Selasa, 18 Jun 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pemilik sesawang www.jiwang.org ditahan

Posted:

Pemilik sesawang www.jiwang.org ditahan

Pemilik sesawang www.jiwang.org ditahan

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

SEORANG pengguna melayari laman web www.jiwang.org yang masih belum disekat meskipun pengusahanya sudah ditahan di Kelantan kelmarin.


PUTRAJAYA – Seorang pengusaha laman sesawang hiburan yang terkenal iaitu www.jiwang.org (JWG) ditahan di Kelantan kelmarin selepas dia didapati menggunakan laman tersebut untuk memuat turun dan naik muzik serta filem percuma secara haram di negara ini.

Hasil kegiatan haram sejak dia berusia 19 tahun dengan pendapatan adakalanya mencecah RM10,000 sebulan, lelaki itu yang kini berusia 35 tahun, mampu memiliki banglo, kereta mewah BMW dan lain-lain lagi.

Dia ditahan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 11 Jun lalu berikutan aduan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang mendakwa industri kerugian RM10 juta akibat kegiatan lelaki itu.

Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, ditahan di banglonya di Kubang Kerian, Kota Bharu pada pukul 11.15 pagi.

Beliau berkata, banglo yang didiami suspek itu turut dijadikan pusat operasi haramnya.

"Serbuan dilakukan berikutan aduan oleh RIM mengenai laman web www.jiwang.org yang menjadi saluran popular untuk orang ramai memuat naik filem serta muzik Melayu tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

"Laman web ini disyaki beroperasi sejak tahun 1997 dan mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil perkhidmatan iklan serta sumbangan ahli laman web yang disalurkan menerusi akaun bank isteri suspek," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelakon drama dakwa jadi mangsa cabul pengarah tua

Posted:

Pelakon drama dakwa jadi mangsa cabul pengarah tua

Pelakon drama dakwa jadi mangsa cabul pengarah tua

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Seorang pelakon baharu membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul beberapa kali oleh seorang pengarah drama berusia 60-an.

Pelakon berusia 22 tahun yang telah membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 8.30 malam kelmarin berkata, dia membuat laporan polis itu kerana bimbang keselamatan dirinya selepas mendakwa menerima ugutan daripada pengarah drama terbabit supaya tidak menyebarkan kejadian keji itu.

"Saya berlakon drama arahan pengarah itu sekitar Januari dan Februari lalu. Kali pertama, dia (pengarah) meraba badan dan cium saya ketika dalam perjalanan menghantar saya pulang ke Damansara selepas kami mengadakan satu perjumpaan mengenai penggambaran sebuah drama," cerita pelakon itu ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Selepas kejadian itu, dakwa pelakon terbabit, pengarah itu mengugut supaya dia tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu jika tidak mahu karier seninya berkubur.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Didakwa tendang isteri sampai mati

Posted:

Didakwa tendang isteri sampai mati

Didakwa tendang isteri sampai mati

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


CHIN HUA yang dituduh membunuh isterinya didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Tindakan kejam seorang suami menendang perut isterinya yang sedang hamil empat bulan sehingga wanita itu mati menyebabkan dia diheret ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua dakwaan termasuk membunuh mangsa.

Terdahulu tertuduh, Yiew Chin Hua, 33, yang bekerja sebagai jurutera didakwa atas pertuduhan pertama iaitu membunuh Vivian Biding Camarota (gambar kecil), 32, yang dikahwininya sejak lapan tahun lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumahnya di Nombor 77, Jalan Indah 24/10, Taman Bukit Indah, Nusajaya, pada pukul 12 tengah malam hingga pukul 2.30 pagi, 1 Jun lalu.

Dakwaan terhadap Chin Hua dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berasal dari Kukup, Pontian memahami pertuduhan namun tiada pengakuan direkodkan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved