Khamis, 14 Julai 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Jet Israel bom Gaza

Posted:

Jet Israel bom Gaza

Jet Israel bom Gaza


BEBERAPA penduduk meninjau satu struktur bangunan yang musnah akibat dibom jet Israel di bandar Gaza semalam.


BAITULMUQADDIS – Jet-jet Israel mengebom dua kawasan di Gaza semalam yang mencederakan seorang wanita selepas beberapa pejuang Palestin membedil tiga roket ke selatan Israel, kata sumber Israel dan Palestin.

Tentera Israel menyatakan, jet-jetnya menyasarkan dua kawasan pengeluaran senjata di utara Genting Gaza.

"Bedilan disahkan mengenai sasaran dan beberapa letupan susulan dikenal pasti," kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

Sumber-sumber perubatan Palestin memberitahu, seorang wanita cedera ringan dalam serangan udara itu di timur Bandar Gaza dan dia dihantar ke hospital Shifa yang terletak berdekatan.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Israel kelmarin menyatakan, tiga roket dibedil ke selatan Israel dari Gaza tetapi tiada kecederaan dilaporkan dengan sebuah roket berkenaan cuma menyebabkan sebuah rumah mengalami kerosakan kecil. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesawat milik Putera Mahkota Thai disita

Posted:

Pesawat milik Putera Mahkota Thai disita

Pesawat milik Putera Mahkota Thai disita


PESAWAT milik Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn disita di sebuah lapangan terbang di Munich, Jerman semalam.


FRANKFURT, Jerman – Sebuah pesawat Boeing 737 yang digunakan Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn disita di sebuah lapangan terbang di Munich, Jerman oleh pihak pentadbiran bankrap di Jerman yang menuntut kerajaan Thai melunaskan pembayaran tertunggak kepada sebuah firma Jerman, Dywidag.

Disifatkan oleh pentadbiran Jerman sebagai "satu rampasan", jet berkenaan kelmarin ditampal dengan beberapa pelekat dan borang daripada pegawai mahkamah.

"Kami menuntut hutang tertunggak lebih AS$42.9 juta (RM129.5 juta) sejak beberapa tahun lalu dan tindakan drastik ini merupakan usaha terakhir kami untuk mendapatkan pembayaran tersebut," kata pegawai pentadbiran berkenaan, Werner Schneider.

Hutang itu tertunggak lebih 20 tahun lalu apabila Dywidag membantu membina jalan raya bertol sejauh 26 kilometer yang menghubungkan Bangkok dengan lapangan terbang Dong Muang.

Dywidag kemudian bergabung pada 2001 dengan Walter Bau AG sebelum firma berkenaan diisytiharkan muflis menyebabkan hutang itu tertunggak.

Putera Mahkota itu yang berusia 58 tahun adalah pewaris takhta jika ayahanda baginda, Raja Bhumibol Adulyadej mangkat.

Namun, Putera Mahkota itu dikatakan tidak popular berbanding ayahanda baginda. – Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda tunjuk cara jadikan komputer seperti iPad

Posted:

Pemuda tunjuk cara jadikan komputer seperti iPad

Pemuda tunjuk cara jadikan komputer seperti iPad


SKRIN komputer sebelum diletakkan dalam sarung seperti buku untuk kelihatan seperti iPad.


BEIJING - Seorang lelaki di China, Liu Xinying menunjukkan cara-cara memasang sendiri komputer tablet menyerupai gajet popular keluaran Apple, iPad tetapi melibatkan kos yang lebih murah.

Dalam klip video 20 minit di laman perkongsian video China, Youku, lelaki itu menunjukkan cara bagaimana untuk memasang komputer tablet mirip iPad itu dengan menggunakan beberapa peralatan komputer, sebuah skrin sentuh bersama sebuah sarung serta papan kekunci.

Pada penghujung klip video berkenaan yang berjudul DIY IPAD 3, Xinying menunjukkan komputer tablet berkenaan yang sudah siap dipasang.

Komputer tablet pasang sendiri itu agak tebal dan berfungsi seperti iPad tetapi ia dijana sistem operasi Windows keluaran Microsoft.

Berita mengenai kehebatan lelaki itu seterusnya tersebar di beberapa laman web luar negara dan laman teknologi China selain laman jaringan sosial tempatan, Weibo.

Apabila dihubungi, pemuda berusia 21 tahun dari wilayah Shandong, timur China itu berkata, sejak klip video itu disiarkan di Youku pada bulan lalu dia terpaksa menolak lebih 12 permintaan orang ramai yang mahukannya membuat komputer pasang siap tersebut.

"Saya membuat komputer pasang sendiri ini untuk keseronokan sahaja," kata Xinying yang bekerja di sebuah kedai komputer di bandar raya Jinan.

"Kos untuk membuat komputer ini bersamaan 2,000 yuan (RM933)," tambahnya.

Kos tersebut adalah jauh lebih murah berbanding versi iPad 2 termurah di China yang dijual pada harga sekitar 3,688 yuan (RM1,721) manakala model iPad 64 gigabit iaitu yang paling mahal di negara berkenaan pula berharga 5,288 yuan (RM2,467). - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved