Ahad, 18 Ogos 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


MAS perlu diswastakan untuk kembali untung - Tun Mahathir

Posted:

MAS perlu diswastakan untuk kembali untung - Tun Mahathir

MAS perlu diswastakan untuk kembali untung - Tun Mahathir

18/08/2013 8:37pm

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan supaya Malaysia Airlines (MAS) diswastakan sebagai usaha untuk membangunkan semula syarikat penerbangan berkaitan kerajaan itu dan seterusnya mengatasi kerugian yang dialami ketika ini.

"MAS sudah lama beroperasi dan sudah macam-macam percubaan dibuat untuk kembali menjana keuntungan, tetapi gagal. Saya percaya penswastaan adalah sesuatu yang positif kerana selagi syarikat itu berkaitan kerajaan, haknya untuk membuat keputusan adalah terhad," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Seri Kembangan dekat sini.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama serta warga asing.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman.

Sementara itu, Dr. Mahathir, yang juga penasihat Proton, berkata berdasarkan pengalaman bersama syarikat pengeluar kereta nasional itu, penswastaan akan menjadikan seseorang pemilik lebih peka soal untung rugi kerana mereka menanggung segala perbelanjaan.

"Menerusi penswastaan, apabila mengalami kerugian, pemilik harus menanggungnya, tetapi jika ia wang kerajaan, tiada siapa peduli. Saya tahu kerana saya pernah menguruskan syarikat berkaitan kerajaan itu sebelum ini," katanya. - Bernama

Lelaki terlibat kes samun berkumpulan antara lapan ditahan dalam Ops Cantas

Posted:

Lelaki terlibat kes samun berkumpulan antara lapan ditahan dalam Ops Cantas

Lelaki terlibat kes samun berkumpulan antara lapan ditahan dalam Ops Cantas

18/08/2013 8:35pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes samun berkumpulan, adalah antara lapan yang ditahan dalam Ops Cantas di sekitar Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, pemeriksaan ke atas lelaki terbabit mendapati dia memiliki empat rekod dikehendaki polis, termasuk satu kes samun berkumpulan di Hulu Klang.

"Ketika ditahan, lelaki terbabit menaiki sebuah motosikal yang dilapor hilang di Pudu bulan lepas. Selain motosikal itu, kami turut merampas dua telefon bimbit dan wang tunai daripada lelaki terbabit," katanya hari ini.

Dalam operasi khas bersama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu, polis turut menahan dua lelaki di Ukay Perdana dalam sekatan jalan raya kerana disyaki melakukan jenayah pecah rumah.

"Di dalam kereta terbabit, kami menemui pemutar skru, sepasang sarung tangan, dua walkie-talkie, satu pisau lipat panjang, alat semburan dan dadah jenis syabu dan eramin 5," katanya. - Bernama

Kementerian akan perhebat kempen Kibar Jalur Gemilang

Posted:

Kementerian akan perhebat kempen Kibar Jalur Gemilang

Kementerian akan perhebat kempen Kibar Jalur Gemilang

18/08/2013 8:34pm

SEREMBAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan memastikan kempen kibar Jalur Gemilang diperhebat di seluruh negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 peringkat kebangsaan 2013.

Ketua Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Siaraf berkata, sehubungan itu, kementerian berkenaan akan mengeluarkan surat ingatan kibar Jalur Gemilang sekali lagi kepada mereka yang berkenaan.

"Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan memainkan peranan seperti biasa untuk promosi kempen mengibarkan Jalur Gemilang ini," katanya kepada Bernama pada jamuan Aifilfitri beliau di Sri Carcosa, Seremban 2 hari ini ketika diminta mengulas pengibaran Jalur Gemilang yang didapati agar hambar setakat ini.

Beliau berkata ketika pelancaran kempen kibar Jalur Gemilang di Sungai Petani, Kedah pada Jumaat lepas, sambutan yang diterima adalah di luar dugaan kerana lebih 50,000 orang membanjiri Dataran Zero, Jam Besar di Sungai Petani pada malam itu.

"Insya-Allah, kita akan merangka dasar segera untuk memastikan kempen kibar Jalur Gemilang ini dapat dilaksana dengan lebih hebat lagi di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan," katanya.

Kamaruddin juga berharap pihak swasta, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan menyahut seruan bagi mengibarkan Jalur Gemilang di bangunan mereka. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved