Ahad, 12 Mei 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar buat logo UIAM daripada donat

Posted:

Pelajar buat logo UIAM daripada donat

Pelajar buat logo UIAM daripada donat

PARA pelajar UIAM, Gombak gembira selepas berjaya membuat logo universiti itu dengan menggunakan kuih donat baru-baru ini.


CIPTA REKOD. Penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor berjaya mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) menerusi usaha mereka membuat logo universiti itu menggunakan sebanyak 19,300 biji kuih donat.

Program 'Donat Harapan' anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM itu yang berlangsung di Dewan Banquet, Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM disertai sebanyak 400 penuntut secara sukarela.

Pengarah Eksekutif Karnival MPP UIAM, Mohd. Faris Zaidi berkata, projek itu membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM25,000 yang disumbangkan penaja dan penuntut universiti berkenaan.

Menurut beliau, logo UIAM daripada donat bersaiz 10 meter panjang dan 10.2 meter lebar itu disusun bermula pada pukul 8.30 pagi dan berjaya disiapkan pada pukul 1.15 petang.

23 pelajar UniSZA lawat Chiang Mai, Thailand

Posted:

23 pelajar UniSZA lawat Chiang Mai, Thailand

23 pelajar UniSZA lawat Chiang Mai, Thailand


PELAJAR dan pensyarah UniSZA bergambar ketika mengadakan lawatan di ladang lembu tenusu, Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.


LAWATAN. Seramai 23 pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu bersama tiga pensyarah menyertai program mobiliti pelajar ke Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.

Ketua Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian dan Bioteknologi, Prof. Madya Dr. Mohd. Aziz Taib yang mengetuai rombongan berkenaan berkata, program lima hari itu bertujuan melihat sendiri perkembangan industri pertanian dan bioteknologi di Negara Gajah Putih itu.

"Dalam lawatan itu, kami berkunjung ke Chiang Mai University dan mengadakan perbincangan tentang kerjasama pintar dalam bidang pertanian dan bioteknologi antara kedua-dua universiti.

"Kami juga mengadakan lawatan ke kilang memproses makanan haiwan, kolam ikan Giant Catfish serta ladang lembu tenusu Chiang Mai," katanya.

50 pemilik kereta lama meriahkan Karnival Mini Usahawan

Posted:

50 pemilik kereta lama meriahkan Karnival Mini Usahawan

50 pemilik kereta lama meriahkan Karnival Mini Usahawan


SEBAHAGIAN daripada pemilik kereta lama yang menyertai pameran sempena Karnival Mini Usahawan Koperasi di Taman Malinja Semeling, Merbok, Kedah baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 50 pemilik kereta lama dari negeri Kedah memeriahkan Karnival Mini Usahawan Koperasi Bahagian Merbok di Taman Malinja Semeling, Merbok, Kedah baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Kereta Lama Utara, Noralif Norin berkata, para pengunjung karnival tersebut berpeluang untuk melihat secara lebih dekat kereta-kereta lama yang dipamerkan itu.

Menurutnya, antara model kereta lama yang dipamerkan adalah Toyota, Alfa Romeo, Nissan, Datsun, Mazda, Ford dan Mitsubishi.

Selain itu, katanya, sebanyak 100 buah kereta lagi dari Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah turut memeriahkan karnival tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved