Jumaat, 6 September 2013

Kosmo Online - Pesona


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Penyakit jantung serang wanita muda

Posted:

Penyakit jantung serang wanita muda

Penyakit jantung serang wanita muda

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizhaperiaswamy@kosmo.com.my

WANITA muda lazimnya sangat yakin tentang tahap kesihatan mereka. Khususnya kepada mereka yang baru mencapai usia 20-an atau 30-an.

Justeru, penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi atau jantung bukan kebimbangan mereka. Sebaliknya, wanita-wanita dalam fasa ini mungkin lebih bimbang dan memberi perhatian terhadap masalah kecantikan semata-mata.

Malah, mereka pasti sedih jika mengalami masalah berat badan berlebihan atau hilang bentuk badan yang dikategori sebagai penyakit luaran sahaja.

Bagaimanapun, ramai wanita di luar sana tidak sedar akan masalah dalaman kesihatan diri sehingga pemeriksaan menyeluruh dilakukan.

Pengalaman

Bagi Monica (bukan nama sebenar) yang baru berusia 32 tahun, dia langsung tidak menyangka akan didiagnosis dengan penyakit yang 'membunuh' ramai rakyat Malaysia, penyakit jantung.

Berat badan yang normal dan rutin harian yang aktif menyebabkan Monica menganggap penyakit itu hanya menyerang lelaki tua atau wanita tua yang mengalami masalah berat badan berlebihan.

Ternyata tanggapan wanita itu salah. Sebulan sebelum dia mengalami serangan jantung, Monica jatuh sakit. Dia berasa sakit di bahagian dada dan sentiasa pitam. Namun, simptom utama dia mengalami sakit jantung ialah apabila kesakitan pada bahagian dada seolah-olah menyerap masuk ke bahagian belakang dan kerongkong.


SENAMAN harus menjadi amalan di kalangan wanita demi mengekalkan kesihatan jantung yang baik.


"Saya rasa seperti dicekik. Rasa sakitnya seperti beberapa ekor gajah duduk di atas dada saya. Ketika di bilik kecemasan (hospital), oleh kerana berat saya hanya 55 kilogram, kakitangan perubatan menyangka saya berkelakuan demikian kerana mengambil alkohol," ujarnya.

Selepas pemeriksaan lanjut, wanita itu didapati menghidap penyakit jantung yang agak teruk.

"Bahagian bawah jantung saya rosak dan saya terpaksa dibawa ke bilik pembedahan untuk merawat kerosakan itu," katanya yang mengakui dia kini masih dalam tempoh pengawasan.

Enggan menerangkan secara lanjut, dia mengakui, jika tidak menjaga gaya hidupnya selepas ini, dia akan terpaksa melalui rawatan pembedahan pintasan.

Ternyata pengakuan Monica itu mencerminkan penyakit jantung merupakan satu ancaman kesihatan yangmenggerunkan. Walaupun penyakit itu dianggap hanya berlaku dalam kalangan lelaki berusia 40 tahun ke atas, kini penyakit jantung turut menyerang wanita muda.

Biarpun jantung manusia hanya sebesar segenggam tangan seorang dewasa, ia merupakan organ terpenting tubuh. Jantung beroperasi sepanjang masa mengepam darah untuk disalurkan ke seluruh tubuh.

Jika jantung manusia menghadapi gangguan, ia boleh memberi kesan yang besar kepada seluruh sistem badan. Pada kebanyakan masa gangguan pada jantung disebabkan oleh gaya hidup yang kurang sihat.

Gaya hidup

Perunding Kardiologi dari Pusat Perubatan Sime Darby, Ara Damansara, Dr. Liew Chee Khoon memberitahu, perubahan gaya hidup yang nyata, perkembangan kemudahan dalam kehidupan sosial dan kesan emosi merupakan faktor serangan penyakit jantung.

Ini tidak ketinggalan serangan terhadap golongan wanita muda yang suatu masa dahulu difikirkan sebagai kes-kes terpencil.

Walaupun mengakui serangan terhadap wanita muda sekitar usia 20-an dan 30-an sebagai jarang berlaku, tetapi Chee Koon tidak menolak tetap menerima kes melibatkan golongan tersebut.

"Statistik juga menunjukkan ia sebagai satu paten yang sedang meningkat. Lebih maju dan moden kemudahan sekitar, lebih tinggi kekerapan mendapat serangan jantung," katanya.

DR. SHARAN mengakui wanita kurang memberi perhatian kepada tahap kesihatan jantung mereka.


Simptom

Mengulas lebih lanjut, ujar beliau, pada masa kini, semakin ramai wanita pada kadar usia 40 tahun ke atas yang mendapat sakit jantung dan ia bukan sekadar 'sakit biasa'.

"Ia boleh bermula daripada ketidakselesaan pada dada. Ia akan berlaku di bahagian tengah dada atau pun ke sebelah kiri sedikit. Kesakitan ini berlaku selepas aktiviti fizikal dan hilang selepas berehat. Ketidakselesaan yang sama juga boleh beralih ke bahagian lain seperti dagu, leher, bahu atau lengan kiri," terangnya.

Satu lagi serangan ialah ketidakselesaan pada bahagian perut, pening dan pitam. Namun, ia jarang berlaku.

Jadi, serangan jantung bukan sahaja melibatkan jantung. Orang ramai, khususnya wanita, jangan sesekali memandang ringan apabila menghadapi ketidakselesaan seperti yang dinyatakan.

"Apabila menghadapi situasi sedemikian, segera berjumpa doktor. Jika boleh, jumpa pakar perubatan. Hanya pemeriksaan lanjut boleh mengesan dan mendiagnosis masalah sebenar jantung anda. Lebih baik jika pemeriksaan dilakukan setiap tahun supaya sebarang masalah kesihatan pada tahap awal boleh dihindari," kata Chee Khoon.

Katanya, masalah paling kerap berlaku pada jantung manusia ialah seperti blockage atau sumbatan pada salur darah jantung, lemak terkumpul dan sebagainya.

Pencegahan

Memberi peluang kedua

Posted:

Memberi peluang kedua

Memberi peluang kedua


SETIAP manusia tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan, namun mereka juga perlu diberi peluang untuk bertaubat dan menginsafi kekhilafan diri.


MANUSIA sentiasa melakukan kesalahan dan ia suatu yang tidak seharusnya dikeji. Hanya melalui kemaafan suatu kesilapan itu boleh diterima dan tidak lagi menyakitkan hati.

Namun demikian, persoalan yang wajar ditanya : Adakah kemaafan yang diberikan bererti peluang kedua juga wajar diberikan kepada pesalah?

Kebanyakan manusia mampu untuk memaafkan tetapi sukar untuk melupakan. Ada juga yang tidak mampu lagi memberi peluang.

Apakah sememangnya sekali tersalah, tiada lagi peluang untuk seseorang itu membuktikan dia telah berubah?

Hidup adalah peluang

Realitinya, hidup bererti memberi peluang. Muhasabah diri perlu dilakukan sepanjang masa. Ini kerana setiap hari kita melakukan pelbagai perkara dan sama ada sedar atau tidak, ada di antaranya menyebabkan kita berdosa kepada manusia dan Allah Yang Maha Berkuasa.

Malah, ada manusia yang berulang-ulang kali melakukan dosa.

Ketika rasa mengantuk mendatang, kita 'dimatikan' sementara dan 'dihidupkan' semula awal pagi esoknya.

Mungkin ada yang 'tidur' terus kerana nyawa tidak dikembalikanNya. Namun, kita yang terus bernafas di muka bumi ini adalah antara yang terpilih dan diberikan peluang untuk mengubah diri menjadi lebih baik sama ada sebagai isteri, suami, ibu, bapa, anak, pekerja, majikan, jiran atau saudara. Malah menjadi lebih baik untuk diri sendiri khususnya sebagai hambaNya.

Andai Allah SWT kekal memberikan kita peluang saban hari, kenapa kita sebagai hamba tidak berusaha memberikan peluang yang sama?


KEKECEWAAN yang dialami dalam hidup mendorong ramai orang memilih cara yang salah untuk melepaskan tekanan.


Tuntutan syariat

Perkara yang paling sukar untuk diberi peluang ialah apabila diri dikhianati pasangan sendiri. Dalam banyak keadaan, suami atau isteri terlalu sukar memberi peluang kepada pasangan untuk membuktikan mereka telah berubah.

Walaupun hubungan masih diteruskan, kesilapan silam digunakan sebagai senjata untuk tidak mempercayakan pasangan lagi.

Sama juga dengan hubungan persahabatan atau persaudaraan, sekali tersalah umpama dipersalahkan sepanjang hayat.

Ramai yang terlupa bahawa rakan, musuh, pasangan dan diri anda sendiri merupakan manusia. Kita semua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Cinta membuatkan manusia terpedaya, nafsu pula membuatkan manusia buta. Kedua-dua keadaan ini cukup untuk menenggelamkan seseorang.

Bezanya sama ada orang tersebut akan terus lemas atau berjaya diselamatkan. Siapa yang menyelamatkan bukan penentu hala tuju masa depannya kerana yang pasti, Allah masih memberinya peluang dan harapan.

Lantas, kenapa kita sesama manusia enggan memberikan peluang dan harapan yang sama?

Hidup kita ibarat roda, ada ketikanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Maafkanlah dan berikan peluang kerana kelak, jika anda di tempat yang sama, akan ada orang lain yang akan memaafkan dan memberi anda peluang yang sama.

Allah SWT dengan syariat Islam mengajar kita untuk sentiasa memberi peluang. Perhatikan sahaja realiti perceraian. Talak pertama dan talak kedua dikategorikan sebagai talak rajii iaitu talak yang boleh dirujuk ketika masih dalam tempoh idah.

Andai tempoh idah telah berakhir iaitu minimum tiga bulan dan maksimum sembilan bulan (jika diceraikan ketika awal kehamilan), pasangan bercerai masih boleh bersama semula sebagai suami isteri dengan akad nikah baharu.

Andai terjadi talak tiga yang diklasifikasikan sebagai talak bain kubra iaitu tidak boleh rujuk walau berada dalam tempoh idah dan tidak boleh nikah semula walaupun menggunakan akad nikah baharu.

Tetapi pasangan ini tetap boleh bersama sebagai suami isteri dengan syarat si isteri yang telah diceraikan berkahwin dengan seorang lelaki yang lain. Kemudian berlaku hubungan kelamin antara mereka sebelum bercerai sama ada hidup atau mati dan si wanita itu melalui tempoh idahnya. Ketika selesai tempoh idah tersebut, si wanita boleh dikahwini semula oleh suaminya yang pertama.


HUBUNGAN suami isteri yang bermasalah boleh dipulihkan jika masing-masing bertolak-ansur untuk memperbaiki diri.


Betapa Allah menganjurkan peluang kepada hambaNya. Justeru, berikan peluang tetapi jangan sampai menganiayai diri sendiri.

Sejauh mana peluang boleh diberi? Sekali? Dua kali? Tiga kali? Kalau mengikutkan hukum perceraian, peluang boleh diberi melebihi tiga kali.

Sebenarnya, berapa jumlah peluang yang boleh diberi tidak ditentukan had minimum mahupun maksimum.

Paling utama, selagi anda berdaya menjadi hamba yang adil dan reda dengan kesan daripada tindakan anda dalam memberikan peluang, anda bebas untuk terus memberikan peluang kepada sesiapa sahaja.

Reda bermaksud anda berlapang dada dan adil, bererti anda tidak menganiayai diri anda sendiri.

Syariat meminta kita sebagai umat Islam untuk menyayangi saudara kita termasuk pasangan, saudara, sahabat atau jiran tetangga. Tidak terhad pada itu, kita juga harus menyayangi sesama manusia seperti kita menyayangi diri sendiri.

Namun, ia tidaklah sehingga kita menganiayai diri sendiri. Analogi mudah, pengorbanan perlu untuk meneruskan kehidupan, tetapi bukan dengan sengaja membunuh diri sendiri.

Lantas, berikan peluang selagi daya dan kepada manusia yang diberikan peluang, ambillah teladan.

Mengertilah, manusia yang penuh kesabaran akan mengambil keputusan nekad dan muktamad, jauh dari segala sangkaan anda.

Jangan sampai anda merana kerana dia tidak lagi percaya!

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved