pasukan 'pembunuh' kerana mereka muncul sebagai pasukan bukan pilihan dan membuat mereka tidak tertekan serta menjadikan mereka sukar untuk ditentang," ujarnya.- AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Fergie: Rooney pasti bangkit

Posted:

Fergie: Rooney pasti bangkit

Fergie: Rooney pasti bangkit


ROONEY (kanan) masih sukar untuk menemui sentuhan penyudah selepas kali terakhir melakukannya ketika menentang Chelsea pada 18 September lalu.


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin penyerangnya, Wayne Rooney akan menamatkan kemarau jaringan dalam aksi Liga Perdana England.

Rooney setakat ini telah meledak sembilan gol sepanjang lima perlawanan awal musim ini namun gagal menemui sentuhan sejak menewaskan Chelsea pada 18 September lalu.

Sehingga kini, penyerang kelahiran Liverpool itu hanya menjaringkan dua gol dalam semua pertandingan.

Dua gol tersebut terhasil menerusi sepakan penalti ketika menentang Otelul Galati dalam aksi Liga Juara-Juara.

Namun, Ferguson berkata: "Dia telah memulakan aksi serta menjaringkan gol dengan baik pada musim ini.

"Saya menjangkakan dia akan menjaringkan 11 gol pada waktu ini tetapi perjalanan musim ini masih lagi panjang dan dia pasti kembali menggegar gawang lawan. Saya tidak perlu sangsi lagi mengenai perkara itu."

Sebelum ini, Ferguson telah mencuba untuk menjadikan Rooney sebagai pemain tengah, namun langkahnya dilihat sedikit menjejaskan rentak Rooney untuk meledak gol.

"Saya cuba untuk menjadikannya sebagai pemain tengah, namun percaturan itu menyebabkan Rooney sedikit sukar untuk menjaringkan gol." - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penunggang motosikal maut digilis lori

Posted:

Penunggang motosikal maut digilis lori

Penunggang motosikal maut digilis lori

03/12/2011 7:28pm

SEREMBAN — Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori dalam satu kemalangan di Kilometer 270.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan di sini hari ini.

Jurucakap polis memberitahu, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.10 petang, mangsa, Mohd. Haider Abdullah, 25, menunggang motosikal jenis Yamaha 135Z, maut selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Jurucakap itu berkata, berdasarkan siasatan awal, ketika kejadian mangsa dipercayai berada di laluan tengah lebuhraya yang pada masa itu trafik bergerak perlahan kerana jumlah kenderaan agak banyak.

"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan melanggar sebuah Honda Civic di laluan tersebut dan menyebabkan dia terjatuh ke atas jalan.

"Sebuah lori yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar dan menggilis mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, kedua-dua pemandu kereta dan lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

APMM selamatkan dua penyelam

Posted:

APMM selamatkan dua penyelam

APMM selamatkan dua penyelam

03/12/2011 6:12pm

JOHOR BAHRU – Dua penyelam tempatan yang hampir lemas dihanyutkan arus deras berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di kedudukan lebih kurang 3.4 batu nautika barat daya Tg. Piai pada 6 petang semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Johor Baharu, Kapten Maritim Mohd. Sabri Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 1.30 tengah hari mengenai dua orang penyelam hilang di perairan Tanjung Piai.

Berikutan itu, sebuah bot, Kilat 18 dari Daerah Maritim Johor Baharu dengan kru 4 orang telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

"Pasukan penyelamat sampai ke lokasi lebih kurang pukul 4.30 petang dan membuat pencarian di sekitar kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lebih kurang 5.40 petang APMM dimaklumkan oleh kapal dagang MT Al Khazanah bahawa ia terlihat dua orang sedang terapung di hadapan kapal di kedudukan lebih kurang 3.4 batu nautika barat daya Tanjung Piai.

Kilat 18 bergegas ke lokasi dan 15 minit kemudian menemui dua orang lelaki berbaju kuning dengan set menyelam sedang terapung dalam keadaan keletihan di sebelah kapal MT Al Khazanah yang sedang berhenti.

"Siasatan mendapati mereka menyelam untuk mencari kapal karam lalu mengambil gambar sebagai hobi. Mereka juga disyaki melakukan aktiviti penyelaman tanpa kebenaran daripada Jabatan Laut Wilayah Selatan," kata Mohd. Sabri.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 491b(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu melakukan aktiviti di perairan Malaysia tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, katanya. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pekebun sayur mati lemas dalam telaga

Posted:

Kitar semula sisa pepejal

DALAM sedar atau tidak, pengurusan sisa pepejal yang efektif sangat penting dalam memberi impak positif kepada kehidupan manusia dari aspek sosial, politik, ekonomi dan persekitaran. Lagi...

Diabetes sebabkan mati mengejut

KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang. Lagi...

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Minta tangkap Bush di Afrika

Posted:

Minta tangkap Bush di Afrika

Minta tangkap Bush di Afrika

GEORGE W. BUSH (kanan) berjabat tangan dengan seorang penari tradisional semasa tiba di Lapangan TerbangAntarabangsa Kenneth Kaunda di Lusaka, Zambia semalam.


NEW YORK - Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International kelmarin meminta negara Habsyah, Tanzania dan Zambia menangkap bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush kerana melanggar hak asasi manusia semasa dia melawat Afrika dalam bulan ini.

Bush menjadi presiden dari tahun 2001 hingga 2009.

Semasa pemerintahannya, dia membenarkan penggunaan teknik mencurahkan air pada muka dan beberapa teknik soal siasat lain ke atas para tahanan.

Amnesty International dan beberapa pertubuhan hak asasi manusia yang lain menganggap teknik tersebut sebagai satu penderaan.

"Undang-undang antarabangsa mengkehendaki tidak ada syurga selamat untuk sesiapa yang bertanggungjawab melakukan penderaan.

"Habsyah, Tanzania dan Zambia perlu mengambil kesempatan ini dengan memenuhi tanggungjawab mereka dan menamatkan kebebasan daripada hukuman yang dinikmati George W. Bush setakat ini," kata seorang penasihat undang-undang kanan, Matt Pollard dalam satu kenyataan.

Pada Februari lalu, beberapa kumpulan hak asasi menyatakan Bush membatalkan satu lawatan ke Switzerland kerana ancaman tindakan undang-undang ke atasnya berhubung isu penderaan.

Para penganjur lawatan Bush itu menyatakan, lawatan tersebut dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan dan bukan kerana aduan jenayah.

Bush telah mempertahankan penggunaan teknik mirip kaedah melemaskan para tahanan yang terdiri daripada aktivis ekstremis bagi mengelak serangan pengganas pada 11 September 2001 berulang lagi di AS. Menurut Amnesty International, Bush melawat Afrika bagi membangkitkan kesedaran mengenai kanser. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

YouTube perkenal reka bentuk laman baharu

Posted:

YouTube perkenal reka bentuk laman baharu

YouTube perkenal reka bentuk laman baharu


GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan laman web YouTube yang baharu.


SAN BRUNO, Amerika Syarikat (AS) - Laman perkongsian sosial YouTube memperkenalkan reka bentuk baharu kelmarin dengan paparan gaya program televisyen selain integrasi yang lebih baik dengan laman-laman web Google.

"Kami mencuba sedaya upaya mengabungkan ciri terbaik televisyen dengan ciri terbaik Internet," kata timbalan presiden pembangunan produk YouTube, Shishir Mehrotra di pejabat YouTube di sini.

"Terma video atas talian tidak lagi akan digunakan kerana video boleh ditonton dengan menggunakan pelbagai gajet," tambahnya.

Untuk mengukuhkan kenyataan tersebut, pengurus produk kumpulan YouTube, Shiva Rajaraman melakukan demonstrasi menonton klip video YouTube menerusi konsol permainan video Microsoft, Xbox360 yang disambungkan pada Internet.

Laman utama baharu YouTube menampilkan beberapa saluran yang dihasilkan oleh pelbagai sumber bermula daripada penggemar klip video hingga kepada stesen televisyen profesional atau studio perfileman. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Beckham luang masa di Filipina

Posted:

Beckham luang masa di Filipina

Beckham luang masa di Filipina


DAVID BECKHAM (berbaju hitam) melihat hasil seni seorang kanak-kanak yang pernah hidup di jalanan di sebuah pusat perlindungan di pinggir Manila semalam.


MANILA, Filipina - Bintang bola sepak England, David Beckham semalam meluangkan masa berkongsi pengalaman dan mendengar luahan kanak-kanak Filipina yang kurang bernasib baik semasa berkunjung ke negara berkenaan.

"Penting untuk kita memiliki impian," kata Beckham semasa melawat sebuah rumah perlindungan kanak-kanak yang mendapat sokongan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di pinggir ibu negara Filipina, di sini pada minggu ini.

Dia melakukan lawatan ke rumah perlindungan berkenaan sebagai Duta Muhibah UNICEF.

Memakai baju T hitam UNICEF, bekas ketua pasukan bola sepak England itu menceritakan pengalamannya bermain bola sepak seawal usia tujuh tahun sehingga dia berjaya mengejar impian bermain untuk kelab idamannya, Manchester United.

Beckham, 36, dan rakan-rakan sepasukannya dari kelab bola sepak LA Galaxy dari Amerika Syarikat akan bermain dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Filipina esok.

- Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Difitnah ceraikan isteri baharu

Posted:

Difitnah ceraikan isteri baharu

Difitnah ceraikan isteri baharu

TENGAH hari Khamis, lewat 10 minit dari temu janji, telefon bimbit berdering. Pemanggil di talian, penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin telah menanti di kafe seperti yang dijanjikan sehari sebelum pertemuan.

Sampai di kafe, Hattan tersenyum menyambut kami, lebih-lebih lagi selepas disapa, dengan pertanyaan apa khabar pengantin baharu. Dia senyum makin meleret dan segera memanggil pelayan mengambil pesanan.

Inti pertemuan pada hari itu hanya satu. Hattan mahu bersuara tentang fitnah yang menuduh dia menceraikan isterinya dengan talak tiga selepas tujuh hari berkahwin. Ada api kemarahan bercampur kecewa dalam bola mata Hattan saat dia mula berbicara. Sesekali terdiam, menggeleng kepala dan mendengus sebagai tanda amarah terhadap fitnah yang ditimbulkan seorang penulis gosip, hujung minggu lalu.

Bagaimana tergamak seorang lelaki yang baru ingin menjamah semula rasa cinta, menjatuhkan talak tiga terhadap suri hidup yang selama ini dicari sepanjang tujuh tahun menduda. Ujar Hattan berkali-kali, ia adalah fitnah yang terlalu kejam dan gila.

"Menjatuhkan talak tiga adalah perbuatan paling zalim yang dilakukan lelaki. Saya tak akan ceraikan isteri dengan talak tiga dan itu semua adalah fitnah!," katanya sambil menggeleng kepala.

Suri hidup

Bagi penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu, saat cinta dia dan isterinya, Farah Asyikin Othman, 32, dimeterai dengan lafaz taklik pada 11 November lalu dia sebolehnya tidak akan mempersiakan wanita itu. Katanya, tujuh tahun hidup menduda dan berdoa di hadapan Kaabah sewaktu menunaikan umrah awal tahun ini agar dikurniakan seorang suri hidup, itu sudah cukup buat dia untuk tidak mengkhianati permintaan sendiri.

"Ini (kahwin) janji saya dengan Tuhan. Saya mohon jodoh daripada-Nya dan Dia beri seperti apa yang saya mohon. Tiba-tiba saya menceraikan isteri dengan talak tiga dalam tempoh tujuh hari perkahwinan sahaja. Ini adalah satu fitnah yang cukup gila!," katanya lagi.

Bercerita tentang gosip tersebut yang menyentak hatinya, dia tidak mengetahui hal tersebut sehingga dihubungi seorang teman yang dengan selamba berkata: "Beb, lu memang real!" dan dijawab saya: "Apa yang real," sebelum teman tadi menjelaskan gosip yang tersebar pada hari itu.


ULAS Hattan tentang perkahwinan keduanya dengan Farah: "Saya tak mahu kahwin dan cerai dalam hidup. Cukup dengan perkahwinan ini."


Segera mendapatkan akhbar, dia mula membaca fitnah itu. Biar tiada nama, dia amat yakin fitnah tersebut ditulis untuk dia dan isteri. Kesal dan marah bergaul. Apatah lagi isterinya tidak biasa dengan 'permainan' dunia hiburan. Dia bukan orang yang ambil pusing tentang industri hiburan, namun sebaik dikaitkan dengan fitnah tersebut, ada rasa kesal timbul di benak isterinya tentang 'permainan' dalam lapangan yang diceburi Hattan.

Dan kemudian mereka mula dihujani panggilan telefon daripada keluarga kedua belah pihak. Ujar Hattan, ibunya menangis membaca fitnah tersebut, sementara keluarga Farah pula mahu penjelasan lanjut.

"Isteri saya tidak biasa dengan dunia hiburan. Selepas keluar fitnah itu, kami berdiskusi. Dia tidak faham mengapa orang tergamak sehingga membuat cerita seperti itu dan mula mempunyai persepsi buruk terhadap wartawan hiburan dan industri seni itu sendiri," kata Hattan yang menyifatkan penulis tersebut sebagai tidak mempunyai etika dan tidak tahu menghormati institusi kekeluargaan.

Tambahnya lagi, jika mahu menjual cerita pun, jangan sampai memporak-perandakan hidup orang, apa lagi menabur fitnah yang tidak masuk akal dan bernafsu binatang.

Sedang asyik berbicara, Hattan menghubungi isterinya yang sedang berada di Kota Kinabalu, Sabah atas urusan kerja. Di hujung talian, terdengar mesra Farah menyapa sebelum menjelaskan dia kesal dengan fitnah tidak berasas itu.

Sebagai seorang ibu tunggal kepada dua orang anak iaitu Nazril, 6, dan Khara Latiesya, 5 yang telah enam tahun hidup berdikari tanpa seorang suami, dia terpukul dengan fitnah tersebut.

Katanya: "Selepas enam tahun hidup sendiri dan baru sahaja berumah tangga semula, fitnah tersebut cukup memalukan dan menjatuhkan maruah saya sebagai seorang wanita. Saya harap di masa hadapan, tidak ada lagi fitnah sebegini. Saya sayang suami saya dan kami bahagia."

Adaptasi


HATTAN dan Farah merupakan dua individu dengan latar berbeza namun berkongsi satu cinta.


Biar boleh disifatkan sebagai cinta kilat, namun ia tidak berjalan terlalu lancar. Ada gelombang yang harus direnangi sebelum mereka berjaya ke destinasi. Terbuka Hattan berkongsi, mereka juga hampir memutuskan hubungan kerana terkadang emosi tidak dapat menanggung dugaan yang ditempuhi termasuk Farah 'diracun' dengan pelbagai label tentang Hattan seorang kaki perempuan, kaki pukul dan label-label negatif yang lain.

Bagaimanapun berkat kesabaran, semua berjaya diatasi. Akhirnya kata sepakat diambil dalam tempoh yang singkat. Cinta mereka harus disimpul dengan ikatan suci iaitu perkahwinan.

Selepas bernikah, ada satu lagi fasa yang harus mereka tempuhi. Tujuh tahun menduda dengan hanya ditemani anak terunanya, Adam Iman, 14, akui Hattan banyak benda yang harus diadaptasi terhadap perkahwinan kedua ini. Hal yang sama berlaku kepada Farah yang juga sudah terbiasa sendiri bersama dua buah cintanya.

Baru tidak sampai sebulan bernikah, mereka berdua berusaha untuk saling melengkapi satu sama lain, memahami dunia antara mereka yang benar-benar tidak sehaluan dan cuba mencantumkan semua hal untuk keharmonian serta masa depan mereka bersama. Jujurnya kata Hattan ada banyak perkara yang perlu dia dan Farah kompromi.

"Kami mempunyai dunia yang berbeza. Dia seorang ahli perniagaan yang beribu pejabat di kota London dan Hong Kong. Saya pula dengan dunia saya yang serba sederhana. Benar, kami adalah sepasang manusia yang berlainan.

"Namun sebaik mungkin kami akan bertoleransi, kompromi dan belajar untuk menerima dunia satu sama lain dengan sebaik yang boleh. Malah Farah selalu minta maaf kerana dia tidak dapat menguruskan makan atau menyediakan pakaian saya seperti suri rumah lain kerana kesibukannya. Tapi saya faham kerana sebelum berkahwin, saya telah terlebih dahulu memahami kerjaya dia," ujar Hattan penuh hemah.


BAHAGIA. Hattan dan Farah berharap agar kehidupan mereka tidak dilanda fitnah lagi.


Mengenang cinta kilat mereka, Hattan berulang kali memberitahu itu yang dinamakan jodoh. Cinta mereka bertaut tidak lama, tidak mencecah usia setengah tahun. Namun bagai ada satu arus elektrik yang mencuit rasa cinta antara mereka. Dia jatuh cinta dan membuat keputusan untuk menikahi Farah selepas insiden Farah mengaku Adam (anak Hattan) sebagai anaknya sewaktu Adam pengsan di bazar Ramadan. "Saya tersentuh dan ia mengerakkan hati saya untuk menikahi dia kerana ciri utama yang harus ada pada bakal isteri saya adalah menyayangi anak saya sepenuh hati, katanya lagi.

Sementara ditanya apa kriteria yang membuat Farah juga bersetuju untuk mengakhiri riwayat status ibu tunggal, jawab Hattan sambil tersenyum: "Dia kata saya mempunyai sifat kebapaan."

Full content generated by Get Full RSS.

Perjanjian Fly

Posted:

Perjanjian Fly

Perjanjian Fly

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


SETIAP anggota Fly berkebolehan menghasilkan lagu sendiri untuk dendangan kumpulan ini.


FLY bukanlah pendatang baru di dalam industri muzik di Malaysia, malahan bagi peminat yang sudah mengenalinya, Fly kini sedang giat mempromosikan single kedua mereka yang berjudul Dunia yang sudah pun dimainkan di corong-corong radio tempatan.

Fly yang dianggotai oleh lima orang pemuda yang berbakat besar iaitu Yuz (pemain dram), Naz (vokalis), Roy (bass), Arel (gitaris) dan Farock (gitaris) telah berada di dalam industri sejak dari tahun 2008 dan single pertama mereka Waktu Ku Terhenti pernah berada di dalam carta Muzik-Muzik pada tahun 2009.

Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila mereka terkeluar setelah hanya tiga minggu berada di dalam carta.

"Selama tiga minggu sahaja Fly dapat kekal di dalam carta kerana mungkin tiada rezeki kami. Mungkin ketika itu juga kami orang baharu," ujar ketua kumpulan Fly, Yuz redha dengan rezeki mereka ketika mereka baru bergelar penyanyi.

Namun, perkara tersebut tidak mematahkan semangat lima jejaka ini apabila mereka tampil dengan single kedua setelah setahun bertungkus lumus untuk menghasilkan muzik terbaik dan berkualiti untuk peminat tersayang.

"Kami tidak mahu terburu-buru dan kami punyai perancangan tersendiri. Sebagai contoh, jika single kedua ini juga tidak dapat sambutan, kami akan tunggu beberapa seketika dan keluarkan pula single yang ketiga.

"Ini kerana kami mahukan kualiti di dalam muzik kami dan juga banyak membuat suntingan untuk mendapatkan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada peminat kami di luar sana," ujar Yuz jujur apabila menjawab persoalan mengapa masa yang terlalu lama diambil bagi mengeluarkan sebuah single lain.

Menambah info tentang Fly, ujar Yuz mereka berlima sebenarnya mempunyai perjanjian setiap seorang yang mana perjanjian tersebut memerlukan setiap seorang dari anggota kumpulan Fly menghasilkan lagu sendiri.

"Kami berlima telah membuat perjanjian yang mana kami harus hasilkan sebuah lagu setiap seorang dan lagu-lagu itu pula akan dikeluarkan mengikut giliran untuk dikeluarkan dan diperdengarkan," tutur Yuz yang mengatakan kali ini adalah gilirannya mengeluarkan hasil nukilannya kepada umum.

Berbicara mengenai taruhan terhadap lagu Dunia yang dihasilkan sepenuhnya oleh Yuz itu , Fly ternyata masih mengekalkan genre rock moden sebagai konsep tetap kumpulan mereka. Tambah Yuz, Dunia berkisar tentang naik turun serta kegembiraan dan kesedihan yang dialami dunia kita kini.

Sedang giat mempromosikan single kedua yang telah pun dimainkan di Suria FM dan KLFM, Fly kini telah pun muncul dengan single terbaharu mereka yang berjudul Terus Terbang dan kini giliran gitaris Farock untuk penghasilan single ketiga Fly.

"Kami diberitahu ada penerimaan baik terhadap Dunia, dan kini giliran single ketiga pula yang diberi judul Terus Terbang pula dihasilkan sepenuhnya oleh gitaris Fly, Farock.

"Terus Terbang telah pun dilancarkan baru-baru ini dan promosi juga telah dijalankan. Dan kami berharap single ini akan diterima oleh peminat seperti mana single kedua kami," jelas Yuz lagi.

Berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh kumpulan yang ada di dalam industri kini, kumpulan Fly mungkin mempunyai keunikan mereka sendiri. Ini terjadi kerana vokalis Fly, Naz boleh menyampaikan lagu di dalam lapan bahasa yang berlainan.

"Selain bahasa Melayu dan Inggeris, antara enam bahasa lain yang saya kuasai ialah Thai, Jepun, Cina, Hindi, Latin dan Tagalog.

"Saya bukan semata-mata hanya tahu menyanyi dan menghafal lirik, tetapi saya faham apa yang saya nyanyikan itu. Bukan seperti hanya menyebut perkataan sahaja," jelas Naz.

Fly juga mempunyai keunikan lain yang boleh dibanggakan iaitu yang mana kelima-lima orang anggota kumpulan ini mampu bermain kesemua alat muzik seperti dram, gitar dan bass selain kesemua mereka juga mempunyai kebolehan mencipta lagu sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.

Hiburan Indonesia di Indopek

Posted:

Hiburan Indonesia di Indopek

Hiburan Indonesia di Indopek


SYAHRINI (dua dari kiri) membuat kemunculan istimewa dalam program Inbox Awards.


SEJAK Indopek 'menyerang' Malaysia menerusi saluran Bintang 141 dan saluran Pelangi 142, ia terus mempertingkat program-program menarik khusus untuk penonton setia mereka.

Terkini, bermula 27 November dan akan disiarkan setiap Ahad, program muzik (saluran Bintang 141) yang cukup popular di republik tersebut iaitu Inbox Awards, Harmoni dan Konsert Dangdut.

Inbox Awards Bahagian 1 yang sudah bersiaran pada pukul 8.30 malam 27 November lalu akan disusuli dengan Bahagian 2 pada esok, 4 Disember waktu yang sama.

Inbox Awards menampilkan artis-artis seperti ST12, Wali Band, Kotak, Anang & Ashanty, Sma*h, Dragon Boyz, Afgan, Armada dan 7 Icon.

Program yang menampilkan hos yang ramai termasuklah Gading Marten, Andhika Pratama, Astrid Tiar, Ruben Onshu, Indra Bekti dan Ayu Dewi ini juga akan menampilkan persembahan secara langsung artis-artis tersebut dan juga majlis penganugerahan kepada artis-artis yang mana video muzik mereka berada pada kedudukan tertinggi di carta atas undian para penonton.

Selepas Inbox Awards, para penonton akan disajikan dengan rancangan muzikal tertutup iaitu Harmoni dengan episod Spirit of Wali pada 11 Disember ini juga pada pukul 8.30 malam.

Ia merupakan persembahan secara langsung seseorang artis atau kumpulan dengan diiringi oleh orkestra secara live. Untuk episod Spirit of Wali yang menampilkan Wali Band.

Kumpulan terkenal Indonesia itu turut mengundangkan rakan-rakan artis yang lain untuk sama-sama membuat persembahan dan membawakan karya-karya terbaik daripada Wali sendiri.

Antaranya Syahrini akan mendendangkan lagu Yank bersama vokalis Nineball, Ashanty pula akan berduet dengan Faank Wali dalam lagu Aku Bukan Bang Toyib, sementara Anang akan menyumbang suara beliau untuk lagu Baik-Baik Sayang.

Tidak melupakan penonton-penonton yang dibesarkan dengan muzik berkonsepkan dangdut, pihak Indopek akan membawakan kepada penonton Konsert Dangdut Rhoma Irama menjelang 18 Disember ini juga pukul 8.30 malam.

Konsert yang disiarkan secara langsung ini tidak sekadar menyajikan lagu-lagu dengan irama dangdut malahan diperkemas dengan elemen muzik luar dangdut.

Tidak ketinggalan dua putera Rhoma Irama yang juga bergelar penyanyi di Indonesia iaitu Ridho Rhoma dengan muzik beraliran pop dan juga Vicky Rhoma dengan muzik beraliran rock akan turut bergabung dan menyumbang persembahan dalam konsert ini.

Bagi kemuncak konsert itu, Rhoma bakal berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi popular Indonesia seperti Armada Band, Yuni Shara, Lis Dahlia, Erie Susan dan ramai lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Jumaat, 2 Disember 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Uji kecekapan tangkap cakera

Posted:

Uji kecekapan tangkap cakera

Uji kecekapan tangkap cakera

SUASANA padang Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sama seperti waktu-waktu petang lain. Ia penuh dengan para penuntut yang beriadah. Ada yang bermain hoki, bola jaring mahupun bola sepak, malah tidak kurang juga yang hanya menjadi penonton setia di tepi-tepi padang sambil berbual dan mencuci mata.

Kehadiran beberapa objek piring persis objek terbang yang tidak dikenali (UFO) di udara tidak diendahkan.

Objek seperti piring berterbangan pada setiap petang itu adalah fenomena yang lazim dilihat. Ia bukan UFO yang sinonim dikaitkan dengan makhluk asing tetapi ia adalah frisbee. Permainan itu dikenali sebagai Ultimate Frisbee.

Hakikatnya, sukan itu agak asing di Malaysia kerana tidak ramai yang mengetahuinya.

Namun, sukan yang agak popular di Lembah Klang itu semakin berkembang di Malaysia pada momentum yang sederhana.

Ia dimainkan dengan cakera frisbee seberat 175 gram, berdiameter antara 20 hingga 25 sentimeter iaitu saiz yang mengikut piawaian antarabangsa. Bahannya pula diperbuat daripada plastik.

Penentuan mata sukan ini berdasarkan penyerahan cakera frisbee kepada pemain sehingga sampai ke zon hujung (end zone) pihak lawan sama seperti American Football atau ragbi.

Musim panas


KECEKAPAN menangkap cakera frisbee sangat penting bagi mengelakkan lemparan bertukar tangan kepada pihak lawan.


Sukan Ultimate Frisbee bermula pada tahun 1968 apabila seorang pelajar, Joel Silver yang menuntut di Columbia High School, Maplewood, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) mencadangkan pada majlis pelajar sekolahnya supaya mewujudkan pasukan frisbee sekolah.

Kemudian ia mula dimainkan oleh sekumpulan pelajar pada musim panas. Silver belajar mengenai sukan ini apabila mengikuti kem musim panas di Northfield Mount Hermon, Massachusetts daripada seorang guru di situ iaitu Jared Kass.

Sukan ini menggunakan objek umpama piring yang dinamakan mydisc atau discraft. Ia lebih dikenali dengan nama frisbee dalam kalangan masyarakat umum.

"Sukan Ultimate Frisbee ini memerlukan tujuh orang pemain dalam satu pasukan. Ia mempunyai dua kategori iaitu single gender seperti terbuka lelaki dan terbuka wanita dan kategori terbuka campuran," kata Donny Man, 25, yang merupakan jurulatih pasukan Ultimate Frisbee UiTM, Shah Alam, All Ultimate Reject (AUR).

Di Malaysia, penglibatan wanita dalam sukan Ultimate Frisbee masih kurang.

Donny yang merupakan bekas pelajar UiTM Shah Alam yang juga mantan kapten pasukan AUR memberitahu, bagi kategori campuran, nisbah pemain lelaki dan wanita adalah empat lelaki dan tiga wanita.

Sukan yang mengambil masa satu jam ini dimainkan selama 30 minit dan tempoh rehat lima minit sebelum baki 30 minit permainan bermula semula. Namun, ia tertakluk pada peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur kerana adakalanya tiada waktu rehat.

Pasukan Ultimate Frisbee di Lembah Klang kebanyakannya adalah daripada pasukan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Gelanggang atau padangnya berbentuk segi empat tepat sama seperti sukan American Football. Ia terdiri daripada kawasan jaringan gol di penghujung padang iaitu zon hujung (end zone).

Garisan gol adalah garis yang memisahkan kawasan permainan dari kawasan end zone yang merupakan kawasan untuk mendapatkan mata. Setiap end zone perlu ditandakan dengan kon.

"Cara permainannya juga lebih kurang sama, cuma dalam sukan ini seseorang pemain itu perlu menangkap cakera frisbee daripada rakan sepasukannya dan berada di dalam end zone bagi mendapatkan mata berbanding American Football yang memerlukan seseorang pemain itu membawa bola sambil berlari sebelum melakukan touch down," ujarnya.

Frisbee merupakan sukan unik kerana ia adalah gabungan American Football, ragbi dan bola jaring. Selepas seseorang itu menangkap cakera frisbee, dia tidak dibenarkan berganjak atau berlari dan hanya boleh melakukan gerakan seperti permainan bola jaring.

"Seseorang pemain itu perlu melemparkan cakera frisbee pada rakan sepasukannya dalam kiraan sepuluh yang dibilang oleh pihak lawan yang berada dekat dengannya, jika gagal cakera frisbee akan berpindah kepada pihak lawan.

"Berbanding sukan lain, sukan ini tiada pengadil kerana ia dimainkan dengan semangat Spirit Of The Game (SOTG)," jelas pemuda yang berasal dari Sarawak ini.

Setiap pemain yang berjaya menyambut frisbee di end zone akan mendapat satu mata. Pasukan yang menang akan ditentukan dengan jumlah markah tertinggi selepas masa permainan tamat.

Dibantu kapten


PEMAIN dalam sukan ini dilarang membuat sebarang sentuhan ke atas pemain lain dan bermain dengan semangat Spirit Of The Game.


Setiap pemain tahu peranan masing-masing dan menghormati pihak lawan tanpa perlu berlaku pergaduhan.

Walaupun timbul salah faham, dua pemain yang terlibat akan menyelesaikan secara baik tanpa campur tangan pemain-pemain lain.

Andai kata masalah tersebut tidak diselesaikan, kapten kedua-dua pasukan akan membantu tetapi keputusan tetap di tangan pemain yang terlibat.

"Jika gagal juga, khidmat pemerhati diperlukan untuk membantu menyelesaikan masalah, namun keputusan bukan di tangannya.

"Sukan ini adalah sukan tanpa sentuhan (non contact). Jika ada pemain melakukan sentuhan pada masa yang sama mahu merampas frisbee daripada tangan pemain pasukan lawan, ia dikira fault dan pemain yang ditepis itu yang akan menjerit fault untuk memberitahu dirinya disentuh," kata Donny sambil menunjukkan demonstrasi mengenai situasi tersebut sambil dibantu kapten pasukan AUR, Ramlan Muhammad Rashid, 21.

Tidak seperti sukan bola sepak, bola jaring, American Football mahupun ragbi yang permainannya dimulakan di bahagian tengah, sukan ini bermula pada hujung padang yang dinamakan end zone dengan melakukan lemparan pemula (pull) ke end zone pasukan lawan untuk disambut oleh lawan sebelum pasukan pihak lawan naik ke end zone pasukan bertahan untuk mendapatkan mata.

Pasukan yang berjaya mendapatkan mata akan memulakan permainan dengan membuat pull.

"Sama seperti permainan lain, Ultimate Frisbee juga mempunyai posisi tertentu. Terdapat tiga posisi dalam permainan ini iaitu handler, mid dan deep.

"Biasanya posisi handler dimainkan oleh pemain yang merupakan pembaling terbaik, mid pula merupakan pemain tengah yang mengacah pihak lawan untuk mendapatkan frisbee manakala deep pula bertindak sebagai penerima cakera frisbee. Biasanya posisi deep diberi kepada pemain yang cekap menangkap dan bijak membaca pergerakan cakera frisbee," kata Ramlan.

Cakera frisbee akan bertukar tangan pada pihak lawan (turn over) dengan beberapa cara. Pertama, apabila berlakunya interset iaitu apabila pihak lawan berjaya menangkap dan menjatuhkan cakera frisbee yang berada di udara.

Kedua, apabila seseorang pemain itu tersalah baling cakera frisbee kepada pihak lawan dan ketiga, ketika seseorang pemain yang cuba untuk menangkap cakera frisbee tetapi cakera tersebut terjatuh ke tanah (biasanya berlaku kepada pemain amatur).

"Terdapat tiga teknik lemparan cakera frisbee iaitu pukulan kilas (backhand), pukulan depan (forehand) dan hantaran atas kepala dengan kedudukan cakera frisbee menegak (hammer).

"Sentuhan badan tidak dibenarkan," ujar Ramlan yang merupakan penuntut semester ketiga, Ijazah Sains Sukan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.


CAKERA frisbee yang digunakan selaras dengan standard antarabangsa iaitu 175 gram. - Gambar hiasan.


Kepantasan dan kecergasan diperlukan oleh seseorang pemain kerana sukan ini memerlukan seseorang itu berlari pantas selain mempunyai kecekapan menerima dan melempar cakera frisbee selain bergantung kepada strategi permainan.

Berjinak-jinak

"Cabaran permainan ini ialah apabila terpaksa bermain dalam keadaan angin kuat, hujan dan panas.

"Sesuatu perlawanan hanya akan dihentikan apabila berlaku kilat dan petir kerana khuatir keadaan tidak diingini berlaku," katanya sambil memberitahu fizikal yang tinggi merupakan satu kelebihan kepada seseorang pemain.

Seorang pemain AUR wanita, Norkadijah Md. Isa, 25, memberitahu, dia mula berjinak-jinak dalam sukan tersebut sejak tahun 2007 atas ajakan rakan-rakannya.

Sebelum berkecimpung dalam Ultimate Frisbee, Norkadijah yang sebelum ini menuntut di UiTM Arau, Perlis aktif dalam sukan bola jaring dan olahraga.

"Peluang untuk bermain bola jaring dan olahraga di sini sukar kerana banyak saingan, jadi saya mengambil keputusan mencuba sukan ini kerana ia membolehkan saya mengaplikasikan sukan olahraga dan bola jaring dalam masa yang sama.

"Sehingga kini saya pernah bermain posisi deep dan mid. Namun, selepas mengalami kecederaan pada lutut, larian saya agak terbatas. Sehubungan itu, saya giat berlatih untuk menggalas posisi sebagai handler pula," katanya yang kini bermain pada posisi mid dalam AUR.

Dalam pada itu, salah seorang pemain AUR, Dickson Sittie, 23, mula serius dalam sukan tersebut pada tahun lalu walaupun mula bermain Ultimate Frisbee pada tahun 2006.

Dia yang sebelum ini aktif bermain bola, sepak takraw dan olahraga tertarik dengan sukan ini kerana ia menggabungkan beberapa jenis sukan dan tiada pengadil berbanding sukan-sukan lain.

"Saya sudah bermain untuk semua posisi. Bagi saya semua posisi sama pentingnya kerana semuanya perlu bergandingan untuk bermain dengan baik bagi memenangi sesuatu perlawanan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Polis bongkar rahsia 5 penculik

Posted:

Polis bongkar rahsia 5 penculik

Polis bongkar rahsia 5 penculik

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

MOHD. ADNAN (kiri) dan pegawainya menunjukkan sebahagian barangan kes pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Penahanan lima suspek termasuk seorang wanita yang melarikan seorang budak berusia lima tahun bersama kereta BMW di Desa Jaya, Kepong dekat sini Isnin lalu membongkar kegiatan jahat mereka apabila didapati kesemuanya terlibat dengan 13 kes curi kereta, pecah rumah dan samun.

Kumpulan suspek yang tidak mempunyai gelaran berusia di antara 20 dan 34 tahun itu disyaki terlibat 10 kes di Ipoh dan Manjung, Perak serta masing-masing satu di Gombak, Ampang dan Kepong.

Modus operandi mereka ialah menggunakan ibu kunci untuk mencuri kereta yang diletakkan di kawasan sunyi, mengacukan senjata tajam untuk menyamun dan menceroboh rumah ketika penghuninya keluar bekerja.

Suspek dari Puchong, Kajang, Klang, Balakong dan Port Dickson, Negeri Sembilan itu telah bergiat sejak setahun lalu dan sanggup ke negeri lain untuk melakukan jenayah.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Hattan nafi cerai talak tiga

Posted:

Hattan nafi cerai talak tiga

Hattan nafi cerai talak tiga

Oleh MALIAH SURIP
maliah.surip@kosmo.com.my


DETIK manis majlis pernikahan Hattan dengan Farah pada 11 November lalu.


KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal, Hattan menafikan gosip mengatakan dia telah menceraikan isterinya, Farah Asyikin, 32, dengan talak tiga selepas hanya seminggu berkahwin pada bulan lalu.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin, 47, berkata, gosip tersebut tidak benar dan berniat jahat.

Beliau turut membidas sikap pihak tertentu yang menulis tanpa bersandarkan etika.

"Menjatuhkan talak tiga adalah perbuatan paling zalim yang dilakukan lelaki kepada isteri.

"Saya tak akan ceraikan isteri dengan talak tiga, semua itu adalah fitnah!," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Sebahagian besar bandar Kajang ditenggelami air

Posted:

Sebahagian besar bandar Kajang ditenggelami air

Sebahagian besar bandar Kajang ditenggelami air


BANJIR kilat selepas hujan lebat petang semalam mengakibatkan sebahagian besar bandar Kajang lumpuh seketika.


KAJANG - Hujan lebat lebih sejam mulai pukul 2 petang semalam menyebabkan sebahagian besar daripada bandar ini ditenggelami air sehingga satu meter dalam masa hanya kira-kira 15 minit.

Ramai penduduk khususnya pemilik kedai dan pemandu kenderaan dikejutkan dengan limpahan air secara tiba-tiba khususnya di sekitar Plaza Metro Kajang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, hujan lebat mengakibatkan air Sungai Jerlok melimpah dan membanjiri beberapa kawasan rendah di sekitar pusat bandar Kajang.

Menurut Mohd. Sani, beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang, pasar besar dan sekitar pusat perniagaan berdekatan ditenggelami air.

"Air dikatakan naik mendadak sehingga ke paras pinggang, namun banjir kilat ini kembali surut lewat petang," katanya dengan menambah, kawasan lain yang turut dilanda banjir ialah pekan Semenyih berhampiran Jalan Bangi Lama dan Jalan Jerlok.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved