Khamis, 18 Julai 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Sungei Wang Plaza rai anak yatim

Posted:

Sungei Wang Plaza rai anak yatim

Sungei Wang Plaza rai anak yatim


LIM (tengah) bergambar bersama anak-anak yatim yang hadir pada majlis perasmian dan berbuka puasa Dikir Aidilfitri di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini.


BERKAT. Kira-kira 40 anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong berbuka puasa bersama artis Najwa Latif serta Sleeq sempena majlis perasmian dan berbuka puasa Dikir Aidilfitri di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pihak pengurusan Sungei Wang Plaza juga menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim itu.

Pengurus Kanan Pemasaran dan Komunikasi Sungei Wang Plaza, KK Lim, konsep Dikir Aidilfitri diperkenalkan bagi memeriahkan musim perayaan dengan pelbagai aktiviti menarik bermula 17 Julai lalu hingga 11 Ogos depan.

Pada majlis itu, Najwa Latif dan Sleeq mempersembahkan lagu popular mereka Salam Semua dan Untuk Dia bagi menghiburkan anak-anak yatim tersebut.

Aktiviti amal meriahkan program Pautan Ramadan

Posted:

Aktiviti amal meriahkan program Pautan Ramadan

Aktiviti amal meriahkan program Pautan Ramadan


KAKITANGAN Hotel Seri Pasifik, Jamu Mak Dara, Bank Rakyat dan Anugerah mengagihkan bubur lambuk kepada pemandu teksi di Kuala Lumpur baru-baru ini.


EDAR. Sebanyak 4,000 pek makanan berisi bubur lambuk, kurma dan air mineral diagihkan kepada orang ramai sempena program Pautan Ramadan 2013 di Jalan Putra,Kuala Lumpur semalam.

Program anjuran Hotel Seri Pacific dengan kerjasama Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. itu turut mendapat kerjasama daripada Bank Rakyat, Anugerah International (Anugerah) Sdn. Bhd. dan Restoran NJ Zenith.

Menurut Pengarah Urusan Jamu Mak Dara, Syed Muhamad Gadaffi Syed Ali, program tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat selain menjalankan amal ibadah sempena bulan Ramadan.

"Sumbangan kecil ini diharap dapat menceriakan pengguna jalan raya yang terkandas dalam kesesakan lalu lintas dan terpaksa berbuka di dalam kereta," katanya.

Program itu turut diserikan dengan majlis berbuka puasa bersama kira-kira 100 orang anak yatim daripada Persatuan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Kampung Medan, Petaling Jaya dan Yayasan Chow Kit.

Dulux rai pengamal media pada majlis berbuka puasa

Posted:

Dulux rai pengamal media pada majlis berbuka puasa

Dulux rai pengamal media pada majlis berbuka puasa


GOH (berdiri, kanan) bersama Eric (berdiri, kiri) beramah mesra dengan wartawan yang hadir pada majlis berbuka puasa bersama media di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.


MESRA.Kira-kira 100 orang pengamal media diraikan pada majlis berbuka puasa anjuran Akzo Nobel Paints (M) Sdn. Bhd. bertempat di Restoran Kelantan Delights, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, CW Goh berkata, majlis tersebut diadakan bagi menghargai kerjasama yang diberikan oleh pengamal media dalam membantu Akzo Nobel Paints mengekalkan reputasinya sebagai sebuah syarikat cat dan pelapis ulung di peringkat global.

"Kami percaya hubungan kerja hendaklah dihargai sama ada dengan rakan kongsi, pelanggan, pembekal perkhidmatan atau rakan media," katanya.

Turut hadir, pereka hiasan dalaman antarabangsa yang juga duta jenama Dulux, Eric Leong dan pelakon Dynaz Mokhtar.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved