Kosmo Online - Komuniti Kita |
- FCC rai lima pasangan ibu dan anak
- SMJK Chung Ling juara karnival pendidikan sains
- Puteri Mahkota Norway puji Majlis AIDS Malaysia
FCC rai lima pasangan ibu dan anak Posted: FCC rai lima pasangan ibu dan anak
UNTUKMU IBU. Sempena sambutan Hari Ibu, Farmasi Colour Cosmetic (FCC) telah meraikan lima ibu dan anak bertuah yang dipilih melalui laman sosial Facebook di Restoran Hadramawt, Kuala Lumpur baru-baru ini. Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail berkata, pihaknya terharu kerana dapat merealisasikan impian para peserta untuk memberi kejutan kepada ibu tersayang sebagai hadiah berharga sempena sambutan Hari Ibu pada tahun ini. "Misi utama kami adalah untuk mengeratkan kemesraan yang sedia terjalin antara ibu dan anak selain menceriakan lagi sambutan Hari Ibu," katanya. Lebih menarik, Rokiah Ahmad dan anaknya, Siti Najwa Erina Alias muncul pemenang bertuah pada malam tersebut dengan kejayaan membawa pulang pelbagai hadiah menarik antaranya tiket ke Legoland, Johor, baucar membeli-belah serta baucar spa pusat kecantikan terpilih untuk ibu dan anak. | |
SMJK Chung Ling juara karnival pendidikan sains Posted: SMJK Chung Ling juara karnival pendidikan sainsBARISAN pelajar dan guru SMJK Chung Ling yang menjadi johan keseluruhan Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Pulau Pinang di George Town baru-baru ini. CEMERLANG. Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling muncul johan Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi apabila menang empat daripada lima kategori di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini. Hasil kreativiti pelajar sekolah itu membolehkan mereka merangkul johan dalam kategori kereta solar, bot solar, alat memasak jimat tenaga dan inovasi sains dan kejuruteraan Sekolah Menengah Piala Pengarah Pelajaran Pulau Pinang. Satu lagi kategori iaitu roket udara dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman apabila ciptaan mereka mencatat jarak penerbangan sejauh 100 meter. Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, karnival itu mencapai matlamat memupuk minat pelajar terhadap bidang sains dan teknologi hijau. | |
Puteri Mahkota Norway puji Majlis AIDS Malaysia Posted: Puteri Mahkota Norway puji Majlis AIDS MalaysiaMETTE (duduk) melihat beberapa wanita membuat kerja-kerja kraf tangan semasa melawat Rumah Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita AIDS di Kuala Lumpur baru-baru ini. LAWATAN DIRAJA. Puteri Mahkota Norway, Mette-Marit mengadakan lawatan ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita AIDS di Kuala Lumpur baru-baru ini. Selepas lawatan itu, Mette-Marit melahirkan rasa kagum dan memuji usaha Majlis AIDS Malaysia membantu proses rawatan terhadap rakyat negara ini yang dijangkiti virus HIV. Dalam lawatan itu, Puteri Mette-Marit turut bertemu Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman yang kemudiannya mengiringi beliau sepanjang lawatan. Mette-Marit meluangkan masa berbual dengan 15 orang kanak-kanak dan enam orang ibu tunggal yang menghuni rumah perlindungan berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan