Kosmo Online |
- Rakyat Malaysia didakwa jalankan perniagaan dadah dari dalam Penjara Cipinang
- KPN jamin PDRM pertingkat penguatkuasaan atasi jenayah berat
- Jakim bantah cadangan pembangunan bersebelahan Masjid Wilayah Persekutuan
Rakyat Malaysia didakwa jalankan perniagaan dadah dari dalam Penjara Cipinang Posted: Rakyat Malaysia didakwa jalankan perniagaan dadah dari dalam Penjara Cipinang30/07/2013 9:07pm JAKARTA - Seorang rakyat Malaysia yang telah dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan dadah dan sedang ditahan di Penjara Cipinang, Jakarta Timur, didakwa masih meneruskan perniagaan dadah dari dalam penjara. Dia dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah pada tahun 2012 setelah didapati bersalah mengedar 350 kilogram dadah. Semasa ditahan di dalam penjara, dia dikatakan mempunyai lima buah telefon bimbit. Dia didakwa melakukan perniagaan dadah itu bersama seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara empat setengah tahun di penjara itu dan lima suspek lain, media tempatan melaporkan pada Selasa. Berikutan penangkapan ketujuh-tujuh mereka, polis merampas 10.576 kilogram syabu dan 500 biji pil ekstasi daripada mereka, yang dianggarkan bernilai 22 bilion Rupiah. Berita penglibatan rakyat Malaysia itu menyusul kontroversi tentang skandal perniagaan dadah dari dalam Penjara Cipinang yang menjadi perhatian media tempatan sejak beberapa hari lalu. Kontroversi itu tercetus selepas seorang model majalah dewasa, Vanny Rossyane, mendedahkan kepada wartawan bahawa beliau sering berkunjung ke Penjara Cipinang untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang banduan yang juga kekasihnya dan mereka bebas mengambil dadah di dalam penjara itu. - Bernama |
KPN jamin PDRM pertingkat penguatkuasaan atasi jenayah berat Posted: KPN jamin PDRM pertingkat penguatkuasaan atasi jenayah berat30/07/2013 9:05pm PETALING JAYA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkat penguatkuasaan keselamatan, terutama bagi mengatasi jenayah berat yang berleluasa melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api. Beliau berkata, PDRM berharap langkah itu dapat membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keselamatan dan keamanan di negara ini. "Kami (polis) faham masalah yang membelenggu rakyat ketika ini. Saya sebagai Ketua Polis Negara berjanji akan melakukan apa sahaja demi meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan orang ramai dan keamanan di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat siri 3/2013 di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini. Khalid diminta mengulas kebimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan beberapa kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang berlaku mutakhir ini. Najib berkata, kejadian seumpama itu akan menyentuh perasaan dan keyakinan serta menambah kebimbangan rakyat terhadap soal keselamatan dan jenayah berat dalam negara. - Bernama |
Jakim bantah cadangan pembangunan bersebelahan Masjid Wilayah Persekutuan Posted: Jakim bantah cadangan pembangunan bersebelahan Masjid Wilayah Persekutuan30/07/2013 8:47pm KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membantah cadangan pembangunan di dua lot tanah di Jalan Changkat Kiara Hartamas di sini, yang terletak bersebelahan masjid itu. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, ini kerana cadangan projek itu tidak sesuai memandangkan kedudukannya yang terlalu hampir dengan tempat ibadat bertaraf masjid negeri itu. Katanya, projek itu didapati melibatkan pembinaan beberapa menara berketinggian 49, 47, 37 dan lapan tingkat yang pasti menghalang pandangan masjid dari arah barat, barat laut dan barat daya, sekali gus menghilangkan daripada pandangan menara masjid yang menjadi identiti dan mercu tanda keIslaman setempat. "Cadangan pembangunan ini dirasakan tidak sesuai kerana dipercayai akan mengundang konflik sosial dan berkemungkinan mendapat bantahan penghuni mengenai seruan azan lima, khutbah dan syarahan keagamaan Islam yang mungkin bertukar menjadi isu sensitif melibatkan agama," kata Othman dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, pembangunan komersil seperti itu juga akan menyebabkan pertumbuhan premis seperti restoran, pusat hiburan, kelab malam, karaoke dan aktiviti berunsurkan maksiat. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan