Rabu, 25 Disember 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bayi perempuan ditemui di koridor flat

Posted:

Bayi perempuan ditemui di koridor flat

Bayi perempuan ditemui di koridor flat

25/12/2013 9:32pm

GEORGE TOWN - Seorang bayi perempuan ditemui di koridor sebuah flat di Paya Terubong di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritenden Mohd Hatta Mohd Zain berkata, bayi dalam keadaan sihat itu ditemui penghuni flat tersebut pada 8 pagi.

"Bayi dalam keadaan cukup sifat itu dipercayai dilahirkan beberapa hari

lepas dan polis telah membawanya ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan," katanya di sini.

Dalam kes lain, Mohd Hatta berkata, seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tiga tahun ditemui keseorangan di tapak pesta Sungai Nibong awal pagi tadi.

Mohd Hatta berkata, kanak-kanak yang dikenali sebagai Jihan itu dipercayai

terpisah daripada ibu bapanya dan ditemui pekerja tapak pesta pada 2.30 pagi.

"Setakat ini kita masih tidak menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak itu dan tiada sebarang dokumen ditemui padanya," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes kehilangan bayi dan

kanak-kanak itu diminta menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama

Ikan terdampar di pantai bukan petanda tsunami

Posted:

Ikan terdampar di pantai bukan petanda tsunami

Ikan terdampar di pantai bukan petanda tsunami

25/12/2013 7:47pm

KUALA LUMPUR - Kejadian beribu-ribu ikan tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan di Lahad Datu, Sabah semalam bukan petanda tsunami akan berlaku.

Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan tsunami kerana tiada sebarang gegaran atau gempa bumi dikesan.

"Tidak mungkin akan berlaku tsunami kerana tiada sebarang gempa walaupun pada skala kecil direkodkan di kawasan sekitar," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu itu di sini.

Menurut Ibrahim, kejadian itu tidak semestinya berkait dengan alam sekitar

seperti tsunami sebaliknya boleh dikaitkan dengan fenomena alam tabii.

Menguatkan lagi pandangannya, Ibrahim juga bekas Pengarah Institut

Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia menjelaskan kejadian pelik itu hanya melibatkan sejenis ikan iaitu ikan tamban dan tiada hidupan laut lain. - Bernama

Majlis rumah terbuka RPWP meriah

Posted:

Majlis rumah terbuka RPWP meriah

Majlis rumah terbuka RPWP meriah

25/12/2013 6:32pm



ANAK-ANAK yatim RPWP bergambar bersama pengunjung dari Brunei di Sg. Ramal, di sini, hari ini. - KOSMO!/Safiyana Salim


MERIAH. Lebih 1,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah terbuka dan Karnival Jualan Amal Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) di Sungai Ramal Baru, Kajang, hari ini.

Pengasas merangkap Pengetua RPWP, Dr. Masjuki Mohd Musuri rasa bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh semua pihak untuk menjayakan sambutan rumah terbuka dan karnival jualan amal ini.

"Saya telah diberitahu lebih 1000 orang hadir memeriahkan program ini dan kebanyakan mereka datang dari Semenanjung Malaysia termasuk satu rombongan khas dari Brunei," kata Masjuki.

Wakil rombongan Brunei, Hasnan Abdul Rahman, 57, berkata, pihaknya memang bercadang untuk melawat RPWP kerana alang-alang melancong di Malaysia.

"Kami telah menghubungi pihak RPWP beberapa minggu lepas untuk hadir ke rumah terbuka anjuran pihak mereka dan syukur mereka menyambut dan mempelawa kami dengan baik sekali," ujar Hasnan yang mengetuai rombongan keluarga seramai hampir 40 orang yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia selama enam hari. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved