Khamis, 21 Julai 2011

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Dina jelmaan Effie White

Posted:

Dina jelmaan Effie White

Dina jelmaan Effie White



RAMAI yang meletakkan harapan yang tinggi apabila ada naskhah teater antarabangsa dipentaskan di Malaysia. Justeru, tidak hairanlah apabila Dreamgirls - The Broadway Musical Sensation yang berlatarkan era 60-an sehingga 80-an dipentaskan di Istana Budaya dengan menampilkan lakonan pelakon-pelakon tempatan, ada yang masih was-was dengan kualiti produk yang diadaptasi dari naskhah teater berprestij New York itu.

Bagaimanapun, Kosmo! yang berkesempatan menonton teater muzikal itu pada sesi previu pada minggu lalu terpukau dengan kualiti lakonan yang diberikan oleh barisan pelakonnya terutamanya penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir yang memegang watak Effie White.

Jika sudah namanya teater muzikal sudah tentulah kebanyakan dialog dilontarkan adalah dalam bentuk nyanyian.

Dan khusus buat Dina yang merupakan penggerak utama teater ini, dia dilihat berjaya melakonkan watak yang pernah dipegang oleh Jennifer Hudson menerusi versi filem itu dengan penuh sukses.

Rata-rata penonton memberikan sorakan padu dan mengakui kualiti vokal yang dimiliki Dina merupakan antara yang terbaik dalam pementasan teater.

Sungguhpun begitu, Dina yang ditemui sejurus pementasan teater yang turut menampilkan lakonan Cheryl Samad, Azura Zainal, Dafi dan Tony Eusoff itu selesai mengakui, agak sukar buat dirinya untuk menjiwai karakter Effie White meskipun watak itu merupakan watak yang diidamkan selepas menonton filem itu di pawagam.

"Sebenarnya saya teruja apabila menonton filem Dreamgirls dan dalam hati saya berkata alangkah bagusnya kalau saya dapat berlakon watak Effie White itu. Jadi apabila ada uji bakat untuk teater Dreamgirls di Malaysia, saya tidak melepaskan peluang.

"Memang ramai orang beranggapan watak ini mudah untuk saya sebab saya penyanyi, tetapi hakikat sebenarnya ia amat sukar kerana saya terpaksa menyanyi, berlakon dan menari dalam masa yang sama. Apatah lagi tahap kualiti yang diinginkan penerbit adalah sangat tinggi.

"Selain itu, teater ini seratus peratus dituturkan dalam bahasa Inggeris ala-ala Amerika Syarikat dan itu cabaran buat orang macam saya yang bertutur dalam bahasa Melayu setiap hari," katanya jujur.


DREAMGIRLS dipentaskan di Istana Budaya sehingga 24 Julai ini.


Tambah Dina, walaupun dia sudah biasa menyanyi di atas pentas dengan nada yang tinggi tetapi untuk Dreamgirls, dia harus menyanyi mengikut not muzik yang telah ditetapkan oleh pihak penerbitan teater itu.

"Biasanya kalau saya menyanyi, saya hanya akan dengar muzik tetapi untuk teater ini, saya kena ikut not-not muzik yang telah ditetapkan oleh pihak penerbitan asal di New York supaya tidak lari daripada pementasan asal.

"Saya juga cukup berbangga apabila melihat Azura dan Cheryl yang kita tahu mereka bukan penyanyi tetapi boleh menyanyi dengan cukup baik. Saya berpuas hati melihat orang ramai dapat menerima lakonan saya," ujarnya yang menganggap seluruh tenaga produksi seperti keluarga selepas berlatih bersama selama tiga bulan.

Cheryl jadi diva

Pengacara yang cukup petah berkata-kata, Cheryl Samad, juga dilihat membawakan watak Deena Jones dengan baik meskipun lakonannya ditenggelami oleh karisma yang ada dalam watak yang dihidupkan Dina.

Wataknya sebagai gadis naïf pada peringkat awal mengalami transformasi sebagai seorang diva yang glamor dan diminati ramai. Bagi Cheryl, tranformasi itu cukup sukar untuk dilakukannya.

"Bagi saya, babak yang paling sukar adalah apabila saya berubah daripada seorang gadis naïf kepada seorang diva yang menjadi tumpuan di atas pentas persembahan.

"Saya harus kaji jalan cerita dan penyanyi Diana Ross yang merupakan penyanyi utama kumpulan The Supremes yang mana kumpulan itu merupakan inspirasi kepada teater ini," kata Cheryl.

Luah Cheryl lagi, dia sedar bahawa lakonannya sebagai Deena Jones sudah pasti akan dibandingkan dengan lakonan penyanyi terkenal Beyonce bagi karakter Deena Jones versi filem.

"Saya tidak kisah kalau orang ingin bandingkan saya dengan Beyonce kerana penonton di Malaysia lebih terdedah dengan versi filemnya berbanding versi teater.

Itu hak masing-masing. Apa yang penting semua orang dalam produksi teater Dreamgirls ini telah memberikan yang terbaik.

"Walaupun penat kerana terpaksa berlatih setiap hari dan harus memberi persembahan yang konsisten, saya bersyukur dan berpuas hati kerana setakat hari ini semuanya berjalan dengan lancar. Saya juga seronok dapat berlakon dengan Dina dan Azura yang mana bagi saya mereka merupakan pelakon yang bagus," ujarnya.

Azura cuba nasib

Azura Zainal yang lebih dikenali sebagai pengacara program televisyen tiba-tiba membuka mata khalayak dengan bakat lakonannya yang sebelum ini tenggelam dengan bakat pengacaraannya,

Ramai juga yang tertanya-tanya siapa gerangannya pelakon yang memegang watak gedik sebagai Lorrell Robinson. Ternyata lakonannya menjadi apabila ramai yang geli hati tatkala wataknya itu muncul di atas pentas.


MEMBERIKAN sepenuh jiwa dan raganya untuk karakter Effie White, ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan buat Dina.


"Semasa diberi peluang untuk uji bakat saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana saya lihat ramai pelakon yang bagus turut menghadiri uji bakat tersebut. Alhamdulillah saya terpilih tetapi ketika itu saya terpaksa menolak tawaran ini kerana terlibat dengan penggambaran program televisyen.

"Bagi saya tidak adil untuk produksi kerana saya tidak dapat hadiri latihan, namun seminggu selepas saya tolak tawaran itu mereka hubungi saya dan tetap mahukan saya sebagai Lorrell. Jadi, apabila orang sudah beri kepercayaan saya harus buat yang terbaik," luah Azura.

Ramai yang tidak tahu, sebenarnya Azura aktif menyanyi dan menari sejak dia di bangku sekolah rendah lagi, malah dia turut mengikuti kelas vokal bersama Siti Hajar Ismail.

"Memang ramai yang terkejut apabila saya memegang watak ini. Pada peringkat awal latihan memang 'bertarabur' juga saya menari dan menyanyi tetapi selepas latihan yang kerap semuanya okey," katanya lagi.

Azura menaruh harapan bahawa dengan peluang yang diberikan untuk Dreamgirls itu akan menjadi batu loncatan untuk ke bidang baru selain pengacaraan.

"Saya sengaja ingin cuba bidang baru, sekadar cuba nasib. Saya harap dengan lakonan sepenuh hati yang saya beri untuk Dreamgirls akan membuka mata khalayak mengenai bakat yang saya ada dan membawa saya peringkat yang lebih tinggi," jelasnya.

Teater kedua Dafi

Selepas kejayaan teater Kenangan Mengusik Jiwa, 60-an, nampaknya Dafi semakin selesa beraksi di pentas teater. Tidak kekok memegang watak C.C White, Dafi mengakui semakin ketagih untuk berlakon teater.

"Mula-mula berlakon teater memang saya takut tetapi selepas melalui pengalaman bersama produksi teater saya berasa seperti ketagih pula. Teater memang mengajar saya untuk menjadi seorang pelakon dan penyanyi yang lebih baik daripada sebelum ini.

"Teater memang memberikan saya kepuasan, jika diberi peluang untuk berlakon teater lagi saya tidak akan teragak-agak untuk menerimanya asalkan watak itu bersesuaian dengan saya dan saya yakin saya boleh membawa watak itu dengan baik," jawabnya.

Bercerita tentang lakonannya dalam Dreamgirls, luah Dafi, dia berpuas hati setelah berlatih dan melakukan sehabis baik, respons positif yang diterimanya membuatkan gembira.

"Saya sangat gembira dengan respons yang diberikan penonton, semua penat-lelah saya telah terbayar. Saya berbangga kerana terlibat dalam produksi ini, saya saya akan berusaha lebih keras supaya saya akan membawa peningkatan dalam watak C.C White," ujarnya yang masih fokus dalam bidang nyanyian.

Teater Dreamgirls yang diarahkan oleh Joanna Bessey itu dipentaskan di Istana Budaya bermula 14 Julai lalu sehingga 24 Julai ini.

Buat peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menonton teater Dreamgirls - The Broadway Musical Sensation, tiket berharga antara RM48 hingga RM400. boleh didapati di kaunter Istana Budaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tian Liang suka Malaysia

Posted:

Tian Liang suka Malaysia

Tian Liang suka Malaysia


PERJALANAN seni Tian merupakan sesuatu yang menarik dan unik.


PERJALANAN seni aktor Tian Liang sebelum bergelar pelakon agak unik. Sebelum membintangi filem sulungnya,The Fantastic Water Babes dan drama sulungnya, Niu Lang Zhi Nu - kedua-duanya pada tahun 2008, dia merupakan seorang bintang sukan bertaraf dunia.

Pemenang satu pingat emas dan satu pingat perak untuk sukan terjun papan anjal di sukan Olimpik di Sydney, Australia pada tahun 2000 dan pemenang satu pingat emas dan satu pingat gangsa untuk sukan yang sama pada Olimpik 2004 di Athens, Greece itu mengumumkan persaraannya dari bidang sukan pada Mac 2007.

Ia rentetan selepas kerajaan China mengharamkan penglibatannya dalam bidang sukan selepas dia terbabit dengan iklan komersial.

Selepas sibuk membintangi pelbagai drama, akhirnya dia kini muncul dengan filem kedua lakonannya, I Love Wing Chun. Apa yang menarik, filem ini membawanya ke Malaysia kerana penggambaran filem itu telah berlangsung di Melaka pada tahun lepas.

"Produksi ini merupakan sesuatu yang sungguh bermakna buat saya. Ia merupakan pengalaman pertama saya melakukan penggambaran sepenuhnya di luar negara," ujar aktor berusia 32 tahun itu.

Tambah Liang: "Saya sangat menyukai cuaca di Malaysia dan begitu juga dengan makanan Malaysia, terutama longan yang dicampur dengan gula perang, lazat sungguh!"

I Love Wing Chun merupakan sebuah filem komedi aksi seni mempertahankan diri mengenai tiga sahabat baik iaitu seorang ahli bisnes yang kaya, seorang mahaguru kung fu dan seorang penipu.


SATU babak filem I Love Wing Chun yang menampilkan Tian sebagai pelakon utama.


Si penipu yang sedang nazak merayu mahaguru kung fu supaya menjaga dan melindungi anak lelakinya. Pada masa yang sama dia memohon ahli bisnes yang kaya itu membantu anak lelakinya itu dari segi kewangan. Apabila anak si penipu itu meningkat dewasa, segala penipuan mulai terbongkar.

Menurut Liang, dia melakonkan karakter anak si penipu yang mempunyai kepakaran seni mempertahankan diri Wing Chun tetapi tidak menyedari mengenai hal itu.

"Personaliti karakter saya itu merupakan seorang yang sangat jujur dan itu menyebabkan ia agak berlawanan dengan karakter-karakter kelakar yang lain dalam filem ini," jelas Liang mengenai karakter lakonannya dalam I Love Wing Chun.

Bercerita lanjut tentang persediaan yang dilakukannya untuk membintangi filem itu ujar Liang: "Saya belajar asas kung fu dengan menghadiri kelas kung fu pada sebelah pagi dan sebelah petang setiap hari selama seminggu."

Sehubungan itu, bersempena promosi dan tayangan filem edaran RAM Entertainment Sdn. Bhd. yang turut dilakonkan oleh Yuen Wah, Yuen Qiu dan Natalis Chan Pak Cheong bermula pada 28 Julai ini, Liang bakal berkunjung ke Kuala Lumpur.

Dia bakal muncul untuk sesi bertemu peminat di Malaysia pada esok, 22 Julai di Times Square, Genting First World Plaza di Genting Highlands, menjelang pukul 2 petang.

Dalam pada itu pesan Liang buat peminatnya di Malaysia: "Buat peminat di Malaysia, I Love Wing Chun merupakan sebuah filem aksi komedi yang penuh dengan babak aksi dan elemen komedi yang menyeronokkan. Harap anda semua suka dengan filem ini."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Inspirasi Man Bai

Posted:

Inspirasi Man Bai

Inspirasi Man Bai

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


MAN BAI


MAN BAI bukanlah satu nama asing bagi industri seni tempatan. Namnya cukup harum pada tahun 1980-an dengan sebuah kumpulan yang diberi nama Gersang yang terkenal pada zaman kegemilangannya dengan lagu-lagu seperti Masih Aku Terasa dan Suratan Takdir.

Dia kemudian menyepi sebentar sebelum pada tahun 1997, Man Bai kembali ke persada dengan sebuah lagu yang amat digemari iaitu Kau Ilhamku.

Kini, setelah beberapa lama menyepi serta tidak muncul dengan sebarang album, pemilik nama Abdul Rahman Osman ini kembali menyerikan persada seni tanah air dengan album solonya yang terbaharu diberi judul Inspirasi.

Apa yang menariknya, nama Inspirasi dipilih kerana semua lagu yang terkandung di dalam album ini merupakan hasil nukilan dirinya sendiri sebagai komposer dan penerbit bagi album ini.

Sebagai seorang artis yang telah lama menapak di dalam industri, ujar Man Bai dia inginkan kelainan untuk menyerlahkan dirinya dengan artis baharu yang datang mencurah.

"Takut juga, kerana Malaysia kini punyai ramai artis, jadi saya akan cuba mengalih perhatian mereka kepada Man Bai iaitu melalui jiwa saya.

"Jadi dengan berkarya sahaja yang akan membuatkan saya diingati. Saya tidak tahu berapa lama lagi saya akan bertahan dan bagus juga ada generasi baharu ini dan untuk itu saya akan terus berkarya selagi mampu," ujar Man Bai tentang perjalanan seninya.

Album Inspirasi yang mengandungi lapan buah lagu yang mana dua buah lagu lama telah dirakam semula iaitu Masih Aku Terasa dan Kau Ilhamku dengan penampilan versi baharu.

Antara lagu baru yang dimuatkan di dalam album ini ialah Air Mata, Tentang Cinta, Awan Berlalu Pergi termasuk lagu duet bersama Datuk Khatijah Ibrahim yang berjudul Kita Cinta.

Album Inspirasi ini telah pun berada di pasaran sejak 30 Jun lalu. Bagi peminat yang ingin memilikinya, boleh dapatkan di kedai muzik dengan harga RM31.90 sahaja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Rabu, 20 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Meningkatkan Martabat Tarian Tradisi

Posted:

Meningkatkan Martabat Tarian Tradisi

Meningkatkan Martabat Tarian Tradisi

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my



SAAT gong dipukul menandakan bermulanya persembahan Alunan Warisan oleh Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP) yang dipersembahkan pada 5 dan 6 Julai lalu di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), ada satu keterujaan lahir di dalam hati. Ini kerana sudah lama tidak menonton persembahan tarian tradisional kepunyaan warisan budaya sendiri.

Mata tidak berhenti terkesima dengan gerak tari serta pakaian berwarna-warni yang disarung oleh penari KSPP yang begitu asyik menarikan 11 buah tarian antaranya tarian Tandak Berinai, Layang Si Burung, Kurung-Kurung, Rodong, Ngajat Serumpun, Mak Yong, Tari Pelanduk, Mengarang Kaba, Nona Manis dan Dikir Warisan.

Melihat kepada senarai di atas, pasti ramai antara kita yang tidak mengenali tarian-tarian itu, barangkali ada juga yang tidak pernah mendengar nama-nama tarian tersebut kerana ia sememangnya jarang dapat ditonton pada masa sekarang.

Justeru, KSPP mengambil inisiatif untuk mempertontonkan kembali tarian-tarian tradisional setiap negeri di Malaysia yang jarang dipersembahkan dalam Alunan Warisan.

Menurut penerbit Alunan Warisan, Hartini Abdullah, kewujudan KSPP bukan sekadar untuk menghiburkan penonton tetapi juga memberi kesedaran kepada mereka betapa indahnya warisan budaya tempatan.


KUMPULAN Seni Persembahan Petronas (KSPP) giat memupuk kecintaan terhadap seni tari tradisional yang indah.


"Biasanya kebanyakan orang memberi tanggapan bahawa tiket persembahan di DFP mahal, walhal hakikat sebenarnya tidak begitu. Tiket untuk persembahan Alunan Warisan bermula serendah RM15 sehingga RM60, jadi semua orang dapat menikmati keindahan tarian tradisonal tempatan.

"Sudah menjadi tanggungjawab KSPP untuk memartabatkan lagi seni budaya tempatan bukan sahaja untuk dihayati oleh pelancong tetapi juga rakyat tempatan," jelasnya.

Menurutnya lagi, persembahan yang terbahagi kepada dua segmen iaitu Mak Yong dan tarian itu melibatkan 80 orang tenaga kerja termasuk 60 orang pemuzik.

"Saya berharap dengan adanya usaha seperti lebih ramai orang tahu tentang nilai tradisi yang ada dalam tarian tradisonal tempatan yang semakin dilupakan," ujarnya.

Pengarah muzik Alunan Warisan, Ahmad Muriz Che Rose yang mempunyai pengalaman luas dalam gubahan muzik memberitahu dalam masa seminggu, dia dan 10 orang komposer membuat gubahan lagu untuk disesuaikan dengan tarian.

"Tarian dan muzik saling berkait rapat, untuk Alunan Warisan, kami dikehendaki untuk memberi nafas baru tetapi masih mengekalkan nilai-nilai tradisi yang terkandung dalam muzik dan juga tariannya," katanya.

Pengarah tarinya, A Sam Palal, yang mula berkecimpung dalam bidang tarian sejak 18 tahun lalu memberitahu, dia dan 11 koreografer muda mengambil masa dua minggu untuk mencipta gerak tari baru.


DI Malaysia terdapat pelbagai jenis tarian yang ditarikan mengikut budaya suku kaum termasuk tarian Rodong daripada masyarakat orang asli.


"Alunan Warisan ini juga memberi peluang kepada koreografer muda untuk memperlihatkan bakat mereka dan saya sebagai penasihat.

"Meskipun mereka mencipta gerak tari yang baru tetapi identiti gerak tari sesebuah tarian tidak dipinggirkan cuma diberi nafas sentuhan baru yang lebih segar," kata Sam.

Sam yang banyak terlibat dengan persembahan tradisional seperti teater Pak Pandir, Siti Zubaidah dan banyak lagi cukup berpuas hati dengan persembahan yang diberikan oleh penari-penari KSPP.

"Syukur, dua hari persembahan penonton penuh dan respon yang kami terima rata-rata berpuas hati dengan persembahan yang kami berikan kerana kata mereka kami mengekalkan kualiti persembahan yang tinggi.

"Saya berharap selepas ini akan ada lebih banyak persembahan tradisi seumpama ini," katanya kini yang sibuk dengan acara Gerak 2011.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tradisi yang semakin dilupakan

Posted:

Tradisi yang semakin dilupakan

Tradisi yang semakin dilupakan

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


TARIAN KUDA KEPANG


MALAYSIA cukup kaya dengan nilai tradisi dan budaya yang tiada galang-gantinya, dengan 13 buah negeri di Malaysia dan tiga Wilayah Persekutuan, maka terdapat pelbagai jenis tarian yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita untuk diwarisi sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, daripada beratus-ratus jenis tarian yang wujud hanya sebilangan sahaja yang menonjol dan terus popular sehingga ke hari ini.

Kosmo! memaparkan beberapa jenis tarian tradisional di Malaysia yang mungkin ada antaranya semakin dilupakan dek arus permodenan.

Tarian Asyik

Tarian ini digerakkan oleh 10 orang penari yang memulakan gerak dan lenggok badan yang lembut, mereka akan duduk dengan sopan sambil menanti kemunculan penari utama.

Tarian ini berasal dari Kelantan dan merupakan tarian istana diraja negeri Che Siti Wan Kembang itu. Ia bermula di Pattani, Thailand pada tahun 1644.

Sejarah tarian ini mengikut hikayat Patani, Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil asyik.

Tarian asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan di hadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya berpakaian berkemban dengan tali pinggang dan mahkota kecil.

Bahagian utama tarian asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya, alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong.

Tarian Gamelan

Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17. Buat pertama kali ia dipersembahkan adalah di Pekan Pahang tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga dengan Wan Esah iaitu adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang.

Kemudian tarian ini mula diperkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman iaitu putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.

Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara tertutup ataupun persembahan terbuka.

Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis gamelan. Pada hari ini, hanya tinggal 33 jenis lagi kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu lagi. Antara 33 jenis tarian yang masih tinggal itu adalah seperti Timang Burung, Ayak-ayak, Lambang Sari, Ketam Renjung, Geliung, Lantai Lima, Kending Gajah, Togok Rompin, Kunang-kunang Mabuk, Galuk Merajuk, Silatin, Lolo dan Monab.

Tarian Daling-Daling

Tarian daling-daling dikatakan berasal dari Sepanyol. Ia diperkenalkan oleh askar-askar Sepanyol kepada rakyat Filipina. Kini, tarian ini telah menjadi tarian bagi kaum Sulu yang tinggal di Tawau, Sabah.

Alat muzik yang digunakan ialah gabang dan dua bilah kayu yang disebut bolak-bolak. Ia ditarikan secara berpasang-pasangan iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan.

Ia dipersembahkan di majlis pertunangan, perkahwinan, berkhatan dan berkhatam al-Quran. Penari-penari wanita memakai destar yang disebut pies. Jari mereka dihias dengan kuku palsu yang diperbuat daripada logam perak atau suasa, kuku itu dinamakan janggal.

Tarian Ayam Didik

Tarian ayam didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau.

Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur dalam kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.

Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar, Perlis. Tarian ini diiringi dengan nyanyian lagu ayam didik serta menggunakan alat muzik seperti gong, gendang dan biola.


TARIAN GAYONG OTAR-OTAR


Tarian dan nyanyian ayam didik sebenarnya sering bersama dalam persembahan canggung, dipersembahkan ketika musim menuai padi atau di dalam majlis-majlis perkahwinan dan keramaian sebagai hiburan kepada para tamu.

Tarian Kuda Kepang

Tarian kuda kepang amat popular di Negeri Johor terutama di kalangan masyarakat Jawa. Tarian ini dahulunya sering disertakan dengan upacara pemujaan hinggakan para penarinya berada dalam keadaan separa sedar.

Penari menggunakan kuda kepang yang diperbuat daripada buluh yang dianyam. Kuda kepang tidak berkaki hanya mempunyai badan, kepala dan ekor.

Kumpulan kuda kepang dianggotai antara 15 hingga 20 pemain termasuk pemuzik. Alat-alat muzik yang digunakan ialah gong, gamelan, rebana, gendang dan bonang.

Tarian Gayong Otar-Otar

Tarian gayong otar-otar adalah sebuah tarian pahlawan yang berasal dari Terengganu. Tarian ini ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki sahaja.

Pakaian penari-penari pula adalah pakaian pahlawan Melayu di samping pedang, penari juga membawa sebuah perisai yang digantung padanya loceng-loceng kecil.

Dua baris penari akan bergerak sambil menyerang antara satu sama lain. Alat-alat muzik iringan adalah gong dan gendang.

Tarian Lansaran

Tarian lansaran merupakan tarian tradisional suku kaum Murut di Sabah. Tarian lansaran ini biasanya ditarikan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun.

Di atasnya, tarian lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan dengan pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni, kaum lelaki memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna.

Penari tarian ini membuat bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai tarian dengan diiringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lantunan sambil penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai kinkilat iaitu benda digantung di bahagian atas bumbung sambil bersorak tanda gagah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Taman rekreasi hijau di tengah kota

Posted:

Taman rekreasi hijau di tengah kota

Taman rekreasi hijau di tengah kota

Oleh BASIR ABU BAKAR
basir.abubakar@kosmo.com.my



TAMAN Tasik Perdana yang berusia 122 tahun dan terletak di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur kini diberi nafas baru. Selepas dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, ia dikenali sebagai Taman Botani Perdana.

Tidak lagi menjadikan tasik sebagai identiti taman itu, pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertanggungjawab menguruskannya telah menghiasi taman berkenaan dengan pelbagai spesies flora sekali gus menjadikan ia taman botani bertaraf dunia.

Taman yang telah wujud sejak tahun 1888 itu telah selesai menjalani fasa pengubahsuaian pertama awal tahun ini sekali gus menawarkan suasana baharu buat penduduk di sekitar Kuala Lumpur untuk beriadah dan bersiar-siar.

Suasana taman yang mendamaikan termasuk beberapa lokasi menarik yang dinaik taraf di sekitarnya dilihat mampu menggandakan kehadiran pengunjung.

Taman Botani Perdana yang seluas 101.12 hektar itu merupakan salah satu di antara 14 buah taman rekreasi awam paling aktif di sekitar Kuala Lumpur.

Antara taman lain yang terdapat di Kuala Lumpur ialah Tasik Titiwangsa, Tasik Permaisuri, Tasik Bukit Jalil, Tasik Manjalara, Tasik Metropolitan Batu, Tasik Metropolitan Kepong, Rimba Kiara, Datuk Keramat, Arboretum Bukit Kiara, Pudu Ulu dan Alam Damai.

Bukan sekadar lawatan ke taman yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan subur, di sekeliling taman itu terdapat beberapa lagi tarikan menarik untuk dikunjungi. Ternyata, tempoh satu hari bagaikan tidak cukup untuk menghabiskan pusingan ke semua lokasi itu.

Antara tempat yang boleh dituju di kawasan berdekatan adalah Pustaka Perkhidmatan Awam Malaysia, Taman Rama-Rama, Taman Bunga Raya, Taman Orkid, Taman Herba dan Konservatori, Taman Rusa dan Kancil, Memorial Tun Abdul Razak, Planetarium Negara, Muzium Polis dan Muzium Kesenian Islam.

Selepas dirasmikan dengan nama Taman Botani Perdana, ternyata sambutan yang diterima daripada orang ramai amat positif. Rata-rata pengunjung yang ditemui menghargai suasana taman riadah dan rekreasi tersebut.


RUSA-RUSA ini pasti mencuit hati pengunjung lantaran ia jinak dan manja.


Selain landskap taman flora yang menyejukkan pandangan mata, ia turut mengambil kira kemudahan tambahan buat para pengunjung. Penyediaan surau, tandas, gerai, kawasan permainan kanak-kanak, bangku duduk dan peralatan senaman individu amat tepat dengan konsep taman awam bertaraf tinggi.

Seorang pengunjung, Nor Azura Hashim, 30, berkata, setiap minggu dia dan suami akan datang ke taman itu bersama dua orang anak mereka untuk bersiar-siar.

"Persekitaran taman ini sangat menarik. Ia memang sesuai dijadikan destinasi riadah untuk keluarga. Cuma buat masa ini, beberapa taman kecil masih dalam proses dinaik taraf.

"Ekoran itu kita dapat lihat kerja-kerja pembinaan dan baik pulih sedang giat dilakukan kontraktor binaan di beberapa kawasan sekitar taman di sini," katanya.

Tambah Nor Azura, beberapa taman seperti Taman Bunga Raya, Taman Herba dan Taman Rusa perlu diberi perhatian yang lebih oleh pihak pengurusan agar kemudahan serta penampilannya lebih terjaga.

Tarikan rama-rama

Lokasi menarik lain untuk dikunjungi di Taman Botani Perdana ialah Taman Rama-Rama Kuala Lumpur yang menempatkan kira-kira 5,000 ekor rama-rama selain beberapa spesies haiwan eksotik lain.

Terletak di Jalan Cenderasari, kawasan seluas 0.8 hektar itu menjadi tarikan ribuan pengunjung yang mahu mendekati kitaran hidup serangga itu dan beberapa jenis haiwan lain.

Dengan bayaran RM9 bagi dewasa, RM4 untuk kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun dan RM26 bagi pakej keluarga (dua dewasa dan tiga kanak-kanak), pengunjung boleh meluangkan masa lebih satu jam untuk bersiar-siar di dalam taman itu.

Menurut Pegawai Perhubungan Awamnya, Roslyn Gina, 42, antara spesies rama-rama paling popular dan terancam yang menghuni taman itu termasuklah Indian Leaf (Kallima Paralekta), Great Moment dan Rajah Brooke.

"Terdapat 120 jenis rama-rama di dalam taman ini. Selain itu, taman ini juga mempunyai 10 jenis kura-kura, 16 jenis kumbang, dua jenis katak dan pelbagai spesies ikan untuk tontonan pengunjung selain rama-rama," terangnya.

Tambah Roslyn, taman tersebut turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pelawat kanak-kanak. Spesies rama-rama dan serangga boleh didekati melalui pameran dan bahan maklumat yang bersifat akademik.

Meskipun taman itu sudah berusia 17 tahun, kunjungan pelancong yang tidak putus-putus ke situ membuktikan destinasi percutian tersebut masih bertahan dalam diari percutian negara.


Roslyn melihat 'telatah' kura-kura yang banyak di salah sebuah kolam di Taman Rama-Rama.


Horizon juga berkesempatan bertemu Penolong Pegawai Pertanian, Taman Botani Perdana, Suhaila Mohd. Sani yang bertanggungjawab menguruskan Taman Herba dan Konservatori, Taman Bunga Raya, Taman Orkid dan Taman Rusa dan Kancil.

"Taman Herba dan Konservatori masing-masing seluas 0.3 hektar. Sementara Taman Herba menempatkan kira-kira 100 jenis pokok herba, Taman Konservatori pula mempunyai 30 kategori pokok yang setiap satunya ditanam sebanyak 20 batang," katanya.

Para penggemar haiwan tentunya tidak mahu melepaskan peluang untuk mengisi masa dengan membelai, bergambar dan memberi makan hidupan dan ternakan jinak itu dengan tangan.

Taman Rusa dan Kancil yang dibuka pada 2 September 1987 kini menjadi habitat untuk 56 ekor rusa, 11 ekor kambing, 15 ekor kancil, 25 ekor itik, lima ekor ayam dan enam ekor angsa.

"Di sini terdapat dua jenis rusa yang terdiri daripada baka Holland dan Morses (tempatan) serta baka kacukan kedua-duanya," kata petugas taman, Abdul Patah Zainul, 54.

Bunga kebangsaan

Suhaila turut memberitahu bahawa Taman Bunga Raya yang dirasmikan oleh Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali pada tahun 1990 menawarkan pelbagai spesies bunga raya di atas tanah seluas 0.9 hektar.

Terdapat lebih 200 jenis kacukan bunga raya pelbagai warna dan corak hidup subur di sepanjang lorong siar kaki dan permukaan teres yang menghiasi landskap taman tersebut.

Selain itu, Taman Orkid yang terletak di Jalan Cenderawasih menambat pesona pengunjung dengan dua kategori orkid iaitu dari spesies pokok asal dan kacukan.

Bagaikan taburan perca berwarna-warni, terdapat lebih 1,000 jenis bunga orkid dapat dilihat menyerikan taman itu.

Setelah puas berjalan di taman itu, pengunjung disyorkan untuk singgah ke Bazar Orkid yang terletak di tengah-tengah taman itu kerana pelbagai spesies bunga orkid dijual pada harga yang murah.

Sepasu bunga orkid dijual pada harga antara RM5 dan RM200, bergantung kepada saiz dan jenis bunga orkid tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Satu hari membeli-belah di Benh Thanh

Posted:

Satu hari membeli-belah di Benh Thanh

Satu hari membeli-belah di Benh Thanh


SAIGON OPERA HOUSE merupakan antara destinasi tarikan utamapelancong untuk dilawati.


PENGALAMAN percutian bersama empat sahabat karib merupakan suatu peristiwa yang paling sukar untuk dilupakan oleh penulis yang berpeluang berkunjung ke Vietnam pada 2 hingga 4 Julai lalu.

Bandar Raya Ho Chi Minh merupakan bandar raya terbesar di Vietnam. Bandar ini pernah dikenali sebagai Prey Nokor dan merupakan pelabuhan utama Kemboja sebelum dikuasai oleh Vietnam pada abad ke-17.

Semasa dikenali sebagai Saigon, bandar ini menjadi ibu kota Cochinchina Perancis dan kemudian Vietnam Selatan dari 1954 hingga 1975 dalam Perang Vietnam sebelum dinamakan semula dengan Bandar Raya Ho Chi Minh.

Pusat bandar itu terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan Delta Sungai Mekong. Bandar Raya Ho Chi Minh terletak 1,760 kilometer di selatan ibu negara, Hanoi.

Kawasan metropolitannya didiami seramai 9 juta penduduk dan merupakan kawasan perbandaran terbesar di Indochina. Nama Saigon masih digunakan dengan meluas dalam kalangan penduduk tempatan dan ia menjadi pusat perniagaan, kewangan, budaya dan pelancongan di Vietnam.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, badan sudah mula terasa penat dan letih disebabkan perjalanan dan penerbangan yang mengambil masa kira-kira empat jam. Penulis dan rakan-rakan memutuskan untuk mendaftar terus masuk hotel terlebih dahulu.

Dari lapangan terbang kami menaiki teksi untuk ke hotel yang terletak di kawasan District One yang merupakan pusat pembangunan bandar Vietnam.

Kami menginap di Hotel Boss, yang dicadangkan oleh kawan kami yang pernah datang ke Vietnam. Hotel tersebut mempunyai kedudukan yang sangat strategik kerana terletak di tengah pusat bandar Vietnam selain memudahkan kami untuk menunaikan hajat sebenar kami ke sini iaitu untuk membeli-belah.

Harga penginapan untuk satu malam hanya memakan belanja sebanyak RM100 sahaja termasuk sarapan pagi untuk penulis dan rakan-rakan.


PENULIS (dua dari kanan) dan rakan-rakan turut tidak melepaskan peluang bergambar dihadapan Hard Rock Cafe Vietnam.


Selepas selesai pendaftaran masuk hotel dan berehat seketika penulis memutuskan untuk keluar bersiar-siar di sekitar Ho Chi Minh.

Di sini penulis dan rakan-rakan berpeluang melawati beberapa tempat menarik seperti Notre Dame Cathedral dan Pusat Pejabat Pos Saigon, Dewan Bandar dan China Town.

Jika anda berpeluang ke sini, tidak sah kalau tidak singgah ke Pasar Benh Thanh yang hanya mengambil masa beberapa minit dari tempat penginapan kami.

Pasar Benh Thanh merupakan pasar rakyat yang menghimpunkan pelbagai kelengkapan dan barangan tempatan yang dijual pada harga rendah.

Pengunjung yang datang ke sini pasti akan rambang mata dengan pelbagai pilihan barangan.

Habis masa satu hari kami di Pasar Benh Thanh.

Tapi awas kalau anda ke sini perlu beringat kerana jika anda tidak pandai mengawal diri, mungkin akan habis gaji sebulan anda kerana asyik membeli barangan di sini.

Harga bagi barangan yang dijual amat murah berbanding harga di tempat lain.

Bayangkan barangan seperti kain pasang boleh didapati pada harga RM30 bagi empat meter sedangkan harganya boleh mencecah hingga ratusan ringgit di tempat lain.

Di Vietnam, hampir 50 peratus daripada rakyatnya fasih berbahasa Melayu, jadi mudah untuk kami berkomunikasi dengan penduduk di situ.

Walau bagaimanapun, penulis tetap menasihatkan mereka yang mahu ke Vietnam perlu berhati-hati dengan penjual jalanan kerana mereka akan meletakkan harga yang tidak munasabah untuk barangan yang dijual.


PENULIS memilih kain yang dijual murah sekitar RM30 untuk empat meter.


Selain itu, satu lagi keunikan di Ho Chi Minh yang tidak dapat kami lupakan adalah kebolehan penjahit di sana menyiapkan baju yang ditempah dalam masa satu hari sahaja. Salah sebuah kedai tersebut terletak di hadapan hotel, Phi Phi Fashion dimana pengunjung boleh menempah baju pada sebelah pagi dan mengambilnya petang itu juga.

Paling memeranjatkan adalah harga yang dikenakan amat berpatutan. Jika di Malaysia harga upah menjahit baju mungkin mencecah ratusan ringgit namun, di sini anda hanya perlu membayar RM30 sahaja. Bahkan, kualiti pakaian yang dihasilkan juga amat memuaskan.

Terowong Cu Chi juga merupakan destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi jika ke Vietnam, orang ramai boleh mempelajari pelbagai sejarah mengenai askar gerila Vietnam sewaktu zaman peperangan pada tahun 1968.

Terowong Cu Chi, salah satu jaringan bawah tanah yang mengagumkan dibina oleh pahlawan Vietnam semasa zaman menuntut kemerdekakaan.

Terowong tersebut terdiri daripada hospital, penginapan dan sekolah, yang digunakan sebagai tapak ketenteraan Vietcong semasa perang menentang Amerika Syarikat.

Di sini, pengunjung berpeluang menyelusuri terowong tersebut yang pernah digunakan oleh askar Vietnam sewaktu perang dahulu. Malah, terdapat pelbagai informasi menarik dan pameran bersejarah era perang Vietnam di sini.

Bagi yang meminati aktiviti lasak, terdapat juga lapangan sasar yang dibuka kepada umum dengan sedikit bayaran.

Bagi yang berminat, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi yang mengambil masa satu jam dari Ho Chi Minh. Sebanyak RM12 bayaran masuk akan dikenakan bagi setiap pengunjung.

Akhir sekali, di Vietnam terdapat banyak kedai makanan halal. Jika mahu, pihak hotel juga akan memberikan tunjuk arah ke kedai makanan halal terdekat.

Antaranya ialah, VN Halal yang terletak berhampiran hotel kami. Makanan di sini amat menyelerakan dengan harga yang berpatutan.

Bagi yang mahu merasa makanan tempatan Vietnam halal, Restoran Shamsudin adalah tempat yang disyorkan kerana di sini terdapat sup daging Vietnam yang lazat dan murah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lima yang bahaya

Posted:

Lima yang bahaya

Lima yang bahaya

APABILA bertanya kepada ramai kenalan jetsetter (pelancong mewah) mahupun backpacker dari kalangan komuniti pengembara dunia, masing-masing mempunyai tekad untuk melawat seberapa banyak destinasi eksotik di serata dunia.

Walaupun mereka punya maklumat, semangat dan sumber yang cukup untuk memenuhi impian tersebut, masih ada sebahagian besar daripada mereka yang tidak mahu menggadaikan keseronokan kepada risiko.

Peringatan ini bukan merangkumi negara yang diselubungi duka peperangan dan kawalan ketat militari seperti Iraq, Sudan dan Korea Utara. Sebaliknya, ini adalah senarai destinasi yang tercalar reputasi pelancongannya gara-gara kelemahan kawalan awam dan ketiadaan jaminan keselamatan.

Laporan tinjauan blog kembara HotelClub.com telah menyenaraikan lima destinasi ini yang semakin luntur dalam peta pelancongan dunia.

Brazil

SIA-SIA selama ini dicanang sebagai negara yang kaya dengan pantai dan belantara indah serta warisan budaya yang berwarna-warni, Brazil kini diancam masalah sosial yang tercetus daripada kerancakan pertumbuhan ekonominya sendiri.

Jurang sosioekonomi telah mencambahkan isu kemiskinan teruk hinggakan sejumlah besar populasi yang mendiami kawasan setinggannya sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan survival hidup.

Malang sekali, sudah banyak laporan tentang pelancong yang menjadi mangsa samun bersenjata, daripada ancaman pisau di leher hinggalah kepada pistol yang diacu ke kepala. Semuanya gara-gara kelompok penjenayah terdesak yang tertarik pada beg duit, kamera dan barangan berharga lain yang dibawa oleh pelancong dan mangsa yang naif.

Raja-raja dadah dan kumpulan kongsi gelap juga berleluasa hinggakan orang awam yang tidak bersalah sering terperangkap dalam dendam, sengketa di jalanan dan juga tembakan rambang.

Sri Lanka

SYURGA eksotik yang dianugerahkan pesona semula jadi dan resort pantai ini membuatkan ramai pengembara terpanggil untuk menjejakkan kaki ke pulau ini.

Namun, bagi mereka yang sentiasa mengikuti laporan berita antarabangsa tentu mengetahui betapa Sri Lanka ibarat sebuah 'sarang' untuk keganasan terjadi pada bila-bila masa. Sejak konflik memuncak antara pihak pemerintah dan serpihan pejuang revolusi Harimau Tamil pada tahun 1983, lebih 70,000 orang telah terkorban. Walaupun orang luar bukan termasuk dalam isu yang dikecohkan kedua-dua pihak, risiko tetap boleh berlaku.

Afrika Selatan

DI sebalik usaha hebat melobi menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2010 dan urusan perdagangan di Cape Town, Afrika Selatan sebenarnya masih sukar untuk mengikis tanggapan global mengenai 'penyakit' sosialnya.

Bukan sekadar menjadi destinasi dengan kadar kematian akibat kes bunuh yang tinggi, ia juga telah dimomokkan dengan panggilan 'ibu kota rogol' berdasarkan siri kes pemerkosaan gadis dan wanita yang sukar dibendung. Lebih menggusarkan, semua pelaku jenayah itu berkemungkinan terdiri daripada kalangan lebih 10 juta rakyatnya yang positif HIV.

Colombia

PANORAMA unik pesisiran pantai, pemandangan pergunungan dan wanita-wanitanya yang cantik mungkin menjadikan republik itu sebuah percutian sempurna.

Itupun sekiranya seseorang pengembara tidak peduli tentang statistik Colombia sebagai pembekal 80 peratus kokain dunia selain ancaman penyamun di setiap penjuru jalanannya.

Masih mahu datang ke Columbia? Kalau ya, bersedialah juga untuk terserempak dengan anggota gerila Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang terkenal dengan modus operandi menculik, dan kemudiannya membunuh apabila penculikan itu tidak memulangkan ganjaran kepada mereka.

Haiti

Tempat lahir amalan voodoo ini turut dikenali sebagai bumi yang paling tidak berperaturan, miskin dan paling bahaya. Rusuhan, pembunuhan dan penculikan dahulunya terjadi setiap hari. Keadaan itu sedikit terkawal hanya selepas pasukan keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditugaskan menjaga keselamatan awam dan kestabilan politik di sana.

Begitupun, keberkesanan pasukan polis dan sistem keadilan masih belum mengembalikan sepenuhnya keamanan di Haiti. Situasi itu bertambah buruk dengan kecenderungan aspek geografinya yang sering dilanda bencana alam seperti taufan dan gempa bumi. Rentetan daripada malapetaka itu, krisis kebuluran, sebaran penyakit dan keresahan awam mudah tercetus sekali gus mengembalikan Haiti kepada suasana tidak tenteram seperti sebelumnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


‘Jangan tergesa-gesa tukar lesen’

Posted:

'Jangan tergesa-gesa tukar lesen'

'Jangan tergesa-gesa tukar lesen'

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


LANGKAH menyamakan tarikh luput lesen memandu dengan tarikh lahir bertujuan mengelak kes para pemilik gagal memperbaharui lesen atas alasan terlupa. – Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Inisiatif menyamakan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir pemilik lesen dijangka dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan lagi.

Namun selagi ia belum dilaksanakan, Kementerian Pengangkutan mengingatkan hampir 12 juta pemegang lesen supaya jangan tergesa-gesa memperbaharui lesen masing-masing menjelang sambutan hari lahir mereka.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, lesen memandu hanya wajib diperbaharui apabila tamat tempoh.

"Pemilik lesen hanya wajib perbaharui lesen apabila tamat tempoh dan bukannya apabila tarikh lahir mereka tiba,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.

Akhbar semalam melaporkan kenyataan Cho Ha bahawa cadangan pelaksanaan skim itu bertujuan memudahkan orang ramai mengingati tarikh luput lesen memandu masing-masing.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warkah buat Lin dari penjara

Posted:

Warkah buat Lin dari penjara

Warkah buat Lin dari penjara

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


CHE KU ZAIMAH (dua dari kiri) bersama Lin dan dua lagi anaknya membaca surat Mat Haizan di Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU – Ungkapan maaf kini tidak lekang daripada mulut Mat Haizan Mat Yassin iaitu orang yang bertanggungjawab menyebabkan wajah anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda cacat dan keluarganya menderita.

Malah, bapa kepada empat orang anak itu yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 10 tahun di Penjara Marang juga amat berharap agar wajah anak keduanya itu yang lebih mesra dengan panggilan Lin dapat dipulihkan.

Ungkapan itu dinyatakan dalam satu surat yang dihantar kepada bekas isterinya, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, sebagai balasan selepas menerima sepucuk surat beserta gambar daripada keluarganya itu.

"Saya pinta awak supaya dapat usahakan untuk pulihkan wajah Lin semula, kasihanilah masa depannya," katanya melalui surat yang ditunjukkan Che Ku Huzaimah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu dekat sini semalam.

Melalui surat itu juga, Mat Haizan, 33, memberitahu, dia sihat namun rindu pada bekas isterinya itu serta anak-anak dan berterima kasih kerana Che Ku Huzaimah telah mengirim gambar dia dan anak-anak kepadanya di penjara.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis nafi guna gas sama Israel

Posted:

Polis nafi guna gas sama Israel

Polis nafi guna gas sama Israel

LANGKAWI – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.

"Jangan mengadakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengadakan cerita," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang ditemui selepas menyaksikan perlawanan ragbi Rujirawongse Cup antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP), mengulas mengenai laporan portal berita Keadilan Daily semalam.

Antara lain laporan itu yang memetik kenyataan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat mendakwa Pasukan Unit Simpanan Persekutuan menggunakan kanister gas pemedih mata daripada jenis yang sama digunakan tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin.

Laporan turut mendakwa kanister yang dibekalkan oleh Combined Systems kepada tentera Israel itu mengandungi bahan kimia yang berupaya menjejaskan sistem saraf, kecederaan kepada mata, paru-paru dan penyakit kulit.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Mandian halal Carrie Junior

Posted:

Mandian halal Carrie Junior

Mandian halal Carrie Junior


RASHIDI ISHAK bersama anaknya menunjukkan bakat melukis mereka.


KULIT bayi dan kanak-kanak sangat sensitif serta mudah terdedah kepada kuman selain mudah diserang penyakit jika tidak dijaga dengan baik. Untuk membersihkan diri daripada sebarang kuman yang menjadi punca penyebab penyakit, membersihkan diri melalui mandian merupakan satu tindakan paling asas dan sangat berkesan untuk mencegah diri daripada sebarang penyakit berjangkit sekali gus menjadi satu terapi semula jadi untuk menyegarkan diri.

Bagaimanapun, untuk memberi nilai tambah dalam kebersihan diri, penggunaan sabun badan dalam bentuk ketulan atau cecair dapat membantu meningkatkan kebersihan diri dengan lebih baik.

Justeru, Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd. mengambil inisiatif memperkenal produk yang menjadikan masa mandi si kecil lebih seronok dan menyegarkan dengan Carrie Junior.

Pengurus Pemasaran Wipro Unza, Edward Chen berkata, produk itu kini hadir dengan wajah baru yang menjanjikan masa mandi yang lebih menyeronokkan dan penuh pengembaraan.

Menurutnya, mula diperkenalkan pada tahun 1997, Carrie Junior yang dihasilkan dengan formula lembut dengan wangian buah-buahan berkualiti tinggi dipersembahkan dengan reka bentuk bungkusan menarik, tersendiri dan berwarna-warni.

Kemunculan Carrie Junior berwajah baru ini hadir dalam bentuk tapak kaki seekor anak gajah yang comel.

"Reka bentuk produk ini disemarakkan dengan penampilan seekor anak gajah yang dikenali sebagai Carrie berwarna merah jambu.

"Anak gajah itu kelihatan menikmati masa mandi yang menyeronokkan seperti luncur air dan bersantai di atas pelampung di pantai," katanya.

Rekaan menarik

Selain reka bentuk produk yang menarik, katanya, rangkaian produk mandian dan dandanan Carrie Junior mengandungi Fruito-E yang diperoleh daripada ekstrak buah-buahan asli.

Ekstrak itu kaya dengan vitamin dan nutrisi, selamat, sesuai untuk bayi dan kanak-kanak serta tidak mengeringkan kulit atau memberikan alahan kepada kulit dan rambut si manja. Malah, ia sesuai digunakan setiap hari.

Selain itu, Carrie Junior juga mendapat pengiktirafan halal, sekali gus mengukuhkan kredibilitinya sebagai satu jenama produk mandian dan dandanan kanak-kanak yang dipercayai. - BASIR ABU BAKAR

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Muslihat Kim Sweehttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm SAMA seperti pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas, jurulatih skuad Pilihan Malaysia, Ong Kim Swee juga mahu menggunakan dua skuad berbeza bagi aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.SKUAD Pilihan Malaysia giat berlatih sebagai persediaan menentang Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0720/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Semangat baharu bintang utama Chelseahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm PENYERANG Chelsea, Didier Drogba melaungkan amaran untuk kembali bangkit pada saingan musim ini setelah mengharungi musim penuh mengecewakan tanpa sebarang kejuaraan pada musim lalu.BARISAN pemain Chelsea menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam sebagai persiapan menentang skuad Pilihan Malaysia malam esok. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0720/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Kombinasi 4 kapten http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm BEKAS kapten skuad kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah bakal menge- tuai barisan skuad Pilihan Malaysia bagi menghadapi Chelsea pada aksi persa- habatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.Oleh WAN FAKHRUL BAKAR<br>fakhrul@kosmo.com.myIMBAS KEMBALI... Zamani menanduk bola ketika cuba menyelamatkan gawang Malaysia pada aksi menentang Chelsea di Stadium Shah Alam tiga tahun lalu. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0720/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Singapura ampuh sebab 'import'http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm SINGAPURA hanya mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Taiwan pada aksi per- sahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura malam kelmarin.Oleh WAN FAKHRUL BAKAR<br>fakhrul@kosmo.com.myDURIC (kiri) menjadi taruhan Singapura bagi menghadapi pasukan Malaysia pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, Sabtu ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0720/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Nicol David buru gelaran ketujuhhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm KEJOHANAN Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2011 menawarkan hadiah wang tunai terbanyak kepada pemenang dalam sejarah penganjuran kejohanan tersebut.Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN<br>farhana.mydin@kosmo.com.mySYED MUSTAFFA (enam dari kanan) bergambar bersama barisan pemain terbaik dunia yang akan menyertai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2011 semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0720/Kosmo//su_05.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm Uruguay hormati Peruhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm BUENOS AIRES - Meskipun memburu gelaran ke-15 pada kempen Copa America 2011, Uruguay enggan dilabel selaku pasukan pilihan pada aksi separuh akhir menentang Peru di La Plata pagi ini.SUAREZ (kanan) dan Forlan menjadi taruhan utama Uruguay pada aksi separuh akhir menentang Peru pada kempen Copa America 2011 pagi ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0720/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm City ancaman terbesar Unitedhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menganggap Manchester City sebagai pencabar terkini skuad The Red Devils pada musim baru nanti. Petrov kecewa prestasi Renaulthttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm LONDON - Vitaly Petrov (gambar) menegaskan, jentera R31 milik pasukan Renault masih belum mempamerkan peningkatan sejak beberapa perlumbaan lalu.<url>http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0720/Kosmo//su_08.small.jpg,100,80</url><link/>http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm </image></item><item><title>Percaturan Andy, Frank Schleckhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm VALENCE, Perancis - Pasangan adik-beradik, Andy dan Frank Schleck akan membuat percaturan mengenai siapa yang lebih layak menyarung Jesi Kuning pada kejohanan lumba basikal Jelajah Perancis tahun ini. FRANK (kiri) dan Andy Schleck masih berpeluang untuk memenangi Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan pada Jelajah Perancis tahun ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/0720/Kosmo//su_09.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tentera Israel tawan bot Perancis

Posted:

Tentera Israel tawan bot Perancis

Tentera Israel tawan bot Perancis


GAMBAR fail menunjukkan bot Dignity-Al Karama.


BAITULMUQADDIS - Pasukan komando tentera laut Israel semalam menawan sebuah bot Perancis yang cuba memecahkan sekatan Israel ke atas Genting Gaza.

Tiada penentangan dilaporkan berlaku dalam insiden berkenaan yang tercetus di perairan antarabangsa 65 kilometer dari Gaza.

Pasukan komando Yahudi menaiki bot tersebut selepas 16 orang aktivis di atasnya tidak mengendahkan amaran supaya menukar laluan.

Menurut tentera Israel, bot yang diberi nama Dignity-Al Karama itu akan dibawa ke pelabuhan Ashdod, selatan Israel.


SEBUAH kapal tentera Israel meninggalkan pelabuhan Ashdod di selatan Israel semalam.


Israel menguatkuasakan sekatan unilateral ke atas Gaza empat tahun lalu dengan alasan untuk menghalang penyeludupan senjata ke Gaza yang diperintah oleh pentadbiran Hamas.

Pada tahun lalu, pasukan komando tentera laut Israel bertempur dengan sejumlah aktivis di atas sebuah kapal Turki yang cuba menuju ke Gaza dengan menyebabkan sembilan aktivis Turki terbunuh. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ASEAN bimbang perang saraf China-Filipina

Posted:

ASEAN bimbang perang saraf China-Filipina

ASEAN bimbang perang saraf China-Filipina

NUSA DUA, Indonesia - Menteri-menteri luar ASEAN semalam menyuarakan 'kebimbangan serius' berhubung perang saraf yang berlaku di antara China dan Filipina ke atas Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Terdapat beberapa insiden baru-baru ini yang melibatkan pihak yang menuntut terutamanya China di Laut China Selatan.

Kepulauan itu dipercayai kaya dengan minyak dan gas selain menjadi laluan penting bagi perdagangan perkapalan global.

China sebelum ini didakwa melepaskan tembakan ke atas nelayan Filipina, mengekori sebuah kapal minyak penerokaan milik firma Filipina dan membina struktur bangunan di kawasan-kawasan yang dituntut oleh Filipina.

Dalam satu kenyataan menteri-menteri luar ASEAN, mereka mengakui wujudnya ketegangan melibatkan negara-negara yang membuat tuntutan bertindih.

"Kami membincangkan dengan mendalam perkembangan terkini di Laut China Selatan dan melahirkan kebimbangan yang serius ke atas insiden yang berlaku baru-baru ini," kata menteri-menteri berkenaan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bilionair enggan bertanggungjawab

Posted:

Bilionair enggan bertanggungjawab

Bilionair enggan bertanggungjawab


RUPERT MURDOCH duduk dekat dengan anak lelakinya, James Murdoch semasa mereka disoal berhubung skandal akhbar News of The World di Parlimen Britain, London semalam.


LONDON - Bilionair Rupert Murdoch memberitahu satu jawatan kuasa Parlimen Britain semalam bahawa memberi keterangan berhubung skandal penggodaman telefon dan rasuah yang mencemarkan empayar akhbar miliknya di Britain sebagai "hari paling rendah dalam hidup saya."

Jawatankuasa berkenaan yang dianggotai beberapa wakil rakyat Britain ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penggodaman telefon dan merasuah pihak polis melibatkan tabloid mingguan nombor satu Britain, News of The World yang ditutup 10 hari lalu.

Skandal itu juga menyebabkan dua pegawai kanan polis di London bertindak meletakkan jawatan manakala Rebekah Brooks yang pernah menjadi editor akhbar News of The World meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif News Corp milik Murdoch.

Murdoch yang duduk di sebelah anak lelakinya, James, memulakan sesi soal jawab itu di sini dengan memohon maaf kerana penderitaan yang dialami mangsa-mangsa perbuatan mencuri dengan perbualan telefon berkenaan, bilionair berusia 80 tahun itu kemudian mencelah.

"Saya hanya menyampaikan satu ayat: Ini merupakan hari paling rendah dalam hidup saya," kata Murdoch yang juga pemilik empayar media di Amerika Syarikat (AS).

Murdoch seterusnya berkata, dia terkejut, kecewa dan malu apabila mendapat tahu mengenai kes menggodam perbualan telefon itu yang melibatkan akhbar News of The World dua minggu lalu.

Namun, ketika ditanya sama ada dia menganggap dirinya bertanggungjawab secara langsung berhubung skandal memalukan itu, Murdoch menjawab ringkas: "Tidak."

Ditanya siapa yang sepatutnya dipersalahkan beliau berkata:" Mereka yang diberi kepercayaan menguruskan akhbar tersebut dan mungkin orang-orang yang mereka percayai."

Seterusnya dalam sesi soal jawab berkenaan, Murdoch bertegas bahawa dia diberikan maklumat salah apabila sebelum ini menafikan akhbar News of The World terbabit dalam skandal menggodam perbualan telefon itu.

Menurutnya, tabloid berkenaan merupakan sebahagian kecil empayar perniagaannya dan beliau tidak dapat mengawasinya secara peribadi.

Murdoch juga menyatakan dia tidak menemui bukti bahawa rakaman suara mangsa-mangsa serangan 11 September 2001 di AS telah digodam.

"Kami tidak menemui sebarang bukti untuk itu dan sejauh yang kami ketahui, pihak Biro Perisikan Persekutuan (FBI) turut tidak menemuinya," katanya.

"Jika mereka (pegawai-pegawai FBI) menemuinya, mereka akan melayan saya seperti cara yang sama kita hadapi di sini.

"Saya tidak percaya, ia berlaku terhadap sesiapa di Amerika. Sama ada seseorang dari News of The World atau Gleen Mulcaire melakukannya. Saya tidak mengetahui," kata Murdoch.

Mulcaire sebelum ini yang merupakan penyiasat persendirian dipenjara enam bulan pada 2007 selepas mengaku bersalah atas dakwaan menggodam telefon di sebuah mahkamah di Britain.

Murdoch merupakan antara 100 individu paling berpengaruh di dunia dalam senarai majalah Times dengan kekayaan mencecah AS$6.3 bilion (RM18.8 bilion).

Selain News of The World, Murdoch turut memiliki beberapa akhbar dan tabloid utama Britain seperti The Sun dan The Times. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved