Kosmo Online - Sukan |
- TPM: Bola sepak tiada sempadan
- Pahang uji kekuatan di Hong Kong
- Sukar buat Kedah pintas Felda United
TPM: Bola sepak tiada sempadan Posted: TPM: Bola sepak tiada sempadan
BOLA sepak merupakan sukan yang mempunyai banyak nilai sosial serta mampu menyatukan masyarakat, termasuk rakyat Malaysia. Demikian jelas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Ketika menganjurkan agar nilai berkenaan sentiasa dihayati, Muhyiddin berkata beliau yakin bola sepak serta sukan lain, boleh memainkan peranan penting, bukan sahaja untuk memajukan diri seseorang, tetapi juga mempunyai kesan berganda dalam membentuk dan menyatupadukan sesebuah negara. "Apabila kita berbicara tentang bola sepak atau menontonnya, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus kepada perkara yang kita sama-sama minati. Seperti sukan lain, bola sepak juga tidak mengenal warna. "Bersukan bersama rakan-rakan daripada kaum lain boleh membantu menyatupadukan manusia daripada keturunan dan warna kulit berbeza. "Sebab itulah, menyokong sesebuah pasukan negara, tanpa mengira bangsa pemainnya, boleh mengukuhkan perpaduan nasional," kata beliau ketika merasmikan penjelajahan Trofi Piala Dunia FIFA 2014 ke Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Simbol paling ikonik dunia bola sepak, Trofi Piala Dunia FIFA, tiba di negara ini kelmarin sebagai sebahagian daripada siri penjelajahannya selama sembilan bulan ke 88 buah negara. Piala yang dibawa ke Malaysia dengan kerjasama Coca Cola ini akan dipamer kepada orang ramai di Dewan Tun Hussein Onn 1, PWTC hari ini bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam. Mengulas tentang Piala Dunia, Muhyiddin berkata rakyat Malaysia daripada semua kaum amat meminati bola sepak. "Ketika berlangsungnya kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan, lebih 15 juta rakyat negara ini menontonnya melalui televisyen dan angka ini meletakkan Malaysia dalam kalangan pasaran tertinggi di Asia yang mempunyai akses kepada liputan kejohanan itu," katanya. Muhyiddin berkata beliau berharap kehadiran Trofi Piala Dunia di Malaysia akan memberi ilham kepada rakyat negara ini untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan dan mendorong mereka berusaha untuk mencapai kejayaan lebih besar. Menurut beliau, bukan menjadi rahsia lagi bahawa kebanyakan peminat bola sepak di negara ini kecewa apabila pasukan kebangsaan gagal meraih kejayaan dalam kejohanan antarabangsa dan berikutan itu, memilih pasukan lain sebagai pasukan kegemaran mereka. "Marilah kita berganding bahu untuk meningkatkan kecemerlangan kita agar kita juga berpeluang memenangi trofi. "Saya yakin trofi ini boleh dimenangi dan ia mestilah dimenangi untuk Malaysia oleh rakyat Malaysia sendiri," katanya. Sehubungan itu, Muhyiddin menggesa bakat baharu dan pasukan Harimau Malaya supaya bercita-cita tinggi agar Malaysia mampu menjadi kuasa bola sepak yang hebat. "Mana tahu, daripada kalangan kita yang melihat trofi ini hujung minggu ini, terdapat seorang anak muda yang mendapat ilham daripada acara bersejarah ini untuk menerajui pasukan kebangsaan kita melayakkan diri bermain dalam Piala Dunia FIFA untuk julung kalinya nanti," kata beliau. Muhyiddin berkata untuk meningkatkan kualiti permainan bola sepak di Malaysia, Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara 2014-2020 akan dikemukakan kepada Kabinet tidak lama lagi. Pelan berkenaan, kata beliau, akan memberi fokus terhadap aspek kemajuan bola sepak di negara ini dan bertujuan mengasuh pemain berusia tujuh hingga 17 tahun. "Sesuatu yang amat membanggakan ialah pelan ini akan memberi fokus terhadap usaha memupuk DNA bola sepak kita, termasuk pembinaan jati diri dan kekuatan mental pemain sejak muda lagi," katanya. Muhyiddin juga berharap lebih banyak entiti swasta tampil untuk menjayakan agenda pembangunan bola sepak serta menjadikannya sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka. "Sebagai contoh, mereka boleh memainkan peranan penting dalam membantu menyediakan atau menambah baik kemudahan permainan bola sepak di kawasan paling tertinggal di negara ini," katanya. | |
Pahang uji kekuatan di Hong Kong Posted: Pahang uji kekuatan di Hong KongOleh M.RIZAL NOR SKUAD Pahang akan mengadakan siri perlawanan persahabatan di Hong Kong dalam usaha memantapkan skuad menjelang saingan liga musim ini. JUARA Piala Malaysia 2013, Pahang kini 'berkampung' di Hong Kong untuk menguji pemainnya sebagai persiapan untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan yang akan bermula 17 Januari ini. Skuad kendalian Ronald Smith itu bertolak semalam untuk mengharungi beberapa perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di Hong Kong iaitu Citizen FC, Kitchee FC dan Rangers FC sebelum pulang ke tanah air Selasa depan. Pemain paling senior dalam skuad Tok Gajah, Jalaluddin Jaafar berkata, semua pemain akan menggunakan peluang yang diberikan untuk meningkatkan prestasi masing-masing ketika mengharungi tiga perlawanan di sana nanti. "Ini adalah peluang terbaik bagi skuad ini mempamerkan prestasi terbaik sebagai persiapan berdepan Lions XII untuk merebut Piala Sumbangsih pada 17 Januari nanti di Stadium Darul Makmur, Kuantan. "Tahun lepas kita turut mengadakan tiga perlawanan persahabatan di Hong Kong dengan hanya satu kemenangan dan dua kekalahan. Jadi kami datang lagi untuk memastikan Pahang menang ketiga-tiga perlawanan pada kali ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam Menurutnya, semua pemain kini berusaha untuk mencapai prestasi terbaik sebelum bermulanya saingan Liga M kerana masih ada pemain yang dibelenggu kecederaan namun tidak serius. Beliau yang masih lagi diberi kepercayaan menjadi ketua pasukan berkata, kehadiran penyerang dari Nigeria yang juga bekas pemain Kelantan musim lalu, Dickson Nwakaeme dan pemain pertahanan dari Pakistan, Zeshan Rehman akan memperkuatkan lagi skuad Tok Gajah musim ini bersama dua lagi pemain import sedia ada iaitu Matias Conti dan Damion Stewart. "Sebelum ini kita telah mengharungi dua perlawanan persahatan menentang PKNS FC namun kami kalah 1-2 sebelum membelasah UiTM FC 6-1," ujarnya. Jalaluddin berkata, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki selepas dua perlawanan persahabatan itu dan semua pemain perlu memperbaikinya di Hong Kong. "Kedatangan kami ke Hong Kong juga bagi membentuk keserasian di setiap posisi serta meningkatkan tahap kecergasan dalam usaha membentuk satu kerjasama mantap dalam pasukan yang menjadi pemangkin kepada kejayaan Pahang muncul juara Piala Malaysia tahun lepas," jelasnya. | |
Sukar buat Kedah pintas Felda United Posted: Sukar buat Kedah pintas Felda UnitedPEMAIN Perak, Muhammad Faizul Azuan (kiri) berjaya melepasi kawalan pemian Kedah, Asriman Syah Tahir pada aksi yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam semalam. KEMENANGAN 3-1 yang dicatat Kedah ke atas Perak semalam, membolehkan pasukan dari utara tanah air itu kekal dalam perebutan tempat kedua Liga Futsal Kebangsaan FELDA/FAM. Dengan baki tujuh perlawanan lagi untuk diharungi, agak mustahil untuk pasukan lain memintas Felda United daripada menjuarai liga apabila mereka kini mengumpul 66 mata, sekali gus menyaksikan pasukan lain hanya bersaing untuk memburu tempat kedua bagi kategori lelaki. Perebutan tempat kedua kini membabitkan lima pasukan iaitu PKNS FC (51 mata), MPSJ (50), Kedah (47), Pahang (45) dan Quilmes (44). "Mustahil untuk mana-mana pasukan menjuarai liga kecuali Felda United. Satu-satunya cabaran yang masih tinggal untuk kami ialah memburu tempat kedua," kata jurulatih Kedah, Mohd. Saiful Mohd. Noor semalam. "Persaingan masih terbuka, tetapi saya beranggapan bahawa peluang adalah 50-50, dan saya yakin setiap perlawanan selepas ini pasti sukar. Pada aksi di Stadium Malawati Shah Alam semalam, Asriman Syah menghadiahkan gol pertama Kedah pada minit ketiga sebelum Mohd. Fazwan Che Halim menggandakan kedudukan 10 minit kemudian. Perak hampir menafikan kemenangan Kedah apabila tampil dengan aksi lebih mantap pada babak kedua, sebelum mereka merapatkan defisit gol pada minit ke-31 menerusi jaringan Muhammad Faizul Azuan. Kedah bagaimanapun bangkit mengesahkan tiga mata milik mereka, apabila Mohd. Shafirul Ikhwan meledakkan gol ketiga pada minit ke-39. Dalam kategori wanita, Selangor MPSJ bangkit daripada keputusan mengecewakan 2-2 ketika menentang Selangor kelmarin, apabila membelasah PDRM 8-1 semalam. Kemenangan itu meletakkan mereka selesa dengan kelebihan tujuh mata mengatasi pencabar terdekat, Felda United. Fatin Shahida Azmi menjadi wira MPSJ apabila meledakkan lima gol ketika Steffi Sarge Kaur, Nor Asyikin dan Nor Azura Ibrahim masing-masing menyumbang satu gol. Gol sagu hati PDRM disumbangkan Puteri Umi. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan