Sabtu, 26 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Usaha perkasa bahasa kebangsaan harus disokong seluruh rakyat - Musa

Posted:

Usaha perkasa bahasa kebangsaan harus disokong seluruh rakyat - Musa

Usaha perkasa bahasa kebangsaan harus disokong seluruh rakyat - Musa

26/10/2013 9:11pm

KOTA KINABALU - Usaha memperkasakan bahasa kebangsaan harus disokong oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukan dipikul oleh warga pendidik semata-mata, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, kefahaman, toleransi dan sikap keterbukaan harus menunjangi apa jua program bahasa dan pendidikan.

"Saya berharap semua warganegara bukan sahaja menguasai bahasa kebangsaan dengan lebih baik, malah mencintai bahasa ini.

"Bagi pihak kerajaan, kita akan sentiasa memastikan kedaulatan bahasa kebangsaan terus dijamin dan terpelihara serta digunakan secara meluas bukan sahaja dalam bidang pendidikan dari sekolah rendah ke universiti, bahkan dalam bidang pentadbiran, bidang kehakiman dan sebagainya," katanya pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin.

Musa juga berharap program-program berunsur perpaduan dapat diselitkan dalam menyemarakkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. - Bernama

Percepatkan pelaksanaan projek yang diluluskan di bawah Bajet 2014 - Daud

Posted:

Percepatkan pelaksanaan projek yang diluluskan di bawah Bajet 2014 - Daud

Percepatkan pelaksanaan projek yang diluluskan di bawah Bajet 2014 - Daud

26/10/2013 9:10pm

KUCHING - Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman mahu agensi kerajaan yang berkaitan mempercepatkan pelaksanaan projek yang diumumkan dalam Bajet 2014 terutama di kawasan luar bandar Sarawak.

Merujuk peruntukan RM500 juta bagi cadangan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, beliau berkata, ia akan membantu memudahkan perjalanan antara dua bandar utama di Sarawak dan Sabah membabitkan jarak 2,300km.

"Sebelum ini, beberapa projek yang diluluskan di bawah peruntukan bajet tertangguh berikutan prosedur yang terlibat dalam proses pelaksanaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2013 anjuran Jabatan Penerangan Sarawak di sini hari ini.

Beliau optimis pengguna jalan raya tidak dikenakan caj tol apabila Lebuh Raya Pan Borneo itu siap nanti, yang mana ia merupakan sebahagian manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Barisan Nasional.

Mengenai peruntukan RM312 juta bagi menaik taraf lapangan terbang termasuk di Miri, Sibu dan Mukah, beliau berharap kerajaan pusat juga akan menimbangkan untuk menaik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk menampung peningkatan trafik udara dan penumpang dalam belanjawan akan datang. - Bernama

Dua pusat pemindahan terakhir di Manjung ditutup

Posted:

Dua pusat pemindahan terakhir di Manjung ditutup

Dua pusat pemindahan terakhir di Manjung ditutup

26/10/2013 9:08pm

IPOH - Keadaan banjir di Manjung pulih apabila dua pusat pemindahan terakhir yang menempatkan 59 mangsa ditutup petang tadi.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung, Anuwar Ismail berkata seramai 38 mangsa di pusat pemindahan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai dan 21 orang di Dewan Orang Ramai Kampung Tebuk Yan dibenar pulang pada pukul 2.30 petang.

"Cuaca hari ini dilihat semakin baik dan kesemua mangsa membabitkan penduduk Kampung Tebuk Yan dan Kampung Padang Serai dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Zainuddin Mohd. Nordin berkata, keadaan banjir di Kerian semakin surut dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu kekal 17 orang.

"Namun jalan di Km13 dan Km17 dari arah Alor Pongsu ke Bagan Serai berhampiran Kampung Permatang Tengah masih tidak boleh dilalui kenderaan ringan," katanya.

Fenomena air pasang, peralihan monsun dan hujan lebat menyebabkan berlakunya banjir di beberapa kawasan di Perak. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved