Ahad, 27 Oktober 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Cinta Rimau hasil ilham hidup Haliza

Posted:

Cinta Rimau hasil ilham hidup Haliza

Cinta Rimau hasil ilham hidup Haliza

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

HALIZA cuba membawa pembaca menyelami jiwa anak luar nikah melalui novel pertamanya yang berjudul Cinta Rimau.


SELEPAS menyepikan diri selama tiga tahun, kini Haliza Misbun yang pernah popular menerusi drama televisyen Cinderella, muncul kembali sebagai seorang novelis.

Anak didik Datuk Rahim Razali ini tidak pernah berpuas hati dengan longgokan anugerah yang dimenangi. Baru-baru ini dia telah melancarkan novel pertamanya berjudul Cinta Rimau di bawah terbitan Merpati Jingga.

Menurut Haliza, novel tersebut dihasilkan semasa dalam tempoh kekecewaannya selepas kegagalan filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami.

"Saya membawa diri selama tiga tahun selepas filem tersebut kurang mendapat sambutan dan menggunakan tempoh itu untuk mencari apa yang saya mahukan dalam kehidupan ini.

"Pada ketika itulah saya terus mendapat ilham untuk menulis agar dapat dikongsi bersama khalayak," katanya pada majlis pelancaran buku Cinta Rimau di Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, melalui Cinta Rimau, dia ingin berkongsikan kejadian yang sememang berlaku pada hari ini seperti isu anak luar nikah yang jarang diperdengar kerana takut dipandang serong dan disisih masyarakat.

"Isu masalah anak tidak sah status ini hanya kita dengar di dalam rumah dan tidak dibawa keluar kerana takut dipandang hina.

"Tetapi jika tiada siapa yang berani mendedahkannya, masyarakat tidak tahu betapa sukarnya kehidupan sebagai seorang anak luar nikah," ujarnya.

Haliza menambah, apa yang saya cuba gambarkan ketika menulis novel ini ialah mereka mungkin terjerat dengan hubungan cinta tanpa menduga pasangan itu sendiri mempunyai hubungan biologi dengannya.

Judul Cinta Rimau dikatakan membawa dua maksud berbeza dan bergantung kepada tahap pemikiran pembaca untuk meletakkan makna di sebalik buku tersebut.

Bagaimanapun, menurut Haliza, orang ramai juga boleh menganggap judul Cinta Rimau telah diilhamkan daripada keintiman hubungan seorang wanita dan lelaki yang sedang hangat bercinta.

Keterbukaan

Novel itu juga turut menjanjikan keterbukaan pemikiran pembaca apabila isu-isu berkaitan moral dan agama telah dikupas dan dinilai daripada sudut pandangan positif.

Tambah Haliza, novel Cinta Rimau adalah keberaniannya dalam menyampaikan gambaran tentang kehidupan seorang wanita berstatus anak tidak sah taraf yang tertarik dengan seseorang lelaki tanpa mengetahui mereka mempunyai pertalian darah.

Hasya Lourdes merupakan watak utama dalam novel Cinta Rimau yang bekerja sebagai penyiasat persendirian selepas dibesarkan oleh keluarga angkat yang beragama Kristian.

Ia berpunca daripada takdir ibu kandungnya, Hasnah yang telah dipenjara seumur hidup kerana membunuh suaminya ketika berusia 14 tahun.

Peguam bela Hasnah, Sebastian Jones telah menjadikan Hasya anak angkat dan ibunya, Miryam Jones sedaya upaya cuba mengekalkan agama anak gadis itu yang lahir sebagai seorang Islam.

Cuba menarik tumpuan pembaca, Haliza telah mengadunkan cara kehidupan seorang wanita yang rapuh dengan godaan nafsu dan konflik cinta tiga segi antara watak Hasya, Bahrain Nasution dan anak Bahrain sendiri.

Novel Cinta Rimau ini dijangka bakal merubah pemikiran rakyat Malaysia yang sangat feminin kepada lebih bersifat terbuka dan memandang isu-isu sensitif menerusi sudut positif.

Baba's Cubits musim baharu lebih segar

Posted:

Baba's Cubits musim baharu lebih segar

Baba's Cubits musim baharu lebih segar

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


CLAUDIAN NAVIN (kiri) bersama tulang belakang rancangan Baba's Cubits pada majlis pelancarannya yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KEJAYAAN rancangan masakan Baba's Cubits yang disiarkan di TV3 pada musim lalu membuktikan rancangan tersebut mempunyai kelompok pengikutnya yang setia.

Lebih sejuta orang menonton rancangan yang dihoskan oleh Chef Kamarul Hasni Che Rose itu pada musim lalu.

Tahun ini, program yang disifatkan berjaya mencipta fenomena itu sekali lagi disiarkan di TV3 dan menjanjikan persembahan sajian yang lebih menarik dan unik.

Ketua Pengiklanan dan Promosi Baba's, Claudian Navin Stanislaus berkata, pihaknya tidak menyangka sambutan yang diterima amat menggalakkan dan perkara itu menjadi punca rancangan Baba's Cubits kembali menemui penonton.

"Pihak Baba's, penerbit, chef dan penata rias hidangan meningkatkan usaha dalam prestasi dan kualiti persembahan pada musim kedua ini.

"Pelbagai ilham resipi baharu yang lazat dihasilkan dengan kaedah persembahan yang lebih mantap," katanya pada majlis pelancaran program tersebut di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apa yang pasti, kesemua resipi yang disediakan dicipta menggunakan produk keluaran Baba's yang telah lama menjadi jenama rempah tempatan pilihan ramai.


KAMARUL HASNI bergandingan dengan Nur Hayati dalam musim baharu rancangan Baba's Cubits.


Prihatin dengan maklum balas penonton setia rancangan tersebut, program Baba's Cubits musim ini diubah waktu siarannya. Ia akan disiarkan pada pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam setiap Ahad.

Musim terbaharu tersebut sudah mula bersiaran pada 6 Oktober lalu dan akan menemui penonton dalam 26 episod.

Rancangan berkenaan masih dihoskan oleh Kamarul Hasni, namun pada kali ini, beliau mengacarakan rancangan tersebut bersama isterinya, Nur Hayati Abdul Rahman.

Bagi mereka yang ketinggalan untuk menonton episod-episod lepas, mereka masih boleh menyaksikan rakamannya melalui portal www.tonton.com.my.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai rancangan tersebut boleh melayari laman Facebook Baba's & U.

Port Dickson diabadikan di Starbucks

Posted:

Port Dickson diabadikan di Starbucks

Port Dickson diabadikan di Starbucks


CHIN (lima dari kanan) bergambar bersama wakil pemenang tempat kedua, Zuraimi Ismail, 51, dan pemenang ketiga, Zulkifli Mat Nasir di kafe Starbucks Port Dickson baru-baru ini.


PERSEPSI Port Dickson. Itulah tema yang diangkat oleh rangkaian kafe Starbucks dengan kerjasama Nikon dalam menganjurkan pertandingan fotografi yang terbuka kepada kedua-dua penggemar jenama gergasi tersebut.

Pertandingan fotografi tersebut diadakan bagi melihat sejauh mana peserta dapat merakam pemandangan indah menggunakan lensa kamera masing-masing.

Hasilnya, saat-saat yang mungkin dianggap biasa dapat diterjemahkan kepada gambar yang menarik perhatian orang ramai.

Kebanyakan gambar yang dirakam menceritakan kisah di sebalik perjalanan hidup seorang nelayan bersama sampan, bot dan jala.

Pelanggan Starbucks Pandu-Lalu Port Dickson, Negeri Sembilan bukan sahaja boleh menikmati minuman kopi kegemaran mereka dengan mudah, malah boleh meluangkan masa berehat sambil melihat gambar-gambar pemandangan Port Dickson yang dipamerkan pada dinding kafe tersebut.

Pertandingan tersebut menerima lebih 100 penyertaan daripada ahli kelab Nikon hanya dalam masa dua minggu ia dibuka. Pertandingan yang berlangsung dari 18 September hingga 30 September lalu itu menawarkan hadiah bernilai lebih RM1,000 untuk pemenang utamanya.

Tempat pertama dimenangi oleh Calvin Chin, 31, yang berasal dari Seremban dan berjaya membawa pulang barangan bernilai RM1,000, bekalan kopi Starbucks selama setahun dan lensa Nikon 1 J1 10 milimeter.

Chin sebenarnya tidak menyangka gambarnya terpilih untuk merebut hadiah utama kerana baginya, setiap gambar ada cerita yang tersendiri.

"Semua peserta menghantar gambar yang cantik dan mungkin kali ini rezeki saya," katanya sambil tersenyum. - NADIA SHAIFUL BAHARI

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved