Kosmo Online |
- Bayi nyaris lemas akibat asap tebal, rumah nenek terbakar
- Sarawak Energy perkasa skuad Bujang Senang
- MIC Melaka jamin Kampung Chetti terus dipelihara
Bayi nyaris lemas akibat asap tebal, rumah nenek terbakar Posted: Bayi nyaris lemas akibat asap tebal, rumah nenek terbakar08/01/2014 11:57pm ALOR SETAR - Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan nyaris lemas akibat asap tebal apabila rumah neneknya musnah dalam kebakaran di Jalan Biru, Kampung Berjaya di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, Lee Kar Haw yang sedang tidur, diselamatkan ibunya Bok Wan Ying, 36, selepas menyedari rumah mertuanya yang terletak bersebelahan rumah mereka terbakar. Wan Ying berkata, ketika itu dia bersama suami Lee See Kheng, 42, sedang memasak di belakang rumah sebelum tiba-tiba terdengar jeritan jiran memberitahu rumah ibu mertuanya terbakar. "Saya teringat anak saya ada dalam bilik bawah dekat dengan rumah ibu yang terbakar. "Rumah kami rumah kayu berkembar, kalau tak dengar orang jerit tak tau apa yang jadi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian. Katanya dia juga bersyukur kerana ketika kejadian ibu mertuanya pergi ke sebuah klinik berhampiran. - Bernama |
Sarawak Energy perkasa skuad Bujang Senang Posted: Sarawak Energy perkasa skuad Bujang Senang08/01/2014 10:51pm KUCHING - Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman optimis skuad Liga Super Bujang Senang musim ini mampu menggegar saingan Liga Malaysia 2014 yang bakal bermula 18 Januari ini. Menurut Sudarsono, hakikat itu diperkukuhkan lagi selepas Sarawak Energy bertindak sebagai penaja utama skuad Bujang Senang pada musim ini. "Kejayaan kita menjulang Liga Premier dengan rekod tanpa kalah dan menjadi semifinalis Piala Malaysia 2013 adalah berkat komitmen seluruh pihak termasuk pengurusan, pemain, penyokong dan para penaja," katanya. Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran jersi baharu, pengenalan pemain dan pengumuman penaja-penaja untuk skuad Sarawak di Stadium Perpaduan di sini malam ini. Selain Sarawak Energy selaku penaja utama, penaja lain adalah Shin Yang, Ibraco, Lea Sport Center, Titanium, Marina Parkcity, HSL, DD Plantations dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). - KOSMO! |
MIC Melaka jamin Kampung Chetti terus dipelihara Posted: MIC Melaka jamin Kampung Chetti terus dipelihara08/01/2014 10:29pm MELAKA - MIC Melaka memberi jaminan akan memastikan Kampung Chetti di Gajah Berang di sini terus dipelihara sebagai warisan sejarah negara. Pengerusinya, Datuk M.S. Mahadevan berkata, dakwaan yang tersebar di media sosial Facebook berhubung perkampungan yang wujud sejak tahun 1414 itu akan lenyap berikutan projek pembangunan adalah tidak berasas. "Memang benar ada projek dibangunkan di kawasan berhampiran namun ia bukan di dalam kampung tersebut sebaliknya di atas tanah milik persendirian bersebelahan Kampung Chetti," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini. Menurut Mahadevan, projek tersebut merangkumi pembangunan dua blok kondominium 22 tingkat, hotel 12 tingkat dan tempat letak kereta setinggi enam tingkat yang diluluskan pada 2009. Bagaimanapun, Mahadevan berkata, tiga kuil lama diperbuat daripada batu kapur yang berusia lebih 300 tahun di kampung tersebut dikhuatiri mengalami kerosakan akibat pembangunan itu. Justeru, katanya, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bagi mencari langkah memelihara kampung yang mendapat status kampung warisan pada 2002 itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan