Rabu, 17 Julai 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


FAM perkenal langkah baharu elak tiket palsu

Posted:

FAM perkenal langkah baharu elak tiket palsu

FAM perkenal langkah baharu elak tiket palsu

17/07/2013 6:41pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenal pasti beberapa langkah baharu bagi mengatasi pengagihan tiket tidak adil serta penjualan tiket palsu melibatkan perlawanan akhir Liga Malaysia (Liga-M).

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, antara langkah itu ialah mempertingkat pemeriksaan tiket di pintu masuk stadium pada hari perlawanan bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai tiket sah dibenarkan masuk ke dalam stadium.

"Pemeriksaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan keselamatan lain juga akan diperketat menerusi pemeriksaan rapi bagi mengelak penjualan tiket palsu," katanya selepas menghadiri mesyuarat Jawatakuasa Eksekutif FAM kali kelapan yang dipengerusikan Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini.

Tengku Abdullah berkata, penjualan tiket palsu merupakan kes jenayah dan mereka yang didapati bersalah, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau berkata FAM juga akan mengubah sistem pengagihan tiket kepada pasukan yang layak ke perlawanan akhir dalam Liga-M supaya insiden tiket tidak mencukupi seperti semasa perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) pada 29 Jun lepas, tidak berulang.

FAM juga akan menjual tiket kepada penonton secara terus dan tidak menerusi persatuan bola sepak negeri, yang sebelum ini diperuntukkan sejumlah tiket untuk dijual kepada penyokong mereka.

"FAM akan menjual sendiri tiket bagi memastikan pembahagian tiket kepada peminat dapat dilakukan secara adil dan bagi mengelak pembelian tiket secara pukal sehingga menyusahkan peminat mendapatkan tiket," katanya. - Bernama

Polis Marin tahan tujuh pendatang asing di perairan Sandakan

Posted:

Polis Marin tahan tujuh pendatang asing di perairan Sandakan

Polis Marin tahan tujuh pendatang asing di perairan Sandakan

17/07/2013 6:38pm

SANDAKAN - Polis Marin Sandakan menggagalkan cubaan tujuh pendatang tanpa izin masuk ke negara ini selepas menahan bot pam yang mereka naiki di perairan berhampiran Pulau Nunuyan dekat sini hari ini.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, DSP Husaini Zainal Abidin berkata, lima yang ditahan itu adalah lelaki dan dua lagi wanita, kesemuanya warga Filipina berusia 24 hingga 56 tahun.

Katanya, bot ronda polis marin menahan dua bot pam ketika melakukan rondaan keselamatan dan membanteras jenayah di bawah Ops Pensura di perairan itu pada pukul 12.20 pagi.

Terdapat lapan orang menaiki bot pam tersebut dan hanya seorang lelaki memiliki pasport, manakala tujuh lagi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, sebanyak 2,000 bungkus rokok seludup turut ditemui di dalam sebuah daripada bot pam itu.

Husaini meminta orang ramai khususnya penduduk di pesisir pantai dan nelayan menyalurkan maklumat kepada pihaknya mengenai kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan laut, sungai serta pesisir pantai dengan menghubungi talian 089-221423/ 221424/ 221453. - Bernama

Syarat baharu Bank Negara beri impak kepada Angkasa

Posted:

Syarat baharu Bank Negara beri impak kepada Angkasa

Syarat baharu Bank Negara beri impak kepada Angkasa

17/07/2013 5:59pm

KUALA LUMPUR - Syarat baharu Bank Negara Malaysia mengehadkan tempoh maksimum pinjaman peribadi dan pembiayaan pembelian rumah untuk penjawat awam bakal memberi kesan kepada prestasi kewangan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kebanyakan koperasi di bawah Angkasa menawarkan tempoh maksimum pinjaman peribadi selama 10 tahun namun ada beberapa koperasi yang menawarkan pinjaman sehingga 25 tahun.

"Kita akan melakukan kajian secara menyeluruh mengenai kesan pensyaratan baharu oleh Bank Negara terhadap kira-kira 600 badan koperasi yang menawarkan pinjaman kepada anggota-anggota," katanya di sini, hari ini.

Abdul Fattah berkata, Angkasa akan mengadakan perbincangan dengan gabungan koperasi terbabit pada Jumaat ini bagi mengkaji kesan syarat baharu Bank Negara itu terhadap prestasi dan operasi syarikat serta kedudukan kewangan masing-masing.

Pada 5 Julai lepas, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengumumkan bank pusat itu menetapkan tempoh maksimum pinjaman peribadi selama 10 tahun manakala pembelian rumah 35 tahun untuk para penjawat awam.

Langkah itu bertujuan mengekang hutang isi rumah ketika ini yang berada pada paras 83 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved