Kosmo Online - Varia |
Posted: Konsep gerai pilihan SDCC
SEPANJANG bulan Ramadan ini, pastinya ia membuka peluang kepada restoran, hotel mahupun gerai untuk menyajikan pelbagai juadah berbuka puasa. Nyata, senario itu memudahkan golongan bekerja selain bagi mereka yang gemar berbuka puasa di luar. Tidak terkecuali, Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC), Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang menampilkan kelainan dengan menawarkan pelbagai jenis juadah berkonsep gerai kepada pengunjungnya sepanjang bulan puasa ini. Chef Eksekutif, Zainuddin Abu Hassan berkata, pihaknya menyediakan lebih 30 gerai bagi menyambut kemeriahan sambutan bulan Ramadan bersama-sama pengunjung. "Gerai-gerai tersebut menawarkan hidangan istimewa seperti sotong sumbat bakar, kambing tandori, balik ekmek (burger ikan Turki), ayam Mexico, daging fajitas dan kacang pol (makanan ruji rakyat Mexico yang terdiri daripada ayam atau daging yang dipanggang dengan tepung tortilla dan keju cair dalam pinggan panas)," katanya ketika ditemui di SDCC baru-baru ini. UDANG masak lemak pasti membangkitkan selera anda ketika berbuka puasa. Sementara itu, SDCC tidak ketinggalan menyajikan seleksi signatur yang popular sepanjang bulan Ramadan seperti sup gear box, masakan kawah, bubur lambuk herba, nasi kandar, nasi mandi kambing dan pelbagai jenis sate. Malah, bagi menyemarakkan lagi suasana semangat 1Malaysia, Zainuddin berkata, pihaknya juga menyediakan masakan panas seperti sizzling, mi periuk tanah liat, ikan bakar kunyit, ayam bakar percik, murtabak dan nasi ayam Ying Yang. "Hidangan berbeza itu dapat memenuhi cita rasa pelanggan yang mahukan kelainan sepanjang bulan Ramadan ini," ujarnya lagi. Bagaimanapun, bagi pelanggan yang menitikberatkan soal pengambilan kalori, mereka boleh mengunjungi sudut diet di restoran berkenaan. "Mereka boleh memilih sandwic segar seperti tuna dengan hirisan bawang, daging ayam belanda, daging bakar dan ayam teriyaki (sejenis sandwich Jepun)," ujarnya lagi. | |
Posted: Tujuh jenis air AO 701 SeriesOleh AMMAR JAZLAN MAD LELA AO Synergy Holdings mengeluarkan penapis air AO 701 Series yang menawarkan air tahap alkali, air tulen dan air tahap berasid. AIR merupakan nutrien paling penting kepada manusia. Ia membentuk kira-kira 55 hingga 57 peratus daripada berat badan dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Selain berperanan untuk melarutkan sisa metabolisme seperti asid urik dan urea ke buah pinggang, air juga menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Justeru, tidak hairanlah, pengambilan air berkualiti dalam jumlah mencukupi penting bagi membolehkan tubuh menjalankan fungsinya dengan sempurna. Baru-baru ini, AO Synergy Holdings Sdn. Bhd., pakar dan peneraju industri air ion berakali di Malaysia memperkenalkan produk terbaharunya, AO 701 Series, model penapis air pintar dan mesra pengguna bagi kegunaan isi rumah. Pengurus Besarnya, Janice Yap berkata, AO 701 Series diperbuat daripada platinum yang dibakar dengan tujuh plat titanium kebuk elektrolisis serta membran seramik. Ia dilengkapi satu hos besi fleksibel bersama pemegang yang memudahkan kawalan aliran air. "Ia menawarkan empat jenis tahap air alkali, satu tahap air bersih yang ditulenkan dan dua jenis tahap air berasid. "Setiap satu jenis air itu mempunyai fungsi yang berbeza terhadap badan dan kegunaan harian. "Pada masa yang sama, model ini juga turut dilengkapi paparan hablur cecair (LCD) dengan indikator warna tahap pH, amaran bunyi dan melodi bagi memudahkan penggunaannya," katanya. Tambah Janice, sumber air yang diminum orang ramai selama ini kebanyakannya dicemari dengan debu, pasir, karat, bahan buangan industri, logam berat, racun serangga, bakteria dan virus. Jelas beliau, jika bahan-bahan asing dan kimia memasuki sistem tubuh manusia, ia berpotensi menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kesihatan seperti sakit perut. Dijual pada harga RM9,888 seunit, penapis air AO 701 Series kini boleh didapati di semua pengedar sah AO Water di seluruh negara. Selari dengan sambutan Hari Bapa, 10 pelanggan pertama di setiap negeri yang membeli produk AO 701 Series berpeluang membawa pulang satu lagi penapis air AO 2000 Series bernilai RM3,5888 secara percuma selagi stok masih ada. Jelajah seluruh negara Dalam perkembangan berkaitan, Janice berkata, pihaknya turut mengadakan kempen Brighter Life With AO Water di seluruh negara bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengambilan air yang berkualiti dan mengamalkan diet seimbang sebagai amalan gaya hidup sihat. "Sejajar dengan kempen ini, kami turut mempelawa sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga AO Water dan meneroka peluang perniagaan yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut hubungi pejabat AO Water di talian 03 6257 6100/ 3298 atau hubungi talian perkidmatan pelanggan di nombor 1300-2222-98 atau layari laman web www.aowater.com.my. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan