Kosmo Online - Negara |
- Kuala Krai sesejuk kota London pada musim bunga
- Kurangkan peranan orang tengah
- BR1M diagih pertengahan Februari
Kuala Krai sesejuk kota London pada musim bunga Posted: Kuala Krai sesejuk kota London pada musim bungaOleh KHAIRI MOHAMAD
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia kini menikmati keadaan cuaca nyaman seperti musim bunga di kota London, United Kingdom apabila suhu di beberapa bandar utama di negara ini turun mendadak berpunca daripada aktiviti matahari yang berkurangan. Keadaan yang berlaku sejak beberapa hari lalu itu menyaksikan suhu di bandar raya Kuala Lumpur turun kepada 25 darjah Celsius berbanding 33 darjah Celsius minggu lalu. Di Kelantan pula, Jajahan Kuala Krai mencatatkan bacaan suhu paling rendah iaitu 17 darjah Celsius berbanding sekitar 29 darjah Celsius bagi suhu maksimum. Ketika diminta mengulas fenomena perubahan cuaca yang jarang berlaku itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Chong Hon Yew berkata, ia berpunca daripada aktiviti matahari yang mempunyai kitaran dalam tempoh 11 tahun dan dikenali sebagai 'Edaran Matahari'. Menurutnya, kali terakhir matahari dikesan melalui proses yang aktif ialah pada tahun 2001. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Kurangkan peranan orang tengah Posted: Kurangkan peranan orang tengahOleh MOHD. TURMADZI MADUN PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dana tambahan sebanyak RM20 juta untuk pembelian stok penimbal bertujuan menstabilkan harga barang melalui Program Jimat Belanja Dapur. Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, kerajaan akan memberikan sebanyak RM8 juta kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) manakala bakinya diserahkan kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat). Beliau berkata, kedua-dua agensi itu akan membeli stok ikan dan sayur daripada nelayan dan petani untuk dijual terus di 517 pasar tani di seluruh negara. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
BR1M diagih pertengahan Februari Posted: BR1M diagih pertengahan FebruariOleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF KUALA LUMPUR – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata, bantuan tersebut diharap dapat membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang yang berlaku ketika ini sekali gus meringankan bebanan kos sara hidup mereka. Menurutnya, kenaikan harga barang berlaku berikutan rantaian bekalan yang wujud apabila pihak pemborong menaikkan harga tidak berpatutan ke atas peruncit dan kesan musim tengkujuh yang melanda. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan