Isnin, 9 September 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Sarawak siap sedia sambut Hari Malaysia

Posted:

Sarawak siap sedia sambut Hari Malaysia

Sarawak siap sedia sambut Hari Malaysia

09/09/2013 8:28pm

KUCHING - Sarawak sudah siap sedia merayakan sambutan Hari Malaysia Isnin depan. Istiadat perbarisan dan rapat raksasa melibat 92 kontinjen dan 4,000 orang akan diadakan di Padang Merdeka di sini, yang dijangka mengumpulkan kira-kira 20,000 orang.

Sambutan ambang Hari Malaysia akan diadakan di Tebingan Sungai Kuching dengan acara perarakan kapal berhias.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-56 dan Hari Malaysia ke-50, berkata sambutan itu penuh bermakna bagi rakyat Sarawak, yang menjadi contoh negeri dengan penduduk pelbagai suku kaum, tetapi hidup aman.

"Saya berpuas hati dengan persiapan yang banyak dibuat oleh pihak kerajaan negeri Sarawak dan kami (kerajaan pusat) hanya menyelaraskannya," katanya selepas mengunjungi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak Jaya di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr. Rothiah Omar.

Ahmad Shabery turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, yang memberi banyak sumbangan bagi memastikan kemeriahan sambutan itu, yang bertujuan mengingatkan semua rakyat Malaysia tentang signifikan pembentukan negara melalui percantuman Sabah, Sarawak dan Semenanjung. - Bernama

22 majikan dikompaun dalam Ops Kesan Perkeso hari ini

Posted:

22 majikan dikompaun dalam Ops Kesan Perkeso hari ini

22 majikan dikompaun dalam Ops Kesan Perkeso hari ini

09/09/2013 8:27pm

KUALA TERENGGANU - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) cawangan Terengganu mengenakan kompaun RM14,000 ke atas 22 majikan yang gagal mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka dalam Ops Kesan yang dilancarkan hari ini.

Pengarahnya, Mohammad Ramli Ahmad Dahalan berkata, notis kompaun itu dikeluarkan ke atas majikan terbabit dalam operasi yang disertai 15 pegawai penguatkuasa Perkeso selepas memeriksa 47 premis di sebuah pasar raya di sini.

"Kita sudah memberi tempoh selama dua bulan sebelum ini kepada majikan untuk membuat pendaftaran perniagaan dan pekerja, malah kempen dan ceramah turut dianjurkan di Terengganu sebelum Ops Kesan dimulakan hari ini.

"Namun pemeriksaan hari ini mendapati masih ada majikan yang tidak mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, membabitkan pelbagai kesalahan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Ops Kesan di sini.

Ops Kesan akan diteruskan di tujuh daerah lain di negeri ini dan dijangka berakhir di Besut pada 25 September, katanya. - Bernama

Labuan bersedia jadi tuan rumah Sukan Borneo kali kelima

Posted:

Labuan bersedia jadi tuan rumah Sukan Borneo kali kelima

Labuan bersedia jadi tuan rumah Sukan Borneo kali kelima

09/09/2013 6:46pm

LABUAN - Labuan, yang berpengalaman luas dalam menganjurkan acara di peringkat antarabangsa, bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Borneo kali kelima, yang akan berlangsung sembilan hari mulai 13 September ini.

Peruntukan kira-kira RM2 juta disediakan bagi acara itu, dengan 1,098 peserta dari tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia mengambil bahagian dalam 12 acara sukan.

Ketua Kontinjen, Datuk Mohd. Nadzri Osman, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, berkata persiapan di pulau itu kini giat dijalankan, dengan pemeriksaan dilakukan di kemudahan dan prasarana sukan.

"Peruntukan itu akan digunakan sepenuhnya untuk melakukan pemeriksaan dan menambah baik kemudahan serta prasarana bagi memenuhi keperluan temasya antarabangsa," katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata 12 acara sukan itu terdiri daripada boling padang, trek dan padang, karate, memanah, tarik tali, gasing, bola keranjang, sukan air, sepak takraw, silat, bola sepak dan futsal.

Kejohanan golf bagi VVIP turut diadakan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved