Jumaat, 29 November 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ustaz Kazim jadi ahli MT UMNO

Posted:

Ustaz Kazim jadi ahli MT UMNO

Ustaz Kazim jadi ahli MT UMNO

KAZIM


PUTRAJAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias adalah antara sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik, demikian diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam.

Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin; Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Turut tersenarai, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; bekas Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Ibrahim Abu Shah; Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Ketika mengumumkan pelantikan sembilan anggota MT di pejabatnya di sini, Tengku Adnan berkata, mereka melengkapkan jumlah 13 MT tambahan yang diputuskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan UMNO.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kucing kurap untuk Jeff Ooi

Posted:

Kucing kurap untuk Jeff Ooi

Kucing kurap untuk Jeff Ooi

GEORGE TOWN – Persatuan Anak Muda Pulau Pinang (PAMPP) nekad mengirimkan kucing kurap ke rumah Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sekiranya masih enggan memohon maaf terhadap kontroversinya yang menggelar penjawat awam sebagai kucing kurap baru-baru ini.

Pengerusinya, Jahangir Abd. Sukkur berkata, pihaknya melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Jeff Ooi itu sekali gus akan mengambil tindakan sewajarnya dalam tempoh terdekat ini.

"Sekiranya dia (Jeff Ooi) masih enggan memohon maaf, kami akan kumpul seberapa banyak kakitangan awam untuk menghantar kucing kurap ke rumahnya. Dia seolah-olah merendahkan martabat penjawat awam, kaum Melayu dan umat Islam sendiri.

"Sebagai anak muda negeri ini, kami tidak takut dengan ugutan dan tekanan serta akan bangkit sekiranya bangsa dan agama kami dipermainkan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau sebelum itu bersama hampir 100 anak muda mengadakan bantahan secara aman di hadapan pekarangan Masjid Lebuh Acheh di sini bagi mendesak Jeff Ooi menarik balik ungkapan biadab yang dikeluarkan baru-baru ini.

Pertemuan selepas tiga dekad

Posted:

Pertemuan selepas tiga dekad

Pertemuan selepas tiga dekad


SITI AISHAH


KUALA LUMPUR - Impian keluarga Siti Aishah Abdul Wahab untuk bertemu wanita itu yang dijadikan hamba selama lebih 30 tahun di London benar-benar menjadi kenyataan apabila mereka dipertemukan di satu lokasi rahsia di negara itu kelmarin.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong berkata, pertemuan dua beradik selama setengah jam antara Kamar Mautum Abdul Wahab, 79, dengan Aishah, 69, itu diaturkan oleh pihak negara tersebut.

"Ini merupakan pertemuan pertama mereka sejak Kamar Mautum tiba di London pada Isnin lalu bagi proses pengecaman adiknya.

"Selepas lebih 30 tahun terpisah, mereka mungkin akan meluahkan perasaan rindu dan sayang. Mungkin juga ada pesanan daripada ahli keluarga (di Malaysia) kepada Aishah," katanya yang dipetik menerusi Buletin Utama TV3 malam tadi.

Menurut Zakaria, pada perjumpaan itu, Kamar Mautum turut memberikan Aishah kain batik, sejadah dan telekung selain meminta wanita itu mengutus surat sekiranya masih mengingati saudara-mara di negara ini.

Beliau memberitahu, pertemuan itu merupakan satu perkembangan baik bagi keluarga Aishah yang selama ini bertungkus-lumus mencarinya di London.

"Pihak Suruhanjaya Malaysia di sini sedia memberi bantuan kepada Aishah termasuk khidmat kaunseling selepas kesnya selesai kelak," kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved