Ahad, 9 Mac 2014

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hanez Suraya sanggup bersemuka

Posted:

Hanez Suraya sanggup bersemuka

Hanez Suraya sanggup bersemuka

BUKAN lagi seperti menjolok sarang tebuan namun, situasi yang sedang dihadapi wanita bernama Hanez Suraya kini tidak ubah umpama memelihara diri dalam sarang lebah. Di kiri, kanan, atas dan bawah serta di sekelilingnya ada musuh-musuh yang sedang menunggu peluang untuk menghukumnya tanpa belas.

Dia dibenci bagaikan kupu-kupu malam yang tidak punya maruah. Dia dihumban dengan kata-kata nista dan keji yang dimuntahkan bersama bisa amarah dari hati dendam. Segala yang hitam, busuk dan jalang, semuanya dilontarkan kepada wanita berusia 29 tahun itu. Lihatlah betapa 'berdosanya' seorang wanita jika terjebak ke lembah cinta bersama suami orang.

Sejak dua minggu lalu, kontroversi status kekasih Hanez Suraya yang dikenali sebagai Mr. R atau Romie Razin Adilha, 34, bertiup kencang. Sehinggalah Ahad lalu, kemunculan seorang wanita bernama Nurliyana Abd. Manan mengejutkan ramai. Mengakui dia masih lagi isteri yang sah kepada lelaki yang kini mendampingi Hanez, Liyana turut menuduh Hanez sebagai perosak rumah tangganya yang dibina sejak lapan tahun lalu.

Di laman Instagram milik pelakon Autumn Di Hatiku itu, setiap hari beribu-ribu komen masuk pada setiap gambar yang dikongsikan bersama peminat. Ada yang tanpa segan meluahkan kata-kata kesat dan memanggilnya dengan nama-nama yang hina. Bahkan, ada juga yang berdebat mempersoalkan betul atau tidak perlakuan Hanez yang serius mahu menamatkan zaman bujangnya bersama lelaki berstatus suami orang.

Tanpa mengenali Hanez secara intim, pelakon yang terkenal sebagai jurucakap produk kecantikan Aura White itu didekati penulis. Mengajaknya bercerita tentang pahit dan episod hitam yang sedang dijalani, Hanez mengakui dia hampir terduduk namun tidak pula membiarkan dirinya jatuh dan terus terjelepuk.

"Ini impak paling teruk yang pernah saya lalui sepanjang 10 tahun dalam industri. Rasa macam kena baling dengan batu pun ada, tetapi tidak membuatkan saya mengurung diri, cuma rasa malas nak keluar dari rumah. Saya sudah tahu semua situasi ini sejak mula kenal Romie, sebab itu saya tidaklah tertekan atau terkejut sangat.

DIKECAM dan dihina dengan bermacam gelaran yang menjatuhkan, Hanez Suraya masih mempunyai keyakinan bahawa ada kebenaran berpihak kepadanya.


"Sebab itulah saya buat sidang media pada hari Rabu lalu. Kalaulah saya seorang sahaja yang menjelaskan segala-galanya, siapa yang mahu percaya. Sekarang, setidak-tidaknya pihak lelaki, Romie bersama peguamnya sudah tampil memberikan keterangan. Saya lega kerana tidak sendirian berdepan situasi yang sulit ini, dia ada di sini saya," ujar Hanez cuba untuk menenangkan perasaannya.

Hubungan direstui keluarga

Kalau benar sekalipun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, wanita mana yang mampu bertepuk riang saat gelaran perosak, pemusnah dan perampas suami orang ditembak tepat ke mukanya. Inikan pula kata Hanez, 90 peratus daripada pendedahan yang dilakukan oleh Liyana (isteri kekasihnya) itu tidak benar.

"Walaupun saya belum berkahwin, tetapi sebagai wanita saya cuba memahami apa yang dirasai oleh pihak wanita berkenaan.

"Sejak dari awal perkenalan, Romie jenis yang berterus-terang tentang masalah yang sedang dihadapi bersama isteri. Tetapi, dia kenal saya bukanlah untuk menceritakan kesedihannya sahaja. Cuma dalam proses berkawan, dia tidak pernah berahsia dengan saya, tetapi saya tidak pernah masuk campur hal mereka. Tidak pernah juga saya menyuruh Romie menceraikan isterinya. Saya cuma minta bertenang dan fikirkan soal anak-anak.

"Terus-terang saya katakan, saya terpikat dengan keterbukaan dan kejujuran yang ditunjukkan Romie selama ini ini. Dia benar-benar serius mahu mencari seorang isteri. Dia bertemu keluarga saya dan saya dibawa bertemu keluarganya. Daripada situlah saya terfikir, mungkin jodoh saya telah sampai.

"Saya terima dia seadanya. Lainlah kalaulah saya mengenali Romie ketika dia sedang bahagia bersama isteri, kalau begitu, saya dengan relanya mengundur diri," jelas Hanez yang mengakui kali pertama mengenali Romie pada tanggal 20 Disember lalu.

Si lelaki dituduh curang dan dayus kerana mempertahankan kekasih bukannya isteri sendiri, manakala Hanez pula berdepan pelbagai gelaran yang tidak seronok didengar. Pendek kata, perhubungan Hanez dan Romie seolah-olahnya berdepan jalan buntu. Sementara menunggu keputusan perceraian Romie di mahkamah, Hanez terpaksa menunggu kepastian impian membina mahligai bahagia bersama lelaki yang baru dikenali sekitar tiga bulan lalu menjadi realiti.

SEPULUH tahun dalam industri, gelaran perampas suami dan perosak rumah tangga orang merupakan impak paling buruk yang pernah dilalui oleh Hanez Suraya.


"Soal jodoh di tangan Tuhan, apa yang paling penting bagi saya ialah restu daripada keluarga. Soal berapa lama berkawan itu bukan penghalang jodoh.

Jangan biadab

"Sebenarnya saya sedih dengan keadaan ini. Sedih dengan sikap orang luar yang sewenang-wenangnya menghukum saya dengan macam-macam penghinaan. Kalau setakat saya seorang sahaja tidak mengapa, ini sampai melibatkan ibu bapa saya. Saya tahu orang sedang marah tapi janganlah biadab," ujar Hanez.

Persepsi umum, kebaikan dibalas dengan kebaikan manakala kejahatan juga akan dibalas dengan kejahatan. Tanpa tahu hujung pangkal perbuatan Hanez yang menjalin hubungan cinta dengan suami orang, mudah menimbulkan tanggapan negatif. Soal karma juga ditanyakan kepada Hanez.

"Kalau kita ikhlas dengan orang itu, dan orang itu ikhlas dengan kita, saya tidak perlu takut kepada balasan. Selama ini, saya juga pernah mengenali beberapa orang lelaki, walaupun tiada jodoh, saya tidak pernah mengaibkan sesiapa," kata Hanez tenang.

Jika diminta untuk bersemuka dengan Liyana, Hanez turut berani berbuat demikian. Bukan terlalu yakin bahawa kebenaran memihak kepadanya, namun, pengakuan Romie bersama peguamnya tempoh hari sedikit sebanyak memperbetulkan keadaan.

Suami, karier dan usahawan sarang burung

Posted:

Suami, karier dan usahawan sarang burung

Suami, karier dan usahawan sarang burung

SEIRING dengan kematangan usia dan kehidupannya yang sudah bergelar isteri, Fouziah mengakui dia harus ada banyak pertimbangan sebelum memilih untuk menerima sebarang tawaran lakonan.


SESUDAH bergelar isteri, jarang benar wajah Fouziah Gous muncul pada majlis-majlis hiburan. Turun ke lokasi fotografi juga bukan lagi menjadi agenda yang tersemat dalam diari kariernya. Fokus Fouziah kini teralih terhadap cinta. Itu yang terluah sebaik sahaja wanita yang berumur 32 tahun itu memulakan bicara usai wajahnya dirakamkan lensa jurukamera.

"Boleh dikatakan, ini merupakan fotografi pertama yang saya lakukan selepas kira-kira bulan bergelar isteri. Entahlah, perasaan hendak masuk studio dan bergambar belum panas agaknya. Mungkin juga sebab selama lima bulan ini saya sibuk dengan jadual penggambaran. Dalam masa yang sama rutin hidup saya semakin bercabang-cabang," usulnya lembut seraya tersenyum.

Garis senyumannya menyimpan rasa bahagia. Lelaki bernama Zhafran Yusof yang dinikahinya September tahun lalu itu bukan sekadar seorang suami. Lelaki itulah jua kawan, teman dan paling romantis untuk didengar, Fouziah mengumpamakan perhubungan mereka kini tidak ubah seperti merpati dua sejoli.

"Mungkin disebabkan perkenalan dan tempoh pertunangan kami yang agak singkat. Sepanjang tempoh itu juga kami jarang keluar berdua-duaan, jadi apabila sudah bergelar suami isteri, kami macam dapat lesen untuk bercinta. Rasa macam di alam percintaan," ujar Fouziah yang mengakui fokusnya juga sudah berubah.


FOUZIAH bergelar isteri kepada Zhafran Yusof (kiri) pada September 2013.


Beralih fasa daripada wanita solo menjadi isteri orang juga memberi pengertian baharu buat Fouziah. Soal karier tetap diutamakan namun kewajipan tidak boleh diambil mudah.

"Kalau dahulu, setiap hari ada penggambaran. Dahulu juga, saya kejar banyak benda, nak beli kereta, rumah dan kumpul duit banyak-banyak. Sekarang, kami masih sama-sama kena kerja juga dan rezeki yang dapat akan dikongsi bersama-sama. Untungnya sebab kami sebaya, cuma nak terkejar-kejar macam dahulu, balik rumah sampai pukul 3 pagi, tidaklah.

"Sekarang, kalau dapat cuti dua atau tiga hari selepas berhari-hari di lokasi, saya akan duduk rumah. Cuba-cubalah memasak dan ambil hati suami pula," katanya yang belum didatangi tanda-tanda bakal beroleh cahaya mata dalam masa terdekat.

Konsert Teaterikal Suara Kita konsert setiakawan

Posted:

Konsert Teaterikal Suara Kita konsert setiakawan

Konsert Teaterikal Suara Kita konsert setiakawan


AKSI Erra berlawan dengan Awie daripada filem Maria Mariana ini salah sebuah babak yang membuatkan peminat tersenyum.


PETANG ini pastinya menjadi sebuah penutup yang penuh dramatik buat produksi Konsert Teaterikal Suara Kita. Seribu satu kisah telah terakam penuh momen. Ia bersulam nostalgia yang dibangkitkan dan meninggalkan sebuah lagi kenangan yang baharu. Itu semua kemanisan dan kepahitan yang tidak tergambar oleh rasa dan kata.

Perasaan yang sebegitu berlaku dalam mana-mana produksi besar, mana-mana filem dan mana-mana acara jika impaknya cukup mencengkam rasa. Konsert Teaterikal Suara Kita juga sama.

Penyatuan semula Awie, Erra dan Ziana bukan sekadar mengimbau sejarah, bahkan menyimpulkan dan menyemaikan lagi darah setiakawan tiga anak seni itu menterjemah sebuah karya besar untuk tatapan peminat mereka.

Persis daripada sahabat untuk sahabat, dikongsikan pula dengan semua peminat yang selama ini 'bersahabat' tanpa sengketa bersama lagu-lagu dan karya mereka, Konsert Teaterikal Suara Kita berjaya memaut pengertian setiakawan untuk diselami semua.

Tanpa Erra, siapalah Awie untuk mempersembahkan nostalgia Sembilu. Tanpa Ziana siapalah Erra dan Awie dalam Maria Mariana. Begitulah pautan itu likat dalam kenangan Tragedi Oktober dan Merah. Semua kisah itu dapat disaksikan semula selepas 20 tahun dan semua rakaman itu berlaku kerana setiakawan mereka.

Sehingga ke pementasan terakhir, Awie sendiri menyifatkan kejayaan yang diraih sepanjang penganjuran konsert ini bukti penyelesaian kepada kemelut hubungan dingin antaranya dengan Erra Fazira selama ini. Umum tahu kisah Awie dan Erra, namun persengketaan mereka telah lama berkubur bersama waktu yang telah mereka kambus dengan kehidupan hari ini.


ADEGAN Maria (Erra) menampar adiknya Mariana dalam filem Maria Mariana (Ziana) sambil diperhatikan oleh Ziela Jalil (watak ibu) ini juga menjadi babak penting dalam segmen teaterikal dalam konsert ini.


Konsert itu secara tidak langsung mengeratkan semula hubungan persahabatan mereka bertiga untuk kembali terjalin seperti dahulu.

"Konsert ini menutup semua cerita dan kemelut antara saya dan Erra, di sini kami buktikan yang kami boleh jadi kawan baik dan melupakan masalah yang lalu," ulas Awie mengenai keseluruhan konsert berkenaan.

Nyanyian ratu cantik

Menyaksikan sebuah konsert dengan nyanyian menampilkan Ziana, Erra dan Awie sebagai pengisi segmen pertama bukanlah sesuatu yang luar biasa. Konsert dengan repertoir sebegitu biasa ditonton di mana-mana. Kostum serta set yang digunakan juga biasa-biasa. Penonton menantikan kejutan yang bakal membuatkan mereka terkesima, hanyut dan larut bersama emosi yang dilagukan.

Dalam segmen konsert, kemunculan Erra Fazira yang selama ini lebih dilihat sebagai aktres filem, drama dan teater dikira berjaya menyembuhkan sebuah kerinduan ramai untuk menyaksikan nyanyian Erra Fazira. Kerisauan Erra terhadap kualiti dan keyakinan berada di pentas nyanyian bagaikan terhapus. Erra menari tanpa canggung dan larut dalam emosi lagu-lagunya berjudul Yang Terindah Hanyalah Sementara, Pasrah, Jendela Hati dan Pertemuan. Dia langsung tidak membawa cela dalam nyanyian walaupun sudah lama tidak menyanyi dalam konsert sebegitu rupa.

Kemunculan Awie pula bagai sudah dijangka, lagu-lagu seperti Bara, Nur Nilam Sari, Layang-Layang Terputus Tali, dan Bujang Senang didendangkan Awie sebagai sebuah dedikasi buat tiga buah kumpulan muzik yang beraja di jiwanya selama ini iaitu Search, Alleycat dan Wings sendiri.

Pembukaan konsert yang turut menampilkan Ziana dengan Fatalistik, Setiaku Di Sini dan Putus Terpaksa membuatkan penonton tertunggu-tunggu apa yang bakal terjadi dalam segmen teaterikal pula.

Tiada adegan sumbang Awie, Erra

Kisah perceraian Erra didedahkan sepanjang tempoh latihan konsert, begitu juga dengan kecaman-kecaman umum mengenai adegan romantik antara Erra dan Awie sedikit sebanyak menduga anggapan ramai mengenai keserasian Awie dan Erra dalam konsert ini.

Dihangatkan juga dengan angin cemburu daripada pihak isteri Awie iaitu Rozana yang dibangkit sesetengah pihak, Konsert Teaterikal Suara Kita bagaimanapun bersih daripada perilaku sumbang dan menjengkelkan umum.

DIKECAM dengan pelbagai tohmahan, babak romantis antara Awie dan Erra masih dapat dirasai walaupun tanpa adegan berpelukan.


Di pihak Awie atau Erra, tiada adegan keterlaluan daripada lakonan semula mereka biarpun ketika melakonkan adegan romantis dan juraian air mata.

Tahniah Awie, Erra dan Ziana! Kalaupun ada penonton berasa letih melihat kalian melakonkan kisah zaman muda pada 40-an, air mata bangga Datuk Yusof Haslam, orang yang paling bertanggungjawab atas kewujudan lima filem yang dibangkit semula itu, sudah cukup untuk menyimbah bahagia ke dada kalian.

Parti penutup hargai peminat

Berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan pada malam penutup seribu rasa itu, malam ini tiga tunjang yang menghidupkan dejavu Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Merah dan Tragedi Oktober di Istana Budaya itu akan melangsaikan janji mereka.

Awie, Erra dan Ziana Zain akan melupakan kepenatan beraksi selama lebih dua jam pada pementasan terakhir petang pukul 3 petang. Mereka akan meraikan peminat dalam sebuah acara pasca parti yang diadakan khas sebagai menghargai peminat setia mereka pada pukul 9 malam nanti bertempat di Hotel Best Western, di Brickfields.

Dengan bayaran tambahan sebanyak RM150, peminat yang sudah menjadi pembeli tiket konsert akan dapat beramah mesra dengan artis pujaan mereka. Kemasukan menyertai parti istimewa ini hanya terhad untuk 500 peminat terawal.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved