Jumaat, 15 Julai 2011

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Belum ada rezeki

Posted:

Belum ada rezeki

Belum ada rezeki



SAAT pelantun lagu Wassini, Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 33, bersama penceramah bebas, Akhil Hayy, 42, diijab kabul pada 16 Ogos 2009, bukan seorang tetapi banyak suara-suara sumbang yang mengata.

Paling teruk adalah Waheeda kerana dia dikatakan sebagai perampas suami orang. Walaupun ditohmah dan dicaci, dua figura ini tenang dan sabar menerimanya.

Tidak cukup dengan itu, Waheeda didakwa pula terkena buatan orang dan sakit sehingga Akhil tidak dapat menghadiri perkahwinan bekas isterinya, Maizawati Zainal, 37.

Namun, semakin lama cerita negatif tentang pasangan ini semakin surut diceritakan dan akhirnya lenyap selepas dua tahun mereka melayari perkahwinan.

"Alhamdulillah!" Itu ungkapan pertama yang dilontarkan Akhil tatkala bertentangan mata dengannya.

Bertemu dengan pasangan itu selepas sidang akhbar program dakwah baharu Astro Oasis, Cubaan yang menampilkan Akhil sendiri sebagai pengacaranya, pasangan sama cantik, sama padan itu kelihatan bahagia dan romantis bersama.

Diterjah soalan, sudahkah menerima kehadiran orang baharu dalam hidup, Akhil yang segak mengenakan kot hitam itu hanya tersenyum dan memberitahu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Namun, kata pengacara dan juga penyanyi yang berasal dari Gopeng, Perak itu, mereka tidak terdesak dan tidak juga terlalu menanti-nantikan kehadiran anak.

"Walaupun sudah dua tahun berkahwin, masih tidak ada berita gembira mengenai anak. Belum ada rezeki tetapi saya juga tidak terlalu menantikan anak sebab mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan pertama," kata Akhil mengenai empat orang anaknya bersama Maizawati iaitu Siti Nurmaisara, 14. Muhd. Sharif Hidayatullah, 13, Muhd. Shakir Hidayatullah, 10, dan Muhd. Shatiri Hidayatullah, 4.

Di pihak Waheeda pula, Akhil memberitahu: "Dia pun tiada masalah. Tidak ada tekanan selagi tidak ada orang yang mendesaknya.

"Waheeda juga tidak begitu sihat kerana menghidap asma dan cyst (ketumbuhan rahim). Tetapi cyst tersebut sudah dibuang," katanya yang menolak bahawa punca Waheeda tidak mengandung disebabkan penyakit cyst itu.

Diajukan perkara yang sama kepada Waheeda, katanya, dua tahun merupakan tempoh untuk membesarkan dan mendidik anak-anak (anak-anak Akhil) selain menguruskan perniagaan bersama suami.

Waheeda juga mengakui belum ada rezeki untuk mendapat anak bagi melengkapkan perkahwinan mereka.

Takut Allah

Pasangan yang ditemukan dalam program Cafe Akhil Hayy di saluran Astro Oasis itu bagaimanapun tidak terlalu memikirkan kehadiran anak kerana sibuk dengan pembikinan album berunsur dakwah baharu Akhil dan juga urusan perniagaan umrah.

Album kelima Akhil yang bakal dipasarkan pada Syawal ini begitu istimewa kerana ia juga mendapat sentuhan lirik daripada isterinya.

"Album ini akan menampilkan beberapa kelainan kerana saya akan menyanyikan lagu hasil nukilan isteri saya.

"Bukan mudah untuk menyanyikan lagu yang berentak World Music, tetapi selepas mendengarnya beberapa kali, saya yakin peminat-peminat akan menggemari lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini," kata Akhil yang mempertaruhkan lapan buah lagu di dalam albumnya.

Beralih kepada Waheeda pula, katanya, terdapat dua buah lagu yang ditulis khusus buat Akhil iaitu Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau).

Menurutnya, album berkonsepkan taubat itu mengumpulkan lirik-lirik ketuhanan.

"Dua buah lagu itu turut menampilkan kolaborasi Akhil bersama penyanyi Mawi dan Kumpulan Brothers. Lagu ini juga berunsurkan taubat," katanya yang mengakui lebih tenang bekerja di belakang tabir.

Tidak pernah rindu untuk kembali menyanyi atau belakon, Waheeda bagaimanapun berharap pihak-pihak yang masih menyiarkan lagunya (Wassini) mahupun filem-filem lakonannya seperti Nana Tanjung agar menghentikan siarannya apabila dia menghembuskan nafas nanti.

"Saya lebih tenang berada di belakang tabir. Lebih takut dengan Allah. Saya juga sedar wanita haram melontarkan suara untuk khalayak.

"Saya sedar saya tidak ada kuasa untuk menyuruh mereka berhenti menyiarkan lagu dan filem lakonan saya tetapi harapan saya agar mereka hentikan siaran lagu dan filem apabila saya meninggal nanti," katanya dalam senyuman tetapi bermakna.


AKHIL dan Waheeda reda dengan ketentuan Allah.


Ikatan ukhwah

Tidak hanya tertumpu kepada bidang seni semata-mata, Akhil yang juga merupakan bekas vokalis utama kumpulan Rock D'Riyadh itu juga menubuhkan sebuah syarikat yang mengendalikan program ibadah umrah iaitu Akil Hayy Network.

Syarikat Akhil bersama Waheeda itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Mereka juga sudah membawa rombongan jemaah seramai 30 untuk mengerjakan umrah.

Mereka juga ada mengerjakan perniagaan lain seperti penapis air dan minyak wangi, tetapi lebih mengutamakan program ibadah umrah untuk para jemaah.

"Selain umrah kami juga ada melakukan perniagaan lain tetapi yang utamanya adalah umrah. Apa yang kami lakukan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada mengeratkan silaturahim di kalangan jemaah yang pergi.

"Ikatan ukhwah itu bukan sahaja terjalin semasa di Tanah Suci tetapi akan berterusan selepas kembali ke tanah air," katanya yang masih berhubung dengan jemaah-jemaah yang pergi.

Program ibadah umrah Akhil juga mendapat sambutan di kalangan selebriti termasuk Mawi dan keluarga serta Ustaz Radhi (bekas anggota kumpulan kumpulan Melissa) atau nama sebenarnya Mohd. Radhi Abdul Hamid bersama isteri.

Menyentuh mengenai perubahan yang berlaku kepada beberapa selebriti tempatan seperti Sham Kamikaze dan Amir (Kumpulan Ruffedge) Akhil mahupun Waheeda menyatakan mereka sangat bersyukur dan gembira dengan senario tersebut.

Komen himpunan Bersih

Dijolok pula soalan mengenai himpunan Bersih pada 9 Julai lali, kata Akhil, pada tarikh tersebut dia terlibat dengan program di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah bersama kumpula Hijjaz. Tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara sensitif itu, Akhil bagaimanapun menganggap Malaysia merupakan negara demokrasi di mana rakyatnya masing-masing berhak menyuarakan hak.

"Kebetulan masa himpunan Bersih itu saya terlibat dengan program di UiTM bersama Hijjaz.

"Saya tidak mahu komen apa-apa bila ia melibatkan politik. Yang saya tahu Malaysia ada demokrasi. Masing-masing ada hak suarakan sesuatu. Yang menjadi masalah apabila ada sesetengahnya tidak mahu duduk berbincang.

"Islam sememangnya inginkan kedamaian tetapi susah untuk dikecapi jika masing-masing tidak mahu duduk berbincang.

"Sebab tidak dapat apa yang diinginkanlah terjadinya Bersih. Jika hendak salahkan individu tertentu juga tidak boleh," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siti berguru di UiTM

Posted:

Siti berguru di UiTM

Siti berguru di UiTM

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


SITI kini mahu menikmati kehidupan dengan seadanya.


USAI melakar nama penuh prestij di persada seni suara, bintang terkenal Datuk Siti Nurhaliza masih menyemat hasrat untuk memenuhkan ilmu di dada.

Ujarnya hajat hatinya yang dipendam selama 10 tahun itu masih dalam proses perancangan dan perbincangan bersama pihak universiti yang menjadi pilihannya, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Insya-Allah semuanya masih lagi dalam perancangan dengan pihak universiti dan Siti sebenarnya sudah lama ingin melanjutkan pelajaran terutama dalam bidang muzik," katanya yang hanya sempat menamatkan persekolahan hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Untuk menjadi seorang wanita berkaliber katanya perlu juga melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang nyanyian yang diceburinya selama 16 tahun itu.

"Selama ini Siti hanya menyanyi ikut perasaan, apa yang didengar dan pengalaman semata-mata. Mudah-mudahan dengan mempelajari teori nanti akan lebih mematangkan Siti," katanya yang direncanakan akan mengikuti pengajian separuh masa di universiti itu.

Impian Siti juga dalam masa yang sama turut mendapat sokongan daripada suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

"Saya menyokong penuh cita-cita Siti untuk menyambung pelajaran dan semoga ia boleh menjadi inspirasi orang muda untuk berjaya," katanya yang ditemui selepas Konsert Malam Gala dan Karnival Simplysiti di UiTM baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar turut mengesahkan hasrat Siti untuk menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi dan mengalu-alukan penglibatan Siti di UiTM.

"Kita akan meneliti beberapa perkara dan menyambut baik hasrat Siti, lebih-lebih lagi kesediaannya membantu bersama-sama memungut dana untuk Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM yang ditubuhkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian," katanya.

Wataniah

Tarikh sebenar untuk Siti memulakan sesi pengajiannya di UiTM bagaimanapun masih belum diputuskan lagi memandangkan tempoh latihannya di kem askar wataniah belum lagi berakhir.

"Siti mungkin akan memfokuskan perkara itu (sambung belajar) selepas tamat latihan askar wataniah. Kini Siti baru habiskan lapan jam latihan dan rasanya masih lama lagi masanya sebelum Siti mula buka buku," bicaranya penuh santun.

Siti yang telah memulakan latihan askar wataniah sejak bulan Jun lalu perlu menamatkan sesi latihan selama 39 jam.

Tuturnya lagi, selain sibuk dengan tugas sebagai usahawan produk Simplysiti, minatnya menunggang motor besar bersama suami juga semakin membuak-buak.

"Daripada kecil lagi arwah abah selalu bawa Siti naik motor dan selepas bergelar artis, Siti jarang menunggang motor kerana kesibukan dalam karier.

"Selepas Siti dan suami pulang dari Capetown, Afrika Selatan baru-baru ini, minat untuk menunggang motor datang kembali dan hobi ini juga disokong oleh suami Siti," ujarnya yang turut menyelitkan gimiknya menunggang motor bersama Datuk K ketika permulaan persembahannya.

All Your Love

Bercerita mengenai album, Siti meluahkan keterujaannya menantikan kemunculan album berbahasa Inggeris pertamanya menjelang bulan September nanti.

"Semua lagu sudah siap dirakam sebulan lalu dan single pertama berjudul Falling In Love sudah dikeluarkan, insya-Allah pada bulan September nanti album ini akan dipasarkan," katanya yang juga pertama kali mendendangkan single tersebut pada konsertnya yang turut dimeriahkan dengan persembahan Amy Search dan Aizat Amdan.

Judul album yang diberi nama All Your Love itu bagaimanapun masih dalam perancangan dan belum diputuskan lagi judul tetap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enrique belum mahu anak

Posted:

Enrique belum mahu anak

Enrique belum mahu anak


ENRIQUE IGLESIAS dan Anna Kournikova.


ENRIQUE IGLESIAS yang sudah menjalinkan hubungan dengan bekas pemain tenis terkenal dunia, Anna Kournikova selama hampir sepuluh tahun menegaskan dia masih belum bersedia untuk mempunyai anak.

Katanya: "Saya tidak rasa seperti saya sudah bersedia untuk mempunyai anak pada ketika ini tetapi siapa tahu hati saya boleh berubah bila-bila masa, mungkin enam bulan lagi, mungkin 16 tahun dari sekarang baru saya mahukan anak."

Walaupun begitu menurut penyanyi berusia 36 tahun itu, dia kini lebih gemar bersantai di kediamannya di Malibu berbanding mengunjungi parti.

"Saya lebih gemar duduk bersantai di sofa dalam kediaman saya di Malibu. Sangat seronok apabila mempunyai masa untuk menonton perlawanan bola sepak dengan rakan-rakan mahupun berseorangan. Namun buat masa ini saya rasa saya belum mahu ada anak," tuturnya lagi.

Beritahunya lagi kepada majalah Britain, OK!: "Saya masih keluar ke parti. Tapi saya jenis yang boleh berparti semalaman tetapi kemudian tidak pergi berparti selama sebulan selepas itu."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Khamis, 14 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Penggodaman telefon jerat akhbar

Posted:

[unable to retrieve full-text content]TAJUK utama penerbitan terakhir akhbar mingguan News of the World Thank You and Goodbye (Terima kasih dan Selamat tinggal) sudah cukup untuk memberitahu bahawa kegemilangan akhbar yang sarat dengan kisah sensasi itu sudah sampai ke penghujungnya Ahad lalu.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


UMT beri motivasi kepada pelajar SMK Alor Akar

Posted:

UMT beri motivasi kepada pelajar SMK Alor Akar

UMT beri motivasi kepada pelajar SMK Alor Akar


SEBAHAGIAN daripada pelajar yang menyertai program motivasi di SMK Alor Akar, Kuantan baru-baru ini.


KESEDARAN. Bagi memupuk semangat untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan program motivasi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Akar di Kuantan baru-baru ini.

Program itu dirasmikan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman.

Program sehari anjuran Fakulti Pembangunan Sosial UMT itu bertujuan memberi semangat kepada pelajar supaya belajar dengan tekun dan seterusnya melangkah ke universiti.

Sepanjang program itu, pelajar didedahkan dengan teknik belajar dan aktiviti yang merangsang minat untuk menuntut ilmu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kem Kadet Polis semai semangat cintakan negara

Posted:

Kem Kadet Polis semai semangat cintakan negara

Kem Kadet Polis semai semangat cintakan negara


TENGKU ZAINOL RASHID (duduk tiga dari kiri) bergambar dengan para peserta program Kem Kadet Polis di Kuala Muda baru-baru ini.


PUPUK SEMANGAT. Seramai 192 pelajar sekolah menyertai program Kem Kadet Polis di Kuala Muda, Kedah baru-baru ini.

Program tiga hari yang melibatkan penyertaan pelajar dari empat buah sekolah di daerah Sik bertujuan untuk menguji peserta dengan pelbagai aktiviti lasak yang boleh menyemai semangat cintakan negara.

Program itu juga bertujuan menerapkan sifat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan peserta terbabit.

Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya merasmikan program tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

27 mahasiswa terima skim bantuan pelajaran

Posted:

27 mahasiswa terima skim bantuan pelajaran

27 mahasiswa terima skim bantuan pelajaran


MAHDZIR (tengah) bermesra dengan mahasiswa yang menerima bantuan pelajaran di Pusat Latihan Naka, Kuala Nerang baru-baru ini.


BANTU. Sebanyak 27 orang mahasiswa menerima sumbangan di bawah Skim Bantuan Pelajaran Tabung Pembangunan Sosioekonomi Pekebun Kecil di Pusat Latihan Naka, Kuala Nerang, Kedah baru-baru ini.

Mereka yang juga generasi kedua Risda menerima bantuan berkenaan selepas berjaya diterima melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mahdzir berkata, bantuan tersebut diharap dapat menyuntik semangat pelajar untuk menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Penjagaan gigi palsu

Posted:

Penjagaan gigi palsu

Penjagaan gigi palsu


SEBAHAGIAN wakil media yang terlibat dalam bengkel penjagaan gigi palsu anjuran Polident baru-baru ini.


MEMILIKI barisan gigi yang sihat dan putih berseri menjadi impian ramai orang. Bagaimanapun, bukan semua orang bernasib baik dan mempunyai gigi kekal sepanjang hayat kerana kehilangan gigi lebih awal akibat penyakit gusi, kerosakan gigi dan kekurangan nutrisi.

Justeru, penggunaan kaedah alternatif seperti gigi palsu atau implan gigi merupakan penyelesaian terbaik bagi golongan itu dalam menikmati kehidupan yang berkualiti di samping meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan masyarakat.

Biarpun jumlah pemakai gigi palsu di Malaysia dianggarkan mencecah kira-kira tiga juta orang iaitu antara jumlah yang tertinggi di rantau Asia, namun pengetahuan tentang kaedah betul penjagaannya dalam kalangan masyarakat masih rendah.

Masih ramai pengguna gigi palsu yang keliru tentang aspek asas penjagaan, pemakaian gigi palsu dan teknik untuk mengoptimumkan tahap keselesaan pemakaiannya.

Baru-baru ini, GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare yang mengeluarkan rangkaian produk penjagaan gigi Polident (Polident Denture Care) menganjurkan bengkel penjagaan gigi palsu bersama pakar pergigian dari Universiti Newcastle, Profesor Angus Walls yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menurut Walls, mereka yang menggunakan gigi palsu cenderung mengubah pilihan makanan sedia ada untuk mengelak daripada ketidakselesaan ketika mengunyah atau bimbang sisa makanan terlekat di bawah gigi palsu yang dipakai.

"Tanpa disedari, perubahan ini berpotensi untuk memberi impak kepada kesihatan oral, kecenderungan mendapat penyakit dan boleh menjejaskan tahap kesihatan pemakainya akibat kekurangan zat makanan," katanya.

Walls berkata, penggunaan pelekat gigi palsu yang sesuai boleh mengelakkan masalah itu kerana pelekat terbabit menghalang cebisan makanan daripada terperangkap di antara lelangit dan gigi palsu.

"Penggunaan pelekat gigi palsu akan menguatkan kunyahan dan memberikan pemakai gigi palsu kebebasan untuk memilih variasi makanan yang menjanjikan nutrisi yang lebih baik.


GIGI palsu perlu dibersihkan dengan teliti untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan keradangan.


"Pada masa yang sama, pelekat itu juga memastikan gigi palsu kekal di tempatnya dan mengelakkannya daripada tertanggal ketika mengunyah, ketawa atau bertutur," ujarnya lagi.

Pada bengkel itu juga, peserta-peserta turut didedahkan tentang aspek penjagaan gigi palsu yang konsisten seperti gigi asal untuk mengelakkan masalah seperti nafas berbau dan daripada kesan-kesan kotor yang degil.

Pembentukan bakteria

Ujar Walls, pembersihan yang tidak sempurna menyebabkan pembentukan bakteria. Kesannya, ia menyebabkan iritasi berterusan pada bahagian atas lelangit dan menyebabkan radang pada bahagian bawah gigi palsu tersebut.

"Inflamasi ini akan mengakibatkan kerosakan pada tulang yang menyokong gusi dan menjadikan gigi palsu kurang stabil dan juga mempunyai kaitan dengan tanda-tanda sistemik inflamasi umum yang dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular dan diabetes jenis 2.

"Membersih gigi palsu menggunakan berus gigi atau penggunaan pembersih gigi palsu yang terdapat di pasaran mampu mengurangkan bakteria yang menyebabkan mulut berbau, menghilangkan kekotoran degil pada gigi dan mengekalkan tahap kesihatan pemakai gigi palsu," katanya.

Beliau turut menasihatkan pemakai gigi palsu agar tidak ragu-ragu menjalani pemeriksaan gigi atau pakar yang berkaitan tentang penggunaan gigi palsu yang betul.

Ketika ini, Polident turut menawarkan talian bebas tol Polident Careline 1800-18-1000. Pengguna gigi palsu boleh membuat panggilan untuk khidmat nasihat secara percuma tentang masalah pemakaian gigi palsu dan mendapatkan nasihat bagaimana krim itu boleh mendatangkan faedah kepada mereka. Maklumat tentang diri mereka jiga dirahsiakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


UniKL-RCMP, VMU tawar program perubatan

Posted:

UniKL-RCMP, VMU tawar program perubatan

UniKL-RCMP, VMU tawar program perubatan

14/07/2011 9:51pm

KUALA LUMPUR - Universiti Kuala Lumpur-Kolej Perubatan Diraja Perak (UniKL-RCMP) dan sebuah kumpulan pendidikan terulung India, Vinayaka Missions University (VMU) menjalin perkongsian bijak untuk memulakan program perubatan peringkat ijazah, Program Perubatan UniKL-Salem.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Datuk Dr Abdul Hakim Juri berkata, pengambilan pertama 50 pelajar tajaan Mara bagi program perubatan UniKL-Salem memulakan pengajian pada 4 Julai lalu di kampus RCMP Ipoh.

"Perkongsian bijak antara VMU dan UniKL-RCMP juga menyediakan peluang untuk usaha sama dalam penyelidikan membabitkan penuntut dan tenaga pengajar," kata beliau.

Pro-Canselor VMU, Datuk Dr Sharavanan Shanmugasundaram berkata, kumpulan pendidikan itu akan melabur sehingga RM40 juta untuk mewujudkan sebuah hospital serba moden yang mempunyai 200 katil di Salem, India, khusus bagi melatih para penuntut perubatan yang mengikuti program pengajian itu.

"Perkongsian ini adalah satu peluang bagi membangunkan hubungan perubatan antara India dan Malaysia yang mempunyai sejarah panjang yang menyaksikan ramai doktor Malaysia mendapat latihan perubatan di India," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UPSI lancar portal bantu mangsa buli

Posted:

UPSI lancar portal bantu mangsa buli

UPSI lancar portal bantu mangsa buli

14/07/2011 9:27pm

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini melancarkan portal E-Buli hari ini yang bertujuan membantu mangsa buli dan menangani penularan gejala tidak sihat itu khususnya di kalangan remaja.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Aminah Ayob berkata, melalui portal itu masyarakat di negara ini boleh memperolehi maklumat mengenai gejala buli di samping berinteraksi dengan pakar kaunseling yang disediakan UPSI.

"Maklumat di dalam portal itu merupakan hasil penyelidikan gejala buli yang dilakukan penyelidik UPSI sejak 2004," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran portal itu.

Pelancaran portal itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dan turut dihadiri wakil persatuan ibu bapa dan guru, institusi pengajian tinggi awam serta swasta.

Aminah berkata, bagi remaja, portal itu boleh dijadikan tempat meluahkan masalah yang dihadapi dan mereka boleh berinteraksi secara interaktif dengan pakar kaunseling UPSI melalui laman sosial Facebook yang dihubungkan melalui portal itu.

Portal itu boleh dilayari menerusi laman web http://ebuli.upsi.edu.my. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

OKU dakwa tayar kereta dikunci HKL

Posted:

OKU dakwa tayar kereta dikunci HKL

OKU dakwa tayar kereta dikunci HKL

14/07/2011 4:51pm

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas yang juga orang kelainan upaya (OKU) mendakwa tayar keretanya telah dikunci pihak pengurusan parkir Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana meletakkan kereta di kawasan yang salah.

P.Palaniappan, 60, seorang pesara mendakwa beliau datang ke hospital terbabit bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan pagi ini.

"Oleh kerana tempat letak kenderaan termasuk OKU telah penuh di hospital, saya terpaksa berlegar-legar bagi mencari tempat letak kereta.

"Saya lihat pada setiap tanda meletak kenderaan OKU dan mendapati hampir separuh daripadanya telah dipenuhi kenderaan staf hospital," dakwa beliau.

"Oleh itu saya terpaksa meletakkan kereta di satu kawasan yang tidak dibenarkan kerana saya tidak mampu berjalan jauh dengan keadaan saya sekarang.

Setelah selesai rawatan, saya dapati tayar telah dikunci dan saya perlu jelaskan bayaran sebanyak RM50," katanya di sini, hari ini.

Beliau mendakwa walaupun telah mempamerkan pelekat khas OKU yang telah dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kereta Proton Myvinya itu, pihak pengurusan enggan mengalah dan terus mempersalahkannya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Jet Israel bom Gaza

Posted:

Jet Israel bom Gaza

Jet Israel bom Gaza


BEBERAPA penduduk meninjau satu struktur bangunan yang musnah akibat dibom jet Israel di bandar Gaza semalam.


BAITULMUQADDIS – Jet-jet Israel mengebom dua kawasan di Gaza semalam yang mencederakan seorang wanita selepas beberapa pejuang Palestin membedil tiga roket ke selatan Israel, kata sumber Israel dan Palestin.

Tentera Israel menyatakan, jet-jetnya menyasarkan dua kawasan pengeluaran senjata di utara Genting Gaza.

"Bedilan disahkan mengenai sasaran dan beberapa letupan susulan dikenal pasti," kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

Sumber-sumber perubatan Palestin memberitahu, seorang wanita cedera ringan dalam serangan udara itu di timur Bandar Gaza dan dia dihantar ke hospital Shifa yang terletak berdekatan.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Israel kelmarin menyatakan, tiga roket dibedil ke selatan Israel dari Gaza tetapi tiada kecederaan dilaporkan dengan sebuah roket berkenaan cuma menyebabkan sebuah rumah mengalami kerosakan kecil. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesawat milik Putera Mahkota Thai disita

Posted:

Pesawat milik Putera Mahkota Thai disita

Pesawat milik Putera Mahkota Thai disita


PESAWAT milik Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn disita di sebuah lapangan terbang di Munich, Jerman semalam.


FRANKFURT, Jerman – Sebuah pesawat Boeing 737 yang digunakan Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn disita di sebuah lapangan terbang di Munich, Jerman oleh pihak pentadbiran bankrap di Jerman yang menuntut kerajaan Thai melunaskan pembayaran tertunggak kepada sebuah firma Jerman, Dywidag.

Disifatkan oleh pentadbiran Jerman sebagai "satu rampasan", jet berkenaan kelmarin ditampal dengan beberapa pelekat dan borang daripada pegawai mahkamah.

"Kami menuntut hutang tertunggak lebih AS$42.9 juta (RM129.5 juta) sejak beberapa tahun lalu dan tindakan drastik ini merupakan usaha terakhir kami untuk mendapatkan pembayaran tersebut," kata pegawai pentadbiran berkenaan, Werner Schneider.

Hutang itu tertunggak lebih 20 tahun lalu apabila Dywidag membantu membina jalan raya bertol sejauh 26 kilometer yang menghubungkan Bangkok dengan lapangan terbang Dong Muang.

Dywidag kemudian bergabung pada 2001 dengan Walter Bau AG sebelum firma berkenaan diisytiharkan muflis menyebabkan hutang itu tertunggak.

Putera Mahkota itu yang berusia 58 tahun adalah pewaris takhta jika ayahanda baginda, Raja Bhumibol Adulyadej mangkat.

Namun, Putera Mahkota itu dikatakan tidak popular berbanding ayahanda baginda. – Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda tunjuk cara jadikan komputer seperti iPad

Posted:

Pemuda tunjuk cara jadikan komputer seperti iPad

Pemuda tunjuk cara jadikan komputer seperti iPad


SKRIN komputer sebelum diletakkan dalam sarung seperti buku untuk kelihatan seperti iPad.


BEIJING - Seorang lelaki di China, Liu Xinying menunjukkan cara-cara memasang sendiri komputer tablet menyerupai gajet popular keluaran Apple, iPad tetapi melibatkan kos yang lebih murah.

Dalam klip video 20 minit di laman perkongsian video China, Youku, lelaki itu menunjukkan cara bagaimana untuk memasang komputer tablet mirip iPad itu dengan menggunakan beberapa peralatan komputer, sebuah skrin sentuh bersama sebuah sarung serta papan kekunci.

Pada penghujung klip video berkenaan yang berjudul DIY IPAD 3, Xinying menunjukkan komputer tablet berkenaan yang sudah siap dipasang.

Komputer tablet pasang sendiri itu agak tebal dan berfungsi seperti iPad tetapi ia dijana sistem operasi Windows keluaran Microsoft.

Berita mengenai kehebatan lelaki itu seterusnya tersebar di beberapa laman web luar negara dan laman teknologi China selain laman jaringan sosial tempatan, Weibo.

Apabila dihubungi, pemuda berusia 21 tahun dari wilayah Shandong, timur China itu berkata, sejak klip video itu disiarkan di Youku pada bulan lalu dia terpaksa menolak lebih 12 permintaan orang ramai yang mahukannya membuat komputer pasang siap tersebut.

"Saya membuat komputer pasang sendiri ini untuk keseronokan sahaja," kata Xinying yang bekerja di sebuah kedai komputer di bandar raya Jinan.

"Kos untuk membuat komputer ini bersamaan 2,000 yuan (RM933)," tambahnya.

Kos tersebut adalah jauh lebih murah berbanding versi iPad 2 termurah di China yang dijual pada harga sekitar 3,688 yuan (RM1,721) manakala model iPad 64 gigabit iaitu yang paling mahal di negara berkenaan pula berharga 5,288 yuan (RM2,467). - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Sekadar lakonan Sam, Lisa

Posted:

Sekadar lakonan Sam, Lisa

Sekadar lakonan Sam, Lisa



TENTUNYA ramai yang tertanya-tanya sama ada benar Shaheizy Sam dan Lisa Surihani sudah mendirikan rumah tangga sehingga memperolehi seorang anak perempuan yang sangat comel bernama Amy.

Sebenarnya, itu adalah antara jalan cerita yang dipaparkan dalam filem terbaharu keluaran Metrowealth Pictures berjudul Sekali Lagi yang menggandingkan kedua-dua artis popular tanah air serta pelakon cilik Mia Sara Nasuha yang masih lagi ditayangkan.

Menurut Sam, kali pertama menerima tawaran untuk berlakon dalam filem tersebut, dia mula tertarik dengan wataknya sebagai Arman yang ternyata cukup berbeza berbanding filem lakonannya sebelum ini.

"Kalau selama ini saya lebih dikenali dengan watak yang aksi dan komedi, namun untuk filem ini saya membawakan watak seorang lelaki yang melalui kehidupan seperti kanak-kanak.

"Malah, saya akui memang agak sukar untuk membawakan watak tersebut dan memamg ia sangat berat dan mencabar. Namun, saya beruntung kerana digandingkan dengan pelakon-pelakon lain yang cukup hebat,": ujarnya.

Ditanya mengenai persamaan watak Arman dengan Rizwan Khan yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan menerusi filem My Name Is Khan, Sam menjelaskan kedua-dua watak tersebut ternyata begitu berbeza sama sekali.

Ujarnya, watak Rizwan Khan dalam filem berkenaan adalah penghidap autisme. Sedangkan dalam filem terbarunya itu, Arman adalah seorang lelaki yang mempunyai tumor di otak.


LISA dan Sam merupakan teraju utama filem Sekali Lagi.


"Pada asalnya, Arman adalah seorang lelaki normal dan kemudian bertindak meninggalkan isterinya, Sheila setelah mengetahui dia ada tumor tanpa mengetahui isterinya sedang mengandung.

"Selepas menjalani pembedahan, dia terus hilang ingatan dan kehidupannya menjadi seperti kanak-kanak semula. Sebab itu dia rapat dengan Amy yang sebenarnya adalah anaknya sendiri," jelas Sam mengenai filem yang sudah lebih seminggu ditayangkan di pawagam itu.

Bagi Lisa pula, dia sangat beruntung kerana diberi peluang untuk bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat seperti Sam, Bront Palarae, Kartina Aziz dan Mia Sara dalam filem tersebut.

Menurutnya, pengarah Hashim Rejab turut memberikan kebebasan kepada pelakon untuk membawakan watak masing-masing dengan cara tersendiri dan kebanyakan babak yang dilakonkan adalah perbincangan sesama pelakon tanpa menjejaskan skrip asal.

"Semasa menjalani penggambaran, kalau ada waktu rehat atau masa terluang, biasanya kami semua akan duduk berbincang bersama-sama dengan pengarah dan masing-masing diberi peluang memberikan idea yang menarik untuk memantapkan lagi jalan cerita.

"Kerjasama dengan pelakon-pelakon lain juga sangat baik. Walaupun dalam filem ini saya dan Sam kali pertama menjadi pasangan suami isteri, namun tidak sukar untuk mencari keserasian bersama," ujarnya.

Mengenai watak Shiela yang dibawakannya pula, Lisa menyatakan ia adalah satu karektor yang agak mencabar untuk membawakan watak sebagai seorang ibu yang memiliki seorang anak memandangkan dia belum pernah berkahwin dan mengandung.


DUA pelakon muda ini merupakan antara bintang tempatan paling popular masa kini.


"Dalam drama bersiri Adamaya watak saya juga adalah seorang ibu, namun dalam filem ini ia agak berbeza kerana Shiela adalah seorang wanita yang telah ditinggalkan suami tanpa sebab dan memang banyak bermain dengan perasaan," jelasnya.

Tangkap muat

Semenjak mengukir nama menerusi filem Adnan Sempit yang ditayangkan pada tahun lalu, ternyata pelbagai kejayaan yang telah diraih oleh Sam yang juga anak teruna kepada pelakon Khaty Fauziah itu.

Jika dilihat menerusi laman sosial Facebook miliknya yang sehingga kini mempunyai lebih 800,000 peminat, memang tidak keterlaluan sekiranya dia dikatakan pelakon lelaki yang memiliki peminat paling ramai setakat ini.

Bukan itu sahaja, setiap filem lakonannya bermula dari filem Adnan Sempit sehinggalah Kongsi juga turut mencatatkan kejayaan yang memberangsangkan menerusi kutipan pecah panggung.

Menurut Sam, dia sangat bersyukur kerana setakat ini kesemua filem lakonannya mendapat sambutan ramai dan memberitahu akan ada lapan buah filem lakonannya yang kini sedang menanti untuk ditayangkan.

"Memang tawaran berlakon yang diterima tidak putus, namun itu tidak bermakna saya jenis yang tangkap muat sahaja. Setiap tawaran filem yang diberikan, saya akan kaji setiap watak dan jalan ceritanya.

"Lagipun saya sangat menitikberatkan soal kualiti terhadap setiap filem lakonan saya dan disebabkan itu juga saya terpaksa menolak enam tawaran filem yang boleh dikatakan cukup lumayan," jelasnya.

Menurut Sam lagi, walaupun dia merupakan artis di bawah naungan Metrowealth, namun dia tidak terikat sepenuhnya dengan produksi tersebut dan turut diberi kebebasan untuk berlakon dengan produksi luar.


GANDINGAN mantap Sam dan Mia Sara dalam filem Sekali Lagi.


Ditanya sama ada dia risau atau tidak apabila penonton akan mula rasa bosan dan muak sekiranya dia terlalu kerap tampil di layar filem, Sam menjelaskan karier sebagai seorang pelakon memang ada naik dan turunnya.

Ujarnya, dia sendiri sememangnya sudah cukup bersedia kalau berada dalam zaman kejatuhan dan tidak lagi diminati ramai. Namun, pada masa ini dia mahu lebih fokus terhadap kariernya dan gembira dengan sokongan peminat terhadapnya selama ini.

Mohon maaf

Selain hangat dengan kisah mengenai hubungannya Yusry Abdul Halim semenjak kebelakangan ini, Lisa turut dikaitkan dengan dirinya yang dilihat tidak lagi bersikap seperti dahulu.

Jika sebelum ini dia dilihat sebagai artis yang cukup peramah dan mudah untuk memberikan kerjasama, namun ada sesetengah pihak beranggapan pelakon berkenaan sudah mula sombong dan berlagak diva.

Berkesempatan menemuinya ketika majlis prebiu filem terbaharu lakonannya itu baru-baru ini, Lisa dengan tenang menepis semua tanggapan negatif yang dilemparkan sehingga menjejaskan reputasi baiknya selama ini.

"Saya sendiri tidak tahu macam mana boleh timbul cerita yang kurang enak terhadap diri saya. Saya dikatakan tidak mahu memakai baju murah dan meninggi suara terhadap wartawan, sedangkan semuanya itu langsung tidak pernah berlaku.

"Tentang perkara ini saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang sengaja mereka-reka cerita tersebut. Saya masih lagi Lisa yang sama seperti dahulu dan orang yang rapat dengan saya lebih faham tentang diri saya yang sebenarnya," ujarnya dengan nada tegas.

Jelas Lisa lagi, dia tidak mahu cepat melatah terhadap apa yang berlaku dan sangat bersyukur kerana peminat masih lagi sentiasa memberikan sokongan, meskipun dipalit dengan beberapa cerita kontroversi.

"Mungkin ada pihak yang terasa dengan kesilapan secara tidak sengaja yang telah saya lakukan. Pada kesempatan ini, saya hanya ingin memohon maaf kalau memang benar ada yang berkecil hati," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wali Band sedia tawan Nilai

Posted:

Wali Band sedia tawan Nilai

Wali Band sedia tawan Nilai

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


WALI BAND mengakui teruja membuat persembahan konsert di Malaysia lantaran sambutan hangat daripada peminat mereka.


TIDAK dinafikan, Wali Band yang terkenal menerusi lagu-lagu berunsur ketuhanan dan nasihat adalah antara band dari Indonesia yang mempunyai ramai peminat di negara ini.

Dikenali menerusi lagu seperti Cari Jodoh yang sering berkumandang di corong-corong radio tempatan, band tersebut bakal beraksi pada Konsert Amal Baik-Baik Sayang Wali Band yang akan berlangsung pada Sabtu, 16 Julai ini di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.

Vokalis utama band berkenaan, Faank dalam satu temu bual eksklusif menerusi telefon bersama Kosmo! berkata, band tersebut kini sudah bersedia untuk menghiburkan para peminatnya di Malaysia.

"Biarpun persiapan yang dilakukan adalah secara sederhana sahaja, namun kami sudah bersedia untuk membuat satu persembahan yang terbaik menerusi lagu-lagu popular kami yang cukup dikenali di Malaysia.

"Semasa konsert itu nanti, Wali Band akan menyanyikan sebanyak 12 buah lagu dan pastinya lagu-lagu seperti Cari Jodoh, Yank dan Baik-Baik Sayang adalah lagu wajib yang akan dipersembahkan nanti," ujarnya.

Menurut Faank, pada konsert berkenaan juga, mereka turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan single terbaru berjudul Aku Bukan Bang Toyib yang dimuatkan menerusi album ketiga Wali Band dan telah dilancarkan beberapa bulan lalu.

Ujarnya lagi, album baharu tersebut yang turut menggunakan judul Aku Bukan Bang Toyib itu mengandungi 10 buah lagu dan akan dilancarkan di negara ini pada bulan hadapan.

Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album berkenaan seperti Doaku Untukmu Sayang, Langit Bumi, Yang Penting Halal, Sayang Lahir Batin, Salam Rindu, Aku Tidak Malu, Masih Adakah, Sejuta (Setia, Jujur & Taqwa), Nenek Pahlawanku dan Aku Bukan Bang Toyib.

Ditanya mengenai perasaannya menjelang detik membuat persembahan di Nilai nanti, Faank menjelaskan ahli-ahli Wali Band yang lain turut berasa sangat teruja, meskipun sudah empat kali membuat persembahan di Malaysia sebelum ini.

"Setiap kali kami berada di Malaysia, sambutan yang diterima sangat luar biasa. Kami juga bersyukur kerana peminat di negara ini dapat menerima secara terbuka lagu-lagu serta muzik yang kami bawa," ujarnya yang turut meminati beberapa artis Malaysia seperti Search, Siti Nurhaliza dan Sixth Sense.


FAANK (depan) bersama tiga anggota Wali Band yang lain, (dari kiri) Ovie, Apoy dan Tomie.


Selain Faank, band yang berasal dari Jakarta, Indonesia dan ditubuhkan sejak tahun 1999 itu pada asalnya turut dianggotai Apoy (gitar), Tomie (drum), Ovie (keyboard) dan Nunu (bass), namun Nunu kemudian keluar dari kumpulan itu pada 2009.

Tujuan kebajikan

Konsert Amal Baik-Baik Sayang Wali Band anjuran Angkatan Seni Baru Yayasan Negeri Sembilan (ASBYNS) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat negeri (Pekerti) merupakan sebuah konsert amal bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Menurut pengarah projek amal tersebut, Farman Osman, idea untuk menganjurkan konsert berkenaan adalah daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Biasanya kebanyakan konsert yang diadakan di negara ini selalu dibuat di sekitar Lembah Klang sahaja. Jadi, beliau merasakan adalah sesuai sekiranya beberapa lokasi menarik di Negeri Sembilan untuk diadakan konsert sebegini.

"Memandangkan sebuah konsert yang cukup besar buat julung-julung kalinya diadakan di Nilai, kami menjangkakan sambutan yang diterima juga hangat dengan sasaran kehadiran kira-kira 5,000 orang,"" ujarnya.

"Sebagai konsert amal, sebahagian daripada kutipan tiket yang terjual akan disalurkan kepada Pekerti dan badan-badan kebajikan terpilih di sekitar Negeri Sembilan."

Mengenai pemilihan Wali Band untuk konsert amal berkenaan, Farman menjelaskan ia adalah kerana lagu-lagu yang dibawa oleh band tersebut sememangnya sesuai untuk semua golongan.

"Selain mempunyai ramai peminat di Malaysia, lagu-lagu yang dinyanyikan Wali Band banyak mengandungi unsur-unsur nasihat dan mereka yang berkeluarga juga sesuai untuk hadir pada konsert berkenaan," jelasnya.

Tiket-tiket konsert yang berharga RM50, RM100 dan RM300 masih boleh didapati di Tingkat 7, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) di Seremban (017-2580656) dan Fashar Event & Entertainment (06-6017383 atau 06-6015891).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seungho gagal hidup normal

Posted:

Seungho gagal hidup normal

Seungho gagal hidup normal


SEUNGHO


SALAH seorang anggota kumpulan MBLAQ, Seungho baru-baru ini mengakui dia tiada masa terluang untuk mengadakan temu janji dengan gadis idamannya.

Dalam temuramahnya dalam sebuah program televisyen, kumpulan MBLAQ telah disoal apakah kesukaran yang dihadapi mereka apabila bergelar selebriti.

Jawab Seungho: "Ada yang berkata, kamu hanya akan dapat masuk ke Universiti Seoul jika kamu hanya tidur empat jam sehari dan menghabiskan kebanyakan masa mengulang kaji pelajaran.

"Kebenarannya, memang tidak boleh hidup normal dengan hanya empat jam waktu untuk tidur."

Terangnya lagi betapa penatnya dengan jadual MBLAQ yang padat: "Walaupun kami dapat hari cuti tetapi rasa macam membazir untuk berehat kerana akhirnya kami tetap akan bekerja juga daripada berehat."

Apabila disoal, adakah dia sempat pergi menghadiri temu janji pada waktu cutinya, balas Seungho: "Saya berusia 25 tahun, temu janji dengan gadis adalah perkara yang paling penting dalam minda saya pada usia begini dan saya harap saya dapat pergi temu janji.

"Tetapi secara jujurnya, saya sangat sibuk dan tidak ada masa untuk memikirkan perkara seperti itu. Buat masa ini saya gembira menerima kasih sayang daripada peminat."

MBLAQ baru-baru ini muncul dengan lagu single serta video muzik terbaru mereka berjudul Mona Lisa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved