Ahad, 10 November 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Reen Rahim mahu jadi bintang

Posted:

Reen Rahim mahu jadi bintang

Reen Rahim mahu jadi bintang

PANCAWARNA dunia glamor jelas terpancar menerusi rutin hariannya. Jadual kerja tidak menentu, panggilan tawaran ada yang tiba-tiba harus dipenuhi, segala hati hendak ditawan sehinggakan ada ketikanya menjadi manusia yang serba positif untuk memuaskan hati pihak lain. Itu semua dunia yang sedang dihadam oleh si jelita bernama Reen Rahim.

Pilih Kasih menjadi platform pertamanya. Usai bergelar juara musim ketiga program realiti lakonan itu sekitar pertengahan tahun 2012, dia terus menyerahkan kudrat dan nasib untuk menapak menjadi pelakon.

Untung sabut timbul, untung batu ia tenggelam. Terjunan Reen, 25, tidak sekadar percubaan untuk perjudian timbul atau tenggelam. Reen mengakui dia takut bermain gelora dunia hiburan yang penuh pancaroba.

"Sebenarnya tiada erti glamor dalam hidup saya, cuma bidang yang saya ceburi ini sentiasa dilihat glamor oleh seluruh masyarakat. Apabila saya masuk menjadi pelakon, secara tak langsung digelar selebriti, penampilan diri harus dijaga biar bertempat dan kena pada situasi. Sudah tentu saya tidak mahu hanyut di sini," lenturnya memulakan mukadimah.

Reen Rahim atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Rahim tidak terkilan jika masih ramai yang belum mengenali diri dan kemampuan bakatnya. Realiti hidup dalam bidang yang dilimpahi populariti itu juga semakin dikenalinya penuh intim. Menjadi artis, ruang privasi kini terbuka untuk dihakimi mata umum.

"Biarpun saya masih belum sampai ke tahap digelar bintang popular, artis glamor atau apa sahaja istilah yang diberi, rasanya saya sudah faham permainan industri. Dari kaca mata luar, rasanya perkara itu pun sudah adat menjadi figura umum.

"Saya berlakon sebagai karier, dalam masa yang sama kami menyampaikan sesebuah karya itu kepada masyarakat. Saya pun sudah sedia maklum, jadi artis memang akan jadi perhatian masyarakat dan saya bersedia dengan situasi itu," katanya yang awal-awal lagi sudah dikecam gara-gara lakonan sebagai wanita bertudung tetapi bersentuhan dengan lelaki dalam drama Sahara.

REEN RAHIM akur dengan banyak tawaran watak-watak kecil dan antagonis yang kerap memihak kepadanya, namun tawaran kecil itulah yang menjadi laluan untuk kariernya berkembang.


Kemunculan Reen dalam karya islamik itu mendapat pelbagai reaksi sehingga mencetuskan kontroversi. Namun, satu impak yang ketara, namanya popular dan dikenali menerusi drama itu.

"Itu satu sisi lain yang berlaku tanpa dirancang. Saya dikecam dan dituduh macam-macam ketika baru bertatih sebagai pelakon. Kalaulah cara popular itu boleh dipilih, saya mahu populariti datang secara semula jadi, melalui lakonan saya, biar popular secara positif," katanya yang baru-baru ini muncul dalam drama Cinta Jannah dan Kampung Girl.

Mahu jadi bintang

Pelakon berwajah Bollywood itu mengakui dia sering berangan-angan setiap kali menonton filem Hindustan.

"Sejak kecil lagi saya memasang impian untuk jadi bintang, macam heroin Bollywood. Sekarang, apabila saya masuk menjadi seorang pelakon, baru saya sedar perjalanan saya masih terlalu jauh. Dahulu, ini hanyalah angan-angan kosong tetapi sekarang saya semakin membina keyakinan. Saya percaya, suatu hari nanti mimpi saya akan jadi nyata. Langkah saya baru sahaja bermula, saya redah sahaja," pelakon siri Aku di TV3 ini bertutur lancar.

Bergegas hendak ke lokasi Bohsia: Jalan Kembali versi drama bersiri, Reen sedikit resah memandangkan jadual fotografi kali ini tiba-tiba bertindih dengan panggilan penggambaran yang baru sahaja diselitkan dalam jadualnya.

AKUI wanita berusia 25 tahun ini, dia mahu menjadi bintang yang bersinar, indah dan disenangi ramai.


"Perkara paling penting ialah disiplin. Saya faham dan saya harap tidak dimarahi pihak produksi atas hal yang tidak dapat dielakkan ini. Saya tak suka pihak lain menunggu saya, tetapi disebabkan sudah berjanji untuk sesi ini (fotografi), jadi saya kena tunaikan juga. Saya harap pihak produksi faham," katanya usai menerima panggilan agar segera berangkat ke lokasi.

Pengakuan jujur Reen untuk menjadi bintang masih berlingkar dalam diskusi. Ya, siapa yang tidak mahu jadi bintang, waima pelakon watak tambahan juga mahu bergelar bintang. Definisi bintang yang bagaimana sengaja saya pinta daripadanya.

"Saya mahu jadi bintang yang dirindui, yang sejuk dipandang, yang indah," katanya terhenti di situ.

Sambil memintal-mintal rambutnya, wanita kelahiran Klang, Selangor itu bercerita tentang satu episod sedih yang pernah terjadi atas dirinya. Dia pernah diangkat sebagai juara program lakonan, tetapi dalam waktu yang sama dia berasakan bakatnya tidak sehebat mana.

"Mungkin bagi orang lain perkara itu biasa sahaja, tapi secara dalaman saya merasakan sangat sedih. Saya takut dikritik menang kerana rupa sedangkan lakonan macam kayu. Banyak kali juga saya payah nak hayati watak, saya kecewa. Tetapi itu cerita dua tahun lepas, sekarang saya sudah okey sikit dan jadi manusia yang rasional," ujarnya yang menolak istilah hipokrasi dalam hidup.

Reen mahu jadi bintang, dia mahu jadi popular kerana dua istilah itu saling terkait dalam karier anak seni. Dua tahun perjalanan sudah dilalui, dalam diam dia mahu sengat kecilnya menikam mata khalayak.

Super muzikal untuk SuperMokh

Posted:

Super muzikal untuk SuperMokh

Super muzikal untuk SuperMokh


TEATER SuperMokh Sebuah Muzikal dipentaskan di Istana Budaya sehingga 18 November nanti.


MENONTON sebuah teater muzikal bukanlah suatu kesukaran, tetapi menonton muzikal yang menghidupkan semula watak-watak legenda sudah pasti kerja sukar. Untuk penonton dalam kategori pemikir kritis, hal itu tidak boleh dielakkan.

Untuk menonton SuperMokh Sebuah Muzikal, rasanya hal sedemikian tidak perlu dibawa masuk ke dalam fikiran. Jujurnya, penulis arif tentang sejarah, pejuang negara atau tokoh seni negara namun tidak terhadap pemain bola sepak negara bernama Mokhtar Dahari. Itu semua mungkin kerana penulis kurang minat terhadap sukan bola sepak khususnya.

Mokhtar Dahari atau mesra dipanggil SuperMokh merupakan satu nama yang tidak berhenti didendang waima dari zaman mencipta kegemilangan sehinggalah berdekad sesudah dia pergi menyahut panggilan Ilahi pada tahun 1991. Gelaran SuperMokh pantas membuahkan gambaran betapa handal, pantas dan lincahnya figura berjersi nombor 10 itu di atas padang. Bayangan itu sebaik-baiknya cuba dimunculkan ke pentas SuperMokh Sebuah Muzikal yang kini dihidupkan di Istana Budaya sehingga 10 November nanti.

Jersi nombor 10 yang disarungkan ke tubuh sang rockers Awie ternyata pilihan terbaik untuk sebuah muzikal yang bukan hanya memerlukan skil lakon tetapi juga nyanyian.


(DARI kiri) Oliver, Rashidi Ishak, Awie, Clarence Kuna dan Chi Ho.


Awie, sang vokalis juga pelakon berpengaruh besar itu sudah sekian kali menjadi ikon negara di pentas teater. Teater ini mendapat sentuhan kartunis terkenal, Datuk Lat.

Seperti yang dijangka, sosok lelaki bermisai tebal serta bertubuh atlet itu dijayakan sempurna oleh Awie. Awie mungkin hilang lebih 10 kilogram semata-mata untuk kelihatan sebagai pemain bola sepak.

Sebagai sebuah muzikal, cuma aksi menggelecek bola yang tidak menuntut pemegang watak karakter Mokhtar iaitu Awie, Reduan Abdullah (Rashidi Ishak), Soh Chin Aun (Chi Ho), Santokh Singh (Clarence Kuna) dan R. Arumugan (Oliver Johanan) menjadi sehandal pemilik nama itu di atas padang dan realiti sebenar.

SuperMokh turut dijayakan oleh Maya Karin selaku Tengku Zarina, watak isteri Mokhtar Dahari yang cukup setia dan memahami dunia bola sepak suaminya. Kemunculan Douglas Lim dan Dina Nadzir bersama karakter yang sengaja diwujudkan dalam muzikal itu juga sangat membantu untuk memecahkan momen komedi. Tanpa Douglas, muzikal itu mungkin lesu tanpa sorak ketawa.

Hans Isaac selaku penerbit dan pengarah bersama dengan Harith Iskander bijak mengatasi tuntutan teknikal itu menerusi teknik pencahayaan serta koreografi yang mantap.

Muzikal bajet mega seperti yang dipersembahkan oleh Tall Order Production pada malam pembukaan 6 November lalu, layak mendapat pujian.


AWIE dan Maya (kanan) beraksi sebagai suami isteri.


Selain membina padang dan Stadium Merdeka di atas pentas Panggung Sari, babak perlawanan bola sepak yang ditranformasikan menjadi sebuah tarian di mana ruang pentas digelapkan dan penarinya dipakaikan kostum cahaya LED menjadi segmen yang sangat impresif. Visual Stadium Merdeka dengan suasana tepuk dan sorak boleh dibina, tetapi mana mungkin suasana sebenar perlawanan bola sepak itu dapat diterjemahkan penuh dramatik.

"Kesilapan teknikal boleh berlaku bila-bila masa, penggunaan LED itu juga sangat berisiko tetapi kalau saya takut nak mencuba, kita tak tahu pula hasilnya macam mana. Inilah kelainan muzikal ini berbanding produksi teater kami sebelum ini," ujar Hans kepada media selepas persembahan malam pertama pada 6 November lalu.

Kewangan dengan bajet lebih RM3 juta, sokongan dan penajaan yang memberangsangkan daripada sektor korporat, barisan tenaga kreatif yang lengkap, tempoh latihan, barisan pelakon handalan, promosi dan pemasaran, tanpa ragu, SuperMokh Sebuah Muzikal barangkali sebuah super muzikal untuk tahun ini di Istana Budaya.

Pertaruhan Pencetus Ummah

Posted:

Pertaruhan Pencetus Ummah

Pertaruhan Pencetus Ummah


PESERTA program Pencetus Ummah yang bertemakan Duniaku Dakwahku pada majlis pengumuman peserta di sebuah hotel terkemuka di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.


SALURAN Astro Oasis telah memperkenalkan program realiti terbaharu bertajuk Pencetus Ummah bagi menggantikan rancangan Imam Muda setelah ia gagal meneruskan momentumnya.

Bertemakan Duniaku Dakwahku, Pencetus Ummah akan tampil dengan pelbagai cara kreatif dan para peserta akan menggunakan platform itu sebagai kaedah menyampaikan mesej Islam kepada manusia secara keseluruhan atau tertentu.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Namanzee Harris berkata, biarpun belum lagi memulakan siaran di televisyen, Pencetus Ummah telah mendapat maklum balas yang positif daripada para penonton.

"Kita dapat rasakan program ini diterima baik malah sewaktu rakaman dijalankan, ramai penonton datang menyaksikan program terbaharu ini.

"Selain itu, program Detik Pencetus Ummah yang mula disiarkan di Astro Oasis sejak September lalu turut mendapat jumlah tontonan yang amat memberangsangkan," jelas Namanzee pada sesi sidang akhbar pada minggu lalu di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Kata Namanzee, para peserta dalam program ini akan diberi penekanan daripada segi pengucapan awam dan keupayaan menerbitkan karisma dalam penyampaian dakwah menerusi metodologi berbeza.

Seramai 12 peserta telah dipilih daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan karier.

Sebanyak 12 peserta Pencetus Ummah musim pertama ini ialah Shahrul Hamid M.P.H Seeni Md, 38, dari Pulau Pinang; Hissamuddin Iberahim, 35, Kedah; Mohd. Zainudin Mohamed Zaini, 32, Perak; Mohammad Hafiz Muhamad Haneefa, 32, Selangor; Salman Maslori, 32, Selangor; Attan Thowi Yusof, 31, Kedah; Mohd. Fakhrurrazi Mohd. Hanapi, 29, Melaka; Izzat Fathi Hisham, 24, Perak; Fakhrul Islam Md. Zarin, 24, Melaka dan Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan, 20, Kuala Lumpur.

Astro Oasis turut menamakan Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Razak sebagai mufabbi atau lebih mudah difahami sebagai fasilitator.

Ahli akademik terkenal Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah dilantik sebagai hos Pencetus Ummah.

PESERTA termuda, Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan.


Hadiah RM50,000

Rakaman program perjalanan harian peserta yang diberi nama Inspirasi Pencetus Ummah pula bersiaran pada 7 dan 14 November, pukul 9 malam.

Astro Oasis turut menerbitkan episod khas yang bercerita tentang latar belakang 12 orang peserta Pencetus Ummah. Ia akan disiarkan dalam Prolog Pencetus Ummah setiap Jumaat hingga Rabu mulai 15 hingga 20 November, juga pada pukul 9 malam.

Selain itu, Serambi Pencetus Ummah turut akan menemui penonton setiap Isnin hingga Rabu pada jam 9 malam yang memaparkan aktiviti harian dan mingguan peserta termasuklah persediaan untuk Mimbar Pencetus Ummah, aktiviti luar peserta bersama penaja dan sebagainya.

Slot Mimbar Pencetus Ummah pula akan bersiaran pada setiap hari Khamis jam 9 malam bermula 21 November ini. Mimbar Pencetus Ummah adalah malam persembahan mingguan peserta. Para peserta akan menerima komen dan kritikan daripada pihak juri selain selingan persembahan artis.

Menjadi kebiasaan program realiti televisyen, peserta yang mendapat markah atau undi terendah akan tersingkir.

Juara Pencetus Ummah bakal memenangi hadiah utama wang tunai RM50,000 dan sebuah kereta. Naib juara pula akan membawa pulang wang tunai RM30,000, manakala tempat ketiga dan keempat akan menerima wang saguhati sebanyak RM10,000 setiap seorang.

Dekati penonton

Pencetus Ummah turut memperkenalkan pendekatan media baharu dengan pelbagai aplikasi menarik untuk mendekati penonton dan peminat secara lebih dekat dengan dakwah yang disampaikan oleh peserta dan para murabbi Pencetus Ummah.

Aplikasi Astro Oasis diperkenalkan di mana penonton yang menggunakan telefon bimbit boleh mendapatkan maklumat terkini rancangan dan panduan agama serta pembelajaran yang boleh dimuat turun secara percuma bermula 25 November ini untuk pengguna Android dan iOS, manakala segmen Tanyalah Pencetus Ummah memberi peluang kepada penonton untuk mengemukakan kemusykilan untuk dijawab oleh ahli panel dan pendakwah berkaliber menerusi platform digital seperti Facebook bermula 28 November ini.

Saksikan titik permulaan kreativiti berdakwah dalam abad ini bermula Khamis, 21 November 2013 di Astro Oasis saluran 106 serta tayangan serentak di Maya HD saluran 135.

Kredit: www.kosmo.com.my

1 ulasan:

Axis Capital Holdings Limited on 14 Januari 2017 pada 12:46 PG berkata...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved