Rabu, 2 Oktober 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kerajaan Persekutuan AS berhenti beroperasi

Posted:

Kerajaan Persekutuan AS berhenti beroperasi

Kerajaan Persekutuan AS berhenti beroperasi

PEMIMPIN majoriti Senat AS, Harry Reid (dua dari kiri) menanti detik penutupan kerajaan persekutuan kelmarin.- AFP


WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) ditutup buat pertama kali dalam tempoh 17 tahun semalam sekali gus memaksa sehingga satu juta kakitangan awam bercuti tanpa gaji manakala banyak projek awam turut tergendala.

Penutupan itu berpunca daripada Kongres yang gagal mencapai kata sepakat tengah malam kelmarin untuk meluluskan bajet bagi membiayai perbelanjaan dan hutang negara.

Kongres AS terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Senat diterajui oleh Parti Demokrat pimpinan Presiden Barack Obama manakala Dewan Perwakilan pula didominasi pembangkang daripada Parti Republikan.

Dewan Perwakilan menolak bajet tersebut kerana enggan menyokong pelan kesihatan Obama yang disifatkan sebagai satu pembaziran. Pelan itu juga didakwa menyekat kebebasan rakyat untuk memtidak mengambil perlindungan insurans.

Pelan tersebut bertujuan untuk memberi perlindungan insurans kesihatan kepada sekitar 50 juta penduduk berpendapatan rendah dan miskin di AS.

Parti Republikan yang mendominasi Dewan Perwakilan mahu pelaksanaan pelan itu yang berjalan semalam ditunda selama setahun.

Namun, Ketua Majoriti Senat, Harry Reid menolak usul Republikan.

"Parti Demokrat tidak akan berunding dalam keadaan kami diberi tekanan untuk bersetuju dengan Republikan semata-mata bagi mengelakkan penutupan kerajaan berlaku," kata Reid.

Susulan operasi kerajaan AS lumpuh semalam, banyak pejabat dan perkhidmatan awam ditutup manakala bayaran kepada kontraktor ditangguhkan.

Situasi itu menyebabkan pengaliran tunai bagi menjana ekonomi negara yang mencecah ratusan juta dolar sehari disekat.

Namun, sebahagian perkhidmatan penting termasuk rondaan sempadan, pemeriksaan daging dan kawalan udara dan mahkamah beroperasi seperti biasa.

Jabatan Negara memberitahu, pihaknya akan terus menerima dan memproses permohonan visa warga asing, begitu juga dengan operasi kedutaan dan konsulat AS di luar negara.

Namun, kelewatan dalam pemprosesan visa dan pasport memang dijangka ekoran krisis tersebut.

Menurut Pejabat Pengurusan Kakitangan Awam, kerajaan persekutuan menggaji hampir 2.8 juta kakitangan awam setakat September 2012.

"Separuh daripada 670,000 ahli kami diberitahu untuk duduk di rumah manakala sebahagian yang lain akan bekerja tanpa gaji," kata jurucakap Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam Kerajaan Persekutuan, Tim Kauffman.

Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin Parti Demokrat dan Republikan saling menuding jari kerana masing-masing tidak mahu menjadi sasaran kemarahan rakyat kerana mencetuskan situasi tersebut.

Jika Kongres dapat mencari kata sepakat tentang isu itu, kerajaan AS dijadual beroperasi semula sehari dua lagi.

Sebaliknya, operasi kerajaan mungkin ditutup lebih lama jika kebuntuan itu gagal diselesaikan.

Dalam pada itu, beberapa pakar politik melihat Kongres sekali lagi akan bercakaran berhubung usul Obama yang mahu menaikkan had siling hutang negara melebihi AS$16.7 trilion (RM54.7 trilion). - Agensi

Bayi lahir hasil eksperimen ovari wanita menopaus

Posted:

Bayi lahir hasil eksperimen ovari wanita menopaus

Bayi lahir hasil eksperimen ovari wanita menopaus


PROFESOR Aaron Hsueh antara individu yang membangunkan teknik yang boleh menyebabkan ovari wanita kembali subur bagi menghasilkan sel telur.- AFP


WASHINGTON - Seorang bayi berjaya dilahirkan di Jepun menggunakan teknik menyuburkan kembali rahim wanita meno- paus bagi menghasilkan sel telur, kata beberapa saintis antarabangsa kelmarin.

Kajian itu diterbitkan dalam sebuah jurnal Amerika Syarikat (AS), Proceedings of the National Academy of Sciences.

Menurut jurnal tersebut, seorang lagi wanita dilaporkan turut hamil menerusi kaedah sama.

Pasukan penyelidik berkenaan memberi- tahu, teknik itu dapat menawarkan harapan kepada wanita mandul untuk hamil.

Kerjasama kajian teknik itu melibatkan saintis Universiti Stanford, AS dan Sekolah Perubatan Universiti St Marianna di Jepun.

Ia melibatkan rahim dikeluarkan dengan sel-selnya disuburkan di makmal sebelum dimasukkan semula ke dalam tubuh pesakit.

"Teknik ini perlu diperbaiki tetapi kami menjangkakan ia dapat membantu 25 hingga 30 peratus wanita yang menghadapi masalah kemandulan," kata Profesor Aaron Hsueh dari Universiti Stanford. - Agensi

Rihanna lambat 80 minit ke konsert

Posted:

Rihanna lambat 80 minit ke konsert

Rihanna lambat 80 minit ke konsert


PEMINAT kecewa dengan sikap Rihanna yang lambat sampai ke konsertnya di Adelaide, Australia baru-baru ini.


ADELAIDE - Bintang pop, Rihanna dicemuh gara-gara lambat 80 minit untuk tiba di sebuah konsert yang diadakan di sini, lapor akhbar Mirror kelmarin.

Malah, penyanyi berusia 25 tahun itu tidak memohon maaf kepada peminat yang menunggunya selama satu jam setengah baru-baru ini.

Rata-rata, peminatnya meluahkan perasaan kecewa menerusi laman sosial, Instagram berhubung sikap bintang Amerika Syarikat itu yang dianggap tidak profesional.

Rihanna dilihat memakai kolar anjing ketika menjelajah Australia dalam konsert jelajah dunia, Diamonds World Tour penyanyi berkenaan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved