Ahad, 8 September 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Makan berlebihan dan kurang bersenam punca masalah obesiti

Posted:

Makan berlebihan dan kurang bersenam punca masalah obesiti

Makan berlebihan dan kurang bersenam punca masalah obesiti

08/09/2013 9:44pm

KUALA LUMPUR - Masalah obesiti yang kini dialami oleh 8.5 juta rakyat Malaysia dipercayai berpunca daripada dua faktor utama iaitu makan secara berlebihan dan kurangnya melakukan aktiviti senaman.

Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad berkata, pola pemakanan rakyat negara ini sudah berubah dengan makanan yang diambil tidak mengikut keperluan kalori seharian.

"Sebagai contoh, seseorang hanya perlu mengambil hidangan makanan sekitar 1800 hingga 2000 kalori sehari.

"Tetapi, jika dia mengambil lebih daripada jumlah tersebut atau secara berterusan akan menyebabkan berat badan naik. Lebih memburukkan, jika seseorang itu malas untuk bersenam," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam memberitahu, bilangan rakyat Malaysia yang gemuk dijangka terus meningkat jika tiada inisiatif dilakukan untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Masalah ini berlaku kerana pengambilan makanan ber lebihan yang diburukkan lagi dengan kecendurangan kepada makanan manis.

Selain itu, kata Fatimah, kurangnya ada kemudahan awam seperti taman permainan di taman-taman perumahan untuk orang ramai melakukan senaman juga membantutkan me reka untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

"Jika kita lihat di kawasan kepadatan penduduk yang tinggi seperti di bandar-bandar, tidak terdapat banyak taman rekreasi yang membolehkan penduduk menjalankan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

"Sepatutnya pihak berkuasa tempatan memperuntukkan lebih banyak kemudahan seperti ini bagi membolehkan mereka melakukan aktiviti senaman sekaligus dapat mem bakar lemak yang berlebihan," katanya.

Justeru, Fatimah menyarankan supaya orang ramai perlu makan secara berkala dan mengikut diet seimbang yang telah disyorkan oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini. - KOSMO!

Pelajar tentera Brunei diterima masuk UPNM

Posted:

Pelajar tentera Brunei diterima masuk UPNM

Pelajar tentera Brunei diterima masuk UPNM

08/09/2013 9:35pm

KUALA LUMPUR - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melakar sejarah baharu apabila buat julung kalinya menerima kemasukan dua pelajar daripada Ang katan Tentera Diraja Brunei (RBAF) ke dalam Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan.

Dekan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UP NM, Mej. Jen. Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin berkata, Kementerian Pendidikan telah memberikan kelulusan khas kepada dua pelajar itu memandangkan Brunei merupakan negara yang rapat dengan Malaysia.

"Pihak kami mengalu-alukan kehadiran mereka untuk bersama-sama menimba ilmu kedoktoran di universiti ini.

"Harapan saya dengan kemasukan dua orang pelajar luar negara berkenaan akan menjadi titik tolak kepada UPNM untuk menjadi fakulti perubatan tersohor di rantau ini," katanya ketika berucap di Majlis White Coat di Dewan Theaterrette, Bangunan Lestari di sini semalam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dr. M. Jegathesan.

Majlis White Coat merupakan satu upacara ritual bagi pelajar perubatan seperti optometri, pergigian dan ki ropraktik yang menandakan peralihan pelajar daripada pra-klinikal untuk sains kesihatan klinikal.

Seramai 46 pelajar perubatan termasuk dua dari Brunei berkenaan disarungkan jubah doktor berwarna putih ma sing-masing oleh Mohd. Zin pada majlis tersebut.

Kedua-dua pelajar dari RBAF tersebut, Naqibah Ahmad Bukhari dan Muhammad Hazman Muhammad Iskandar sebelum ini melanjutkan pengajian di Maktab Sains Paduka Seri Begawan, Brunei.

Sementara itu, Naqibah memberitahu, dia amat berbesar hati kerana berpeluang untuk menyertai fakulti perubatan di UPNM memandangkan ia mempunyai prestijnya yang ter sendiri.

"Saya berharap dapat menyumbangkan segala ilmu yang ditimba di sini kelak ketika kembali berkidmat dengan RBAF sejurus tamat pengajian," katanya yang meminati bidang kardiologi. - KOSMO!

Kenaikan bahan api tidak jejaskan harga ayam

Posted:

Kenaikan bahan api tidak jejaskan harga ayam

Kenaikan bahan api tidak jejaskan harga ayam

08/09/2013 9:25pm

KUALA LUMPUR - Kenaikan bahan api yang diumumkan kerajaan pada 4 September lalu tidak menjejaskan harga ayam di beberapa pasar basah utama di ibu negara.

Tinjauan Kosmo! di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Selangor mendapati, rata-rata peniaga masih mengekalkan harga di bawah harga syiling yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Selain itu, mereka juga mengikut arahan KPDNKK dengan meletakkan tanda harga di setiap gerai jualan masing-ma sing.

Seorang peniaga ayam, Arbain Rawi, 52, berkata, setakat ini pembekal dan penternak ayam masih belum menaikkan harga ayam.

"Kami sebagai peniaga sememangnya bergantung kepada pembekal dan sehingga kini mereka (pembekal) masih lagi belum menaikkan harga ayam.

"Seluruh peniaga ayam di kawasan ini rata-rata mengikut kadar harga syiling ayam yang ditetapkan oleh KPDNKK sebanyak RM7.50 untuk ayam standard," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Namun Arbain memberitahu, dia tidak menolak sebarang kemungkinan jika terdapat kenaikan harga ayam disebabkan kos pengangkutan yang meningkat.

Kesan kenaikan harga minyak terhadap harga ayam masih belum kelihatan namun di masa akan datang mungkin akan ada kenaikan harga," ujarnya. Jumaat lalu Kosmo! melaporkan mengenai beberapa peniaga ayam di Pasar Chow Kit didapati telah menaikkan harga jualan ayam antara 30 sen hingga 90 sen sejak Selasa lalu dengan mendakwa kenaikan itu terpaksa dilakukan ekoran kos penghantaran yang meningkat.

Bagi Faizal, 29, pula berkata, harga ayam sekarang masih kekal antara sekitar RM7.00 hingga RM8.00 sejak lepas musim perayaan lagi.

Katanya, walaupun diumumkan kenaikan harga petrol baru-baru ini, ia belum lagi menampakkan kenaikan harga ayam.

"Dalam seminggu dua ini, harga ayam tidak banyak berubah.

Bagaimanapun, saya tidak pasti pada bulan yang seterusnya sama ada harga ayam akan meningkat ber banding harga sekarang," katanya.

Sementara itu, harga ikan seperti ikan kembung, selar, cencaru dan selayang juga didapati dalam lingkungan harga biasa pasaran. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved