Sabtu, 25 Januari 2014

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nina diminati anak Datuk K

Posted:

Nina diminati anak Datuk K

Nina diminati anak Datuk K

MEMILIKI paras rupa cantik sudah tentu menjadi pakej paling berharga buat pelakon Nur Akmalina Iskandar atau lebih dikenali dengan panggilan Nina Iskandar untuk terjun ke dunia seni.

Ternyata, keputusannya untuk cuba menembusi dunia lakonan di Malaysia merupakan satu langkah yang tepat, tambahan pula dilamar untuk bernaung di bawah syarikat Metrowealth (MIG).

Bagaimanapun, sudah lumrah menjadi seorang artis apabila tidak dapat lari daripada dilanda dengan gosip hangat. Hakikatnya, itulah cabaran yang perlu dilalui terutamanya membabitkan pelakon-pelakon baharu.

Gadis jelita berusia 23 tahun yang ditemui pada majlis kesyukuran dan sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG yang berlangsung di N'Dah Catering & Services, Shah Alam, Selangor baru-baru ini berkata, dia mengakui agak takut apabila berhadapan dengan gosip.

"Kalau boleh saya tidak mahu terlibat dengan cerita yang negatif, terutamanya membabitkan tentang peribadi serta gosip yang yang kurang baik sehingga menjejaskan matlamat asal untuk mencipta nama sebagai pelakon.

"Apabila saya memilih lakonan sebagai karier utama dan berhijrah ke Malaysia, saya mahu dikenali dengan nama yang bersih dan ingin peminat lebih menilai bakat yang saya miliki ini berbanding cerita peribadi," jelasnya yang baru sahaja tampil dalam filem sulung berjudul Muka Surat Cinta.

Ujarnya, gosip juga sebenarnya merupakan sesuatu yang cukup asing buat dirinya memandangkan di negara kelahirannya, tidak ramai artis yang dikaitkan dengan gosip lantaran industri hiburan di sana yang tidak besar.


FIGURA jelita ini cuba mengelakkan diri daripada terbabit dengan gosip negatif.


Berhubung dengan gosip yang melanda dirinya berkenaan hubungan yang terjalin dengan salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa iaitu Muhammad Adib, 24, ujar Nina, mereka berdua tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan istimewa.

Jelasnya, perkenalan mereka hanya bermula ketika dia bersama Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo menghadiri majlis ulang tahun ke-35 Datuk Siti Nurhaliza yang berlangsung di Restoran Marini's On 57, Menara Petronas, Kuala Lumpur pada 11 Januari lalu.

"Saya hanya diberitahu (untuk ke sana) oleh David pada saat-saat terakhir sebelum majlis itu berlangsung dan kehadiran kami adalah bagi memenuhi undangan yang diterima oleh pihak MIG.

"David turut mengajak saya kerana ia merupakan permintaan daripada Adib yang meminta saya agar turut hadir.

"Lagipun, saya sendiri tidak tahu mengenai perkara berkenaan sehinggalah saya hadir ke majlis itu dan diberitahu yang Adib ini merupakan peminat saya," luahnya.

Dalam pada itu, Nina meminta supaya peminat tidak terus membuat andaian yang dia mempunyai hubungan istimewa dengan Adib, biarpun mereka duduk bersebelahan pada majlis pratonton filem Muka Surat Cinta di TGV Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

"Saya anggap ia merupakan gosip semata-mata dan selepas majlis pratonton itu kami tidak berhubungan lagi antara satu sama lain.

"Mengenai maklum balas daripada keluarga saya di Brunei pula berkenaan gosip ini, mereka sekadar berpesan agar dapat membiasakan diri untuk berhadapan dengan sebarang gosip yang akan dilalui saya pada masa akan datang," tuturnya lagi.

Mengulas mengenai status Twitter milik Adib yang dilihat yang seolah-olah menafikan dirinya merupakan peminat Nina seperti yang laporkan oleh beberapa portal sebelum ini, pelakon itu enggan mengulas lanjut.

Ini kerana dia tidak membaca apa yang ditulis memandangkan dirinya tiada dalam senarai rakan Twitter kepada jejaka kacak tersebut.

FOTO yang dimuatnaik ke dalam IInstagram Nina menunjukkan Nina duduk sebaris bersama Adib (tengah) dan adik Adib, Mohammad Asyraf.


Cabaran

Mengulas lanjut mengenai situasi yang melanda dirinya sekarang ini apabila terpalit dengan gosip cinta, Nina menyatakan bahawa ia merupakan satu cabaran yang terpaksa ditempuhi sebagai seorang pelakon.

Ujarnya, perjalanan yang perlu ditempuhi untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya masih lagi panjang dan apa yang menimpa dirinya sekarang ini langsung tidak mematahkan semangatnya.

"Setiap orang ada pandangan dan persepsi masing-masing terhadap sesuatu perkara itu dan saya tidak boleh menutup mulut mereka yang memperkatakan tentang diri saya.

"Dalam keadaan sekarang ini, saya berasa sangat lega kerana bernaung di bawah sebuah syarikat seperti MIG yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan para pelakon, selain peluang yang diberikan untuk mengembangkan lagi karier lakonan saya," ujarnya.

Berkenaan dengan karier lakonannya pula, ujar Nina, selepas Muka Surat Cinta, terdapat beberapa buah lagi filem lakonannya yang akan ditayangkan pada tahun ini seperti Pengantin Malam, Sniper dan Lu Gua Bro.

Retorik kancah kemiskinan

Posted:

Retorik kancah kemiskinan

Retorik kancah kemiskinan

Oleh IZWAN MOHD. ISA


ANTARA tonggak utama yang menjayakan Jam Dinding Yang Berdetak termasuklah Kirin Muhamad (dua dari kiri), Siti Surya Suryani Muhammad Nor Abidin (tiga dari kanan), Nadiya Nisaa (dua dari kanan) dan Amerul Affendi (kanan).


ISTILAH kemiskinan bukan sahaja sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak, bahkan, kisah-kisah yang terjadi di sebalik kelambu kedaifan kadangkala dibiarkan sepi tanpa rasa peduli.

Mengangkat penceritaan tentang keluarga yang berantakan akibat dibelenggu kemiskinan, pementasan teater Jam Dinding Berdetak yang berlangsung di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini merupakan sebuah platform terbaik untuk penonton mengikuti sekelumit kisah hidup yang mampu dijadikan teladan untuk masa akan datang.

Diadaptasi daripada novel karya novelis Indonesia, Nano Riantiarno dari Indonesia, teater tersebut diolah kemas dengan beberapa babak yang disuntik bibit-bibit secara sinikal yang direalisasikan oleh pengarah tempatan, Aloeng Silalahi.

Penceritaan dimulakan dengan kekecohan pada waktu dinihari apabila Adzam (lakonan Kirin Muhamad) pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Dia mengejutkan isterinya, Rafidah (lakonan Siti Surya Suryani Muhammad Nor Abidin) dan juga seisi rumah sambil bersiap-siap mahu mencari pekerjaan.

Setelah diberhentikan kerja, keadaan keluarga Adzam menjadi tidak tentu arah. Makan dan pakai tidak terurus.

Sarapan pagi tidak tersedia dan tong beras pula tidak berisi. Rafidah terpaksa pergi ke pasar semata-mata untuk membeli lebihan makanan dengan harga yang murah.

Anak kepada pasangan itu, Erna (lakonan Nadiya Nisaa) dan adiknya Adi (lakonan Amerul Affendi) pula terpaksa menahan telinga mendengar leteran ibunya saban hari kerana tertekan dengan keadaan mereka yang miskin.

Erna berhenti belajar semata-mata mahu membantu Adi menyambung pelajaran dan bekerja di kilang sebagai tukang jahit.


ADZAM yang sering mabuk menambahkan lagi konflik antara mereka berempat.


Konflik mula tercetus apabila Rafidah bertindak memotong rambutnya untuk dijual kepada pembuat rambut palsu semata-mata mahu mengadakan majlis sambutan ulang tahun perkahwinan mereka ke-26 secara kecil-kecilan.

Bertitik-tolak daripada tindakannya itu, Adzam mula naik berang dan mula menghamburkan rahsia-rahsia hitam yang selama ini menyelimuti keluarga itu selepas mereka dilanda kemiskinan.

Elemen miskin yang digarap melalui pementasan ini dilihat begitu unik apabila subjek utamanya dikelaskan sebagai lemah tanpa kehadiran helainan wang ringgit.

Disebabkan kekurangan wang, Rafidah terpaksa menderita penyakit kelamin tanpa berpeluang mendapat rawatan. Disebabkan itu juga, Adzam keluar mencari perempuan lain kerana ingin memuaskan nafsu.

Semua elemen ini digarap kemas bagi menunjukkan penderitaan si miskin dalam menjalani kehidupan yang tidak pernah bahagia.

Salah satu adegan sinikal yang mencuit hati penulis ialah bagaimana kedua-dua anak berusaha untuk membeli minuman keras untuk ayahnya agar dia tidak keluar rumah untuk menyambut ulang tahun perkahwinan bersama.

Walaupun nampak bertentangan dengan ajaran agama, ia sedikit sebanyak mampu menunjukkan realiti sebenar yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Mutu lakonan keempat-empat teraju utama harus diberikan pujian kerana setiap bait dialog yang diucapkan begitu melekat di hati penonton.

Walaupun tidak mempunyai latar belakang dalam bidang teater, prestasi Nadiya Nisaa sepanjang pementasan itu berlangsung juga perlu diberi perhatian.

Secara keseluruhan, mesej mengenai kemiskinan yang cuba disampaikan begitu jelas apabila setiap perumpamaan yang diberi tidak pernah lari daripada realiti kehidupan masyarakat di negara kita.

Afgan teruja bersama Rossa, Jamal

Posted:

Afgan teruja bersama Rossa, Jamal

Afgan teruja bersama Rossa, Jamal

FIGURA ini bakal membuat persembahan dengan enam buah lagu memeriahkan lagi majlis Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan.


PADA 14 Februari ini, tiga penyanyi hebat bakal bergabung suara sempena persembahan pada majlis makan malam yang dikenali sebagai Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan di Ballroom Taman Mahsuri, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Tiga penyanyi hebat yang bakal beraksi di pentas konsert tersebut bermula pukul 8 malam itu merupakan dua penyanyi dari Indonesia iaitu Datuk Rossa dan Afgan serta penyanyi dari Malaysia, Datuk Jamal Abdillah.

Idea untuk mengadakan majlis tersebut datang daripada Rossa sendiri.

Namun, Rossa memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada majlis sidang akhbar mengenai majlis tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Rossa mohon maaf kerana tidak dapat hadir tetapi pada 14 Februari nanti dia akan datang memberi persembahan yang terbaik.

"Dia kini (ketika majlis sidang akhbar) berada di sebuah hospital di Singapura kerana masalah kesihatan,"jelas pengurus Rossa, Puteri Intan Sari ketika ditemui pada sidang akhbar berkenaan.

Berbicara mengenai persembahan Rossa pada malam itu, kata Puteri, akan ada kolaborasi antara ketiga-tiga penyanyi tersebut dan Rossa juga akan tampil dengan kejutan dalam persembahan solonya nanti.

Bertepatan dengan tema cinta, Rossa juga akan menyampaikan koleksi lagu-lagu cintanya dan juga lagu dari luar negara.

"Lagu-lagu Rossa bukan hanya menceritakan tentang cinta terhadap kekasih tetapi juga cinta kepada teman-teman dan orang tua," ungkap Puteri lagi.


AFGAN berharap mampu memberikan persembahan yang terbaik.


Teruja berkongsi pentas bersama Rossa dan Jamal, menurut Afgan pula, dia juga akan menampilkan sebuah persembahan yang istimewa buat peminatnya pada malam itu.

"Saya akan tampil dengan enam buah lagu. Paling penting, saya dapat beri persembahan terbaik. Doa saya agar (mampu) juga beri persembahan yang lancar pada malam itu," ulas Afgan.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Airish Global Sdn. Bhd. yang juga merupakan penaja utama majlis konsert tersebut, Datuk Mohd. Aizuddin Mohd. Ghazali memberitahu, tujuan majlis tersebut diadakan untuk memberi sokongan kewangan buat Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim) yang diterajui oleh Norlina Alawi.

"Malam Gala Tanpa Sempadan bukan sahaja fokus kepada kekasih. Tetapi ia lebih kepada misi bantuan kemanusiaan yang tanpa sempadan. Kami akan mengundang anak-anak keluarga besar Norlina bagi memeriahkan lagi acara pada malam tersebut," katanya.

Selain itu, menurut Mohd. Aizuddin, bagi pembeli meja premium dan platinum, mereka berpeluang untuk bertemu dan bergambar dengan Rossa, Jamal dan Afgan.

Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan bakal dikendalikan oleh pengacara dan deejay terkenal, A.G Hot FM serta pelakon popular Hanez Suraya.

Tiket dijual pada harga RM350, RM500, RM750 dan RM1,000 (platinum) boleh dibeli menerusi talian 012-2165 949, 012-7131 766, 018-2699 214 dan 017-4707 333. - FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved