Selasa, 14 Mei 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kimma Johor bantah Perhimpunan 505

Posted:

Kimma Johor bantah Perhimpunan 505

Kimma Johor bantah Perhimpunan 505

14/05/2013 10:04pm

JOHOR BAHRU - Ahli Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) negeri ini membantah sekeras-kerasnya Perhimpunan Black 505 yang dijadual diadakan di dua lokasi berasingan di bandar raya ini pada malam esok.

Sehubungan dengan itu, Presiden Kimma Pasir Gudang, Basir Beran yang mewakili 20,000 ahli persatuan itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam agar tindakan susulan dapat diambil kepada penganjur dan orang ramai yang mengambil bahagian.

"Kimma Johor berpendapat perhimpunan seumpama ini seolah menghasut rakyat bertindak ganas, memburukkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan memburukkan imej negara di mata dunia," katanya di sini hari ini.

Selepas perhimpunan pertama yang dianjurkan oleh pihak pembangkang diadakan di Kelana Jaya, Pulau Pinang dan Medan Istana, Ipoh, siri perhimpunan yang membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) itu seterusnya akan diadakan di Johor.

Polis Johor hari ini mengesahkan mendapat maklumat bahawa Perhimpunan Black 505 itu bakal diadakan di Dataran Johor Bahru dan di Sutera Mall namun ia tidak memenuhi kehendak Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mengulas lanjut, Basir berkata, jika pihak pembangkang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13, bantahan seharusnya dilakukan mengikut saluran yang disediakan disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh.

"Jangan gunakan rakyat dan kami amat berharap pihak polis akan mengambil tindakan yang tegas untuk menghalang perhimpunan ini," katanya. - KOSMO!

PM Najib Tun Razak terima panggilan mengejut daripada Obama

Posted:

PM Najib Tun Razak terima panggilan mengejut daripada Obama

PM Najib Tun Razak terima panggilan mengejut daripada Obama

14/05/2013 8:27pm

KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

Dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkata dalam perbualan itu, Presiden AS tersebut juga diberikan taklimat ringkas mengenai usaha kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Menurut kenyataan itu, di pihak beliau, Obama telah bersetuju untuk menyertai Sidang Kemuncak Keusahawanan Global selama dua hari di Kuala Lumpur, bermula 11 Oktober.

"Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa," menurut kenyataan itu. - Bernama

Jati mahu polis siasat laman web dan Facebook siar iklan gereja guna kalimah Allah

Posted:

Jati mahu polis siasat laman web dan Facebook siar iklan gereja guna kalimah Allah

Jati mahu polis siasat laman web dan Facebook siar iklan gereja guna kalimah Allah

14/05/2013 8:14pm

SHAH ALAM - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) petang tadi membuat satu laporan polis meminta pihak berkuasa itu menyiasat sebuah laman web dan laman sosial Facebook yang menyiarkan sekeping gambar iklan yang mempunyai mesej sebuah gereja menggunakan kalimah Allah.

Bendahari Jati, Noor Azizan Abdul Majid berkata, laman web yang mempunyai alamat www.necf.org.my yang dipercayai milik sebuah gereja National Envangelical Christian Fellowship (NECF) beralamat di No. 32, Jalan SS2/103, Taman Sea, Petaling Jaya dekat sini.

Menurut beliau, pada laman sosial Facebook milik Malaysia My Home pula didapati telah menyiarkan sekeping gambar iklan yang mempunyai mesej daripada penganut Kristian yang menggunakan perkataan dan kalimah Allah.

"Saya melihat laman web dan Facebook itu ketika berada di pejabat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pukul 9.45 pagi tadi.

"Saya lihat penggunaan kalimah Allah di dalam gambar tersebut adalah bertentangan dan menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam 1988) dan Perlembagaan Persekutuan Artikel 11," katanya pada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang tadi. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved