Ahad, 26 Januari 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Bayi terselamat di sebalik runtuhan

Posted:

Bayi terselamat di sebalik runtuhan

Bayi terselamat di sebalik runtuhan

SEORANG bayi berjaya dikeluarkan selepas penyelamat menggali tanah di celah runtuhan bangunan itu.


DAMSYIK - Sekumpulan lelaki menggali runtuhan sebuah bangunan untuk menyelamatkan seorang bayi di Aleppo, Syria, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Rakaman bayi itu diselamatkan dapat ditonton menerusi laman YouTube.

Bayi lelaki itu tertimbus selepas bangunan berkenaan runtuh akibat serangan udara tentera Presiden Bashar Al-Assad.

Selepas beberapa minit menggali dengan menggunakan tangan, bayi lelaki itu berjaya dikeluarkan oleh kumpulan lelaki berkenaan.

Bayi itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tentera Bashar bertempur dengan sebahagian besar penduduk tempatan yang menentang pemerintahannya sejak Mac 2011.

Penduduk tempatan itu mahu menggulingkan Bashar yang dianggap tidak membawa pembaharuan demokrasi di Syria.

Lebih 100,000 orang dilaporkan terbunuh dalam peperangan saudara itu. - Agensi

Presiden Perancis akan berpisah dengan teman hidup

Posted:

Presiden Perancis akan berpisah dengan teman hidup

Presiden Perancis akan berpisah dengan teman hidup


GAMBAR fail menunjukkan Hollande dengan Valerie-Trierweiler di Paris pada 1 Oktober 2013.


PARIS - Presiden Perancis, Francois Hollande bakal mengumumkan beliau akan berpisah dengan teman hidupnya, Valerie-Trierweiler.

Pengumuman itu dibuat selepas pihak media menyiarkan laporan Hollande menjalin hubungan sulit dengan seorang aktres, Julie Gayet.

Hollande sebelum ini hidup dengan Valerie-Trierweiler, 48, sejak tahun 2006 tanpa melangsungkan perkahwinan.

Dua minggu lalu, majalah Closer mengeluarkan laporan yang menyatakan, Hollande menjalin hubungan sulit dengan Gayet.

Ia menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan Presiden Perancis itu memakai topi keledar selepas menunggang sebuah skuter untuk menemui aktres tersebut.

Liputan berita itu telah menyebabkan dasar-dasar Hollande yang properniagaan tidak mendapat perhatian orang ramai.

Menurut tinjauan pendapat, Hollande, 59, merupakan Presiden Perancis paling tidak popular dalam sejarah moden negara ini. - Reuters

Dilarang masuk pub selepas sapu najis pada lengan wanita

Posted:

Dilarang masuk pub selepas sapu najis pada lengan wanita

Dilarang masuk pub selepas sapu najis pada lengan wanita


GAMBAR menunjukkan Pub Oaks di Ramsbottom, England.


RAMSBOTTOM, Lancashire - Seorang pemandu lori, Mark Follos (gambar) dilarang memasuki Pub Oaks di sini selama setahun selepas dia menyapukan najisnya pada anggota badan dua orang wanita, lapor akhbar metro.co.uk semalam.

Keputusan itu dibuat selepas dia didapati bersalah di sebuah mahkamah kerana menyapukan najisnya pada anggota badan dua orang wanita di kelab tersebut.

Salah seorang mangsa itu menyatakan, dia menyedari terdapat najis manusia pada lengannya.

"Saya melihat dan menyentuh najis itu," kata wanita tersebut.

Follos membuat pengakuan kepada polis bahawa dia tidak membasuh tangan selepas membuang air besar di dalam tandas.

Follos yang berusia 51 tahun kemudian menyentuh lengan seorang mangsa wanita.

Ekoran perbuatannya itu, dia diarahkan melakukan kerja selama 100 jam tanpa dibayar.- Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved